LnP03.04 KABEL DAN SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI Unit Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Arau
ISI KANDUNGAN Mengenalpasti sistem pendawaian elektrik fasa tunggal : Pendawaian Permukaan / Surface Wiring Pendawaian Tersembunyi / Concealed Wiring Pendawaian Pembuluh (Konduit) / Conduit Wiring Pendawaian Sesalur / Trunking Wiring SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI Unit Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Arau
PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI MALAYSIA SISTEM PENDAWAIAN •Takrif - Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik termasuklah pengalir penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesori –aksesori elektrik . •Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis-jenis perlindungan mekanikal ,keadaan pemasangan dan jenis – jenis penebat kabel yang digunakan. •Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah- kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul dibawah semua keadaan. SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
FAKTOR PEMILIHAN Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan . Sebaliknya sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara pekara –pekara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut 1)Jenis beban yang hendak dipasang 2)Keadaan tempat pemasangan 3)Kos perbelanjaan 4)Tempoh ketahanan pemasangan 5)Kekemasan dan kecantikan 6)Keadaan sekeliling 7)Tempoh masa menyiapkan 8)Perubahan atau penambahan litar 9)Jenis voltan bekalan 10)Keselamatan dan kelulusan TNB/JKR SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI MALAYSIA
JENIS-JENIS SISTEM PENDAWAIAN •Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai dibawah ini seperti yang dinyatakan ,ia bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi . •Berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan: 1)Sistem permukaan 2)Sistem tersembunyi 3)Sistem penyokong katenari 4)Sistem konduit 5)Sistem sesalur 6)Sistem salur 7)Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum 8)Sistem kabel penebatan mineral pelapik plumbum SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI MALAYSIA
PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabelkabel di gunakan dalam satu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan . SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
CIRI-CIRI PEMILIHAN •Berikut adalah beberapa ciri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian permukaan 1)Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal 2)Banggunan diperbuat daripada kayu atau batu 3)Kos perbelanjaan murah 4)Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit 5)Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang 6)Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian 7)Kadar kuasa beban yang dipasang kecil SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING
JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN •Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut •Ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal . •Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah kabel bersalut pvk atau getah. SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING
KAEDAH PEMASANGAN KABEL •Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip kepermukaan dinding atau siling . •Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada jenis logam .Bagi pendawaian permukaan yang dibuat dibangunan batu atau simen kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau siling •Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong •Jarak maksimum diantara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk pada jadual ( 1a ) SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING Jenis Pendawaian Ringkas Terdapat 6 jenis pendawaian ringkas iaitu : (a) Pendawaian Menegak Jarak antara klip plumbum untuk pendawaian menegak ialah 100mm hingga 120mm (b) Pendawaian Melintang Jarak antara klip plumbum untuk pendawaian melintang ialah 120mm hingga 150mm.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING Jenis Pendawaian Ringkas (c) Pendawaian Bengkok 90° (d) Pendawaian Simpang 3.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING Jenis Pendawaian Ringkas (e) Pendawaian Simpang 4
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING Jenis Pendawaian Ringkas (f) Double Offset 135°
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING Jarak maksimum bagi klip Garis pusat Kabel getah tanpa perisai pvk atau plumbum - bersalut Kabel beperisai Kabel penebat mineral salut kuprum Ke atau salut aluminium seluruh an umum Dalam kawalan Kabel 1 Mendatar 2 Memugak 3 Mendatar 4 Memugak 5 Mendatar 6 Memugak 7 Mendatar 8 Memugak 9 Mm 9 9 15 15 20 20 40 Mm 250 300 350 400 Mm 400 400 450 550 Mm 150 Mm 250 Mm 350 400 450 Mm 450 550 600 Mm 600 900 500 Mm 800 1200 2000 Jadual ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel yang dibawa.Sebagai amalan baik, maksima 12 kabel boleh diklipkan bersama.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN 1)Jenis-jenis beban yang hendak dipasang. - Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhan dan sebagainya. 2) Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan. - Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya. 3) Harga pendawaian. - Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi. 4) Tempoh ketahanan pemasangan. - Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang lama atau pendek. Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem pendawaian.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN 5) Keadaan khusus . - Keadaan khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat pemasangan itu seperti keadaan berasap, lembap, panas, berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan yang salah boleh membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna. 6) Masa menyiapkan. - Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika disiapkan lewat daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu diambil kira. 7) Tambahan litar atau perubahan litar. - Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan sesuatu jenis sistem pendawaian yang mudah ditambah atau diubah bagi litar itu perlulah diteliti.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PERMUKAAN / SURFACE WIRING PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN 8) Kekemasan dan kecantikan. - Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan kecantikan bangunan, pemasangan sistem pendawaian yang kemas perlulah dilakukan. 9) Voltan bekalan . - Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai, A.T.,A.U. dan besar atau kecilvoltannya, boleh memberikan perbezaan cara pendawaian. Sebagai contoh pendawaian bagi voltan lampau rendah tidak boleh disatukan dengan pendawaian voltan rendah. Oleh kerana itu pemilihan sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI / CONCEALED WIRING Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang didalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM TERSEMBUYI 1)Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa 2)Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen 3)Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik 4)Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan 5)Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak 6)Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama 7)Kadar kuasa beban yang dipasang kecil JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan berkantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat: - pendawaian tersembunyi menggunakan konduit : kabel pvk - pendawaian tersembunyi tanpa konduit : kabel pvk/pvk
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING KAEDAH PEMASANGAN KABEL •Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang di bangunkan atau bangunan sudah siap. •Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan kondiut hendaklah diletakkan sebelum dinding di “plaster”. Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian di lakukan . •Jika bangunan itu telah siap proses memecah dinding konkrit hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut dan ketebalan kabel yang hendak ditanam. •Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 1 inci ialah kedalamannya 1 ½ inci dan bagi kondiut berukuran ¾ inci kedalaman lurah dinding ialah 1 ¼ inci. •Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel ia biasanya berukuran antara ½ inci hingga ¾ inci juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING PENDAWAIAN TERSEMBUNYI DENGAN MENGGUNAKAN KONDIUT PENDAWAIAN TERSEMBUNYI TANAM KABEL
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI / CONCEALED WIRING KEBAIKAN - KEBAIKAN PENDAWAIAN TERSEMBUNYI: •Pendawaian jenis ini lebih kemas KEBURUKAN – KEBURUKAN PENDAWAIAN JENIS INI: •Apabila ada kerosakan sukar untuk di perbaiki •Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel •Sukar untuk dikesan apabila berlakunya kerosakan.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI / CONCEALED WIRING LARIAN KABEL •Dimana kabel perlu melepasi siling melalui lubang yang dibuat menggunakan bahan tahan api (fire barrier) untuk mengelak kemerebakan kebakaran. •Hujung konduit dipasang dengan sesendal getah / pvc bagi mengelakkan kabel luka semasa kerja penarikan kabel dilakukan. •Larian kabel diatas kayu lantai atau siling mestilah bersesuaian bagi mengelakan kerosakan kabel disebabkan sentuhan lantai atau siling. •Kabel yang menerusi sambungan kayu mestilah melalui lubang sekurangkurangnya 50mm dari atas atau bawah sambungan kayu
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING Peralatan-peralatan untuk membuat alur atau lurah adalah seperti berikut :- 1. Tukul ( Club Hammer ) • Ianya juga dikenali sebagai tukul ‘lump’ atau ‘mesh’ dan digunakan untuk mengetuk bantalan atau pahat sejuk untuk memotong bata . • Hujung kepala tukul direncongkan dan mempunyai berat di antara 1.13 kg hingga 1.36 kg 2. Pahat besi (Cold Chisel) • Ianya digunakan untuk memotong batu dan bahan-bahan sepertinya, memotong dan memangkas paip saliran, genting lantai atau dinding. • Ia diperbuat daripada besi tempa, berbentuk bulat atau lapan segi dengan satu hujung sebagai matanya dimana bentuk dan ukurannya mengikut kerja yang dilakukan. • Jangan biarkan kepala pahat menjadi kembang kerana ia bole menyebabkab berlakunya kecederaaan kepada diri sendiri dan untuk keselamatan asah semula mengikut bentuk cendawan sehingga rata semula.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING TEKNIK MELEPA ALUR PENDAWAIAN TERSEMBUNYI •Setelah kerja-kerja pendawaian dipasang secara tersembunyi ini siap dilaksanakan, kerja-kerja penyudah mestilah dilakukan. •Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan motar kompo. •Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tersembunyi,pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan . •Oleh itu nisbah bancuhan perlu ditentukan untuk kesesuai dalam melepa alur pendawaian konduit tersembunyi. 1) Penyediaan Bahan Lepaan • Kerja-kerja melepa alur pendawaian tersembunyi ini merupakan satu kerja yang paling mustahak. Salah satu cara membancuh motar ini ialah dengan menggunakan tangan. • Penggunaan mesin pembancuh hanya untuk kerja-kerja pembinaan besar, sedang kerja-kerja lepaan alur ini adalah kerja kecil sahaja. Bahan-bahan yang digunakan untuk lepaan ini ialah simen Portland, kapur dan pasir • Membancuh bahan lepaan (motar) boleh dilakukan disuatu permukaan rata samaada diatas lantai, atau permukaan tanah yang bersih, atau diatas platform dari papan lapis dan sebagainya. • Kadar nisbah bancuhan motar ini ialah 1:1:4 (1 simen: 1kapur : 4 pasir halus). • Gaulkan kesemua bahan ini dengan menggunakan sekop (showel) sehingga betul-betul sebati. Setelah itu masukkan air secukupnya dan bersesuaian dengan keadaan motar yang diperlukan. Seterusnya kerja-kerja “Plaster” boleh dilakukan.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING 2) Sekop ( Showel ) Diperbuat daripada logam dengan pemegang kayu dan digunakan untuk mencedok bahan-bahan seperti pasir , simen , tanah dan lain-lain. 3) Teknik Melepa & Peralatan •Kemahiran kerja-kerja melepa amatlah perlu. Disamping teknik-tenik kerja yang betul, penggunaan peralatan yang sesuai perlulah diketahui. • Peralatan lepaan yang biasa diguna ialah seperti iron float (perata logam) wood float (perata kayu) Hawk (samaada jenis kayu, plastik atau logam) dan trowel (sudip). •Kegunaan peralatan tersebut adalah seperti berikut:
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING 4) Hok ( Hawk ) Diperbuat daripada papan berukuran 230 mm x 230 mm dengan satu pemegang dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya dan digunakan untuk meletak motar semasa membuat lipaan. 5) Sudip Bata Sudip bata digunakan untuk menerap bata . Ukurannya adalah di antara 229mm hingga 356 mm panjang . Cara kegunaannya : Mengambil motar dari papan motar meletakkan pada hawk. Melepa pada lurah yang hendak dilepa.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/ CONCEALED WIRING 6) Kayu Perata ( Floats ) Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-kerja kemasan untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin kepada lepa 7) Perata Logam Perata Logam digunakan untuk kerja-kerja lepaan yang besar. Bagi kerja-kerja lepaan lurah, iron float ini sekada untuk kerja-kerja melicin permukaan lepaan.
PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING Sistem pendawaian ini di gunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia,misalnya di kilang-kilang, makmal, bengkel dan sebagainya. Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi. SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING Kebaikan :- Pembuluh/konduit boleh dijadikan pengalir pelindung litar. Mudah untuk di ubahsuai bentuk permukaan atau di buat tambahan. Tahan lama:dapat mengelakkan daripada kebakaran. Kabel tidak mudah cacat. Kelemahan :- Perbelanjaan yang mahal berbanding pendawaian permukaan. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Bentuk tidak kemas (cantik). Memerlukan pekerja mahir. Memerlukan alat-alat dan alat tambahan khas. Akan merosakkkan bangunan jika pemasangan ini di buat sesudah bangunan disiapkan.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING KONDUIT TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS:- • Konduit Logam. • Konduit Bukan Logam. KONDUIT LOGAM Terdapat berbagai-bagai jenis logam yang dijadikan konduit antaranya termasuklah keluli tolok ringan, keluli mudah lentur, aluminium dan kuprum. KONDUIT KELULI TOLOK BERAT (KELAS B) •Konduit jenis ini mampu menahan bahaya kerosakan mekanik yang lebih kuat,ia tidak mudah kemik,pecah atau bengkok. •Sambungan konduit ini sesamanya atau pada suatu alat dibuat secara cantuman berpateri,memejal terus atau skru bebenang. •Saiz piawai garis pusat adalah 16mm(1/2 inci),20mm(3/4 inci) serta 25mm(1 inci) dan panjang secara rawak 4-80 meter (12 kaki).
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING Kelemahan konduit jenis ini: Sukar untuk memperolehi keterusan bumi yang berkesan sekiranya sambungan itu di buat secara skru bebenang. Hanya dapat dibengkokkan dengan menggunakan alat khas. Bilangan pelana(saddle) penyokong dan pekerja perlu ditambah kerana konduit ini berat. Harganya lebih mahal. Tempoh menyiapkkannya lebih lama. Tidak cantik jika dipasang di permukaan. Kelebihan konduit jenis ini: Tahan lasak. Memberikan perlindungan mekanik yang berkesan. Alat-alat pelengkapnya tahan lasak. Dapat digunakan ditempat berair atau mudah meletup,terbakar,berkimia,berhabuk serta lembab. Dapat ditanam secara terus ke bumi.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING KONDUIT BOLEH LENTUR (FLEXIBLE CONDUIT) Pada keselurujannya konduit ini dibuat daripada logam tetapi ada juga yang bersarungkan PVC bagi kegunaan ditempat-tempat yang berminyak. Kegunaan :- 1)Sambungan bagi penghujung beban-beban yang bergerak atau ditempat-ditempat yang bebannya selalu diubah suai 2)Untuk pemasangan konduit yang sukar dibuat dengan menggunakan konduit biasa. 3)Mudah dibentuk bergantung kepada penggunaannya. Material :- 1)Keluli galvani bertolok ringan. 2)Bergelung pilin dan berkait punca antaranya 3)Kalis air 4)Bahan PVC 5)Sambungan konduit ini kepada konduit biasa dibuat melalui penyesuai(adaptor)
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING Kelemahan :- 1)Tidak sesuai bagi pemasangan yang memerlukan perlindungan mekanikal yang baik. 2)Boleh melebihi 1 meter (mengikut peraturan yang ditetapkan) Kebaikan :- 1)Tidak perlu mengadakan pengalir pelindung litar bagi konduit kerana ia tidak dianggap logam keseluruhannya. 2)Dapat mengelakkan daripada merebaknya kebakaran kerana ia merupakan sambungan yang putus-putus. 3)Pemasangan yang cepat,tidak perlu bengkokkan dan bebenang. 4)Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki tanpa alat khas(aksesori) 5)Konduit kecil boleh disambungkan dengan melalui pengganding teles. Jika hendak menyambungkan ke konduit bersaiz besar, boleh menggunakan kelongsong.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT. Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang pendawaian terutamanya kerana ianya : 1)Memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai punca kerosakan mekanikal yang banyak 2) Hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik 3) Memudahkan penambahan litar pada masa akan datang 4) Boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu satu fasa atau tiga fasa 5) Dapat memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih apabila sistem dipasang
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN. Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut ( bertebat ) atau tanpa salut ( tanpa tebat) JENIS-JENIS CONDUIT. •Terdapat 3 jenis konduit yang biasa digunakan iaitu konduit logam tolok berat , konduit logam tolok ringan dan konduit boleh lentur . •Di antara ketiga-tiga jenis konduit , konduit logam tolok berat (Heavy Gauge ) pada umumnya digunakan secara meluas sebagai satu sistem pendawaian . •Manakala konduit bukan logam bahannya adalah diperbuat daripada polivinil klorid dan bagi konduit boleh lentur ( Flexsible Core ) pula digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik . •Saiz nominal konduit pula ialah 16 mm , 20 mm dan 32 mm . •Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang diperlukan sewaktu pemasangan dan ini perlulah dirujuk daripada jadual 12A , 12B , 12C dan 12D Peraturan IEE ( Edisi 16 ).
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING CARA-CARA PEMILIHAN SAIZ NOMINAL KONDUIT 1)Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya tidak lebih 3 meter perlu rujuk pada jadual 12A dan 12B. - pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12A - campurkan ke semua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor konduit daripada jadual 12B - saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel 2) Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang larian yang mengandungi bengkok atau offset. - pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12C - campurkan kesemua konduit daripada jadual 12D mengikut panjang larian dan jumlah bengkok serta offset dalam larian - saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING KAEDAH PEMASANGAN KABEL 1.Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di kedua-dua penghujung. 2.Apabila kerja-kerja bebenang siap pada kesemua konduit yang diperlukan , sambungkan konduit tersebut mengikut keperluan dengan menggunakan aksesori tertentu ( sesiku , tee dan sebagainya ) dan pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar . 3.Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah di rujuk daripada jadual 11C . 4.Setelah kesemua kerja pemasangan siap barulah kerja menyalurkan kabel dijalankan. 5.Pastikan kabel-kabel daripada satu litar di masukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang sama ia adalah bertujuan untuk menggelakkan daripada terhasilnya aruhan di sekeliling konduit tersebut.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING PERKAKAS-PERKAKAS UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING PERKAKAS-PERKAKAS UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING AKSESORI-AKSESORI UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING AKSESORI-AKSESORI UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT.
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING KOTAK BULAT PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING KOTAK BULAT PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING PERATURAN ELEKTRIK DAN KESELAMATAN DALAM PENDAWAIAN KONDUIT. 1) Semua konduit mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel ke dalamnya dengan ini masalah kesukaran pendawaian ini dapat diatasi. 2) Semua alat kelengkapan jenis pemeriksa seperti sambungan tee , sesiku dan kotak simpang mestilah dipasang pada kedudukan yang mudah dicapai bagi tujuan pemeriksaan atau pendawaian semula. 3) Bilangan kabel maksimum yang dimuatkan ke dalam konduit boleh ditentukan daripada pemilihan saiz nominal konduit dengan merujuk kepada jadual 12A , 12B , 12C dan 12D . 4) Jejari dalam bagi setiap selekoh konduit mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali garis pusat luar conduit dan tidak kurang daripada 4 x garis pusat kabel yang terbesar dalam pemasangan itu.Ini berdasarkan kehendak Jadual 12A hingga 12D dan 52C. 5) Faktor ruangnya hendaklah tidak lebih daripada 40% dan dapat dikira dengan formula ini : Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas kabel pemasangan Luas keratan rentas dalam conduit
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN PEMBULUH (KONDUIT) / CONDUIT WIRING PERATURAN ELEKTRIK DAN KESELAMATAN DALAM PENDAWAIAN KONDUIT. 5) Hujung konduit yang tajam mestilah dibersihkan dan gunakan pvc brush untuk menggelakkan daripada kabel rosak. 6) Bagi konduit jenis logam , mestilah dibumikan dan setiap sambungan samada jenis skru atau klam mestilah mempunyai keselanjaran elektrik yang baik. 7) Kabel dalam konduit yang membawa arus ulang alik mestilah dipasang supaya semua fasa bagi satu litar masuk ke dalam konduit yang sama. 8) Konduit bukan logam boleh digunakan jika konduit itu boleh tahan suhu sekeliling ( ambient temperature ) 9) Apabila lampu dipasang pada konduit bukan logam ia mestilah ditentukan bahawa suhu ambiennya tidak melebihi 60 0 C dan beratnya tidak lebih 3 kg. 10) Apabila pemasangan konduit terdedah kepada bahaya kerosakan mekanikal yang terlalu banyak perlindungan tambahan perlu diadakan. 11) Apabila konduit boleh lentur digunakan untuk sambungan peralatan elektrik , ia mestilah mempunyai satu kabel tambahan untuk pengalir kelanjaran pembumian
PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI • Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut. • Dalam sistem palang bas sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan palang bas. • Biasanya, sistem pendawaian sesalur ini tidak boleh bersendirian tetapi perlu dibantu oleh sistem – sistem pendawaian yang lain bersama – samanya untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang di tempat yang sesuai dengan kedudukan beban. • Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan sesalur yang demikian dinamakan sesalur bucu dinding. • Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu pemasangan yang besar. Di samping itu sistem ini juga dapat memberikan perlindungan mekanik yang baik.