The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PEMBELAJARAN 2.0 BAHASA MELAYU TING 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elahleo1508, 2021-06-11 09:29:25

MODUL PEMBELAJARAN 2.0 BAHASA MELAYU TING 5

MODUL PEMBELAJARAN 2.0 BAHASA MELAYU TING 5

SMK PETALING

BATU 6, JALAN KLANG LAMA, 46000 KUALA LUMPUR

MODUL PEMBELAJARAN MURID

BAHASA MELAYU
TINGKATAN LIMA

Dengan Kerjasama PIBG Smk Petaling

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

KERTAS 1

BAHAGIAN A

( 30 markah)

1

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN KERTAS 1 BAHAGAIAN A (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN)
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN A

1. Baca dan fahami kehendak soalan.
2. Kenal pasti tema soalan.
3. Teliti pelbagai bahan rangsangan yang diberikan.
4. Fahami maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan.
5. Tentukan fokus/ kata kunci yang terdapat dalam setiap bahan rangsangan.
6. Masa dicadangkan 30 minit
6. Tulis karangan yang panjangnya antara 150 hingga 200 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN
Analisis soalan
Tema (Isu) –
Kehendak soalan –

PERENGGAN PENDAHULUAN

AYAT RANGSANGAN
Sejak akhir-akhir ini,
Belakangan ini,
Pada era globalisasi ini,
Pada era milenium ini,
Pada era pascakemerdekaan,
Dalam menelusuri arus
kemodenan, Marcapada,
Dasawarsa,
Mutakhir ini, dll
AYAT ISU
di manakah dibincangkan
apakah reaksi masyarakat

AYAT DEFINISI

AYAT HURAIAN

AYAT CONTOH

AYAT KEHENDAK SOALAN

2

PERENGGAN ISI Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

IDEA/ISI 3

Selain itu,
Di samping itu,
Sementara itu,
Lebih-lebih lagi,
Dalam pada itu,
Pada waktu yang sama,
Seterusnya, dll

BAGAIMANA

Hal ini demikian kerana,
Hal ini berlaku demikian
kerana,
Hal ini terjadi demikian
kerana,
Hal ini disebabkan oleh,
Hal ini wujud akibat
daripada,
Hal ini tercetus apabila,
dll

KESAN

CONTOH

Misalnya, Contohnya,
Sebagai
contoh,Tamsilnya,
Antaranya, adalah
seperti, dll

PENEGASAN

Tegasnya, Kesannya,
Natijahnya,
Dengan itu,
Dengan berbuat
demikian,
Dengan keadaan
sedemikian, dll

PERENGGAN PENUTUP

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

KELUARKAN ISU

(memberikan pendapat secara
keseluruhan tentang karangan)
Kesimpulannya,
Konklusinya,
Tuntasnya,
Secara integralnya,
Intihanya,
Akhir kata,
Akhir kalam,

CADANGAN

(mengandungi cadangan untuk
mengatasi atau menangani
sesuatu)

AKIBAT

membuat penilaian tentang
sesuatu perkara

HARAPAN

mengandungi harapan penulis
berkaitan dengan sesuatu
perkara

1 Maklumat di bawah berkaitan dengan pandemik COVID-19.
4

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mencegah penularan pandemik COVID-19.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. (S.P. 3.5.1)

Mencari lokan di tepi tambak, Kayu dibelah tak sudah-sudah,
Dapat setimbun sebesar lengan, Kapaknya tumpul tangan pun sakit,

Untuk elakkan virus merebak, Jangan berkelah, jangan riadah,
Gunakan sabun cucilah tangan. Kalau berkumpul boleh terjangkit.

Kembang perlahan ekor si merak, Ibnu Din Assingkiri
Berwarna warni menyerikan hutan, Simpang Ampat, Pulau Pinang

Patuh arahan bataskan jarak, 5 April 2020
Terhindar kita daripada jangkitan.

2 Maklumat di bawah berkaitan dengan semangat perpaduan di Malaysia.
. Huraikan pendapat anda tentang kemaslahatan semangat perpaduan di negara kita.

5

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. (S.P. 3.5.1)

3 Maklumat di bawah berkaitan dengan kerjaya.
. Huraikan pendapat anda tentang kerjaya dan masa depannya.

6

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. (S.P. 3.5.1)

4 Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan kejadian tanah runtuh.
.

7

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Anda tinggal di kawasan Tanah Tinggi Cameron. Kejadian tanah runtuh sering berlaku di kawasan
tempat tinggal anda itu. Sebagai penduduk yang prihatin, anda ingin menulis sepucuk surat kepada
pihak berkuasa untuk mengadukan masalah itu.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. (S.P. 3.5.1)

8

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

BAHAGIAN B

( 70 markah)

9

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Panjang karangan antara 350 hingga 500 patah perkataan.

DOMAIN PERIBADI

1 Seseorang yang ,melancong dianalogikan sebagai membaca sebuah buku. Dalamnya ada banyak
. cerita dan pengetahuan serta memberikan pengalaman. Sebaliknya, seseorang yang tidak

melancong pula dikatakan hanya membaca satu halaman daripada buku tersebut kerana tidak
bergerak dari halaman pertama (tempat sendiri) ke halaman lain (negara lain).
Sumber: Laman blog pelancongan

Aktiviti pelancongan sudah menjadi trend pada masa kini. Kebanyakan generasi muda suka
melancong sama ada bersama keluarga atau dengan kawan-kawan. Oleh hal yang demikian,
industri pelancongan semakin hari semakin rancak. Aktiviti pelancongan sememangnya banyak
memberikan faedah kepada seseorang.

2 Baru-baru ini, mural potret antaranya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri‟ayatuddin Al-
. Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan
cat merah di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam, Selangor. Kejadian Vandalisme itu
disedari seorang pekerja restoran yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan. Mural itu ialah hasil
karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali,27, Muhammad Firdaus Nordin,26, dan Abdul
Hadi Ramli, 27 tahun.

Sumber: Harian Metro, 29 Julai 2020

Insiden menconteng mural barisan hadapan dan pemimpin negara yang berlaku sememangnya
amat memalukan rakyat dan mencalar imej negara. Rakyat yang melakukan perkara ini semestinya
tidak mengetahui ciri-ciri warganegara yang baik. Oleh sebab itu, huraikan pendapat anda tentang
ciri-ciri warganegara yang baik berlandaskan Rukun Negara.

DOMAIN AWAM

1 Jiran Merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jiran merupakan orang
. pertama yang akan menghulurkan bantuan jika kita ditimpa kesusahan. Namun begitu, realitinya

masyarakat kini khususnya yang tinggal di bandar tidak mengenali jiran mereka. Pihak kerajaan
telah mengadakan pelbagai program untuk menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat. Program Rumah Terbuka yang dianjurkan pada setiap tahun semasa perayaan
semasa perayaan utama kaum-kaum di negara ini sememangnya bertujuan untuk menggalakkan
perpaduan dan mengukuhkan semangat kejiranan. Malangnya, masyarakat kini hanya bergaul
dengan jiran semasa menghadiri program seperti itu tetapi tidak bertegur sapa dengan jiran dalam
kehidupan seharian.

Sumber: babyyofthelastccentury.blogspot.com

Petikan di atas menyatakan maklumat tentang semangat kejiranan yang semakin luntur dalam
kalangan masyarakat.

Jelaskan sebab-sebab berlakunya keadaan tersebut.

10

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

2 Sindiket penipuan kewangan kini menjadi semakin kreatif dengan menggunakan pelbagai cara
. untuk menipu mangsa sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan yang terbaharu dikenali

sebagai sindiket Keldai Akaun. Menurut kenyataan Persatuan Ban Dalam Malaysia (ABM), „Macau
Scam’ merupakan salah satu penipuan kewangan yang melibatkan kerugian jumlah wang yang
amat besar. Kes-kes penipuan „Macau Scam’ semakin meningkat dan orang awam mesti
mengetahui cara-cara untuk mengatasi atau mengelak daripada terjerat dan menjadi mangsa
sindiket penipuan tersebut.

Sumber: Utusan Borneo, 18 Disember 2019

Banyak panggilan palsu yang diterima olek masyarakat pada hari ini sekali gus menyebabkan
banyak yang menjadi mangsa. Oleh hal yang demikian, tulis satu karangan tentang langkah-langkah
anda mengatasi panggilan palsu dan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tulis karangan anda selengkapnya.

DOMAIN PENDIDIKAN

1 Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Semakan Sekolah Rendah peringkat
. kebangsaan dilancarkan pada 27 Februari 2019 ke arah usaha untuk membentuk masyarakat yang

peka dan berwaspada di jalan raya sejak awal usia. Menteri Pendidikan berkata modul hasil
kerjasama pintar antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengangkutan itu dilaksanakan
secara formal di semua sekolah rendah bermula tahun ini.

Sumber: Harian Metro, 28 Februari 2019

Satu pameran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) telah diadakan di Pusat Dagangan
Dunia Putera. Satu daripada acara yang dilangsungkan ialah pertandingan pidato. Anda mewakili
sekolah untuk menyertai pertandingan pidato tersebut. Tajuk pidato yang perlu anda tulis ialah
“Kecuaian Manusia Penyebab Kemalangan di Jalan Raya”.

Tulis skrip pidato anda selengkapnya.

2 Pendidikan alam semula jadi juga melibatkan usaha-usaha untuk menyelamatkan spesies haiwan
. yang terancam. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia pada hari ini bersifat tamak dan

mementingkan keuntungan dengan menjual haiwan-haiwan eksotik di pasaran gelap. Hal ini
menyebabkan haiwan seperti badak sumbu, gajah, dan harimau menjadi mangsa penyeludupan
haiwan eksotik.

Sumber: Perhilitan Malaysia

Banyak haiwan yang terancam pada masa ini. Dari setahun ke setahun, akhbar-akhbar perdana
melaporkan kejadian haiwan yang semakin pupus dan penyeludupan spesies haiwan eksotik. Oleh
sebab itu, anda ingin menulis rencana tentang faktor-faktor yang mengancam kehidupan haiwan
pada masa ini.

Tulis rencana anda selengkapnya.

11

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

DOMAIN KERJAYA
1 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) merupakan antara kerjaya dala sektor awam yang diminati oleh
. lulusan universiti. Sekiranya anda berhasrat untuk sampai ke puncak dalam perkhidmatan awam,

maka pilihlah kerjaya sebagai PTD. Jika anda mempunyai kelayakan akademik, seorang yang
dinamik, bercita-cita tinggi, bersedia menghadapi cabaran masa depan negara, inilah kerjaya yang
paling sesuai.

Dr. Mohd Yahya Mohamed Arrifin,
Pensyarah Kanan Pengajian Media, Fakulti Sains dan Sosial, Universiti Malaya
Anda seorang pegawai kanan yang bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan
memberikan ucapan kepada semua calon temu duga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Kumpulan
yang ditemu duga ini akan diserap dalam perkhidmatan awam dan diberi surat pengesahan jawatan
selepas melepasi ujian kelayakan secara dalam talian. Oleh sebab itu, anda diberi tugas untuk
menyampai ucapan kepada semua PTD baharu tentang kelebihan bekerja sebagai PTD dan sebab-
sebab kerjaya ini menjadi buruan.

2 Kerajaan menyediakan geran sepadan sebanyak RM 100 juta untuk membantu dan memperluas
. perniagaan pengusaha inap desa dan kraf tangan. Bank SME menyediakan RM500 juta sebagai

dana tabungan untuk generasi muda yang ingin bergiat aktif dalam industri kraf tangan. Kerajaan
juga mengumumkan bantuan subsidi faedah sebanyak 2% untuk pengusaha kraf tangan.

Sumber : Berita Harian, 26 Julai 2018
Industri kraf tangan mendapat perhatian daripada generasi muda kerana produk yang dihasilkan
dapat dipasarkan di dalam dan di luar negara. Oleh sebab itu, anda diminta menjelaskan usaha-
usaha untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
Tulis pendapat anda itu selengkapnya.

12

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

KERTAS 2

BAHAGIAN A : SISTEM DAN
APLIKASI BAHASA

( 35 markah)

13

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 1: MORFOLOGI

1.0 KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK

Kata Tunggal
 Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami
proses penggandaan dan perangkaian.
 Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata, dua atau lebih suku kata. Contoh: bah,
ubi, pelajaran.
 Kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i. Kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu
ayat. Contoh: Siapa?, Sudah, Gitar.

ii. Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan
sekurangkurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh:
Di, dari, pada, untuk.

iii. Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contoh:
NATO, cerpen, pawagam.

Kata Majmuk
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu.

2.0 KATA TERBITAN

Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan pula dibahagikan kepada
empat jenis, iaitu:

i. awalan, yang hadir sebelum kata dasar
ii. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
iii. apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir

serentak di awal dan di akhir kata dasar.
iv. sisipan, yang hadir di celah kata dasar, seperti -el-, -em-, -er-, -in-

3.0 KATA GANDA

Kata Ganda
Kata ganda ialah perkataan yang terbentuk melalui proses mengulang atau menggandakan kata
dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh,
penggandaan separa dan penggandaan berentak.

14

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

3.0 KATA KERJA

Kata Kerja
• Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja terbahagi
kepada Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif.

a. Kata Kerja Transitif

• Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).

• Kata kerja transitif mesti disertai oleh objek atau penyambutnya, iaitu kata nama untuk
melengkapkan maksudnya.

• Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan meN- sama ada sebagai awalan atau sebahagian
daripada imbuhan: contohnya, mengambil, mendermakan, membacakan, mempersilakan.

Subjek (Pembuat) Kata kerja transitif Penyambut (Objek)

Dia suka membaca buku.
Jamilah memukul seekor ular.
Abidin menjual kuih-muih.
Ramli menendang seekor lembu.

b. Kata Kerja Tak Transitif

 Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu kepada diri
pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu kata kerja tidak
mempunyai penyambut.

 Kata kerja tak transitif dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi

15

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Subjek (Pembuat) Kata kerja tak transitif Keterangan

Kami mandi di tasik itu.
Pelajar itu pulang ke rumah.
Dia senyum semasa berjalan.
Saya menyanyi dengan kuat.

c. Kata Kerja Pasif

 Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak
berawalan meN. Contohnya angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan
sebagainya.

 Ada tiga jenis kata kerja pasif, iaitu kata kerja pasif diri pertama, kata kerja pasif diri kedua,
kata kerja pasif diri ketiga

 Contoh kata kerja pasif diri pertama: kuangkat, beta atasi, kami berikan, kupercepat, saya
pelajari, dan kupersilakan.

 Contoh kata kerja pasif diri kedua: kauangkat, awak atasi, awak berikan, kaupercepat,
kaupelajari, dan kaupersilakan.

 Contoh kata kerja pasif diri ketiga: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan
dipersilakan.

LATIHAN

1. Baca setiap ayat di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata majmuk bagi setiap ayat.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah ialah seorang ketua pengarah yang amat
disegani dan dihormati oleh sahabat handai dan rakan sejawatan.

(ii) Jika perlu mengadakan pertemuan, rakyat dinasihati agar memakai pelitup muka
dan memastikan penjarakan sosial untuk mengekang wabak influenza.
[4 markah]

2. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata kerja tak transitif dan satu kata
adjektif serta satu kata bilangan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Mengikut sejarah, pada mulanya penduduk awal Kadazan Dusun tidak membenarkan
penerokaan dan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu kerana bimbang roh nenek moyang
mereka berasa marah dan bertindak mengganggu penduduk setempat dan pendaki.
Hingga pada tahun 1851, Gabenor British, Sir Hugh Low, mengambil keputusan
memulakan ekspedisi perjalanan ke Gunung Kinabalu dan membuat upacara
menenangkan roh suci gunung tersebut. Sejak itu, puncak dengan ketinggian 4095 meter
tersebut tidak pernah ditutup daripada menerima kunjungan pelancong dari serata dunia
hingga layak menerima pengiktirafan daripada Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan
Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia yang kedua
di negara ini selepas Taman Negara Gunung Mulu.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Menghormati Gunung Kinabalu

16

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Oleh Editor Majalah Dewan Masyarakat,
Dewan Masyarakat, Bil 7/2015

[6 markah]

3. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata bantu.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Masalah jerebu yang melanda negara belum menunjukkan sebarang tanda akan berakhir.
Jerebu biasanya berpunca daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka,
pembakaran hutan, dan pelepasan asap kenderaan. Jerebu dapat menjejaskan kesihatan
kita. Dalam jangka masa pendek, mata, hidung, dan tekak kita akan mengalami
kerengsaan akibat jerebu. Kita berisiko dijangkiti penyakit jantung dan paru-paru juga
apabila terdedah kepada jerebu. Dalam jangka masa panjang, saluran darah kita akan
terjejas sehingga kita mudah dijangkiti penyakit kardiovaskular. Golongan yang lemah
seperti bayi lebih berisiko mendapat penyakit akibat jerebu. Sistem pernafasan bayi
terutamanya yang baru lahir sangat sensitif terhadap udara yang tercemar. Oleh itu, bayi
akan menghidap penyakit asam atau bronkitis jika saluran pernafasan mereka terganggu.

[8 markah]

4. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk mantap. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

Pengomposan ialah proses pereputan secara sistematik tanpa memerlukan usaha
daripada mana-mana kakitangan di mana-mana jabatan. Proses ini dapat dilakukan
secara manual atau menggunakan mesin dalam industri tertentu seperti industri pertanian
secara kerjasama antara pemain industri. Hal ini membuktikan kita sebagai warganegara
Malaysia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjamin keseimbangan
ekosistem sekali gus menjadi teladan kepada dunia. Oleh sebab itu, banyak pengusaha
industri pertanian bumiputera di Malaysia sudah melibatkan diri dalam bidang ini dengan
memanfaatkan teknologi yang sedia ada. Mereka mampu berdiri di pentas antarabangsa
dalam usaha menyelamatkan bumi dengan mengurus sampah secara sistematik untuk
dikomposkan.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Halaman 72-73, Buku Teks Tingkatan 5,

Dewan Bahasa dan Pustaka

[6 markah]

17

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

5. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata ganda.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Industri filem di Malaysia mutakhir ini seolah-olah mendapat “suntikan” luar biasa.
Sepanjang 2010 banyak filem karya tempatan berjaya menarik orang ramai ke pawagam.
Sokongan penonton dapat diukur menerusi jualan tiket pecah panggung yang mencecah
tradisi kutipan filem tempatan. Kecemerlangan filem tempatan bukan sahaja diukur dari
segi jumlah penayangan, tetapi angka-angka kutipan kasar tiket bagi setiap filem secara
puratanya mencatatkan perkembangan positif. Statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan
Filem Nasional Malaysia (FINAS) menunjukkan bahawa meskipun jumlah penonton yang
berkunjung ke pawagam merosot, iaitu 222.13 juta orang pada 2009 kepada 43.91 juta
orang pada 2010, jumlah tersebut ternyata tidak menjejaskan jumlah kutipan filem
tempatan.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Cabaran Filem Pecah Panggung

Oleh Azmi Ibrahim
Dewan Masyarakat, Bil 6/2012

[8 markah]
6. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda berentak. Kemudian anda

dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

Pada setiap pagi, wanita yang bergelar ibu sanggup melalui perjalanan yang simpang –
siur untuk ke pasar idaman mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka dapat
membeli sayur-mayur untuk memasak lauk-pauk kesukaan seisi keluarga. Di pasar itulah
juga wanita akan terjumpa dengan ipar-lamai dan suku-sakat mereka yang tinggal
berdekatan membeli dan menjual barangan seperti kuih-muih, nasi lemak, dan mi serta
kuetiau. Kaum lelaki pula hanya mundar-mandir di kawasan parkir kereta jika tidak mahu
menemani isteri tercinta.

[6 markah]

18

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 2: SINTAKSIS

1. Ayat

 Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
 Subjek ialah perkara yang diceritakan, manakala predikat ialah cerita berkenaan perkara

itu yang sempurna.
 Setiap ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa,

dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.
 Hubungan antara ayat klausa, frasa, dan perkataan ditunjukkan dalam jadual berikut.

AYAT Budak itu sedang tidur.
KLAUSA
FRASA budak itu sedang tidur
PERKATAAN
budak itu sedang tidur

budak itu sedang tidur

Contoh Ayat Predikat
guru.
Subjek menyapu sampah
Hasni bermain bola sepak
Kakak minum teh
Ibrahim asyik berkokok.
Zulkifli
Ayam itu

2. Ayat Inti

• Ayat inti juga dikenali sebagai ayat selapis atau ayat tunggal.
• Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain, iaitu yang dikenali

sebagai ayat terbitan.
• Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat. Contoh:
Ayat Tunggal Susunan Biasa (Subjek+ Predikat)

Subjek Predikat
Encik Ahmad ke Kuala Lumpur semalam.
Budak-budak itu duduk di atas bangku.

Ayat Tunggal Susunan Songsang (Predikat + Subjek)

Predikat Subjek
Ke Kuala Lumpur semalam Encik Ahmad.
Duduk di atas bangku budak-budak itu.

3. Pola Ayat Inti dan Frasa

 Pola ayat inti atau ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat
dalam bahasa Melayu.

 Terdapat empat jenis pola ayat inti iaitu:

(a) Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)

FN (Subjek) FN (Predikat)

Ibu saya guru.

Kakak Arif seorang doktor.

Pemuda itu mahasiswa.

19

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(b) Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (Fk)

FN (Subjek) FK (Predikat)

Abang membasuh kereta.

Puan Nani membeli ikan.

Murid-murid itu berlari.

(c) Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)

FN (Subjek) FA (Predikat)

Bunga itu wangi.

Kapak ini tumpul.

Bangunan itu tinggi.

(a) Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi (FS)

FN (Subjek) FS (Predikat)

Ayah di kebun.

Cenderamata untuk Pengetua.

Surat itu daripada ibu.

4. Jenis Ayat

Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:

(a) Ayat Penyata
(b) Ayat Tanya
(c) Ayat Perintah
(d) Ayat Seruan

(a) Ayat Penyata

 Ayat penyata dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

 Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita,

benda,kejadian, dan sebagainya.

 Contohnya: (i) Kakak sedang menyiram bunga.

(ii) Lembu itu akan dijual.

(iii) Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

(b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara tempat,
benda,manusia, binatang dan sebagainya.

(i) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Ayat tanya ini diakhiri dengan partikel -kah Partikal -kah tidak boleh hadir
jika kata tanya berada di akhir ayat. (Rujuk ayat v dan vi)
Contoh:

i. Berapakah harga kasut itu?
ii. Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layang-layang itu dibuat?
iv. Siapakah nama bapa kamu?
v. Tarikh perkahwinan kakak kamu bila?
vi. Pengarah syarikat itu siapa?

20

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(ii) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

Ayat ini tidak menggunakan kata tanya dan diucapkan dengan meninggikan
nada suara pada akhir ayat penyata. Dalam penulisan, lambang tanda tanya
digunakan (?)

Contoh:

i. Kamu belum hantar buku itu?
ii. Tuan Haji Hussin pengetua sekolah ini?

(c) Ayat perintah
 Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
 Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau
seseorang melakukan sesuatu.
 Ayat perintah terbahagi kepada:
(i) Ayat Suruhan
(ii) Ayat Permintaan
(iii) Ayat Larangan
(iv) Ayat Silaan

(i) Ayat Suruhan
 Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
 Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan
Contoh:
Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.

(ii) Ayat Permintaan
 Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
 Menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
 Contoh:
Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.

(iii) Ayat Larangan

 Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu. Menggunakan kata silaan seperti
usah, tak usah dan jangan.

 Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
 Contoh:

Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bunga itu.

(iv) Ayat Silaan

 Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
 Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
 Partikel -lah boleh digunakan.

Contoh:
Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati juadah yang dihidangkan.
Datanglah ke rumah saya.

21

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(d) Ayat Seruan
 Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan
terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
 Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!)
 Tanda seru biasanya terletak di akhir ayat. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh,
Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
 Contohnya:
Amboi, cantiknya baju kamu!
Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah!

22

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

23

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

LATIHAN

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan kepada enam ayat
tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Kedatangan pekerja asing ke negara kita telah meningkatkan kadar jenayah dan masalah
sosial. Sebahagian daripada pendatang asing itu melakukan kegiatan tidak bermoral yang
menimbulkan kemarahan rakyat tempatan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan
tegas kerana kegiatan tersebut menjejaskan nama baik negara.

[6 markah]
2. Baca ayat tunggal di bawah dengan teliti. Terbitkan ayat majmuk dengan menggunakan kata

hubung yang paling sesuai. Ayat yang anda terbitkan itu mestilah gramatis tidak mengalami
pengguguran makna ayat-ayat asal.

(i) Ayat 1: Persekitaran yang bersih amat penting
Ayat 2: Persekitaran yang bersih dapat menjamin kesihatan seseorang supaya
tidak dijangkiti penyakit.

(ii) Ayat 1: Ikram duduk di atas bangku.
Ayat 2: Ikram itu adik saya.

(iii) Ayat 1: Kadir pergi ke pasar
Ayat 2: Kadir membeli daging dan sayur-sayuran.
[6 markah]

3. Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah
maksud asalnya.
(i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.
(ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
(iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola
dengan tepat.
[6 markah]

4. Tukar ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.
(i) Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak
penganjur sebentar tadi.
(ii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
(iii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
[6 markah]

24

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

5. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukar empat ayat aktif yang terdapat dalam
petikan kepada ayat pasif. Anda perlu menyalin ayat yang berkenaan dengan melabelkan jenis
ayat tersebut.

Sasar RM1.8 Bilion Hasil Pelancongan Kesihatan
Oleh Suzalina Halid

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyasarkan perolehan sebanyak RM1.8 bilion
daripada sektor pelancongan kesihatan sepanjang tahun ini dengan jangkahan pulangan
ekonomi keseluruhan membabitkan RM6 bilion. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly
Ahmad berkata, pihaknya optimis jumlah pendapatan daripada sektor pelancongan
kesihatan dapat meningkat sebanyak 25 peratus.

Sektor pelancongan kesihatan antara yang paling pesat berkembang. Secara tidak
langsung, sektor pelancongan kesihatan telah menyumbang sebanyak RM3 bilion hingga
RM4 bilion melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu. Hal ini disebabkan,
kebanyakan pelancong akan menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ada di sini.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Pelancongan Kesihatan dan Penjagaan
Kesihatan Asia Pasifik 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. Dalam
ucapannya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, “beberapa buah negara telah
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan antaranya Indonesia,
China, India, Singapura dan United Kingdom.

[8 markah]

6. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukar empat ayat pasif yang terdapat dalam
petikan kepada ayat aktif. Anda perlu menyalin ayat yang berkenaan dengan melabelkan jenis
ayat tersebut.

Tugasan telah diberikan oleh Cikgu Zainab Abdullah kepada murid Tingkatan 5 D.
Tugasan ini bagi menentukan pokok herba yang sesuai ditanam di taman herba kelas
mereka. Daun kari dipilih oleh murid-murid kerana banyak digunakan dalam masakan.
Selain itu, daun kemangi juga selalu digunakan oleh masyarakat untuk merawat bengkak,
bisul, lebam, penyakit kulit, luka dan sakit kepala. Murid-murid juga mencadangkan bunga
teratai. Bunga teratai ditanam oleh mereka di kawasan berair. Daun bunga teratai dapat
mengelakkan pitam, pening, dan hidung berdarah. Selepas menjalankan kajian, murid-
murid banyak mempelajari kebaikan menanam pokok herba di kawasan sekolah.

[8 markah]

25

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

7. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga
ayat yang anda pilih seperti berikut:
Subjek: ____________________________________________________________
Predikat: ____________________________________________________________
Sebahagian daripada perkhidmatan pengangkutan awam telah dikendalikan oleh syarikat
berhad kesan daripada pengenalan dasar penswastaan. Pengusaha syarikat ini perlu
memastikan kelayakan pemandu untuk menjamin keselamatan penumpang. Pemandu bas
awam mestilah mengikuti kursus supaya mereka dapat menghadapi sebarang situasi
kecemasan berasaskan prosedur tertentu. Jadual perjalanan perlu diperketat supaya
penumpang tidak perlu menunggu bas dalam tempoh yang lama. Sebagai contohnya, di
Jepun jadual perjalanan diwajibkan dalam 10 minit sekali. Laluan bas awam pula ditambah
meliputi seluruh bandar dan luar bandar di negara itu.

Dipetik dan diubahsuai daripada „Usaha Menjayakan Sistem Pengangkutan Awam‟
Oleh Chong Yee Hin

Dewan Siswa, Bil 2/2018

[6 markah]

8. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat yang berikut.
(i) Farid suka belajar secara berkumpulan kerana dapat berbincang dan bertukar-
tukar pendapa dengan rakan-rakan.
Subjek: ________________________________________________________
Predikat: ________________________________________________________
(ii) Kepintaran dan kecerdasan Lili dalam pelajaran menyebabkan semua pelajar lain
menghormatinya.
Subjek: ________________________________________________________
Predikat: ________________________________________________________
(iii) Pelajar-pelajar dalam Tingkatan Tiga Unggul hanya 20 orang.
Subjek: ________________________________________________________
Predikat: ________________________________________________________
[6 markah]

26

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

9. Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa
Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama +
Frasa Sendi Nama (FN + FS).

Terompah tempurung ialah permainan sukan rakyat yang masih popular pada masa ini.
Cara bermainnya adalah dengan cara meletakkan kaki di atas tempurung. Ibu jari kaki
menyepit tali dan tangan pula perlu mengawal tali ketika kaki digerakkan. Permainan ini
sangat seronok dan menyihatkan tubuh badan serta meningkatkan kekuatan fizikal.
Pemain harus bersabar dan terus mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan
melangkahkan kaki sedikit demi sedikit demi sedikit sehingga tiba di garisan penamat.

Dipetik daripada „Sukan dan Rekreasi‟,
Terompah Tempurung, Buku Teks Tingkatan 5.

[5 markah]

10. Teliti gambar di bawah, kemudian kenal pasti dan nyatakan pola ayat yang terdapat dalam dialog
di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +
FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
Anda perlu menyalin setiap ayat berkenaan dan mebuktikan subjek dan predikat bagi setiap ayat
tersebut sebelum menyatakan pola ayatnya seperti berikut:

SUBJEK PREDIKAT POLA AYAT

[10 markah]
27

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

11. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya,
ayat seruan atau ayat perintah.

(i) Penduduk Kampung Permai terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.

(ii) Semua pengawas sekolah diminta supaya berkumpul di kantin selepas waktu
rehat.

(iii) Apakah cita-cita awak selepas tamat pengajian nanti?

(iv) Janganlah merokok kerana amalan itu membahayakan kesihatan.

(v) Wah, segaknya awak apabila berpakaian seragam pengakap ini!
(vi) Semangat patriotik anak-anak perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi.

[6 markah]
12. Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan

kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang
berhuruf condong.

Aktiviti kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenalkan dalam sistem pendidikan di
negara kita, iaitu sejak zaman penjajahan British lagi. Aktiviti kokurikulum bermaksud
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Aktiviti kokurikulum biasanya diadakan pada waktu petang dan pada hujung
minggu. Terdapat pelbagai jenis aktiviti kokurikulum seperti aktiviti badan beruniform,
kelab, persatuan, sukan dan sebagainya. Setiap murid harus melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum. Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah murid dapat
mengisi masa lapang dan menimba ilmu pengetahuan baharu. Tuntasnya, ibu bapa perlu
menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum kerana aktiviti tersebut
penting untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, rohani, dan intelek.

[6 markah]

13. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga
ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek: ____________________________________________________________

Predikat: ____________________________________________________________

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat berpotensi di
Asia. Industri pelancongan ini menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu
pertumbuhan ekonomi negara. Industri-industri lain pula berperanan sebagai wahana
dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri
pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha
membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya.

(Dipetik dan diubah suai daripada
"Industri Pelancongan Di Malaysia' tourismahmadzamane.wordpress.com)

[6 markah]

28

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

14. Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat mendidik
remaja menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan
remaja menceburi bidang ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian
tinggi juga boleh menceburi bidang tersebut. Oleh hal yang demikian para remaja yang
berminat dalam bidang ini tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus dan latihan
keusahawanan. Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat
dalam bidang ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada Ayuh, Jadilah Usahawan!
Oleh Syed Mahadzir bin Syed Ibrahim Dewan Siswa, Bil 7/2019)
[6 markah]

29

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Panduan mengenal pasti kesalahan bahasa:
Melibatkan kesalahan ejaan, imbuhan, istilah kata, tatabahasa, tanda baca, frasa dan sebagainya.

LATIHAN

1. Dalam petikan 1, terdapat sepuluh kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat sembilan
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Langkah untuk membanteras krisis kegawatan ekonomi adalah pihak kerajaan mengawal
pengaliran keluar wang negara ke negara lain. Jika sekiranya sebelum ini, masyarakat
Malaysia gemar melancong ke negara asing, maka sekarang mereka seharusnya
melancong di dalam negara sendiri dan membatalkan rancangan untuk melancong di luar
negara. Dengan membuat demikian, kita dapat mengelakkan pengaliran mata wang ke
negara yang dilawati oleh kita kerana salah satu penyebab dan punca kegawatan ekonomi
ialah pengaliran wang yang banyak ke negara lain. Pengaliran mata wang Malaysia juga
dapat dikurangkan dengan mengurangkan import dan menambahkan eksport. Ini perlu
diberi penekanan yang sewajarnya kepada sektor tertentu. Unit pelancongan negara juga
memainkan peranan penting, terutamanya dalam kawasan pendalaman yang belum
diusahakan sepenuhnya. Pengusaha tempat pelancongan harus meningkatkan atau
meluaskan promosi ke seluruh dunia untuk mengalakkan pelancong asing datang ke
negara ini.

Sumber : https://stpm-study.blogspot.com/2013/10/langkah-langkah
[10 markah]

Petikan 2

Kepenggunaan pengangkutan awam memang banyak kelebihannya jika hendak
dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat
digalakkan untuk mengunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke sesuatu
destinasi. Sekiranya suruhan ini tidak masyarakat ikuti sudah tentu banyak masalah-
masalah yang terpaksa akibat pencemaran alam yang berpunca dari asap kereta dan
motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan
penggunaan pengangkutan awam melalui kempen perngongsian kereta atau "car pool"
untuk ke tempat kerja. Hal ini menyebabkan pencemaran udara dikurangkan dan anggota
masyarakat dapat menghirup udara yang segar dan hidup di dalam keadaan yang sihat
dan sejahtera.

Sumber :http://khirkassim.blogspot.com/2010/01/karangan-
spm-berdasarkan-buku-teks.html
[9 markah]

30

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

2. Dalam petikan 1, terdapat dua belas kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat sepuluh
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Alasan utama bahawa menyebabkan mutu sukan negara kita merosot adalah para pemain
kurang memiliki semangat cintakan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak
bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka dihidangkan pelbagai imbuhan.
Oleh itu, mutu sukan kita terus merundum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa
pemain negara. Tambahan pula, kebanyakkan ahli sukan negara menganggap bidang
sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Deskripsi sebegini
menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan.
kekurangan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil
bakat-bakat baru atau mencari penapis untuk ahli sukan veteren negara lalu menjejaskan
kualiti mutu sukan di jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana
negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.

Sumber : http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/faktor-
kemerosotan-mutu-sukan-negara.html
[12 markah]

Petikan 2

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pusat. Projek pembangunan
rasaksa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluangan pekerjaan yang
meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Oleh yang demikian, Malaysia kini
menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki yang lumayan. Kedatangan
pendatang asing semakin ketara di tahun 1980an. Kebanyakan kajian mengganggarkan
jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Mejoriti mereka ialah
pendatang asing yang datang daripada negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Kemboja
dan Vietnam. Kebanjiran pendatang asing samada secara sah atau pun haram
memberikan impak dan telah menimbulkan kebimbangan kepada negara. Kedatangan
pendatang asing tanpa izin telah membawa pelbagai kesan negative kepada negara dan
masyarakat.

Sumber : http://sitiaishahisa.blogspot.com/2014/02/kesan-
kesan-kedatangan-pendatang-asing.html
[10 markah]

31

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

3. Dalam petikan 1, terdapat sepuluh kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lapan
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon pintar banyak memberikan
faedah kepada para pelajar-pelajar. Salah satu kebaikan yang dimaksudkan ialah telefon
pintar membolehkan kita menghubungi rakan atau sanak saudara terutamanya yang
berada jauh diperantauan dengan mudah. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi
perubatan rindu dengan yuran yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi
4G dan terkini 5G, kita dapat membuat panggilan video, menghantar messej melalui
pelbagai aplikasi kepada orang tersayang. Malahan dengan adanya aplikasi Whatsapp
dan Telegram, kita boleh memanggil sanak saudara dan handai taulan secara percuma di
mana sahaja kita berada. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain
daripada mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara dan juga sahabat
handai. Tanpa telefon pintar, kita dipaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk
menelefon ahli keluarga.

Dipetik dan diubahsuai daripada laman web
https://stpmesei.blogspot.com/
[10 markah]

Bahan 2

Kajian menunjukkan bahawa sebuah beg plastik yang dibuang oleh kita boleh berada di
tapak pelupusan selama beribu tahun sebelum hancur. Beg plastik merupakan bahan
pepejal yang sukar diurai di dalam tanah. Lantaran itu, sisa plastik boleh menyebabkan
tanah berasid dan tidak sesuai untuk pertanian selain daripada menimbulkan beberapa
masalah yang lain. Plastik-plastik yang dibuang akan menjejaskan pengaliran air sehingga
boleh menyebabkan air parit dan sungai membanjirkan kawasan berdekatan apabila hujan
lebat.

Oleh kerana sisa plastik hanya akan reput dalam jangka masa yang panjang,
maka sis aini memerlukan sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan. Perkara yang
lebih membimbangkan lagi, plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya
apabila reput. Jika ini berlaku plastik boleh menyebabkan pencemaran tanah, sungai dan
sumber air bawah tanah. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti alam sekitar, kesihatan dan
kesejahteraan makhluk hidup yang lain. Beg plastik yang dibuang ke dasar laut pula boleh
mengancam hidupan aquatik dan marin.

Dipetik dan diubahsuai daripada laman web
yedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com
[8 markah]

32

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

4. Dalam petikan 1, terdapat sepuluh kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat tujuh
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

Pengaplikasian teknologi yang canggih dan lengkap dalam bidang perubatan amat penting
bagi memajukan industri pelancongan kesihatan kerana tanpa kemudahan yang canggih,
pakar perubatan tidak dapat menunjukan kepakaran mereka. Dalam hal ini, pusat
pemulihan kesihatan yang dapat memenuhkan pelbagai keperluan pelancong harus
ditubuhkan selengkapnya. Sebagai contoh, Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur
dicipta di bandar utama supaya dapat memberikan perkhidmatan pada pelancong yang
menghidap penyakit kardioveskular. Seterusnya, pusat penjagaan kesihatan harus
ditubuhkan untuk membantu pesakit diabetis mengawal berat badan yang sesuai dan
memberikan nasihat serta rawatan kepada mereka tentang pengamalan pemakanan yang
seimbang dan mengikisan konsep hidup untuk makan. Bagi pelancong yang
mementingkan kecantikan fizikal, pusat merawat muka dan pengecilan badan seperti spa
harus ditubuhkan dan dikawal secara professional agar dapat memelihara kecantikan,
kelangsingan badan dan kesihatan dari luar dan dalam.

Dipetik dan diubahsuai daripada laman web
http:// https://ohkarangan.blogspot.com
[10 markah]

Bahan 2

Ibu bapa hendaklah menyemai budaya saling ziarah-menziarahi dalam kalangan
masyarakat sebagai langkah untuk mengukuhkan dan meningkatkan semangat kejiranan
dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-
anak menziarahi jiran tetangga di bila-bila masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita
akan mengetahui masalah dan keadaan yang jiran kita hadapi. Semua masaalah boleh
diselesaikan bersama-sama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan
sentosa walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran
kita telah dimasukan ke hospital kerana menghadap sesuatu penyakit . Jadi, melalui
lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban yang dialami oleh jiran
kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan
tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang dihempap masalah sama
seperti ibu bapa mereka.

Dipetik dan diubahsuai daripada laman web
http://eseispm.blogspot.com
[7 markah]

33

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

5. Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda
tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1

Gejala rasuah semakin menjadi jadi dalam kalangan masyarakat kita. Bilangan penjawat
awam, pekerja swasta, syarikat korporat, mahupun ahli perniagaan yang ditahan oleh
pihak berkuasa bahawa terlibat di dalam perbuatan rasuah semakin meningkat. Sebagai
anggota masyarakat yang mahukan negara ini bersih dari rasuah dan segala jenis
penyelewengan, kita mesti bertindak dengan segeranya. Antara tindakan yang dapat kita
lakukan ialah kita perlu jujur pada diri sendiri. Jangan sesekali memberikan rasuah kepada
mana-mana pihak. Berurusanlah dengan semua pihak terutamanya penjawat awam
secara jujur dengan nilai integriti yang tinggi. Kita hendaklah menjadi warga negara yang
berani dan bertanggungjawab dengan cara melapor salah laku rasuah kepada pihak
berkuasa juga. Selain itu, kita haruslah berani tampil untuk membuat aduan demi
memutuskan rantaian rasuah ini.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Cuma 0.01 Peratus Berani!
oleh Noor Mohamad Shakeel Hameed
Harian Metro, 15 Disember 2020

[6 markah]

Petikan 2

Setiap individu yang membeli barang secara dalam talian perlu berhati-hati dan diambil
langkah berjaga- jaga. Pembeli dinasihati supaya membuat kajian tentang barang yang
hendak dibeli termasuklah maklumat produk, butiran peniaga, testemoni, dan cara
pembayaran dilakukan. Transaksi pembelian hanya boleh dilakukan bila bakal pembeli
sudah yakin dan berpuas hati. Peniaga hendaklah mengamalkan kendiri kawalan ketika
berniaga secara dalam talian juga. Mereka perlu sedar dan patuh terhadap undang-
undang perniagaan secara dalam talian di Malaysia. Semakan terhadap barangan yang
ingin diniagakan boleh dilakukan lebih dahulu dengan ajensi yang berkaitan.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Fenomena Pembelian Secara dalam Talian'
Dewan Siswa, Bil 3/2018
[5 markah]

34

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

6. Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda
tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1

Kes penderaan kanak-kanak yang seringkali dilaporkan cukup meruntun perasaan kita.
Penderaan kanak-kanak merupakan pencabolan terhadap hak golongan itu untuk
meneruskan kelangsungan hidup mereka. Secara umumnya, penderaan dapat
dikategorikan kepada empat jenis, iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan
seksual, dan pengabaian. Penderaan membawakan pelbagai kesan negatif bagi
mangsanya. Antara kesan tersebut termasuklah kerencatan otak, pengembangan
terbantut, kesukaran belajar, tabiat agrasif, dan kemurungan.

Sumber: Internet

[6 markah]

Petikan 2

Kumar: Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat menyertai Bengkel Melangkah ke
Alam Kerjaya yang diadakan di dewan sekolah kami baru-baru ini.

Danial: Yalah, Danial. Banyak sekali maklumat yang dapat kita peroleh daripada bengkel
tersebut. Bengkel tersebut memberikan pendedahan kepada kita tentang kerjaya
yang akan kita masuki pada masa hadapan. Kita perlulah memilih kerjaya yang
sesuai dengan kelayakan akademik, kecenderungan, minat, bakat, dan potensi diri
kita. Dengan perkataan lain, kita hendaklah membuat pemilihan kerjaya yang tepat
selama tidak menyesal kelak.

Kumar: Kalau begitu, apakah kerjaya yang menjadi pilihan kamu, Danial?
Danial: Saya mahu menjadi arkitek seperti idola saya, Hijjas Kasturi. Beliau arkitek

terbilang. Banyak sekali bangunan mencakar langit di negara kita yang mendapat
sentuhan beliau seperti Menara Tabung Haji, Menara Maybank, dan Stadium
Shah Alam.
Kumar. Saya pula berminat untuk menjadi peguam. Mudah-mudahan kita berdua dapat
mencapai impian masing masing.

[5 markah]

35

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

7. Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan
bahasa yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Bahasa merupakan medium yang penting untuk memudahkan proses komunikasi di antara
masyarakat. Tiap bangsa di dunia mempunyai bahasanya yang tersendiri. Bahasa
melambang identiti dan melahirkan nilai pembezaan dengan bangsa lain. Kamus dewan
edisi keempat mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem lambang bunyi suara yang di
pakai dalam satu kelompok manusia. Dalam arus modenisassi, kemahiran untuk
mempengaruhi lebih daripada satu bahasa amatlah ditekankan sebagai nilaitambah
kepada diri seseorang. Selain bahasa Inggeris yang menjadi bahasa kedua, mendapat
banyak lagi bahasa yang sesuai mempelajari. Antara bahasa tersebut termasuklah bahasa
Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Jerman, dan bahasa Rusia. Sememangnya terdapat
berbagai kebaikan menguasai bahasa asing di masa ini.

Dipetik dan diubah suai daripada Kepentingan Penguasaan Bahasa Asing
oleh Mohd Adam Fazery Jeffry
Dewan Siswa, Bil 2/2018

[13 markah]

8. Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan
bahasa yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Kegiatan pemburuan haram menyebab hidupan liar di negara kita semakin pupus.
Kebanyakkan pemburu haram memburu haiwan yang dapat mendatangkan hasil yang
lumayan apabila menjual di pasaran gelap. Misalnya, badak Sumatera kerap diburu kerana
tanduknya. Selain mempunyai nilai estitika, tanduk badak Sumatera dijual dengan harga
yang sangat amat tinggi di pasaran lantaran dipercayai dapat merawat penyakit kanser.
Manakala telur penyu giat diekplotasikan sejak berdekad dekad lamanyasehingga popilasi
penyu di Malaysia kini telah memegang tahap kritikal. Penyu mengambil masa sekurang
kurangnya 20 hingga 50 tahun sebelum menjadi matang dan mampu membiak. Telur
penyu sering dicuri dan dijual dengan harga yang tinggi akibat kegilaan manusia memakan
telur tersebut. Penyu sering diburu kerana daging dan cengkerangnya juga. Seterusnya,
gading gajah turut menjadi tumpuan pihak tidak bertanggung jawab. Gading gajah sering
menjadi pilihan kerana strukturnya yang tahan lama, mudah diukir, dan tidak patah mudah.
Gading gajah digunakan untuk membuat alatan sebagai gigi palsu.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Punca-punca Kepupusan Hidupan Liar'
oleh Yasmin Yusuf

majalahsains.com, 8 Disember 2019

[13 markah]

36

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

9. Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala Petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda
tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Kelas atas talian kebiasaannya menggunakan konsep pembelajaran mengikut kemahuan
pengguna. Hal ini bermakna, kita dapat melengkapkan kerja kursus yang diberi mengikut
jadual sendiri. Bukan itu sahaja, kita juga tidak perlu hadir ke kelas pada masa yang
spesifik pada setiap minggu. Biasanya, terdapat rakaman vedio kuliah yang dapat ditonton
pada bila masa. Kebiasaannya, kaedah ini menawarkan bahan bantu belajar yang
pelbagai-bagai seperti klip video dan audio kuliah, kad-kad imbas dan permainan
pembelajaran Sekali lagi, kita dapat mengakses kesemuanya di mana-mana sahaja yang
kita mahukan. Hal ini tentu berbeza dengan cara konvensyen yang tidak dapat
menawarkan akses kepadaalat pembelajaran secara 24 jam sehari.

Dipetik dan diubah suai daripada Kebiasaan Baharu Pembelajaran Bahasa
oleh Jeniri Amir, Dewan Bahasa, Julai 2020

[6 markah]

Petikan 2

Pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah badan yang ditubuhkan menerusi Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171) yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir
sesuatu kawasan Intitusi ini mempunyai peranan yang amatpenting untuk memberikan
perkhidmatan kepada penduduk di peringkat akar ubi. Namun, kesedaran orang awam
tentang kepentingan PBT ini masih diragui. Tanggapan bahawa tugas PBT hanyalah
memungut sampah menunjukkan tahap pengetahuan rakyat Malaysia masih lagi berada di
paras lama. Sebenarnya PBT menyediakan perkhidmatan perbandaran dan memainkan
peranan yang penting untuk memastikan sosio-ekonomi negara berada pada tahap yang
membanggakan.

Dipetik dan diubah suai daripada Inisiatif Komuniti Sejahtera
oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, Dewan Bahasa, 12 Oktober 2020

[5 markah]

37

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

1. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. „Adapun negeri Melaka itu sukar binasa
maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit
Cina itu, jika tiada la mati, nescaya alahlah Melaka itu'

Setelah sudah ia fikir , maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu.
Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan
anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari
Daha atau belumkah

Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam Jaket Kulit Kijng dari Istanbul,

[4 markah]

2. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh
daripada Patih Gajah Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang
berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala
Sari orang datang itu, maka kata Kertala Sari kepada orang itu, "Siapa tuan hamba ini?"
Maka kata orang itu, "Manira ini disuruhkan oleh Patih Gajah Mada melihat pakanira,
sudahkah datang dari Daha atau belumkah, kerana Patih Gajah Mada hendak bertemu
dengan manira." Maka Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan
oleh orang itu.

Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam Jaket Kulit Kijng dari Istanbul,

[5 markah]

38

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

3. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya, maka
lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya.

Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala
Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu

Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam Jaket Kulit Kijng dari Istanbul,

[5 markah]

4. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala
Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun
membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke
rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang yang kemas-kemas itu lalu dibawanya
kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam Jaket Kulit Kijng dari Istanbul,

[6 markah]

5. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka diceritakannya segala hal-ehwalnya, Maka baginda pun hairan terlalu
sukacita, Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana, Maka sembah
Laksamana, "Ya tuanku, baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu."

Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam Jaket Kulit Kijng dari Istanbul,

[5 markah]

39

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

6. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua
Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama
panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka
dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam
menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada
terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.

Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada”,
dalam Antologi Sejadah Rindu,

[6 markah]

7. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu
ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat
bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka
segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun Perak
tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara.

Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang
Dipipiskan Lada”, dalam Antologi Sejadah Rindu,

[6 markah]

8. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit.
Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada
bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang
menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun
Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya
oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?

Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang
Dipipiskan Lada”, dalam Antologi Sejadah Rindu,

[6 markah]

40

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

9. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak
itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak.
Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi;
baiklah Tun Perak diam di negeri.”

Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang
Dipipiskan Lada”, dalam Antologi Sejadah Rindu,

[6 markah]
10. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan

tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
“Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya
sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia
berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-
sungguh.”

Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang
Dipipiskan Lada”, dalam Antologi Sejadah Rindu,

[6 markah]

41

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 5: PERIBAHASA

1. Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam dialog berikut.

Tuan Haji Ali Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam
menentukan hala tuju negara, kita akan dianggap seperti
..............(1)................ kerana mengikut sahaja kehendak orang lain.

Prof Hasni Jadi, anak muda perlulah sedar tanggungjawab mereka
mempertahankan negara dan sanggup berkorban sehingga ke
titisan darah terakhir. Peribahasa ..............(2)................ perlu
menjadi pegangan mereka.

Tuan Haji Ali Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan
legasi negara supaya setanding dengan negara maju, sesuai
dengan peribahasa ............(3)..............

[6 markah]

2. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang menggambarkan
situasi yang terdapat dalam petikan.

(i) Laili mendengar khabar bahawa adiknya yang belajar di luar negara telah
berkahwin dengan orang Eropah. Jika perkara itu tidak benar masakan ada orang
yang menyampaikan berita itu kepadanya

(ii) Laili pergi menemui adiknya untuk mendapatkan kepastian. Namun, ternyata berita
tersebut tidak benar. Mereka hanya melebih-lebihkan cerita yang sebenar. Adiknya
hanya berkawan dengan pemuda itu kerana dia ingin mempelajari adat dan
budaya Melayu sebagai sebahagian daripada kajiannya di universiti.

(iii) Laili bersyukur kerana adiknya masih mengamalkan cara hidup yang diterapkan
oleh ibu bapanya walaupun berada di negara orang. Ajaran agama tetap dipatuhi
dan adiknya tidak mudah terikut-ikut dengan budaya masyarakat Barat.
[6 markah]

3. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Nadia sering berjumpa dengan beberapa orang guru mata pelajarannya kerana dia
ingin memahami subjek tertentu dengan lebih baik. Nadia tahu bahawa gurulah orang
yang paling layak untuk dirujuki apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran
kerana kalau (i)__________________________________________________. Nadia
telah cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan mencapai keputusan yang terbaik
dalam semua subjek. Kejayaan Nadia ini disebabkan oleh sikapnya yang tidak pernah
merungut apabila guru-guru memberikan latihan yang banyak. Sebaliknya, dia sentiasa
berusaha gigih kerana dia sedar dia perlu bersusah-susah dahulu untuk mencapai
kesenangan seperti peribahasa (ii) ________________________________________

____________________________________________________________________

42

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

[4 markah]
4. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang

menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
(i) Suzana telah menghantar ibunya balik ke kampung. Semasa di kampung dia
berkunjung ke rumah kakaknya dan sempat membantu kakaknya memetik sayur-
sayuran di kebun.
(ii) Erna meminta sebentuk cincin emas daripada suaminya tetapi suaminya telah
membelikannya sepasang subang berlian serta sebentuk cincin berlian.
(iii) Walaupun berbagai-bagai fesyen tudung telah diperkenalkan di pasaran namun
tudung bawal masih mendapat tempat dalam kalangan wanita Muslimah.
[6 markah]

5. Dalam petikan di bawah terdapat dua peribahasa. Kenal pasti peribahasa tersebut, kemudian
berikan maksud.
Razali sering membantu adik-beradiknya yang susah. Dia sering memberikan sebahagian
daripada gajinya kepada mereka. Berkat kebaikan hatinya kini dia telah naik pangkat lagi
seperti peribahasa ada ubi ada talas, ada budi ada balas. Walaupun bergaji besar, Razali
tidak lupa menyimpan sebahagian daripada wangnya untuk masa depan. Menurut Razali
air pun ada pasang surutnya, jadi kita perlu menyimpan untuk menghadapi kemungkinan
hidup pada masa hadapan.
[6 markah]

43

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

( 35 markah)

44

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

1. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1

Remaja sering didedahkan tentang kecemerlangan akademik yang
bersumberkan peperiksaan awam di Malaysia. Kebanyakan ibu bapa akan memastikan
anak mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik arus perdana. Hal ini
berlaku demikian kerana ibu bapa bimbang akan peluang anak mereka untuk
mendapatkan pekerjaan kolar putih selepas menamatkan pengajian.

Hasrat kerajaan untuk menjadi negara industri akan terbantut jika masyarakat
masih menganggap bidang kemahiran sebagai pendidikan bagi golongan kelas kedua.
Sebenarnya, tiada perbezaan antara sistem pendidikan teknikal dan vokasional dengan
akademik arus perdana. Pemikiran dangkal ini harus ditolak ke tepi kerana bidang
kemahiran juga akan membantu kehidupan dan masa hadapan seseorang anak muda.

Oleh itu, kerajaan telah memberikan penekanan terhadap Pendidikan dan
Latihan Teknikal atau Technical and Vocational Education and Training (TVET) bagi
melahirkan pelajar yang berkemahiran. Kerajaan berhasrat untuk menerapkan pendidikan
kemahiran secara holistik kepada pelajar untuk lepasan sekolah menengah rendah ke
pasaran pekerjaan. Oleh itu, penjenamaan semula sekolah menengah vokasional kepada
kolej vokasional telah dilakukan dalam Rancangan Malaysia ke-10.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Kolar Biru Bukan Kelas Rendah'
Halaman 65, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia

BAHAN 2

Aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) bukanlah satu aliran pendidikan
yang asing di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 telah
memberikan penekanan yang khusus mengenai keperluan TVET dalam pasaran buruh
dan ekonomi negara. Perhatian yang khusus juga diberikan oleh kerajaan melalui
pengumuman Bajet 2019 terhadap pemerkasaan pendidikan TVET. Bagi tujuan
menyediakan latihan TVET yang dipadankan dengan pekerjaan yang bersesuaian,
kerajaan juga menyediakan RM30 juta untuk melatih tiga ribu orang belia daripada
keluarga berpendapatan rendah dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia
Berhad.

Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM5.9 bilion bagi
mengarusperdanakan TVET dalam negara. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pula
diberikan kebenaran menggunakan lebihan hasil yang dijanakan daripada kursus TVET
yang disediakan kepada industri untuk perbelanjaan seperti menaik taraf peralatan dan
melantik tenaga pengajar daripada industri. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun, graduan TVET mempunyai peluang yang cerah kerana negara memerlukan
banyak tenaga mahir dalam bidang industri . Graduan TVET sangat beruntung kerana
kebanyakan mereka dinanti-nantikan oleh majikan. Kebanyakan institusi TVET juga
menawarkan kemahiran yang sememangnya menjadi rebutan banyak syarikat pada hari
ini. Graduan TVÉT turut berpeluang untuk menjadi usahawan dengan kemahiran
tambahan yang sedia ada.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Lepasan TVET Kini Buruan' oleh Khairul Ariffin
Dewan Siswa Bil.2 2020, Dewan Bahasa dan Pustaka

45

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud perhatian yang khusus.

[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan objektif
aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET).
[3 markah]

(iii) Sesetengah ibu bapa amat mementingkan bilangan gred A dalam peperiksaan.
Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah ibu bapa bersikap sedemikian?
[3 markah]

(iv) Guru anda telah menguar-uarkan satu laman sesawang berkaitan institusi yang
menawarkan Pendidikan dan Latihan teknikal (TVET) yang terdapat di negara ini.
Setelah melayari laman sesawang tersebut, anda berminat untuk memasuki salah
satu institusi tersebut. Walau bagaimanapun, ibu bapa anda mahu anda
meneruskan pelajaran anda dengan menjurus dalam bidang akademik. Anda
dalam dilema antara minat anda dan kehendak ibu bapa.
Cadangkan langkah-langkah yang patut anda lakukan untuk meyakinkan ibu bapa
tentang minat anda itu.
[4 markah]

2. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan satu daripada mercu tanda bagi bandar raya
Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini terletak di hadapan Dataran Merdeka.
Bangunan ini dinamakan bersempena dengan nama Sultan Selangor pada ketika itu, iaitu
Sultan Abdul Samad. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1893 tetapi peletakan batu
asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Gabenor Negeri-negeri
Selat, iaitu Sir Charles B.H. Mitchell. Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1897.

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad direka bentuk oleh arkitek British yang
bernama A.C. Norman dan dibantu oleh seorang jurutera, iaitu C. E. Spooner. Reka
bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad sangat unik dan merupakan antara bangunan yang
amat tersohor pada ketika itu. Bangunan ini mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang
berbentuk ladam. Di tengah-tengah bangunan ini terdapat satu dataran tinggi yang
berbentuk segi empat. Selain itu, terdapat tiga buah kubah, satu menara jam besar, dan
sebuah arked. Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan
elemen penting dalam reka bentuknya.

Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan Pusat
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-Jeneral, dan Pejabat Besar
Pos. Selepas kemerdekaan, bangunan ini dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri, dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan
Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian
daripada Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya, dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
pada tahun 1978.

Sumber: Internet

46

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Bahan 2

Istana Lama Seri Menanti merupakan antara bangunan bersejarah yang popular di negara
kita. Istana ini terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istana ini menjadi
kediaman rasmi Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900. Kini, istana ini berubah peranannya menjadi
muzium,

Istana Lama Seri Menanti dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908.
Istana ini dibina kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris sewaktu
perang Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh Duli Yang Maha
Mulia Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah
bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931. Selepas itu, baginda berpindah pula ke
istana baharu yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Reka bentuk Istana Lama Seri Menanti unik sekali. Istana yang dibuat daripada
kayu ini mempunyai empat tingkat. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat
batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Istana ini tidak menggunakan sebarang paku
besi tetapi pakunya dibuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras
digunakan untuk menyambungkan papan. Di tengah-tengah bangunan istana didirikan
menara yang dinamakan "Tingkat Gunung". Bumbung istana ini berbentuk tanduk kerbau.

Dipetik dan diubah suai daripada en.m.wikipedia.org/wiki/istana_Seri_Menanti

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud amat tersohor.

[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, mengapakah reka bentuk Bangunan Sultan Abdul
Samad dan Istana Lama Seri Menanti dikatakan unik?
[3 markah]

(iii) Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun, namun di celah-
celah arus pembangunan ini terdapat bangunan bersejarah yang masih indah dan
kukuh.

Pada pendapat anda, apakah caburan-cabaran dalam memelihara bangunan
bersejarah di negara kita?

[3 markah]

(iv) Kumpulan anda ditugaskan oleh guru mata pelajaran Sejarah untuk membuat buku
skrap tentang bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Namun,
tugasan tersebut gagal diselesaikan.

Sekiranya anda diberi peluang kedua untuk menyiapkan tugasan yang sama dalam
masa yang ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan tugasan
tersebut dapat disiapkan?

[4 markah]

47

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

3. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Senaman mempunyai kebaikan yang tersendiri seperti mengawal tekanan darah,
menguatkan jantung, menurunkan kadar kolesterol, dan sebagainya. Senaman mampu
membakar kalori yang diambil dalam tempoh seharian bagi sesiapa yang mempunyai niat
untuk menurunkan berat badan juga. Namun begitu , mengapakah remaja pada zaman
sekarang malas bersenam?

Remaja pada hari ini malas bersenam kerana mereka lebih suka menghabiskan
masa dengan menghadap gajet terutamanya telefon pintar. Pada zaman moden ini,
banyak permainan dalam talian yang wujud seperti mobile legends, PUBG, Pokemon Go
dan sebagainya. Remaja sanggup menghabiskan masa yang lama untuk bermain
permainan-permainan maya tersebut. Selain itu, remaja menganggap bahawa senaman
aktiviti yang kurang penting. Hal ini dikatakan kerana mereka tetap sihat walaupun tidak
bersenam. Seterusnya, ibu bapa kurang memberikan galakan kepada anak-anak untuk
bersenam, Ibu bapa sendiri jarang bersenam kerana terlalu sibuk dengan urusan seharian.
Cuaca yang tidak menentu merupakan satu lagi faktor remaja malas melakukan aktiviti
luar seperti bermain badminton menunggang basikal, dan mendaki bukit.

Senaman tidak semestinya perlu dilakukan di luar rumah tetapi dapat dilakukan
di mana-mana sahaja termasuklah di dalam rumah. Misalnya, remaja boleh melakukan
aktiviti tekan tubi, lompat bintang, dan berlari setempat di dalam rumah. Remaja perlulah
bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengekalkan kesihatan diri.
Dengan perkataan lain, remaja hendaklah menjadikan senaman sebagai amalan dalam
kehidupan demi mengelakkan mereka daripada dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung, hipertensi, dan strok.

Dipetik dan diubah suai daripada zonbayi.com/sebab-remaja-malas-bersenam

Bahan 2

Remaja pada hari ini menjadikan pengambilan makanan segera sebagai trend dalam
kehidupan. Remaja gemar mengambil makanan segera seperi burger, ayam goreng, dan
sosej tanpa memikirkan kesannya. Hal ini berlaku demikian kerana kebanyakan ibu bapa
terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat memasak makanan yang berkhasiat untuk
seisi keluarga. Selain itu, rasa makanan segera yang enak menyebabkan remaja ketagih
untuk menikmatinya. Seterusnya, iklan makanan segera yang sangat kreatif mampu
menarik minat kanak-kanak dan remaja. Produk makanan segera pula boleh didapati di
mana-mana sahaja seperti di perhentian bas, di pasar raya, dan juga di stesen minyak.
Oleh itu, remaja tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.

Banyak kesan negatif yang timbul akibat pengambilan makanan segera.
Makanan segera dapat menyebabkan penggemarnya dijangkiti pelbagai penyakit kronik
seperti diabetes dan darah tinggi. Kajian oleh pihak Baycrest Centre, Universiti Toronto,
Kanada merumuskan bahawa makanan segera dapat merosakkan fungsi otak. Hal ini
berdasarkan kandungan makanan segera yang mengandungi lebihan lemak yang dapat
merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Otak memerlukan glukosa untuk
berfungsi dengan baiknya, namun kandungan lemak yang terlalu banyak dapat
mengganggu peranan glukosa. Kajian Profesor Greenwood dari Universiti Toronto
menunjukkan bahawa makanan segera mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi
serta kandungan karbohidrat yang rendah. Imbangan makanan tersebut tidak sesuai untuk
perkembangan otak manusia.

Dipetik dan diubah suai daripada sitiaishahisa.blogspot.com

48

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mampu menarik minat.

[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, apakah faktor-faktor remaja malas bersenam dan
gemar mengambil
makanan segera?
[3 markah]

(iii) Sikap malas bersenam dan gemar mengambil makanan segera seolah-olah sudah
sebati dengan remaja pada masa kini.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan remaja
meninggalkan amalan yang buruk itu?

[3 markah]

(iv) Kempen gaya hidup sihat yang dilancarkan oleh pihak kerajaan gagal mencapai
matlamatnya kerana kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat
terutamanya remaja.

Sekiranya anda pemimpin negara, apakah perkara-perkara yang akan anda
lakukan untuk memastikan kempen tersebut berjaya mencapai matlamatnya?

[4 markah]

49


Click to View FlipBook Version