Azaika SR
kepala sedikit memandang Osman yang bermuka bulat bujur
sirih dan berkulit cerah.
“Kau kerja bagus. Memang layak dinaikkan
pangkat. Berbanding dengan Khalid budak mentah. Dia pun
belajar daripada kau. Entahlah. Aku sendiri pun tak fahamlah
dengan Encik Johan ni …!” keluh Osman pula.
“Tak apalah, Man. Sekurang-kurangnya aku
tumpang merasa bangga,” dia menjawab. Osman sebaliknya
berasa sungguh terkejut apabila mendengar kata-kata yang
dihamburkan oleh Samad itu.
“Bangga kata kau. Susah payah kau mendidik dia
dalam kerja sekarang dia senang-senang pulak mengarah
kau. Itu kau boleh terima ke? Kau dengan Encik Johan sama
ajelah. Tak faham aku?” Dia menggeleng-gelengkan kepala.
Samad memandang desiran ombak yang setia
menghempas pantai sambil memeluk tubuh. Jauh benar
fikirannya melayang. Bayu laut yang tadinya bertiup perlahan
tiba-tiba bertukar menjadi kencang.
Dia berpegang kepada prinsip sekali dia jatuh cinta
selama-lamanya dia akan jatuh cinta. Sebagai khalifah yang
hidup di dunia ini dia telah diamanahkan oleh Allah SWT
dengan menganggap kerja itu adalah satu ibadah dan perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh selagi masih
bernafas dengan ditemani mentari di siang hari dan
rembulan di malam hari.
Pada satu pagi setibanya di pejabat dia telah
dipanggil oleh Encik Johan. Tentu ada perkara mustahak
yang hendak dibincangkan berkenaan dengan hal syarikat.
Bisik hati kecilnya.
“Saya benar-benar perlukan pertolongan awak,
Samad,” kata Encik Johan.
50
Teks Jalan Pulang.indd 50 05/05/2020 14:40:02
Jalan Pulang
“Apa dia, Encik Johan?” dia menyoal ketuanya.
“Projek perumahan Taman Mewah saya akan
serahkan kepada awak untuk uruskannya.”
“Setahu saya projek perumahan tu Encik Johan dah
serahkan pada Encik Khalid untuk uruskan. Nanti apa pulak
kata dia?”
“Betul. Tapi pengalaman awak diperlukan. Dia
belum mencapai apa yang saya mahukan dalam dunia
perniagaan. Selalu mengambil tindakan lambat. Projek ni
dah terbengkalai hampir dua minggu. Kita juga yang rugi
nanti. Awaklah yang saya harapkan untuk menyelesaikan
masalah ini.”
“Baiklah, Encik Johan. Saya akan pastikan projek
ini berjalan semula dan syarikat tidak mengalami kerugian.”
Ternyata harapan yang disandarkan oleh Encik
Johan padanya tidak sia-sia. Projek perumahan Taman
Mewah yang terbengkalai berjalan semula dan siap
sepenuhnya. Orang yang paling gembira tak lain tak bukan
Encik Johan selaku Pengurus Syarikat Gemilang Sdn. Bhd.
Bagi dia Samad adalah penyelamat syarikat dan berjanji akan
memberikan kenaikan pangkat. Sebaliknya bagi dia bukan itu
yang diharapkan tapi yang penting ialah kepuasan apabila
kerja yang diberikan berjaya dilaksanakan.
Namun begitu ada juga yang tidak bersetuju
dengan apa yang telah dilakukannya itu. Mungkin sudah
menjadi lumrah hidup manusia. Ada ketikanya sesuatu
kebaikan yang dilakukan itu tidak akan diterima berbanding
dengan keburukan yang amat mudah diterima.
“Masa senang dia lupakan kau. Masa susah baru dia
cari kau. Apa gunanya dia naikkan pangkat Khalid. Masalah
macam tu pun dia suruh kau selesaikan. Dah terang-terang.
51
Teks Jalan Pulang.indd 51 05/05/2020 14:40:02
Azaika SR
Kau masih jugak nak tolong Encik Johan yang tidak
mengenang budi tu!” tingkah Osman dengan panjang lebar
dan sekeras-kerasnya.
“Tak baik kau cakap macam tu, Man. Encik Johan
tu kan ke ketua kita. Apa yang dia suruh kita kenalah buat,”
dia menjawab lembut.
“Itulah kau terlalu lurus dan lembut sangat. Dia
silap orang. Kalau aku mati hidup balik aku tak akan tolong
dia.”
“Aku tak bersetuju dengan cara kau tu. Bangun
jatuh syarikat adalah di tangan kita sebagai pekerja. Takkan
kita nak biarkan syarikat gulung tikar,” nasihat Samad.
“Apalah singkat sangat pemikiran kau ni, Samad.
Banyak lagi syarikat yang kita boleh kerja!” kata Osman
dengan penuh bongkak sambil mengangkat kepala tinggi.
“Jangan cakap besar, Man. Dalam keadaan ekonomi
sekarang ada ke syarikat yang nak terima kita bekerja. Kita
seharusnya bersyukur bekerja dengan syarikat yang stabil
seperti Gemilang.”
“Kau memang macam tu. Tak ada yang salahnya
dengan syarikat. Oh ya! Baru aku teringat. Aku dengar Encik
Johan nak naikkan pangkat kau. Maklumlah kau dah berjasa
besar dengan syarikat. Betul ke?” ujar Osman sambil
mengukir senyuman kecil tapi penuh dengan makna
memandang wajah Samad.
“Insya-Allah, Man. Kalau ada rezeki. Mana kau tahu
semua ini?”
“Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.
Tapi sebagai seorang kawan aku nasihatkan kau lebih baik
lupakan sahaja perkara tu. Encik Johan tu hanya pandai
berjanji sahaja. Tapi habuk pun tak ada.”
52
Teks Jalan Pulang.indd 52 05/05/2020 14:40:02
Jalan Pulang
Perbualan mereka yang rancak tiba-tiba terhenti
buat seketika. Pelayan muncul sambil membawa makanan
dan minuman yang dipesan. Perlahan-lahan dia
meletakkannya di atas meja. Samad memesan nasi goreng
kampung dan teh ‘o’ ais limau manakala Osman pula
memesan mi goreng dan Nescafe ais.
“Terima kasih!” Samad bersuara sambil melihat
wajah pelayan yang berusia dalam lingkungan awal 20-an itu.
“Sama-sama!” dia membalas sambil mengangguk-
anggukkan kepala dan kemudiannya pantas berlalu pergi dari
situ.
“Dahlah, Man. Mari kita makan. Hari ni aku belanja
kau,” ajak Samad.
Dia menarik nafas panjang sambil terus merenung
laut membiru ciptaan Tuhan Yang Esa untuk makhluknya
yang hidup di atas muka bumi ini. Cuaca masih lagi cerah
dengan gumpalan awan tebal memutih dan langit membiru.
Tiada sedikit pun tanda-tanda hujan akan turun. Bahang
matahari kian terasa panas memijar apabila menyapu
permukaan kulit. Sekali-sekala terasa kesegaran diusap bayu
laut yang bertiup kencang.
Samad memang seorang yang penyabar dan tekun
dalam menjalankan tugas. Dia tidak pernah merungut
dengan kerja yang diberikan. Sentiasa datang cepat dan
pulang lewat. Adakalanya hari cuti pun dia bekerja. Dia akan
berasa gelisah yang amat sangat dan tidak tenteram apabila
kerja tidak selesai.
Kerja yang tertangguh tidak ada dalam kamus
dirinya sebagai insan yang mencari rezeki di Syarikat
Gemilang. Baginya kerja hari ini tanpa mengira mudah atau
susah perlu diselesaikan hari ini jugak. Takut esok datang
53
Teks Jalan Pulang.indd 53 05/05/2020 14:40:02
Azaika SR
kerja lain yang memerlukan tindakan segera. Dalam soal
kerja Samad akur bahawa sentiasa bertambah pada setiap
hari dan tiada kesudahannya sehingga meninggalkan syarikat
yang sudah hampir 15 tahun menjadi darah dagingnya.
Dalam soal tuntutan perjalanan dan kerja lebih
masa yang diberikan oleh syarikat dia bersikap jujur. Pantang
bagi dia membuat tuntutan palsu semata-mata untuk
mendapat kemewahan dalam hidup biarpun adaketikanya
sama seperti orang lain yang kesempitan wang dalam hidup
hari ini. Memang benar sebagai pekerja Samad memang
mempunyai hak untuk membuat tuntutan lebih masa setelah
berhempas pulas bekerja dari pagi sehingga ke larut malam.
Tapi dia tetap akur bahawa pekerja lain di Syarikat Gemilang
juga mempunyai hak seperti dia dan membazirkan wang
syarikat dengan jalan yang tidak betul adalah sesuatu yang
harus dijauhi.
Rezeki yang halal dituntut oleh Allah SWT untuk
keberkatan hidup sekeluarga dan rezeki yang haram adalah
kemungkaran yang harus ditegah.
“Buat apalah abang susah-susahkan diri bekerja
sampai malam. Pangkat tak jugak naik,” tegur isterinya.
“Sabarlah, Mah. Allah SWT tu maha kaya dan maha
adil. Kalau tak ada rezeki abang pun mungkin ada rezeki
anak-anak kita,” jawabnya.
“Abang ni lain takde. Pikir kerja-kerja. Abang mesti
ingat. Abang tu ketua keluarga. Kenalah luangkan masa
dengan saya dan anak-anak. Dah lama abang tak bawa saya
dan anak-anak berkelah di hujung minggu. Dulu selalu
jugak. Sekarang dah tak ada masa pulak. Asyik di pejabat saja.
Entah-entah abang ada perempuan lain tak,” rungut
isterinya.
54
Teks Jalan Pulang.indd 54 05/05/2020 14:40:02
Jalan Pulang
“Mah …. Jangan buat andaian begitu. Tak baik.
Hanya Mahlah satu-satunya isteri abang sehingga ke akhir
hayat. Baiklah. Abang minta maaf. Abang akui telah
mengabaikan Mah dan anak-anak kerana gila kerja. Abang
berjanji. Hari minggu ni abang akan bawa Mah dan anak-
anak berkelah …,” dia memujuk lembut isterinya.
“Mah minta maaf, bang. Sebagai seorang isteri Mah
tak seharusnya bersangka begitu terhadap abang. Mah
percaya. Abang seorang suami yang baik dan jujur.”
“Abang faham perasaan Mah sebagai seorang isteri.
Perlukan belaian kasih sayang bersama dengan anak-anak.
Percayalah, Mah. Abang akan berikan tumpuan dengan
seadil-adilnya di antara keluarga dan kerja.”
“Oh ya! Asyik bercakap ni terlupa pulak. Abang dah
makan ke belum?” soal isterinya.
“Belum. Mah masak apa malam ini?” tanya Samad
pula.
“Gulai ikan bawal masak lemak cili api kesukaan
abang,” isterinya menjawab.
“Sedap tu. Abang mandi dulu dan solat. Tak sabar
rasanya nak rasa masakan Mah,” kata Samad sambil
mengukir senyuman kecil dan merenung tepat wajah
isterinya.
“Baiklah, bang. Saya siapkan makanan!” ucap
isterinya pula sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Samad terus melemparkan pandangan yang penuh
dengan pengharapan ke arah laut membiru dan desiran
ombak. Angin yang datang dari arah laut mengalunkan irama
merdu membelai suasana dengan diiringi gemersik pohon-
pohon dan dedaunan hijau. Sinar cahaya matahari di kaki
langit yang menyinari alam turut merestukan dunia
55
Teks Jalan Pulang.indd 55 05/05/2020 14:40:02
Azaika SR
pengembaraannya sebagai seorang pekerja yang taat dan
patuh yang melaksanakan tugas yang diberikannya.
Jauh sekali di sudut hati Samad untuk mengubah
dunianya sebagai pekerja walaupun adakalanya diwarnai
dengan tekanan dianggap sebagai hamba syarikat kepunyaan
Encik Johan dan tidak mendapat ganjaran yang setimpal.
Buat baik pun orang mengata apatah lagi buat tak baik. Itu
sudah menjadi lumrah dalam hidup manusia dan dia nekad
untuk membuangnya jauh-jauh.
Dia menanamkan semangat dan ketabahan diri
bahawa bekerja kuat bukan sahaja untuk kesenangan
keluarga malahan juga bagi pembangunan negara dalam
mengharungi dunia yang mencabar pada hari ini. Setelah
menemui jawapan yang pasti itu Samad pun berlalu pergi
meninggalkan pantai bersama dengan desiran ombak yang
setia.
56
Teks Jalan Pulang.indd 56 05/05/2020 14:40:02
Jalan Pulang
7. PERMATA
EHENINGAN pagi diwarnai
dengan cuaca cerah. Bola
Kmatahari kelihatan kian
meninggi di kaki langit. Sinarnya memancar terang-
benderang ke seluruh alam. Bersama tompok awan putih dan
biru. Kicauan unggas riang bernyanyi-nyanyi dengan penuh
keriangan jelas kedengaran memecah kesenyapan.
Angin dari arah bukit bertiup perlahan. Pokok
nangka, jambu, manggis, kelapa dan lain-lain lagi di luar
halaman rumah meliuk-liuk ke kanan dan kiri. Mengikut
rentak tiupan angin. Sekali-sekala angin yang berhembus
terbabas lalu menyapu permukaan kulit Adnan yang lembut.
Kegelisahan. Benar-benar terasa membelit dirinya di kala ini.
Kemanusiaan, kedamaian, ketenangan dan
keamanan yang selama ini dimiliki telah hilang. Hati kecil
Adnan berbisik.
Dengan langkah perlahan-lahan Adnan menuju ke
jendela yang terbuka luas. Dia melontarkan pandangan jauh
di balik bukit-bukau subur yang menghijau.
“Orang kaya dari bandar tu nak buat pembangunan
di kampung ni. Minggu lepas dia ada buat perjumpaan
dengan orang-orang kampung. Katanya orang-orang
57
Teks Jalan Pulang.indd 57 05/05/2020 14:40:02
Azaika SR
kampung akan dipindahkan ke tempat yang baru …,” Pak
Sudin bersuara lemah dan tak bermaya. Nada suara yang
dikeluarkannya itu jelas menagih simpati daripada anaknya
yang masih lagi belajar di universiti dalam tahun akhir.
Adnan pantas mengalihkan pandangannya ke arah
ayahnya yang telah tua itu. Rambut dipenuhi uban dan kedut
jelas kelihatan pada kulitnya. Pak Sudin terbatuk-batuk kecil
sambil menghisap rokok daun. Adnan kemudiannya
perlahan-lahan beredar dari jendela dan melabuhkan
punggungnya di atas tikar mengkuang duduk berhadapan
dengan ayah dan ibunya.
“Bila dia suruh kita pindah, bang?” sampuk Mak
Bedah tiba-tiba sambil memandang tepat wajah suaminya.
Pak Sudin sebaliknya hanya tunduk menggeleng-gelengkan
kepala dan menyedut rokok daun. Asap memutih kelihatan
berkepul-kepul naik ke atas.
“Tak tahulah. Tapi dia kata siap aje rumah di tempat
baru tu nanti barulah orang-orang kampung pindah,” Pak
Sudin menjawab.
“Tempat baru tu kat mana, ayah?” soal Adnan pula.
“Katanya dekat dengan kawasan bandar,” balas Pak
Sudin.
“Dia nak bangunkan apa di kampung ni, ayah?”
tanya Adnan lagi dengan penuh minat sambil mengangkat
kepala tinggi sedikit melihat wajah ayahnya.
“Nak buat kawasan pelancongan,” ucap Pak Sudin
yang duduk bersela. Dia kemudiannya lalu menyucuhkan
puntung rokok daun ke dalam bekas yang dibuat daripada
tempurung kelapa. Air kopi ‘o’ yang suam itu pantas
diteguknya habis.
“Orang kampung semua dah setuju ke pindah,
58
Teks Jalan Pulang.indd 58 05/05/2020 14:40:03
Jalan Pulang
bang?” Mak Bedah yang duduk di sebelah Pak Sudin lalu
mencelah.
“Ini yang timbul masalah sekarang ni. Orang
kampung dah pecah dua. Ada yang setuju pindah dan ada
yang berkeras tidak mahu pindah,” jelas Pak Sudin.
“Sampai begitu sekali, ayah!” Adnan berasa
sungguh terperanjat apabila mendengar kata-kata yang
keluar daripada mulut ayahnya itu.
“Kampung ni dah tak macam dulu lagi, Adnan.
Sejak orang kaya dari bandar tu datang nak buat
pembangunan di kampung ni …,” Pak Sudin menunjukkan
rasa kecewa dan hampa dengan mengeluarkan nada suara
yang lemah.
“Kita tak boleh berdiam diri, ayah. Kita mesti
bersatu semula. Walau apa pun yang terjadi kita tak akan
pindah. Kita akan tinggal di kampung ini sehingga ke akhir
hayat!” ujar Adnan dengan penuh semangat.
“Kau nak buat apa, Adnan?” Mak Bedah menambah
pula.
“Saya nak kumpulkan semua orang kampung. Kita
mesti tentang habis-habisan orang kaya dari bandar tu
daripada mengambil milik yang telah kita pusakai dari datuk
nenek moyang kita dulu yang telah bersusah payah
meneroka kampung ni. Kita sebagai anak cucu dan cicit
mesti mempertahankannya menyerahkan kepada orang kaya
dari bandar tu namanya tidak sekali-kali!” Semangat Adnan
semakin berkobar-kobar seperti seorang pejuang tanah air
menentang penjajah.
Perbualan rancak Pak Sudin, Mak Bedah dan Adnan
lantas terhenti. Kedengaran suara Bilal Usop melaungkan
azan Asar dari surau yang tidak jauh dari rumah mereka.
59
Teks Jalan Pulang.indd 59 05/05/2020 14:40:03
Azaika SR
“Waktu asar pun dah masuk. Adnan marilah kita ke
surau,” ajak Pak Sudin sambil bingkas bangun.
“Yalah, ayah!” angguk Adnan pula.
Selepas menunaikan solat Asar Pak Sudin, Tok
Ketua, Tok Imam dan Adnan tidak pulang ke rumah. Mereka
duduk di surau sambil berbual-bual.
“Berapa lama kau cuti, Adnan?” soal Tok Ketua
yang berketayap putih, berbaju Melayu biru air laut dan
berkain pelekat.
Di luar angin bertiup lemah-gemalai. Pohon-pohon
hijau bagai menari-nari mengikut rentak tiupan angin.
Sekejap meliuk ke kiri dan sekejap meliuk ke kanan.
Dedaunan yang bergeseran mengeluarkan irama yang
sungguh merdu mengusik jiwa bersama ketenangan dan
kedamaian desa permai. Cuaca yang dari awal pagi kelihatan
cerah telah bertukar menjadi redup.
“Tiga bulan, tok,” dia sebaliknya menjawab pendek
pertanyaan yang diajukan oleh Tok Ketua itu.
“Apa kau buat masa cuti ni?” Tok Imam mencelah.
“Membantu ayah mengerjakan kebun. Tok Imam
saya minta maaf kalau bertanya. Kenapa orang kampung tak
ramai sembahyang jemaah di surau? Selalunya saya tengok
penuh surau ni,” kata Adnan.
“Inilah yang menjadi masalah kampung ni
sekarang. Berpecah belah. Tak lagi hidup bersatu padu
sepertimana yang dituntut dalam agama,” jelas Pak Imam
pula.
“Semuanya ini berpunca daripada orang kaya dari
bandar tu, kan? Demi kekayaan dan kepentingan diri sendiri
kita berpecah belah dan diusir,” Adnan cepat menambah.
60
Teks Jalan Pulang.indd 60 05/05/2020 14:40:03
Jalan Pulang
“Memang betul kata kau, Adnan. Tok sebagai ketua
merasa sangat sedih apabila melihat perkara ini berlaku.
Kampung ni dah tak macam dulu lagi …,” sokong Tok Ketua
dalam nada suara yang berbunyi mengeluh.
“Kita mesti buat sesuatu untuk menjernihkan
semula suasana keruh yang telah berlaku sekarang ni. Demi
kebaikan kita bersama sebagai penduduk kampung.” Pak
Sudin yang selama ini berdiam diri tiba-tiba bersuara
memberi cadangan.
“Memang betul kata ayah tu. Untuk perpaduan kita
semua saya cadangkan kita adakan pertemuan di balai raya.
Macam mana, tok?” kata Adnan sambil memandang tepat
wajah Tok Ketua.
“Bagus tu, Adnan. Tok memang setuju sekali
dengan cadangan kau tu,” jawab Tok Ketua.
“Bila kita nak adakan pertemuan tu?” Tok Imam
mencelah.
“Perkara yang baik tak elok kita lengahkan. Takut
nanti datang pulak perkara buruk. Kita mesti adakan
pertemuan esok,” ujar Adnan lagi.
“Apa kata kalau kita adakan pertemuan tu selepas
waktu Zuhur, tok?” tambah Pak Sudin pula.
“Saya setuju!” Tok Ketua mengangguk-anggukkan
kepala.
Keesokan paginya Adnan ke warung Pak Salleh
untuk membeli sarapan.
“Abang Adnan. Bila balik?” tanya Suraya anak Pak
Salleh.
“Dah seminggu. Pak Salleh mana?” soal Adnan
pula.
61
Teks Jalan Pulang.indd 61 05/05/2020 14:40:03
Azaika SR
“Ayah ke bandar. Dengar petang ni ada pertemuan
penduduk kampung di balai raya. Betul ke, bang?” ujar
Suraya.
“Betul, Suraya. Nak membincangkan masalah yang
melanda penduduk kampung sekarang ni. Pak Salleh dah
tahu ke hal ni?” Adnan berkata.
“Dah. Tok Ketua yang beritahu dia sewaktu sarapan
di warung ni pagi tadi,” Suraya sebaliknya membalas.
“Kalau Suraya nak dengar luahan penduduk
kampung tentang pembangunan yang hendak dibuat oleh
orang kaya dari bandar tu sehingga membawa kepada
perpecahan datanglah ke balai raya petang ni,” pelawa Adnan.
“Insya-Allah, bang. Kalau tak ada apa-apa nanti
Suraya datang. Oh ya. Asyik bercerita terlupa pulak. Abang
nak apa?” dia bersuara.
“Beri abang nasi lemak tiga, kuih kaswi tiga dan
kuih karipap tiga,” pinta Adnan.
“Yalah, bang,” Suraya menjawab.
Seperti yang dirancang oleh Tok Ketua, Tok Imam,
Pak Sudin dan Adnan pertemuan diadakan di balai raya.
Namun begitu tidak semua penduduk kampung yang hadir.
Hasrat untuk menyatukan semula penduduk kampung yang
berpecah belah dan mendapatkan keputusan agar tidak
berpindah tidak tercapai.
“Nampaknya apa yang kita harapkan gagal. Tapi
kita tak boleh berputus asa. Kita mesti aturkan lagi
pertemuan. Kalau tidak masalah ini tak akan selesai,” ucap
Adnan pula sebaik-baik sahaja pertemuan pada petang itu
selesai.
“Kita kena bersabar, Adnan. Banyakkanlah berdoa.
62
Teks Jalan Pulang.indd 62 05/05/2020 14:40:03
Jalan Pulang
Insya-Allah. Hajat kita yang baik ini akan dimakbulkan,” Tok
Ketua menyokong sepenuhnya kata-kata Adnan itu.
Adnan menggandakan usaha mengumpulkan
penduduk kampung untuk mengatasi kemelut yang melanda.
Ada yang bersetuju untuk bertemu dan ada yang tidak mahu
bertemu. Namun begitu dia tidak berputus asa. Siang dan
malam dia bekerja keras untuk memujuk penduduk
kampung agar bersatu semula dan tidak berpindah ke tempat
yang baru.
“Esok kita mesti adakan pertemuan, tok. Kita mesti
berusaha jugak untuk mengatasi masalah yang melanda
penduduk kampung ni,” Adnan berkata.
“Tapi tak ramai penduduk kampung yang setuju
datang. Macam mana kita nak selesaikan masalah ni …,”
rengus Tok Ketua sebaliknya.
“Tak mengapa, tok. Yang penting saya nak tekankan
kepada penduduk kampung yang hadir betapa perlunya kita
bersatu dan mempertahankan kampung ni. Tok jangan risau.
Serahkan saja pada saya,” balas Adnan.
Pada keesokan harinya pertemuan kedua diadakan
di balai raya kampung. Amat menyedihkan sekali sama
seperti pertemuan pertama dulu tidak ramai penduduk
kampung yang hadir. Sedangkan usaha yang dilakukan oleh
Adnan adalah untuk kebaikan bersama penduduk kampung.
Dengan tiba-tiba Adnan teringat akan ungkapan
dalam hidup ini biar kita kalah asalkan jangan mengalah. Dia
sendiri tidak pasti dari buku mana dia membaca ungkapan
itu dan yang pasti ia ditulis oleh seorang ahli falsafah yang
terkenal. Adnan lupa nama ahli falsafah itu. Dia menjadikan
kata-kata itu sebagai pedoman dalam perjuangannya
menyatukan semula penduduk kampung dan kekal di tempat
63
Teks Jalan Pulang.indd 63 05/05/2020 14:40:03
Azaika SR
yang bertuah dan permai anugerah Tuhan Yang Esa.
Selang beberapa hari pertemuan ketiga diadakan di
tempat yang sama. Kali ini sambutannya adalah di luar
jangkaan. Tidak seperti pertemuan pertama dan kedua lalu.
Seluruh balai raya dipenuhi dengan penduduk kampung.
Kalau pertemuan pertama dan kedua dahulu banyak kerusi
yang kosong tapi hari ini tak cukup kerusi sehinggakan ada
penduduk kampung yang terpaksa berdiri dan ada yang
terpaksa mendengar dari celah tingkap balairaya.
Tiada apa yang mampu diluahkan oleh Adnan selain
daripada rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
impiannya telah dimakbulkan. Tidak sia-sia kerja keras siang
dan malam yang dilakukannya selama ini demi kebaikan
bersama penduduk kampung dan bukannya untuk
kepentingan dirinya sendiri. Inilah namanya berkat sentiasa
berdoa dan bersabar untuk mencapai kejayaan.
“Tiada gunanya kita bersengketa sesama sendiri.
Kita jugak akan merasa rugi. Bukankah Islam melarang
perbuatan buruk itu. Marilah kita bersatu semula demi
kesejahteraan kita bersama sebagai penduduk kampung ini.
Mulai dari hari ini marilah kita buang yang keruh dan
ambillah yang jernih. Hidup mati kita biarlah di sini.
Pertahankanlah kampung ini ibarat permata yang tinggi
nilainya. Sukar dicari ganti. Saya merayu pada semua
penduduk kampung.” Kata-kata yang diluahkan oleh Adnan
itu benar-benar memukau penduduk kampung. Sehinggakan
ada yang menitiskan air mata kerana timbul penyesalan
bersengketa semata-mata terpedaya dengan tempat baru
yang dijanjikan oleh orang kaya dari bandar itu.
Semua penduduk kampung lalu bermaaf-maafan
dan berpeluk-pelukan di antara satu sama lain. Suasana di
balai raya pada petang ini bercampur gembira dan terharu.
64
Teks Jalan Pulang.indd 64 05/05/2020 14:40:03
Jalan Pulang
“Terima kasih, Adnan. Kau telah berjaya
menyatukan semula penduduk kampung,” Tok Ketua
bersuara sambil bersalaman dengan Adnan.
“Sama-sama, tok. Cuma satu lagi yang perlu kita
selesaikan,” Adnan menjawab.
“Apa dia?” Tok Ketua cepat memotong sambil
mengangkat kepala tinggi sedikit memandang wajah Adnan.
“Besok kita beramai-ramai ke pejabat orang kaya tu
untuk menyatakan bantahan tidak mahu berpindah dari
kampung ni,” ucap Adnan pula.
65
Teks Jalan Pulang.indd 65 05/05/2020 14:40:03
Azaika SR
8. CABARAN
AGI. Bola matahari kian
meninggi di kaki langit biru
Pbersama gumpalan awan putih.
Sinarnya jelas kelihatan menyinari seluruh Kampung Sena.
Kicauan burung-burung jelas kedengaran memecah alam nan
menghijau.
Di halaman rumah pokok cempedak, manggis,
kelapa, rambutan dan lain-lain lagi mengangguk-angguk
perlahan ditiup angin dari arah pergunungan. Melalui
jendela yang terbuka luas angin berhembus nyaman
menyapu permukaan kulit Munir yang lembut itu. Seorang
graduan universiti. Sehingga kini masih lagi tidak
mempunyai pekerjaan.
“Belajar tinggi-tinggi takkan kerja kampung,
Munir,” kata Adnan.
“Apa nak buat, Nan? Dah puas aku cari kerja. Tapi
tak dapat,” dia sebaliknya menjawab.
“Kalau nak banding dengan aku ni kelulusan
bukannya tinggi. Dapat kerja mewah di Kuala Lumpur,”
Adnan membalas dengan penuh angkuh.
“Dah rezeki kau,” ujar Munir dalam nada suara
66
Teks Jalan Pulang.indd 66 05/05/2020 14:40:03
Jalan Pulang
yang tenang.
Tercabar juga dia dengan kata-kata rakan
sekampung dan sekolahnya itu. Namun begitu dia tetap
bersabar. Dugaan Tuhan. Ada hikmahnya dan dia
berkeyakinan tinggi. Siswazah menganggur seperti dia boleh
menabur bakti kepada masyarakat.
Dengan langkah yang perlahan-lahan Munir
menuju ke jendela yang terbuka luas. Fikirannya dilontarkan
ke arah banjaran gunung yang subur menghijau.
Banyak tanah terbiar di kampung ini. Lebih baik
diusahakan. Berjaya atau tidak itu bukan soalnya. Tiba-tiba
dia teringat akan kata-kata pensyarahnya sewaktu di
universiti dahulu. Sesuatu yang dilakukan dalam hidup ini
adalah percubaan. Dia yakin dengan ungkapan itu.
Keesokan harinya dia pun ke rumah Tok Ketua.
Menyatakan hasrat murninya itu.
“Aku tak ada halangan, Munir. Memang baik
cadangan kau itu. Tapi siapa yang nak usahakannya? Orang-
orang kampung ni ramai yang dah tua. Takkan larat nak buat
kerja-kerja tu semua,” ucap Tok Ketua sebaliknya.
“Kan kita ramai anak-anak muda yang tak bekerja
seperti saya di kampung ni. Kita gunakan tenaga mereka,”
balas Munir.
“Betul. Soalnya mahu ke mereka mengusahakan
tanah terbiar tu. Setahu aku. Usia muda macam mereka tu
mana sanggup menebas dan mencangkul tengah panas,” ujar
Tok Ketua lagi.
“Itulah silapnya orang kita ni, tok. Macam mana
nak maju. Belum apa-apa lagi dah menyerah. Itu tak jangan
bimbang. Serahkan pada saya. Tahulah saya nanti macam
mana nak tarik mereka.” Munir memberi jaminan pada Tok
67
Teks Jalan Pulang.indd 67 05/05/2020 14:40:04
Azaika SR
Ketua.
“Baiklah, Munir. Aku mengikut saja apa yang kau
fikirkan baik untuk kampung ni. Aku doakan semoga
rancangan kau ni berjaya,” Tok Ketua menambah.
“Insya-Allah, tok. Berkat doa dan sokongan tok saya
yakin tanah yang terbiar itu akan membawa hasil,” jawab
Munir.
“Hah, jemputlah minum, Munir. Nanti sejuk pulak
air ni,” pelawa Tok Ketua.
“Terima kasih, tok!” Munir membalas sambil
mengangguk-anggukkan kepala.
Berikutnya Munir berjumpa dengan Sidik
Pengerusi Persatuan Belia Kampung Sena.
“Bagus sekali cadangan kau tu, Munir. Sekurang-
kurangnya anak-anak muda di kampung ini tidaklah
mmebuang masa dengan melakukan perkara yang tidak
berfaedah. Seperti terlibat dengan dadah.”
“Kalau kita yang tidak mulakan siapa lagi, Sidik.”
“Memang betul kata kau tu, Munir. Aku sokong.
Orang terpelajar macam kau ni memang diperlukan buah
fikirannya untuk memajukan kampung ni.”
“Sudahlah tu, Sidik. Jangan nak memuji-muji aku.
Tak ada bezanya terpelajar atau tidak. Kita manusia kan
semuanya sama di sisi Tuhan. Oh, ya! Sebelum aku terlupa.
Kau ada kawan tak di Jabatan Pertanian. Kita perlu dapatkan
bantuan dan khidmat nasihat dulu.”
“Itu kau jangan bimbang. Aku memang ada kawan
di Jabatan Pertanian. Besok kita ke sana. Jumpa dia.”
Ternyata Jabatan Pertanian menyokong penuh
usaha murni Munir itu. Namun begitu sudah menjadi
68
Teks Jalan Pulang.indd 68 05/05/2020 14:40:04
Jalan Pulang
lumrah manusia. Sesuatu yang baik itu adaketikanya sukar
diterima.
“Apa? Munir mengusahakan tanaman buah-buahan
dan sayur-sayuran di tanah terbiar tu?” kata Adnan dengan
penuh rasa terperanjat.
“Ya! Tengah rancak berjalan sekarang ni. Aku betul-
betul kagum dengan dia. Lulusan universiti yang tak
memilih kerja. Sekurang-kurangnya tanah tu ada jugak
hasilnya. Daripada terbiar begitu saja,” Tok Ketua sebaliknya
menjawab.
“Itu kerja sia-sia namanya, tok. Langsung tak ada
faedah. Tanah yang terbiar tu boleh mendatangkan hasil yang
lumayan kepada kampung ni. Kalau kena dengan caranya.”
Dia terang-terang menentang projek yang diusahakan oleh
Munir itu.
“Sia-sia apa pulak ni, Nan. Aku tak nampak usaha
Munir tu akan gagal. Lagipun anak-anak muda melalui
Persatuan Belia kampung ni turut sama mengusahakannya.”
Tok Ketua menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.
“Itulah, tok. Mudah percaya sangat dengan kata-
kata Munir. Saya dah lama kenal dengan dia tu. Cakap saja
lebih. Kata orang tak ubah macam tong kosong. Bunyi aje
lebih. Tapi hasil tak ada!” Adnan membalas.
“Apa pasal kau marah sangat dengan Munir ni?
Salah ke apa yang dia buat tu. Sepatutnya kau turut sama
memberikan sokongan dan bukannya merosakkan rancangan
dia,” ujar Tok Ketua pula.
Kebosanan. Jelas terpancar di riak wajah Adnan.
Jarumnya untuk mempengaruhi Tok Ketua agar tidak
menyokong projek Munir itu nampaknya tidak berjaya.
Sebenarnya ada udang di sebalik batu.
69
Teks Jalan Pulang.indd 69 05/05/2020 14:40:04
Azaika SR
“Begini ajelah, tok. Biar saya berterus terang ajelah.
Saya berjanji. Nak jualkan tanah tu pada tuan syarikat saya
bekerja. Berapa saja harganya dia sanggup beli,” jelas Adnan
dalam nada suara yang lembut memujuk Tok Ketua.
“Nan …. Nan …!” Tok Ketua sebaliknya
menggeleng-gelengkan kepala dan sedikit mengukir
senyuman kecil apabila mendengar kata-kata Adnan itu.
“Untungnya sangat lumayan, tok. Kita pun dapat
bahagian,” tambah Adnan lagi.
Di luar cuaca begitu panas sekali. Sudah hampir
sebulan hujan tidak turun. Angin dari arah pergunungan
bertiup perlahan. Pohon kelapa yang tumbuh di halaman
rumah Tok Ketua meliuk-liuk ke kanan dan kiri. Dedaunan
hijau yang bergeseran mengeluarkan irama yang sungguh
merdu. Mengikut rentak tiupan angin. Sebagai seorang
pemimpin yang masak dengan asam garam kehidupan dia
cukup faham dengan maksud Adnan itu.
“Dia nak buat apa dengan tanah tu?” dia menyoal
sambil memandang tepat wajah Adnan.
“Kalau tok nak tahu dia nak buat rumah
peranginan berkonsepkan kampung. Macam mana? Tok
setuju tak?” dia cepat menjawab serentak membalas
pandangan Tok Ketua.
Diam. Tok Ketua sebaliknya menyucuhkan api paip
yang melekat di bibirnya. Adnan memerhatikan sahaja
gelagatnya itu.
Angin dari arah pergunungan tiba-tiba bertiup
kencang dan menerobos masuk ke dalam rumah papan itu.
Bunyi ayam, itik dan kambing peliharaan Tok Ketua jelas
kedengaran memecah suasana. Tok Ketua kemudiannya lalu
menghembus keluar asap paip. Nampak berkepul-kepul
70
Teks Jalan Pulang.indd 70 05/05/2020 14:40:04
Jalan Pulang
memutih memenuhi ruang tamu rumah itu.
“Nan, aku berpegang pada pepatah kerbau
berpegang pada tali manusia berpegang pada janji. Aku dah
beri sepenuh kepercayaan pada Munir untuk mengusahakan
tanah tu. Dia baru mula. Takkan aku nak suruh dia berhenti.”
“Jangan tolak tuah, tok. Ini untuk kesenangan tok
dan penduduk kampung ni jugak.”
“Dalam dunia ni tak ada manusia yang hendak
hidup susah. Semua nak hidup senang. Kau silap, Nan. Aku
bukan jenis pemimpin yang mementingkan kemewahan dan
diri sendiri. Biar susah senang bersama dengan anak-anak
buah.”
Tersentak Adnan apabila mendengar kata-kata yang
keluar daripada mulut Tok Ketua itu. Pedas dan tajam
bunyinya. Namun begitu dia tetap tidak berputus asa.
Memujuk Tok Ketua supaya memenuhi impiannya
memperolehi habuan lumayan hasil daripada jualan tanah
itu.
“Tok, projek rumah peranginan yang dicadangkan
oleh tuan syarikat saya tu bukan kecil. Belanjanya besar.
Dengan bermacam-macam kemudahan yang disediakan
tentu akan menarik pelancong dating ke kampung ni dan
bertambah maju. Setanding dengan kampung-kampung lain.
Hah, tok jugak nanti dapat nama,” ucap Adnan.
“Sekali lagi kau silap, Nan. Orang tua yang
sekarang berada di depan kau ni tidak mengejar nama
walaupun berkuasa. Begini ajelah. Bidang pertanian juga
boleh menyumbang kemajuan pada kampung tanah
kelahiran kau ni. Projek rumah peranginan tuan syarikat kau
bekerja tu belum tentu dapat mendatangkan hasil untuk
dinikmati oleh penduduk kampung ni. Takut nanti lebih
71
Teks Jalan Pulang.indd 71 05/05/2020 14:40:04
Azaika SR
banyak pembaziran aje,” Tok Ketua sebaliknya menjawab
dengan panjang lebar.
“Dahlah, tok. Saya buat benda yang baik untuk
kampung ni tok tak setuju. Benda yang tak berfaedah
langsung dibuat oleh Munir tu tok sokong pulak. Saya balik
dululah!” Dia pantas beredar dari rumah Tok Ketua dengan
penuh rasa hampa.
“Eh, kalau ya pun tunggulah minum dulu. Nan …!
Nan …!” tahan Tok Ketua pula.
“Kenapa dengan Nan tu, bang? Lain macam aje saya
tengok,” ujar Mak Timah yang muncul dari dapur sambil
membawa dulang yang berisi minuman.
“Entahlah, Mah …!” keluh Tok Ketua sambil
menyucuhkan semula api paip yang telah padam.
Projek tanaman semula yang diilhamkan oleh
Munir nyata membuahkan hasil.
“Aku betul-betul kagum dengan kau ni, Munir,”
kata Sidik.
“Kagum apa?” tanya Munir sambil mengesat peluh
di dahi.
“Tak ramai orang terpelajar macam kau ni nak
menceburi bidang pertanian. Yalah tempat kau sepatutnya di
bilik yang besar dan berhawa dingin. Dan bukannya berpanas
terik macam ni,” Sidik membalas.
“Ijazah tidak boleh dijadikan ukuran untuk berjaya
dalam hidup. Bagi aku bidang pertanian juga merupakan satu
kerjaya. Jauh di sudut hati aku menyesal memilih bidang ini
walaupun tidak setimpal dengan kelulusan yang aku miliki,”
jelas Munir.
Bola matahari jelas kelihatan menegak di kaki
72
Teks Jalan Pulang.indd 72 05/05/2020 14:40:04
Jalan Pulang
langit. Cahaya yang dipancarkannya menyimbah ke seluruh
alam. Bahangnya pula terasa pedih menggigit permukaan
kulit.
Sementara itu angin dari arah pergunungan
bertiup lemah-gemalai. Pohon-pohon yang menghijau
mengangguk-angguk. Seolah-olah menyokong dengan kata-
kata yang dilafazkan oleh Munir itu. Bunyi daun-daun
bergeseran ibarat irama lagu yang sungguh menghiburkan
jiwa apabila didengar. Begitu juga dengan bunyi daun-daun
kering dan ranting patah jatuh berguguran di atas tanah juga
jelas kedengaran memecah suasana yang dibalut dengan
ketenangan.
Munir dan Sidik sama-sama meneguk minuman.
Dingin. Umpama air terjun di pinggir kali. Jelas terasa
apabila air membasahi tekak yang kering.
“Kau lihat tu, Munir. Anak-anak muda begitu
bersemangat sekali. Mengerjakan tanah yang dulunya terbiar.
Kini dipenuhi dengan sayur-sayuran dan pokok buah-
buahan,” ucap Sidik sebaik-baik sahaja selesai meneguk
minuman.
Munir lalu menarik nafas panjang.
“Itulah yang kita mahu. Anak-anak muda di
kampung ni dapat menyumbang sesuatu yang berguna dalam
usia ibarat sehelai daun hijau,” balas Munir.
“Aku setuju sekali dengan kata-kata kau tu. Sejak
projek tanaman semula ni bermula aku sebagai Pengerusi
Persatuan Belia kampung ni tengok mereka jauh dah
berubah. Tak macam dulu. Lebih banyak melakukan perkara
yang tak berfaedah,” Sidik menambah.
“Mereka memang mudah terpengaruh dengan
perkara begitu. Siapa lagi yang nak mengubahnya. Kalau
73
Teks Jalan Pulang.indd 73 05/05/2020 14:40:04
Azaika SR
bukan kita. Oh, ya! Sebelum aku terlupa. Sayur-sayuran kita
tu dah ada pemborong. Harga yang ditawarkan pun
berpatutan,” ucap Munir pula.
“Ya ke? Baguslah macam tu!” Sidik sebaliknya
membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala.
“Kita dah lama berehat ni. Mari kita sambung kerja
balik,” ajak Munir.
“Yalah!” kata Sidik.
Mereka berdua bingkas bangun sambil membawa
cangkul menuju ke tapak projek tanaman semula.
Keesokan paginya Adnan bertemu dengan Tuan
Sharif.
“Susah, tuan …!” keluh Adnan pendek.
“Apa yang susah ni, Nan?” soal Tuan Sharif.
“Tanah tu dah dijadikan projek tanaman semula.”
Adnan memberi penjelasan.
“Projek tanaman semula?” Tuan Sharif merasa
sungguh terperanjat apabila mendengar kata-kata itu.
“Ya, tuan!” angguk Adnan dengan pantas.
“Siapa yang usahakan?” Tuan Sharif bagaikan tidak
sabar-sabar lagi pantas mencelah.
“Munir. Seorang lulusan universiti. Bersama
dengan anak-anak muda kampung melalui Persatuan Belia,”
Adnan menjawab.
“Awak mesti ingat. Dah ada pelabur luar yang
bersetuju usahasama dengan kita melaksanakan projek tu.
Kita tak boleh lepaskan peluang ini begitu sahaja. Walau apa
cara sekalipun awak mesti dapatkan tanah tu. Ingat, Nan.
Saya beri awak amaran. Kalau awak gagal. Awak akan dipecat.
74
Teks Jalan Pulang.indd 74 05/05/2020 14:40:04
Jalan Pulang
Faham!” Dia mengeluarkan nada suara yang tinggi.
Adnan kemudiannya pantas berlalu pergi dari bilik
Tuan Sharif. Tak dapat cara halus cara kasar aku gunakan.
Janji tanah tu dapat. Habuan pun dapat dan aku tidak
dibuang kerja. Getus hati kecilnya.
Tanpa berlengah lagi dia lalu memicit nombor
telefon bimbitnya dan menghubungi Murad.
“Hello, Murad. Aku nak jumpa kau. Sekarang.
Tempat biasa. OK!”
Seperti yang dijanjikan Adnan dan Murad lalu
berjumpa.
“Aku ada kerja untuk kau.”
“Kerja apa, Nan?”
“Ini RM 500.00. Aku nak kau bawa kawan-kawan
kau rosakkan satu projek tanaman semula.”
“Di mana?”
“Kampung aku. Malam ni tepat pukul 8.00 kau
tunggu di sini. Aku bawa kau ke sana.”
“Baiklah!”
Munir, Sidik dan Tok Ketua memandang sayu
tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah
dirosakkan. Cuaca pada hari ini nampak suram. Angin dari
arah pergunungan bertiup lemah. Seolah-olah bersimpati
dengan nasib yang menimpa Munir, Sidik dan anak-anak
muda kampung yang mengusahakan projek tanaman semula.
“Sabar, Munir. Ini semua ujian Allah. Mungkin ada
rahmat di sebaliknya.” Tok Ketua menenangkan Munir
sambil menepuk-nepuk bahunya.
Munir sebaliknya hanya berdiam diri sambil tunduk
75
Teks Jalan Pulang.indd 75 05/05/2020 14:40:05
Azaika SR
memegang daun-daun sayur yang telah hancur.
“Kita tak boleh berdiam diri, tok. Kita mesti cari
sampai dapat mereka yang melakukan angkara ini. Kalau
saya dapat nanti tahulah saya mengajarnya cukup-cukup!”
kata Sidik dengan perasaan yang penuh geram.
“Jangan bertindak terburu-buru, Sidik. Kita kan
ada undang-undang. Lebih baik kita laporkan saja perkara ini
pada pihak berkuasa,” ujar Tok Ketua pula.
Munir lalu bangun dan mendongakkan kepala
tinggi sedikit.
“Kita mesti bangkit semula. Sekali kita ke depan.
Tidak sesekali kita akan ke belakang bila gagal. Kita mesti
bina semula projek tanaman semula yang telah musnah ini.
Insya-Allah. Kita di pihak yang benar. Kejayaan akan bersama
kita.” Munir membakar kata-kata semangat.
Ternyata rancangan jahat Adnan tidak melemahkan
semangat Munir, Sidik dan anak-anak muda kampung.
Malahan hasil tanaman mereka amat menggalakkan
berbanding dengan yang terdahulu. Jabatan pertanian telah
menganugerahkan Pertanian Cemerlang. Bagi Munir selaku
Ketua Projek kejayaan ini bukan miliknya seorang. Malahan
semua yang telah berusaha keras dan bertungkus-lumus
memerah keringat di bumi bertuah menjayakannya.
Benar kata pepatah. Sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Adnan dan rakan-
rakannya telah ditahan oleh polis.
Di kaki langit fajar kian menyingsing melabuhkan
tirainya menyambut malam. Esok hari baru akan bermula.
Segala suka dan duka yang dilayari hari ini dihimpunkan
menjadi kekuatan pengalaman selagi masih bernafas di atas
muka bumi ini. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan
76
Teks Jalan Pulang.indd 76 05/05/2020 14:40:05
Jalan Pulang
pelbagai cabaran. Perlu ditempuhi dengan kuat dan tabah.
Demikianlah yang bersarang dalam jiwa seorang siswazah
yang bernama Munir.
77
Teks Jalan Pulang.indd 77 05/05/2020 14:40:05
Azaika SR
9. SURATAN JODOH
ELEPAS menunaikan solat Asar
di surau Pak Latip terus pulang
Ske rumah. Setibanya di rumah
Pak Latip yang berketayap putih, berbaju Melayu berwarna
biru muda dan berkain pelikat duduk di atas kerusi kusyen.
Angin dari arah bukit bertiup lembut membelah seluruh
kampung. Cuaca kelihatan cerah.
“Minum, bang,” pelawa Mak Kiah sambil
meletakkan secawan air kopi dan sepinggan lepat pisang di
atas meja.
Pak Latip kemudiannya lalu meneguk air kopi
perlahan-lahan.
“Sedap lepat pisang ni,” kata Pak Latip.
“Pisang yang abang bawa balik dari kebun
semalam. Bang. Tadi Johan datang,” Mak Kiah sebaliknya
bersuara.
“Ada apahal dia kemari?” soal Pak Latip pula.
“Tentang rancangan dia nak jodohkan anaknya
Azam dengan anak kita Maimunah,” jelas Mak Kiah.
“Saya tiada halangan. Yalah. Bukannya kerana
Johan tu orang berada. Saya menerima hasratnya itu. Tapi
78
Teks Jalan Pulang.indd 78 05/05/2020 14:40:05
Jalan Pulang
atas niat baik dan kalau sudah ditentukan oleh Tuhan jodoh
Maimunah dengan anaknya. Awak pulak macam mana?” Pak
Latip menambah.
“Apa yang abang fikirkan baik saya jugak begitu,
bang,” sokong Mak Kiah.
“Tapi saya cuma bimbang. Zaman sekarang ni
bukan macam zaman kita dulu. Jodoh diaturkan oleh orang
tua. Awak dah tanya ke dengan tuan punya badan sendiri,”
ucap Pak Latip.
“Dah, bang. Kata Maimunah ajal dan maut di
tangan Tuhan. Kalau sudah ditakdirkan jodohnya dengan
Azam dia ikhlas menerimanya dengan hati yang terbuka.
Lagipun kalau baik bagi kita sebagai ayah dan ibunya maka
baik juga bagi dirinya,” Mak Kiah membalas.
“Syukur alhamdulillah. Marilah kita sama-sama
berdoa semoga apa yang kita rancangkan ini akan direstui
oleh Allah SWT,” tambah Pak Latip.
Sementara itu di rumah Johan.
“Azam. Ada perkara yang ayah nak cakap,” Johan
bersuara.
“Perkara apa, ayah? Kalau pasal bisnes kita bincang
aje di pejabat. Bukannya di rumah,” celah Azam.
“Ini bukan soal bisnes. Ayah dah buat keputusan
nak jodohkan kau dengan Maimunah pekerja syarikat kita
tu,” terang Johan yang duduk di atas kerusi antik mewah.
“Apa? Abang nak jodohkan Azam dengan
Maimunah. Abang tak malu ke. Pekerja syarikat dijadikan
menantu,” Faridah menyampuk dengan rasa terkejut apabila
mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut suaminya
itu.
79
Teks Jalan Pulang.indd 79 05/05/2020 14:40:05
Azaika SR
“Betul kata mak tu. Ayah kan tahu yang saya
berkawan dengan Sherin. Dah suka sama suka. Kenapa pulak
saya harus berkahwin dengan Maimunah pilihan ayah,” ucap
Azam pula.
“Lagipun kita kan dah setuju dengan Datuk Mohd
Nor dan Datin Ani nak satukan Azam dengan Sherin. Takkan
abang dah lupa,” ingat Faridah pada Johan.
“Itu dulu. Tapi sekarang abang dah buat keputusan.
Abang Latip dan Kak Kiah akan menjadi bisan kita. Bukannya
Datuk Mohd Nor dan Datin Ani,” putus Johan sebaliknya.
“Abang. Apa pulak kata mereka nanti. Bukankah
abang dengan Datuk Mohd Nor tu dah lama berkawan baik
dalam dunia perniagaan. Dituduhnya kita mungkir janji
pulak,” ujar Faridah lagi.
“Bagi saya Maimunah sesuai sebagai pasangan
hidup Azam. Baik tingkah laku dan beragama. Susah nak
dapat gadis macam dia zaman sekarang,” Johan bersuara.
“Saya minta maaf, ayah. Terus terang saya katakan.
Saya tetap akan berkahwin dengan Sherin dan bukannya
Maimunah!” Azam membantah sekeras-kerasnya kemahuan
ayahnya.
“Keputusan ayah muktamad. Maimunah tetap akan
menjadi isteri kau. Minggu depan ayah akan hantar wakil
untuk meminang.” Johan memberikan kata putus.
“Ayah. Berilah saya peluang untuk ….” Azam tidak
dapat meneruskan percakapan untuk memberikan penjelasan
selanjutnya.
“Cukup tu, Azam! Apa yang ayah dah putuskan kau
tetap kena ikut. Ini bukan paksaan. Demi untuk kebaikan
hidup kau. Ayah pilih Maimunah sebagai isteri kau. Faham!”
Johan cepat memotong dalam nada suara yang tegas dan
80
Teks Jalan Pulang.indd 80 05/05/2020 14:40:05
Jalan Pulang
kemudiannya bingkas bangun menuju ke bilik atas.
Azam dan ibunya hanya berdiam diri apabila
mendengar kata-kata yang diluahkan oleh ayahnya itu. Dia
kemudiannya memandang wajah ibunya yang duduk
berhadapan dengannya.
“Apa dah jadi ni, mak? Tiba-tiba aje ayah suruh
kahwin dengan Maimunah. Tak fahamlah saya. Kenapa ayah
buat macam ni.” Azam sebaliknya meluahkan rasa bingung
yang melanda dirinya akibat daripada keputusan ayahnya itu
kepada ibunya.
“Entahlah, Azam. Mak pun pening kepala
dibuatnya,” Faridah menjawab.
“Bosanlah macam ni …,” keluh Azam sambil
pantas bangun dan menuju ke pintu masuk rumah.
“Nak ke mana tu, Azam?” tanya Faridah pula sambil
mendongakkan kepala tinggi sedikit.
“Lebih baik keluar. Cari ketenangan. Kat rumah ni
berserabut aje kepala,” Azam menjelaskan pada ibunya.
“Kalau ya pun tunggulah dulu, Azam. Azam …!
Azam …!” Faridah cuba menahan anaknya.
Keesokan harinya Azam berjumpa dengan
Maimunah.
“Awak tahu kenapa saya nak jumpa awak?” Azam
berkata.
“Tak? Kenapa, Encik Azam? Ada yang tak kena ke
dengan kerja yang saya buat?” balas Maimunah yang
kelihatan ayu bertudung warna merah dan berbaju kurung
berwarna biji kundang.
“Bukan pasal kerja. Tapi pasal kita berdua,” Azam
bersuara dalam nada yang tidak menyenangkan.
81
Teks Jalan Pulang.indd 81 05/05/2020 14:40:05
Azaika SR
“Saya tahu. Sebab Tuan Johan nak jodohkan kita
berdua, kan?” Maimunah sebaliknya menjawab.
“Awak dengar sini ya. Kita tak akan kahwin. Biar
saya berterus terang dengan awak. Bakal isteri saya bernama
Sherin. Anak Datuk Mohd Nor. Saya dan dia dah lama
berkenalan sewaktu sama-sama menuntut di luar negeri
dulu. Saya dan Sherin dah kenal hati budi masing-masing.
Sedangkan awak baru saya kenal bekerja dengan syarikat
ayah saya. Dah terus nak kahwin. Jawapannya minta maaf
dari saya!” ujar Azam pula dengan panjang lebar berserta rasa
bongkak.
“Encik Azam. Ini adalah kehendak Tuan Johan
sendiri. Bukan kehendak saya,” tambah Maimunah dengan
tenang.
“Sudah. Saya tak mahu dengar itu semua. Ayah
saya paksa macam mana sekalipun saya tetap tidak akan
kahwin dengan awak. Faham!” Azam memberikan kata putus.
Maimunah sebaliknya mendiamkan diri.
Pak Latip dan Mak Kiah rancak berbual-bual. Tiba-
tiba kedengaran suara orang memberi salam dari bawah
rumah. Pak Latip dan Mak Kiah lalu menjawab salam.
“Ada orang datang. Cuba awak tengok siapa tu,”
arah Pak Latip pada isterinya. Mak Kiah bingkas bangun
menuju ke pintu.
“Kau rupanya, Johan. Jemputlah naik,” pelawa Mak
Kiah.
“Apa khabar, kak?” tegur Johan.
“Baik. Kau seorang aje ke? Faridah tak ikut sekali?”
soal Mak Kiah.
“Tak, kak!” Johan sebaliknya menjawab ringkas.
82
Teks Jalan Pulang.indd 82 05/05/2020 14:40:05
Jalan Pulang
“Johan. Jemputlah duduk,” kata Pak Latip pula.
“Apa khabar, bang?” ucap Johan sambil bersalaman
dengan Pak Latip.
“Alhamdulillah baik. Kenapa tak telefon dulu nak
datang,” Pak Latip bersuara.
“Saya sebenarnya dari rumah Tok Ketua. Bincang
nak cat semula surau kampung kita tu. Saya nak beri
sumbangan ikhlas,” tambah Johan.
“Syukur alhamdulillah. Moga Allah memberi
ganjaran pada kebaikan yang kau lakukan,” ujar Pak Latip
lagi.
“Saya tak harapkan semua tu, bang. Yang penting
amal jariah sepertimana yang dituntut oleh Allah SWT
kepada saya sebagai hamba di atas dunia yang sementara ini.
Terlanjur saya ke rumah Tok Ketua saya singgah ke rumah
abang. Nak bincangkan hal anak-anak kita tu,” Johan
menerangkan pada Pak Latip.
“Kak Kiah ada cerita pada abang. Tentang niat kau
nak jodohkan Azam dengan Maimunah. Alhamdulillah.
Abang dan kakak tiada halangan termasuk tuan punya badan
sendiri Maimunah. Tapi macam mana pulak dengan Azam.
Dia setuju ke?” Pak Latip mendongakkan kepala tinggi
sedikit memandang muka Johan.
“Betul tu, Johan. Yalah. Macam Azam tu. Faham-
fahamlah aje. Berkedudukan macam kau. Takut dia tak boleh
menerima Maimunah. Tak bahagia hidup bersama. Kita pulak
yang disalahkannya,” sampuk Mak Kiah dengan tiba-tiba.
“Tentang tu tak usahlah abang dan kakak risaukan.
Apa yang saya lakukan ini demi kebahagiaan hidup anak saya
dan anak abang dan kakak. Insya-Allah. Mereka akan hidup
bahagia dan mengenal cinta melalui perkahwinan yang kita
83
Teks Jalan Pulang.indd 83 05/05/2020 14:40:05
Azaika SR
aturkan ini,” yakin Johan pula.
Azam dan ibunya kelihatan sedang rancak
berbincang mengenai perkahwinan dengan Maimunah ketika
Johan memasuki ruang tamu rumah mewah itu.
“Awal abang balik hari ni. Tak macam biasa. Abang
tak ke pejabat ke hari ni.” Faridah mengalih tajuk perbualan.
“Tak. Saya ke rumah Abang Latip dan Kak Kiah.
Bincangkan hal perkahwinan Azam dengan Maimunah,”
Johan menambah setelah duduk di atas kerusi sofa antik.
“Ayah …!” Azam tidak sempat untuk bercakap.
“Sudah, Azam! Apalagi yang kau nak. Segala
kemewahan hidup ayah dah beri. Takkan permintaan ayah
yang baik ini tak boleh kau tunaikan!” Johan pantas
memotong dalam nada suara yang tegas.
“Dah dia tak nak Maimunah sebagai isteri nak buat
macam mana. Mana boleh paksa-paksa dalam soal kahwin
ni,” celah Faridah pula.
“Awak jangan bercakap sedap mulut aje. Soal paksa
tidak timbul dalam perkahwinan yang saya aturkan ini. Tapi
yang penting bahagia. Ingat, Azam. Kaulah satu-satunya
pewaris syarikat ayah. Maimunah adalah pilihan tepat untuk
bersama dengan kau untuk menjaga syarikat demi anak cucu
ayah pada masa yang akan datang,” Johan mengingatkan
anaknya.
“Tapi, ayah. Kan saya dah cakap. Saya tak cintakan
…,” Azam terhenti.
“Cukup, Azam! Kan ayah dah cakap. Ayah tak akan
berpatah balik. Kau tetap akan berkahwin dengan Maimunah.
Kau jangan nak beri ayah malu. Sudah. Waktu asar dah pun
masuk. Siap cepat. Kita pergi berjemaah di masjid. Awak
84
Teks Jalan Pulang.indd 84 05/05/2020 14:40:06
Jalan Pulang
Faridah ikut sekali,” potong Johan dengan pantas dan
panjang lebar sambil bingkas bangun.
“Yalah, bang. Azam pergi cepat siap. Tak lama lagi
kau akan bergelar suami. Sebagai ketua keluarga kau kenalah
menunjukkan teladan yang baik sebagaimana yang dituntut
oleh agama dalam membina sebuah keluarga yang bahagia,”
Faridah sebaliknya bersuara sambil memandang wajah Azam.
“Baiklah, mak!” Azam membalas sambil
mengangguk-anggukkan kepala tanda menurut sahaja apa
yang diarahkan oleh ayah dan ibunya itu.
“Hah, macam tulah. Sembahyang jemaah ni banyak
pahalanya daripada sembahyang sendirian. Rugi kalau kita
tidak lakukan seperti yang dituntut oleh agama,” ingat Johan
lagi.
Setelah siap semuanya Johan, Faridah dan Azam
pun pergi ke masjid untuk menunaikan solat Asar dengan
menaiki kereta mewah yang dipandu oleh Azam.
Restoran Nelayan yang menyediakan masakan
kampung menjadi pilihan makan tengah hari Azam dan
Sherin. Selepas menikmati hidangan yang penuh
menyelerakan mereka rancak berbual-bual.
“Apa? Ayah kau suruh kahwin dengan pekerja
syarikat. Azam. Kau jangan nak bergurau!” Sherin berasa
sungguh terkejut apabila mendengar kata-kata yang keluar
daripada mulut Azam itu.
“Sungguh, Sherin! Aku tak bergurau. Tak tentu
arah aku dibuatnya. Dia paksa aku kahwin jugak. Apa yang
diputuskannya tak boleh dibantah langsung. Kalau hitam
hitamlah kalau putih putihlah.” Azam melepaskan sepenuh
masalah yang dihadapinya pada Sherin.
“Jadi kau setujulah nak kahwin dengan gadis
85
Teks Jalan Pulang.indd 85 05/05/2020 14:40:06
Azaika SR
pilihan ayah kau tu?” Sherin menyoal sambil melemparkan
pandangan yang penuh manja pada Azam.
“Mana boleh, Sherin. Takkanlah aku nak kahwin
dengan perempuan yang aku tak cintai. Lainlah kau. Wanita
yang aku cintai setulus hati. Tulah kau. Aku ajak kahwin ada
aje alasan. Tak bersedialah. Nanti dululah. Masa panjang
lagilah. Macam-macam. Kalau kita kahwin tak timbul
masalah ni,” rungut Azam pula.
“Apa yang kau merepek ni, Azam?” jawab Sherin.
“Merepek apa pulak. Kenyataan. Masalah ni semua
berpunca kerana kita tak berkahwin. Sedangkan kedua-dua
orang tua kita dah tahu kita ni dah suka sama suka sejak
menuntut di luar negeri lagi.” Azam nyata tidak senang
dengan jawapan yang diberikan oleh Sherin itu.
“Buat apa pening kepala kau fikirkan semua ni,
Azam. Sampai masa nanti kita kahwinlah.” Sherin cuba
memujuk Azam.
“Tapi soalnya bila?” tambah Azam lagi.
“Sabarlah. Kita akan kahwin jugak nanti.
Percayalah!” yakin Sherin dalam nada suara yang manja
sambil memegang tangan Azam yang duduk berhadapan
dengannya.
“Kau pandai berjanji. Tapi tak pernah tertunai.
Bosan aku tahu tak,” Azam mengeluh.
“Janganlah macam tu, Azam. Aku percaya. Kita
tetap akan kahwin. Ayah kau tetap akan pilih aku sebagai
menantu. Kau pujuklah ayah kau tu baik-baik. Dia pasti akan
menerima keputusan kau.” Dia tak putus-putus meyakinkan
Azam.
“Yalah …!” Azam akhirnya mengalah dengan
86
Teks Jalan Pulang.indd 86 05/05/2020 14:40:06
Jalan Pulang
pujukan kekasihnya itu.
“Macam tulah. Apa kata lepas ni kita pergi
shopping,” cadang Sherin sambil mengukir senyuman
apabila melihat wajah Azam kembali ceria.
“Aku ikut aje!” ucap Azam sambil pantas
mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan
cadangan Sherin itu.
“Jom kita pergi sekarang,” Sherin berkata.
Azam kemudiannya lalu memanggil pelayan untuk
mendapatkan bil bayaran makanan dan minuman yang
dipesan.
Pagi itu setibanya di pejabat Zarina setiausaha
syarikat memberitahu Azam ayahnya hendak berjumpa.
Tanpa berlengah lagi Azam menuju ke bilik ayahnya.
“Ada apa, ayah?” tanya Azam sebaik-baik sahaja
duduk di atas kerusi.
“Kau baca ni,” arah Johan sambil menghulurkan
suratkhabar kepada Azam.
“Apa? Anak seorang usahawan terkenal bergelar
Datuk ditangkap khalwat. Sherin!” Azam berasa sungguh
terperanjat apabila membaca berita panas yang tersiar dalam
suratkhabar hari ini.
Dia terus diam membisu. Baru dia mengerti kini.
Cintanya terhadap Sherin ibarat mencurah air di daun keladi
sahaja. Selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
Sherin hanya berpura-pura menyintai dirinya. Rasa kecewa
dan luka yang pedih seperti ditikam sembilu tajam pantas
menyelubungi perasaan. Namun begitu dia tetap bersyukur
kerana tidak menjadikan Sherin sebagai isteri.
Johan mengerti akan apa yang sedang bersarang di
87
Teks Jalan Pulang.indd 87 05/05/2020 14:40:06
Azaika SR
jiwa anaknya setelah membaca berita yang sungguh
menggemparkan itu.
“Azam …. Setiap yang Tuhan aturkan itu ada
hikmahnya. Sama seperti perkahwinan yang ayah aturkan
ini. Ayah pernah melihat Sherin keluar dengan ramai lelaki.
Demi tidak mahu melihat kau menderita sekiranya
berkahwin dengan dia maka ayah memilih Maimunah gadis
kampung sebagai isteri kau. Azam. Jangan terlalu
memandang pada kecantikan tetapi yang penting kesetiaan
dan kejujuran di hati dalam membina kebahagiaan hidup
bersama sebagai suami isteri,” nasihat Johan pada anaknya
dalam nada suara lembut dan panjang lebar.
Azam sebaliknya lalu menarik nafas yang panjang
dan memandang wajah ayahnya.
“Saya minta maaf, ayah. Barulah saya sedar kini
mengapa ayah memilih Maimunah sebagai isteri saya. Terima
kasih, ayah. Saya akan menerima Maimunah sebagai isteri
dengan rasa penuh cinta dan ikhlas,” kata Azam.
“Alhamdulillah,” Johan melafazkan rasa penuh
kesyukuran.
88
Teks Jalan Pulang.indd 88 05/05/2020 14:40:06
Jalan Pulang
10. HIDAYAT
ARI jendela kaca yang berpeluh
akibat kesejukan alat penghawa
Ddingin dia melontarkan
pandangan jauh ke arah bangunan-bangunan yang tinggi
mencakar langit. Bola mentari kian meninggi. Jalur-
jalur cahaya yang lurus jelas kelihatan menyinari seluruh
bandaraya.
Lamunannya yang jauh melayang itu terhenti
seketika apabila kedengaran daun pintu ditarik. Dia pantas
menoleh ke belakang. Zamri. Rakan kongsinya dalam
Syarikat Mawar Holdings Sdn. Bhd. Dia mengukir senyuman
lebar dan pantas melabuhkan punggung di atas kerusi.
Salim sebaliknya menarik nafas panjang dan
memalingkan muka kembali ke arah jendela kaca.
“Apa yang kau fikirkan tu, Lim? Projek ni
untungnya besar. Ingat. Bukan mudah kita nak dapat?” kata
Zamri.
Dia diam. Kedua-dua biji matanya seakan-akan
lekat memandang bangunan-bangunan tinggi yang
memenuhi seluruh ruang kota. Semenjak mimpi
bertemu dengan lelaki tua yang berjanggut, berserban dan
berjubah putih malam tadi dia benar-benar jadi tidak
89
Teks Jalan Pulang.indd 89 05/05/2020 14:40:06
Azaika SR
menentu dan takut.
“Ingat, nak. Tuhan menyeru umatnya agar mencari
rezeki dengan cara yang halal dan bukannya dengan cara
yang haram.” Kata-kata itu terngiang-ngiang segar di
telinganya. Masih jelas di ingatannya akan wajah lelaki tua
itu yang bersih dan bersinar-sinar seperti cahaya yang
menerangi seluruh alam. Siapakah lelaki ini? Mengapa dia
datang berjumpa dengan aku? Persoalan yang tak henti-henti
menendang benaknya sejak dia keluar dari rumah pagi tadi.
Kedengaran bunyi pintu diketuk. Salim memalingkan muka
ke arah pintu yang dicat dengan warna biru air laut itu.
“Masuk …!” ucapnya dalam nada suara yang
lembut. Wati muncul sambil membawa fail yang berwarna
hitam.
“Encik Zamri …,” tegurnya lembut sambil
mengukir senyuman kecil dan menundukkan kepala. Zamri
sebaliknya membalas dengan mengangguk diam. Salim lalu
beralih berdiri di sisi meja.
“Ini dia fail yang Encik Salim minta,” katanya
sambil perlahan-lahan meletakkan di atas meja.
“Baiklah. Terima kasih,” dia menjawab sambil
mengangguk-anggukkan kepala.
“Ada apalagi, Encik Salim?” tanya Wati yang sudah
tiga tahun menjadi Setiausaha Syarikat Mawar Holdings Sdn.
Bhd.
“Itu sahaja,” ujarnya pendek.
“Encik Zamri?” soal Wati pula sambil mengalihkan
pandangan pula ke arah Zamri yang duduk tegak di atas
kerusi.
“Kalau ada apa-apa nanti saya panggil.”
90
Teks Jalan Pulang.indd 90 05/05/2020 14:40:06
Jalan Pulang
“Baiklah, Encik Salim, Encik Zamri. Saya pergi
dulu.”
“Ok!” Salim mengangguk-anggukkan kepala.
Salim pantas duduk di atas kerusi dan memandang
tepat wajah rakan kongsinya itu.
“Macam mana?” Zamri mengangkat kepala.
“Entahlah, Ri …. Aku takut …,” rengusnya.
“Hei, kenapa dengan kau ni, hah? Dulu kau tak
macam ni. Kau jugak yang cakap. Dalam business apa pun
sanggup. Asalkan untung berlipat ganda. Come man. What’s
wrong with you?” Zamri pantas memotong sambil tertawa
kecil.
“Malam tadi aku bermimpi dengan seorang lelaki
tua. Dia kata selama ini kita menjalankan pekerjaan dengan
cara yang salah,” jelas Salim.
Zamri sebaliknya ketawa terbahak-bahak apabila
mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut rakan
kongsinya itu.
“Ri, aku serius. Bukan main-main. Apa yang dia
cakap tu betul.” Nada suara Salim tenggelam bersama deruan
alat penghawa dingin yang mengepung seluruh ruang bilik
yang dicat dengan warna merah jambu itu.
“Ok! Ok!” Zamri menjawab sebaik-baik sahaja
ketawanya reda.
“Kau percaya pada mimpi?” katanya lagi sambil
melemparkan pandangan yang dalam ke arah Salim.
“Entahlah. Kau pulak macam mana?”
“Kalau aku senang aje, Lim. Mimpi adalah mainan
tidur. Tulah kau. Suka sangat fikir yang bukan-bukan. Hah,
tengok. Apa dah jadi? Sudah lupakan perkara tu. Projek tu
91
Teks Jalan Pulang.indd 91 05/05/2020 14:40:06
Azaika SR
lebih penting daripada orang tua tu,” ujar Zamri pula dengan
panjang lebar.
Salim sebaliknya memilih untuk berdiam diri. Dia
membetulkan duduk dan menengadah ke siling. Wajah orang
tua itu masih lagi jelas bermain di ruang matanya walaupun
bertemu di alam mimpi. Zamri tidak berkelip-kelip
memandang gelagat rakan kongsinya yang tiba-tiba berubah
itu.
“Lim. Aku rasa fikiran kau terganggu kerana
memikirkan persaingan untuk mendapatkan projek tu. Tapi
aku yakin. Syarikat kita pasti berjaya. Pegawai yang
meluluskan projek tu dah berjanji akan beri kita dengan
syarat wang sogokan yang lumayan,” yakin Zamri.
“Itu cara yang salah, Ri. Rasuah adalah perbuatan
yang keji dan salah di sisi undang-undang!” Salim
membantah sekeras-kerasnya.
“Sejak bila pulak kau benci rasuah ni.
Selama ni kau jugak yang memberi wang sogokan mendapat
tender. Aku pelik betul dengan kau ni. Macam ni ajelah, Lim.
Aku tak nak bertekak dengan kau. Silap-silap aku boleh putus
rakan kongsi. Aku harap kau jangan ubah pendirian. Walau
apa cara sekalipun projek tu mesti berada dalam genggaman
kita. Ok!” Zamri sebaliknya membalas dan bingkas bangun.
Dia terus melayan fikirannya. Malam itu dia bermimpi
bertemu lagi dengan lelaki tua itu.
“Hidup anak dipenuhi dengan kemewahan. Tapi
sayang. Segala kemewahan yang anak kecapi ini adalah hasil
yang kotor dan menjijikkan.”
“Siapakah, Tuan …. Yang sebenar ni …? Di
manakah saya sekarang …. Kenapa tempat ni gelap …?
Macam dalam gua …,” katanya dengan penuh gementar
92
Teks Jalan Pulang.indd 92 05/05/2020 14:40:06
Jalan Pulang
bersama dengan nafas yang tercungap-cungap dan badan
berpeluh-peluh.
“Anak dah jauh terpesong. Anak mesti diselamatkan
sebelum terlambat,” jawab orang itu dengan wajah yang
bersinar-sinar seperti cahaya.
“Apa maksud Tuan, ni? Saya benar-benar tak faham
…!” Salim sebaliknya menggeleng-gelengkan kepala.
“Semua orang kenal anak. Seorang ahli perniagaan
yang berjaya. Malangnya menzalimi diri sendiri,” tegas orang
tua itu pula.
“Apa? Saya zalim pada diri sendiri. Tolonglah, tuan.
Janganlah kusutkan fikiran saya ni. Masuk ni dah dua kali
saya bertemu dengan tuan. Siapa sebenarnya tuan ni?” Dia
memohon penjelasan daripada orang tua itu.
“Itu tak perlu, nak. Syukurlah. Anak berada di
dalam gua ini kerana diberi hidayat,” orang tua itu membalas
sambil memegang bahu Salim.
“Hidayat ….?” Salim berasa amat pelik apabila
mendengar perkataan itu.
“Anak tahu apa maknanya hidayat?” tanya orang
tua itu lagi. Dia sebaliknya diam. Mulutnya seolah-olah
terkunci rapat. Seperti ada kuasa yang menghalangnya
daripada bercakap.
“Tak apalah, nak. Saya faham. Perkataan hidayat tak
pernah anak dengar. Anak sebenarnya telah mendapat
petunjuk daripada Tuhan,” jelas orang tua itu. Salim lalu
menunduk kepala. Tuhan. Baru dia sedar kini akan
kesilapannya. Dia kemudiannya perlahan-lahan mengangkat
kepala kembali dan memandang muka orang tua itu.
“Sudahlah, nak. Tinggalkanlah segala kemungkaran
93
Teks Jalan Pulang.indd 93 05/05/2020 14:40:07
Azaika SR
dan ikutlah jalan kebaikan seperti yang telah diperintahkan
oleh Tuhan. Ingat, nak. Pintu taubat masih lagi terbuka dan
masih lagi belum terlambat. Mari, nak. Saya hantarkan
balik.” Salim lantas tersedar daripada mimpi.
Pagi itu diceritakannya pada Zamri tentang mimpi
yang dialaminya malam tadi. Zamri sebaliknya lantas ketawa
terbahak-bahak.
“Ini adalah kenyataan, Ri. Apa orang tua tu cakap
memang betul. Kita selama ni memang jauh terpesong,” kata
Salim.
“Lim …! Lim …!” Zamri menjawab sambil tertawa
kecil dan menggeleng-gelengkan kepala.
“Aku dah ambil keputusan muktamad, Ri. Kita
mesti bersaing dengan cara yang sihat untuk mendapatkan
projek tu. Dan bukannya dengan cara yang salah. Aku tak
akan memberi wang suapan pada pegawai yang menjaga
projek tu!” tegas Salim pada rakan kongsinya.
“Hebat betul pengaruh orang tua tu. Padahal kau
bermimpi aje.” Wajah Zamri pantas berubah apabila
mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Salim itu.
“Rasuah adalah perbuatan yang tidak bermoral.
Boleh merosakkan imej dan nama baik negara. Kita mesti
tentang habis-habisan. Sebelum menjadi parah!” Dia terus
mempertahankan pendiriannya.
“Sejak bila pulak kau pandai bercakap tentang
moral ni, hah? Ingat, Lim. Perniagaan kita ni maju pun
bukanlah dengan moral yang baik. Kau jugak yang cakap
tanpa wang suapan projek tak akan dapat. Apa kau dah lupa?”
Zamri mengingatkan dia semula.
“Itu dulu, Ri. Tapi mulai hari ini aku berjanji.
Mencari keuntungan perniagaan dengan cara yang halal,” dia
94
Teks Jalan Pulang.indd 94 05/05/2020 14:40:07
Jalan Pulang
membalas sambil memandang tepat wajah Zamri.
“Hah! Sudah! Sekarang baru kau nak bercakap
tentang halal. Selama ni hasil kemewahan yang kau beri pada
anak dan isteri kau. Beli kereta mewah dan rumah banglo
yang eksklusif dengan cara apa?” Zamri terus mencabar
rakan kongsinya itu. Menyirap darah Salim apabila
mendengarnya. Namun dia tetap bersabar. Zamri melihat jam
di tangannya dan bingkas bangun.
“Sudahlah, Lim. Aku tak ada masa nak melayan
perkara yang mengarut ni. Aku ada temu janji dengan
pelanggan. Besok pastikan duit tu dah siap. Aku dah call
pegawai yang jaga projek tu. Kita akan berjumpa di tempat
yang rahsia,” katanya. Salim sebaliknya tidak menjawab. Dia
memerhatikan sahaja Zamri mengatur langkah ke arah
pintu.
Petang itu dia pulang awal ke rumah. Sejak dari
pagi tadi jiwanya benar-benar tidak berasa tenteram apabila
berada di pejabat. Gelisah. Wajah orang tua yang datang
dalam mimpinya terbayang-bayang segar di ruang mata.
“Awal abang balik hari ni?” tegur isterinya pula. Tak
lama kemudian pembantu rumahnya muncul sambil
membawa dulang yang berisi minuman. Dia kemudiannya
perlahan-lahan meletakkannya di atas meja dan pantas
berlalu pergi dari situ.
“Macam mana dengan projek tu, bang?” soal
isterinya lagi. Dia diam. Air teh yang masih lagi panas itu lalu
dihirupnya perlahan-lahan.
“Kalau ada rezeki dapatlah ….” Dia mengeluarkan
nada suara yang perlahan sambil meletakkan semula cawan
ke bawah.
“Saya yakin. Abang mesti dapat. Bertambah
95
Teks Jalan Pulang.indd 95 05/05/2020 14:40:07
Azaika SR
senanglah hidup kita ya, bang!” sokong isterinya pula.
“Sudah! Tak usah difikirkan sangat projek tu. Anak-
anak kita mana?”
“Semua ada di rumah, bang. Kenapa?”
“Eloklah tu. Suruh dia orang siap. Hah, termasuk
awak jugak!”
“Abang ada tempah special dinner ke malam ni?”
ucap isterinya sambil mengukir wajah gembira.
“Tak ada special dinner. Kita pergi ke masjid malam
ni. Dah lama tak sembahyang jemaah. Tunggu apalagi. Cepat
beritahu anak-anak kita. Tepat pukul 7.00 malam kita pergi.”
Dia memberikan arahan pada isterinya.
Malam itu dia mengalami mimpi yang sungguh
dahsyat. Dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa atas
dakwaan memberi rasuah. Tapi orang tua itu telah
membebaskannya dengan ikat jamin.
“Terima kasih, tuan. Kerana membebaskan saya,”
ujarnya.
“Anak tak perlu berterima kasih pada saya.
Bersyukurlah pada Tuhan. Telah membukakan pintu hidayat
pada anak,” kata orang tua itu dan terus menghilang. Dia lalu
tersedar daripada mimpi dan beristighfar. Dia kemudiannya
lalu membulatkan tekad untuk melaporkan kepada pihak
berkuasa tentang kegiatan rasuah yang berlaku di antara
rakan kongsinya dengan pegawai projek itu.
96
Teks Jalan Pulang.indd 96 05/05/2020 14:40:07
BIODATA
Azaika SR atau Asrul Effendi bin Kamaruzzaman
dilahirkan pada 6 Disember 1970 di Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Merupakan anak kepada penyair tersohor
Allahyarham Dharmawijaya atau Kamaruzzaman bin Abdul
Kadir. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan ST.
Paul, Seremban (1977-1982) dan Sekolah Menengah ST.
Paul, Seremban (1983-1987). Kemudian meneruskan
pelajaran di Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Seri
Ampangan, Seremban (1988-1989).
Memperolehi Ijazah Bahasa Melayu dan Linguistik
daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006. Mula
menceburi bidang penulisan cerpen, sajak dan esei sejak
berusia 16 tahun lagi. Telah menghasilkan banyak puisi dan
cerpen sepanjang bergiat aktif dalam bidang penulisan dan
kebanyakannya telah disiarkan dalam akhbar, majalah
tempatan, NS Daily dan Saudari.Com. Antara puisi-puisi yang
Teks Jalan Pulang.indd 97 05/05/2020 14:40:07
pernah disiarkan ialah Sekuntum Mawar Merah, Gadisku dan
Kekasih (Bacaria), Kuhimpunkan Janji Mewangi dan Bila
Tiba Detik Itu (Majalah URTV), Bila Kasih Menyepi dan Sayap
Cinta Luka (Majalah Remaja), Si Pengukir Bahasa (Berita
Harian), Batu-batu Kecil dan Pasir (Buletin Jabatan Muzium
dan Antikuiti), Memori Yang Tak Pernah Padam (Tunas
Cipta), Puisi Buat Beburung Senja (Majalah Wanita), Di
Muara Kehidupan (Dewan Sastera), Perjalanan Ini (Dewan
Budaya), Kau Adalah Pelita Bangsa (Mingguan Malaysia),
Tanah Ini Bernama Merdeka (Sinar Harian), Tentang Masa
dan Ketahuilah Bahawa Kita Kini Diuji (NS Daily) dan lain-
lain lagi.
Manakala cerpen-cerpen pula ialah Terhalang, Aku
Bukan Milikmu dan Kisah Seorang Isteri (Bacaria), Suratan
Takdir dan Sepucuk Warkah Biru (Majalah Pesta), Catatan
Buat ‘S’ dan Jodoh (Media Hiburan), Gerila Hijau (Watan),
Nabilah (Tempo), Tumbangnya Sang Ditaktor, Sembang
Petang dan Cermin (Mingguan Malaysia), Sang Duyung dan
Karang, Seorang Tua Di Tepi Pantai dan Adat Berkampung
(Utusan Malaysia), Sidang Pak Pandir, Pak Kaduk dan Si
Luncai dan Adat (Dewan Budaya), Banjir (Tunas Cipta),
Keringat dan Darah Yang Mengalir (Wanita), Rindu Ayah
Rindu Anak (Majalah Sinar Rohani), Balasan (Mingguan
Wanita), Anugerah Aidilfitri dan Cahaya Keinsafan (Sinar
Harian), Dunia Sebagai Seorang Lelaki (Antologi Cerpen
Santau Siber), Indahnya Hidup Bermuafakat (NS Daily),
Kisah Sebidang Tanah, Akhirnya Bertaut Kembali, Seorang
Kawan Sejati (Saudari.Com) dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu juga telah menghasilkan novel
dan antologi cerpen. Antara novel yang telah dihasilkan ialah
Meniti Ke Puncak terbitan Makruf Publisher & Distributor,
Teks Jalan Pulang.indd 98 05/05/2020 14:40:07
Kajang, Selangor (1996), Surat Cinta terbitan Puncak
Kreatif, Kuala Lumpur (1998), Hero Kampung Talang
terbitan JS Adiwarna, Bandar Baru Bangi, Selangor (2011),
Aku Budak Kampung terbitan SR Publication, Rawang,
Selangor (2015) dan Rumah Banglo Lama Di Atas Bukit
terbitan SR Publication, Rawang, Selangor (2015). Manakala
antologi cerpen pula adalah Sang Ombak dan Laut cetakan
Senang Terbit, Kuala Lumpur (2018) Bunga-bunga Kasih
terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
(2019) dan Aku Menulis Bukan Kerana Nama terbitan online
https://online.anyflip.com/tosvq/itpl/mobile/index.html.
Antara anugerah yang pernah dimenangi adalah
Anugerah Sastera Negeri Sembilan Darul Khusus 2005
anjuran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan
kerjasama Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan
Darul Khusus bagi genre karya remaja bertajuk Batu-batu
Kecil dan Pasir, Hadiah Saguhati Pertandingan Mencipta
Puisi Hari Q 2000 anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti,
Hadiah Saguhati Pertandingan Mencipta Visi & Misi Hari Q
2000 anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti, Hadiah
Saguhati Sayembara Penulisan Cerpen dan Sajak PEN 2003
cerpen bertajuk Pahlawan Seri Menanti, Hadiah Tempat Ke-3
puisi bertajuk Catatan Buat Perwira Bukit Putus Sayembara
Penulisan Cerpen dan Sajak PEN 2003 dan Hadiah Saguhati
puisi bertajuk Puisi Buat Kota Lukut Sayembara Penulisan
Cerpen dan Sajak PEN 2003 dan Hadiah Saguhati Peraduan
Mengarang Esei Sektor Badan Berkanun 2002 dan Tempat
Pertama Anugerah Cerpen Alam Siber E-Sastera Malaysia
2016.
Pengalaman bekerja adalah pernah bertugas
sebagai Pembantu Editor di Masa Enterprise, Kajang (1992
Teks Jalan Pulang.indd 99 05/05/2020 14:40:07