E-BOOK KELANA SISWA UPSI DANIAL WEINSTEIN MUSLY ISMP PENDIDIKAN JASMANI(3) KUMPULAN C D20211100648 EN ALIFF ASRAF BIN ABDUL RAZAK
Nama: DANIAL WEINSTEIN MUSLY Umur: 21 TAHUN Tarikhlahir: 18 ogos 2001 Hobi:Bermainbola tampar Asal:Sabah Motto hidup: Janganpernah menyerah untuk mencapai impianmu. Biodata pelajar
Sejarah pengakap dunia. Isi kandungan Sejarah pengakap di Malaysia Logo pengakap kelana UPSI Undang-undang pengakap Persetiaan pengakap Pintu gerbang Gajet pengakap Baju Kelana Lagu Pengakap Lencana pengakap Ikatan asas pengakap Asas kawad kaki pengakap Malam kebudayaan pengakap Kesimpulan
Sejarah pengakap dunia
Pengasas pengakap dunia Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord BadenPowell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941 di Kenya. Beliau merupakan seorang bekas Mejar Jeneral Tentera British. Sejarah pengakap dunia Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
Sejarah pengakap di Malaysia
Pergerakan Pengakap mulaberkembangdi Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkanpasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs)diSingapurapada tahun1910( Dua tahunsetelahBP mengasaskan PergerakaninidiEngland). Bergerakdari tarikhitu,pada tahun1919 Pasukan Pengakapuntukbudak-budak Melayu telahdiasaskan oleh Kapten N.M. Hashim danEncik A.Z.Alsagoff,jugadiSingapura. Negeri Melayuyangpertama memulakan Pergerakan Pengakapialah Pahang(Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namunbegitu,pergerakanini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun1927,pergerakan Pengakapdihidupkansemula oleh H.P.Hertslet, Frisbydan Wheelerdari Jabatan Pelajaran Pahang memajukanpergerakanini. H.R. Cheesman(seorangahlipendidikanyangterkenal) telah menubuhkanpergerakan Pengakapdi Pulau Pinangiatudi PenangFreeSchoolpada tahun1915. Mendiangjuga menjawat jawatansebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13tahunlamanya. Di Perakpula,pergerakanpengakapditubuhkandi Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)pada tahun1926 olehI.R.Wheeler.Pada tahun1922, pergerakan Pengakapbermuladi Kedah. Manakaladi Johorpula,pergerakanini bermulapada tahun1928dengankumpulanpertamanyadi MaktabSultan Abu.Bakar. Sejarah pengakap di malaysia
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
Logo Pengakap Kelana Upsi
MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undangundang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap” Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia” Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap: Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak” , Hijau – “Pengakap Muda” , Merah – “Pengakap Remaja” Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. - Kehormatan diri seorang pengakap itu boleh dipercayai untuk menjalankan tugas-tugas yang diberikanya dengan sehabis daya- upayanya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-orang di bawahnya. - Pengakap adalah seorang yang taat kepada tuhan, raja, negara, pemimpinpemimpin pengakap, ibu bapa, majikan dan orang-orang di bawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa. - Tugas seorang pengakap ialah menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya. - Pengakap adalah sahabat kepada semua orang dan saudara kepada lain-lain pengakap, tidak kira dari apa negara, bangsa, pangkat atau agama sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya. Pengakap adalah seorang yang baik budi pekertinya yakni dia hormat kepada semua orang terutamanya orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, orang sakit, orang cacat dan sebagainya. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan. - Pengakap adalah sahabat kepada semua binatang iaitu kasihkannya serta menyelamatkan binatang daripada menderita kesakitan dan jangan membunuhnya tanpa sebab kecuali binatang yang merbahaya.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa persoalan. - Pengakap menurut perintah ibu bapa, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa sebarang bantahan walaupun menerima perintah yang tidak disukainya. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum walaupun semasa kesusahan. - Pengakap mestilah sentiasa senang hatinya dan bersabar selalu walaupun dalam kesusahan. 9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat. - Pengakap mestilah sentiasa berjimat cermat dalam semua hal perbelanjaannya. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. - Pengakap sentiasa bersih fikiran, perkataanya dan perbuatannya dari melakukan perkara-perkara yang kotor dan tidak mengalah kepada nafsu untuk bercakap, berfikir atau berbuat sesuatu yang keji.
Persetiaan pengakap
Pintugerbangkarnival kokurikulum Upsi
Sebelum memulakan pembinaan pintu gerbang kami telah mempelajari beberapa teknik ikatan iaitu ikatan simpul manuk dan ikatan seraya. Sebagai contohnya, kami melakukan demostrasi ikatan tersebut dengan menggunakan lidi yang mana lidi yg kami bentuk itu sebagai gajet yang ada di pamer semasa hari koko di booth masing - masing. Semua ahli saling bekerjasama dalam membina pintu gerbang yang mana setiap ahli kumpalan ada tugasan masing² yang setiap kumpulan akan dibahagikan mengikut tugasan masing² iaitu i) Mengumpul buluh ii) Menggergaji buluh iii) Mengikat buluh iv) Membersihkan tempat bit of body text Sebelum
Sewaktu berlangsungnya hari kokurikulum, terdapat banyak aktiviti serta pameran yang diadakan daripada persatuan-persatuan lain termasuklah kelana siswa. Kelana siswa telah membuat pameran replika dan juga pintu gerbang yang dihasilkan oleh pelajar kelana siswa dan mendapat kunjungan yang ramai dari persatuan lain. Semasa program berlangsung, melihat hasil kerja keras diri dan ahli pasukan lain adalah satu kepuasan kerana akhirnya berjaya menghasilkan sebuah pintu gerbang yang sebelum ini tidak pernah terlintas difikiran akan menghasilkannya. Membawa DIF-DIF terhormat melihat hasil kerja keras dan bergambar bersama-sama adalah satu penghargaan besar buat semua yang terlibat. Semasa
Selepas Selesai sahaja Hari Kokurikulum mengemaskan tapak. Semua ikatan yang telah di ajar oleh Encik Alif akan diaplikasi dalam proses membentuk pintu gerbang semasa Hari Kokurikulum. Melalui projek pembinaan pintu gerbang ini kami dapat mempelajari beberapa kemahiran baharu yang dapat kami praktikkan dalam kehidupan seharian iaitu: i) mempelajari pelbagai jenis ikatan ii) meningkatkan kerjasamaa dengan ahli kumpulan iii) merapatkan silaturahim antara pelajar yang berbilang kaum dan agama
Gajet pengakap
Maksud gajet Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Tujuan gajet i. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. ii. Melindungi makanan dari tercemar. iii. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam . iv. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat v. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan vi. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan vii. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera
Jenis -jenis gajet i. Gajet tempat kasut ii. Gajet ampaian pakaian. iii. Gajet pintu gerbang dan jambatan iv. Gajet tiang bendera v. Gajet papan kenyataan vi. Gajet makanan vii. Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak viii. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya. ix. Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dsb x. Gajet pagar dan sebagainya
Baju kelana
LAGU PENGAKAP
Lencana pengakap
1. lencana keahlian Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. 2. Lencana kemahiran Projek Perintis bagi setiap kategori Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah,projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.
3. Lencana perkhidmatan Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan. 4. Lencana pengembaraan Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut. 5. Lencana kepimpinan Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana,sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan & pengurusan dgn memperlihatkan tahap tertinggi dlm melaksanakan program seperti Kursus, Seminar,Bengkel, Campfire Night
6. Lencana ict Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa. 7. Lencana aktiviti ekstrem Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut. 8. Lencana penyelamat nyawa Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula,pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
9. Lencana keusahawanan Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan,pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan. 10. Anugerah B.P
Ikatan asas pengakap
Asas kawad kaki pengakap