Sedekad di Samudera
TAHUN
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
TAHUN
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
EDITORIAL Penaung : Dato’ Dr Sukarno bin Wagiman PENGHARGAAN GAMBAR Dato’ Dr Sukarno bin Wagiman
Penasihat : Tn. Hj. Ab Rahim bin Gor Yaman Muhamad Firdaus bin Abdul Aziz
Editor : Sharuhuzilla bin Ngah
• Normah binti Said Mohd Fatihi bin Abdullah
• Muhammad Firdaus bin Abdul Aziz Wan Mohd Rizal bin Wan Hassan
• Ahmad Faizal bin Abdullah Farid Aizat bin Omar
Asmadilazly bin Abdullah
SIDANG Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri
Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Pengakap Malaysia
Rekabentuk & Diterbitkan oleh
Cetakan Oleh Bahagian Pendidikan & Interpretasi Maklumat, Jabatan Taman Laut Malaysia © 2017
Shikh House of Design http//:www.dmpm.nre.gov.my
Graphic Design • Ilustration • All Types of Print Media
Bismillahirrahmanirrahim,
Sedari zaman-berzaman lagi, manusia dan laut tidak dapat dipisahkan. Lebih 70% daripada permukaan bumi kita diliputi dengan lautan. Peratusan
yang besar ini menggambarkan kepentingan lautan yang memainkan peranan penting dan memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita seharian.
Lautan merupakan pembekal utama sumber makanan berasaskan protein kepada manusia, memberi pengaruh kepada perubahan iklim dunia, menyumbang
lebih daripada separuh gas oksigen yang terhasil di bumi dan kekayaan biodiversiti yang menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara.
Usaha memulihara sumber asli dan alam sekitar merupakan agenda utama yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Kekayaan biodiversiti marin Negara terutamanya di Taman Laut merupakan khazanah negara yang bernilai tinggi
dan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Justeru, Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Jabatan Taman Laut Malaysia
(JTLM) pada tahun 2007 bagi mengurus, melindungi dan memulihara kawasan-kawasan perlindungan marin ini.
Penubuhan JTLM bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam pemuliharaan biodiversiti marin Negara malahan juga menunjukkan bahawa
Kerajaan mengambil berat akan kepentingan sumber tersebut untuk generasi kini dan akan datang. Jabatan ini berfungsi bagi memberi perlindungan khas
kepada habitat flora dan fauna akuatik selain mengekalkan dan meningkatkan produktiviti serta keadaan semulajadi ekosistem tersebut. Tahun ini genaplah
sudah 10 tahun JTLM memikul tanggungjawab memulihara dan mengekalkan kelestarian ekosistem marin di Malaysia di samping giat melaksanakan
aktiviti penyelidikan, penguatkuasaan, pendidikan dan kesedaran kepada pihak berkepentingan dan masyarakat awam.
Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada JTLM yang telah berjaya menghasilkan buku Sedekad di Samudera - 10 Tahun Jabatan Taman
Laut Malaysia ini. Sebagai menutup wacana, saya berharap agar Jabatan Taman Laut Malaysia akan terus gigih berkhidmat ke arah memperkasakan
pemeliharaan dan pemuliharaan Taman Laut Malaysia di masa akan datang.
Y.B. DATO’ SRI DR HJ WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
iii
10tahun
JTLM
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera
Tahun 2017 ini adalah tahun yang bermakna kepada Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dalam memberi perkhidmatan yang berterusan kepada
Negara untuk memastikan kelestarian alam sekitar marin sentiasa terpulihara. Selama 10 tahun bermula dengan penubuhan jabatan ini pada tahun 2007,
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) sentiasa bertungkus lumus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dalam menggalas amanah sebagai
agensi peneraju bagi pemeliharaan dan pengurusan biodiversiti marin yang mapan. Sepanjang penubuhannya juga, JTLM giat melaksanakan pelbagai
aktiviti pendidikan serta kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan biodiversiti marin terutamanya di kawasan perairan Taman
Laut.
Tahap pengurusan dan pemuliharaan kawasan perlindungan marin atau marine protected area (MPA) negara adalah setanding dengan negara ASEAN
yang lain. Ini dibuktikan dengan kejayaan Taman Laut Pulau Tioman memperoleh Kategori Tahap 4 : Flagship Regional Sites of the Coral Triangle Marine
Protected Area System (CTMPAS) bagi tahun 2015. CTMPAS adalah satu program penilaian yang dibangunkan oleh pihak Coral Triangle Initiative (CTI)
bagi mengiktiraf kawasan perlindungan marin di Rantau Negara CTI diurus secara efektif dan berkesan.
Justeru, selaras dengan misi JTLM dalam mengurus pemuliharaan biodiversiti marin Negara secara saintifik untuk kesejahteraan rakyat dan negara,
status kesihatan karang adalah penting dan perlu dipantau dengan rapi. Susulan itu, bermula dari 2007 hingga kini, JTLM dengan kerjasama pihak Reef
Check Malaysia (RCM) menjalankan Kajian Pemantauan Terumbu Karang di perairan Pulau-pulau Taman Laut.
Peratusan liputan karang di Taman Laut adalah di antara 47% hingga 58% yang dikategorikan pada tahap Good. Tahap kesihatan karang kekal pada
tahap Good dengan bacaan purata data adalah 51.35% dengan purata peningkatan 0.8% setahun. Walaupun jumlah purata peningkatan tahunan ini adalah
kecil, namun ia menunjukkan jumlah peningkatan yang baik memandangkan pertumbuhan karang mengambil masa yang lama mengikut spesies dengan
anggaran satu sentimeter setahun.
Saya bersyukur dan berasa bertuah menjadi sebahagian daripada warga JTLM dan berharap pada masa akan datang lebih banyak kejayaan yang
akan dikecapi untuk dimanfaat oleh seluruh rakyat Malaysia. Dengan berkat dan izinNya, Alhamdulillah, buku Sedekad di Samudera - 10 Tahun Jabatan
Taman Laut Malaysia ini dapat diterbitkan. Dengan penerbitan buku ini, detik-detik bermakna selama 10 tahun penubuhan Jabatan Taman Laut Malaysia
dapat dirakam, didokumen dan dikongsi bersama dengan semua dan di kalangan warga kerja JTLM khususnya. Harapan saya, pada masa hadapan,
JTLM akan terus komited dan mengambil langkah proaktif dalam memperkemas serta meningkatkan usaha-usaha pemuliharaan khazanah laut Malaysia
ini agar ianya dapat dinikmati secara berterusan oleh generasi kini dan akan datang.
Dikesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada barisan editorial yang bertungkus lumus menyiapkan buku Sedekad
di Samudera - 10 Tahun Jabatan Taman Laut Malaysia ini dan semua warga kerja JTLM di atas tanggungjawab yang telah dilaksanakan. Akhir kata, saya
ucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA!
Sekian, Terima Kasih.
DATO’ DR. SUKARNO BIN WAGIMAN
Ketua Pengarah
Jabatan Taman Laut Malaysia
Sejarah Penubuhan
Taman Laut Malaysia
1980-an : Terdapat kesedaran bahawa sumber perikanan dari laut telah mengalami
penyusutan.
1983 : Menyedari hakikat ini, mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Tun Dr. Mahathir
Mohammad telah mengarahkan penubuhan kawasan perlindungan marin bagi
memulihara biodiversiti marin.
1985 : Sejumlah 22 buah pulau telah diwartakan di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317)
sebagai Kawasan Perlindungan Marin. Pulau Payar di Langkawi, Kedah merupakan
pulau pertama yang diwartakan sebagai Taman Laut pada tahun 1989.
1987 : Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut telah ditubuhkan di bawah
Kementerian Pertanian melalui Akta Perikanan 1985 (Akta 317).
1994 : Kawasan Taman Laut dan Rizab Laut telah diwartakan semula sebagai Taman Laut
Malaysia di bawah Perintah Penubuhan Taman Laut 1994.
2007 : JTLM secara rasminya telah ditubuhkan pada 16 Julai 2007
2017 : Sehingga kini, 42 pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut di Kedah, Terengganu,
Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan
vi
10ttaahhuunn
JJTTLLMM
1
10tahun
JTLM
Pameran Pendidikan dan Kesedaran Awam
– Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Putra World Trade Center (PWTC).
Program Partnership in Biodiversity sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2007
– Pusat Taman Laut Pulau Tioman.
2
10tahun
JTLM
Expedisi Mengutip 3
Mahkota Berduri (COT.s)
– Pusat Taman Laut Pulau
Tioman.
10tahun
JTLM
Di dalam mengharungi kehidupan ini,
banyak ombak dan badai perlu dihadapi,
namun itulah seni dalam kehidupan.
Teruskanlah kembangkan layar dan
nikmati pelayaran sehingga
sampai destinasi.
- Dato’ Dr Sukarno bin Wagiman
5
10tahun
JTLM
6 Sambutan International Year Of The Reef (IYOR 2008)
10ttaahhuunn Dirasmikan oleh Datuk Suboh bin Mohd Yassin
Ketua Setiausaha NRE- One Utama, Petaling Jaya
JJTTLLMM
Suasana Majlis Pelancaran International Year of the Reef 2008 (Malaysia)
7
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
Perasmian Jeti Pusat Taman Laut Pulau Perhentian oleh
YBhg. Datuk Suboh bin Mohd Yassin, Ketua Setiausaha NRE
8 – Pulau Perhentian, Terengganu
10tahun
JTLM
9
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
10 Sambutan Ulang Tahun Pertama JTLM dan Sambutan Hari Lahir Kakitangan – Putrajaya
10ttaahhuunn
JJTTLLMM
Sambutan Hari Lahir En. & Datin...........................
11
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
12 Lawatan YB Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri NRE ke Booth Pameran JTLM – MATIC, Kuala Lumpur
10tahun
JTLM
13
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
Seorang pemenang tidak akan
pernah berhenti berusaha dan orang yang
berhenti berusaha tidak akan menjadi
seorang pemenang.
- Dato’ Dr Sukarno bin Wagiman
15
10tahun
JTLM
Perasmian Program Marine Park Experience@Aquaria dan Sambutan Ulang Tahun Ke-2 JTLM oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph
Kurup, Timbalan Menteri NRE – Aquaria KLCC
16
10tahun
JTLM
Perasmian Program Merdeka Conservation Dive 2009 oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, 17
Timbalan Menteri NRE – Teluk Kalong, Pulau Redang
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
18 Perasmian Sambutan Hari Bumi 2009 Peringkat Kebangsaan oleh YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha, NRE
– Underwater World, Langkawi
10tahun
JTLM
Perasmian Sambutan Hari Bumi 2009 Peringkat Kebangsaan oleh YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof, 19
Ketua Setiausaha, NRE – Underwater World, Langkawi
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
20 Lawatan ke Taman Tunku Abdul Rahman bersama YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup,
Timbalan Menteri NRE – Pulau Manukan, Sabah
10ttaahhuunn
JJTTLLMM
Lawatan YB..................ke...................................
Program Perletakan Tukun Tiruan dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, 21
Timbalan Menteri NRE – W. P Labuan
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
22
10tahun
JTLM
Perasmian Pusat Penetasan Penyu dan Pelancaran Ekspedisi Marin Pulau Yu oleh 23
YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha NRE– Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu.
10tahun
JTLM
Hari Keluarga JTLM 2009 – Paya Indah Wetland
24
10tahun
JTLM
Kontinjen JTLM dalam Majlis Perasmian Sukan NRE 2009 – Pusat Latihan Petronas, Bangi
25
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
26 Pengurusan Tertinggi JTLM dan Kakitangan JTLM Putrajaya 2009 – Wisma Sumber Asli, Putrajaya
10tahun
JTLM
Kakitangan JTLM 2009
27
10tahun
JTLM
28
10tahun
JTLM
YB Dato’ Sri Douglas Uggah Embas, Menteri NRE 29
Bersama-sama dalam Menonton Pementasan Teater Muzikal Gamat – Istana Budaya, Kuala Lumpur
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
Ramai orang tidak berubah bukan kerana
mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka
tidak tahu atau tidak nampak keperluan
untuk berubah.
- Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah
31
10tahun
JTLM
32
10tahun
JTLM
Majlis Pelancaran Coffee Table Book JTLM “Marine Park of Malaysia : Beauty Beyond The Land” 33
oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri NRE – Restoran Ibunda, Kuala Lumpur
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
34 Majlis Mesra Media JTLM 2010 Dirasmikan oleh
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan NRE – Restoran Rebung, Bangsar
10ttaahhuunn
JJTTLLMM
Majlis Pelancaran Program Marine Park @ Zoo Negara oleh 35
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri NRE– Zoo Negara, Ulu Kelang
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
36
10tahun
JTLM
Majlis Perasmian Pusat Informasi Taman Laut Pulau Tioman dan Hari Bertemu Pelanggan JTLM 2010 oleh YBhg. Tn. Hj. Abd Jamal bin Mydin, 37
Ketua Pengarah JTLM - Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Pahang
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
38 Sambutan Ulang Tahun Ke-3 JTLM dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010 – Putrajaya
10tahun
JTLM
39
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
40 Majlis Penyerahan Tugas dan Majlis Sekalung Budi Sempena Persaraan
YBhg. Tn. Hj. Abd Jamal bin Mydin, Ketua Pengarah JTLM – Putrajaya
10ttaahhuunn
JJTTLLMM
Program Tioman Coral Rescue Dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof, 41
Ketua Setiausaha NRE– Pulau Tioman, Pahang
1100tatahhuunn
JJTTLLMM
Perahu adalah diri kita
Nakhoda adalah akal dan fikiran kita,
Lautan itu adalah Bumi tempat kita hidup,
Angin adalah kesempatan dalam hidup kita,
Ombak dan Badai adalah rintangan dalam
kehidupan kita, dan Pelabuhan adalah tujuan
cita-cita hidup kita. Semoga selamat
sampai ke Pelabuhan
- Dato’ Dr Sukarno bin Wagiman