Penerangan Pilihan Akhir-Lakaran Idea 2
Dari segi pengudaraan, kualiti dan pengaliran udara dalam bilik darjah juga perlu
diberikan perhatian terutamanya sepanjang keadaan sekarang iaitu kadar
kebolehjangkitan Covid-19 yang begitu cepat melalui udara. Oleh itu, kita perlu
memastikan pengaliran udara dalam bilik tidak mendatangkan risiko jangkitan Covid-
19 kepada murid-murid. Pelan bilik Seni Visual ini telah menggunakan sistem
penyejukan pasif dari segi pengudaraan iaitu kaedah penyejukan dan pemanasan yang
menggunakan sistem semulajadi. Sistem ini dihasilkan melalui rekabentuk bukaan
tingkap dan dinding bilik(Rami Sabbah, 2008 dalam Abdul Aziz, Zalena,2017). Sistem ini
lebih mengutamakan pengudaraan semulajadi dan penggunaan kipas sebagai medium
pengaliran udara dalaman bagi menambahkan keselesaan(Mohd Hafiz, 2013 dalam
Abdul Aziz, Zalena,2017). Oleh itu, tingkap yang dipasang di kiri dan kanan bilik Seni
Visual perlulah cukup supaya pengaliran udara dapat berjalan dengan lancar dan dapat
mengelakkan habuk daripada terperangkap di dalam bilik. Pemasangan kipas juga
penting untuk memastikan suhu bilik PSV dapat dikawal dengan baik dan dapat
memulihara hasil kerja seni yang disimpan di dalam bilik seni seperti arca dan tanah
liat. Pergerakan udara memberikan keselesaan kepada murid-murid kerana tidak akan
berasa hangat dan panas kerana udara sentiasa mengalir dan membawa keluar udara
yang panas. Memang tidak dapat dinafikan, reka bentuk tingkap dan kipas dapat
mengekalkan suhu yang optimum dan mewujudkan bilik yang selesa dan kondusif.
48
Penerangan Pilihan Akhir-Lakaran Idea 2
Pelan bilik Seni Visual juga telah mengambil kira kos perbelanjaan dari pelbagai aspek
dalam mereka bentuk satu bilik yang konduksif. Contohnya, kos kemudahan, kos
tenaga dan kos internet adalah kos yang perlu diliputi dalam kos perbelanjaan bilik
tersebut. Oleh itu, untuk menjimatkan kos, penggunaan cahaya buatan iaitu lampu
telah dikurangkan dan digantikan oleh cahaya cerah matahari daripada tingkap. Selain
itu, penggunaan kipas dan bukaan tingkap telah menggantikan penggunaan
penghawa dingin kerana ia melibatka. kos tenaga yang tinggi. Peralatan teknologi
yang ada di dalam pelan ini adalah hanya satu komputer di atas meja guru yang
digunakan oleh guru untuk menayangkan maklumat melalui projektor. Di dalam bilik
Seni Visual ini tidak memasang Wifi dan guru akan menggunakan Wifi sekolah untuk
menjimatkan kos internet setiap bulan. Kemudahan dalam bilik juga merupakan
kemudahan asas dan tiada perbelanjaan tinggi yang luar biasa. Oleh itu, mengikut
pelan bilik Seni Visual tersebut, kosnya hanya meliputi kos pembelian kemudahan dan
sedikit kos tenaga sahaja.
49
Penerangan Pilihan Akhir-Lakaran Idea 2
Dari segi penggunaan teknologi moden, kemunculan TMK telah membawa inovasi
kepada gaya pengajaran dan pembelajaran. Bilik Seni Visual sudah dilengkapi dengan
prasarana TMK yang asas seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet
yang baik serta komputer. Malahan murid-murid tidak dibekalkan dengan computer
masing-masing kerana kurang digunakan dan bertujuan untuk menjimatkan kos
perbelanjaan untuk menyediakan bilik Seni Visual. Dengan adanya kemudahan
komputer dan projektor, guru dapat meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di
samping mempercepatkan proses belajar.
Dari segi pengurusan alat dan bahan serta hasil kerja murid, terdapat banyak kabinet,
almari dan rak telah disediakan dalam bilik Seni Visual. Bilik seni juga kelihatan kemas
dan teratur kerana semua alat dan bahan telah disimpan secara teratur di tempat yang
sepatutnya dan dilabelkan supaya mudah menjadi rujukan. Contohnya, pensel warna
dan gunting yang digunakan dalam Bidang Menggambar dan Membuat Corak dan
Rekaan telah disimpan di rak sebelah tingkap, manakala alat kraf seperti alat
mencanting dan mengukur yang digunakan dalam Bidang Membuat Binaan dam
Mengenal Krad Traditional telah disimpan di almari yang berdekatan dengan zon kerja
dan tempat kraf untuk memudahkan murid-murid mengambil alat. Manakala alat yang
50
Penerangan Pilihan Akhir-Lakaran Idea 2
bersaiz besar akan disimpan dalam stor supaya memastikan keluasan bilik yang tidak
mengganggu pergerakan murid. Terdapat juga sudut pameran yang mempunyai
almari, para gantung dan meja yang disediakan untuk mempamerkan hasil karya 2D
dan 3D murid. Semua kabinet dan almari tersebut perlu diletak di sisi dinding kelas
serta bahagian belakang kelas supaya tidak menganggu pergerakan murid.
Pelan bilik Seni Visual juga menitikberatkan aspek keselamatan murid-murid. Sebagai
contoh, peti pertolongan cemas telah disediakan dalam kabinet kerana sebarang
kecederaan boleh berlaku ketika menggunakan alatan di dalam bilik Seni Visual. Alat
pemadam api juga perlu disediakan dan diletakkan di belakang pintu utama bilik Seni
Visual sebagai langkah keselamatan jika berlaku kebakaran supaya dapat ditangani
dengan efektif. Pintu utama diletakkan di hadapan juga perlulah bersaiz besar supaya
dapat dilalui oleh dua murid pada satu masa. Panduan keselamatan juga disediakan
pada papan maklumat sebagai rujukan kepada murid-murid. Perabot dalam bilik juga
diletakkan di sisi dinding untuk memudahkan pergerakan keluar masuk.
51
9.0
Hasil Akhir Reka
Bentuk Bilik
Seni secara 3
Dimensi
52
Pautan Bilik Seni Visual Secara 3 Dimensi
(Penggunaan aplikasi MagicPlan)
https://3d.magicplan.app/#624f90c5b789f/FloorTypeGround
Video Bilik Seni Visual 3 Dimensi
(Dimuat atas ke Youtube)
https://youtu.be/0n73LtHbcog
53
10.0
RUMUSAN
54
Kesimpulannya, pengurusan bilik Seni Visual yang kondusif sangat penting untuk
menjayakan pengajaran seseorang guru. Pengurusan bilik Seni Visual yang baik dapat
membawa suasana dan keadaan belajar yang menggalakkan dan peraturan yang cekap
untuk mengadakan aktiviti-aktiviti. Dengan ini, kita dapat menjana pemikiran dan
menaikkan semangat murid untuk menyertai proses PdP sekali gus akan mendorong
mereka untuk menjana kreativiti. Bilik Seni Visual tersebut juga mestilah bersesuaian
dengan aktiviti Pendidikan Seni Visual yang merangkumi empat bidang serta mengambil
kira aspek fizikal murid sekolah rendah. Oleh itu, guru Seni Visual perlu menguasai
pengetahuan pengurusan bilik Seni Visual dan dapat menghasilkan satu pelan bilik Seni
Visual yang berkesan kepada murid-murid supaya segala hasrat yang ingin dicapai
dapat dilaksanakan dengan lancarnya.
55
11.0 RUJUKAN
Abdul Aziz, Zalena. (2017). Kajian Kualiti Persekitaran Dalaman Untuk Rekabentuk
Bilik Darjah Di Dua Buah Sekolah Di Pulau Pinang, Malaysia : Kajian Kes
Sekolah Di Pulau Pinang. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Amjad Shahir. (2020). EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah Bab 2 Peranan Guru dlm
Pengurusan Bilik Darjah. Dimuat turun daripada
https://anyflip.com/ibomh/hxsa/basic
Arzi, H. (2003). Enhancing science education laboratory environment: More than wall,
benches and widgets. Dlm. Fraser, B.J., & Tobin, K.G. (Eds). International
Handbook of Science Education, Vol.(1), Netherlands: Kluwer Academic
Publishers.
56
11.0 RUJUKAN
Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. (2010). Physical and
psychosocial aspect of science laboratory learning environment. Procedia
social and Behavioral Sciences Journal, 9, 87-91.
Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. (2010). Hubungan ramalan
persekitaran pembelajaran makmal Sains dengan tahap kepuasan pelajar.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 19-30.
Chong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
57
11.0 RUJUKAN
Iwata, T., Hatao, A., Shukuya, M. & Kimura, K. (1994). Visual comfort in the daylit
luminous environment: Structural model for evaluation. Lighting Research
and Technology, 26(2): 91-97.
Jabatan Standard Malaysia. (2014b). Universal Design and Accessibility in the Built
Environment -Code of Practice (2nd Revision) 1184:2014.
Osman, M. T. (2004). Universiti Dan Tradisi Kecemerlangan. Kuala Lumpur: Terbitan
Universiti Malaya.
Wu, W. & Ng, E. (2003). A review of the development of daylighting in schools.
Lighting Research and Technology, 35(2): 111-125.
58
12.0 APLIKASI YANG DIGUNAKAN MENGHASILKAN PORTFOLIO
WPS Office(Presentation) Procreate
Digunakan untuk menghasilkan Digunakan untuk melakar dan
keseluruhan portfolio menghasilkan pelan bilik Seni Visual
secara 2 dimensi
Pinterest Google Photo
Digunakan untuk mendapat Digunakan untuk mencari dan
gambar mendapatkan gambar
MagicPlan
Digunakan untuk menghasilkan pelan
bilik Seni Visual secara 3 dimensi
59
13.0 Pautan Flipbook Portfolio
60