The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEORI E PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhaizaramli2002, 2024-04-01 03:31:41

TEORI E PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

TEORI E PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Keywords: TEORI PEMBELAJARAN KOMPUTER

KERANGKA TPACK TIGA KOMPONEN UTAMA TPACK: 1. Pengetahuan Kandungan 2. Pengetahuan Pedagogi 3. Pengetahuan Teknologi


MODEL ASSURE LHE 3116


MODEL ASSURE


ANALISIS CIRI PELAJAR Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namun, untuk mengenal pasti keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru, garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: - Ciri-ciri umum pelajar - Pengetahuan/pengalaman sedia ada - Gaya belajar


PERNYATAAN OBJEKTIF Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif juga penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran. Gagne (1985) bersetuju bahawa objektif perlu menerangkan bukan sahaja pretasi yang sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang dicadangkan. Objektif mesti spesifik. Contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan.”


PERNYATAAN OBJEKTIF Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi, seseorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajarpelajar apabila tamat sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Objektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991).


PERNYATAAN OBJEKTIF Gagne, Briggs & Wager (1992) menglasifikasikan objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap), objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran nanti. Penentuan objektif juga akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan. Pernyataan objektif yang eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa pernyataan objektif yang jelas.


4 ASPEK PEMBINAAN OBJEKTIF 1 2 3 4 KUMPULAN SASARAN KELAKUAN SYARAT TAHAP PENCAPAIAN Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)? Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)? Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)? Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?


PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut: -Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners) -Bentuk objektif (the nature of the objectives) -Pendekatan pengajaran (the instructional approach) -Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)


PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini bukan bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh diubahsuai atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek perkakasan dan perisiannya. Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.


PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN Persoalan: Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar? Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar? Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar? Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki ciri-ciri kemahiran tertentu? Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentalitI pelajar? Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?


PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi tiga langkah berikut: 1. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. 2. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. 3. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.


PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pembelajaran dan pemudahcaraan dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.


PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN 1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitif berada dalam keadaan baik dan sebagainya. Dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).


PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN 2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru juga hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia dengan bahan tambahan atau pelan alternatif penggunaannya.


PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN 3. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan. Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan dan media dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga hendaklah dipastikan. Contohnya, kotak VR disediakan bagi melakukan demonstrasi.


PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN 4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.


PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN Seterusnya, wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.


PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN 5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan slaid, projector overhead, gambar foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaiannya.


PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi, lakonan, perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.


PENGLIBATAN PELAJAR Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian: Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan? Apakah bentuk maklum balas yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan sebagainya? Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi komputer atau memberikan maklum balas? Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk memberikan maklum balas? Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila menjawab soalan/ pandangan dan apakah cara mengatasinya? Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat oleh pelajar? Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?


PENILAIAN Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaranpembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternatif lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran.


MODEL ANALISIS KEPERLUAN BRINDLEY LHE 3116


MODEL ANALISIS KEPERLUAN BRINDLEY DUA HALA TUJU


HALA TUJU 1 HALA TUJU 2 MODEL ANALISIS KEPERLUAN BRINDLEY DUA HALA TUJU Tujuan analisis keperluan adalah untuk memastikan keperluan-keperluan asas bahasa yang penting sebagai matlamat utama pembelajaran sesuatu bahasa. Selain ianya juga boleh ditentukan oleh pakar bidang bahasa tersebut. Analisis keperluan juga penting untuk menentukan keperluan pelajar dari segi teknik dan gaya pembelajaran mereka dan dapat memastikan sikap mereka terhadap pembelajaran bahasa.


HALA TUJU 1 HALA TUJU 2 MODEL ANALISIS KEPERLUAN BRINDLEY DUA HALA TUJU i. a narrow, product-oriented view of needs which focuses on the language necessary for particular future purposes and is carried out by the ‘expert’ . ii. a broad, process-oriented view of needs which takes into account factors such as learner motivation and learning styles as well as learner-defined target language behavior.


TERIMA KASIH BERILMU BERBAKTI


Click to View FlipBook Version