Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA
1. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat peletakan
jawatan saya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor
kemanusiaan juga. Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.”
Profesor Doktor Juaidi ternganga.
Doktor Murni berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah
daripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma
dalam Unit Rawapan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.”
Cahaya kalimantang menyinari dinding pejal Unit Rawatan Rapi. ku tersilau dalam
redup mata Doktor Murni. Seakan-akan tergema suara Munkar dan Nakir menyoal: siapa
saudaramu, wahai Nusia?
Dipetik daripada cerpen “Gerhana Manusia”
oleh Aminah Mokhtar, Antologi Sejadah Rindu, KPM, 2015
Bahan 2
IBU: Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga masuk ke
universiti.
ARIF: Betul mak cik, tetapi … masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu
mendapat kasih sayang secukupnya.
IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah.
PELAKON I: Pak cik, mak cik … kita marilah sama-sama membantu Azmir. Dia amat
memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia
memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan
hukuman.
PELAKON II: Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak
tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit
yang dialaminya menjadi lebih parah.
ARIF: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan
segera sebelum terlambat.
Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi, pak cik dan mak cik. Kami minta
diri dulu.
Dipetik daripada drama “Bukan Gila” oleh Sharif Shaary
Antologi Sejadah Rindu, KPM, 2015
50
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
Bahan 3
Seloka Emak Si Randang
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.
Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Antologi Harga Remaja,
KPM, 2010
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud kutukan dan hukuman.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, terdapatnya nilai kemanusiaan menerusi watak yang
dipaparkan.
Nyatakan nilai kemanusiaan dalam setiap petikan.
[4 markah]
(iii) Kini, kesedaran masyarakat untuk menderma darah semakin meningkat. Kempen
derma darah juga kerap kali diadakan terutamanya ketika negara menghadapi
pandemik COVID-19.
Berikan pandangan anda tentang kepentingan-kepentingan menderma darah.
[3 markah]
(iv) Rakan anda menghadapi masalah tekanan perasaan namun keluarga rakan anda
itu tidak cakna akan masalah yang dihadapinya.
Sebagai rakan karib, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk membantu
rakan anda itu?
[4 markah]
51
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
2. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Sajal Erti Hidup Bererti
Aku selalu didatangi Aku bagi mereka
malam sepi tiada makna
bagai kalung anakku bakaku
yang melingkari leherku semoga disirami benih
tidak berubah keesokan hari keinsafan
siapa yang akan datang menjengukku menjadi penawar dalam hati
keluhan seorang tua sunyi. emun cintaatasi angin dingin
jangan terpegun
Keheningan tasik ada yang mati
kehijauan rumput ada yang hidup
hanya menjadi bayangan tiada yang kekal kecualai Tuhan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai Teo Wei Sing
dari sulung ditendang ke bongsu Antologi Sejadah Rindu,
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Bahan 2
Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di
planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih
mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet
bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal oyuz,
yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan
istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan
mengusahakannya sendiri.
Aiman mendongak ke langit. Sisik-sisik awan berarak tenang, seteduh air kolam
sewaktu malam jernih. Sang suria terus setia memancarkan cahayanya. Sayup-sayup
kedengaran muzik beralun, lembut dan penuh makna, semacam mengubati kelukaan
hatinya ketika menjenguk ke lereng cerun bukit di hadapannya. Jauh-jauh di sudut hati,
dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi!
Dipetik daripada cerpen “Hipertensi” oleh Ilias Zaidi
Antologi Sejadah Rindu, KPM, 2015
52
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
Bahan 3 Sekadar songsong aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna,
Semakin berat kejahilan “Apakah dalam sarat khilaf
terpikul di bahu masih terbuka ruang untuk
semakin jauh perjalanan dianugerahkan keinsafan?”
memburu nur-Mu.
Rabb,
Sewaktu berlari di padang moga pintu taubat-Mu terbuka
hidup kerap kakiku tersadung sebelum api dari bara itu menyala.
selirat akar tubuhku tercalar
duri pidana pada samar Shukri Abdullah
kejauhan ancala mulia makin Antologi Harga Remaja,
kabur KPM, 2010
dan menghilang.
(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud sarat khilaf.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, turut memaparkan perkara tentang keinsafan.
Nyatakan keinsafan-keinsafan tersebut.
[4 markah]
(iii) Menerusi Bahan 1 dan Bahan 2, terdapatnya konflik antara anak dengan ibu bapa.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh anak untuk mengelakkan
konflik dengan ibu bapa?
[3 markah]
(iv) Anda mendapat tahu bahawa seorang rakan anda telah menghantar ibunya ke
rumah orang-orang tua. Rakan anda memberikan alasan bahawa dia tidak larat
untuk menjaga ibunya yang sudah uzur kerana sibuk bekerja.
Sebagai rakan yang baik, apakah nasihat anda agar rakan anda itu menjaga
ibunya dengan baik?
[4 markah]
53
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
3. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Aku seperti perindu mutiaraku
sentiasa dibayangi keindahan
sentiasa dikhayalkan nostalgia lalu
menyusuri jalan dan lorong
sarat menyimpan sejarah bangsa
antara timur dan barat
antara moden dengan tradisi
kurangkul dalam rindu tak bertepi.
Aku seperti perindu mutiaraku
mengunjungimu buat sekian kali
menyantuni keindahan lahir batin
menjiwai denyut jantungmu
membelai kemewahan
mengagumi pembangunan
mendakapi akal budi
walau tetap di tempat yang sama
walau masa berubah rasa tetap sama.
Akan tetapkah aku menjadi perindu?
ingin mengunjungimu buat sekian kali
akan kembalikah aku?
atau
akan bernoktah di sinikah rinduku?
Zuhaa Zayyan,
Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Buku Teks Tingkatan 5, halaman 101
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 2
Pak Tua tersenyum puas menatap longgokan buah-buahan yang telah dikumpulkan sejak
kelmarin. Buah-buahan tempatan seperti nangka, cempedak, nanas, pisang, kepaya, limau
bali, dan jambu batu berserta jambu air amat mudah didapati di kebunnya, tetapi untuk
buah-buahan hutan seperti buah tampoi, durian merah, mata kucing dan maritam agak
sulit juga Pak Tua mendapatkannya. Dia terpaksa meredah hutan dan menjolok dengan
galah panjang agar tidak merosakkan pohonnya. Segala kesusahan dan jerih payah, Pak
Tua tidak dihiraukan, asalkan dia dapat menyediakan aneka jenis buah-buahan untuk anak
cucunya.
Sebuah bas mini dan dua buah kereta buatan dalam negara bergerak dengan
perlahan-lahan memasuki kawasan kebun Pak Tua, Jalan tanah merah yang telah diturap
dengan batu dan kerikil halus memudahkan perjalanan kenderaan itu lagi. Setelah kereta
berhenti dan para penumpangnya turun, kemeriahan pun mewamai kawasan dusun dan
hutan
"Jadi, inilah yang dibuat oleh bapa? Tanah yang diwariskan oleh atuk untuk emak
dan bapa telah dibiarkan menjadi hutan simpan?" Ajam berkata sambil memandang
kehijauan hutan belantara di hadapannya.
"Ya, Ajam. Hanya sedikit saja kawasan yang dibersihkan oleh bapa untuk tapak
rumah dan untuk dusun buah-buahan
54
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
Dipetik daripada cerpen ‘Hutan Rimba’ oleh Sasjira
Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahan 3
Pantun Joget Pahang
Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli berangan,
Kami mengucap selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.
Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.
Pukul gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari-menari,
Kami ini dagang merantau,
Mengharap belas orang di sini.
(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud mengharap belas.
[2 markah]
(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan keistimewaan-keistimewaan destinasi
pelancongan yang terdapat dalam bahan tersebut.
[4 markah]
(iii) Melancong bukan sekadar untuk bersuka ria bersama keluarga atau rakan-rakan.
Sebagai pelancong, kita juga perlulah menjadi pelancong mampan yang sentiasa
prihatin akan tempat-tempat pelancongan di negara ini.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pelancong mampan.
[3 markah]
(iv) Pada suatu petang, ketika anda sedang leka melayari laman web, tiba-tiba kakak
anda datang kepada anda sambil menangis. Kakak anda mengadu bahawa dia
telah ditipu oleh satu syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan
yang menarik dan murah. Kakak anda menyedari dia ditipu apabila syarikat
pelancongan tersebut tidak membalas panggilan telefon atau menjawab sistem
pesanan ringkas setelah wang pendahuluan sebanyak RM2000 dibayar oleh kakak
anda.
Sebagai adik yang prihatin akan masalah yang dihadapi oleh kakak,
bagaimanakah anda dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini?
[4 markah]
55
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
SOALAN 8: NOVEL
SINOPSIS NOVEL TIRANI
Novel ini dimulakan dengan kisah Waheeda yang mahu melakukan pembedahan
plastik pada wajahnya untuk membaiki, memulih serta menjaga kekemasan diri walaupun
dibantah oleh ayahnya, Fadhil kerana bertentangan dengan hukum syarak dan konvensi agama.
Sebagai pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab menguruskan segala
keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di situ dengan bantuan
sanak saudaranya. Kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba di chalet itu
menyebabkan pipi dan hidungnya cedera. Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil
ditemani oleh ibunya, Raidah. Selepas pembedahan, Waheeda menyatakan hasratnya untuk
melakukan pembedahan
plastik kepada Dr Zakaria
Setibanya di Singapura Waheeda disambut oleh Bazilah, rakan lama ketika belajar di
Universiti Teknologi Malaysia di rumahnya di Yishun Street. Keesokannya, Bazilah membawa
Waheeda berjumpa dengan pakar bedah plastik merangkap tunangnya, Dr. Zahari untuk
menerangkan prosedur pembedahan plastik yang boleh dilakukan oleh Waheeda. Kemudian
Waheeda pergi ke Silicon Medical Center (SMC)untuk berjumpa dengan Doktor Alma Chen bagi
melakukan beberapa pembedahan. Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa
pembedahan hidung dan mata akan memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Pembedahan mata
akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh
Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.
Sejurus mendapat mesej mengenai pembedahan yang akan dijalani oleh Waheeda,
Raidah bergegas ke Singapura bagi menemani anaknya. Selepas dua minggu Waheeda selamat
menjalani pembedahan, Raidah kembali ke Sarawak. Waheeda mengambil peluang bercuti
secara percuma di Hotel Flamingo de Rosa di Pulau Sentosa yang diberikan oleh SMC.
Waheeda turut memohon jawatan Pegawai Perhubungan di Flamingo Resort.
Waheeda memutuskan untuk tinggal lebih lama kerana kesan pembedahan hidungnya belum
stabil dan bersyukur kerana mendapat tawaran bekerja di situ. Halloway, iaitu Ketua Pegawai
Eksekutif Hotel Flamingo mengarahkan Waheeda menyiapkan brosur kempen suku kedua tahun
ini dan dia akan mewakili Flamingo dalam Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa di The
Four Seasons Hotel. Kehadiran Waheeda di situ menarik minat Zahid. Zahid memperkenalkan
Waheeda kepada bapanya. Datuk Yasser Arief di Restoran de La Rossa. Waheeda dan Datuk
Yasser rief banyak bercerita tentang perkembangan industri pelancongan di Sarawak. Kemudian,
Zahid menghantar rombongan merisik Waheeda. Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu
bahawa upacara merisik telah selesai dijalankan dan Waheedakini merupakan sebahagian
daripada miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja tetapi
Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan masih terikat dengan kontrak di hotel tersebut.
Hidung Waheeda mengalami masalah akibat demam selesema lalu di rawat di SMC.
Lebih seminggu Waheeda menghilangkan diri dan Zahid mulai risau jika Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan Waheeda dan Zahid terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan Waheeda lalu
digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah. Setelah gagal menghubungi Waheeda,
Zahid segera ke Singapura dan mendapati Waheeda berada di SMC selepas diberitahu oleh
Anati. Hati Zahid cemburu melihat kemesraan Waheeda dengan Dr. Rushdi. Majlis perkahwinan
antaraZahid dengan Waheeda da dengan penuh adat dan budaya Melayu Sarawak. Majlis
56
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
persandingan kali kedua bagi Waheeda dan Zahid pula diadakan di Hotel Seri Gading. Zahid
teringat akan janji temunya dengan Waheeda untuk makan tengah hari di Restoran Seri Gading.
Zahid berasa cemburu dan ragu akan kesetiaan Waheeda apabila menemui Waheeda di bilik
penginapan Dawood, pelanggan di Chalet Tajau Emas.
Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa mentuanya untuk menggabungkan Hotel
Seri Gading dan Chalet Tajau Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Disebabkan rasa marah
dan cemburu buta, Zahid tidak pulang ke rumah. Raidah menasihati Waheeda agar menjaga
batas pergaulannya dengan pelanggan lelaki bagi mengelakkan Zahid cemburu dan huruk
sangka.
Seterusnya, Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Izzati di
Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh Zahid. Datin Hazirah memberikan alasan
bahawa Zahid tidak dapat datang kerana sibuk menguruskan konvensyen antarabangsa di
hotelnya. Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya. Zahid mempertikaikan
status anak kandungnya setelah meneliti ciri-ciri fizikal Izzati. Waheeda menyerahkan keputusan
ujian DNA. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan tetapi
dipertikaikan oleh suaminya. Novel ini mencapai puncaknya apabila Zahid nekad menceraikan
Waheeda dengan talak satu disebabkan cemburu dan curiga yang melampau. Waheeda
mengalami masalah kemuruagan dan meroyan akibat tindakan suaminya.
Kemudian, Waheeda dibawa oleh Raidah dan Ghazi ke Pusat Rawatan Islam, Kuala
Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling. Di situ, Waheeda terjumpa dengan
Lais yang pernah bekerja di Hotel Flamingo de La Rossa. Lais menyuarakan kerisauannya
terhadap pak ciknya, iaitu Pak Cik Aziz yang menghidap strok akibat Chalet Iwana-Iwani miliknya
diisytiharkan bankrap. Kemudian, Ghazi dan Waheeda membeli chalet yang terletak di Cameron
Highlands dan ditukarkan nama kepada Aya-Sajinah. Waheeda berusaha membangunkan chalet
itu walaupun kadang-kadang berasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak
kesayangannya, Izzati yang bersekolah di Sarawak. Seterusnya, perbualan antara Izzati dengan
ibunya berkisarkan kertas laporan DNA, gambar majlis konvokesyennya, dan wajah ibunya yang
berbeza dengan wajahnya.
20 tahun berlalu, Izzati kini membesar sebagai gadis sunti yang bijak, berdikari, serta
mampu membantu Lais menyelia Cafe Iwani dan Restoran Iwana. Akhirnya, novel ini
berkesudahan dengan peristiwa Zahid yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah berehat di
Cafe Iwani. Lais mengetahui bahawa Zahid ialah bekas suami Waheeda berdasarkan perbualan
antara Zahid dan Aiman yang didengarinya. Zahid menyatakan kekesalan terhadap sikapnya.
57
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
LATIHAN
1. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) "Itu sudah keluar daripada kelaziman orang kita namanya, mak oi!" Fadhil
mengingatkan isterinya, "Malahan kelaziman dan konvensi agama. Mana boleh!" tegasnya
berkali-kali apabila Raidah menyuarakan hasrat anaknya.
"Keanggunan bermakna memiliki wajah komersial, mak," Raidah teringat akan
desakan Waheeda. "Tapi bukan Eda! Eda yang hodoh ini! Eda yang berhidung pesek!"
Mengingatinya, perasaan Raidah juga tertekan. Dalam benak bertembung dua nilai,
antara tegahan agama dan keluarga dengan naluri keinginan 'membaiki' keadaan fizikal
diri anak.
"Tapi Eda punya kebolehan lain." Raidah memberikan suntikan semangat. “Eda kan
graduan perhotelan dan pelancongan yang tau mengurus syarikat, apa lagi yang Eda
mahu? Kecantikan wajah hanya luaran nak. Tetapi Eda memang cantik segala-galanya
bagi mak."
Raidah amat memahami cara dia memasang psikologi setiap kali anaknya
meluahkan isi hati. Hatinya turut terkedu.
Dipetik daripada
Novel Tirani
karya Beb Sabariah
halaman 34
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan pendekatan-pendekatan psikologi yang digunakan oleh Raidah terhadap
Waheeda.
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasrkan novel-novel yang berikut:
a) Tirani, karya Beb Sabariah
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan sebab-sebab sesebuah
peristiwa itu tidak wajar dicontohi oleh pembaca.
[6 markah]
58
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
2. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) “Baby Izzati tak apa-apa. Dia sihat. Pihak hospital hanya mahu Eda berehat,"
sambung Waheeda yang kelihatan masih letih selepas bertarung kejerihan untuk
melahirkan Izzati kira-kira empat jam yang lalu.
“Eda bersalin pun normal. Esok keluarlah tu,” terang Raidah.
“Bila dah balik ke rumah, beritahulah ibu tau. Hmm... jangan lupa makan ubat
tradisional juga," nasihat mentua Eda.
“Memang ada rempah-rempah dan air masaknya," jelas Raidah
"Eda lama tak menjenguk Seri Gading. Agak lama tak menjenguk abah, sihatkah
dia?” Waheeda menyodor tanya untuk cuba menyerlahkan kemesraan seperti biasa.
“Baik, tetap dengan ubat rutin darah tingginya,” kata ibu mentuanya bersahaja.
"Seri Gading bagaimana?”
"Maksud Eda?”
"Berniagalah lupalah. Ke situ pula. Hmm ... Eda tiba-tiba teringat akan abah,"
kata Waheeda berkelis alasan.
„Ada sesuatu yang kurang,' fikir Raidah. “Kenapa orang penting tidak disebut-
sebut dalam perbincangan anak- beranak ini? Peliknya,' hatinya terdetak.
Dipetik daripada novel Tirani,
karya Beb Sabariah Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015
(i) Nyatkan nasihat yang diberikan kepada Waheeda selepas dia melahirkan anak.
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel berikut:
(a) Tirani, karya Beb Sabariah
Berdasarkan novel di ats, huraikan dua kepentingan sesebuah peristiwa sehingga dapat
memberikan teladan kepada pembaca.
[6 markah]
59
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
3. "Tahniah, buat Mama! Sayang buat si comel - Papa Zahid." Waheeda tersenyum sinis
menatap kad yang bukan tulisan Zahid.
"Hmm ... terima kasih atas segala usaha, wahai ibu mentuaku,' hatinya berbisik
menyedari tiada sesiapa pun suka akan keretakan rumah tangga. 'Pandai-pandailah berbuat
manis dan cuba menutupi aib ahli keluarga sendiri, getus Waheeda.
“Fikiran Eda rosak dan mamai, mak." Waheeda tiba-tiba mengungkap suara hatinya.
"Telinga Eda sentiasa teringat akan nada kasar Abang Zahid yang menuduh Eda main kayu tiga,
nusyuz, ingkar, dan semuanya," kata Waheeda sebak. "Lagi-lagi dia mengungkitkan isu-isu lepas.
Yang paling menyakitkan ialah dia tidak pasti anak ini anak dia! Dari dalam perut lagi sudah
disangsikan," kata Waheeda menyeka mata yang mula digenangi air jernih Waheeda tidak dapat
membendung tangis dan esakannya.
Dipetik daripada
Novel Tirani
karya Beb Sabariah
halaman 267-268
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Nyatakan perkara-perkara yang dolakukan oleh Zahid sehingga Waheeda berada dalam
kesedihan.
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel berikut:
(a) Tirani, karya Beb Sabariah
Membaca Jambatan Ilmu. Begitulah kepentingan aktiviti membaca dalam kehidupan setiap
manusia dan salah satu bahan bacaan yang popular dalam kalangan masyrakat ialah
novel. Jelaskan kebaikan membaca novel dalam kalangan masyarakat.
[6 markah]
60
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
BAHAGIAN C : RUMUSAN
( 30 markah)
61
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
1. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 – PETIKAN
Kes keracunan makanan yang sering berlaku di kebanyakan sekolah pada hari ini
disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah penyediaan dan penyimpanan makanan yang
tidak bersih. Pihak pengusaha kantin tidak memastikan bahan-bahan mentah yang tidak dimasak,
dicuci sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Tempat penyediaan makanan yang tidak bersih seperti
tempat memasak yang kotor dan udara yang tercemar oleh habuk juga boleh menyebabkan
keracunan makanan. Selain itu, minuman dalam tin atau kotak yang mudah basi juga menjadi
penyebab berlakuknya permasalahan ini jika minuman ini dibiarkan terdedah tanpa disimpan di
tempat yang sewajarnya.
Di samping itu, keadaan persekitaran kantin yang kotor menjadi punca kepada
keracunan makanan. Lantai kantin tidak pernah dibasuh dan terlalu kotor, terutamanya di
bahagian tempat memasak. Makanan yang disediakan pula jarang sekali ditutup atau disimpan di
tempat yang lebih sesuai dan bersih. Kawasan longkang dan persekitaran kantin yang kotor pula
menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit seperti lalat, lipas, dan tikus.
Keracunan makanan di sekolah amat berbahaya dan boleh membawa maut
kepada murid-murid. Oleh itu, pelbagai usaha perlu diambil untuk menangani masalah ini.
Pengusahapengusaha kantin perlu mematuhi syarat-syarat penyediaan makanan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengusaha-pengusaha kantin harus
memastikan makanan dan minuman disimpan dalam keadaan yang bersih. Selain itu, pihak kantin
perlu sentiasa membersihkan kawasan kantin, terutamanya di bahagian tempat memasak.
Tindakan yang tegas tanpa kompromi harus dikenakan kepada pengusaha-pengusaha kantin
yang ingkar kepada arahan tersebut.
Sumber : Internet
Bahan 2 – GRAFIK
62
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
2. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 – PETIKAN
Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukan lagi suatu mata pelajaran yang asing
kepada murid-murid. Sejak sekolah rendah, mereka sudah mempelajari mata pelajaran ini.
Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang beranggapan
bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan sedangkan
banyak faedah yang dapat diperoleh melalui mata pelajaran ini. Sejarah dapat mengelakkan diri
daripada mengulangi sesuatu kesilapan. Banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak
mengambil iktibar daripada sejarah. Bak kata pepatah Melayu, yang baik dijadikan teladan, yang
buruk dijadikan sempadan. Selain itu, sejarah
menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara bangsa. Mata pelajaran Sejarah berperanan
sebagai alat untuk mendidik rakyat agar menyayangi negara yang tercinta ini. Dalam hal ini,
pengetahuan sejarah khususnya sejarah kebangsaan akan membolehkan sesuatu bangsa,
terutamanya generasi muda menjadi lebih prihatin terhadap bangsa dan pembangunan
negaranya.
Melalui sejarah, rakyat akan lebih memahami bahawa terdapat perlembagaan dan
undang-undang dalam pembentukan negara ini. Oleh yang demikian, mereka tidak akan bertindak
sesuka hati dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pelembagaan negara.
Penghayatan terhadap sejarah juga dapat membentuk semangat patriotisme dan mendedahkan
tokok-tokoh pejuang tanah air kepada murid. Melalu sejarah, pengalaman masa lampau
merupakan satu rujukan untuk dijadikan teladan dalam merencanakan masa hadapan.
Faktor-faktor murid kurang berminat mata pelajaran Sejarah kerana teknik
pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang tidak menarik kerana guru hanya menitikberatkan
proses menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai sejarah.
Seterusnya, perkembangan teknologi maklumat juga punca murid-murid kurang berminat sejarah.
Pada masa yang sama, dasar kerajaan terhadap Sains dan Matematik menimbulkan salah tafsir
para murid bahawa hanya kedua-dua mata pelajaran ini sangat penting untuk masa depan
mereka. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menarik minat remaja terhadap
mata pelajaran Sejarah.
Dipetik dan diubah suai daripada „Sejarah Mendewasakan Kita‟
Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahan 2 – Sajak
Sejarah Wajah Kita
Sejarah ialah cermin diri Sejarah ialah wajah kita
yang bergantung di dinding yang didewasakan oleh
hayat menjadi penyeri pengalaman.
kenangan
di rumah kehidupan. Sham Al-Johori
Bandar Baru Bangi
Sejarah ialah lukisan diri
yang memaparkan wajah kita
bangsa bertamadun
berdiri di mercu tanda
setelah melewati liku peristiwa
dan onak perjuangan.
63
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
3. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 - PETIKAN
Telefon pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak pantas.
Di Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat, iaitu kira-kira
20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat untuk memiliki telefon pintar
kerana mereka terpengaruh dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga turut
dipengaruhi oleh rakan sebaya terutamanya yang telah memiliki telefon pintar.
Kewujudan telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai guna
menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi mudah alih yang canggih ini.
Setelah memiliki peralatan tersebut, mereka menjadi mudah leka dengan peranti masing-masing
dan seterusnya membawa perubahan ketara terhadap tingkah laku mereka. Akibat penggunaan
telefon pintar ini juga menyebabkan murid sering berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa
seperti penggunaan singkatan dan bahasa slanga dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp
dan Instagram.
Keasyikan menggunakan telefon pintar menyebabkan murid mengabaikan
tanggungjawab terhadap pelajaran seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak mengulang kaji
pelajaran. Selain itu, keasyikan bermain telefon pintar sehingga larut malam menyebabkan murid
hilang fokus semasa di dalam kelas kerana mengantuk akibat tidak cukup tidur. Lebih buruk lagi,
terdapat murid yang bermain telefon ketika di dalam kelas hingga mengganggu sesi pembelajaran.
Impak lain telefon pintar ini ialah murid mudah menerima dan mempercayai maklumat tersebut
tanpa mengetahui kesahihannya.
Oleh itu, larangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap murid yang
membawa telefon bimbit atau telefon pintar di sekolah ada asasnya dan peraturan ini mesti
difahami dan dipatuhi untuk manfaat semua pihak. Dalam hal ini ibu bapa juga perlu memainkan
peranan penting untuk mengatasi masalah ini. Tanggungjawab ibu bapa adalah dapat menerangkan
keburukan penggunaan telefon pintar kepada anak-anak dan mengehadkan penggunaan telefon
pintar. Di samping itu, ibu bapa menasihati anak-anak supaya tidak membawa telefon pintar ke
sekolah dan tidak memberikan wang untuk membeli telefon pintar.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar Sekolah’
Oleh Sa’adiah Shuib,
Dewan Masyarakat, April 2015.
64
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
Bahan 2 – GRAFIK
65
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
4. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 - PETIKAN
Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu di
semua sekolah menengah diperkenalkan mulai tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah memilih beberapa buah karya sastera untuk dijadikan teks yang wajib dipelajari dan
ditaksir dalam peperiksaan awam. Pemilihan karya sastera tersebut merangkumi semua genre
utama yang mencakupi pelbagai tema. Langkah tersebut menjadikan pendidikan Bahasa Melayu
semakin luas.
KOMSAS yang diajarkan dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
Melalui pembelajaran KOMSAS pelbagai istilah asas kesusasteraan seperti tema, persoalan,
perwatakan, gaya bahasa dan beberapa istilah lain dapat difahami dan seterusnya mampu
melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera. Secara tidak langsung, KOMSAS dapat
memperluas perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam penulisan dan penuturan.
Pembelajaran KOMSAS juga membantu murid untuk meningkatkan kemahiran
berbahasa seperti kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Pertimbangan ini sangat penting
agar pembacaan dan perbincangan karya KOMSAS di dalam kelas dapat memberikan banyak
pengajaran kepada murid. Di samping itu, karya yang dipilih tidak terhad kepada karya-karya
moden malah KOMSAS turut mengetengahkan karya-karya lama yang berbentuk prosa tradisional
serta puisi seperti gurindam dan syair kerana murid menjadi lebih peka untuk menghargai
kesusasteraan warisan bangsa.
Sesungguhnya pembelajaran KOMSAS yang telah dilaksanakan lebih sepuluh tahun
itu dapat mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi. KPM perlu melaksanakan kajian
secara holistik supaya pembelajaran KOMSAS di sekolah dapat memberikan impak yang lebih
menyeluruh. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah untuk menarik minat murid
mempelajari KOMSAS. Antaranya ialah pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti KOMSAS dalam
kokurikulum dan PdP guru Sastera yang berkesan. Selain itu, pihak perpustakaan harus membeli
buku-buku rujukan KOMSAS sebagai bahan bacaan serta mewujudkan sudut KOMSAS di dalam
kelas. Akhir sekali, pihak sekolah hendaklah membawa murid-murid menyaksikan aktiviti
KOMSAS seperti pementasan drama.
Dipetik dan diubah suai daripada
„Pembelajaran KOMSAS dan Dunia Kesusasteraan Negara‟
oleh Salleh Hashim,
Dewan Siswa, April 2016.
Bahan 2 – GRAFIK
66
Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
SELAMAT MAJU JAYA
Sumber Bahan Rujukan dan Soalan
Modul Mesra KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4, Cikgu Tan CL, Cikgu Rohaiza, Alam Bimbingan
Cikgu Tan
Modul Mesra KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5, Cikgu Tan CL, Cikgu Rohaiza, Alam Bimbingan
Cikgu Tan
Modul Bahasa Melayu Standard Tingkatan 4, Kepimpinan Melalui Teladan, Cikgu Tan CL, Cikgu
Rohaiza Omar, Cikgu Zainab Abdullah
Modul Bahasa Melayu Standard Tingkatan 5, Burung Terbang Dipipiskan Lada, Cikgu Tan CL,
Cikgu Rohaiza Omar, Cikgu Zainab Abdullah
Gerak Gempur PdPr Bahasa Melayu SPM Tingkatan 4, Nur Anisa Muhammad, Nor Suhaila
Hashim, Sasbadi
http://cikgunonblog.blogspot.com/2016/03/ayat-majmuk-1.html
http://cikguchom.blogspot.com/2019/08/pemantapan-tatabahasa-ayat-susunan.html
Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas, Bahagian
Pembangunan Kurikulum
Cikgu Khairul MBSSKL/Telegram/Sakura-BM
Cikgu Meganathan Lachimanan, SMK Sungai Karangan
https://twoohiok.com/2020/09/22/latihan-penyuntingan-format-spm-2021/
https://cikgukumuzz.blogspot.com/2021/03/latihan-sintaksis-9-ayat-songsang.html
67