FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
SAINS TAMBAHAN
(KOD: 4561)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Diterbitkan oleh:
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
© Lembaga Peperiksaan 2020
Cetakan Pertama 2020
Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
KATA PENGANTAR
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan
untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu,
perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh
LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk
tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen,
pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen
pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan
peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini
melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Sains Tambahan yang
merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum
kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk
berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas
pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan
kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian
objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran
dan nilai di samping memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan
dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui
perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut.
Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun
2021.
Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan
pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan.
Harapan LP agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian
yang jelas tentang perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini
sangat penting untuk memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan
menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan
format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat
dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
ISI KANDUNGAN 4
4
1.0 Pengenalan 6
2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 6
3.0 Punca Kuasa 7
4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7
5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 8
6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 10
7.0 Elemen dan Aspek Yang Ditaksir 10
8.0 Aras Kesukaran Item 12
9.0 Format Pentaksiran 13
10.0 Contoh Item 18
11.0 Lampiran 1 28
12.0 Lampiran 2 46
13.0 Lampiran 3
14.0 Senarai Kod Elemen, Elemen, Penerangan Elemen, Kod
Aspek, Aspek, Penerangan Aspek Dan Kriteria Aspek
Bagi Mata Pelajaran Sains Tambahan
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN
Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:
2.1 KESAHAN
Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.
2.2 KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.
@© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
2.3 KEOBJEKTIFAN
Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap
instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.
Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang
pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.
2.4 KEBOLEHTADBIRAN
Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi
kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.
2.5 KEMUDAHTAFSIRAN
Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam
memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
2.6 KEKOMPREHENSIFAN
Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu
ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.
3.0 PUNCA KUASA
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format
pentaksiran bagi mata pelajaran Sains Tambahan mulai tahun 2021. Format tersebut
telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari
2020.
4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN
Matlamat KSSM Sains Tambahan adalah untuk mengukuhkan minat dan
mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta sikap saintifik dan nilai murni.
Pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta sikap saintifik
dan nilai murni membolehkan murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
dalam kehidupan harian, serta menyediakan mereka untukmeneruskan pendidikan
lanjutan dan kerjaya dalam bidang STEM.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)
Berdasarkan Objektif Mata Pelajaran Sains Tambahan, Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) membolehkan murid:
OM1 : Menggunakan pendekatan inkuiri untuk meningkatkan sifat ingin tahu dan
mengembangkan minat terhadap STEM;
OM2 : Mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman untuk menerangkan fenomena
secara saintifik;
OM3 : Berkomunikasi mengenai maklumat berkaitan STEM secara rasional, bijak
dan berkesan;
OM4 : Mengukuhkan kemahiran menjalankan penyiasatan saintifik, menilai evidens
dan membuat kesimpulan;
OM5 : Mengaplikasikan pengetahuan sains, prosedural dan epistemik secara
proaktif dalam mengemukakan soalan, menginterpretasi data, menyelesaikan
masalah, membuat perkaitan dan membuat keputusan dalam konteks
kehidupan sebenar;
OM6 : Meningkatkan kesedaran bahawa penemuan melalui penyelidikan sains
adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami
fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup;
OM7 : Mengukuhkan kesedaran bahawa perkembangan sains dan teknologi
memberi implikasi terhadap aspek moral, sosial, ekonomi dan alam sekitar
dalam konteks tempatan dan global; dan
OM8 : Mendapat pendedahan tentang kepelbagaian kerjaya dalam bidang STEM.
6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN (OP)
Berdasarkan Objektif mata pelajaran Sains Tambahan, kurikulum Sains Tambahan
membolehkan pelajar melakukan perkara OM1 hingga OM8. Objektif Pentaksiran
dikenal pasti berdasarkan objektif mata pelajaran. Konstruk (perkara yang hendak
ditaksir) dalam mata pelajaran Sains Tambahan ialah
OP1 : Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni serta mempamerkan
pengetahuan dan kemahiran melalui penyiasatan saintifik;
OP2 : Mengingat kembali pengetahuan Sains Tambahan;
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
OP3 : Menjelaskan pengetahuan Sains Tambahan untuk menyampaikan idea-idea
dalam konteks yang berkaitan
OP4 : Mengaplikasi pengetahuan Sains Tambahan dan kemahiran sains dan
teknologi untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam
pengurusan diri dan alam sekitar berlandaskan nilai murni secara kritis dan
kreatif
OP5 : Menganalisis suatu komunikasi dalam pelbagai cara dengan memilih dan
mengorgannisasikan maklumat tertentu dan berbincang secara jelas dan
munasabah tentang perkara dan isu berkaitaQ
OP6 : Kebolehan menilai maklumat dengan menggunakan pengetahuan Sains
Tambahan dan membuat keputusan secara objektif serta berfikiran terbuka
OP7 : Kebolehan mencipta dengan menggunakan pengetahuan Sains Tambahan
dan kemahiran saintifik secara bijaksana untuk menghasilkan keseluruhan
idea atau sesuatu yang baharu dan kreatif GDQ
OP8 : Memahami tentang aplikasi dan kepentingan pengetahuan Sains Tambahan
dalam meneruskan pendidikan lanjutan dan kerjaya dalam bidang STEM
7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DITAKSIR
7.1 Elemen yang ditaksir dalam mata pelajaran ini ialah:
Elemen 1 : Kemahiran Proses Sains [SST01]
Elemen 2 : Kemahiran Manipulatif [SST02]
Elemen 3 : Sikap Saintifik dan Nilai Murni [SST03]
Elemen 4 : Mengingat [PST01]
Elemen 5 : Memahami [KST01]
Elemen 6 : Mengaplikasi [KST02]
Elemen 7 : Menganalisis [KST03]
Elemen 8 : Menilai [KST04]
Elemen 9 : Mencipta [KST05]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
7.2 Senarai Elemen / Konstruk dan Aspek yang Ditaksir
KOD ELEMEN KOD ASPEK
ELEMEN ASPEK Memerhati
SST 0101 Mengelas
SST01 Kemahiran SST 0102 Mengukur dan Menggunakan Nombor
Proses Sains SST 0103 Membuat Inferens
SST 0104 Meramal
SST02 Kemahiran SST 0105 Berkomunikasi
Manipulatif SST 0106 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
SST 0107 Mentafsir Data
SST 0108 Mendefinisi Secara Operasi
SST 0109 Mengawal Pemboleh Ubah
SST 0110 Membuat Hipotesis
SST 0111 Mengeksperimen
SST 0112 Menggunakan dan Mengendalikan Peralatan Sains
dan Bahan
SST 0201 Mengendalikan Spesimen
Melakar Spesimen, Bahan dan Peralatan Sains
SST 0202 Membersihkan Peralatan Sains
SST 0203 Menyimpan Peralatan Sains dan Bahan
SST 0204
SST 0205
SST03 Sikap Saintifik SST 0101 Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni
dan Nilai Murni
PST01 Mengingat PST 0101 Perkara khusus atau spesifik
Pengetahuan tentang cara mengendalikan perkara
KST01 Memahami PST 0102 khusus atau spesifik
Pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak
KST02 Mengaplikasi PST 0103 Penterjemahan
KST 0101
KST03 Menganalisis KST 0102 Pentafsiran
KST 0103
KST04 Menilai KST 0104 Ekstrapolasi
KST05 Mencipta KST 0201
KST 0202 Pemahaman tentang perkara universal dan abstrak
KST 0301
KST 0302 Aplikasi pengetahuan Sains Tambahan
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
Analisis unsur-unsur
Analisis Perkaitan
KST 0401 Menilai berdasarkan evidens dalaman
KST 0501 Mencipta produk atau idea baharu
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
8.0 ARAS KESUKARAN ITEM
Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).
8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh
lebih 60% calon. (sebahagian besar calon).
8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40%
hingga 60% calon.
8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang
40% calon (sebahagian kecil calon).
9.0 FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran mata pelajaran Sains Tambahan menggunakan tiga instrumen iaitu;
9.1 4561/1 – Sains Tambahan Kertas 1 (Objektif)
9.2 4561/2 – Sains Tambahan Kertas 2 (Subjektif)
9.3 4561/3 – Sains Tambahan Kertas 3 (Ujian Amali)
Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN
2021 MATA PELAJARAN SAINS TAMBAHAN (4561)
Bil. Perkara Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3
(4561/1) (4561/2) (4561/3)
1 Jenis instrumen Ujian Bertulis Ujian Amali
• Subjektif Berstruktur • Tugasan Amali Berpandu
2 Jenis item Objektif Aneka Pilihan • Subjektif Respon Terhad • Tugasan Amali Tidak
• Subjektif Respon Terbuka Berpandu
Bahagian A: (60 markah)
• 8 item
(Jawab semua soalan)
3 Bilangan soalan 40 soalan (40 markah) Bahagian B: (20 markah) • 2 Tugasan Amali
(Jawab semua soalan) • 2 item
(Jawab satu soalan)
Bahagian C: (20 markah)
• 1 item
4 Jumlah Markah 40 markah 100 markah 30 markah
5 Konstruk • Mengingat • Mengingat • Mengingat, Memahami,
• Memahami • Memahami Mengaplikasi /
• Mengaplikasi • Mengaplikasi Mencipta
• Menganalisis • Menganalisis
• Menilai • Kemahiran Proses Sains
• Mencipta • Kemahiran Manipulatif
6 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit 1 jam 45 minit
7 Cakupan Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam
Konstruk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
(Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)
8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi
5:3:2
9 Kaedah Dikotomus Analitik
Penskoran
10 Alatan Kalkulator saintifik
Tambahan
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
10.0 CONTOH ITEM
10.1 Contoh item ialah contoh-contoh item yang telah disediakan untuk memberikan
idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang
ditaburkan pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian
spesifikasi ujian. Rujuk Lampiran 1, 2 dan 3.
10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian
yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi
ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
LAMPIRAN 1
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
SAINS TAMBAHAN
(4561)
CONTOH ITEM
4561/1 - SAINS TAMBAHAN KERTAS 1
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
1 What are the types of component in an ecosystem?
Apakah jenis-jenis komponen dalam suatu ekosistem?
A Water and soil
Air dan tanah
B Flora and fauna
Tumbuhan dan haiwan
C Biotic and abiotic
Biosis dan abiosis
D Temperature and light
Suhu dan cahaya
2 Diagram 1 shows the energy pyramid of a balanced food web.
Rajah 1 menunjukkan piramid tenaga bagi satu siratan makanan seimbang.
A
B
C
D
Diagram 1
Rajah 1
At which level A, B, C or D, is the producer?
Antara aras A, B, C or D, yang manakah merupakan pengeluar?
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
3 Which natural biotic resources can be obtained from an ecosystem?
Sumber biosis semula jadi manakah yang boleh diperoleh dari suatu ekosistem?
A Plant and animal
Tumbuhan dan haiwan
B Microbes and oxygen
Mikrob dan oksigen
C Fungi and sunlight
Fungi dan cahaya Matahari
D Soil and water
Tanah dan air
4 Diagram 2 shows the interaction between abiotic and biotic components in the marine
ecosystem.
Rajah 2 menunjukkan interaksi antara komponen abiosis dan biosis dalam ekosistem
laut.
Diagram 2
Rajah 2
Which of the following are the biotic components?
Antara berikut, yang manakah adalah komponen-komponen biotik?
A Sun, light and phytoplankton
Matahari, cahaya dan fitoplankton
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
B Heat, crab and big fish
Haba, ketam dan ikan besar
C Sun, light and heat
Matahari, cahaya dan haba
D Algae, zooplankton and shark
Alga, zooplankton dan ikan jerung
5 Diagram 3 shows human excretory organ.
Rajah 3 menunjukkan organ perkumuhan manusia.
Diagram 3
Rajah 3
What is the function of the organ?
Apakah fungsi organ itu?
A Produces urine
Menghasilkan air kencing
B Detects external stimuli
Mengesan rangsangan luar
C Removes undigested food
Menyingkirkan makanan tidak tercerna
D Removes carbon dioxide and water
Menyingkirkan karbon dioksida dan air
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
6 Diagram 4 shows structure of human nephron.
Rajah 4 menunjukkan struktur nefron manusia.
P
Q
R
Diagram 4
Rajah 4
What process occurs in P, Q and R?
Apakah proses yang berlaku di P, Q dan R?
P Q R
Reabsorption Secretion
A Ultra filtration Penyerapan semula Rembesan
Secretion Ultra filtration
Ultra turasan Rembesan Ultra turasan
Secretion Reabsorption
B Reabsorption Rembesan Penyerapan semula
Penyerapan semula Ultra filtration Secretion
Ultra turasan Rembesan
C Ultra filtration
Ultra turasan
D Reabsorption
Penyerapan semula
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
LAMPIRAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
SAINS TAMBAHAN
(4561)
CONTOH ITEM
4561/2 - SAINS TAMBAHAN KERTAS 2
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18
For FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Examiner’s
Section A
Use Bahagian A
1 Diagram 1 shows a marine ecosystem which consists of biotic and abiotic
components.
Rajah 1 menunjukkan ekosistem laut yang terdiri daripada komponen biosis dan
komponen abiosis.
Diagram 1
Rajah 1
(a) State one example of biotic and abiotic components as shown in Diagram 1.
Nyatakan satu contoh bagi komponen biosis dan komponen abiosis seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Biotic
Biosis : ………………………………………………………………………….
1(a)
Abiotic
Abiosis : ………………………………………………………………………...
[2 marks]
[2 markah]
1(b) (b) Based on Diagram 1, draw one food chain for this ecosystem.
Berdasarkan Rajah 1, lukis satu rantai makanan bagi ekosistem ini.
…………………………………………………………………………………..
[1 mark]
[1 markah]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
For
Examiner’s
(c) (i) What will happen to the population of marine plants if fishing activity Use
is extensively carried out?
Apa yang akan berlaku kepada populasi tumbuhan laut jika aktiviti 1(c)(i)
penangkapan ikan dijalankan secara berleluasa?
…………………………………………………………………………
[1 mark]
[1 markah]
(ii) Give one reason for the answer in 1(c)(i). 1(c)(ii)
Beri satu sebab bagi jawapan di 1(c)(i).
…………………………………………………………………………
[1 mark]
[1 markah]
(d) Human activities have damaged a marine park ecosystem. 1(d)
How does this ecosystem can be protected from further damages?
Aktiviti manusia telah merosakkan ekosistem sebuah taman laut.
Bagaimanakah ekosistem ini dapat dilindungi daripada terus mengalami
kerosakan?
…………………………………………………………………………………..
[1 mark]
[1 markah]
Total
A1
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
For
Examiner’s
Use
8 ABO system comprises of four types of blood groups. A person's blood group may be
O, A, B or AB.
Sistem ABO terdiri daripada empat jenis kumpulan darah. Kumpulan darah
seseorang itu mungkin daripada kumpulan O, A, B atau AB.
(a) (i) What is the blood group of universal donor? 8(a)(i)
Apakah kumpulan darah bagi penderma universal?
..................................................................................................................
[1 mark]
[1 markah]
(ii) Why this blood group is known as the universal donor? 8(a)(ii)
Mengapakah kumpulan darah ini dikenali sebagai penderma
universal?
..................................................................................................................
[1 mark]
[1 markah]
(b) Selvi has blood group A. She has lost a lot of blood in an accident. She needs
blood transfusion immediately.
Selvi mempunyai kumpulan darah A. Dia telah kehilangan darah yang banyak
dalam suatu kemalangan. Dia memerlukan pemindahan darah dengan segera.
Table 8 shows the result of blood test of three donors.
Jadual 8 menunjukkan keputusan ujian darah bagi tiga penderma.
Donor Blood group
Penderma Kumpulan darah
Ira O
Emmy B
Tony A
Table 8
Jadual 8
(i) Name one compatible donor. 8(b)(i)
Namakan seorang penderma yang sepadan.
..................................................................................................................
[1 mark]
[1 markah]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21
For FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Examiner’s
(ii) What will happen if Selvi receives blood from blood group B?
Use Apa akan berlaku jika Selvi menerima darah daripada kumpulan
darah B?
8(b)(ii)
..................................................................................................................
[1 mark]
[1 markah]
(c) A man is diagnosed of having a disease with the following symptoms:
Seorang lelaki telah dikenalpasti menghidap suatu penyakit dengan simptom-
simptom berikut:
• Blood in the urine
Kencing berdarah
• Swelling of the face and feet
Bengkak pada muka dan kaki
• High Blood pressure
Tekanan darah tinggi
8(c)(i) (i) Name the disease indicated by the symptoms.
Namakan penyakit yang ditunjukkan melalui simptom-simptom itu.
8(c)(ii)
..................................................................................................................
8(c)(iii) [1 mark]
Total
[1 markah]
A8
(ii) What should be done by the man to prevent the disease in 8(c)(i).
Apa yang perlu dilakukan oleh lelaki itu untuk mencegah penyakit di
8(c)(i).
..................................................................................................................
..................................................................................................................
[2 marks]
[2 markah]
(iii) Patients have taken precautionary measures such as 8(b)(ii), but the disease
continues. Suggest the next treatment should be taken by him.
Pesakit telah mengambil langkah pencegahan seperti 8(b)(ii), namun
penyakitnya masih berterusan.
Cadangkan langkah rawatan seterusnya yang perlu diambil olehnya.
..................................................................................................................
..................................................................................................................
[2 marks]
[2 markah]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 22
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Section B
Bahagian B
9 Diagram 9.1 shows the structures of sodium and chlorine atoms.
Rajah 9.1 menunjukkan struktur atom natrium dan atom klorin.
Diagram 9.1
Rajah 9.1
(a) Explain the process of ion formation for any one element in Diagram 9.1.
[2 marks]
Terangkan proses pembentukan ion bagi mana-mana satu unsur dalam Rajah
9.1
[2 markah]
(b) (i) A housewife uses common salt as seasoning in her cooking.
Describe the formation of the salt that has a chemical formula of NaCl.
[3 marks]
Seorang suri rumah menggunakan garam biasa sebagai bahan perasa
dalam masakannya.
Huraikan pembentukan garam itu yang mempunyai formula kimia
NaCl.
[3 markah]
(i) Sodium chloride is a stable compound. [1 mark]
How is the stability achieved? [1 markah]
Natrium klorida merupakan sebatian yang stabil.
Bagaimanakah kestabilan itu dicapai?
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 23
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
(c) In a steel plant, ion ore, Fe2O3 is heated in a furnace. Carbon monoxide, CO is
channeled into the furnace to produce iron metal.
Di kilang besi, bijih besi, Fe2O3 dipanaskan dalam relau. Gas karbon
monoksida, CO dialirkan ke dalam relau tersebut untuk menghasilkan logam
besi.
The chemical reaction occured is shown in a chemical equation below:
Tindak balas kimia yang berlaku itu ditunjukkan oleh persamaan kimia di
bawah:
Fe2O3 + 3CO → 2Fe + 3CO2
Determine the element which acts either as an oxidising agent or reducing
agent.
Explain your answer.
[2 marks]
Kenal pasti unsur yang bertindak sama ada sebagai agen pengoksidaan atau
agen penurunan.
Jelaskan jawapan anda.
[2 markah]
(d) Chemical cell is used to produce electrical energy. It has various uses in our
daily life. For example, lead acid accumulator is used to turn on the lights of
car. The accumulator consists of electrolyte, negative and positive terminals.
Sel kimia diguna untuk menghasilkan tenaga elektrik. Ia mempunyai pelbagai
kegunaan dalam kehidupan seharian. Contohnya, akumulator asid plumbum
digunakan untuk menyalakan lampu kereta. Akumulator terdiri daripada
elektrolit serta terminal positif dan terminal negatif.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 24
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
A group of students wants to participate in a school's science exhibition.
They intend to decorate their booth with coloured bulbs which use recycled
materials as power supply. To light the bulbs, chemical cells are built using
soft drink tin cans, copper wires from used electrical appliances and food
preservatives as electrolytes.
Sekumpulan murid ingin menyertai pameran sains sekolah. Mereka berhasrat
untuk menghias gerai pameran mereka dengan mentol-mentol berwarna yang
menggunakan bahan kitar semula sebagai bekalan tenaga. Untuk menyalakan
mentol-mentol tersebut, sel kimia dibina menggunakan tin minuman ringan,
wayar kuprum daripada peralatan elektrik yang terpakai dan bahan pengawet
makanan sebagai elektrolit.
(i) Describe the components needed in building a chemical cell and how
the recycled materials can be used as the components.
[6 marks]
Huraikan komponen-komponen yang diperlukan untuk membina sel
kimia dan bagaimana bahan kitar semula itu boleh digunakan sebagai
komponen- komponen tersebut.
[6 markah]
(ii) Explain the set-up of the recycled materials to build a functional
chemical cell.
[3 marks]
Terangkan susunan bahan kitar semula tersebut untuk membina sel
kimia yang berfungsi.
[3 markah]
(iii) The chemical cell built may produce a very low potential difference
and unable to light the bulbs.
Explain how the potential difference can be increased to supply
adequate energy to light all the bulbs.
[3 marks]
Sel kimia yang dibina mungkin menghasilkan beza keupayaan yang
sangat rendah dan tidak dapat menyalakan mentol-mentol itu.
Terangkan bagaimana beza keupayaan boleh dipertingkatkan untuk
membekalkan tenaga yang mencukupi bagi menyalakan mentol-mentol
tersebut.
[3 markah]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 25
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Section C
Bahagian C
11 Diagram 11 shows two metal blocks, A and B, of the same mass but different specific
heat capacity.
Rajah 11 menunjukkan dua blok logam, A dan B, yang mempunyai jisim yang sama
tetapi muatan haba tentu yang berbeza.
Diagram 11
Rajah 11
(a) What is the meaning of specific heat capacity? [2 marks]
Apakah maksud muatan haba tentu? [2 markah]
(b) The metals blocks are heated under the same condition using the same
quantity of heat energy for 10 minutes. It is found that the temperature of
metal block A is higher than metal block B.
Explain why.
[4 marks]
Blok-blok logam itu dipanaskan dalam keadaan yang sama menggunakan
kuantiti tenaga haba yang sama selama 10 minit. Suhu blok logam A didapati
lebih tinggi daripada suhu blok logam B.
Terangkan mengapa.
[4 markah]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 26
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
(c) By referring to the specific heat capacity, which metal in Diagram 11 is more
suitable to be used to make a frying pan?
Explain why.
[4 marks]
Merujuk kepada muatan haba tentu, logam yang manakah pada Rajah 11
yang lebih sesuai digunakan untuk membuat kuali?
Terangkan mengapa.
[4 markah]
(d) A doctor takes the patient's body temperature using a mercury thermometer.
Explain how the patient's temperature can be determined
[6 marks]
Seorang doctor mengambil suhu badan seorang pesakit menggunakan
termometer merkuri. Terangkan bagaimana suhu pesakit tersebut dapat
ditentukan.
[6 markah]
(e) The mass of metal block B is 500 g.
Calculate the amount of heat energy used to heat up metal block B from 290C
to 650C
[Given, Specific heat capacity = 386 Jkg-1 0C-1; Q = mcθ]
[4 marks]
Jisim blok logarn B ialah 500 g.
Hitung jumlah tenaga haba yang digunakan untuk memanaskan blok logam B
daripada 290C kepada 65 0C.
[Diberi, Muatan haba tentu = 386 Jkg-1 0C-1; Q = mcθ]
[4 markah]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 27
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
LAMPIRAN 3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
SAINS TAMBAHAN
(4561)
CONTOH ITEM
4561/3 - SAINS TAMBAHAN KERTAS 3
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 28
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
SULIT
SENARAI AWAL
FIRST LIST
SENARAI RADAS DAN BAHAN
APPARATUS AND MATERIALS
JUMLAH KESELURUHAN RADAS DAN BAHAN
YANG DIPERLUKAN BAGI 20 CALON PER SIDANG
TOTAL APPARATUS AND
MATERIALS NEEDED FOR 20
CANDIDATES PER SESSION
JUMLAH MAKSIMUM SIDANG IALAH 4
THE MAXIMUM NUMBER OF SESSION IS 4
A Senarai Awal Radas / Bahan
Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan / radas berikut:
Bil Radas / Bahan Kuantiti
1. Ladung bersaiz 2.0 cm diameter 1 set / calon per sidang
2. Jisim berslot 1 set / calon per sidang
3. Sel kering / Bateri 2 unit / per calon per sidang
4. Pemegang sel kering /Bateri 2 slot 1 unit / per calon per sidang
5. Wayar penyambung 50 cm bersama klip buaya 3 set / per calon per sidang
6. Rod karbon 8 cm bersama pemegangnya 2 batang / per calon per sidang
7. Ammeter berjulat 0 – 1.0 ampere 1 unit / per calon per sidang
8. Ammeter berjulat 0 - 5.0 ampere 1 unit / per calon per sidang
9. Voltmeter berjulat 0 - 1.0 volt 1 unit / per calon per sidang
10. Voltmeter berjulat 0 - 5.0 volt 1 unit / per calon per sidang
11. Bikar 100 ml 4 unit / per calon per sidang
12. Bikar 50 ml 4 unit / per calon per sidang
13. Silinder penyukat 50 cm3 1 unit / per calon per sidang
14. Silinder penyukat 10 cm3 1 unit / per calon per sidang
15. Tabung uji 2 unit / per calon per sidang
16. Penyepit 1 unit / per calon per sidang
17. Forsep 1 unit / per calon per sidang
18. Spatula 1 unit / per calon per sidang
19. Kepingan zink 1 keping / calon
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 29
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
20. Kepingan kuprum 1 keping / calon
21. Rod kaca 2 batang / calon per sidang
22. Mentol 2.5 V 2 unit / calon per sidang
23. Kain pengelap / tisu 1 helai / per calon per sidang
24. Air suling 1 botol / per calon per sidang
25. Kepingan papan lapis bersaiz 3 cm x 3 cm 2 keping / per calon per sidang
26. Benang 100 cm / per calon per sidang
27. Kaki retort dan pemegang 1 set / per calon per sidang
28. Jam randik 1 unit / per calon per sidang
29. Pembaris 1 meter 1 unit / per calon per sidang
30. Protraktor 1unit / per calon per sidang
* Sila rujuk Bahagian B untuk cara persediaannya.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 30
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
SULIT
SENARAI AKHIR
FINAL LIST
RADAS DAN BAHAN
APPARATUS AND MATERIALS
JUMLAH KESELURUHAN RADAS DAN BAHAN YANG
DIPERLUKAN BAGI 20 CALON PER SIDANG
TOTAL APPARATUS AND
MATERIALS NEEDED FOR 20
CANDIDATES PER SESSION
JUMLAH MAKSIMUM SIDANG IALAH 4
THE MAXIMUM NUMBER OF SESSION IS 4
A Senarai Akhir Radas / Bahan
Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan / radas berikut:
Bil Radas / Bahan Kuantiti
1. Larutan P [dilabel pada bikar 250 ml] * 100 ml/ per calon per sidang
2. Larutan Q [dilabel pada bikar 250 ml] * 100 ml/ per calon per sidang
3. Larutan R [dilabel pada bikar 250 ml] * 100 ml/ per calon per sidang
4. Larutan S [dilabel pada bikar 250 ml] * 100 ml/ per calon per sidang
5. Wayar penyambung 50 cm bersama klip buaya 3 set/ per calon per sidang
6. Rod karbon 8 cm bersama pemegangnya 2 batang/ per calon per sidang
7. Ammeter berjulat 0 – 1.0 ampere 1 unit / per calon per sidang
8. Bikar 100 ml 4 unit / per calon per sidang
9. Silinder penyukat 50 cm3 1 unit / per calon per sidang
10. Sel kering 2 unit / per calon
11. Pemegang sel kering 1 set / per calon per sidang
12. Kain pengelap / tisu 1 helai / per calon per sidang
13. Air suling 1 botol/ per calon per sidang
14. Kepingan papan lapis bersaiz 3 cm x 3 cm 2 unit / per calon per sidang
15. Ladung bersaiz 2.0 cm diameter 1 unit / per calon per sidang
16. Benang 100 cm / per calon
17. Kaki retort dan pemegang 1 set / per calon per sidang
18. Jam randik 1 unit / per calon per sidang
19. Pembaris 1 meter 1 unit / per calon per sidang
20. Protraktor 1 unit / per calon per sidang
* Sila rujuk Bahagian B untuk cara persediaannya.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 31
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
B Arahan Persediaan
1 Bahan P
Larutkan 117.0 g pepejal natrium klorida ke dalam 1000 cm3 air suling. Campuran
digoncang untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan
Larutan P.
2 Bahan Q
Larutkan 360.0 g gula pasir ke dalam 1000 cm3 air suling. Campuran digoncang untuk
mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan Larutan Q.
3 Bahan R
Campurkan 92.0 cm3 cecair etanol ke dalam 1000 cm3 air suling. Campuran
digoncang untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan
Larutan R.
4 Bahan S
Larutkan 322.0 g pepejal zink sulfat ke dalam 1000 cm3 air suling. Campuran
digoncang untuk mendapatkan larutan homogen.Larutan ini hendaklah dilabelkan
Larutan S.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 32
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
SULIT
C Arahan Khas
1 Bagi Sidang Kedua dan seterusnya, Penyelia Mata Pelajaran hendaklah
memastikan supaya semua radas bersih dan disusun semula seperti pada
permulaan Sidang Pertama.
2 Tujuan Amali Sains Tambahan ini untuk mengetahui sama ada calon boleh
menjalankan sendiri kerja amali yang senang. Pemeriksa sedar ada kalanya
seseorang calon mungkin tidak dapat menunjukkan kebolehan amalinya
kerana dia tidak dapat memahami sebahagian daripada butir-butir dalam teori
bagi eksperimen itu. Untuk mengatasi kesukaran ini, Penyelia Mata Pelajaran
diminta memberi bayangan kepada calon yang tidak boleh meneruskan
kerjanya dan kemudian membuat laporan tentang segala bantuan yang telah
diberi. Satu catatan hendaklah dibuat pada Borang Laporan tentang sebarang
bantuan yang diberi kepada calon dengan menyatakan nombor kad pengenalan
dan angka giliran calon berkenaan.
Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memberitahu Ketua Pengawas Berkecuali
supaya membuat pengumuman berikut sebelum sidang bermula.
“Pemeriksa tidak mahu anda membuang masa kerana tidak dapat meneruskan
eksperimen. Oleh itu sesiapa yang tidak boleh meneruskan eksperimen selepas
cuba membuatnya selama 15 minit, bolehlah berjumpa Ketua Pengawas
Berkecuali dan meminta pertolongan. Saya akan melaporkan kepada
Pemeriksa tentang sebarang bantuan yang diberi dan sedikit markah mungkin
dipotong”.
3 Penyelia Mata Pelajaran dikehendaki menjalankan eksperimen dalam Soalan 2
bagi tiap-tiap sidang dan merekodkan semua bacaan Jadual 2 dalam ruang
yang disediakan di halaman 9.
4 Penyelia Mata Pelajaran dinasihatkan menggunakan kaedah yang betul dan
mengutamakan langkah keselamatan semasa menjalankan persediaan.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 33
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
SENARAI BAHAN DAN RADAS
LIST OF MATERIALS AND APPARATUS
ARAHAN:
Anda tidak dibenarkan bekerja dengan radas bagi lima belas minit pertama. Tempoh ini
hendaklah digunakan untuk menyemak senarai radas, membaca soalan dan merancang
eksperimen yang akan dijalankan. Tandakan (/) pada ruangan kotak yang disediakan untuk
menyemak bahan dan radas yang disediakan dan dibekalkan.
INSTRUCTION:
You are not allowed to work with apparatus in first fifteen minutes. This period is used to
check the apparatus list, read the questions and plan the experiment which is carried out.
Mark (/) in the box provided to check the material and apparatus prepared and supplied.
SENARAI SEMAK CALON
SOALAN 1: ADA (√) / TIADA (X)
QUESTION 1: YES (√) / NO (X)
BIL BAHAN ATAU RADAS
NO MATERIALS AND APPARATUS
1 Larutan akues sebatian P
Compound P aqueous solution
2 Larutan akues sebatian Q
Compound Q aqueous solution
3 Larutan akues sebatian R
Compound R aqueous solution
4 Larutan akues sebatian S
Compound S aqueous solution
5 Ammeter (0 – 1.0 ampere)
Ammeter (0 – 1.0 ampere)
6 Bikar 100 ml
Beaker 100 ml
7 Silinder penyukat 50 cm3
Measuring cylinder 50 cm3
8 2 Rod karbon
2 Carbon rods
9 2 Sel kering dan pemegang sel kering
2 Dry cells with battery holder
10 3 Dawai penyambung dengan klip buaya
3 Connecting wire with crocodile clips
11 Air suling
Distilled water
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 34
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
SOALAN 2: ADA (√) / TIADA (X)
QUESTION 2: YES (√) / NO (X)
BIL BAHAN ATAU RADAS
NO MATERIALS AND APPARATUS
1 Ladung
Pendulum bob
2 Kaki retort dan pemegangnya
Retort stand and clamp
3 Jam randik
Stop watch
4 Benang (100 cm)
Thread (100 cm)
5 2 kepingan papan lapis bersaiz 3 cm x 3 cm
2 pieces of plywood 3 cm x 3 cm
6 Pembaris meter
Metre rule
7 Protraktor
Protractor
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 35
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Soalan 1
Question 1
(a) Larutan gula dan larutan garam merupakan contoh sebatian kovalen dan
sebatian ion yang digunakan dalam kehidupan seharian. Seorang pelajar ingin
menguji kekonduksian elektrik bagi dua jenis larutan tersebut.
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan hasil yang telah dijalankan.
Sugar and salt solution are example of covalent and ionic compound which are
used in daily life. A student wants to test the electrical conductivity of these two
solutions.
Diagram 1.1 and 1.2 shows the result of the test.
Larutan gula
Sugar solution
Rajah 1.1
Diagram 1.1
Larutan garam
Salt solution
Rajah 1.2
Diagram 1.2
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 36
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Jelaskan pendapat anda berdasarkan pemerhatian pada mentol dalam rajah di
atas.
Explain your opinion based on the observation of the bulb in the above diagram.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
[2 markah]
[ 2 marks ]
(b) Anda dikehendaki menjalankan satu eksperimen untuk mengelaskan P, Q, R dan
S kepada sebatian ion dan sebatian kovalen.
You are going to carry out an experiment to classify P, Q, R and S into ionic
and covalent compound.
Radas dan bahan yang digunakan ialah larutan akues sebatian P, larutan akues
sebatian Q, larutan akues sebatian R, larutan akues sebatian S, bikar 100 ml,
silinder penyukat 50 cm3, ammeter, 2 batang rod karbon, 3 wayar penyambung
bersama klip buaya, 2 sel kering serta pemegangnya dan air suling.
The apparatus and materials used are aqueous solution of compound P, Q, R
and S, 100 ml beaker, 50 cm3 measuring cylinder, ammeter, 2 carbon rods, 3
connecting wire with crocodile clips, 2 dry cells with battery holder and
distilled water.
Berikut ialah prosedur eksperimen tersebut:
The following are the procedure of the experiment:
(i) Dengan menggunakan silinder penyukat, sukatkan 50 cm3 larutan akues
sebatian P dan masukkan ke dalam bikar 100 ml.
Using a measuring cylinder, measure 50 cm3 aqueous solution
compound P and
pour into 100 ml beaker.
(ii) Celupkan kedua-dua rod karbon ke dalam bikar tersebut.
Dips both carbon rods into the beaker.
(iii) Pastikan kedua-dua rod itu tidak bersentuhan antara satu sama lain.
Make sure the rods do not touch to each other.
(iv) Lengkapkan litar seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.3.
Complete the circuit as shown in Diagram 1.3.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 37
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Rod karbon
Carbon rods
Larutan akues sebatian P
Aqueous solution compound P
Rajah 1.3
Diagram 1.3
(v) Perhati dan rekodkan pesongan jarum ammeter.
Observe and record the deflection of the ammeter needle.
(vi) Buang larutan ke dalam sinki. Bilas bikar, silinder penyukat dan kedua-
dua rod karbon dengan air suling.
Pour out the solution into the sink. Rinse the beaker, the measuring
cylinder and both carbon rods with distilled water.
(vii) Ulang eksperimen itu dengan menggunakan larutan akues sebatian Q,
larutan akues sebatian R dan larutan akues sebatian S.
Repeat the experiment using aqueous solution of compounds Q, R and
S.
(b) Bina satu jadual untuk merekod keputusan eksperimen di atas.
Construct a table to record the result of the above experiment.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 38
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
[3 markah]
[3 marks]
(c) Kelaskan sebatian P, sebatian Q, sebatian R dan sebatian S kepada sebatian ion
dan sebatian kovalen.
Classify the aqueous solutions of compound P, Q, R and S to ionic and covalent
compound.
Sebatian ion Sebatian kovalen
Ionic compound Covalent compound
[2 markah]
[2 marks]
(d) Nyatakan definisi secara operasi bagi sebatian ionik.
State the operational definition of ionic compound.
……………………………………………………………………………………..
[1 markah]
[1 mark]
(e) Cadangkan satu bahan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan karbon
sebagai elektrod.
Suggest another substance which can be used to replace carbon as an electrode.
….…………………………………………………………………………….......
[1 markah]
[1 mark]
(f) Nyatakan satu ciri bagi sebatian ion.
State one other properties of ionic compound.
…………………………………………………………………………………......
[1 markah]
[1 mark]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 39
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Soalan 2
Question 2
[20 markah]
[20 marks]
(a) Rajah 2.1 menunjukkan dua buah buaian di taman permainan. Tali buaian A
lebih pendek daripada tali buaian B.
Diagram 2.1 shows two swings in a playground. The length of swing A is shorter
than swing B.
Rajah 2.1
Diagram 2.1
Anda ingin bermain buaian tersebut di taman permainan. Cadangkan buaian
manakah menjadi pilihan anda dan terangkan sebabnya berdasarkan pemboleh
ubah dan hipotesis.
You are going to play the swing in the playground. Suggest which swing would
you choose and explain the reason based on the variable and hypothesis.
……………………….……………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
[5 markah]
[5 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 40
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
(b) Anda dikehendaki untuk melakukan langkah-langkah berikut untuk membuktikan
pilihan anda di 2(a) adalah betul.
You are ask to carry out the following steps to prove your choice in 2(a) is correct.
(i) Ikat ladung pada satu hujung benang. Ukur panjang bandul, l = 70.0 cm.
Tie one end of the pendulum bob with a thread. Measure the length of pendulum,
l = 70.0 cm.
(ii) Apitkan hujung benang tadi dengan menggunakan dua kepingan papan lapis
pada pengapit kaki retort seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.
Clamp the other end of the thread with two pieces of plywood to a retort stand as
show in Diagram 2.2.
(iii) Sesarkan ladung itu pada sudut 20o kemudian lepaskan.
Displace the pendulum bob at the angle of 20o then release it.
(iv) Rekodkan masa bagi 10 ayunan lengkap dengan menggunakan jam randik.
Record the time for 10 complete oscillations by using a stop watch.
(v) Ulang langkah (iv). Hitung purata masa, t bagi 10 ayunan lengkap.
Repeat step (iv). Calculate the average time, t for 10 complete oscillations.
(vi) Hitung tempoh, T dengan menggunakan rumus T = dan hitung nilai T2.
Calculate the period, T with using a formula T = and calculate value of T2.
(vii) Ulang eksperimen dengan menggunakan panjang bandul, l = 60.0 cm, 50.0 cm,
40.0 cm dan 30.0 cm.
The experiment is repeated using different length of pendulums, l = 60.0 cm,
50.0 cm, 40.0 cm and 30.0 cm.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 41
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
Rajah 2.2
Diagram 2.2
(c) (i) Lengkapkan Jadual 2 di bawah:
Complete Table 2 below:
Panjang Masa bagi 10 ayunan Tempoh,T (s)
bandul, l Time for 10 oscillation Period, T (s)
Length of
pendulum, l [t/10] T2 (s2)
(cm)
t1 (s) t2 (s) Purata, t (s)
Average, t (s)
Jadual 2
Table 2
[5 markah]
[5 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 42
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
(ii) Berdasarkan Jadual 2, lukis graf T2 melawan panjang, l pada kertas graf yang
disediakan.
Based on Table 2, plot a graph T2 against length, l on the graph paper provided.
[3 markah]
[3 marks]
(d) Berdasarkan graf yang anda lukis di 2(c)(ii),
Based on the graph drawn in 2(c)(ii),
(i) Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen itu.
State the conclusion of the experiment.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
[1 markah]
[1 mark]
(ii) Tentukan masa untuk 1 ayunan lengkap jika panjang benang yang digunakan itu
55.0 cm.
Determine the time of 1 complete oscillations if the length of thread used is 55.0
cm.
………………………………………………………………………………..........
……………………………………………………………………………………
[3 markah]
[3 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 43
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
(e) Dengan menggunakan radas yang sama seperti di 2(b)(i) dan objek tambahan
yang sesuai, lukis sususan radas berlabel yang digunakan untuk mendapatkan
tempoh ayunan yang lebih singkat.
By using the same apparatus as in 2(b)(i) and suitable additional object, draw a
labelled set-up apparatus diagram which you used to get the shorter period of
oscillation.
[3 markah]
[3 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 44
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 45
SENARAI KOD ELEMEN, ELEMEN
ASPEK, PEN
DAN K
BAGI MATA PELAJA
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
N, PENERANGAN ELEMEN, KOD ASPEK,
NERANGAN ASPEK
KRITERIA ASPEK
ARAN SAINS TAMBAHAN
46
SENARAI KOD ELEMEN, ELEMEN, PENERANGAN ELEMEN
ASPEK BAGI MATA PELAJARAN SAINS TAMBAHAN
KOD ELEMEN : SST01
ELEMEN : Kemahiran Proses Sains
PENERANGAN ELEMEN : Kebolehan menggunakan
membuat inferens, meram
mentafsir data, mendefinis
mengeksperimen semasa m
KOD ASPEK ASPEK PENERANG
SST 0101 Memerhati Menggunakan deria pe
pendengaran, sentuha
mencerap maklumat te
fenomena
SST 0102 Mengelas Mengenalpasti, menga
mengumpulkan objek a
SST 0103 Mengukur dan kepada kumpulan mas
menggunakan berdasarkan kriteria ter
sifat sepunya
Mengumpul maklumat
dengan menggunakan
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4
FORMAT PENTAKSIRAN SAINS TAMBAHAN
N, KOD ASPEK, ASPEK, PENERANGAN ASPEK DAN KRITERIA
s
kemahiran memerhati, mengelas, mengukur menggunakan nombor,
mal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa,
si secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan
menjalankan kajian atau penyiasatan sains.
GAN ASPEK KRITERIA ASPEK
englihatan, 01 Kebolehan mengumpul dan mempamerkan
an, rasa, bau untuk maklumat secara kualitatif dengan
entang objek dan menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa, bau dengan
betul
asingkan dan 01 Kebolehan mengenal pasti, mengasingkan dan
atau fenomena mengumpulkan objek atau fenomena kepada
sing-masing kumpulan masing-masing berdasarkan ciri
rtentu seperti ciri atau sepunya atau sifat sepunya yang betul
secara kuantitatif 01 Kebolehan mengumpul maklumat secara
nombor dan / atau kuantitatif dengan menggunakan nombor
47