The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zul09-448, 2021-09-21 12:06:32

F13 Amirul Aiman Buku Log

F13 Amirul Aiman Buku Log

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
KANAK-KANAK

AKTIVITI

 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK
 Aktiviti boleh ditunda atau disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan
 Guru penasihat akan mengumumkan kepada ahli
 Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada skim latihan yang dikeluarkan oleh

Persekutuan Pengakap Malaysia
 Semua kegiatan luar dari kawasan sekolah hendaklah mendapatkan

o Sokongan daripada kausa penganjur (gur besar/pengetua)
o Kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga ahli pengakap
o Dihadiri bersama oleh pemimpin

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

KRAF PERKHEMAHAN

PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH

 Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada
dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan
mengeluarkan tiang/pancang.

 Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip sukar untuk ditutup dan
dibuka

 Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah.

 Sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai
menggunakannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap
yang tertinggal

 Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering
 Sekirannya khemah anda basah, elakkan dari menekan atau menariknya bagi

mengelakkan daripada koyak
 Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran berhampiran dengan khemah
 Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri di dalam khemah dalam usaha

mengelak kejadian tidak diingini berlaku. ‘

JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA

GAJET KAWASAN PINTU

 Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu

bahagian pintu hadapan, bahagian pagar dan bahagian pintu belakang.

 Variasi-Variasi pintu hadapan

o Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi

o Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).

o Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.

- Bahagian Pagar
o Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan
adanya kawalan keselamatan.
o Berjenis pagar boleh dibuat.
o Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang
kayu.

GAJET KAWASAN DAPUR

- Buat dari bahan semulajadi.
- Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gajet sampingan di dapur seperti:

o Rak pinggan mangkuk.
o Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
o Meja makan.
o Penyangkut cawan / gelas.
o Rak menyimpan kayu api / tong gas.
o Gajet gerobok (camp larder).
o Gajet lubang basah dan kering.

 Gajet kawasan tempat basuhan.
- Gajet mengantung tuala mandi.
- Gajet kawasan tempat basuhan
 Gajet kawasan tempat tinggal.
- Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / susun dengan baik, disamping

menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
- Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat

kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gajet katil, papan kenyataan, buaian,
penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera
dan lain-lain.
 Gajet kawasan pengeringan.
- Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh

 Lain-lain gajet.
- Tiang bendera
- Menara memerhati
- Gendang / Kantung kem
- Gejet pembawa barang (Indian Travois)
- Gejet pondok lalang (tempat berteduh)

IKHTIAR HIDUP

MASAKAN RIMBA

 Terdapat beberapa kemahiran yang bukan sahaja memberikan kepuasan tetapi
menjadi keperluan sebagai seorang ahli Pengakap

 Salah satu kemahiran tersebut ialah memasak cara hutan atau memasak tanpa
peralatan yang lengkap.

 Cara memasak ini tidak menggunakan peralatan memasak yang lengkap seperti periuk,
kuali, sudip, pinggan mangkuk dan lain-lain.

 Kemahiran ini boleh diperoleh semasa perkhemahan dan banyak cara memasak boleh
diaplikasikan

Perancangan Awal
o Mengenalpasti bahan-bahan masakan yang dibekalkan/disediakan
o Menentukan jenis masakan yang hendak dimasak
o Menentukan kaedah memasak yang hendak digunakan
o Kaedah mesti sesuai dengan tempat atau tapak perkhemahan

Kawasan Tempat Memasak
 Cari kawasan yang teduh dan kering

Bahan Api

 Bahan api terdiri daripada kayu dan ranting kering, daun kering dsb

Sumber Bahan Api

 Bahan api terdiri daripada kayu, ranting kering, daun kering dsb.
 Kayu-kayu atau ranting kering mesti terdiri daripada pelbagai saiz
 Api yang baik dan mempunyai kepanasan yang sekata akan menghasilkan masakan

yang baik
 Boleh dilakukan dengan menggunakan api yang terang tanpa asap

Kawasan memasak

 Perlu dibersihkan terlebih dahulu
 Buang rumput dalam 1 meter persegi di sekitar lapisan tanah kawasan memasak
 Sediakan bara api atau unggun api
 Sediakan gajet di dapur untuk menyimpan barang memasak
 Selepas memasak, tanam semula rumput yang dibuang dan bersihkan sampah atau

puntung kayu yang tinggal

Alatan memasak

 Ruas buluh
 Batu
 Tempurung
 Kayu
 Pelepah Kelapa
 Daun Pisang/Daun Keladi

Kaedah-kaedah memasak

 Merebus dan mencelur
o Cara paling mudah dan ringkas
o Bahan masakan dimasukkan ke dalam buluh dan tunggu sehingga masak
o Contoh bahan: pucuk ubi, ayam, ikan, nasi dsb.
o Makanan ini biasa di makan bersama pencecah atau sambal

 Memanggang
o Cara memasak dengan memanggang bahan di atas atau di bawah api
o Contoh bahan: ayam, ikan, burung dan lain-lain.
o Kaedah yang dikatkan paling ringkas tanpa memerlukan alatan yang banyak

 Memasak di atas kepingan batu
o Batu perlu berbentuk leper
o Panaskan batu di atas api selama 30 minit
o Bersihkan batu dengan kain, kemudian goreng telur, ikan atau sebagainya di
atas permukaan batu yang panas

 Membungkus dalam daun
o Gunakan daun pisang atau daun keladi
o Hidupkan api sehingga menjadi bara
o Timbus ikan yang dibungkus dalam bara api di antara 20 – 30 minit
o Tutup lubang dengan tanah setebal 5 cm
o Hidupkan api di atas lubang
o Boleh juga mengambus bahan makanan secara terus dan menggunakan Teknik
di atas contohnya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek

 Membakar dalam api/tanah
o Hidupkan api sehingga menjadi bara
o Timbus ubi kentang/ubi kayu dalam bara api di antara 30 minit hingga 1 jam
atau sehingga masak
o Keluarkan ubi yang telah masak dari dalam bara api tadi dan hidangkan

 Memasak menggunakan buluh
o Sediakan seruas buluh yang masih basah atau buluh hidup seperti buluh
lemang
o Pastikan buku ruas tidak dipotong
o Paras permukaan buluh
o Bersihkan bahagian dalamnya

o Masukkan beras dan air
o Tutup semula paras dan hidupkan api seperti membakar lemang
 Memasak menggunakan buah kelapa
o Potong kelapa kepada 2 bahagian
o Bahagian atas cuma 1/3 sahaja sebagai penutup
o Keluarkan sedikit isi kelapa
o Masukkan rempah, garam dan ayam yang telah dipotong ke dalam kelapa dan

tutup kelapa
o Masak atas bara sehingga mendidih
o Tempurung mestilah disalut dahulu dengan tanah dan dikeringkan sebelum

diletak di atas bara
 Memanggang/menyalai roti

o Sediakan sebatang kayu/buluh yang telah dibersihkan
o Sediakan adunan roti dan lilitkan adunan tersebut pada batang kayu/buluh

tersebut
o Pacakkan atas tanah atau sandarkan pada kayu bercabang
o Boleh juga menyalai roti tersebut di atas bara api
 Memasak telur dalam kulit buah oren
o Pecahkan sebiji telur dalam kulit buah oren
o Tutup buah oren
o Cucuk dengan lidi agar tidak terbuka
o Masukkan ke dalam bara api
o Tempoh memasak sekitar 15 – 25 minit

MEMBUAT PERANGKAP

JERAT DAN PERANGKAP

 Aktiviti memburu dikaitkan dengan kegiatan menangkap haiwan untuk dijadikan
makanan, peliharaan ataupun dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan.

 Aktiviti memburu ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan sebagai
satu cara ikhtiar hidup.

 Cara dan peralatan yang digunakan berbeza-beza mengikut jenis haiwan yang
hendak ditangkap, ekologi setempat dan teknologi yang digunakan.

 Orang Melayu turut memiliki kearifan sendiri berkaitan usaha menangkap haiwan
dalam pelbagai persekitaran sama ada hutan, belukar, sungai, laut dan sebagainya

 Perubahan zaman menyaksikan perubahan cara hidup daripada tradisional kepada
moden.

 Kini, aktiviti memburu bukan lagi suatu kelaziman kerana keperluan makanan
diperolehi dengan cara yang mudah, asalkan ada duit.

 Perubahan cara hidup ini membuatkan ilmu dan kemahiran tentang memburu,
memasang jerat dan perangkap kurang diberi perhatian.

 Ilmu dan kemahiran ini makin lama makin hilang ditelan arus zaman.

 Ada pelbagai teknik dan peralatan digunakan untuk memburu, berbeza-beza
bergantung pada jenis haiwan yang hendak ditangkap dan persekitarannya.
Antara peralatan tradisional yang digunakan adalah jaring, jebak, jerat, lembing,
perangkap, racik, sumpit, lastik, lukah, bubu dan pukat.

TEKNIK JERAT DAN PERANGKAP

 Teknik-teknik jerat
i. Jerat bingkas/bidas
ii. Jerat simbat

iii. Jerap hempap
iv. Jerat jerut
 Teknik-teknik perangkap
i. Perangkap kurungan
ii. Perangkap jerlus
iii. Perangkap lobang
iv. Perangkap kotak
 Aktiviti menangkap burung
i. Jebak puyuh
ii. Jebak tekukur
iii. Jebak serindit
iv. Jebak murai batu
v. Jebak wak-wak
vi. Jerat ayam hutan
vii. Racik
viii. Seruling burung
 Aktiviti menangkap binatang di hutan
i. Jerat pelanduk
ii. Perangkap ular
iii. Perangkap kancil&kijang
iv. Jerat tupai
v. Jerat monyet
vi. Perangkap tikus
 Perangkap Haiwan Liar
i. Perangkap harimau
ii. Perangkap buaya
iii. Perangkap beruang
iv. Perangkap babi
v. Perangkap kera
vi. Perangkap musang
 Aktiviti menangkap ikan
i. Bubu
ii. Lukah

iii. Jala
iv. Pukat
v. Tua
vi. Kelong
vii. Perangkap belut
viii. Meriang
ix. Pelompat
x. Joran
xi. Mengelau
xii. Tirut
xiii. Taut
xiv. Setapu
 Peralatan dan kemahiran ikhtiar hidup
i. Lastik
ii. Panah
iii. Serampang
iv. Lembing
v. Tombak
vi. Menekut
vii. Sumpit

IKHTIAR HIDUP JENIS-JENIS PERANGKAP DAN CARA MEMBUAT PERANGKAP

Perkara penting sebelum membina perangkap

i. Jenis binatang yang hendak dijerat
ii. Kawasan laluan binatang tersebut
iii. Habitat binatang tersebut

JENIS-JENIS JERAT

i. Perangkap Berumpan
 Perangkap jenis ini kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap
yang tidak menggunakan umpan
 Dengan menggunakan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang
hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap
 Tempat yang hendak dipasang hendaklah bersesuaian dengan jenis
binatang yang hendak ditangkap
 Tentukan terlebih dahulu apakah binatang yang hendak ditangkap dan
apakah umpan yang sesuai bagi binatang tersebut

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan
 Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik
perhatian binatang

 Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat
kepada kesan perjalanan, tempat binatanng bermain atau tempat binatang
tersebut mencari makan atau minum

 Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang, binatang apa sahaja yang
melalui sahaja perangkap ia pasti akan terjerat seperti kijang, landuk,
rusa dan sebagainya.

a. Jerat Bidas

Cara membuat
1. Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline dihujung
tali tersebut
2. Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut
3. Pasangkan kayu lengkung atas denai binatang dengan memacak kedua-dua
hujung di atas tanah
4. Pacak dan lenturkan joran
5. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu lengkung dan dikunci dengan kayu
palang.
6. Aturkan kayu para di atas palang dan buka gelung tali seluas yang mungkin di
atas apra
7. Perangkap akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang

b. Ground Snare
 Perangkap ini dibuat pada jalur yang selalu binatang datang
 Kita perlu tahu dan dapat membezakan jalan mana yang sering dilalui oleh
binatang
 Jerat yang kuat atau menggunakan tali yang bagus seperti kabel, kawat senar,
pancing tebal dll

c. Spring snare
 Perangkap ini menggunakan simpul geser pada tali perangkap
 Untuk binatang yang berukuran kecil, seperti burung dapat digunakan
perangkap tali sederhana yang diletakkan di atas tanah ataupun digantung
 Tali laso yang telah diberi umpan diikatkan pada dahan pohn atau batu yang
berat sehingga haiwan telah terjerat dan tidak boleh pergi ke mana-mana lagi
 Perangkap ini baik untuk kancil atau binatang yang lebih besar seperti rusa

d. Spring Deadfall Trap
 Jenis perangkap ini memanfaatkan beban berat (batu atau bongkah kayu)
untuk menimpa haiwan yang melintas di bawahnya.
 Prinsip kerjanya jika haiwan tersebut melintas atau mencuba memakan umpan,
tanpa sengaja ia menyentuh sistem perangkap, kemudian beban tersebut
jatuh menimpanya.

e. Deadfall Snare
 Perangkap ini memanfaatkan beratu kayu untuk menindih
i. Batang pohon besar ditumpukan pada kayu pohon lainnya yang saling
bergantung
ii. Kayu pohon penopang yang saling berhubungan dengan batang pohon
besar dan jika salah satu tersenggol, maka yang lain akan jatuh dan
menimpa
iii. Umpan yang diletakkan dekat dengan kayu pohon penopang dan apabila
tergerak, maka kayu pohon penopang akan bergeser sehingga batang
pohon penopang akan bergeser sehingga batang pohon besar akan
jatuh menimpa

f. Funnel Trap
 Perangkap gantung ini biasanya memanfaatkan:
i. Kelenturan dahan pokok
ii. Patok yang diberi lekukan dan dihubungkan dengan tali
iii. Tali laso yang lalu menghubungkan dahan pokok yang lentur dengan
patok, sehingga apabila laso bergoyang maka tali pada patok akan lepas
dan dahan pohon akan menarik, hingga akhirnya tali akan menjerat.
 Perangkap ini digunakan untuk menangkap binatang seperti ayam, itik dan lain-
lain.

g. Perangkap tali sederhana
 Untuk binatang berukuran kecil
 Perangkap tali sederhana diletakkan di atas tanah ataupun digantung
 Letakkan umpan dalam tali laso dan ikat pada dahan pohon atau batu yang
berat
 Binatang akan terjerat apabila makan di dalam tali laso

h. Perangkap lubang
 Perangkap ini adalah modifikasi dari perangkap tali dan perangkap lubang.
Perangkap ini terdiri daripada :
i. a) Tali laso yang diikatkan pada dahan pohon yang kuat dan diletakkan
mendatar.
ii. Lubang perangkap yang digali, kedalamannya disesuaikan dengan haiwan
yang akan ditangkap.
iii. Mulut lubang disamarkan dengan dedaunan dan laso diletakkan di atas
dedaunan tersebut.
iv. Letak umpan ditengah laso di atas dedaunan

i. Kombinasi perangkap lubang dan perangkap menimpa
 Perangkap ini merupakan kombinasi perangkap lubang dan perangkap menimpa.
 Perangkap ini terdiri dari :
i. Batang pohon besar untuk menimpa mangsa.
ii. Kayu pohon yang saling menopang.
iii. Umpan
iv. Lubang perangkap lengkap dengan samaran
 Cara kerjanya hampir sama dengan perangkap menimpa, tetapi ketika mangsa
tertimpa batang pokok ia akan langsung masuk ke lubang.

j. Perangkap kotak

 Perangkap yang diperbuat daripada kayu yang boleh dibuat atau dibeli.
 Perangkap kotak hanya memerlukan kotak diletakkan di laluan binatang yang

hendak ditangkap dan menunggu binatang tersebut memasuki perangkap
 Umpan diletakkan di hadapan perangkap sehingga ke dalam perangkap untuk

menarik perhatian binatang tersebut untuk memasuki perangkap

KEBUDAYAAN

PERMAINAN

Satu aktiviti yang penting yang dilaksanakan dalam sesuatu perjumpaan dan
perkhemahan

KEPENTINGAN BERMAIN

 Nilai psikomotor – membentuk membentuk dan mengembangkan otot-otot kanak-
kanak dengan sempurna dan kuat.

 Nilai pendidikan – mempelajari sifat-sifat objek seperti warna, bentuk, saiz dan
rasa sentuhan.

OBJEKTIF BERMAIN

 Membentuk sifat organ yang sihat dan membina kekuatan fizikal.
 Menghilangkan ketegangan emosi terutama selepas belajar.
 Menimbulkan dan menanam nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur,

simpati dan kepimpinan dalam kalangan kanak-kanak.
 Kanak-kanak diajar supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dengan

jujur, adil dan dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka tanpa perasaan
yang negatif.
 Membina kemahiran.
 Memupuk interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak

FAEDAH-FAEDAH BERMAIN

 Nilai-nilai rohani dan sosial
o Kecergasan otak
o Menyemai semangat kekitaan
o Mematuhi peraturan
o Berdisiplin
o Semngat kesukanan
o Keseronokan
o Kepimpinan dan taat kepada ketua
o Bijak menguruskan masa
o Meningkatkan kemahiran asas
o Bekerjasama

 Nilai Jasmani
o Ketangkasan
o Kekuatan otot
o Kesihatan tubuh badan
o Kelembutan badan
o Ketahanan fizikal

o Kemahiran asas seperti berlari, melompat dan mengimbangkan badan.

PRINSIP ASAS BAGI PEMIMPIN MELAKSANAKN PERMAINAN

 Penerangan
 Tunjuk cara
 Latihan dan percubaan
 Pembetulan
 Penilaian

CONTOH PERMAINAN

 Mengelak pukulan
 Daftar alat perkhemahan
 Bercerita/membawa perkhabaran
 Ibu ayam
 Lembu kena kepung
 Lumba lari keldai berganti-ganti
 Elak bola dalam bulatan
 Permainan kim (deria bau,pandang,dengar,rasa)

MALAM KEBUDAYAAN

 Diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti perkhemahan, iaitu dalam acara
temasya unggun api.

 Diadakan di waktu malam.
 Tujuan :

o Dapat mencungkil bakat kanak-kanak dari segi lakonan, nyanyian dan lawak
jenaka.

o Melatih kanak-kanak supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk
menunjukkan kebolehan dan bakat mereka.

o Bersuka ria sesama ahli setelah seharian bekerja, mengembara dan
kegiatan-kegiatan lain.

o Menerangi kawasan pada waktu malam dan bagi menjauhkan dan
menakutkan binatang buas pada waktu malam semasa berkhemah di hutan
atau bukit.

CONTOH ATURCARA MALAM KEBUDAYAAN

 Ahli-ahli berkumpul.
 Pemimpin dan jemputan mengambil tempat.
 Upacara juruacara malam kebudayaan.
 Ucapan pembukaan dan perasmian oleh jemputan.
 Sorakan Berjaya tiga kali kepada majlis pembukaan.
 Nyanyian beramai-ramai.

 Pertunjukan kumpulan dan patrol.
 Nyanyian lagu perpisahan.
 Doa dan tamat

JALAN LASAK DAN PANDU ARAH

Tujuan

 Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan

 Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap
 Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.

Peraturan dan persediaan

1. Kebenaran
 Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun
penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta
tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.

2. Persediaan alatan
1. Titik kawalan
i. Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu
dilawati oleh peserta
ii. Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia
yang jelas
iii. Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik
penjaga kawalan
iv. Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul
v. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan
putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik Kawalan (dalam lingkungan
10meter)
vi. Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang yang unik
2. Kad kawalan
i. Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan
ii. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan
nanti
iii. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat
untuk mencatat masa penamat.
3. Peta utama
i. Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan
ii. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

MEMBACA KOMPAS

 Untuk menentukan arah

 Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam
hutan

 Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.

Kompas Bearing Sudut

o Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah.

Kompas Mata Angin 16

o Berpandukan empat mata angin yang utama

Perkara Penting Semasa Menggunakan Kompas

o Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan yang betul
dan tepat

o Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau
atau batu besar yang berada di persekitaran

Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta

o Letakkan peta di atas permukaan yang rata
o Tandakan kedua dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan

B
o Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Hal ini dapat dilakukan dengan

melukis.
o Garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran
o Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garisan lurus
o Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah

pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.

Aktiviti penggunaan kompas

o Mengenal arah mata angin
o Mencarai arah mata angin
o Mencari arah kiblat
o Praktikal mencari bearing (arah mata angin)
o Latihan di kawasan sekolah
o Menggunakan peta
o Merintis hutan menggunakan kompas
o Pertandingan mencari bearing di hutan
o Mencari harta karun
o Aktiviti orienteering atau pandu arah

MENGESAN TANDA DAN SIMBOL

 Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah,
lakaran atas pokok dan sebagainya

 Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta

Isyarat Sulit Pengakap

KHIDMAT KESUKARELAWAN

MINGGU KERJA

 Satu tugas diberikan kepada setiap ahli untuk melakukan kerja amal pada hujung
minggu

 Tujuan dilakukan untuk memupuk nilai murni dalam diri setiap ahli
 Upah diterima oleh ahli akan dimasukkan ke dalam tabung pertubuhan
 Minggu kerja juga dilancarkan adalah dengan harapan dapat mengumpul dana untuk

menjalankan aktiviti kepengakapan di seluruh kumpulan pengakap setiap daerah
masing-masing

BANTUAN BENCANA

Setiap ahli sentiasa mengamalkan tugas-tugas sukarela untuk keluarga, jiran, guru dan
masyarakat

Setiap ahli haruslah:-

 Menjaga kelematan dan memelihara barang-barang sendiri, rumah, sekolah dan
masyarakat

 Sentiasa boleh menunjukkan contoh dan teladan kepada orang lain
 Mengetahui dan memahami cara dan peraturan menggunakan buku panduan telefon

dan perkhidmatan lain pada waktu kecemasan.

MASYARAKAT PENYAYANG

 Pertubuhan ini sentiasa menekankan kepada kerja-kerja kebajikan terutamanya
kepada mereka yang memerlukan bantuan

HARI PERINGATAN

 Bertujuan memberi kesedaran, penghargaan, memperingati atau meraikan seseorang
atau peristiwa, misi kemanusiaan, pekerjaan, tanggungjawab dan mencintai alam
sekitar.

 Kebanyakan aktiviti adalah secara sukarela
 Hari-Hari Peringatan di Malaysia

1. Hari Kebangsaan Malaysia
2. Hari Kanak-Kanak Jalanan
3. Hari Hutan Sedunia
4. Hari Wanita Antarabangsa

ALAM SEKITAR

 Dalam usaha untuk melestarikan sumber hutan serta penghijauan alam sekitar
sebagai warisan generasi akan datang, peningkatan kesedaran orang ramai khususnya
generasi muda amat penting sebagai pewaris masa hadapan yang berwawasan,

bertanggungjawab dan prihatin bagi menguruskan dan memelihara sumber hutan
secara lestari untuk faedah sejagat bagi masa akan datang

SIMPULAN DAN IKATAN

TALI
 Diperbuat daripada sabut, dawai, kapas, rami,hemp ,dan bahan-bahan campuran
(sintetik ).

 Terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai
kegunaan.

 Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat

 Empat perkara yang berkaitan:
i. Simpulan( Knotting )
ii. Ikatan ( lashing )
iii. Sembat (splicing )
iv. Mematikan hujung tali ( whipping )

SIMPULAN

 Simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.

 Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana

SEMBAT

 Sembat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.

 Menyambung dua tali dengan menggunakan kaedah sembat sangat baik dan
selamat semasa digunakan.

 Ikatan yang dibuat pada hujung tali supaya tidak terurai.

 Penyembatan semula dilakukan dengan ikatan mahkota dan setiap bebenang
diselitkan di bawah dan seterusnya di atas bebenang sehingga hujungnya kukuh
dan tidak terbuka.

 Biasanya memadai dengan menyelitkan kali untuk bebenang yang lengkap dan
sekali untuk separuh bebenang.

 Ikatan ini dilakukan agar tali tahan lama dan senang digunakan

MEMATIKAN HUJUNG TALI

 Perlu untuk mengelakkan tali terurai di hujungnya

FUNGSI IKATAN DAN SIMPULAN

 Antara beberapa kegunaannya seperti:

1. Mendaki

2. Kehidupan seharian
3. Memancing
4. Seni
5. Pengakap
6. Mencari dan Menyelamat
7. Bidang Perkapalan dan sebagainya.
JENIS-JENIS SIMPULAN DAN IKATAN
1. Ikatan buku sila
2. Ikatan silang tungku
3. Ikatan silang gunting
4. Ikatan serong
5. Ikatan seraya
6. Ikatan balak
7. Simpulan manuk
8. Simpul belit
9. Simpulan himpit
10. Simpulan bunga keti
11. Simpulan tindih kasih dan lain-lain

IKATAN BUKU SILA

 Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka atau kain anduh ,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan
sebarang ikatan.

 Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.

IKATAN MANOK

 Ikatan simpul manok biasanya digunakan sebagai permualaan ikatan ketika mula
mengikat pada kayu atau sebagainya.

SIMPULAN TINDIH KASIH

 Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut
atau pengikat leher binatang supaya tidak terjerut.

 Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti
menyelamatkan mangsa yang terjatuh dalam sungai.

SIMPULAN BUNGA KETI

 Simpulan bunga keti digunakan bagi menyambung tali yang tidak sama besar saiznya
dan dapat digunakan dengan selamat.

SIMPUL BELIT LUCUT/ IKATAN PENCURI

 Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh
dibuka dengan pantas

 Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

LILIT BALAK

 Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.Untuk menarik balak
atau kayu.

 Untuk memulakan Ikat Serong.
TIGA JENIS IKATAN

a. Seraya
b. Serong
c. Lilit kacang
SERAYA
 Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet,

menara, tiang, bendera dan lain-lain. Langkah pertama dimulakan dengan simpul
manuk, kemudian lilit dengan kemas dan ketat. Akhir sekali dimatikan dengan
simpulan manuk juga.
SERONG
 Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang

1) Memulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manuk.

LILIT KACANG
 Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet.
 Teknik
1) Memulakan dengan menggunakan simpul manuk atau lilit balak
2) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.

ASAS KAWAD KAKI
BAHASA HUKUMAN
 Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan

serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan
dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatih melakukan pergerakan asas
perbarisan.
KAWAD STATIK DAN DINAMIK
KAWAD STATIK
1. Ketua platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan

menggunakan bahasa hukuman “Bergerak ke kiri …. Kiri pusing”
2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa

hukuman “Bergerak ke kanan, kebelakang pusing”
3. Ketua platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa

hukuman “kekanan, pusing”
4. Ketua platun mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat

menggunakan bahasa hukuman “Menghadap ke hadapan, ke belakang pusing”
5. Ketua platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur.

KAWAD DINAMIK
1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan
bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan
menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan...cepat jalan.

3. Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa
hukuman Kiri belok

4. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa
berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah sebanyak 3 kali sebutan
secara berturut-turut selepas setiap perbuatan dan disusuli denganperkataan
maju selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga.

5. KAWAD FORMASI

PERTOLONGAN CEMAS

TUJUAN DAN PRINSIP

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

 Pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba
sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulans

OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS

1. Menyelamat Nyawa
 Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan
 Setiap saat adalah penting
 Berhentikan pendarahan
 Pulihkan renjatan

2. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk
 Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja
 Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi
 Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan
bibir sekiranya perlu

3. Memberi kelegaan dan keselesaan
 Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar
 Jangan tinggalkan pesakit berseorangan
 Pastikan keadaan pesakit. Periksa nadi dan pernafasan

SIFAT-SIFAT AMALI AHLI PERTOLONGAN CEMAS

 Tajam perhatian
o Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan

 Pantas ikhtiar
o Hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang terdapat di sekeliling kita

 Tidak kasar
o Jangan mencedera dan menyakitkan orang yang cedera

 Berakal berbudi
o Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar

 Bertimbang rasa
o Hendaklah bersimpati dengan orang yang cedera

 Sentiasa tersenyum
o Muka yang tersenyum memberikan keyakinan

 Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja
o Lakukan setakat mana yang mampu sahaja\

MENILAI KEADAAN PESAKIT

 Bahaya

o Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya?
 Tindak balas

o Adakah pesakit itu sedar?
 Salur udara

o Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan?

 Pernafasan
o Adakah pesakit itu bernafas?

 Denyutan Nadi
o Adakah nadinya berdenyut?

BERTINDAK BERDASARKAN PENILAIAN ANDA

 Tidak sedar diri, tiada nadi atau tidak bernafas
o Dial 999 untuk ambulan
o Mulakan CPR

 Tidak bernafas dan ada nadi
o Beri satu hembusan tiap-tiap 5 saat sebanay 12 kali
o Dial 999 untuk ambulan
o Pemulihan pernafasan – EAR

 Tidak sedar diri, bernafas dan nadi wujud
o Rawat mana-mana kecederaan yang boleh membahayakan nyawa
o Letakkan pesakit dalam keadaan baringan pemulihan
o Dapatkan bantuan

 Sedar, bernafas dan nadi wujud
o Rawat sebaik-baik cara
o Dapatkan bantuan jika perlu

ISI KOTAK BANTU MULA

1. Termometer
2. Mangkuk Enamel
3. Asprin
4. Panadol
5. Ubat Melepuh
6. Kain Pembalut Luka
7. Kain Tekap
8. Kapas
9. Gunting
10. Kain Kapas
11. Pin Semat
12. Elastoplast
13. Ubat Luka
14. Papan Tuap

15. Kain Anduh
16. Ubat Cuci Mata
17. Pembalut Berelastik
18. Pembalut Pembebat
19. Pembalut Terbuka
20. Adesif Lekat Sendiri

KOTAK BANTU MULA

ANDUH DAN BALUTAN
 Pembebat (Dressing) digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan
 Pembalut (Bandage) dilakukan untuk membantu/menyokong pembebatan
PEMBEBATAN

PEMBALUTAN
 Pembalut tiga segi
 Pembalut lebar
 Pembalut kecil
 Pembalut gulung

PEMBALUT TIGA SEGI
LIPATAN TIGA SEGI
SIMPUL BUKU SILA

JENIS-JENIS BALUTAN LUKA
 Luka tangan
 Luka dada
 Luka bahu
 Luka peha
 Luka siku
 Luka lengan
 Luka lutut
 Luka jari

BALUTAN LUKA TANGAN

BALUTAN LUKA DI DADA
DADA DEPAN

DADA BELAKANG

BALUTAN LUKA BAHU

BALUTAN LUKA PEHA

BALUTAN LUKA SIKU
BALUTAN LUKA LUTUT
BALUTAN LUKA LENGAN
BALUTAN LUKA JARI

JENIS-JENIS ANDUH
 Anduh besar

 Anduh kecil
 Anduh pergelangan tangan
 Anduh menaik

PEMBALUT CINCIN

MERAWAT LUKA DAN GIGITAN

LUKA

 Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
pengaliran darah di bahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau
tumpul.

JENIS-JENIS LUKA

 Luka terbuka
o Kelihatan darah terkeluar
o Luka mudah dijangkiti kuman
o Luka yang teruk boleh melibatkan organ-organ lain kerana banyak
tumpahan darah, renjatan dan juga jangkitan kuman

 Luka tertutup
o darah tidak kelihatan

 Luka terhiris
o Disebabkan oleh benda tajam seperti pisau atau kaca
o Luka senang ditautkan kembali dan senang dirawat
o Tetapi jika terhiris saluran darah mungkin berlaku pendarahan yang
banyak

 Luka Tikaman
o Luka mempunyai liang yang kecil tetapi dalam seperti terkena paku,
tercucuk jarum atau terkena tikaman
o Luka biasanya tidak menyebabkan pendarahan yang banyak tetapi mudah
dijangkiti kuman
o Luka yang dalam perlu dibersihkan untuk mengelakkan kuman dan risiko
jangkitan adalah tinggi
o Mungkin perlu juga mendapatkan suntikan tetanus

 Luka Tembakan
o Luka akibat dari terkena peluru tembakan senjata
o Tembusan bergantung kepada jenis senjata yang digunakan
o Luka semakin luas ditempat peluru keluar dari badan mengakibatkan
kecederaan yang teruk

 Kontusi
o Tamparan atau tumbukan yang kuat yang menyebabkan kapilari darah
pecah di bawah permukaan kulit
o Darah mengalir ke dalam tisu badan menyebabkan lebam

 Luka gigitan
o Pagutan ular mengeluarkan bisa yang mempunyai tindak balas yang
berlainan bergantung kepada jeenis ular yang terlibat

 Bantuan Awal Gigitan Ular
o Basuh tempat luka yang dipatuk ular

o Kurangkan pergerakan mangsa
o Rendahkan anggota yang dipatuk ular
o Tuamkan anggota yang dipatuk dengan tuaman sejuk
o Kenakan ikatan dari kain atau tali lebih kurang 10cm jaraknya di sebelah

atas dari tempat gigitan
o Bawa mangsa ke hospital dengan segera
 Sengatan lipan, Kala dan lebah
o Gigitan atau sengatan binatang-binatang di atas menyebabkan kesakitan

dan bengkak di tempat gigitan atau sengatan
 Bantuan Awal

o Tenteramkan mangsa sambil mengawasi pernafasannya.
o Balut dan anduh anggota yang terlibat
o Bawa mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut

KERACUNAN DAN TERSELIUH

KERACUNAN

Boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata

Cara Merawat

 Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya
 Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu
 Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau diminum
 Tungu arahan dan bertindak segera
 Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan
 Jangan galakkan mangsa mudah muntah melainkan diarahkan
 Jika bibit mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air

atau susu sejuk dari semasa ke semasa sementara menunggu bantuan
perubatan

TERSELIUH

- Rasa kesakitan pada sendi itu
- Bengkak
- Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera

Cara Merawat

 Letak beg ais pada sendi yang cedera
 Tinggalkan bahagian yang tercedera
 Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
 Ampu bahagian yang tercedera
 Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan

PEMULIHAN PERNAFASAN

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

 Menyelamatkan nyawa
 Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa
 Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk
 Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera

SITUASI YANG MEMERLUKAN CPR

 Lemas
 Renjatan elektrik
 Panah petir
 Strok
 Sakit jantung
 Rebah tanpa sebab

PEMERIKSAAN

CPR jika mangsa:-

 Tidak bergerak
 Tiada respon
 Tidak bernafas
 Tiada denyutan nadi

PRINSIP-PRINSIP CPR

1. Hubungi ambulan atau minta tolong
2. Lakukan CPR pada mangsa yang tidak bernafas dan tiada nadi
3. Mulakan dengan bantuan pernafasan
4. ECC diberi berselang seli dengan pernafasan
5. Lakukan sehingga pulih atau doktor tiba
6. Setelah pulih, letak mangsa pada kedudukan pemulihan

ECC-External Cardiac Compression

Kaedah

 Digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung (nadi) mangsa

Tujuan

 Untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan keseluruhan anggota
badan

PROSEDUR ECC

Mangsa dewasa

 Baringkan mangsa secara terlentang
 Pembantu mula melutut di sisi kanan mangsa. Kerana jantung condong di

sebelah kiri memudahkan membuat tekanan
 Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum mangsa

 Letak bahagian belakang tapak tangan ke atas sternum

 Tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-selikan jari-jari.

Kedudukan tangan di atas sternum
 Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa
 Tekan dada sedalam lebih kurang 4-5 cm, kemudian lepaskan tekanan

tanpa mengangkat tangan
 Ulangi tekanan sehingga kira-kira 80-100 mampatan seminit
KEDUDUKAN PEMULIHAN

 Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas
 Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya
 Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan

bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan
 Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka
 Dail 994 untuk mendapatkan bantuan ambulans/doktor
 Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin
PROSEDUR ECC

Kanak-kanak bawah 8 tahun

 Ikut prosedur oorang dewasa
 Guna sebelah tangan sahaja
 Tekan pada kadar 1000 mampatan seminit sahaja
 Mampatan dada sedalam 2.5cm
Bayi bawah 1 tahun

 Ikut prosedur orang dewasa
 Guna jari telunjuk dan jari hantu
 Letakkan jari-jari di tengan sternum
 Tekan pada kadar 120 mampatan seminit

 Mampatan dada sedalam 1.5cm

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

PENGENALAN

 Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit beruniform yang merupakan salah satu
cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan
sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.

 Aktiviti berkhemah juga menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi
kekurangan dan ketidakselesaan sepanjang pekhemahan

SEBELUM PERKHEMAHAN

Mengetahui tujuan perkhemahan

 Perkhemahan Rekreasi
o Mementingkan kemudahan, keselesaan, makan minum dan tempat
penginapan
o Tidak mementingkan kemahiran ilmu perkhemahan

 Perkhemahan Khusus
o Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap
kemahiran-kemahiran yang berlatar belakang suasana “back woods” (ala
hutan)

 Perkhemahan Ekspedisi
o Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh
untuk tujuan berehat/perancangan baharu

 Perkhemahan Penyelidikan
o Membuat kajian atau penyelidikan terhadap sesuatu yang mungkin
memerlukan jangka masa yang lama di sesuatu lokasi penyelidikan

 Ikhtiar Hidup
o Untuk tujuan yang lebih khusus
o Pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah
dipelajari dan membina semangat dan ketahanan diri

JENIS-JENIS KHEMAH

 Khemah Satu Tiang
 Khemah Bentuk A
 Khemah bentuk dinding
 Khemah bentuk dinding 1
 Khemah bentuk dinding 2
 Khemah ridge
 Khemah bentuk helaian terbang
 Khemah bentuk ridge dua tiang
 Khemah bentuk ridge besar

PERANCANGAN

 Membuat kertas kerja (organisasi, bajet, kos dan logistik)
 Mengadakan mesyuarat dengan JK Pengelola
 Jadual bertugas
 Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan
 Peralatan untuk kemudahan pegawai dan peserta
 Pengisian aktiviti
 Pemilik / Penguasa Lokasi
 Kementerian / JPN / pihak swasta dll.
 Surat permohonan / surat lantikan / surat jemputan / surat makluman
 Surat kebenaran membawa pelajar keluar dari kawasan sekolah daripada Pengetua
 Surat kebenaran ibu bapa / pelajar

IKLAN/PENGUMUMAN/MAKLUMAN

 Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer hutan
 Taklimat awal kepada para peserta program

o Barangan yang perlu dibawa dll
o Apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan
o Hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan dan kemudahan

SEMASA DI LOKASI PERKHEMAHAN

 Taklimat Ketua Perkhemahan / Penyelaras Program >
o Peraturan, larangan dan disiplin
o Taklimat program dan aktiviti yang akan dijalankan
o Menyelia perjalanan program

 Menjalankan mesyuarat / perjumpaan dengan pegawai kem
o Hari 1, 2, 3 dan seterusnya

 Gotong-royong / kebersihan / perjalanan kem

SELEPAS TAMAT PROGRAM PERKHEMAHAN

 Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan perlu berada di sekolah atau lokasi
tertentu untuk memastikan semua peserta telah pulang

 Membuat laporan
 Menghantar surat penghargaan
 Mengadakan mesyuarat post-mortem

Perancangan

Penyediaan kertas kerja

 Kertas kerja haruslah mengandungi beberapa perkara penting supaya
perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara
penting adalah:-
o Tajuk
o Tarikh
o Matlamat
o Objektif
o Plan tindakan
o Pengisian program
o Sumber tenaga
o Sumber kewangan
o Kawalan
o Penilaian

Persiapan Awal

Tinjauan
 Perkara yang dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu
diberi perhatian seperti kesesuian tempat, keselematan kawasan, sumber air dan
makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang penting bagi
perkhemahan.

Surat menyurat
 Surat-surat dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada pengetua,
pelantikan jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat
kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis,
hospital dan lain-lain lagi.

Sumber kewangan

 Perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan ahli atau tajaan mana-mana
pihak.

Perancangan Perbelanjaan

 Perlu menyediakan senarai perancangan perbelanjaan seperti pembelian bahan
makanan, alatan dan sebagainya.

Persediaan alatan

 Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa dan dibaik pulih jika perlu atau
ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan pada satu tempat.

Pengangkutan

 Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat tempahan supaya tidak
berlaku kesulitan.

Pemilihan Tempat

 Tanah yang rata dan selesa berbaring
 Ada perlindungan dari bukit atau pokok yang menghalang ancaman angin
 Dekat dengan punca air
 Mempunyai pemandangan yang indah dan lapang melihatnya
 Mendapat cahaya matahari
 Mempunyai jalan perhubungan yang baik

Aspek Keselematan

Sistem kawalan

 Sediakan jadual giliran kawalan malam

Kod laluan

 Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli

Peralatan

 Lampu suluh, tongkat, wisel, buku catatan, Peti ubat yang lengkap dan terkawal.
Ada petugas yang ditetapkan untuk memberi bentuan bantu mula. Sediakan
tempat khas untuk peserta yang sakit atau cedera.

Keselematan Air

 Jangan mengambil air, mandi, membasuh di tempat batu licin, lereng yang curam,
kayu-kayu merbahaya dan arus laju. Jangan mandi bersendirian, jika tidak tahu
berenang. Mandi di sungai dengan selalu menghadap ke hulu sungai. Jangan turun
ke dalam sungai jika arus laju. Sediakan alat bantuan kecemasan seperti tali atau
pelampung.

Keselematan di kawasan perkhemahan

 Berkhemah di tempat yang selamat. Buang objek tajam yang berada di kawasan
perkhemahan. Tubuhkan pasukan kawalan (sentri). Wujudkan sistem kecemasan
seperti password, tandaan boundry. Tabur sulfur (belerang) di keliling kawasan
atau khemah.

Kemudahan Asas Kraf Perkhemahan

Gajet atau alat-alat kecil

i. Tempat menggantung barang diperbuat dari pohon kecil yang banyak cabang dan
bertujuan menggantung kole, sudu dan lain-lain.

ii. Para letak barang diperbuat daripada beberapa batang kayu untuk meletak
barang-barang seperti pek, kasut dan makanan. Boleh dibina dengan bentuk 3
segi atau 4 segi.

iii. Alas tanah beberapa batang kayu disusun dan dialas dengan kayu lain supaya
tidak mencecah tanah. Ia sesuai meletak pek, kasut dan barang-barang lain.

iv. Tempat jemur kasut cabang kayu yang dipacak di atas tanah
v. Penyapu sampah rantin-ranting kayu yang kecil dan teguh diikat dengan sebatang

kayu yang panjang.
vi. Tempat lilin tin kosong yang ditebuk di atas dan disebahagian badan tin, ia juga

boleh dibuat dengan buluh.
vii. Penggantung baju. Kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1/3 meter digantung

dengan tali di tengah kayu
viii. Sudip kayu. Kayu dipotong lingkungan 1 kaki dan hujungnya ditarah supaya

menjadi leper
ix. Pelindung dapur tin biskut atau tin minyak tanah di potong di bahagian sisi atas

atau pacakan anak pohon kayu agar melindungi arah angin.

PEMERIKSAAN PAGI

 Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan
perkhemahan perlu diambil kira sebagai satu amalan disiplin dan mesti dipupuk di
kalangan Pengakap Kanak-kanak

 Pemeriksaan pagi dilakukan oleh beberapa orang pemimpin Pengakap yang
mengadakan lawatan ke setiap khemah.

 Lazimnya pemeriksaan pagi dilakukan pada jam 8.00 pagi.
 Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:

o Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
o Susun atur barang dan peralatan kumpulan
o Pakaian / uniform lengkap
o Gajet

TUJUAN PEMERIKSAAN PAGI

a. Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan
b. Peka pada kebersihan uniform dan alatan
c. Menunjukkan kemahiran membuat gejet dengan baik
d. Komen – puji dan tegur
e. Pengiktirafan – anugerah panent
f. Menyerlahkan kerjasama antara ahli kumpulan/perkhemahan
g. Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta

CARA PEMERIKSAAN PAGI DILAKSANAKAN

1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan
perkhemahan. Sarapan pagi hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi
dilaksanakan

2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi
menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan

3. Ketika pemeriksaan pagi dijalankan, semua ahli pengakap berdiri sebaris mengikut
sistem sekawan iaitu ketua sekawan berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-
ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua sekawan.

4. Semasa pemeriksaan pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan
diletakkan di hadapan ahli-ahli sekawan

5. Ketua sekawan akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Sebagai
contoh: “Biru..Biru sedia” sebelum Pemimpin berada di pintu gerbang sekawan itu.

6. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang sekawan, ketua sekawan bergerak ke
hadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada Pemimpin bertugas.
Contoh ayat laporan: “Assalamualaikum Tuan! Kami Sekawan Biru seramai 8 orang
siap sedia menerima arahan tuan.”

SURAT MENYURAT

Surat kebenaran

 Beberapa keperluan perlu diperoleh sebelum mengadakan sesuatu aktiviti
perkhemahan iaitu:
a. Kebenaran Pengetua / Guru Besar
b. Kebenaran pemilik tanah / tapak perkhemahan
c. Pemberitahuan dan kebenaran daripada Ketua Balai Polis berdekatan
d. Kebenaran ibu bapa atau penjaga

 Surat kebenaran perlu dihantar lebih kurang satu setengah atau dua bulan sebelum
perkhemahan diadakan

 Kebenaran dan persetujuan daripada Pengetua atau Guru Besar dan pemilik tapak
perkhemahan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum kebenaran lain dipohon.

BAJET/BELANJAWAN

 Bajet mesti dirancang dengan sebaiknya supaya keperluan perkhemahan dapat
ditanggung dengan baik dan teliti

 Butiran-butiran bajet adalah seperti kos peralatan, perubatan, makanan dan
pengangkutan

 Jenis aktiviti yang dijalankan dan jumlah peserta akan menentukan kos bajet

KUARTER MASTER

Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh melantik dua kuarter master iaitu
kuarter master Alatan dan kuarter Master bagi malancarkan pengurusan

TUGAS KUARTER MASTER ALATAN

 Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan
aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan. Setelah persatuan mengadakan
mesyuarat peringkat jawatankuasa bagi membincangkan dengan jelas berkenaan
keperluan perkhemahan, satu senarai peralatan akan disediakan

 Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan
sebarang keciciran. Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan
peralatan yang dipinjam, beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan.
Senarai semak ini turut diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan
untuk memeriksa jumlah alatan yang dipulangkan

 Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam
seperti parang, kapak, pisau dan cangkul. Kuarter master bertanggungjawab
dalam menjaga selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah jagaanya.
Oleh itu, beliau harus memastikan agar segala peralatan digunakan dengan cara
yang betul dan berhati-hati agar ia tidak rosak selain tidak memudaratkan
keseleamtan orang lain

 Memeriksa ketiadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa
ketapak perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan
akan dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan mengelakkan
pembaziran kerana membawa peralatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik
apatah lagi boleh membahayakan keselematan pengguna

TUGAS KUARTER MASTER MAKAN

 Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. Kuarter
master akan menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan,
makan tengah hari dan makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.

 Mengenal pasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan
tertentu. Kuarter master akan membuat menu alternatif bagi peserta yang
mempunyai alahan terhadap makanan tertentu

 Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuatiti yang mencukupi untuk
semua peserta seperti beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya.


Click to View FlipBook Version