untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat
kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata
tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
5. TENG TENG
Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan
ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta
memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil
sahaja. Di kampung-kampung gelanggang dibuat dengan menggoreskan garisan di atas tanah sahaja,
tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau
dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau
apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-
kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah
pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya
akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. Gelanggang & Gundu
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-
petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di bawah.
51
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama.
Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada
apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.
Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-
petak gelangang.
Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus
memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain
pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah
mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika
pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu
adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia dianggap mati
dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula. Pemain dikehendaki melompat ke dalam
kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi
pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka
pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan
lompatan di setiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain
mengambil alih permainan. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di
petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri
di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya
sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak
pertama dan terus ke garisan penamat. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu
berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran
pemain seterusnya mengambil alih permainan.
Membina Rumah
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu
hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat ke dalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali
petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus
ke petak lima.Sambil berdiri menghadap garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki
menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika
pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya
sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan. Untuk
mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan ke semua petak di garisan permulaan
dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya.
Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah
memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia
dikira mati.
52
6. CONGKAK
Congkak merupakan permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Congkak ini
dikenali sebagai Jongkok di utara semenanjung. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak
biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Lubang papan
congkak sebesar 9cm. garis pusat dan 7cm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut .Lubang-
lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung.Pada
penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung
yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung
ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Peraturan permainan Dua orang pemain duduk
berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai
buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung
dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan
hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau
lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain
itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua
buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Pihak lawan
mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam
rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Setelah
tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada
kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain
pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah Di akhir
permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah
congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah
kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
53
6. Batu Seremban
Permainan batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Permainan ini
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan
secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Ia menggunakan guli kaca, biji getah,
ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat yang dikenali sebagai buah. Cara
bermain Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah,
bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama,
kedua, ketiga dan seterusnya. Ini dilakukan dengan cara menimbang buah dengan kesemua buah
diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah disambut pula
dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan yang berlainan yang dikenali dari peringkat batu satu
hingga peringkat batu ketujuh
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu
tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu
hendaklah dilambungkan ke udara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada di
udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama, pemain hendaklah menyambut
buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi.
Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan
disambut.
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan
dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah
dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak
54
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah
menyambut buah ibu yang telah dilambungkan
Buah Lima
Di peringkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji
buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas
lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja
Buah Enam
Di tahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah
dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu
hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di
dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementara itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah
ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah
kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.
Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk
mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama adalah sama
seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat
ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira
sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga
ke peringkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan
permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak
dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau
tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat
walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada
pemain seterusnya.
55
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
8 KELAB/PERSATUAN
1 jam
BIDANG KELAB / PERSATUAN
TAJUK PAKAIAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA
OBJEKTIF :
1. Meningkatkan pengetahuan mengenai jenis-jenis pakaian tradisional di Malaysia.
2. Memupuk persepsi murid kaum Melayu, Cina dan India terhadap potensi pakaian
tradisional terhadap kesepaduan sosial di sekolah.
BAHAN / ALATAN 1. Alatan menulis
2. Bahan edaran (murid)
3. Modul (guru)
PELAKSANAAN
1.Guru mengambil kehadiran murid.
2.Guru bersoaljawab berkaitan jenis-jenis pakaian tradisional pelbagai kaum.
3.Guru akan mengedar bahan edaran contoh-contoh pakaian tradisional.
4.Guru mengedarkan helaian soalan berkaitan pakaian tradisional dan murid dikehendaki
mengisi jawapan di dalam ruangan yang telah disediakan
5.Masa yang diperuntukan untuk aktiviti ini adalah 40 minit.
6.Guru memantau perjalanan aktiviti dan memastikan murid mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.
7.Setelah selesai masa menjawab 40 minit, perbincangan jawapan oleh guru dan murid.
56
AKTIVITI
EDARAN PELAJAR
1. Kenalpasti pakaian tradisional berikut. Padankan nama pakaian yang sesuai berdasarkan
rajah pakaian yang diberi.
57
2. Isikan tempat kosong berkaitan Pakaian Tradisional pelbagai kaum di Malaysia.
58
3. Lengkapkan Teka Silangkata di bawah
59
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
9 KELAB/PERSATUAN
1 jam
BIDANG KELAB / PERSATUAN
TAJUK JALUR GEMILANG
OBJEKTIF :
1. Menyatakan nama bendera kebangsaan secara lisan setelah menyanyikan lagu Jalur
Gemilang.
2. Menanam sikap sayang dan cinta kepada bendera kebangsaan dan seterusnya kepada negara.
BAHAN / ALATAN 1. Alatan menulis
2. Bahan edaran (murid)
3. Modul (guru)
PELAKSANAAN
1. Guru mengambil kehadiran murid.
2. Guru bersoaljawab berkaitan Jalur Gemilang.
3. Guru akan mengedar bahan edaran Lirik lagu Jalur Gemilang
4. Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan bimbingan guru.
5. Guru mengedarkan helaian soalan berkaitan Jalur Gemilang dan murid
dikehendaki mengisi jawapan di dalam ruangan yang telah disediakan.
6. Guru mengedarkan helaian Jalur Gemilang dan murid dikehendaki mewarnakannya dengan
betul.
7. Masa yang diperuntukan untuk aktiviti ini adalah 40 minit.
8. Guru memantau perjalanan aktiviti dan memastikan murid mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.
9. Setelah selesai masa menjawab 40 minit, perbincangan jawapan oleh guru dan murid.
60
AKTIVITI
EDARAN PELAJAR
1. Nyanyikan lagu Jalur Gemilang mengikut lirik dan irama yang betul
Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
61
2. Warnakan Jalur Gemilang.
62
EDARAN GURU:
1.
63