Jalan
Pulang
AZAIKA SR
Teks Jalan Pulang.indd 1 05/05/2020 14:39:55
Prakata
Pertamanya, saya ingin melafazkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan izin-Nya jua maka saya dapat menghasilkan
antologi cerpen yang bertajuk Jalan Pulang dengan jayanya. Tema
dalam antologi cerpen ini ialah mengenai ketuhanan, kemanusiaan dan
kedamaian.
Pengalaman yang dilalui sama ada suka mahupun duka adalah
umpama guru yang mengajar kita untuk mengenali erti sebenar dalam
kehidupan ini. Kita juga tidak dapat mengelak untuk menghadapi
pelbagai ujian dan cabaran yang datang.
Tidak semua keindahan dan kemanisan yang kita impikan dalam hidup
ini akan menjadi kenyataan dan berkekalan buat selama-lamanya.
Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan
segala-galanya adalah daripada Tuhan Yang Maha Esa.
Kisah kehidupan yang dipaparkan dalam antologi cerpen ini adalah
diharapkan akan dapat dijadikan sebagai perkongsian bersama-sama
oleh para pembaca. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu untuk menjayakan projek
penerbitan antologi cerpen ini.
AZAIKA SR
10 APRIL 2020
Teks Jalan Pulang.indd 2 05/05/2020 14:39:56
KANDUNGAN
1. Padah...........................................................................................................1
2. Seorang Tua..............................................................................................11
3. Pak Long ...................................................................................................17
4. Hulubalang Jiwa.......................................................................................24
5. Jalan Pulang..............................................................................................34
6. Tabah Seorang Isteri.................................................................................44
7. Permata.....................................................................................................53
8. Cabaran.....................................................................................................62
9. Suratan Jodoh..........................................................................................74
10. Hidayat....................................................................................................85
Teks Jalan Pulang.indd 3 05/05/2020 14:39:56
Azaika SR
1. PADAH
YARIKAT Encik Shauki
dalam bahaya. Pihak bank
“Sakan mengambil tindakan
mahkamah sekiranya Encik Shauki gagal menyelesaikan
segala hutang,” kata Encik Ali iaitu Pegawai Bank Bungaraya.
“Saya faham, Encik Ali. Tapi, berilah saya tempoh
dalam sedikit masa lagi,” rayunya.
“Saya minta maaf, Encik Shauki. Saya tak boleh
berbuat apa-apa. Ini adalah arahan pengurus saya. Saya harap
Encik Shauki faham,” balas Encik Ali pula.
Dia sebaliknya hanya mampu terkedu apabila
mendengar kata-kata Encik Ali itu. Dia sayangkan Syarikat
Perkasa Construction Sdn. Bhd. Dia tak sanggup melihat
syarikat ini hanyut. Dia menubuhkan syarikat ini dengan
modal puluhan ribu.
“Baiklah, Encik Shauki. Saya minta diri dulu,” ucap
Encik Ali sambil bingkas bangun.
“Baiklah …!” dia mengangguk lemah sambil
berjabat salam dengan Encik Ali.
Encik Ali kemudiannya lalu mengatur langkah ke
arah pintu. Daun pintu pantas ditariknya dan terus berlalu
4
Teks Jalan Pulang.indd 4 05/05/2020 14:39:56
Jalan Pulang
pergi dari situ. Kesejukan alat penghawa dingin terasa
mengepung seluruh ruang bilik.
Tak lama kemudian kedengaran bunyi pintu
diketuk orang.
“Masuk!”
Pintu segera terbuka. Sarina iaitu Setiausaha
Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. muncul dan terus
berdiri memandang tepat wajahnya.
“Ada apa, Sarina?”
“Saya apa perkara mustahak nak beritahu Encik
Shauki.”
“Mustahak? Apa dia?”
“Dah cukup bulan ni. Semua kakitangan merungut.
Sebab Encik Shauki masih lagi tak keluarkan gaji.”
Dia merasa lemah seluruh badan apabila
mendengar kata-kata Sarina itu. Benar. Mereka memang
berhak bersuara. Dah cukup bulan. Gaji mereka mesti
dibayar.
“Minta mereka semua supaya bersabar. Saya akan
selesaikan perkara ini dengan secepat mungkin.”
“Baiklah, Encik Shauki!” Sarina menjawab sambil
mengangguk-anggukkan kepala.
“Ada apalagi?” dia menyoal Sarina sambil
meninggikan kepala sedikit.
“Tak ada apa-apa, Encik Shauki. Saya pergi dulu.”
Dia sebaliknya hanya mengangguk diam dan
memerhatikan sahaja bayangan Sarina hilang dari
pandangan mata. Dia kemudiannya lalu melepaskan keluhan
yang panjang sambil menyandarkan badannya di atas kerusi
5
Teks Jalan Pulang.indd 5 05/05/2020 14:39:56
Azaika SR
pusing yang berwarna merah hati. Shauki merasa tidak
senang duduk. Resah-gelisah. Kepanasan. Walaupun berada
dalam bilik yang berhawa dingin.
Dia kemudiannya bingkas bangun dan perlahan-
lahan menuju ke arah jendela kaca. Dia lalu melontarkan
pandangan ke arah bangunan-bangunan yang menjulang
tinggi hingga mencakar langit.
“Awak dah fikir masak-masak?” tanya Encik
Redzuan iaitu Pengurus Besar Syarikat Inderapura Holdings
Sdn. Bhd. sebaik-baik sahaja selesai membaca surat
perletakan jawatan Shauki.
“Sudah, Encik Redzuan. Saya harap Encik Redzuan
akan meluluskan permohonan saya ini.”
“Awak nak buka syarikat sendiri?”
“Ya, Encik Redzuan. Saya nak ikut jejak langkah
Encik Redzuan. Berjaya menjadikan syarikat ini hingga
bertaraf korporat.”
“Saya bangga dengan semangat awak. Tapi, saya
tetap bimbang. Dunia perniagaan ni banyak cabarannya.
Kalau awak tak pandai menanganinya, awak akan gagal.”
“Encik Redzuan jangan bimbang. Saya yakin.
Pengalaman saya sewaktu bekerja dengan syarikat ini akan
membantu saya untuk maju dalam bidang perniagaan.”
“Baiklah. Kalau begitu keputusan awak, saya tak
boleh berbuat apa-apa. Saya luluskan permohonan awak ni.
Saya berdoa semoga cita-cita awak akan tercapai.”
“Terima kasih, Encik Redzuan.”
Tindakannya meninggalkan Syarikat Inderapura
Holdings Sdn. Bhd. mendapat tentangan keras daripada
isterinya iaitu Rahimah.
6
Teks Jalan Pulang.indd 6 05/05/2020 14:39:56
Jalan Pulang
“Apa? Abang dah berhenti kerja?” ujarnya dengan
penuh rasa terkejut.
“Ya, Mah. Abang nak buka syarikat sendiri,” dia
menjawab sambil menghirup air teh yang masih panas itu.
Kemudian perlahan-lahan diletakkannya semula cawan itu ke
bawah. Asap nipis yang keluar daripada air teh itu kelihatan
teroleng-oleng naik ke atas.
“Nak buka syarikat perlukan duit yang banyak,
bang. Mana abang nak cari?”
“Abang akan buat pinjaman bank.”
“Betul. Tapi, mampu ke abang bayar balik?”
“Abang mampu, Mah. Kalau orang lain boleh bayar
balik kenapa abang tak boleh. Kalau orang lain boleh berjaya
dalam perniagaan kenapa abang tak boleh.”
“Mah takut, bang.”
“Takut apa?”
“Abang baru kerja 5 tahun. Dah nak buka syarikat
sendiri.”
Dia hanya mendiamkan diri sahaja apabila
mendengar kata-kata isterinya itu. Ketiga-tiga orang anaknya
iaitu Shahril, Suzana dan Syazwan kelihatan sedang asyik
menonton rancangan kartun yang disiarkan di televisyen.
Sekali-sekala kedengan hilai tawa mereka yang
hampir memecahkan ruang tamu rumah teres berkembar
dua tingkat itu. Dia kemudiannya mengukir senyuman kecil
sambil memandang tepat wajah isterinya. Gelagatnya itu
nyata sekali tidak menyenangkan isterinya.
“Sebagai isteri Mah sepatutnya beri semangat pada
abang. Bukannya matikan semangat, abang.”
“Itu Mah tahu, bang.”
7
Teks Jalan Pulang.indd 7 05/05/2020 14:39:56
Azaika SR
“Dah tu?”
“Mah takut syarikat abang tak akan bertahan lama.”
“Kenapa Mah cakap macam tu?”
“Berniaga ni bukannya senang, bang.”
“Mah jangan bimbang. Yang nak berniaga, abang.
Bukannya, Mah. Keuntungan yang dapat bukan milik abang
seorang. Mah dan anak-anak akan dapat jugak nanti.”
“Entahlah, bang. Susah Mah nak cakap dengan
abang ni. Mah cuma ingatkan abang aje. Mah tak mahu
abang menyesal di kemudian hari.”
“Abang tak akan menyesal, Mah. Abang yakin.
Syarikat abang akan maju.”
Keesokan harinya dia keluar makan tengah hari
bersama dengan sahabat karibnya iaitu Afian.
“Apa? Kau nak buka syarikat? Kau jangan nak olok-
olok dengan aku, Ki?” soal Afian sambil membetulkan duduk.
“Betul, Pian. Aku tak olok-olok,” dia menjawab.
Afian sebaliknya ketawa kecil apabila mendengar
kata-katanya itu. Gelagat yang ditunjukkan oleh sahabat
karibnya itu benar-benar menghairankannya.
“Kenapa kau ketawa? Apa? Kau tak yakin yang aku
boleh berjaya dalam bidang perniagaan?”
“Aku tak bermaksud begitu.”
“Habis?”
Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti.
Pelayan lalu menghampiri mereka berdua sambil membawa
makanan dan minuman yang dipesan iaitu 2 pinggan nasi
beriani dan 2 gelas air sirap limau.
“Terima kasih,” ucap Shauki.
8
Teks Jalan Pulang.indd 8 05/05/2020 14:39:56
Jalan Pulang
“Sama-sama!” dia membalas sambil
menganggukkan kepala dan pantas berlalu pergi dari situ.
Tanpa membuang masa lagi, mereka lalu
menikmati makanan dan minuman yang dipesan. Selepas
selesai menikmati makanan dan minuman, mereka berdua
menyambung semula perbualan.
“Aku bukannya apa, Ki. Sebagai seorang kawan, aku
tak mahu kau menyesal di kemudian hari. Berniaga ni bukan
senang, Ki. Ibarat kapal di tengah lautan. Kalau kau tak
pandai menghadapi gelombang, kau akan tenggelam,”
nasihat Afian dengan panjang lebar.
“Kau sama dengan isteri aku. Bukan nak bagi
semangat. Nak patahkan semangat.” Dia langsung tidak
menghiraukan nasihat sahabat karibnya itu.
“Ini bukan soal beri semangat atau patahkan
semangat, Ki. Aku bercakap ni adalah berdasarkan
kenyataan.”
“Kenyataan apa?”
“Kau jangan ikut rentak orang, Ki. Bila kau tengok
orang lain buka syarikat, kau pun nak buka syarikat. Dia
orang tu mungkin dah berpuluh-puluh tahun menceburi
bidang perniagaan. Sedangkan kau baru 5 tahun bekerja
dengan Syarikat Inderapura Holdings Sdn. Bhd.”
“Terima kasih, Pian. Kerana menasihatkan aku.
Tapi, kau tak akan dapat mengubah keputusan aku. Kita dah
lama berkawan. Kau tentu arif dengan prinsip hidup aku,
bukan? Apa yang aku kata mesti aku kota,” Shauki membalas
dengan panjang lebar.
Selang beberapa bulan kemudian dia pun
menubuhkan Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd.
Ternyata syarikatnya berjaya memperolehi keuntungan yang
9
Teks Jalan Pulang.indd 9 05/05/2020 14:39:57
Azaika SR
banyak. Syarikatnya banyak mendapat projek mewah. Duit
keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan
melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli
beberapa buah banglo dan kereta mewah. Tindakannya
berbelanja boros ini telah ditegur oleh Zamri iaitu Pegawai
Akaun di syarikatnya. Namun begitu tidak diendahkannya.
“Jangan berbelanja boros, Encik Shauki. Syarikat
kita akan menerima padah nanti.”
“Itu hak saya, Zamri. Saya pengurus besar di
syarikat ni. Bukannya awak. Saya boleh buat apa aja yang
saya suka. Awak tu makan gaji dengan saya. Faham!”
“Saya faham, Encik Shauki …,” dia tidak sempat
untuk menghabiskan kata-kata.
“Dah tu? Awak jangan nak pandai-pandai
nasihatkan saya. Awak pergi buat kerja awak.” Shauki
sebaliknya pantas memotong dengan penuh rasa bongkak
dan sombong.
Dia juga telah menjalankan perniagaan dengan cara
yang salah. Dia sanggup memberi rasuah kepada pihak yang
bertanggungjawab untuk mendapatkan projek mewah. Ini
tidak disenangi oleh Musa iaitu Pegawai Pemasaran di
syarikatnya.
“Encik Shauki menjalankan perniagaan dengan
cara yang salah.”
“Salah kata awak?”
“Ya. Rasuah salah di sisi agama dan undang-
undang.”
“Awak sebagai pekerja ikut arahan saya. Awak
jangan cuba nak nasihatkan saya. Dengar sini baik-baik.
Tender tu lumayan. Kalau kita tak umpan mereka, kita akan
terlepas. Faham!”
10
Teks Jalan Pulang.indd 10 05/05/2020 14:39:57
Jalan Pulang
“Tapi, Encik Shauki ….”
“Sudah! Ikut apa yang saya arahkan. Kalau awak tak
mahu buat, berhenti kerja. Saya boleh cari orang lain.”
“Encik Shauki jangan cuba cabar saya.”
“Saya bukan cabar awak, Musa. Ini adalah
kenyataan. Kalau awak dah bosan bekerja dengan syarikat ni,
silakan keluar. Awak carilah kerja lain.
“Baiklah, Encik Shauki. Saya akan tinggalkan
syarikat ini. Saya tak mahu bersubahat melakukan perkara
yang terkutuk.”
“Sudah! Ikut apa yang saya arahkan. Kalau awak tak
mahu buat, berhenti kerja. Saya boleh cari orang lain.”
Musa pun mengambil keputusan nekad
meninggalkan Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. Dia
lebih senang melihat Musa berhenti kerja. Sebagai “boss” dia
adalah raja. Segala perintahnya mesti diturut. Tanpa mengira
sama ada ia baik ataupun buruk.
Dia lupa pada ajaran agama Islam. Dalam
perniagaan ada batasnya. Halal dan haram. Namun begitu itu
semua diketepikannya. Baginya untuk maju dalam bidang
perniagaan soal halal dan haram tidak perlu wujud. Yang
penting ialah memperolehi keuntungan yang berlipat kali
ganda.
Shauki juga bersifat zalim terhadap pekerja. Dia
membuang pekerja dengan sewenang-wenangnya.
“Apa salah saya, Encik Shauki?” soal Mansur yang
bertugas sebagai budak pejabat sebaik-baik sahaja menerima
surat notis berhenti kerja daripada Shauki.
“Saya tak perlu jawab soalan awak. Awak sepatutnya
tanya diri awak sendiri.”
“Awak memang jenis bengap. Semua kerja yang
11
Teks Jalan Pulang.indd 11 05/05/2020 14:39:57
Azaika SR
diberikan awak tak boleh buat. Dahlah tu awak selalu saja
ambil cuti sakit. Saya mahu orang yang berguna dalam
syarikat ni. Bukannya orang yang tak berguna macam awak.
Faham!!!” herdik Shauki.
“Saya bukannya suka-suka ambil cuti sakit. Kan
saya dah beritahu Encik Shauki. Saya memang ada masalah
kesihatan.” Mansur sebaliknya cuba membela diri.
Namun begitu tidak diendahkan sama sekali oleh
Shauki. Dia tetap dengan egonya yang tinggi melangit.
“Ah! Itu semua alasan awak. Dah saya katakan tadi.
Orang macam awak memang tak layak bekerja dengan
syarikat ni. Ramai lagi orang yang saya boleh ambil!”
“Encik Shauki tak kasihan ke dengan saya. Saya ada
isteri dan anak-anak. Macam mana saya nak sara hidup
mereka.” Mansur terus merayu.
“Kasihan! Itu bukan urusan saya. Awak carilah
kerja lain!”
Mansur diam. Dia sedar siapa dirinya. Encik Shauki
selaku Pengarah Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd.
yang kini berada jelas di depan matanya adalah ibarat durian.
Manakala dia pula adalah ibarat mentimun.
Isterinya dan Afian telah beberapa kali
menasihatkannya agar membuang sikapnya yang buruk itu.
Namun begitu tidak diendahkannya langsung. Tetapi dia
lupa.
Dia hidup di atas dunia ini hanya sebagai manusia
biasa. Walaupun hakikatnya dia dikenali sebagai Pengarah
Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. Hanya Allah SWT
sahaja yang berkuasa.
Shauki menarik nafas yang panjang. Baru dia sedar
kini. Inilah padahnya bila terlalu menurutkan kata hati,
12
Teks Jalan Pulang.indd 12 05/05/2020 14:39:57
Jalan Pulang
bongkak, menzalimi orang dan melakukan kemungkaran.
Sepanjang hari dia asyik termenung memikirkan
untung nasibnya bersama Syarikat Perkasa Construction
Sdn. Bhd. yang semakin malap.
13
Teks Jalan Pulang.indd 13 05/05/2020 14:39:57
Azaika SR
2. SEORANG TUA
IA melemparkan pandangan
yang tajam ke arah desiran
Dombak yang tak putus-putus
menghempas pantai. Buih-buih memutih berapungan.
Membasuh pasir dan batu-batu kecil di gigian. Pagi masih
muda lagi. Bola matahari bersinar indah terang-benderang.
Bayu laut bertiup lembut.
Sungguh segar sekali. Pohon-pohon cemara yang
tumbuh di sekitar pantai meliuk-liuk ke kiri dan kanan.
Daun-daun hijau mengeluarkan irama yang sungguh merdu
apabila bergeseran di antara satu sama lain.
Pantai Sinar Murni. Sudah seminggu dia berada di
sini. Sebuah kawasan peranginan yang terkenal. Dia
sebenarnya mencari ketenangan. Jawapan. Setiap masalah
perlukan penyelesaian.
Laut yang membiru. Hidup manusia di atas muka
bumi ciptaan Allah SWT ini juga umpama laut. Pasang surut
silih berganti. Penuh suka dan duka. Dia akur dengan
kenyataan itu. Memang sudah ditentukan sejak dari azali
lagi. Dia menarik nafas yang panjang sambil membetulkan
duduk di atas kerusi yang diperbuat daripada kayu.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara memberi
14
Teks Jalan Pulang.indd 14 05/05/2020 14:39:57
Jalan Pulang
salam. Lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti.
“Waalaikumsalam,” dia menjawab sambil
memandang muka orang tua itu.
“Maafkan, pak cik. Kerana mengganggu ketenangan
anak.” Nada suara orang tua itu tenggelam bersama deruan
suara ombak.
“Oh, tidak mengapa. Pak cik. Silalah duduk,” dia
membalas senang sambil memandang tepat wajah orang tua
itu dan mengukir senyuman kecil.
“Terima kasih …,” ucap orang tua itu lembut.
“Anak seorang aje ke?” soal orang tua itu lagi.
“Ya, pak cik!” dia mengangguk-anggukkan kepala.
“Maafkan, pak cik. Anak nampaknya sedang
memikirkan sesuatu yang amat berat.”
Dia berasa amat terkejut apabila mendengar kata-
kata yang keluar daripada mulut orang tua itu. Macam mana
dia tahu semua ini? Siapakah dia ini yang sebenarnya?
Persoalan yang tak henti-henti menendang benaknya.
“Benar, pak cik. Apa yang bersarang di kepala saya
ini adalah ibarat seketul batu besar,” jelasnya pula.
“Sudah menjadi lumrah hidup manusia. Masalah.
Tidak mengenal tua atau muda.”
“Bolehkah pak cik membantu saya?”
“Kalau anak tak keberatan. Ceritakanlah. Pak cik
sedia mendengarnya.”
“Saya sebenarnya sedang memikirkan Persatuan
Ikhlas. Banyak membantu masyarakat yang tidak berada.
Pernah memenangi Anugerah Cemerlang Persatuan. Tapi
kini semuanya dah tak bererti lagi bagi saya …,” terangnya
15
Teks Jalan Pulang.indd 15 05/05/2020 14:39:58
Azaika SR
dalam nada suara yang lemah.
“Apa puncanya?” tanya orang tua itu dengan penuh
minat.
“Kuasa,” ucapnya pendek.
“Maksud, anak?”
“Saya adalah Pengerusi Persatuan. Ada yang nak
menjatuhkan saya dalam pemilihan jawatan Pengerusi yang
akan diadakan pada bulan depan.”
“Oh, begitu!” orang tua itu sebaliknya
mengangguk-anggukkan kepala apabila mendengar
penjelasan yang diberikannya. Angin tiba-tiba bertiup lemah.
Pohon-pohon dan dedaunan cemara mengikut rentak tiupan
angin. Daun-daun kering berguguran menimpa butiran pasir
yang putih dan halus. Seolah-olah bersimpati dengan nasib
yang menimpa dirinya.
“Saya akur, pak cik. Sekiranya ahli-ahli persatuan
mahukan perubahan saya sedia berundur. Itu adalah hak
mereka. Saya tak boleh memaksa mereka agar terus
menyokong saya. Tapi malangnya pencabar saya
menggunakan cara yang tak sepatutnya untuk memenangi
jawatan itu,” katanya lagi.
“Cara yang bagaimana anak maksudkan itu?”
“Memfitnah dan menuduh saya yang bukan-bukan.
Menaburkan wang kepada ahli-ahli persatuan agar
mengangkat dirinya sebagai Pengerusi.”
“Sungguh dahsyat. Boleh pak cik tahu siapa
pencabar anak itu?” soal orang tua itu.
“Timbalan Pengerusi. Saya kecewa, pak cik. Saya
dan dia sama-sama mengasas dan berjuang membangunkan
persatuan. Dia pernah berjanji. Tidak akan mencabar saya
16
Teks Jalan Pulang.indd 16 05/05/2020 14:39:58
Jalan Pulang
demi perpaduan parti. Saya menaruh penuh kepercayaan
padanya …,” dia bersuara lemah. Suara angin tidak
kedengaran seperti hilang ditelan alam. Hampa. Itulah yang
membalut wajahnya.
“Anak tahu kenapa dia boleh berubah?”
“Entahlah, pak cik. Saya sendiri pun tak tahu. Saya
sebenarnya sayangkan persatuan. Kalau saya gagal
mempertahankan jawatan Pengerusi saya akan tetap setia
dengan persatuan. Demi membela nasib masyarakat yang
kurang berada agar dapat menikmati taraf hidup yang
sempurna. Itulah matlamat sebenar saya dan dia
menubuhkan persatuan.”
“Mungkin dia mengejar nama selain daripada
kuasa. Apabila persatuan berjaya nama anak sebagai
Pengerusi yang menjadi sebutan. Itu firasat pak cik saja,”
tambah orang tua itu.
“Bagi saya kejayaan yang dikecapi bukan milik saya
seorang. Tetapi adalah milik semua ahli persatuan. Tak
tahulah saya kalau dia beranggapan begitu.”
“Anak ikhlas dan jujur dalam perjuangan
persatuan,” ujar orang tua itu.
“Saya sebenarnya takut pada pujian, pak cik.
Walaupun persatuan di bawah pimpinan saya telah mencipta
kejayaan. Kerana bagi saya pujian itu silap-silap boleh
memakan diri sendiri dan menganggap kita lebih bagus
daripada orang lain,” jawabnya.
“Ini adalah kenyataan yang lahir daripada
pengamatan pak cik terhadap anak dan bukannya paksaan.
Anak bukannya berjuang untuk kepentingan diri sendiri.
Tetapi semata-mata untuk persatuan. Bagi pak cik itu adalah
sifat pemimpin yang sejati. Pak cik tahu. Anak dah banyak
17
Teks Jalan Pulang.indd 17 05/05/2020 14:39:58
Azaika SR
berkorban masa dan tenaga demi persatuan.”
Sekali lagi dia berasa terkejut. Orang tua ini tahu
segala-galanya. Memang benar. Persatuan sudah menjadi
darah dagingnya. Perjuangannya membela nasib masyarakat
yang kurang berada memang ada kaitan dengan latar
belakang keluarganya yang lebih banyak mengenal erti
kesusahan daripada kemewahan. Semuanya ini yang
menyebabkan dia bersungguh-sungguh memastikan
persatuan mencapai matlamat penubuhannya.
“Mungkin sudah nasib saya, pak cik. Tak
semestinya kebaikan yang dicurahkan akan dibalas orang
dengan kebaikan. Adaketikanya saya berfikir lebih baik
mengalah. Tapi saya sedar. Itu bukanlah jalan yang terbaik
buat seorang pemimpin.”
“Pak cik menyokong keputusan yang anak ambil
itu. Dalam hidup ini biar kita mengalah asalkan jangan
kalah.”
“Menarik sekali kata-kata pak cik itu.”
“Tuhan sedang menguji anak sebagai seorang
pemimpin. Anak berada di pihak yang benar. Berdoalah
sentiasa agar diberikan kekuatan dan semangat untuk terus
berjuang demi persatuan. Insya-Allah. Tuhan akan memberi
anak kemenangan,” nasihat orang tua itu sambil memegang
bahunya. Dia sebaliknya diam sambil memandang wajah
orang tua itu. Angin yang bertiup dari arah laut tiba-tiba
bertukar menjadi kencang. Seperti memberi keazaman
kepadanya agar terus hidup dan mati bersama persatuan. Dia
akan tetap bertanding dengan cara yang bersih untuk
mempertahankan jawatannya. Menang atau kalah biarlah di
tangan ahli persatuan.
“Baiklah, nak. Pak cik nak pergi.” Orang tua itu
18
Teks Jalan Pulang.indd 18 05/05/2020 14:39:58
Jalan Pulang
kemudiannya bingkas bangun sambil menghulurkan tangan
dan bersalaman dengannya.
“Pak cik ni siapa sebenarnya?” dia menyoal.
“Macam anak jugak. Hamba Allah yang hidup di
muka bumi ini,” balas orang tua itu. Sekali lagi dia diam.
Wajah orang tua itu direnungnya dalam-dalam.
“Izinkan pak cik pergi. Semoga kita akan berjumpa
lagi. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, pak cik.”
Orang tua itu lalu meninggalkannya dan lama-
kelamaan hilang daripada pandangan matanya. Siapakah
sebenarnya orang tua ini? Persoalan yang tak henti-henti
menendang benaknya.
19
Teks Jalan Pulang.indd 19 05/05/2020 14:39:58
Azaika SR
3. PAK LONG
OTA WARISAN. Keputusan telah
dibuat. Akan dirobohkan demi
Kpembangunan. Maka hilanglah
khazanah bersejarah yang tinggi nilainya. Tak mungkin dapat
dicari ganti peninggalan yang berusia ratusan tahun ini.
Pak Long sayang akan Kota Warisan. Lebih
daripada segala-galanya. Hiba dan sedih hati Pak Long. Bila
mendengar Kota Warisan akan dirobohkan. Kota Warisan
yang terletak berhampiran dengan pangkalan akan
digantikan dengan resort yang mampu menarik pelancong.
Berbanding dengan Kota Warisan. Hanya tinggal
tembok dengan susunan batu yang separuh daripadanya telah
runtuh akibat hakisan dan peredaran zaman. Pak Long masih
ingat lagi cerita arwah datuknya. Kota Warisan adalah
lambang pemerintahan beraja. Dilengkapi dengan istana,
kolah, perigi dan parit yang digali sedalam 2 kaki untuk
menghindari serangan musuh.
Di bahagian hadapan terdapat pintu gerbang.
Dikawal oleh hulubalang sepanjang masa. Manakala di
bahagian belakang pula adalah jalan menuju ke laut. Raja
yang bersemayam di Kota Warisan gemar berlayar.
Kota Warisan runtuh akibat perang saudara.
20
Teks Jalan Pulang.indd 20 05/05/2020 14:39:58
Jalan Pulang
Puncanya ialah irihati dan tamakkan kuasa. Ada pembesar
yang telah belot. Diumpan oleh musuh dengan wang emas.
Rahsia kekuatan Kota Warisan lalu dibuka. Raja dan
pengikut-pengikutnya yang setia lalu melarikan diri.
Tempatnya tidak diketahui. Raja dikatakan menyamar diri
sebagai rakyat biasa kerana takut diburu.
Kota Warisan bukan sahaja peninggalan bersejarah.
Lambang keunikan senibina dan tamadun bangsa Melayu.
Pak Long gemar bercerita tentang Kota Warisan kepada anak
dan cucunya. Tetapi mereka seperti tidak berminat untuk
mendengarnya. Pak Long kecewa. Jawapan mereka itu adalah
cerita lama. Sekarang adalah dunia moden.
Pak Long tak putus asa. Diceritakannya moyang
mereka adalah hulubalang Kota Warisan. Gagah perkasa.
Sangat setia kepada raja. Rela berkorban apa saja. Menurut
cerita yang didengar oleh Pak Long dari datuknya.
Harapan Pak Long cuma satu. Bukan untuk berasa
megah atau berbangga. Pak Long mahu mereka mencontohi
moyang. Bukan setakat demi raja sahaja. Agama, bangsa dan
negara. Dunia hari ini banyak cabaran. Silap-silap akan
dijajah semula. Pak Long pernah merasainya. Azab dan
sengsara. Zaman British dan Jepun. Pak Long masih lagi
terbayang-bayang di ingatan. Walaupun usianya hampir
meniti separuh abad.
Generasi merdeka hari ini harus mengambil iktibar.
Sejarah adalah teladan. Pak Long tekan sedalam-dalamnya
kepada anak dan cucu. Namun begitu jawapannya tetap
sama. Zaman Pak Long sudah berlalu. Ini zaman mereka.
Pak Long tetap nekad. Walaupun keseorangan tetap
akan memastikan Kota Warisan mendapat pembelaan. Pak
Long merenung laut membiru dalam-dalam. Tenang. Sayup-
21
Teks Jalan Pulang.indd 21 05/05/2020 14:39:58
Azaika SR
sayup kedengaran suara ombak memecah pantai. Buih-buih
memutih berapungan di gigian. Bayu laut bertiup segar.
Dingin terasa menyapu kulit Pak Long yang telah tua itu.
Pepohonan rendang yang terdapat di sekitar pangkalan
meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Mengikut rentak tiupan
lembut bayu laut.
Pak Long dapat membayangkan keadaan zaman
dahulu sewaktu kegemilangan pemerintahan raja Kota
Warisan. Sibuk dengan pedagang-pedagang luar. Cukai di
pangkalan dikutip oleh pembesar yang telah diperintahkan.
Kota Warisan terkenal dengan kekayaan. Masyhur namanya
di serata negeri.
Datuk Pak Long juga bercerita akan kehebatan
Panglima Muda. Dilantik oleh raja sebagai panglima kanan
istana. Mengikut raja ke mana sahaja pergi. Kehebatannya
terkenal dengan menghapuskan lanun. Panglima Muda
memiliki ilmu persilatan yang tinggi dan handal bermain
senjata. Sukar ditandingi musuh. Mudah membaca helah dan
tipu daya. Bukan calang-calang orangnya.
Panglima Muda dikatakan berguru di Tanah
Seberang. Guru yang mengajarnya juga hebat orangnya.
Menghabiskan seluruh hidupnya dengan beramal ibadat
kepada Tuhan. Panglima Muda telah dihadiahkan oleh
gurunya sebilah keris. Selagi dia memakai keris itu Kota
Warisan dilindungi daripada ancaman musuh.
Dengan renungan tajam bersama makna yang
penuh tersirat Pak Long kemudiannya melemparkan
pandangan ke arah Kota Warisan yang nampak tersergam
indah di atas puncak bukit. Biarpun usianya telah melewati
ratusan tahun. Ditariknya nafas panjang. Kota Warisan
adalah sebahagian daripada hidupnya. Pak Long seolah-olah
tidak boleh hidup tanpa Kota Warisan. Walaupun sehari
22
Teks Jalan Pulang.indd 22 05/05/2020 14:39:58
Jalan Pulang
cuma.
Di kaki langit bola matahari kian meninggi.
Cahayanya menyinari seluruh alam semesta. Sepertimana
harapan Pak Long. Agar Kota Warisan terus hidup subur buat
selama-lamanya.
Pemaju tidak mempunyai rasa cinta terhadap
warisan sejarah. Demi keuntungan semata-mata sanggup
membunuh Kota Warisan. Apakah Kota Warisan akan
menerima nasib yang sama seperti Kota Melaka yang dibina
oleh Portugis sewaktu menakluk pada tahun 1511? Persoalan
yang mengetuk fikiran Pak Long. Hari ini sebahagian sahaja
Kota Melaka yang tinggal akibat diletupkan oleh Inggeris.
Generasi hari ini tidak dapat menatap peninggalan bersejarah
yang lebih berharga daripada emas dan permata. Pak Long
tidak mahu ibarat kematian tanpa nisan terjadi pada Kota
Warisan.
Musnah …! Itulah yang mampu digambarkan oleh
Pak Long. Generasi akan datang tidak akan dapat melihat
Kota Warisan. Pak Long pernah meminta agar penduduk
kampung bersatu mempertahankan Kota Warisan.
Sepertimana yang dilakukan oleh Panglima Muda dan
moyangnya. Malangnya dia hanya bertepuk sebelah tangan
sahaja.
Amat memedihkan jawapan yang diterima. Seperti
ditikam sembilu rasanya. Hampir menitis air mata orang tua
itu. Sedih. Kata mereka Kota Warisan tidak berguna lagi.
Lebih baik dirobohkan. Bina resort mewah untungnya besar
pada kampung ini.
Serta-merta langit yang cerah bertukar menjadi
mendung. Hujan pun turun membasahi Kota Warisan.
Seolah-olah bersimpati dengan Pak Long. Akur dan bersabar.
23
Teks Jalan Pulang.indd 23 05/05/2020 14:39:59
Azaika SR
Sudah menjadi lumrah hidup manusia. Yang baik susah
diterima. Yang buruk senang diterima.
Tak ubah seperti seorang pejuang. Berkorban demi
agama, bangsa dan tanah air tercinta. Begitu jugalah halnya
dengan Pak Long. Berjuang bermati-matian. Sehingga ke
titisan darah yang penghabisan. Demi untuk Kota Warisan.
Jauh panggang dari api. Pak Long tidak mengejar
nama. Apatah lagi minta jasa dikenang. Cukuplah dengan
sekadar apabila dia menutup mata nanti buat selama-
lamanya Kota Warisan ditatapi oleh cucu cicitnya. Sayang
Pak Long pada Kota Warisan tak ubah seperti menatang
minyak yang penuh. Pak Long sanggup berpanas dan
berhujan menebas semak samun yang terdapat di kawasan
persekitaran Kota Warisan.
Entah dari mana datangnya semangat. Entah dari
mana datangnya kekuatan. Sukar untuk mempercayai kudrat
Pak Long yang tak sepadan dengan usianya mampu
menjadikan kawasan persekitaran Kota Warisan terang dan
bersih. Seperti baru dibuka. Niat suci Pak Long ini
malangnya disalahertikan oleh penduduk kampung.
Mereka menganggap Pak Long sudah hilang akal
dan membuat kerja sia-sia. Begitu juga dengan isteri dan
anak-anak. Marah dengan tindakan Pak Long itu. Malu!
Heboh satu kampung. Tapi Pak Long tak peduli itu semua.
Tidak mahu mencari musuh dengan membalas tohmahan
yang dilemparkan. Berpegang teguh pada hidup dalam
kampung adalah mengutamakan silaturrahim dan
bermuafakat. Lagipun Islam melarang umatnya bersengketa
sesama sendiri. Semangatnya tidak luntur. Sama seperti yang
dimiliki oleh moyangnya sewaktu menjadi hulubalang Kota
Warisan dulu.
24
Teks Jalan Pulang.indd 24 05/05/2020 14:39:59
Jalan Pulang
Kota Warisan tak pernah sunyi dengan pelawat,
penyelidik dan pelajar tanpa mengira peringkat menengah
atau universiti yang terlibat dengan bidang sejarah.
Adakalanya Pak Long menjadi pemandu pelancong
memberikan penerangan. Ada ketikanya Pak Long menjadi
pemberi maklumat membantu kajian. Pak Long merasa
sungguh seronok. Soal bayaran Pak Long tak kisah langsung.
Asalkan mereka mendengar cerita Kota Warisan.
Pak Long bukannya tak suka pembangunan.
Sesuatu yang baik tak seharusnya ditolak. Untuk dinikmati
bersama dengan penduduk kampung. Pak Long sedar. Zaman
dahulu dengan zaman sekarang jauh berbeza. Zaman
mudanya dengan zaman tua yang dilaluinya hari ini umpama
langit dan bumi. Dituntut agar berfikiran terbuka.
Cuma Pak Long tak mahu Kota Warisan menjadi
mangsa keadaan itu. Kalau boleh biarlah pemaju membuat
resot mewah berjauhan dari Kota Warisan. Rayu Pak Long
pada pemaju dari kota besar itu. Namun ditolak mentah-
mentah. Alasan pemaju Kota Warisan adalah tempat yang
strategik untuk didirikan resot mewah. Kedudukannya
mengadap ke arah laut. Tempat yang strategik akan menjadi
tumpuan pelancong. Mereka telah membuat kajian.
Pemaju mengingatkan Pak Long. Kota Warisan
bukan miliknya. Jangan ganggu perancangan yang telah
mereka atur. Darah hulubalang yang diwarisi dari
moyangnya lantas mengalir apabila mendengar kata-kata
yang dilontarkan oleh pemaju yang tidak menghargai akan
kepentingan nilai sejarah sebagai harta pusaka bagi generasi
yang akan datang. Demi Kota Warisan. Pak Long menentang
habis-habisan.
Pak Long turut diberi amaran oleh pemaju. Akan
melaporkan kepada pihak berkuasa kerana mengganggu
25
Teks Jalan Pulang.indd 25 05/05/2020 14:39:59
Azaika SR
projek mereka. Namun begitu rasa gentar tidak ada dalam
dirinya. Kebenaran. Itulah yang ingin ditegaknya. Bukan
sahaja tidak mahu kampung ini kehilangan warisan
bersejarah tetapi juga pada negara.
Hari-hari silih berganti. Pak Long tetap setia
dengan Kota Warisan. Selagi dia masih bernafas di atas muka
bumi ini selagi itulah dia akan berjuang. Memastikan Kota
Warisan tidak tumbang menyembah bumi. Kekal buat
selama-lamanya!
26
Teks Jalan Pulang.indd 26 05/05/2020 14:39:59
Jalan Pulang
4. HULUBALANG JIWA
K ISAH Hulubalang Jiwa. Gagah
perkasa
Sangat
orangnya.
setia kepada raja. Suatu hari
mendapat perintah. Meminang Puteri Bunga. Kecantikannya
tidak terperi. Serata negeri tiada tandingan.
“Segeralah berangkat, anakanda. Jalankanlah titah
raja. Berapa ramai pengiring yang anakanda perlukan?” kata
Datuk Paduka Bendahara.
“Tak usahlah dikirim ramai utusan, ayahanda.
Biarlah anakanda seorang sahaja melaksanakan titah raja
ini,” katanya.
“Anakanda. Untuk sampai ke Negeri Taman Seri
bukannya mudah. Banyak halangan dan rintangan yang
terpaksa ditempuhi. Ayahanda khuatir. Hajat raja tak
sampai,” nasihat Datuk Paduka Bendahara. Dia sudah
menganggap Hulubalang Jiwa seperti anak sendiri.
“Usahlah ayahanda bimbang. Ayahanda doakanlah
anakanda dapat membawa pulang Puteri Bunga. Untuk
dipersembahkan kepada raja,” dia sebaliknya membalas.
Setelah semuanya siap maka Hulubalang Jiwa pun
berangkatlah ke Negeri Taman Seri. Seperti yang diduga.
27
Teks Jalan Pulang.indd 27 05/05/2020 14:39:59
Azaika SR
Hulubalang Jiwa menempuhi pelbagai halangan dan
rintangan. Ancaman perompak.
Hulubalang Jiwa bukan calang-calang orangnya.
Memiliki ilmu persilatan tinggi. Handal bermain senjata.
Kesemua perompak dapat ditewaskannya.
Rupanya semua ini telah diatur oleh Datuk Gagak.
Cemburu dan irihati dengan Hulubalang Jiwa. Dipilih oleh
raja untuk meminang Puteri Bunga yang cantik rupawan.
“Cis! Dia seorang pun tak boleh dikalahkan!”
bentaknya dalam suara yang lantang dan berwajah bengis.
“Dia memang hebat ….”
“Ah! Tambah lagi orang-orang kita. Hulubalang
Jiwa mesti dihapuskan!”
“Baik, Datuk!”
Demikianlah jahatnya Datuk Gagak. Apabila
Hulubalang Jiwa mati nanti sudah tentu raja akan
memerintahkan dia untuk pergi meminang Puteri Bunga.
Sudah tentu dia akan mendapat kurnia apabila raja berjaya
memperisterikan Puteri Bunga.
Hulubalang Jiwa selamat tiba di Negeri Taman Seri.
Peminangan raja telah diterima. Raja Negeri Taman Seri pun
mengadakan majlis keramaian untuk meraikan Hulubalang
Jiwa.
“Siapa nama hulubalang dari Negeri Kembang
Hayat tu, mak inang?” tanya Puteri Bunga.
“Jiwa, tuan puteri,” dia menjawab.
“Jiwa! Sedap namanya. Kena dengan orangnya.
Tampan dan gagah,” Puteri Bunga sebaliknya membalas.
Mak Inang tertawa kecil apabila mendengar kata-
kata Puteri Bunga itu. Keasyikan. Melanda jiwa Puteri Bunga.
28
Teks Jalan Pulang.indd 28 05/05/2020 14:39:59
Jalan Pulang
Apabila terpandang paras wajah Hulubalang Jiwa. Dalam
majlis keramaian yang turut dihadiri oleh pembesar dan
rakyat jelata.
Raja turut mempelawa Hulubalang Jiwa tinggal
beberapa hari di Negeri Taman Seri sebagai tetamu.
Hulubalang Jiwa menerima pelawaan raja itu dengan senang
hati. Namun begitu kehadirannya sebagai tetamu raja itu
tidak disenangi oleh Datuk Lang Hitam. Salah seorang
pembesar istana.
Datuk Lang Hitam lalu mempengaruhi raja.
Dengan mengatakan kedatangan Hulubalang Jiwa bukan
semata-mata untuk meminang Puteri Bunga. Tetapi
sebenarnya adalah berniat jahat. Raja tidak termakan dengan
fitnah Datuk Lang Hitam itu. Raja sebaliknya menasihatkan
Datuk Lang Hitam agar tidak membuat tuduhan melulu.
Buruk padahnya nanti. Datuk Lang Hitam benar-benar
merasa kecewa dan marah. Rancangannya tidak menjadi.
“Aku betul-betul benci dengan hulubalang dari
Negeri Kembang Hayat tu!” luah Datuk Lang Hitam. Dengan
rasa penuh geram.
“Hamba pun begitu, datuk. Baru sekali datang
kemari. Senang-senang sahaja dia diterima sebagai tetamu
negeri. Kita mesti cari jalan. Kita mesti usir dia!” sokong
Bara. Orang kanan Datuk Lang Hitam.
“Tak semudah itu, Bara. Dia telah menjadi orang
kesayangan raja. Padahal dia orang luar. Aku dah atur
rancangan!” katanya.
“Rancangan apa, Datuk?” soal Bara pula dengan
penuh minat.
“Begini. Kita mesti hapuskan hulubalang tu dalam
perjalanan pulang membawa Puteri Bunga ke Negeri
29
Teks Jalan Pulang.indd 29 05/05/2020 14:39:59
Azaika SR
Kembang Hayat. Kita mesti culik Puteri Bunga dan jadikan
tebusan. Kita paksa raja serahkan takhta. Kalau tidak kita
akan bunuh Puteri Bunga. Aku yakin. Raja akan tunduk pada
kemahuan kita. Kerana sayang akan puteri tunggalnya itu.”
Dia menerangkan panjang lebar akan rancangan jahatnya itu.
“Datuk akan jadi Raja Negeri Taman Seri,” Bara
menambah.
“Ya!” dia membalas sambil mengangguk-
anggukkan kepala. Dia kemudiannya lalu ketawa terbahak-
bahak. Penuh yakin. Rancangan jahat yang diaturnya itu
akan berjaya.
Hulubalang Jiwa dapat merasakan cabaran dan
rintangan yang terpaksa dihadapinya nanti apabila membawa
pulang Puteri Bunga ke Negeri Kembang Hayat. Setelah
beberapa hari tinggal di Negeri Taman Seri maka tibalah
masanya Hulubalang Jiwa berangkat balik. Bersama dengan
Puteri Bunga. Raja telah memerintahkan beberapa orang
pahlawan untuk mengiringi Puteri Bunga dan Hulubalang
Jiwa. Namun begitu Hulubalang Jiwa mengatakan tidak perlu
pahlawan pengiring. Dia memberi jaminan kepada raja akan
melindungi Puteri Bunga dan selamat sampai ke Negeri
Kembang Hayat.
Dalam perjalanan seperti yang diduga. Hulubalang
Jiwa dan Puteri Bunga telah menerima ancaman daripada
Datuk Lang Hitam dan orang-orangnya.
“Datuk Lang Hitam?” Puteri Bunga merasa
sungguh terkejut.
“Ya! Apa khabar, tuan puteri? Dan kau hulubalang
dari Negeri Kembang Hayat. Serahkan Puteri Bunga. Jangan
mengundang maut!” Datuk Lang Hitam mengugut sambil
meninggikan suara.
30
Teks Jalan Pulang.indd 30 05/05/2020 14:39:59
Jalan Pulang
“Ah! Tidak, datuk. Alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan!” dia sebaliknya membalas
dengan berani. Kedua-dua biji matanya tajam memandang
Datuk Lang Hitam yang bermisai lentik dan berwajah garang
itu.
“Sungguh tak disangka. Tergamak datuk buat
begini. Apa salah hamba?” kata Puteri Bunga pula dalam
nada suara yang cemas. Dia benar-benar ketakutan sambil
memegang erat tangan Hulubalang Jiwa.
“Ah! Tamatkan riwayat hulubalang ini!” arah Datuk
Lang Hitam pada orang-orangnya.
“Tenang, tuan puteri. Kalau orang dah menjual.
Hamba sedia membeli,” ucap Hulubalang Jiwa sambil
menghunus senjata. Dengan pantas Puteri Bunga
melepaskan pegangan tangan dan berundur ke belakang.
Pertarungan antara Hulubalang Jiwa dengan orang-orang
Datuk Lang Hitam pun berlaku. Kesemua mereka tewas
dengan mudah di tangan Hulubalang Jiwa. Termasuk Bara.
Kemarahan Datuk Lang Hitam kian memuncak.
“Cis! Kau akan bertemu buku dengan ruas. Ini
Datuk Lang Hitam. Bersedialah. Ajal kau dah tiba!” katanya
dengan rasa penuh bongkak.
Ternyata Datuk Lang Hitam memiliki ilmu
kependekaran yang tinggi. Namun begitu Hulubalang Jiwa
dapat membaca gerak-gerinya. Pertarungan antara
Hulubalang Jiwa dengan Datuk Lang Hitam berlaku dengan
amat sengit. Akhirnya Datuk Lang Hitam menemui ajal juga
di tangan Hulubalang Jiwa. Demikianlah balasannya buat si
penderhaka.
“Syukurlah, tuan puteri. Musuh-musuh ini dapat
ditewaskan. Ada lagi cubaan yang perlu kita tempuhi.
31
Teks Jalan Pulang.indd 31 05/05/2020 14:40:00
Azaika SR
Berdoalah. Semoga kita selamat sampai ke Negeri Kembang
Hayat,” ucapnya.
Puteri Bunga hanya mengangguk-angguk diam
apabila mendengar kata-kata Hulubalang Jiwa itu. Mereka
pun meneruskan semula perjalanan. Tekaan Hulubalang Jiwa
memang tepat sekali. Kali ini rintangan datang daripada
orang-orang Datuk Gagak pula. Mereka menerima nasib yang
sama seperti Datuk Lang Hitam dan orang-orangnya.
“Sungguh hebat, tuan hamba. Seumur hidup
hamba. Tak pernah hamba temui. Orang segagah tuan
hamba,” puji Puteri Bunga.
“Hamba tak minta pujian. Sudah menjadi
kewajipan hamba. Untuk memastikan tuan puteri selamat.
Dan seterusnya dipersembahkan kepada raja,” dia menjawab.
Setelah penat berjalan Hulubalang Jiwa dan Puteri
Bunga pun berhenti rehat. Cuaca kelihatan cerah. Di kaki
langit bola matahari kian meninggi. Jalur-jalur cahayanya
kelihatan lurus menyinari seluruh alam semesta. Angin
bertiup lembut. Dedaun hijau dan pohon-pohon bagai
menari-nari. Mengikut rentak alunan angin.
Sayup-sayup kedengaran bunyi air sungai mengalir.
Iramanya sungguh mengasyikkan jiwa pabila didengar.
Kicauan burung dan unggas jelas kedengaran. Menjadi
nyanyian alam semesta. Dari jauh kelihatan banjaran gunung
berdiri megah.
Puteri Bunga memandang wajah Hulubalang Jiwa.
Pandangannya itu sudah cukup menggambarkan anak raja
Negeri Taman Seri itu ada maksud tersirat yang hendak
disampaikan. Ayu wajahnya. Laksana rembulan yang
menyinari di malam hari. Kulit putih berseri. Ditambah
kejelitaan dengan rambut yang bersanggul bersama kain
32
Teks Jalan Pulang.indd 32 05/05/2020 14:40:00
Jalan Pulang
selendang yang menutupi kepala. Hati mana yang tak
tertawan. Apakah ini dugaan? Bisik hati kecil hulubalang
Negeri Kembang Hayat itu.
“Tuan hamba. Maafkan hamba sekiranya bertanya.
Itu pun kalau tidak keberatan tuan hamba menjawabnya.”
Dia memulakan bicara. Lembut suaranya ditelan alunan
desiran angin yang bertiup lemah gemalai.
Hulubalang Jiwa sebaliknya tidak pantas menjawab
pertanyaan yang dilontarkan oleh Puteri Bunga itu.
Ditariknya nafas dalam-dalam.
“Silakan, tuan puteri. Walau seberat batu pun.
Hamba tidak akan hampakan,” dia bersuara tenang.
“Tuan hamba sudah punya kekasih hati?” soal
Puteri Bunga.
Hamba tak punya kekasih hati,” dia menjawab.
“Berkata benarlah wahai tuan hamba. Orang yang
tampan dan gagah seperti tuan hamba ini. Sentiasa mendapat
tempat di hati setiap dara seperti hamba,” dia mendesak.
“Namanya untuk berdusta. Tidak sekali-kali. Ada
dalam diri hamba, tuan puteri!” dia membalas sambil
menggeleng-gelengkan kepala.
“Hamba tak percaya. Sebagai seorang teruna.
Takkan tuan hamba tak punya perasaan. Jatuh hati pada
seorang dara.” Ternyata dia masih lagi belum berpuashati.
Dengan jawapan yang diberikan oleh Hulubalang Jiwa itu.
Angin yang tadinya bertiup lembut tiba-tiba
bertukar rentak. Menjadi kencang dari arah pergunungan.
Kelihatan cantik mengusapi wajah Puteri Bunga.
“Cinta hamba hanya pada raja, agama, bangsa dan
negeri saja,” ujar Hulubalang Jiwa pula.
33
Teks Jalan Pulang.indd 33 05/05/2020 14:40:00
Azaika SR
“Sebenarnya hamba ingin berterus terang pada
tuan hamba,” kata Puteri Bunga.
“Berterus terang? Apa maksud, tuan puteri? Tak
sabar rasa hamba untuk mendengarnya,” dia sebaliknya
membalas.
“Sebenarnya …. Hamba ….” Nada suara Puteri
Bunga terputus-putus sambil tertunduk malu.
“Katakanlah wahai tuan puteri. Akan hajat hati
yang hendak disampaikan,” ulangnya lagi.
Perlahan-lahan Puteri Bunga mengangkat muka.
Hulubalang Jiwa nampak tenang menanti apa yang bakal
diluahkan oleh anak Raja Negeri Taman Seri itu. Mereka pun
bertentang mata. Sebagai teruna dan dara masing-masing
dapat merasakan getaran yang hebat menggoncang perasaan.
“Hamba jatuh hati pada tuan hamba …,” lafaz
Puteri Bunga bersama lembut tiupan angin dan bunyi air
sungai mengalir.
Kata-kata yang diucapkan oleh Puteri Bunga itu
benar-benar memeranjatkan Hulubalang Jiwa.
Memang benar sangkaannya. Perkara ini akan
berlaku. Oh, Tuhan! Apakah ini dugaan yang harus aku lalui?
Puteri Bunga bukan milikku. Dia adalah milik raja. Aku tak
tergamak untuk mengkhianati raja. Seluruh kesetiaanku
hanyalah untuk dia sahaja. Kalau raja berkehendakkan aku
hidup. Maka hiduplah aku. Sebaliknya kalau raja
berkehendakkan aku mati. Maka matilah aku. Getus hati
kecil Hulubalang Jiwa.
“Maafkan hamba. Hamba tak boleh menerima cinta
tuan puteri,” dia menjawab.
“Hamba sungguh cintakan tuan hamba. Bawalah
34
Teks Jalan Pulang.indd 34 05/05/2020 14:40:00
Jalan Pulang
hamba pergi ke mana sahaja. Hamba rela,” Puteri Bunga
merayu.
“Tak boleh, tuan puteri!” dia membantah sekeras-
kerasnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Tuan hamba …!” Puteri Bunga pantas mencelah.
Kekecewaan. Jelas terpancar di wajahnya yang ayu itu.
Serentak dengan itu juga bola matanya digenangi titis-titis
air jernih. Umpama hujan yang turun dari langit. Membasahi
bumi.
Alam tiba-tiba bertukar menjadi sepi. Seolah-olah
meratapi sebuah kematian. Suara angin dan desiran air
sungai mengalir berbunyi lemah. Tak bermaya untuk
meneruskan hidup. Dedaunan hijau berguguran di atas
tanah. Pepohonan meliuk-liuk ke kiri dan kanan dalam
rentak lemah-gemalai. Kicauan burung dan unggas tidak
kedengaran.
Cuaca yang tadinya cerah lalu bertukar menjadi
redup. Mendung hitam perlahan-lahan berarak di kaki langit.
Menutupi bola matahari. Seperti turut bersimpati dengan
Puteri Bunga. Rupanya dia hanya bertepuk sebelah tangan
sahaja.
“Tergamak, tuan hamba …. Melukakan hati hamba
….” Puteri Bunga menangis teresak-esak.
“Sekali lagi hamba minta maaf, tuan puteri. Tugas
hamba ialah untuk mempersembahkan tuan puteri kepada
raja. Bukannya berkasih dengan tuan puteri. Berkasih
dengan tuan puteri. Bererti hamba telah menderhaka,” jelas
Hulubalang Jiwa pula.
Puteri Bunga lalu tertunduk diam. Titis-titis air
matanya umpama kilauan mutiara di dasar lautan. Semakin
banyak berguguran membasahi pipinya yang lembut itu.
35
Teks Jalan Pulang.indd 35 05/05/2020 14:40:00
Azaika SR
Kemudian perlahan-lahan jatuh membasahi tanah.
Kesedihan. Benar-benar membalut jiwanya.
Setelah beberapa hari dalam perjalanan maka
Hulubalang Jiwa dan Puteri Bunga pun selamat tiba di
Negeri Kembang Hayat. Raja berasa amat gembira kerana
peminangannya telah diterima. Niat jahat Datuk Gagak telah
diketahui oleh raja.
Dia telah diperintahkan ditangkap dan dipenjara
seumur hidup. Pembesar dan rakyat jelata sekalian lalu
membuat persiapan melangsungkan perkahwinan raja
dengan Puteri Bunga. Di atas jasa Hulubalang Jiwa itu raja
telah berkenan mengurniakannya gelaran Datuk.
36
Teks Jalan Pulang.indd 36 05/05/2020 14:40:00
Jalan Pulang
5. JALAN PULANG
ELEPAS mandi Amri turun
bersarapan. Selesai bersarapan
Sdia terus ke kolej dengan menaiki
motosikal.
“Macam mana dengan malam ni? Jadi ke?” kata
Rashid pada Amri sebaik-baik sahaja tiba di kolej.
“Jadi!” Amri menjawab dengan cepat.
“Aku yakin. Kita pasti menang malam ni,” sokong
Rashid pula.
Tiba-tiba lalu seorang pelajar perempuan ayu
bertudung. Jalan tunduk dan penuh sopan.
“Siapa tu? Boleh tahan. Cantik,” ucap Amri tidak
berkelip-kelip memandang pelajar perempuan itu.
“Pelajar baru agaknya. Kenapa? Kau dah jatuh hati
ke?” Rashid sebaliknya bersuara.
“Taklah sampai ke situ. Tapi …. Lawa,” ulang Amri
lagi.
“Hah. Kan aku dah kata. Itu tandanya kau dah
terpikat dengan dia, kan,” Rashid menambah.
“Dahlah. Gadis pakai tudung mana boleh jadi awek
37
Teks Jalan Pulang.indd 37 05/05/2020 14:40:00
Azaika SR
aku,” dalih Amri pula.
“Habis tu. Kau asyik kata cantiklah lawalah. Bukan
dah jatuh hati namanya, Amri. Terus terang ajelah,” desak
Rashid.
“Sudahlah. Kau jangan nak merepek. Kelas pun dah
nak mula. Mari kita pergi. Nanti membebel lagi Encik
Zulkarnain. Lambat masuk kelas,” ajak Amri.
Selepas tamat kelas Amri dan Rashid tidak terus
pulang ke rumah. Kedua sahabat baik itu sebaliknya rancak
berbual-bual di tempat letak motosikal. Tajuk perbualan
Amri dan Rashid lebih kepada perlumbaan malam ini.
“Malam ni pukul berapa, Amri?” soal Rashid.
“Macam biasalah. Kau ni buat-buat lupa pulak.
Macamlah pertama kali join race,” Amri menjawab dalam
nada suara yang tidak senang dengan pertanyaan Rashid itu.
“Tempat pun macam biasa jugaklah,” celah Rashid
pula.
“Yalah!” Amri mengangguk-anggukkan kepala.
“Siapa taja?” tanya Rashid lagi sambil mengangkat
kepala tinggi sedikit memandang muka Amri.
“Siapa lagi kalau bukan Abang Bidin kita,” balas
Amri.
Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti
seketika. Kedengaran bunyi telefon bimbit Amri.
“Hah. Panjang pun umur. Abang Bidin,” kata Amri
apabila melihat nombor orang yang menaja perlumbaan
tertera di telefon bimbitnya.
Dia pantas menjawab panggilan itu.
“Hello, bang. Ya. Malam ni jadi. Apa? Lumayan. OK.
38
Teks Jalan Pulang.indd 38 05/05/2020 14:40:00
Jalan Pulang
Kita jumpa di sana nanti,” ujar Amri.
“Apa kata Abang Bidin?” Rashid bagaikan tidak
sabar-sabar lagi ingin mengetahui apa yang dibualkan Amri
dengan orang yang menaja perlumbaan malam ini.
“Dia dah aturkan semua untuk race malam ni.
Termasuk jalan untuk kita melarikan diri sekiranya dikejar
polis nanti. Hadiahnya sungguh lumayan,” terang Amri.
“Lumayan? Berapa?” Rashid sebaliknya bertanya
apabila tertarik mendengar kata-kata Amri itu.
“Ah. Dah menang nanti kau tahulah. Kau ni banyak
soal pulak. Oh ya! Baru aku teringat. Nora nama budak baru
tu. Dengan tiba-tiba sahaja Amri mengalih tajuk perbualan.
“Amri …! Amri …!” Rashid menggeleng-gelengkan
kepala sambil ketawa kecil.
“Eh, apa yang kau ketawa ni. Lucu sangat ke bila
aku sebut nama dia.” Amri berasa sangat hairan apabila
melihat gelagat yang ditunjukkan oleh Rashid itu apabila
menyebut nama Nora.
“Begini ajelah kawan. Aku tak nak cakap banyak.
Lebih baik kau berterus terang pada dia. Yang kau sukakan
dia. Habis cerita,” cadang Rashid.
“Apalah kau ni, Rashid? Tak habis-habis merepek.
Jangan-jangan kau yang suka kat dia tak?” Amri membantah.
“Dah aku suka kat dia pulak. Habis tu yang kau
asyik sebut nama dia apahal. Kan aku dah cakap. Itu
tandanya yang kau suka kat dia,” ingat Rashid.
“Habis? Sebut aje nama aku syok kat dia. Hei. Kan
aku dah cakap. Dia tu pakai tudung. Mana aku minat.
Citarasa aku pada gadis yang tak pakai tudung. Senang bawa
ke sana kemari. Kau sendiri pun selalu tengokkan gadis yang
39
Teks Jalan Pulang.indd 39 05/05/2020 14:40:00
Azaika SR
aku jadikan pasangan. Macam Nora tu. Tengok pun aku dah
tahu. Agama kuat susah nak ajak keluar,” jelas Amri dengan
panjang lebar.
“Selalunya kata orang apa yang kita tak suka itulah
akhirnya yang kita dapat. Aku rasa macam ini ajelah. Aku
cabar kau pikat dia. Kalau berjaya aku berjanji aku belanja
kau makan. Kalau kau betul-betul anak jantan kau terimalah
cabaran aku ni. Apa macam, boleh?” Rashid bersuara.
“Baik! Aku terima cabaran kau sahabat yang
bernama Rashid. Tapi aku tak akan jadikan dia sebagai teman
istimewa. Tapi semata-mata tak nak malu sebagai anak jantan
dan nak merasa kau belanja makan. Setuju?” Amri
menyatakan persetujuan untuk menyahut cabaran yang
dilontarkan oleh Rashid itu.
“Setuju. Aku memang setuju sangat. Tapi kau
jangan lupa. Itu kalau aku kalah dalam pertaruhan. Macam
mana pulak kalau aku menang dalam pertaruhan. Baru
nampak adil, kan,” ujar Rashid.
“Oh, ya! Betul jugak cakap kau. Hah. Tak usah
cerita banyak. Aku pun macam kau jugaklah. Belanja makan
sudahlah. OK?” Amri pantas menambah.
“Cantik! Aku ikut aje. Tak ada bantahan!” Rashid
menjawab sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda
setuju dengan cadangan Amri itu.
Malam itu seperti yang dijanjikan Amri, Rashid dan
kawan-kawannya pun berlumba motosikal secara haram yang
ditaja oleh Bidin. Ternyata malam itu adalah milik Amri. Dia
menang dalam perlumbaan itu.
Keesokan harinya Amri dan Rashid datang lewat ke
kolej. Encik Zulkarnain telah memberitahu perkara ini pada
ayahnya.
40
Teks Jalan Pulang.indd 40 05/05/2020 14:40:01
Jalan Pulang
“Awak tahu. Tadi Encik Zulkarnain pensyarah Amri
tempat kolej dia belajar telefon. Dia kata Amri selalu datang
lambat ke kolej. Kadang-kadang tak datang langsung.
Pelajaran tak usah cakaplah. Teruk. Silap-silap dia boleh kena
buang kalau tak berubah,” kata ayahnya pada ibunya.
“Awak nasihatkanlah dia. Awak kan ayah dia.
Takkanlah nak biarkan,” ibunya membalas.
“Amboi. Sedapnya awak bercakap. Yang awak tu
selalu tak duduk di rumah siang malam sibuk dengan butik
dan persatuan. Sebab itulah dia jadi macam tu. Tahu tak!”
bentak ayahnya.
“Jadi, abang nak salahkan sayalah, ya? Yang abang
tu siang malam sibuk dengan perniagaan tak nampak!”
tingkah ibunya.
“Saya sibuk siang malam untuk kesenangan
keluarga kita jugak. Awak tu sebagai ibu sepatutnya lebih
banyak masa di rumah. Beri sepenuh perhatian pada Amri!”
ayahnya membantah sekeras-kerasnya kata-kata yang keluar
daripada mulut ibunya.
Kedengaran bunyi enjin motosikal. Ayah dan
ibunya berhenti seketika daripada bertengkar.
“Hah, itu pun dia dah balik,” ujar ayahnya.
Amri melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kau dari mana ni, Amri?” ayahnya menyoal.
“Dari mana lagi dari kolejlah,” dia menjawab
dengan cepat pertanyaan ayahnya itu.
“Oh, dari kolej. Kau jangan nak cakap bohong. Tadi
Encik Zulkarnain pensyarah kolej kau telefon. Ayah dah tahu.
Apa nak jadi dengan kau ni hah, Amri!” ayahnya melepaskan
kemarahan dengan meninggikan suara.
“Sudahlah. Saya bosan duduk dalam rumah ni.
41
Teks Jalan Pulang.indd 41 05/05/2020 14:40:01
Azaika SR
Keluar lagi baiklah,” Amri membalas sambil meninggalkan
ruang tamu rumah tanpa memandang wajah ayah dan
ibunya.
“Amri! Amri! Nanti dulu. Ayah tak habis cakap lagi
ni. Hah. Degil. Macam awak jugak!” rungut ayahnya pada
ibunya.
Restoran yang tidak jauh dari kolej menjadi pilihan
Amri dan Nora untuk berjumpa. Mereka memilih makanan
yang sama iaitu mi goreng manakala minuman Amri
memilih limau ais manakala Nora pula memilih teh ‘o’ ais
limau.
“Kenapa awak beria-ia sangat nak jumpa saya?”
tanya Nora yang memakai tudung berwarna biji kundang dan
berbaju kurung berwarna merah jambu.
“Saja. Nak berkenalan dengan awak lebih dekat
lagi,” jelas Amri sambil menyedut air limau ais.
“Betul ke awak dan Rashid mat rempit? Saya harap
awak tak marah dengan soalan saya ni,” Nora bersuara.
“Pasal Encik Zulkarnain tegur saya dengan Rashid
datang lambat tempoh hari,” Amri sebaliknya pantas
memotong.
“Kenapa awak dengan Rashid terlibat dengan
kegiatan yang tidak bermoral ni?” soal Nora sambil
memandang tepat wajah Amri.
“Jadi, awak percayalah yang saya dengan Rashid
selalu datang lewat sebab malam-malam asyik merempit,” dia
cuba berdalih.
“Kalau Encik Zulkarnain seorang sahaja yang
bercakap susah nak saya percaya. Lagipun tak nampak depan
mata saya. Tapi semua pelajar di kolej tu kata awak dan
42
Teks Jalan Pulang.indd 42 05/05/2020 14:40:01
Jalan Pulang
Rashid terlibat dengan lumba haram,” tekan Nora lagi.
“Sudahlah. Awak jangan percaya semua tu. Kita
cerita lainlah,” Amri mengelak.
“Awak ada masalah ke? Dari raut muka awak tu
saya dapat baca. Awak cuba menyembunyikan sesuatu
daripada saya, bukan?” ucap Nora pula.
Dia benar-benar terpukau dengan kata-kata yang
keluar daripada mulut Nora itu.
Nora tahu yang dia berbohong dengan mengatakan
tidak terlibat dengan lumba haram. Gejala tidak sihat yang
sering melanda di kalangan remaja pada hari ini.
“Berterus teranglah. Apa sebenarnya masalah awak
ni. Saya ni kan kawan awak. Manalah tahu kalau boleh saya
tolong ….” Nora mengeluarkan nada suara yang lembut.
Amri terus mendiamkan diri. Entah mengapa.
Gadis yang kini berada di depannya lain daripada gadis-gadis
yang pernah dikenalinya sebelum ini.
Nora memerhatikan sahaja gelagat Amri itu yang
sedang seperti memikirkan sesuatu. Dia kemudiannya lalu
menarik nafas yang panjang.
“Kalau awak tak nak cakap tak apalah. Setakat ni
ajelah kita berkawan …,” gertak Nora pula.
“Nanti dulu …. Nanti dulu, Nora …. Baiklah. Saya
akan beritahu awak. Apa sebenarnya masalah saya ….” Dia
akhirnya mengalah dengan desakan Nora itu sambil
mengeluarkan suara yang tersekat-sekat.
“Hah, macam tulah. Ceritakanlah. Saya nak
dengar,” Nora berkata dengan senang dan mengukir
senyuman manis.
“Sejak dari kecil saya tak pernah merasa kasih
43
Teks Jalan Pulang.indd 43 05/05/2020 14:40:01
Azaika SR
sayang dari ayah dan ibu. Mereka sibuk dengan urusan
masing-masing. Saya tak dipedulikan. Saya bosan. Untuk
menghilangkan rasa bosan saya terlibat dengan lumba
haram. Bila menang hati saya benar-benar gembira,” terang
Amri pada Nora.
“Saya simpati dengan awak, Amri. Tapi jalan yang
awak pilih tu bukanlah jawapan penyelesaian pada masalah
yang awak hadapi. Tiada faedahnya melibatkan diri dengan
lumba haram malah membahayakan nyawa. Amri. Saya
merayu pada awak. Mulai hari ni tinggalkanlah lumba haram
sebelum terlambat,” nasihat Nora.
“Itu saya tahu, Nora. Tapi …,” dia tidak sempat
untuk menghabiskan kata-kata.
“Tapi apa? Saya tahu. Sukar bagi awak untuk
meninggalkan tabiat buruk itu, kan? Menang bukan sahaja
gembira. Hilang rasa bosan, dapat duit dan pasangan. Hari
ini awak menang dalam perlumbaan. Tapi esok lusa belum
tahu lagi. Mungkin awak akan ditangkap atau ditimpa
kecelakaan. Siapa tahu. Maafkan saya Amri kerana tak
sepatutnya saya cakap begitu pada awak. Tapi saya sebagai
kawan awak saya berhak untuk cakap begitu. Kalau awak nak
marah terpulanglah. Tapi fikirkanlah demi kebaikan awak,”
Nora menambah dengan panjang lebar.
Amri lantas tunduk dan mendiamkan diri. Barulah
dia tahu kini. Selama ini dia banyak menghabiskan usia
muda dengan perkara yang sia-sia.
“Banyak cara yang awak boleh lakukan untuk
menghilangkan rasa bosan. Dekatkanlah diri dengan Tuhan.
Setiap kali lepas solat mohonlah doa. Moga awak diberi
petunjuk dan kekuatan untuk keluar dari masalah yang
membelenggu awak selama ini. Insya-Allah. Tuhan tidak akan
44
Teks Jalan Pulang.indd 44 05/05/2020 14:40:01
Jalan Pulang
mensia-siakan permintaan hambanya yang mahu berubah
macam awak,” kata Nora lagi.
Tanpa disedari titis-titis air mata mengalir
membasahi pipi Amri.
Rasa penyesalan benar-benar terbit di hatinya.
Gadis bernama Nora yang cuba dipikatnya umpama cahaya
yang menerangi hidupnya yang selama ini diselubungi
dengan kegelapan.
Dengan perlahan-lahan Amri mengangkat muka
bersama air mata yang mengalir memandang wajah Nora.
“Terima kasih, Nora …. Kerana telah menyedarkan
saya …,” ucap Amri dalam nada suara yang terputus-putus
kerana sebak menahan tangisan.
“Syukur alhamdulillah …,” Nora sebaliknya
membalas lembut.
Sekembalinya ke rumah petang itu Amri lalu duduk
di atas kerusi sofa berhadapan dengan ayah dan ibunya.
“Mak …. Ayah …. Amri minta maaf sekiranya apa
yang Amri cakapkan ini mengguris hati ayah dan mak,” dia
bersuara.
Rasa terkejut jelas terpancar di wajah ayah dan
ibunya sambil saling berpandangan.
“Apa dia, Amri? Cakaplah. Ayah dan mak sedia
mendengarnya,” ayahnya bersuara. Memberi peluang kepada
Amri untuk meluahkan apa yang terbuka di hatinya.
Bukan setakat terperanjat sahaja rasa hairan turun
dirasakan oleh ibunya. Tak pernah Amri bercakap lembut
begini.
Setahunya Amri seorang anak yang degil dan
memberontak sejak dari kecil lagi apabila ditegur melakukan
45
Teks Jalan Pulang.indd 45 05/05/2020 14:40:01
Azaika SR
kesalahan.
“Ya, Amri! Apa yang kau nak beritahu mak dan
ayah,” ibunya menambah pula.
“Amri selama ni sesat. Amri banyak membuang
masa dengan kawan-kawan menyertai lumba haram.
Semuanya ini kerana Amri rasa bosan dan dahaga kasih
sayang ayah dan mak. Amri tahu. Ayah dan mak selalu sibuk
dengan perniagaan. Sehingga tak ada masa dengan Amri. Tak
macam orang lain. Anak dapat bersama dengan ayah dan ibu
walaupun sibuk,” luah Amri pada ayah dan ibunya.
Kata-kata Amri itu membuatkan ayah dan ibunya
terdiam. Benar apa yang diperkatakan oleh Amri itu.
Kesibukan mereka menjadikan Amri dahagakan
kasih sayang daripada seorang ayah dan ibu.
Namun begitu mereka tetap bersyukur diberikan
hidayat oleh Tuhan dengan Amri menyedarkan mereka akan
kesilapan yang telah dilakukan.
“Mulai dari sekarang Amri berjanji tidak akan
terlibat lagi dengan lumba haram. Amri akan tumpukan
sepenuh perhatian pada pelajaran. Amri sedar. Usia masih
muda lagi dan diperlukan oleh negara untuk menyumbang
bakti,” janji Amri.
Ayahnya lalu menarik nafas yang panjang.
“Kau tak bersalah, Amri. Apa yang kau cakapkan tu
memang benar. Selama ini ayah dan mak tak pedulikan kau
akibat sibuk dengan mengejar kemewahan dunia. Sedangkan
kaulah satu-satunya harta yang paling berharga kurniaan
Tuhan untuk ayah dan mak …,” ayahnya bersuara perlahan.
“Syukurlah Amri kerana kau dah sedar akan
kesilapan yang telah kau lakukan. Mulai hari ini mak dan
46
Teks Jalan Pulang.indd 46 05/05/2020 14:40:01
Jalan Pulang
ayah akan beri sepenuh perhatian pada kau,” ibunya berkata.
“Ayah! Mak!” Amri lantas bangun dari kerusi sofa
dan memeluk ayah dan ibunya dengan penuh rasa kasih dan
sayang.
47
Teks Jalan Pulang.indd 47 05/05/2020 14:40:01
Azaika SR
6. TABAH SEORANG ISTERI
AGI. Cuaca kelihatan cerah.
Di kaki langit bola matahari
Pkian meninggi memancarkan
cahayanya ke seluruh alam. Laut tenang membiru. Desiran
suara ombak jelas kedengaran menghempas pantai. Berbuih-
buih memutih berapungan membasuh butiran pasir dan
batu-batu halus di gigian.
Bayu dari arah laut bertiup perlahan. Terasa
nyaman dan dingin membelah suasana. Pohon-pohon yang
tumbuh di tepi pantai bagai menari-nari mengikut rentak
tiupan angin. Daun-daun yang bergeseran mengeluarkan
irama nan merdu menusuk jiwa.
Kicauan sang camar putih yang bebas berterbangan
berpasangan ke sana sini mencari sarang untuk berteduh
menyerikan lagi kesegaran suasana alam sekitar.
Sinar cahaya matahari membangkitkan kilauan
pasir putih berseri. Laksana mutiara di dasar lautan. Dengan
renungan yang tajam Samad melemparkan pandangan
sejauh-jauhnya ke arah laut yang membiru. Kehidupan juga
seperti laut. Pasang surut silih berganti. Penuh dengan
warna-warna suka dan duka.
Dia pernah mendengar ungkapan apa yang dilalui
48
Teks Jalan Pulang.indd 48 05/05/2020 14:40:01
Jalan Pulang
pada hari ini dan esok tanpa mengira menggembirakan atau
tidak adalah pengalaman yang paling berguna dalam hidup
ini. Pengalaman adalah guru segala-galanya yang mengajar
erti kehidupan sebenar. Dari mana datangnya ungkapan
macam intan berlian ini? Terlalu mahal harganya untuk
dibeli. Jawapannya dia tidak tahu.
“Aku pelik betul dengan kau ni, Samad,” kata
Osman.
“Pelik apa pulak, Man?” dia sebaliknya menjawab.
“Yalah. Kerja dah berpuluh tahun. Pangkat tak
naik-naik jugak,” ucap Osman pula.
“Apa nak buat, Man. Rezeki aku belum sampai lagi,”
Samad membalas dalam nada suara yang lembut dan tenang.
“Betul. Tapi sampai bila kau nak bersabar. Cuba kau
tengok Khalid. Dia kemudian masuk kerja daripada kau. Dah
naik pangkat. Encik Johan ni tak layak jadi ketua,” tambah
Osman.
“Kenapa pulak Encik Johan dikaitkan dalam hal
ini?” soalnya dalam wajah berpura-pura tetapi cukup
mengerti dengan maksud Osman rakan sekerjanya itu.
“Apa tidaknya. Mana adil macam ni. Orang yang
dah lama kerja dia tak nak naikkan. Tapi orang yang baru
kerja pulak yang dia pilih. Kau tak sakit hati ke?” Dia
mengapi-apikan Samad.
“Biarlah, Man. Sebagai ketua dia lebih arif dalam
hal ini. Mungkin ada sebab aku tak dinaikkan pangkat,”
ujarnya sambil tersenyum kecil.
“Salah jawapan kau tu, Samad. Aku tak boleh
terima,” Osman membantah.
“Sebabnya?” tanya Samad sambil meninggikan
49
Teks Jalan Pulang.indd 49 05/05/2020 14:40:02