Malam kebudayaan pengakap
Kesimpulan Kesimpulannya dengan menyertai aktiviti pengakap saya dapat melatih diri menjadi seorang warganegara yang mencintai negaranya dan masyarakat. Selain itu saya dapat membentuk ciri-ciri keberanian dan mampu mengembangkan serta mampu berdikari. Saya juga belajar menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan mengikut undang-undang. Disamping itu saya dapat memupuk sikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk menolong orang, tidak bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri. Saya berharap agar persatuan pengakap di negara kita dapat terus berkembang untuk melahirkan modal insan yang berguna untuk negara.