The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengenalpasti jenis-jeins kabel untuk pendawaian elektrik serta asas pendawaian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Digital Library GIATMARA Labuan, 2023-09-12 04:35:41

Kabel dan asas Pendawaian elektrik

Mengenalpasti jenis-jeins kabel untuk pendawaian elektrik serta asas pendawaian

Keywords: pendawaian elektrik

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING • Sistem pendawaian ini biasa digunakan apabila saiz kabel yang hendak dibawanya melebihi 10 mm² dan bilangannya banyak. • Oleh sebab sukar membengkokkannya, perancangan yang teliti perlu dibuat agar perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang selurus – lurusnya. • Beberapa alat tambah pemasangan sesalur hendaklah disediakan bagi memudahkan kerja – kerja pemasangan, antaranya termasuklah offset, selekoh bengkokkan sudut tepat, cabang tee dan sebagainya. • Dengan adanya alat tambah ini kerja – kerja pemasangan akan menjadi lebih mudah. • Sekarang sistem sesalur atas amat popular digunakan di bangunan bengkel, makmal atau kilang kerana mudah membuat pindaan pendawaian ke peralatan dan kelengkapan. Jarak penyokong kabel sesalur hendaklah mematuhi Jadual dibawah.


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING Luas keratan rentas sesalur Jarak maksimum di antara penyokong Logam Penebat Mendatar Menegak Mendatar Menegak mm² > 300 , ≤ 700 > 700 , ≤ 1500 > 1500 , ≤ 2500 > 2500 , ≤ 5000 > 5000 m 0.75 1.25 1.75 3.0 3.0 m 1.0 1.5 2.0 3.0 3.0 m 0.5 0.5 1.25 1.75 1.75 m 0.5 0.5 1.25 2.0 2.0 Ruang di antara penyokong untuk sesalur kabel Saiz biasa sesalur ini ialah di antara 38 X 38 mm hingga ke 300 X 150 mm. Panjangnya pula ialah di antara 2 meter hingga 4 meter.


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN SESALUR Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa Bangunan besar dan bertingkat Memerlukan pemasangan kabel yang banyak Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih Memerlukan keselamatan ke atas kabel


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING Apabila penyaluran pada ruang sisi, kabel – kabel hendaklah diikat bagi mengelakkan daripada terkeluar ketika penutup sesalur dibuka. Pemasangan sesalur secara menegak, ikatan hendaklah dibuat pada setiap penyangga kabel bagi mengelakkan berat kabel memusat pada satu tempat sahaja. Dengan sistem penyaluran, kabel – kabel disusun dengan kemas seperti mana dalam Jadual di bawah. KAEDAH PEMASANGAN SESALUR Sesalur dibahagikan kepada bahagian kotak saluran dan penutup. Sistem pemasangan dibuat dengan memasang terlebih dahulu bahagian kotak penyaluran di permukaan dinding atau gantungan mengikut penghalaan pendawaian. Setelah kotak penyaluran siap dipasang, barulah kerja – kerja meletakkan kabel ke dalamnya dilakukan. Apabila kabel telah siap diletakkan dan segala ikatan serta tamatan punca – punca dilakukan, kemudiannya barulah penutup dipasangkan. Semua jenis kabel boleh digunakan untuk pemasangan ini. Peraturan Elektrik telah menetapkan faktor ruang sebanyak 45 %. Memilih saiz nominal sesalur supaya tidak melebihi had pemasangan boleh dirujuk kepada jadual faktor sesalur dan faktor kabel.


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING Jenis pengalir Luas keratan rentas mm² Faktor Padu 1.5 2.5 7.1 10.2 Berlembar 1.5 2.5 4 6 10 8.1 11.4 15.2 22.9 36.3 Jadual faktor kabel bagi sesalur Jadual faktor untuk sesalur Dimensi sesalur ( mm ) Faktor 50 X 37.5 767 50 X 50 1037 75 X 25 738 75 X 37.5 1146 75 X 50 1555 75 X 75 2371 100 X 25 993 100 X 37.5 1542 100 X 50 2091 100 X 75 3189 100 X 100 4252


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING KEBAIKAN SISTEM PEMASANGAN SESALUR. Dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan. Kerja pemasangannya cepat. Perlindungan mekaniknya baik. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya. KEBURUKAN SISTEM PEMASANGAN SESALUR. Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membelinya. Ramai pekerja mahir diperlukan. Mudah dimasuki habuk dan kotoran. Sukar dibawa dan dipasang. Kelihatan tidak ekmas kerana sesalur terjojol keluar seperti beroti. Tempat sesalur ini hendak dipasang, hendaklah dirancang dengan teliti. Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja iaitu tidak berliku – liku


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING •Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan – bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar akhir dan banyak bahaya mekanik. •Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : 1) Sistem palang bas sesalur atas 2) Sistem palang bas sesalur memanjat 3) Sistem sesalur bucu dinding


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING SISTEM PALANG BAS SESALUR ATAS. Sistem ini serupa dengan sistem palang bas sesalur memanjat; bezanya hanyalah dari segi kedudukan. Sistem ini ditempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas. Biasanya sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur. Sistem ini kerap kali diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan titik lampu agar pemasangan lampu itu dapat dipasang terus ke sistem palang bas sesalur atas ini. Sebagaimana sistem yang telah disebutkan terdahulu, sistem ini juga memerlukan bantuan sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban yang tidak berada pada perjalanannya. Sistem pendawaian yang biasa berganding dengan sistem ini ialah sistem pendawaian pembuluh.


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING SISTEM PALANG BAS SESALUR MEMANJAT. Sistem ini dipasang pada tempat yang menegak. Ia kerap digunakan di rumah bertingkat – tingkat sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat. Kadar kemampuan arus sistem ini ialah kira – kira 300 A. Panjang setiap sesalur memanjat ini ialah kira – kira 4 – 5 meter. Apabila sesalur ini dilalukan melalui lantai setiap tingkat, dalam sesalur itu hendaklah diadang pada setiap aras lantai dengan bahan tahan kebakaran seperti serabut kaca. Tebal serabut ini kira – kira 5 – 8 cm. Palang bas yang terdapat di dalam sesalur ini disokong oleh asbestos. Palang bas yang berada pada pengadang di setiap aras lantai hendaklah dimasukkan ke dalam kelongsong penebat bagi memberikan ruang untuk palang bas itu dapat mengembang dan mengecut. Pengadang ini disediakan bagi tujuan mengelakkan kebakaran yang berlaku di sesuatu tingkat daripada merebak ke tingkat lain. Sistem pendawaian palang bas sesalur memanjat tidak boleh berdiri dengan sendiri ( digunakan terus ) untuk membekalkan arus ke beban. Sistem ini memerlukan bantuan sistem – sistem pendawaian lain seperti sistem pendawaian pembuluh sebelum ia dapat membekalkan bekalan ke beban – beban yang dikehendaki.


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM SISTEM PENDAWAIAN SESALUR MENGIKUT PERATURAN ELEKTRIK 1) Logam salur atau bahan penebat dan sesalur hendaklah dipasang dengan kemas dan jika terdapat kemungkinan kerosakan mekanika , perlindungan secukupnya perlu dibuat . 2) Pembinaan sesalur hendaklah daripada logam atau bahan yang tidak boleh terbakar yang mengandungi unsur-unsur penebat. 3) Kabel A.U yang diletakkan ke dalam salur keluli atau sesalur hendaklah dikumpulkan mengikut fasa bersama-sama dawai neutral jika ada , di dalam satu salur atau sesalur yang sama. 4) Dari pangkal hingga ke hujung sesuatu atau sesalur hendaklah bebas daripada menyerapi air atau mestilah dilindungi daripada kemasukan air . Semua penutup hendaklah dikemaskan selepas pendawaian dibuat . 5) Semua punca kabel yang dikeluarkan daripada sistem salur , setiap sambungan dalam sistem ini dan setiap sambungan antara sistem dengan salur konduit , hendaklah dibuat dengan kemas dan kuat supaya kabel tidak tercalar semasa ia ditarik nanti .


SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI PENDAWAIAN SESALUR / TRUNKING WIRING PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM SISTEM PENDAWAIAN SESALUR MENGIKUT PERATURAN ELEKTRIK 6) Setiap sudut pada logam salur tertutup atau bahan penebat hendaklah mempunyai jejari dalam mengikut peraturan hendaklah tidak kurang daripada 2.5 x paksi kecil bagi salur segiempat . Setiap selekoh dalam salur konkrit ( sama ada dibuat dengan menggunakan saluran atau ditempat yang asal selepas konkrit dibuat) hendaklah mempunyai jejari dalam yang ukurannya tidk kurang daripada 4 x diameter salur yang telah siap . 7) Salur hendaklah diletakkan di dalam konkrit dalam keadaan baik sebelum ditutup dengan bahan konkrit di tempat penarikan kabel . Ketebalan jejari di sekeliling salur yang sudah siap hendaklah tidak melebihi 15 mm pada setiap punca . Pada salur , yang diperbuat daripada konkrit , kabel bertebatkan getah , beranyam atau kabel sebatian atau yang mempunyai salutan p.v.k. yang tidak boleh dimasukkan ke dalam salur ini .jika kabel p.v.k. berperisai digunakan untuk salur jenis ini , di tempat yang berkemungkinan berlakunya lembapan , kabel itu hendaklah mempunyai lapisan luar yang bertebatkan p.v.k. 8) Jumlah kabel yang boleh dimasukkan dalam salur hendaklah mempunyai ruang kelegaan bagi memudahkan kabel ditarik dan menggelakkan kerosakkan kabel . faktor ruang bagi sesalur hendaklah tidak melebihi 35% . Ini hanya dipakai jika lebih bilangan kabelnya perlu dikurangkan .Pengecualian untuk larian yang pendek dan lurus seperti kotak agihan , faktor ruang bolehlah ditingkatkan. 9) Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam salur atau sesalur hendaklah mempunyai faktor ruang yang tidak melebihi 45% .


Click to View FlipBook Version