PSVK3252 PENGAJIAN KURIKULUM Institut Pendidikan Guru
PENDIDIKAN SENI VISUAL Kampus Temenggong Ibrahim
E-PORTFOLIO PELAN
BILIK SENI VISUAL
CHAI XIN PING
5 PISMP MT 2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1-3
2.0 Koleksi Gambar Contoh Susunan Bilik Seni 4-6
3.0 Koleksi Gambar Contoh Pelan Susunan Kelas PAK21 7-9
4.0 Koleksi Gambar Contoh Susunan dan Penyimpanan Alat dan Bahan serta Pengurusan Hasil 10-16
Kerja Murid
5.0 Ciri-ciri Bilik Seni 17-22
6.0 Pengurusan Bilik Seni 23-27
7.0 Lakaran Reka Bentuk Pelan Lantai Bilik Seni 28-34
8.0 Pilihan Akhir Reka Bentuk Pelan Lantai Bilik Seni 35-51
9.0 Hasil Akhir Reka Bentuk Bilik Seni secara 3 Dimensi 52-53
10.0 Rumusan 54-55
11.0 Rujukan 56-58
12.0 Aplikasi yang Digunakan untuk Menghasilkan Portfolio 59
13.0 Pautan Flipbook Portfolio 60
1.0
PENGENALAN
1
Pengenalan
Bagi konteks pengajaran dan pembelajaran(PdP) Pendidikan Seni Visual, bilik Seni Visual merupakan aspek utama
dalam kelangsungan pembelajarannya. Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan
pembelajaran kanak-kanak. Marjorie Schiller(1995) telah menyatakan bahawa bilik dan seni melambangkan cara
kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Oleh itu, pentingnya mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif di sekolah terutamanya di kawasan bilik khas iaitu bilik Seni Visual yang
dijadikan tempat menimba ilmu murid-murid untuk menghasilkan karya dan meningkatkan tahap penguasaan
murid dalam aspek kognitif, psikomotor dan afektif.
Untuk memastikan bilik Seni Visual berada dalam keadaan selesa dan dapat menarik perhatian murid, pengurusan
bilik seni menjadi salah satu aspek yang penting. Hal ini bertujuan untuk mencapai matlamat Pendidikan Seni
Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengurusan bilik Seni Visual juga harus mengambil kira
pelbagai aspek seperti pengudaraan dan pencahayaan yang baik, susun atur kerusi meja yang bersesuaian dengan
keluasan bilik serta suasana yang selesa yang dapat menjadi daya tarikan dan sumber ilham kepada murid dan
guru, bahkan kepada seluruh masyarakat dan pelawat yang datang. Bilik Seni Visual juga seharusnya dihiasi dengan
gambar-gambar yang dapat mencetuskan idea serta pemikiran kreatif murid-murid. Guru juga perlu mempamerkan
hasil karya murid sebagai motivasi dan penghargaan. Untuk menguruskan bilik Seni Visual yang kondusif,
pentingnya sebuah pelan bilik Seni Visual yang teratur, tersusun dan sistematik perlu direka untuk memberikan
penjelasan dan gambaran berkenaan kedudukan sebenar bilik Seni Visual yang dipecahkan kepada beberapa sudut.
2
Pelan bilik seni yang dihasilkan mestilah memenuhi aspek-aspek pembelajaran abad ke-21 dari segi susunan tempat
duduk, murid dan peralatan kekal yang lain supaya dapat disesuaikan dengan aktiviti seni dalam keempat-empat
bidang PSV iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf
tradisional. Menurut Mohd Johari dan Hamzah Laza(2013), susun atur ruangan bilik seni memberikan satu solusi
kepada guru dalam membuat keputusan sama ada bilik tersebut bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan
semasa PdP. Oleh itu, dalam merancang susunan kekal bilik Seni Visual dalam pelan, ruang-ruang dalam bilik seni
perlulah dibahagikan bagi memudahkan pergerakan PdP dan murid-murid dapat menjalankan aktiviti yang
berkenaan dengan selesa dan selamat. Rohani dan Nani(2003) juga menyatakan bahawa ruang dalam bilik darjah
seharusnya dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan murid nampak lebih jelas pilihan ruang
bagi menjalankan aktiviti tertentu. Oleh itu, guru perlu bijak merancang susunan dan pemilihan bentuk perabot
seperti meja dan kerusi yang akan mempengaruhi keluasan sesebuah bilik supaya tidak menghalang pergerakan
murid-murid di dalam bilik. Selain daripada susunan bilik, penyediaan tempat penyimpanan alatan dan bahan juga
amatlah penting untuk kemudahan pengambilan alatan dan kekemasan bilik seni seperti bilik stor atau almari.
Setiap bilik seni juga perlu disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerken hasil
kerja murid. Tempat pembersihan seperti singki juga perlu disediakan untuk memudahkan murid-murid
membersihkan alatan seperti berus.
3
2.0
Koleksi Gambar
Contoh Susunan
Bilik Seni
4
Sumber: Sumber:
https://m.facebook.com/smktr14/posts/sekitar- https://anisfaqihah4258.blogspot.com/2019/06/b
bilik-seni-smktr-kredit-kpd-cg-hamidah-suratman- ab-8-pengurusan-bilik-pembelajaran.html
/1358131174278372/
5
Sumber: Sumber: Sumber:
https://vdocuments.net/amp/pengurus http://zul9990.blogspot.com/2012/02 http://dsvsekolahrendah.blogspot.com/
an-bilik-psv.html /bilik-seni-visual-yang- 2013/09/?m=1
kondusif.html?m=1
6
3.0
Koleksi Gambar Contoh Pelan Susunan
Kelas PAK21
7
Model U Model L(butterfly) Model V kebalik
Sumber: Sumber: Sumber:
https://kpsblog2019.blogspot.com/p/ https://kpsblog2019.blogspot.com/p/ https://kpsblog2019.blogspot.com/p/
blog-page.html?m=1 blog-page.html?m=1 blog-page.html?m=1
8
Model kumpulan kecil
Sumber: Sumber: Sumber:
https://kpsblog2019.blogspot.com/p/ https://www.scribd.com/doc/154870 https://www.google.com/amp/s/vdoc
blog-page.html?m=1 538/Pelan-Bilik-Pendidikan-Seni- uments.net/amp/pengurusan-bilik-
Visual psv.html
9
4.0
Koleksi Gambar Contoh Susunan dan Penyimpanan
Alat dan Bahan serta Pengurusan Hasil Kerja Murid
10
Susunan dan Penyimpanan Alat dan Bahan
Sumber:
http://dsvsekolahrendah.blogspot.com/2013/10/bilik-seni-apa-perlu-di-tambah-lagi.html?m=1
11
Susunan dan Penyimpanan Alat dan Bahan
Sumber: Sumber: Sumber:
https://dokument.pub/folionur-ain- https://www.google.com/amp/s/vdok http://zul9990.blogspot.com/2012/0
nabilah-binti-ismail-flipbook-pdf.html umen.net/amp/gambar-bilik-seni- 2/bilik-seni-visual-yang-
psv.html kondusif.html?m=1
12
Susunan dan Penyimpanan Alat dan Bahan
Sumber:
http://dsvsekolahrendah.blogspot.com/2013/09/?m=1
13
Pengurusan Hasil Kerja Murid
Sumber: Sumber:
https://www.google.com/amp/s/vdok http://zul9990.blogspot.com/2012/02/bilik-seni-visual-yang-kondusif.html?m=1
umen.net/amp/gambar-bilik-seni-
psv.html
14
Pengurusan Hasil Kerja Murid
Sumber:
http://zul9990.blogspot.com/2012/02/bilik-seni-visual-yang-kondusif.html?m=1
15
Pengurusan Hasil Kerja Murid
Sumber:
http://smkcedungjaya.blogspot.com/2015/07/bilik-seni-visual.html?m=1
16
5.0
Ciri-ciri
Bilik Seni
17
CIRI-CIRI HURAIAN
Saiz, Bentuk dan Lokasi Saiz bilik: Bilik yang bersaiz besar supaya mempunyai ruang yang cukup kepada
Bilik pelaksanaan aktiviti berkaitan seni.
Bentuk bilik: Bentuk segi empat sama atau segi empat tepat.
Lokasi bilik: Lokasi bilik perlu dekat dengan bilik darjah bagi memudahkan
pergerakan murid-murid dan menjimatkan masa.
Ruang Belajar Papan tulis: Memudahkan murid melihat nota-nota yang ditulis oleh guru secara
keseluruhan.
Projektor: Membantu pengajaran guru menunjukkan slaid Powerpoint dan video.
Susun Atur Bilik Seni Meja guru: Letak di hadapan bilik memudahkan guru memberikan demotrasi teknik
seni, mengajar serta memantau keadaan keseluruhan kelas.
Meja dan kerusi: Kesesuaian bentuk dan susunan meja dan kerusi dengan
perjalanan aktiviti seni dan keluasan bilik Seni Visual.
Kabinet: Meletakkan bahan bacaan seni sebagai bahan tambahan kepada murid-
murid.
18
CIRI-CIRI HURAIAN
Sudut Pameran Sudut pameran digunakan untuk mempamerkan hasil karya murid-murid dalam keadaan kemas dan
tersusun. Sudut-sudut tersebut perlu dilabelkan mengikut kategori hasil seni murid mereka seperti
hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi. Ini memudahkan murid-murid mengenali jenis-jenis hasil seni
dan tekniknya supaya melakukan karya yang lebih baik. Karya-karya murid dapat dipamerkan
sebagai menghargai hasil seni yang dilakukan oleh murid sewaktu aktiviti PdP Seni Visual. Karya
yang bernilai dapat disimpan dengan lebih lama dan terhindar daripada kerosakan.
Cara pameran: Karya 2 dimensi ditampal, dilekatkan dan digantung. Karya 3 dimensi sesuai
dipamerkan dengan cara seperti disusun atau digantung di para atau rak bagi menjimatkan ruang.
Contoh tempat pameran:
Almari pameran: Almari berkaca sesuai digunakan sebagai ruang untuk mempamerkan hasil karya
murid terutamanya karya 3 dimensi yang bersaiz kecil. Almari diletakkan di lokasi yang mudah
dikunjungi oleh murid.
Para gantung: Sesuai untuk menyimpan dan dijadikan ruang pameran objek 3 dimensi hasil karya
murid bersaiz kecil dan sederhana yang mudah digantung.
19
CIRI-CIRI HURAIAN
Bilik Guru Ruang bilik guru penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ia juga berfungsi
sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan,
Papan Maklumat pengendalian dan pengeluaran stok. Bilik guru digunakan sebagai tempat menerima,
mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal alat seni.
Terdapat rak bertingkat dan rak folio murid yang meletak sumber bahan seperti fail,
buku dan folio murid. Terdapat rak penyimpanan barang juga di dalam bilik guru untuk
meletakkan alat dan bahan yang baharu.
Carta organisasi: Carta organisasi perlu disediakan untuk paparan kepada mereka yang
menggunakan bilik seni ini.
Papan buletin: Membantu memberi maklumat tambahan kepada murid tentang nota-
nota seni visual.
20
CIRI-CIRI HURAIAN
Zon Kerja Zon kerja merupakan lokasi tempat murid-murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka.
Meja kerja perlulah disediakan dan daripada pelbagai jenis yang boleh dicantumkan sekiranya murid
memerlukan ruang yang lebih luas.
Almari simpanan: Digunakan untuk menyimpan alatan dan bahan mencanting dan membuat
tembikar serta kraf lain.
Singki: Memudahkan urusan pembersihan berus serta bekas warna selepas proses PdP.
Tempat Kraf: Menberikan ruang kepada murid untuk membuat kraf tangan seperti cantingan batik
dan menghasilkan tembikar.
T e m p a t Tempat simpanan disediakan bagi menyimpan alat dan bahan yang diperlukan semasa menjalankan
P e n y i m p a n a n aktiviti seni.
Alat dan Bahan Stor simpanan: Stor simpanan diperlukan untuk menyimpan atau menghimpunkan peralatan seni
sama ada besar atau kecil di dalam satu tempat secara tersusun.
Kebersihan Tong sampah: Memastikan tiada sampah di dalam bilik Seni Visual untuk mengekalkan kebersihan.
Penyapu: Membersihkan lantai bilik Seni Visual.
21
CIRI-CIRI HURAIAN
Keselamatan Pembinaan dan penghiasan bilik seni perlulah mengutamakan aspek keselamatan
supaya tidak berlaku kecederaan atau perkara yang tidak diingini. Contohnya, guru perlu
menyediakan:
• Alat pemadam api
• Panduan keselamatan
• Pelan kebakaran
Pencahayaan dan Bilik seni visual yang dibinakan mesti mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang
Pengudaraan cukup dengan bilangan pintu dan tingkap yang mencukupi. Kedudukan perabot di
dalam bilik seni juga tidak boleh menghalang pencahayaan dan pengudaraan. Lampu
dan kipas juga dipasangkan untuk memastikan keperluan penggunaan mereka semasa
keadaan khas seperti hari hujan yang tiada sinaran cahaya semula jadi dan hari panas.
Suasana Bilik Warna dinding: Warna dinding yang terang yang dapat menampakan bilik bersaiz besar
dan bersemangat.
Bahan hiasan: Karya yang menarik yang dapat mencetuskan idea dan pemikiran kreatif
murid-murid.
22
6.0
Pengurusan
Bilik Seni
23
01 ASPEK FIZIKAL
Chong(2009) telah mengatakan bahawa suasana persekitaran fizikal yang baik dapat meningkatkan keinginan
belajar dan kepekaan murid-murid terhadap orentasi tugasan yang diberikan dan menghalang pelbagai bentuk
masalah disiplin dalam proses PdP. Oleh itu, perancangan dan penyusunan suatu suasana persekitaran fizikal bilik
seni yang selesa perlu mengira dari pelbagai aspek seperti sumber bahan pembelajaran dan alat seni, sudut
pameran, sudut aktiviti, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan, perabot, kebersihan, susunan dan reka
bentuk fizikal dalam bilik seni dan juga tempat duduk murid iaitu susunan kerusi meja yang kondusif di dalam bilik
Seni Visual. Ia merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang diperlukan dan terdapat di dalam bilik.
Contohnya:
• Sudut pameran contoh-contoh hasil kerja murid yang menarik dan terkini.
• Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
• Penyediaan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti PdP.
• Singki yang memudahkan urusan pembersihan berus dan bekas warna.
• Saiz bilik yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan memberi keselesaan kepada murid-murid
menjalankan aktiviti kumpulan.
24
02 ASPEK SOSIAL
Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, terutamanya di
dalam bilik seni. Mok Soon Sang (2000), mengatakan bahawa guru perlu bijak dalam merangsang dan mengalakkan
perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas.
Ciri-ciri fizikal persekitaran psikososial yang baik iaitu suasana yang mesra dan selesa, bebas daripada ancaman
dan bahaya fizikal, perasaan murid diterima, sensitif dan peka kepada perbezaan individu, suasana yang
meransang pembelajaran, mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan pembelajaran koperatif dan
memberi peluang yang sama kepada semua murid(Amjad Shahir, 2020). Suasana sosial dalam bilik seni juga
penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan. Tanpa interaksi dan komunikasi, suasana sosial di
dalam bilik seni akan menjadi muram dan pelajar akan cepat berasa bosan. Oleh itu, kedudukan murid-murid
sepatutnya dalam bentuk kumpulan untuk mewujudkan suasana interaksi sesama murid dalam pembelajaran dan
akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari.
25
03 ASPEK EMOSI
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan
menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya pengajaran guru.
Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai
sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil,
bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih dalam proses PdP. Guru
semestinya mewujudkan suasana relaks yang disenangi oleh murid dengan memenuhi kehendakan
fisiologi iaitu kepuasan deria, kehendakan mental iaitu keperluan berfikir dan membentuk suasana yang
merangsang ingin tahu dan kreativiti murid-murid. Dengan ini, suasana emosi yang baik akan berfungsi
sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif murid-murid kerana suka
dan rela aktif dalam pengajaran guru.
26
04 ASPEK TEKNIKAL
Suasana teknikal merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat
dan kesediaan murid-murid untuk belajar, Hal ini merangkumi aspek kemahiran guru,
kecekapan penggunaan bahan bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-
aktiviti yang boleh merangsang pembelajaran dan sebagainya. Menurut Mok Soon Sang(2008),
aktiviti-aktiviti akan dapat membantu semangat belajar murid agar mereka berusaha lebih
giat lagi.
27
7.0
Lakaran Reka Bentuk Pelan Lantai Bilik Seni
28
Lakaran Idea 1
29
Lakaran Idea 1 (Penggunaan aplikasi Procreate)
• Susunan meja menggunakan model V terbalik memudahkan murid melihat papan
tulis.
• Bilik guru dan stor diletakkan di belakang supaya ruang bilik kelihatannya lebih luas.
• Perabot dan kemudahan dalam bilik diletak di sisi dinding untuk mengelakkan
halangan pergerakan murid.
• Tingkap yang mencukupi memastikan pencahayaan dan pengudaraan yang baik di
dalam bilik.
30
Lakaran Idea 2
31
Lakaran Idea 2 (Penggunaan aplikasi Procreate) Dipilih
• Susunan meja menggunakan model ”Small Group” memudahkan murid menjalankan
aktiviti kumpulan dan saiz meja yang besar cukup untuk aktiviti individu.
• Bilik guru dan stor diletakkan di hadapan supaya ruang bilik kelihatannya lebih luas
dan memudahkan kerja guru menguruskan pembelian alat dan bahan yang baru.
• Perabot dalam bilik diletak di sisi dinding untuk memudahkan pergerakan murid.
• Tingkap yang mencukupi memastikan pencahayaan dan pengudaraan yang baik.
32
Lakaran Idea 3
33
Lakaran Idea 3 (Penggunaan aplikasi Procreate)
• Susunan meja menggunakan model U memudahkan murid melihat papan tulis,
menjalankan sesi jawab dan melihatkan karya murid lain semasa sesi apresiasi seni.
• Bilik guru dan stor secara berasingan diletakkan di belakang untuk meluaskan ruang
zon kerja dan tempat kraf.
• Perabot dalam bilik diletak di sisi dinding untuk memudahkan pergerakan murid.
• Dua tingkap memastikan pencahayaan dan pengudaraan yang baik.
34
8.0
Pilihan Akhir Reka Bentuk Pelan Lantai Bilik Seni
35
Pilihan Akhir-Lakaran Idea 2 (Penggunaan aplikasi Procreate)
36
Ruang Hadapan Papan tulis Papan tulis diletakkan di bahagian hadapan bilik Seni Visual
37 memudahkan guru menyampaikan pengajaran dan
mendemostrasikan teknik penghasilan karya. Ia juga digunakan
sebagai paparan skrin LCD untuk menunjukkan video. Murid-
murid mudah melihat maklumat yang dipaparkan oleh guru
secara keseluruhan.
Pentas Pentas diletakkan di hadapan bilik bagi memudahkan murid-
murid menjalankan apresiasi seni. Murid-murid dapat
mempamerkan karya yang dihasilkan di atas pentas.
Alat pemadam Alat pemadam api disediakan dan diletakkan di sebelah pintu
api utama supaya langkah keselamatan mudah mencapai.
Meja guru Meja guru diletakkan di hadapan memudahkan guru memantau
keadaan keseluruhan kelas. Ia diletakkan berhampiran dengan
pentas dan papan tulis juga memudahkan guru menggunakan
komputer untuk menunjukkan video atau slaid dengan
menggunakan projektor. Meja guru tidak boleh menghalang
paparan slaid LCD dan papan tulis.
Ruang Hadapan Projektor LCD Projektor LCD diletakkan di atas sebuah meja yang di hadapan
pentas dan papan tulis. Ia digunakan semasa melaksanakan
38 Papan pengajaran yang perlu berbantukan komputer seperti
maklumat menunjukkan slaid, menayangkan video, memberikan kuiz dan
(covid-19) sebagainya.
Kabinet Papan maklumat diletakkan di hadapan bilik bagi memudahkan
murid-murid melihat maklumat yang terbaharu seperti panduan
Pintu Utama mematuhi SOP Covid-19 di dalm bilik. Papan maklumat ini juga
menyediakan carta organisasi dan manual penggunaan bilik Seni
Visual untuk murid.
Kabinet diletakkan di hadapan bilik untuk menghalang gangguan
pergerakan murid dan guru di dalam bilik. Kabinet ini digunakan
untuk menyimpan buku latihan dan tugasan murid-murid. Peti
kecemasan juga disimpan di dalam kabinet ini.
Pintu utama diletakkan di hadapan. Saiz pintu yang besar boleh
dibuka dua belah membolehkan dua murid keluar pada satu masa
semasa keadaan kecemasan.
Ruang Tengah Meja dan Meja dan kerusi murid-murid diletakkan di bahagian
39 kerusi tengah bilik iaitu 5 meja murid yang menempatkan 5
kerusi setiap meja. Meja murid berbentuk bulat susunan
meja mengikut susunan abad ke-21 iaitu “Small Group”
memudahkan murid berbincang dan berkolaborasi
semasa menjalankan tugasan kumpulan. Meja yang
bersaiz besar juga memberikan murid ruang yang cukup
untuk membuat tugasan individu. Kerusi murid-murid
disusun tidak membelakangi guru semasa guru sedang
menyampaikan pengajaran, dan murid boleh
mengerakkan kerusi mengelilingi meja semasa
menjalankan aktiviti supaya ruang meja dapat digunakan
dengan sebaik-baiknya. Meja ini sesuai digunakan oleh
murid bagi keempat-empat bidang tersebut iaitu bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk
dan membuat binaan, serta mengenal kraf tradisional.
Ruang Tengah Singki Singki disediakan di sisi tingkap mencepatkan kadar kering.
Kedudukan singki juga memudahkan pergerakan guru dan
40 Tong murid terus menguruskan pembersihan berus serta bekas
sampah warna selepas digunakan tanpa membiarkannya kering dalam
Rak tempoh yang lama. Murid-murid juga perlu menjaga
kebersihan diri sepanjang pandemik Covid-19 ini, sentiasa
Tingkap mencuci tangan selepas menggunakan alatan dan bahan yang
disediakan di dalam bilik.
Tong sampah disediakan untuk memastikan kebersihan bilik
Seni Vsual.
Rak disediakan di tepi tingkap tiak menghalang pergerakan
murid di dalam bilik. Ia digunakan untuk menyimpan alatan
dan bahan yang diperlukan iaitu alatan bidang menggambar
dan membuat corak dan rekaan seperti kertas lukisan, krayon,
pensel warna, gunting, gam dan sebagainya.
Tingkap yang berjumlah banyak memastikan pencahayaan dan
pengudaraan yang baik di dalam bilik.
Ruang Belakang Tempat kraf Tempat kraf disediakan untuk memberikan ruang
tambahan kepada murid untuk mendapat bimbingan
41 Almari dalam menghasilkan kraf seperti mencanting batik dan
menghasilkan tembikar dan sebagainya.
Papan maklumat Almari ini digunakan untuk menyimpan alatan dan
• Panduan bahan membuat kraf. Ia diletakkan berhampiran
dengan zon kerja dan tempat kraf untuk memudahkan
keselamatan guru dan murid mengambil alatan.
• Pelan kebakaran Papan maklumat di belakang menyediakan pelan
Zon kerja kebakaran dan panduan keselamatan untuk
memudahkan murid-murid mengetahui tindakan yang
perlu dilaksanakan dan melihat susur keluar semasa
menghadapi keadaan kecemasan.
Sama tujuan dengan tempat kraf, zon kerja disediakan
untuk murid menghasilkan karya bidang membuat
binaan dan kraf.
Ruang Belakang Sudut pameran Sudut pameran diletakkan di sisi belakang bilik supaya
• Almari pameran tidak menghalang pergerakan murid. Sudut pameran
42 • Meja Pemeran mempamerkan hasil karya murid yang menarik
• Para gantung mengikut kategori. Terdapat almari pameran, meja
• Papan pameran pameran, para gantung dan dinding telah disediakan
untuk mempamerkan hasil karya yang berlainan di
sudut pameran.
• Hasil karya berbentuk 3D seperti arca, boneka dan
topeng boleh dipamerkan di almari pameran dan
meja pameran.
• Hasil karya berbentuk 2D seperti lukisan yang
dibingkai boleh dipamerkan di almari pameran atau
pada papan pameran.
• Manakala hasil karya berbentuk 3D seperti arca
mobail boleh digantung di para gantung.
Murid-murid boleh melihat hasil karya dan memahami
tekniknya sebagai ilham.
Bilik Guru Bilik Guru Bilik guru disediakan di sebelah pintu utama. Bilik guru
digunakan untuk menerima dan mencatat penghantaran alat
43 dan bahan yang baharu seterusnya meletakkan ke stor. Rak
simpanan juga disediakan di blik guru untuk menyimpan fail
folio murid dan alat dan bahan yang baharu atau belum
dibuka. Terdapat tingkap di dalam bilik guru untuk
memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik demi
kerja guru di dalam bilik guru seperti menyemak latihan
murid.
Stor Stor Stor disediakan di bahagian hadapan bilik dan di sebelah bilik
guru untuk memudahkan guru mengambil alat dan bahan.
44 Terdapat banyak rak simpanan di dalam stor. Stor digunakan
untuk menyimpan peralatan dan koleksi seni yang besar serta alat
dan bahan yang telah dibuka tetapi masih dalam keadaan baharu.
Bahan bantu mengajar guru juga disimpan di dalam stor dan telah
disusun mengikut bidang, tahap dan tahun supaya memudahkan
kerja guru. Buku stor disediakan untuk mencatat butiran alat dan
bahan seperti keadaan kegunaan alat dan bahan. Sebarang
kehilangan atau peminjaman alat dan bahan juga perlu dilaporkan
dan dicatatkan dalam buku. Setiap rak simpanan stor perlu
dilabelkan mengikut kategori memudahkan kerja guru
mendapatkannya.
Penerangan Pilihan Akhir-Lakaran Idea 2
Secara keseluruhanya, dalam pelan bilik Seni Visual yang saya bina, terdapat
beberapa aspek yang telah diambil kira dan dititikberatkan untuk membawa
persekitaran bilik Seni Visual yang konduksif. Sebagai contoh, susunan meja abad
ke-21, penggunaan ruang untuk keempat-empat bidang, kos perbelanjaan,
pengudaraan dan pencahayaan, teknologi moden dan canggih, pengurusan alat
dan bahan, pengurusan hasil karya murid dan aspek keselamatan. Selain itu,
keselesaan pembelajaran murid juga dapat diwujudkan melalui aspek-aspek di atas.
Dengan ini, bilik Seni Visual ini dapat membantu perkembangan intelek murid dari
segi kognitif dan daya kreativiti, serta melatih psikomotor murid-murid dalam
penggunaan pancaindera. Murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran
bertutur murid melalui penerangan berdasarkan hasil karya dan berkemahiran
apreasiasi seni melalui bilik Seni Visual yang konduksif dan efektif tersebut.
Dari segi perabot, susunan dan saiz perabot akan menentukan ruang bilik. Oleh itu,
susunan dan pemilihan perabot perlulah bersesuaian dengan saiz bilik bagi
memastikan ruang pergerakan yang cukup. Arzi(2003) mengatakan bahawa
pembelajaran aktif dalam bilik darjah mempunyai hubungan dengan kemudahan
fizikal yang disediakan. Kemudahan fizikal yang bersesuaian dan selesa akan
45
Penerangan Pilihan Akhir-Lakaran Idea 2
merangsang aktiviti intelektual, meningkatkan hubungan sosial, menggalakkan
pembelajaran dan pembangunan pelajar seterusnya akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran berlaku dalam keadaan yang selesa dan menyeronokkan(Che Nidzam et
al., 2010). Perabot yang paling penting diletakkan terlebih dahulu untuk memenuhi
ruang bilik. Susunan meja dan kerusi perlulah dirancangkan dahulu dengan
pengubahsuaian susunan meja abad ke-21 iaitu ''Small group''. Terdapat 5 meja yang
bersaiz bulat dan besar dalam bilik Seni Visual dan setiap meja dapat menampung 5
murid. Ini memudahkan perbincangan dan kolaborasi murid-murid semasa aktiviti
berkumpulan dan mempunyai ruang kendiri yang mencukupi untuk menyiapkan
tugasan individu. Selain itu, pembahagian ruang juga penting untuk menyusun perabot.
Pelan bilik Seni Visual ini telah mengambil kira pembahagian ruang yang sesuai dalam
bilik tersebut iaitu kedudukan setiap kemudahan supaya dapat melancarkan perjalanan
aktiviti PdP. Contohnya, kedudukan papan tulis dapat dilihat dengan jelas oleh seluruh
bilik darjah dan kedudukan sudut pameran yang mempunyai meja pameran dan almari
pameran telah diletakkan di belakang bilik tidak mengganggu pergerakan murid.
Persediaan perabot dan kemudahan dalam pelan ini juga telah memenuhi kehendakan
perjalanan aktiviti keempat-empat bidang seni tersebut dengan adanya pembekalan
alat dan bahan, meja yang besar, zon kerja dan tempat kraf yang sesuai untuk
digunakan oleh murid-murid menghasilkan karya.
46
Penerangan Pilihan Akhir-Lakaran Idea 2
Dari segi pencahayaan, pencahayaan turut memainkan peranan penting dalam
menampakkan dan mempengaruhi bilik Seni Visual supaya mempunyai ruang yang
luas dan mewujudkan suasana yang terang dan ceria. Saiz dan kedudukan pintu atau
tingkap serta lampu akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik. Tahap
pencahayaan minimum yang dicadangkan untuk tugasan visual melihat objek kecil
atau dengan kontras rendah ialah 1000 lux(Jabatan Standard Malaysia, 2014b). Melalui
pelan ini, murid-murid dapat melihat dengan jelas di bilik ini kerana pelan bilik Seni
Visual ini dapat menerangi keseluruhan bilik dengan jumlah tingkap yang mencukupi
di kiri dan kanan bilik. Walaupun bilik akan mempunyai lampu, tetapi penggunaan
cahaya cerah iaitu cahaya matahari lebih cenderung untuk dipilih kerana
pencahayaannya lebih selesa tidak terlalu cerah Pencahayaan yang selesa boleh
diperoleh dengan mengelak wujudnya kegelapan dan kecerahan berlebihan pada
tempat belajar(Iwata et al.,1994; Wu & Ng,2003). Proses PdP dan penghasilan karya
dapat dijalankan dengan mudah dengan adanya pencahayaan yang baik. Warna
dinding dan lantai juga akan mempengaruhi pencahayaan dan keceriaan suasana bilik.
Pemilihan warna dinding dan lantai haruslah warna cerah dan harmoni kerana dapat
membawa kelihatan bilik lebih terang. Oleh itu, warna cerah seperti putih, kuning atau
hijau dapat menyebabkan bilik lebih terang berbanding dengan warna gelap.
47