The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengenalan Teori : Seni Visual
Pengenalan Seni Visual
Bidang Seni Visual (Pengkaryaan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg SK, 2024-02-10 20:50:33

Pengenalan Seni Visual

Pengenalan Teori : Seni Visual
Pengenalan Seni Visual
Bidang Seni Visual (Pengkaryaan)

CIKGU SK P u s a t T i n g k a t a n E n a m ( P T E ) S e m e s t e r 1 S M K L u b o k C h i n a , M e l a k a Pengenalan Teori Seni Visual Tajuk : Pengenalan Seni Visual Bidang Seni Visual (Pengkaryaan)


PENGENALAN SENI VISUAL APRESIASI SENI VISUAL MENGENALI DAN MEMAHAMI Pengertian Seni Visual Bidang Seni Visual 1. Pengkaryaan 2. Perekaan Pengertian Pengkaryaan Pengertian Perekaan Seni Halus : Lukisan Catan Arca Cetakan Fotografi Seni Digital a. KomunikasiVisual : Grafik Multimedia Animasi Laman web b. Reka BentukTeknologi : Industri Fesyen Seramik Logam Halus Tekstil c. Reka Bentuk Persekitaran : Landskap Hiasan dalaman


APRESASI SENI VISUAL A Pengertian Seni Visual 1.1 Pengertian Seni Visual 1.1.1 Ekspresi atau ciptaan yang mempunyai nilai keindaham 1.1.2 Objek yang ada ciri kreatif yang dihasilkan pelukis atau pandai tukang 1.1.3 Bersifat 2D / 3D yang berfungsi atau mempunyai makna, kreativiti dan nilai estetik 1.2 Bidang Seni Visual 1.2.1 Pengkaryaan : makna, kreativiti dan nilai estetik 1.2.1 Perekaan : fungsi, kreativiti dan nilai estetik B Peranan Seni Visual C Penaungan Seni


1. Pengkaryaan Bidang Seni Visual


Bidang seni visual 1. pengkaryaan [ mempunyai ciri kreativiti, mengutamakan makna dan nilai estetik ] Perkara Makna A. Lukisan Karya yang dihasilkan menggunakan garisan Wujudkan rupa, bentuk, jalinan, cahaya, bayang Dan menggunakan media kering. B. Catan Proses melukis menggunakan bahan pewarna Yang disapu di atas sesuatu permukaan dengan Teknik tertentu. Media yang digunakan bahan basah C. Arca Merupakan satu objek dua atau tiga dimensi, mempunyai isi padu atau jisim yang boleh memenuhi konsep ruang, masa dan tempat. D. Cetakan Proses terapan blok keatas sesuatu permukaan. Pengahsilan karya boleh diulang.


Lukisan Fakta Huraian A. Makna Karya yang dihasilkan menggunakan garisan wujudkan rupa, bentuk, jalinan,cahaya dan bayang ] D. Jenis Lukisan 1. Pengkaryaan 2. Perekaan C. Alat Dan Bahan Pensil, arang, marker, pastel dll [ media kering ]. B. Teknik Crosshatching, hatching, blending dll.


• Lukisan juga merupakan persediaan asas sebelum catan, arca, cetakan dan lain-lain. • Menggunakan media kering : pensel, pensel warna, charcoal, pen, warna pastel, marker dan lain-lain. • Teknik lorekan : hatching, crosshatching, blending, pointilism Lukisan


• Lakaran perspektif satu titik lenyap, dua titik lenyap dan tiga titik lenyap. Kaedah Melukis


• Lakaran struktur objek dan kaedah lorekan.


• Calon diuji dalam kemahiran penyelesaian masalah yang berkaitan dengan aspek pengamatan terhadap hubungan objek seperti bentuk, kedudukan objek, kadar banding, jalinan, pencahayaan, pengolahan ruang dan suasana. • Calon diuji berpandukan seting yang disediakan seperti objek semula jadi (sejadi) dan objek buatan manusia. Calon seharusnya dapat mengaplikasi aspek formal seperti kesesuaian media, Teknik, unsur seni dan prinsip rekaan dalam lukisan. Lukisan berdasarkan Seting


Contoh Proses Lukisan Seting.


Contoh lakaran untuk seting dan gubahan.


Contoh lakaran untuk seting dan gubahan.


LUKISAN BERDASARKAN GUBAHAN ▪ Pada bahagian ini calon akan diuji berasaskan kajian objek dan bahan yang disediakan. ▪Kemahiran calon akan diuji mengikut isu dan permasalahan yang dikemukakan ▪ Calon perlu memanipulasikan sifat objek dalam gubahan yang baharudengan gaya imitasi dan stailisasi menerusi beberapa kajian dan perkembangan idea melalui lakaran yang dilorek dengan kesan cahaya dan bayang


KAJIAN REKA CORAK TEKSTIL ▪Imej alam semula jadi daun keladi berlubang (Leaf Monstera) yang distailisasikan untuk reka corak


▪Untuk lukisan gubahan pula, calon perlu mengaplikasikan Teknik lukisan. ▪Gubahan pula perlu dikembangkan dengan gaya dan kaedah yang sesuai dengan aspek yang dikaji. ▪Bahagian ini menjelaskan bagaimana daun keladi yang berlubang digayakan dalam bentuk geometrical supaya mudah dilukis dan diwarnakan. ▪Untuk melukis imej sama berulang kali calon boleh menggunakan kertas minyak (tracing paper) atau manila kad untuk dijadikan blok yang boleh digunakan berulangkali dengan saiz yang sama.


Lukisan seting / gubahan [ alam semula jadi / objek buatan manusia ] Memahami pelbagai teknik lakaran dan lorekan [ hatching, cross hatching dan blending ] Lukisan


Memahami pelbagai teknik lakaran dan lorekan : rendering , hatching dan crosshatching


Memahami pelbagai teknik lakaran dan lorekan : rendering [ hatching dan crosshatching ]


Catan : Fakta Huraian Makna Menggunakan bahan basah pewarna disapu pada permukaan untuk meluahkan perasaan, mewujudkan rupa, bentuk, jalinan dengan kreativiti pengkarya ] Aliran Naturalisme, Realisme, Impressionisme, Kiubisme, Ekspressionisme, Abstrak, Pop Art dll. Teknik Impasto, titik, dry brush, basah atas basah dll.


Perbandingan lukisan dengan catan Catan Lukisan media basah media kering peralatan berus, pallet dll peralatan pensil, arang dll teknik impasto, basah atas basah dll teknik blending, hatching dll


• Melalui catan pelukis dapat meluahkan perasaan dan kepekaan dengan apa yang berlaku yang akhirnya dizahirkan dalam bentuk catan. • Pelukis juga dapat membuat komen social, menghayati keindahan, merakam persekitaran atau peristiwa yang diolah dengan daya kreativiti, pengalaman serta kemahiran pengkarya dengan gaya tertentu menggunakan alat, media dan Teknik yang sesuai. • Contoh : cat minyak, cat air, akrilik, gouche, media campuran dll. Catan


Contoh catan


Contoh catan (cat air)


3. Arca Fakta Huraian Makna Objek 2 atau 3 dimensi yang mempunyai isipadu yang boleh memenuhi konsep ruang, masa dan tempat. Jenis Kinetik, stabail, mobail, replika, binaan, luakan, cantuman, dinding dll. Fungsi Mercu tanda, hiasan, daya penarik, kegunaan dan nilai estetik


A. Arca Berfungsi • Arca jenis ini biasanya boleh digunakan disamping memperlihatkan nilai estetiknya. • Arca ini lebih kepada idealisasi kerana ada kaitan dengan kepercayaan, keagamaan dan spiritual. Contoh : Arca di kuil / tokong yang mempunyai imej figura / fauna. • Arca alat permainan kanak-kanak di taman rekreasi B. Arca Estetika • Arca ini hanya memaparkan nilai keindahan sahaja. • Ia tidak mempunyai fungsi tertentu, sekadar untuk mengindahkan persekitaran. • Arca ini biasanya terdapat di taman, kawasan peranginan dan galeri. Jenis-jenis Arca


A. Arca Berfungsi B. Arca Estetika Contoh Arca


A. Arca Luakan • Diperbuat daripada bongkah kayu, plaster of paris, tanah liat dan batu. • Kebiasaannya, bahan diukir dengan peralatan yang khas seperti pahat, kapak, pemukul, gergaji dan alat pengukir. • Proses mengukir dan membuang bahagian yang tidak diperlukan daripada blok bahan. Bentuk Arca


B. Arca Asemblaj • Arca ini adalah hasil cantuman daripada bahan-bahan yang terbuang. • Kebiasaannya perngarca akan mengubah suai bahan yang diperoleh dan dicantumkan menggunakan teknik tertentu seperti kimpalan (welding). • Hasil gabungan daripada pelbagai bahan mewujudkan satu struktur dan bentuk baharu yang mempunyai makna dan nilai estetik. Bentuk Arca


C. Arca Binaan • Arca ini menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk dibina, ditambah atau dicantum. • Arca ini boleh dihasilkan dengan menggunakan dua teknik iaitu berkerangka dan tidak berkerangka. • Bahan yang digunakan seperti logam, baru, kayu, simen dan sebagainya. Bentuk Arca


D. Arca Acuan • Arca ini dihasilkan menggunakan acuan khas untuk membentuknya. • Arca acuan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. • Bahan yang digunakan adalah cair dan akan keras mengikut masa tertentu seperti simen, plastik, logam, tanah liat dan plaster of paris. Bentuk Arca


E. Arca Bergerak • Arca ini dikenali juga dengan arca kinetik • Bahagian hujungnya yang bersambung seperti sendi membolehkannya berputar atau bergerak. • Bahan yang digunakan untuk membuatnya adalah daripada bahan yang ringan seperti kepingan logam, papan, dawai, kain dan kadbod. Bentuk Arca


F. Arca Relief / Timbulan • Arca ini ialah gabungan ciri-ciri catan dan arca. • Kebiasaannya kelihatan timbul daripada permukaan dua dimensi mewujudkan permukaan seperti bentuk 3D. • Bahan yang digunakan adalah kepingan kayu, plaster of paris dan batu yang dilorek dengan pahat atau alat pengukir. • Hanya dapat dilihat pada bahagian hadapan sahaja. Bentuk Arca


G. Arca Stabil / Stabail • Boleh berdiri dengan sendiri. Kedudukannya seimbang di atas sesuatu permukaan. • Bahan dicantumkan antara satu sama lain dengan Teknik yang sesuai. Adakalanya arca ini boleh digerakkan • Bahan digunakan adalah daripada bahan terbuang yang digunakan semula. Bentuk Arca


H. Arca Dinding • Kebiasaanya direka hasil gabungan catan dan arca. Ada Kawasan yang timbul dan juga berlekuk (tenggelam). • Struktur / rekaan arca dinding dilakarkan secara sistematik. Apabila dilihat dari hadapan ia kelihatan seperti catan dan dari sisi ia kelihatan menyerupai arca. • Karya ini menggunakan bahan media campuran yang boleh dicantumkan seperti papan, pelekat, cat dll. Bentuk Arca


I. Arca Replika • Merupakan arca yang menyerupai imej harian yang dijadikan mercu tanda / daya penarik sesuatu tempat. Objek dibuat secara realistik. • Arca ini biasanya terdapat di taman,Kawasan peranginan dan galeri. Bentuk Arca


J. Arca Instalasi • Memerlukan ruang yang luas kerana ia gabungan pelbagai bentuk arca. • Arca yang pelbagai bentuk disusun dengan konsep tertentu untuk menyampaikan mesej. • Arca instalasi juga dikenali sebagai seni persembahan / pemasangan. Bentuk Arca


K. Arca Elektronik • Arca elektronik menggunakan tenaga elektrik atau motor. • Penjanaan kuasa dapat membantu pergerakan arca tersebut. • Hasil kemajuan sains dan teknologi, ramai pengarca mula menggunakan computer / alat kawalan jauh untuk mengawal pergerakan arca tersebut. Bentuk Arca


4. Cetakan Fakta Huraian Makna Proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan Jenis / Teknik 1. Cetakan timbul - cetakan lino dan kayu 2. Cetakan benaman - intaglio, hatching. 3. Cetakan datar - lithography 4. Cetakan stensil - cetakan skrin guna profilem saring sutera dll.


• Cetakan ialah proses terapan blok atau plat atas sesuatu permukaan. • Mempunyai pelbagai kelebihan kerana hasilnya boleh dilakukan berulang-kali yang disebut edisi. • Hasil cetakan yang terbaik ditulis AP (Artis proof). • Contoh cetakan kolagraf : https://youtu.be/jIBhc2krv9U • Contoh cetakan lino : https://youtu.be/ZjHCuGkFyxQ Cetakan


Perbandingan Pengkaryaan dengan perekaan Pengkaryaan Perekaan mempunyai ciri kreativiti, mengutamakan makna dan nilai estetik mempunyai ciri kreativiti, mengutamakan fungsi dan nilai estetik


Soalan struktur 1. a. Jelaskankan pengertian seni visual.. ..................……………………………...………………………… b. Jelaskankan pengertian seni visual dari aspek pengkaryaan. ..................……………………………...………………………… c. Jelaskan empat bidang utama yang terdapat di dalam bidang pengkaryaan : i. ................................……………………………...……………… ii. .................................................................................................. iii. ..................……………………………...………………………… iv. ..................……………………………...…………………………


Click to View FlipBook Version