LHE3116 TEORI PEMBELAJARAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DR. MARZNI MOHAMED MOKHTAR JABATAN PENDIDIKAN BAHASA DAN KEMANUSIAAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
AGENDA PERBINCANGAN: 01 Konsep Teori Pembelajaran Komputer 02 03 Teori Konstruktivisme dan Teori Connectivism Model ADDIE 04 Model TAM
AGENDA PERBINCANGAN: 08 07 Model Analisis Keperluan Brindley 05 06 Kerangka TPACK Model ASSURE Model UTAUT
Konsep Pembelajaran Komputer LHE 3116
PENGENALAN Pengaplikasian sesebuah teori, strategi dan pendekatan pembelajaran dalam sesuatu perisian adalah penting. Ini kerana dalam menghasilkan sebuah perisian yang berkualiti tinggi, ianya tidak hanya perlu kelihatan menarik tetapi mempunyai strategi pembelajaran agar pengguna dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Penghasilan perisian adalah tidak lengkap tanpa adanya teori pengajaran yang sesuai untuk diterapkan.
PENGENALAN Ini kerana, pendekatan teori dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan utama dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Kenyataan ini disokong oleh Gagne (1985) yang menyatakan bahawa tujuan teori dalam pembinaan sesebuah perisian adalah bagi menghasilkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan terhadap proses pembelajaran serta jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan menerusi proses tersebut. Terdapat pelbagai teori pembelajaran seperti behaviourisme, kognitif, konstruktivisme, neorosains dan sebagainya.
Teori Konstruktivisme TMK
Teori Konstruktivisme (Kamarudin Husin, 2010) ❖ Teori Konstruktivisme memberikan fokus kepada pelajar untuk membina sendiri fahaman mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dapat melibatkan pelajar secara aktif. ❖ Menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), Teori Konstruktivisme menyediakan panduan dan juga prinsip yang perlu diberi perhatian semasa membangunkan persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi. ❖ Kenyataan ini disokong oleh Brown et al., (1989) dan Cognition and Technology Group di Venderbilt (1992) yang menyatakan salah satu panduan utama yang ditetapkan ialah menyediakan persekitaran pembelajaran yang bersifat autentik serta disampaikan dalam konteks yang bermakna.
TEORI KONSTRUKTIVISME KONSEP Pembelajaran berlaku secara tidak formal proses di mana pengalaman yang dilaluinya dan bersangkutan dengan pengetahuan. Pembinaan pengetahuan oleh murid. Murid dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka Murid dapat mengaitkan pembelajaran lama yang sedia ada dengan pengetahuan baharu.
TEORI KONSTRUKTIVISME PRINSIP Murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Fokus utama teori ini adalah kepada aktiviti mental para pelajar, bukan kepada tingkah laku Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain untuk membantu dan menyokong pembelajaran Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
TUJUAN PENGAPLIKASIAN 01 02 03 04 Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka terhadap sesuatu perkara atau idea. Apabila mereka berhadapan dengan idea, perkara atau pengalaman yang tidak mempunyai perkaitan yang bermakna kepada mereka, interpretasi terhadap maklumat baharu akan dilakukan bagi disesuaikan dengan peraturan atau norma kehidupan yang sedia ada. Membantu murid untuk mengembangkan kemampuan berfikir dan memahami konsep secara lengkap Sebagai motivasi untuk murid memperoleh kejayaan. Murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baharu kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini (Brooks & Brooks, 1993).
Teori Konstruktivisme Psikologi/ Individu/ Kognitif Pelopor Teori Konstruktivisme Sosial Pembelajaran sebagai suatu proses pemikiran iaitu proses dalaman yang berlaku dalam otak manusia. Jean Piaget Lev Seminovich Vygotsky Menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas pembelajaran individu Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa berada dalam keadaan sedar Dalam konteks sosial inilah individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. Kanak-kanak mempunyai alat dalam otak yang dapat memahami bahasa yang didengarnya dengan mudah iaitu alat pemerolehan bahasa LAD / Language Acquisition Device) Pembabitan orang lain memberi peluang kepada pelajar dalam pembelajaran Pembelajaran terhasil menerusi pemerhatian dan peniruan Melibatkan tiga elemen asas iaitu proses individual (motivasi dalaman), persekitaran (ransangan luaran) dan tingkah laku (aksi individu)
Teori Connectivisme LHE 3116
Teori Connectivisme Interaksi pelajar, guru dan bahan dalam persekitaran connectivisme Yusup Hashim (2012)
Teori Connectivisme Downes (2007) memperkenalkan teori connectionism manakala Siemens (2005) memperkenalkan teori connectivism. Connectionisme menjelaskan tentang pembelajaran yang berkonsepkan agihan pengetahuan yang disebarkan (distributed knowledge), pengetahuan yang muncul (emergent), berangkai (connected) dan bersesuaian (adaptive)(Downs, 2006).
Teori Connectivisme Keupayaan untuk membentuk hubungan antara manusia dan sumber maklumat boleh mewujudkan rangkaian yang berguna yang diperlukan untuk belajar dalam sektor ekonomi Connectivism pula menekankan pembelajaran yang berkonsepkan hubungan dan interaksi pengguna dalam talian rangkaian sosial menggunakan teknologi web 2.0 seperti blog dan wiki berdasarkan kepada teori hur hara dan rangkaian (Siemens, 2005).
MODEL ADDIE LHE 3116
MODEL ADDIE
MODEL ADDIE 5 ELEMEN MODEL ADDIE Evaluation (penilaian) Analysis (analisis) Design (reka bentuk) Development (perkembangan) Implementation (pelaksanaan) Model ADDIE adalah berlandaskan behaviorisme, cetusan idea yang dikembangkan oleh Dick dan Carry (1996) untuk merancang sistem pembelajaran.
ANALISIS KEPERLUAN Proses pertama yang perlu dijalankan dalam mereka bentuk modul pengajaran mengikut fasa ADDIE adalah analisis. Fasa Analisis merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam reka bentuk sesuatu pengajaran.
ANALISIS KEPERLUAN Pada peringkat ini, beberapa analisis dijalankan dan antara yang terpenting adalah permasalahan yang berkaitan dengan mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya. Tujuan proses ini adalah untuk memastikan reka bentuk pengajaran yang akan dihasilkan menepati dan memenuhi keperluan pelajar yang sebenar.
ANALISIS KEPERLUAN Masalah yang berkaitan boleh dikenal pasti melalui pelbagai kaedah atau teknik misalnya temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal selidik dan sebagainya (Baharuddin et al, 2001).
ANALISIS KEPERLUAN Untuk mengenal pasti masalahmasalah yang berkaitan, beberapa analisis dilakukan terhadap beberapa aspek, antaranya analisis persekitaran pembelajaran, analisis terhadap ciri-ciri pelajar, tahap pendidikan atau pengetahuan sedia ada, masalah dalam pembelajaran dan mengenal pasti matlamat pengajaran dan sebagainya
ANALISIS KEPERLUAN Analisis ke atas pelajar membantu dalam menentukan kemahiran atau pengetahuan yang harus dipelajari disamping mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran dan sikap yang sedia ada pada pelajar atau matlamat pengajaran (Dick dan Reiser, 1989).
REKA BENTUK Fasa kedua bagi model ini yang bertujuan menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Pada peringkat ini, terdapat beberapa langkah kerja yang perlu diambil kira iaitu penentuan media utama penyampaian, menentukan spesifikasi perisian, menghasilkan carta alir dan papan cerita.
BINA BAHAN Setelah mengenal pasti latar belakang pengajaran dan pembelajaran, fasa ini akan memberi perincian tentang pembangunan modul. Kemahiran berbahasa Melayu terdiri daripada empat kemahiran iaitu bertutur, mendengar, membaca dan menulis. utama. Setiap kemahiran akan disediakan teks yang berkaitan dengan tema kemahiran tersebut.
BINA BAHAN memberi pendedahan terhadap topik yang berkaitan tema, rangkaan modul kursus ini akan tertumpu kepada teori- teori atau teknik- teknik pembentangan ataupun kemahiran berkomunikasi di samping mengambil kira kemahiran berbahasa yang diberikan perhatian.
PENGGUNAAN / PENGAPLIKASIAN BAHANTahap pelaksanaan pula membabitkan penyampaian atau pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada pengajaran itu berasaskan bilik darjah, atau penggunaan teknologi terkini.
PENGGUNAAN / PENGAPLIKASIAN BAHANDengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses menjalankan program atau modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau melaksanakan pengajaran dengan efisyen dan berkesan.
PENGGUNAAN / PENGAPLIKASIAN BAHANPelaksanaan dalam model ini bertujuan untuk penambahbaikan bahan-bahan modul yang disediakan setelah diukur, diuji dan dilaksanakan.
4 ELEMEN PELAKSANAAN BAHAN 1 2 3 4 PERSEDIAAN MENGAJAR PERSEDIAAN LATAR BELAKANG PERSEDIAAN KELAS BILA PROSES AKAN DILAKUKAN Persediaan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Iaitu objektif, hasil pembelajaran, kaedah penyampaian, aktiviti dan tugasan. Proses ini akan dilaksanakan pada semester 4 tahun dua pengajian yang terdiri daripada pelajar BPBM, Fakulti Pengajian Pendidikan. Keadaan persekitaran kelas yang merangkumi bilangan pelajar, tahun pembelajaran, alat bantu mengajar, kelengkapan perkakasan untuk aktiviti dan tugasan. Persediaan dan latar belakang pelajar dengan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dalam model ini yang merangkumi empat kemahiran iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Ia juga merangkumi pengetahuan pelajar dalam menggunakan teknologi.
PENILAIAN BAHAN untuk mengukur dan mendapatkan maklum balas pengguna modul terhadap keseluruhan rangka kursus. Ia meliputi keempat-empat tahap dalam model ADDIE iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan.
PENILAIAN BAHAN Di dalam model ADDIE, keempatempat tahap ini telah meliputi tahap penilaian, di mana setiap tajuk modul yang dibangunkan akan dibuat penilaian formatif bagi mendapatkan keberkesanan reka bentuk dan pembangunan modul tersebut.
PENILAIAN BAHAN Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan. Maklum balas yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik perancangan pengajaran untuk topik yang sama atau berlainan atau untuk pengajaran mata pelajaran lain yang sepadan.
4 AKTIVITI PENILAIAN BAHAN 1 2 3 4 PENILAIAN SUMATIF PENILAIAN FORMATIF REFLEKSI KENDIRI MAKLUM BALAS PELAJAR Penilaian Formatif – ia dijalankan secara berterusan sepanjang semester untuk setiap tajuk yang disediakan, bagi menilai keberkesanan setiap tajuk dalam modul. Maklum balas pelajar – melalui soal selidik, soal jawab secara langsung atau tidak langsung yang disediakan semasa reka bentuk dan pembangunan modul dilakukan. Penilaian Sumatif - ia dijalankan pada hujung semester yang merangkumi keseluruhan tajuk bagi memastikan modul tersebut efisyen dan berkesan, juga pelajar dapat menguasai modul yang dibina dan modul tersebut. Refleksi Kendiri – Kebolehan pelajar dalam menjawab dan membuat latihan-latihan yang disediakan dalam proses reka bentuk modul.
MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM) LHE 3116
MODEL TAM 01 02 Technology Acceptance Model (TAM) merupakan salah satu model yang dibina oleh Fred Davis pada tahun 1986 bagi menganalisis dan memahami faktor‐faktor yang mempengaruhi penerimaan sistem informasi. TAM merupakan hasil pengembangan dari Theory of Reasoned Action (TRA), yang dahulunya digagaskan oleh Fishbein dan Ajzen pada 1980.
MODEL TAM 03 04 Teori ini memberikan penekanan pada premis bahawa reaksi dan persepsi seseorang terhadap sesuatu hal, akan menentukan sikap dan perilaku individu tersebut. Penerapan teknologi baru dalam organisasi akan mempengaruhi keseluruhan organisasi, terutama pada sumber daya manusianya yang menjadi faktor pengendali organisasi. Model TAM yang dikembangkan dari teori psikologi, menjelaskan perilaku pengguna komputer iaitu berlandaskan kepada kepercayaan (belief), sikap (attitude), keinginan (intention), dan hubungan perilaku pengguna (user behaviour relationship).
MODEL TAM 05 06 Tujuan model ini untuk menjelaskan faktor-faktor utama dari perilaku pengguna terhadap penerimaan pengguna teknologi. Model ini menempatkan faktor sikap dari tiap-tiap perilaku pengguna dengan dua variabel iaitu: kemudahan penggunaan (ease of use) kemanfaatan (usefulness Davis menyebutkan bahawa tahap penerimaan pengguna teknologi informasi ditentukan oleh enam komponen, iaitu: variabel dari luar (external variable), persepsi pengguna terhadap kemudahan (perceived ease of use), persepsi pengguna terhadap manfaat (perceived usefulness), sikap dalam menggunakan (attitude toward using), perilaku untuk menggunakan (behavioral intention to use), pemakaian nyata (actual system usage). 07
6 KOMPONEN MODEL TAM Variabel Luar (External Variable) Persepsi Pengguna terhadap Kemudahan (Perceived Ease of Use) Persepsi tentang kemudahan penggunaan sebuah teknologi didefinisikan sebagai suatu ukuran di mana seseorang percaya bahawa komputer mudah difahami dan digunakan. Persepsi terhadap kemanfaatan didefinisikan sebagai suatu ukuran di mana penggunaan suatu teknologi dipercayai akan mendatangkan manfaat bagi orang yang menggunakannya. . Pengguna terhadap Manfaat (Perceived Usefulness)
6 KOMPONEN MODEL TAM Sikap dalam Menggunakan (Attitude Toward Using) Pemakaian Nyata (Actual System Usage) Dikonsepkan dalam bentuk pengukuran terhadap frekuensi dan jangka waktu penggunaan teknologi. Kecenderungan perilaku untuk tetap menggunakan sesuatu teknologi. Perilaku untuk Menggunakan (Behavioral Intention To Use) Sikap terhadap penggunaan sistem yang berbentuk penerimaan atau penolakan sewaktu menggunakan suatu teknologi.
MODEL UTAUT (Unified Theory of Acceptance) LHE 3116
i. Theory of Reason Action (TRA) ii. Technology Acceptance Model (TAM) iii. Theory of Planned Behaviour (TPB) iv. Combined TAM v. TPB (C-TAM-TPB) vi. Innovation Diffusion Theory (IDT) vii. Social Cognitive Theory (SCT), viii. Motivational Model (MM) ix. Model of PC Utilization (MPCU) Unified Theory of Acceptance and Utilization of Technology (UTAUT) merupakan rentetan daripada pengaplikasian Model TAM. UTAUT dibangun oleh Venkatesh, dkk (2003) Terdapat 9 model penerimaan yang juga menjadi sandaran kepada teori ini iaitu:
i. Theory of Reason Action (TRA) ii. Technology Acceptance Model (TAM) iii. Theory of Planned Behaviour (TPB) iv. Combined TAM v. TPB (C-TAM-TPB) vi. Innovation Diffusion Theory (IDT) vii. Social Cognitive Theory (SCT), viii. Motivational Model (MM) ix. Model of PC Utilization (MPCU) Unified Theory of Acceptance and Utilization of Technology (UTAUT) merupakan rentetan daripada pengaplikasian Model TAM. UTAUT dibangun oleh Venkatesh, dkk (2003) Terdapat 9 model penerimaan yang juga menjadi sandaran kepada teori ini iaitu:
UTAUT merupakan sebuah model untuk menjelaskan perilaku pengguna terhadap teknologi informasi (Venkatesh, dkk, 2003). Model UTAUT menunjukan bahawa niat untuk berperilaku (behavioral intention) dan perilaku untuk menggunakan suatu teknologi (use behavior) dipengaruhi oleh ekspektasi persembahan (performance expectancy), ekspektasi cuaca (effort expectancy), pengaruh sosial (social influence), dan kondisi pendukung (facilitating conditions). Keempat faktor ini dimoderasi oleh faktor jenis kelamin (gender), usia (age), pengalaman (experience) dan kesukarelaan menggunakan (voluntariness of use).
7 konstruk yang menjadi pertimbangan dalam model ini ialah: performance expectancy, effort expectancy, social influence, facilitating conditions, attitude toward using technology, dan selfefficacy.
KERANGKA TPACK LHE 3116
KERANGKA TPACK Kerangka ini adalah lanjutan daripada teori PCK Schulman (1987,1986) yang menekan kepada dua elemen iaitu pengetahuan pedagogi dan kandungan atau PCK. TPACK adalah singkatan bagi Technological Pedagogical and Content Knowledge) yang mempunyai tiga elemen penting iaitu Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan. Ketiga-tiga elemen ini apabila dicantumkan akan menghasilkan pengajaran yang berkesan di mana teknologi memainkan peranan utama dalam percaturan atau interplay.
KERANGKA TPACK Falsafah konstruktivisme yang memberi tumpuan kepada pelajar dapat membantu teknologi untuk menyampai dan membina pengetahuan baru. TPACK adalah asas pengajaran yang berkesan dengan teknologi, memerlukan pemahaman mendalam konsep menggunakan teknologi; teknik pedagogi yang menggunakan teknologi dengan cara yang konstruktif untuk mengajar kandungan; apakah pengetahuan yang membuatkan konsep sukar atau mudah untuk belajar dan bagaimana teknologi boleh membantu menyelesaikan masalah PdPc dan membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan sedia ada.
KERANGKA TPACK Kemudian kerangka ini telah diperkembangkan oleh Mishra, & Koehler (2006) dengan memasukkan pengetahuan teknologi untuk mengkaji peranan dan hubungan antara tiga elemen penting iaitu: I) Pengetahuan teknologi, II) Pengetahuan pedagogi II) Pengetahuan kandungan sejauh mana hubungan dan percaturan setiap elemen atau bidang pengetahuan ini mempengaruhi profesionalisme guru (Mishra, & Koehler, 2006) untuk melahirkan guru yang berkesan menggunakan teknologi Guru boleh menggunakan TPACK setiap kali mengajar dengan membuat percaturan yang bijak untuk mengintegrasikan tiga komponen ini. Kemunculan teknologi baru memerlukan guru menentukan keseimbangan antara tiga komponen ini.