PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK Jabatan Pertanian Malaysia 2023
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 2 Cetakan Pertama 2023 Hak Cipta Jabatan Pertanian Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pakej teknologi keledek ISBN 983-047-059-8 1. Sweet potatoes. I. Malaysia. Jabatan Pertanian. 635.228 Rupa taip teks : Arial Saiz taip teks : 10, 11 dan 12 Dicetak oleh: Uni Press (M) Sdn Bhd Lot 104, Jalan Dato’ Panglima Perang Off Jalan Sultan Yahya Petra 15150 Kota Bharu Kelantan.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 3 KANDUNGAN PENDAHULUAN Vii 1. PENGENALAN I 2. BOTANI TANAMAN 6 3. KEPERLUAN ASAS TANAMAN 1.1. Faktor Iklim 1.2. Faktor Tanah 1.3. Panduan Kawalan Hakisan Untuk Tanaman Keledek 9 11 13 4. VARIETI YANG POPULAR 15 5. AMALAN AGRONOMI 1.4. Penyediaan Kawasan dan Tanah 1.5. Penyediaan Bahan Tanaman 1.6. Penanaman Di ladang 1.7. Penjagaan sulur 1.8. Pembajaan 1.9. Kualiti Air Pertanian 1.10. Sistem Pengairan 1.11. Sistem Saliran 27 28 30 34 35 37 39 40 6. PENGURUSAN PEROSAK 1.12. Kawalan Perosak dan Penyakit 1.13. Kawalan Rumpai 1.14. Tempoh Di Larang Mengutip Hasil 46 59 62 7. KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL 62 8. PENGENDALIAN LEPAS TUAI 64 9. ANALISIS KEWANGAN 9.1 Kos Pengeluaran 9.2 Daya Maju Penanaman Keledek 9.3 Perincian analisis kewangan di atas tanah mineral 9.4 Perincian analisis kewangan di atas tanah BRIS 9.5 Perincian analisis kewangan di atas tanah Gambut 68 68 SENARAI JADUAL iv SENARAI GAMBAR RAJAH v SENARAI LAMPIRAN vi RUJUKAN GLOSARI PENGHARGAAN
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 4 Senarai Jadual Muka Surat Jadual 1 : Keluasan Tanaman Keledek Di Malaysia Tahun 2018-2021 2 Jadual 2 : Pengimportan Dan Pengeksportan Ubi Keledek Bagi Tahun 2019-2021 4 Jadual 3 : Penggunaan Bekalan Keledek Bagi Tujuan Pemprosesan Hasilan Keledek Bagi Tahun 2018-2022 Jadual 4 : Komposisi Zat Pemakanan Keledek Jadual 5 : Sifat Dan Kesesuaian Tanah Untuk Tanaman Keledek Jadual 6 : Pengesyoran Kaedah Pembukaan Kawasan Bagi Tanaman Keledek Jadual 7 : PengesyoranAmalan Pemuliharaan Tanah Bagi Tanaman Keledek Jadual 8 : Ciri-ciri Varieti Yang Ditanam Dan Popular Di Semenanjung Malaysia Jadual 9 : Kadar Pengapuran Seluruh Kawasan (Broadcasting) Jadual 10 : Kadar Keperluan Bahan Organik Mengikut Jenis Tanah Jadual 11 : Kadar Dan Masa Pembajaan Tanaman Keledek Jadual 12 : Kadar Dan Masa Pembajaan Alternatif Tanaman Keledek Jadual 13 : Panduan Kualiti Air Pertanian Jabatan Pertanian Jadual 14 : Spesifikasi Sistem SaliranYang Disyorkan Jadual 15 : Spesifikasi Struktur Sistem Saliran Ladang Jadual 16 : Perosak dan Penyakit Utama Serta Langkah-langkah Kawalan Jadual 17 : Jenis-jenis Rumpai Utama dan yor Pengurusan Jadual 18 : Aliran Kewangan Tanaman Keledek Di Tanah Gambut Jadual 19 : Aliran Kewangan Tanaman Keledek Di Tanah Mineral Jadual 20 : Aliran Kewangan Tanaman Keledek Di Tanah BRIS Jadual 21 Program kerja penanaman keledek (Tanah Lempung/Mineral) Jadual 22 Program kerja penanaman keledek (Tanah Gambut) Jadual 23 Program kerja penanaman keledek (Tanah Pasir/Bekas Lombong)
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 5 Senarai Gambar rajah Muka Surat Gambar rajah 1 : Morfologi Tanaman Keledek Gambar rajah 2 : Peta Indeks Hujan Pertanian Gambar rajah 3 : Jenis Ciri-Ciri Tanah Yang Bersesuaian Bagi Tanaman Keledek Gambar rajah 4 : Keratan Pucuk Utama Untuk Penyediaan Bahan Tanaman Gambar rajah 5 : Penyediaan dan Sumber Keratan Untuk Penanaman Gambar rajah 6 : Penghasilan Benih Menggunakan Keratan Pucuk Utama Dan Keratan Umbisi Gambar rajah 7 : Kerja-Kerja Penyediaan Batas Menggunakan Mekanisasi Gambar rajah 8 : Panduan Lakaran Jarak Penanaman Keledek : Penyediaan Kawasan Gambar rajah 9 : Kaedah Penanaman Keledek Secara Manual dan Menggunakan Mekanisasi Gambar rajah 10 : Sistem Penanaman Secara Tunggal Dan Selingan Gambar rajah 11 : Aktiviti Pembalikan Sulur Gambar rajah 12 : Kesan Kepada Tanaman Keledek Sekiranya Aktiviti Pembalikan Sulur Tidak Dilakukan Gambar rajah 13 : Lakaran Sistem Pengairan Untuk Keluasan 1 Hektar Gambar rajah 14 : Contoh Pemasangan Sistem Pengairan Ladang Gambar rajah 15 : Contoh Perenjis Sederhana Jenis (PE) Gambar rajah 16 : Susun Atur Sistem Saliran Ladang Gambar rajah 17 : Aktiviti-Aktiviti Pengutipan Hasil Di Ladang Gambar rajah 18 : Aktiviti-aktiviti Pengendalian Lepas Tuai Keledek
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 6 Senarai Lampiran Muka Surat Lampiran 1 : Gerak Kerja Penanaman Keledek (Tanah Lempung/ Mineral) Lampiran 2 : Gerak Kerja Penanaman Keledek (Tanah Gambut) Lampiran 3 : Gerak Kerja Penanaman Keledek (Tanah Pasir/Bekas Lombong) Lampiran 4 : Panduan Pengiraan Kadar Pengapuran Lampiran 5 : Panduan Pengiraan Racun Perosak Tanaman
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 7 Pendahuluan Buku ini mengandungi pakej teknologi tanaman keledek yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian meliputi keperluan asas tanaman, amalan kultur, pengurusan perosak dan pengendalian lepas tuai. Aliran kewangan tanaman disertakan bagi membantu pengusaha untuk menilai daya maju tanaman tersebut. Buku ini diterbitkan sebagai rujukan kepada pegawai yang terlibat dalam perkhidmatan pengembangan dan perundingan. Di samping itu buku ini juga boleh digunakan oleh pengusaha sebagai panduan dalam penanaman keledek. Dengan penerbitan buku ini diharap dapat dimanfaatkan sebagai rujukan ke arah mencapai pembangunan industri tanaman keledek berkembang dengan lebih maju dan efisien.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 8
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 9 1. PENGENALAN 1.1.Keledek merupakan sejenis sayuran berumbisi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena. Tanaman ini dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Barat Laut Amerika Latin serta merupakan di antara tujuh tanaman terpenting dunia selain padi, gandum, kentang, jagung, ubi kayu dan barli. Penanaman awal dianggarkan pada tahun 3,000 Sebelum Masihi di mana catatan awal penanaman telah diusahakan oleh masyarakat purba Peru dan Mayan di Amerika Latin. 1.2.Penyebaran tanaman keledek ke Eropah dipercayai dilakukan oleh Christopher Columbus melalui pelayaran-pelayaran penemuannya yang masyhur manakala pelayar-pelayar dan pedagang-pedagang Sepanyol serta Portugis memperkenalkannya ke Afrika dan Asia. Kini tanaman keledek terdapat hampir di keseluruhan kawasan tropika, sub-tropika dan kawasankawasan hawa sederhana ketika cuaca musim panas. 1.3.Di Malaysia, tanaman keledek merupakan antara tanaman kontan yang utama selain ubi kayu dan negeri-negeri pengeluar utama keledek ialah Perak, Johor, Kelantan dan Selangor dari tahun 2018-2021 dengan keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti tercatat di Jadual 1. Kadar pengimportan keledek pula merekodkan peningkatan berdasarkan data import pada tahun 2019 hingga 2021 iaitu sebanyak 13,791 mtan kepada 17,299 mtan. Pengeksporatan keledek juga berlaku di antara 1,141 mtan dan 2,282 mtan bagi tahun 2019 dan 2021. Negara pengeksport dan pengimport yang utama adalah seperti di Jadual 2. 1.4.Tanaman keledek merupakan antara tanaman utama yang menyumbang kepada industri asas tani selain tanaman umbisi yang lain seperti ubi kayu dan ubi keladi. Jadual 3 menunjukkan permintaan bekalan mentah keledek bagi tujuan pemprosesan kerepek keledek, cakar ayam, pau keledek, kuih keria, kuih tradisional dan lain-lain bagi tahun 2018 hingga 2022.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 10 Jadual 1: Keluasan tanaman keledek di Malaysia tahun 2018-2021 Negeri 2018 2019 State Luas Bertanam Luas Berhasil Pengeluaran Nilai Pengeluaran Luas Bertanam Luas Berhasil Pengeluaran Nilai Pengeluaran Planted area Harvested area Production Production Value Planted area Harvested area Production Production Value (Ha) (Ha) (Mt) ( RM’000 ) (Ha) (Ha) (Mt) ( RM’000 ) Johor 195.3 161.7 3,103.4 5,120.6 314.3 278.8 3,398.4 7,034.7 Kedah 21.2 21.2 384.2 633.9 16.5 16.5 300.5 622.0 Kelantan 415.6 404.7 7,258.8 11,977.0 595.6 586.1 8,963.6 18,554.6 Melaka 58.0 53.0 574.5 948.0 45.1 38.9 452.6 936.9 Negeri Sembilan 1.5 1.5 23.9 39.4 5.0 5.0 81.9 169.5 Pahang 86.1 74.0 978.7 1,614.9 105.1 99.0 1,159.4 2,399.9 Perak 1,872.6 1,611.7 34,009.1 56,115.0 1,845.8 1,838.6 36,007.4 74,535.2 Perlis 0.3 0.3 6.7 11.1 0.3 0.3 0.5 1.0 Pulau Pinang - - - - 2.7 2.7 43.0 89.0 Selangor 283.9 283.1 4,111.2 6,783.5 266.8 250.8 3,994.2 8,268.0 Terengganu 79.9 78.3 1,347.7 2,223.7 26.3 25.6 321.1 664.7 Semenanjung Malaysia 3,014.5 2,689.4 51,798.2 85,467.0 3,223.5 3,142.3 54,722.5 113,275.5 Sabah 47.8 45.2 426.4 703.6 38.2 32.3 224.8 465.3 Sarawak - - - - 156.0 144.1 1,396.2 2,890.2 WP Labuan - - - - - - - - 3,062.3 2,734.6 52,224.6 86,170.6 3,417.7 3,318.7 56,343.5 116,631.0
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 11 Jadual 1: Keluasan tanaman keledek di Malaysia tahun 2018-2021 (samb.) Negeri 2018 2019 State Luas Bertanam Luas Berhasil Pengeluaran Nilai Pengeluaran Luas Bertanam Luas Berhasil Pengeluaran Nilai Pengeluaran Planted area Harvested area Production Production Value Planted area Harvested area Production Production Value (Ha) (Ha) (Mt) ( RM’000 ) (Ha) (Ha) (Mt) ( RM’000 ) Johor 219.6 203.0 3,503.9 6,762.4 155.2 154.6 2,558.0 4,604.4 Kedah 15.3 15.3 226.7 437.6 10.7 10.2 91.5 164.8 Kelantan 696.3 682.1 10,981.6 21,194.4 628.8 623.9 10,945.6 19,702.0 Melaka 29.6 24.4 239.6 462.4 13.0 10.9 93.3 167.9 Negeri Sembilan 0.0 0.0 0.4 0.8 4.2 4.2 73.5 132.2 Pahang 114.3 111.9 896.6 1,730.4 99.9 95.6 1,004.2 1,807.6 Perak 1,702.2 1,676.3 33,032.3 63,752.3 1,754.5 1,721.4 33,476.2 60,257.1 Perlis 0.3 0.3 1.7 3.3 3.0 3.0 34.3 61.7 Pulau Pinang 2.4 2.4 45.6 88.0 0.9 0.9 11.9 21.3 Selangor 252.6 243.6 3,733.8 7,206.2 234.7 224.7 3,457.9 6,224.2 Terengganu 54.7 54.5 488.5 942.8 63.6 56.2 564.6 1,016.2 Semenanjung Malaysia 3,087.2 3,013.6 53,150.6 102,580.6 2,968.4 2,905.5 52,310.9 94,159.6 Sabah 49.3 46.7 286.6 553.1 45.4 38.5 227.6 409.7 Sarawak 142.4 133.4 1,313.2 2,534.5 115.0 104.7 1,075.3 1,935.5 WP Labuan - - - - - - - - 3,278.9 3,193.7 54,750.4 105,668.2 3,128.8 3,048.7 53,613.8 96,504.8
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 12 Jadual 2: Pengimportan dan Pengeksportan Ubi Keledek Tahun 2019 – 2021 Pengimportan Ubi Keledek Tahun 2019 Tahun 2020 Tahun 2021 Negara Pengeksport Kuantiti pengeluaran (kg) Nilai Pengeluaran (RM) Negara Pengeksport Kuantiti pengeluaran (kg) Nilai Pengeluaran (RM) Negara Pengeksport Kuantiti pengeluaran (kg) Nilai Pengeluaran (RM) Vietnam 4,454,112 20,500,567 Vietnam 6,204,641 26,152,216 Indonesia 6,254,996 9,065,414 Thailand 4,302,300 4,311,896 Indonesia 5,448,937 7,422,937 Vietnam 4,573,885 20,339,837 Indonesia 4,174,170 6,655,561 Thailand 3,853,200 3,862,380 Thailand 2,840,910 2,848,415 China 345,457 1,188,269 United States 1,186,577 2,341,917 Netherlands 1,347,969 3,782,652 Jepun 240,793 2,853,577 China 959,021 1,803,454 China 1,303,321 2,695,152 Australia 130,753 812,105 Netherlands 331,565 774,091 Japan 260,786 3,584,057 Pakistan 89,000 86,216 Poland 292,090 847,175 Singapura 211,690 400,783 United States 27,843 129,221 Japan 206,271 2,952,807 Bangladesh 165,016 157,118 Korea 12,655 189,355 Singapura 165,640 356,918 Australia 132,495 1,404,010 Taiwan 8,180 61,875 Australia 136,229 1,592,623 Jerman 83,810 135,191 Singapura 4,120 33,769 Jerman 82,030 138,524 Poland 54,992 111,615 India 1,500 4,540 Bangladesh 59,800 70,571 Denmark 29,131 60,451 Hong Kong 390 4,344 Hong Kong 32,832 65,577 United States 25,677 96,539 United Kingdom 176 3,357 Denmark 27,000 62,399 Korea 8,844 193,363 Egypt 15 151 United Arab Emirates 26,000 54,005 Taiwan 4,520 58,269 Netherlands 15 224 Korea 15,066 241,505 United Kingdom 1,670 15,963 Taiwan 3,900 50,944 Spain 2,040 18,813 JUMLAH 13,791,478 36,835,027 JUMLAH 19,032,839 48,808,856 JUMLAH 17,299,712 44,948,829
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 13 Pengeksportan Ubi Keledek Tahun 2019 Tahun 2020 Tahun 2021 Negara Pengimport Kuantiti pengeluaran (kg) Nilai Pengeluaran (RM) Negara Pengimport Kuantiti pengeluaran (kg) Nilai Pengeluaran (RM) Negara Pengimport Kuantiti pengeluaran (kg) Nilai Pengeluaran (RM) Singapura 1,137,845 1,876,248 Singapura 1,397,459 2,447,461 Singapura 2,281,471 4,155,257 Brunei Darussalam 2,000 6,000 UAE 8,760 38,409 Brunei Darussalam 780 3,800 Thailand 1,000 1,000 Timor Leste 100 828 Vietnam 25 115 Vietnam 500 3,800 Canada 5 77 Cambodia 480 9,700 Christmas Island (Ind. Ocean) 15 18 Jumlah 1,141,840 1,896,766 Jumlah 1,406,319 2,486,698 Jumlah 2,282,280 4,159,249 Jadual 3: Penggunaan Bekalan Keledek Bagi Tujuan Pemprosesan Hasilan Keledek Bagi Tahun 2018-2022 Nama Produk Kegunaan Keledek (kg) Tahun 2018 Tahun 2019 Tahun 2020 Tahun 2021 Tahun 2022 JUMLAH Cakar Ayam Keledek 758,090.88 886,055.28 1,377,226.00 906,405.56 725,171.76 4,652,949.48 Kerepek Keledek 738,169.68 502,797.20 176,176.00 193,834.00 68,672.00 1,679,648.88 Pau Keledek 8,904.00 7,932.00 14,480.00 16,480.00 14,880.00 62,676.00 Cucur Badak - 1,112,922.40 932,630.80 1,561,612.00 433,140.00 4,040,305.20 JUMLAH 1,505,164.56 2,509,706.88 2,500,512.80 2,678,331.56 1,241,863.76 10,435,579.56 1.5.Ubi keledek kaya dengan karbohidrat (31.3 %),mempunyai nilai tenaga (138.0 Kcal) dan karotena (0-12.2 mg) yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain. Kandungan zat makanan ubi keledek adalah seperti di Jadual 4.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 14 Jadual 4: Komposisi Zat Makanan Keledek Nutrien Unit Nilai bagi setiap 100g Proximates Air g 64.3 Tenaga Kcal 138 Protein g 2 Lemak g 0.5 Karbohidrat g 31.3 Serabut g 0.5 Abu g 1.4 Mineral Kalsium mg 16 Ferum/Iron mg 0.6 Fosforus mg 32 Kalium mg 210 Natrium mg 36 Vitamin Vitamin C mg 23.8 Tiamina mg 0.1 Riboflavin mg 0.09 Niasin mg 0.5 Sumber: Malaysian Food Composition Database(2022), Kementerian Kesihatan Malaysia 1.6.Ubi keledek boleh dimakan atau dimasak secara rebus, bakar dan goreng serta diproses untuk dijadikan produk hiliran bernilai tinggi. Pucuk keledek pula digunakan sebagai sayuran di kebanyakan negara. Ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet turut digunakan sebagai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan. Kanji dari ubi keledek juga telah digunakan dalam industri tekstil di samping boleh dijadikan bahan pemekat makanan ataupun sirap. Ubi keledek juga boleh diproses menjadi tepung bagi industri pemprosesan makanan.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 15 2. BOTANI TANAMAN 2.1.Nama saintifik bagi keledek ialah (L.) Lamdari keluargaConvolvulaceae. Nama tempatannya ialah ubi keledek atau ubi stello. 2.2.Keledek adalah tanaman kontan yang hidup menjalar. Morfologi am tanaman keledek adalah seperti Gambar rajah 1 dengan mempunyai ciri-ciri am seperti berikut: a) Daun : Berbeza-beza saiz mengikut varieti dari jenis kordat, segitiga dan reniform. Berwarna hijau kekuningan sehingga hijau kelabu. b) Batang : Batang keledek tumbuh merayap di tanah. Ianya mempunyai buku dan ruas di mana sulur sisi boleh didapati dari batang utama. Akar serabut akan keluar dari buku batang sekiranya tersentuh tanah. c) Akar : Keledek mempunyai sistem akar serabut. Akar berfungsi untuk menyerap air dan nutrien serta sebagai sokongan tanaman. Sebahagian dari sistem akar juga akan berfungsi sebagai penyimpan bahan makanan bagi menghasilkan ubi keledek. d) Bunga : Mempunyai lima ranggi bunga yang bercantum, berwarna putih hingga ke unguan dan keluar dari ketiak daun keledek. Biasanya bunga keledek keluar sekuntum tetapi terdapat juga varieti keledek yang mengeluarkan kumpulan bunga. Bunga akan kembang di waktu pagi dan akan layu di waktu tengah hari. Pendebungaan kadangkala terjadi melalui serangga tetapi kerap kali gagal menghasilkan biji benih kerana ketidakserasian. e) Buah : Berbentuk kapsul 5 hingga 8 mm garis pusat tetapi buah jarang didapati. f) Biji : Biji benih keledek berwarna hitam, 3 mm panjang. Berbentuk separa bulat dan mempunyai kulit biji yang keras. Penanaman menggunakan biji benih jarang digunakan kecuali di dalam proses pembiakbakaan. g) Ubi : Bahagian utama atau komersil bagi tanaman keledek yang dimakan atau dikenali sebagai umbisi dengan kandungan karotin yang tinggi, berkanji, kebanyakannya mempunyai rasa manis, bentuk yang berbeza-beza seperti ovat, eliptik, obovat, oblong serta bentuk tidak menentu. Isi berwarna di antara putih ke kuning, jingga, merah, ungu serta perang mengikut jenis varieti.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 16 Gambar rajah 1: Morfologi tanaman keledek
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 17 3. KEPERLUAN ASAS TANAMAN 3.1.Faktor Iklim A.Keledek memerlukan cahaya matahari penuh untuk penghasilan yang tinggi di samping keperluan suhu 24 °C – 32 °C. Keadaan cuaca di Malaysia sesuai untuk penanaman keledek. Keperluan hujan tahunan yang sesuai untuk pertumbuhan keledek adalah 750 - 1000 mm. Bagi semusim penanaman keledek dianggarkan 460 - 500 mm hujan adalah mencukupi. B.Pemilihan kawasan dan penjadualan tanaman dan pengairan boleh juga berpandukan kepada Peta Indeks Hujan Pertanian (ARI) seperti Gambar rajah 2. Warna merah menunjukkan bulan tersebut adalah bulan kering (air tidak mencukupi untuk tanaman berakar pendek). Manakala warna biru menunjukkan bulan tersebut adalah bulan basah (air berlebihan untuk tanaman).
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 18Gambar rajah 2: Peta Indeks Hujan Pertanian (Agriculture Rainfall Index - ARI)
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 19 Gambar rajah 2: Peta Indeks Hujan Pertanian (Agriculture Rainfall Index - ARI) 3.2.Faktor Tanah A. Keledek memerlukan tanah yang subur dan gembur kerana tanah tersebut mempunyai pengudaraan, pegangan air dan nutrien yang baik untuk pertumbuhan tanaman. Sifat dan kesesuaian tanah untuk tanaman keledek adalah seperti di Jadual 5 . Jadual 5 : Sifat dan Kesesuaian Tanah untuk Tanaman Keledek Sifat Tanah Kesesuaian Untuk Tanaman Keledek Sesuai Sederhana Sesuai Kecerunan 0-6° (Rata ke beralun) 6-12° (Berombak) Saliran Saliran yang baik (tidak bertakung air >50 cm dari permukaan tanah) Kedalaman tanah ke lapisan padat >25 cm 0-25 cm Keberbatuan >50 cm ke lapisan berbatu padat (>80% isipadu batu) atau >25 cm ke lapisan berbatu longgar (35-80% isipadu batu) 25-50 cm ke lapisan berbatu padat (>80% isipadu batu) atau 0-25 cm ke lapisan berbatu longgar (35- 80% isipadu batu) Kedalaman lapisan asid sulfat >50 cm daripada permukaan tanah 25-50 cm daripada permukaan tanah Tekstur dan struktur Selain dari pasir yang tak berstruktur dan lempung. Pasir yang tak berstruktur dan lempung. Kemasinan <0.5 dS/m 0.5-1 dS/m Ketebalan lapisan gambut Tiada lapisan gambut Nota: dS/m – deciSiemens per meter
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 20 B. Contoh tanah yang sesuai bagi tanaman keledek ialah tanah yang terbentuk daripada aluvium sungai yang bersaliran baik seperti siri Chempaka, Lundang, Tebok dan Tok Yong (Gambar rajah 3). Siri Chempaka Siri Lundang Siri Tebok Siri Tok Yong Gambar rajah 3: Contoh Jenis Siri Tanah Yang Sesuai Bagi Penanaman Keledek Tanah-tanah bermasalah seperti tanah pasir pantai atau (BRIS), tanah bekas lombong, tanah asid sulfat, tanah gambut dan tanah bertakung air adalah tidak sesuai untuk tanaman keledek dalam kaedaan semulajadi. Walau bagaimanapun, penanaman keledek boleh dilaksanakan dengan mengambil kira kawalan sistem saliran dan pengairan dirancang dengan teliti dan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan tanah dijalankan untuk memastikan tahan berada dalam keadaan optimum untuk pertumbuhan keledek. 3.3.Panduan Kawalan Hakisan Untuk Tanaman Keledek
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 21 A. Syor Kaedah Pembukaan Kawasan I. Berdasarkan Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun Edisi 2020, tanaman keledek dirujuk sebagai tanaman jangka pendek (sayuran berbuah dan herba) yang mempunyai zon pengakaran 25-75cm, kanopi kecil, pusingan tanaman pendek dan sesuai ditanam di teren 0°-12°. Tanaman keledek boleh ditanam di tanah rendah dan tanah tinggi. Tanah rendah ialah kawasan yang terletak di bawah 300 meter atas paras laut (<300 m.a.p.l) manakala tanah tinggi ialah kawasan di atas 300 meter atas paras laut (>300 m.a.p.l). II. Pembukaan kawasan mengikut kaedah yang betul dapat mengurangkan kadar hakisan. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi untuk mengurangkan hakisan tanah ketika pembersihan kawasan seperti tidak dilakukan pada musim hujan, sisa kayu perlu dilonggok setempat atau berbaris dan pokok asal di tepi sungai dan saliran hendaklah dibiarkan sebagai zon penampan. Pembukaan kawasan baharu perlu melaksanakan kaedah pembukaan kawasan seperti yang disyorkan di Jadual 6. Jadual 6: Pengesyoran Kaedah Pembukaan Kawasan Tanaman Keledek Peringkat Kawasan < 300 m.a.p.l Kawasan >300 m.a.p.l Cerun Tanah Cerun Tanah 0°-12° 0°-12° Pembukaan Kawasan • Pembukaan berperingkat • Penebangan bersih • Pembukaan secara manual/separa manual atau penggunaan jentera berat • Kekalkan zon penampan tebing sungai • Pembukaan kawasan pada musim kering • Mencabut tunggul jika perlu • Pembukaan berperingkat • Penebangan bersih • Pembukaan secara manual/separa manual • Kekalkan zon penampan tebing sungai • Pembukaan kawasan pada musim kering • Mencabut tunggul jika perlu B. Amalan Pemuliharaan Tanah di Kawasan Baharu dan Telah Bertanam I. Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun Edisi 2020 turut mengandungi pengesyoran amalan mekanikal dan agronomi pemuliharaan tanah untuk mengawal hakisan bagi kawasan baharu dibuka dan kawasan telah bertanam seperti di Jadual 7. Jadual 7: Pengesyoran Amalan Pemuliharaan Tanah Bagi Tanaman Keledek Amalan Pemuliharaan Tanah Kawasan < 300 m.a.p.l dan > 300 m.a.p.l Cerun Tanah 0°-6° 6°-12° Amalan mekanikal bagi kawasan baharu dibuka • Batas mengikut kontur • Parit ladang • Pembetung • Teres bangku atau batas mengikut kontur • Parit lereng • Pembetung • Pagar kelodak • Perangkap kelodak Amalan mekanikal bagi kawasan telah bertanam • Parit ladang atau parit lereng • Pembetung • Perangkap kelodak • Parit lereng • Perangkap kelodak
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 22 Amalan agronomi bagi kawasan baharu dibuka dan telah bertanam • Menanam mengikut kontur • Sungkupan • Bajakan secara minimum • Tanaman padat • Menanam mengikut kontur • Sungkupan • Bajakan secara minimum • Tanaman padat • Tanaman penstabil cerun 4. JENIS – JENIS VARIETI KELEDEK DAN KEGUNAAN 4.1.Di antara varieti – varieti yang popular adalah seperti VitAto, Gendut, biru jepun, jalomas dan lain-lain. Jadual 8 menunjukkan ciri-ciri varieti yang sering ditanam di Malaysia. Jadual 8: Ciri-ciri jenis varieti yang ditanam dan popular di Semenanjung Malaysia Jenis varieti Ciri-ciri Daun Umbisi 1. VitAto Varieti jenis umbisi saiz besar. Potensi hasil 30-33 tan/ha. Tempoh matang 3.5 – 4 bulan (MARDI). Varieti ini banyak digunakan untuk makanan hiliran seperti kerepek dan kuih tradisional. Selain itu varieti ini turut dimakan segar. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: Batang : K e a m a t a n antosianin pada hujung sederhana, keamatan antosianin pada nod tiada/ amat lemah. Lai Daun: 3 lobus, warna hijau, warna utama daun muda perang ungu, keamatan antosianin pada petiol lemah, bentuk daun segitiga. Umbisi: berbentuk obovat, warna kulit umbisi jingga, warna isi jingga.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 23 2. Gendut Varieti jenis umbisi saiz besar. Potensi hasil 20-25 tan/ha. Tempoh matang 4 bulan (MARDI). Varieti ini banyak digunakan untuk makanan hiliran seperti kuih tradisional serta pembuatan tepung. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: B a t a n g : k e a m a t a n antosianin pada nod tiada/ amat lemah. Lai Daun: tiada lobus, warna hijau, bentuk daun kordat. Umbisi: berbentuk eliptik, warna kulit putih, warna isi kuning cerah. 3. Banting Varieti jenis umbisi saiz besar. Potensi hasil 30 tan/ ha. Tempoh matang 4 bulan. Varieti ini banyak digunakan untuk makanan hiliran seperti kerepek dan kuih tradisional selain dimakan segar. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: B a t a n g : K e a m a t a n antosianin pada hujung tiada/amat lemah, keamatan antosianin pada nod tiada/ lemah. Lai Daun: 5 lobus, warna hijau, warna utama daun muda hijau cerah, keamatan antosianin pada petiol lemah, bentuk daun segitiga. Umbisi: berbentuk ovat, warna kulit umbisi merah jambu, warna isi kuning.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 24 4. Biru Jepun Varieti jenis umbisi saiz kecil. Potensi hasil 30-35tan/ ha. Tempoh matang 4 bulan. Varieti ini popular untuk dimakan segar. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: Batang : K e a m a t a n antosianin pada hujung tiada/amat lemah, keamatan antosianin pada nod sederhana. Lai Daun: 3 lobus, warna hijau, warna utama daun muda ungu cerah, keamatan antosianin pada petiol tiada/ amat lemah, bentuk daun segitiga. Umbisi: berbentuk eliptik, warna kulit umbisi ungu sederhana, warna isi ungu. 5. Biru Johor Varieti jenis umbisi saiz besar. Potensi hasil 30- 35tan/ha. Tempoh matang 4 bulan. Varieti ini banyak digunakan untuk makanan hiliran seperti kerepek. Ciriciri morfologi adalah seperti berikut: Batang : K e a m a t a n antosianin pada hujung kuat, keamatan antosianin pada nod tiada/ amat lemah. Lai Daun: 5 lobus, warna hijau, warna utama daun muda perang ungu, keamatan antosianin pada petiol lemah, bentuk daun segitiga. Umbisi: berbentuk eliptik, warna kulit umbisi kuning cerah, warna isi ungu putih.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 25 6. Jalomas Varieti jenis umbisi saiz sederhana. Potensi hasil 15-20 tan/ha. Varieti ini banyak digunakan untuk makanan hiliran seperti kuih tradisional serta dimakan segar. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: Batang : K e a m a t a n antosianin pada hujung sederhana, keamatan antosianin pada nod sederhana. Lai Daun: tiada lobus, warna hijau, warna utama daun muda ungu cerah, keamatan antosianin pada petiol sederhana, bentuk daun kordat. Umbisi: berbentuk ovat, warna kulit umbisi ungu, warna isi kuning jingga.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 26 7. Large white (keledek batu) Warna kulit merah samar, isi kuning pucat. Hasil 12 - 15 tan/ha. Tempoh matang 4 bulan. Varieti jenis besar Varieti ini banyak digunakan untuk pembuatan tepung serta penghasilan makanan ternakan. Selain itu, varieti ini juga boleh dijadikan bahan pemekat/pelikat makanan. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: Batang : K e a m a t a n antosianin pada hujung sederhana, keamatan antosianin pada nod sederhana. Lai Daun: 5 lobus, warna hijau kuning, warna utama daun muda adalah hijau kuning, keamatan antosianin pada petiol tiada/ amat lemah. Umbisi: berbentuk obovat, warna kulit umbisi merah jambu jingga, warna isi kuning cerah.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 27 8. Bukit naga Varieti jenis umbisi saiz besar. Potensi hasil 20-30 tan/ha. Tempoh matang 4 bulan. Varieti ini banyak digunakan untuk makanan hiliran seperti kerepek dan kuih tradisional selain dimakan segar. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: Batang : K e a m a t a n antosianin pada hujung tiada/amat lemah, keamatan antosianin pada nod sederhana. Lai Daun: tiada lobus, warna hijau, warna utama daun muda ungu sederhana, keamatan antosianin pada petiol tiada/ amat lemah, bentuk daun kordat. Umbisi: berbentuk ovat, warna kulit umbisi ungu gelap, warna isi jingga. 9. Anggun 1 Varieti jenis umbisi saiz besar. Potensi hasil 20-30 tan/ha. Tempoh matang 3 – 4 bulan (MARDI). Varieti ini banyak digunakan untuk makanan hiliran seperti kuih tradisional serta dimakan segar. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: Batang : k e a m a t a n antosianin pada internod lemah. Lai Daun: 5 lobus, warna hijau, warna utama daun muda hijau sederhana, keamatan antosianin pada petiol lemah, bentuk daun kordat. Umbisi: berbentuk eliptik, warna kulit umbisi ungu kemerahan, warna isi ungu.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 28 10. Anggun 2 Varieti jenis umbisi saiz besar. Potensi hasil 20-30 tan/ha. Tempoh matang 3 – 4 bulan (MARDI). Varieti ini banyak digunakan untuk makanan hiliran seperti kuih tradisional serta dimakan segar. Ciri-ciri morfologi adalah seperti berikut: Batang : k e a m a t a n antosianin pada internod lemah. Lai Daun: 5 lobus, warna hijau, warna utama daun muda hijau sederhana, keamatan antosianin pada petiol tiada/ amat lemah, bentuk daun segitiga. Umbisi: berbentuk eliptik, warna kulit umbisi ungu kemerahan, warna isi ungu. 5. AMALAN AGRONOMI Amalan Agronomi merupakan salah satu aspek utama dalam amalan pertanian yang baik (APB) bagi mengawal dan mengurangkan ancaman, risiko dan impak negatif terhadap aktiviti pengeluaran pertanian. Sistem pengurusan ini melibatkan pengurusan tanah, input pertanian dan aktiviti di ladang untuk meningkatkan produktiviti ladang, hasil yang berkualiti dan selamat digunakan, serta melindungi pekerja dan alam sekitar. 5.1.Penyediaan Kawasan dan Tanah A.Penyediaan Tanah i. Kaedah batas digunakan bagi penanaman keledek. Ukuran batas penanaman yang sesuai adalah 60 - 90 cm lebar dan 30 - 40 cm tinggi mengikut varieti keledek. Penghasilan keledek juga akan meningkat dengan ketinggian batas selaras dengan tekstur tanah kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang semakin bertambah. ii. Penanaman keledek di kawasan yang baru dibuka bagi jenis tanah lempung (mineral), penggunaan bajak piring dilaksanakan satu kali diikuti dua kali bajak putar. Tanah dibajak piring sedalam 20 - 25 cm dan dibiarkan selama 2 minggu sebelum dibajak putar kali pertama. Amalan pembajakan sedemikian bertujuan untuk mengurangkan masalah penyakit dan perosak keledek yang terdapat dalam tanah. Bajak putar kali kedua dilakukan selepas 1-2 minggu kerja pengapuran dijalankan. iii. Untuk penanaman semula keledek di kawasan sedia ada, tanah dibajak putar bersekali dengan pembatas. Umumnya pembajakan tanah dilakukan sebanyak satu kali bergantung kepada jenis tanah sebelum penanaman dilakukan. B.Pengapuran I. Kebanyakan tanah di Malaysia iaitu mempunyai pH kurang daripada 5.5. Apabila pH tanah rendah, kepekatan ion H+ boleh menjejaskan penyerapan kation oleh akar. Tanah yang mempunyai pH rendah (berasid), ketersediaan nutrien Ferum (Fe), Mangan (Mn) dan Aluminium (Al) adalah tinggi dan boleh memberi kesan
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 29 toksik kepada tanaman. Aktiviti pengapuran perlu dijalankan bagi meningkatkan pH tanah ke paras optimum iaitu pH 5.5 hingga 6.5. Pada paras ini, nutrien dalam tanah tidak terikat dan lebih tersedia untuk diambil oleh akar tanaman. Bahan kapur yang disyorkan adalah Ground Magnesium Limestone (GML) kerana mempunyai kesan yang baik dan mudah didapati. pH tanah perlu dipantau setiap musim penanaman atau 6 bulan sekali bagi mendapatkan kadar pengapuran yang tepat. Pengapuran tidak diperlukan sekiranya pH tanah melebihi pH 5.5. II. Pengapuran seluruh kawasan (Broadcasting) Bagi kawasan baharu atau penanaman semula, pengapuran dilakukan semasa kerja pembajakan tanah di antara hari ke-30 sebelum tanam (HST 30). Proses penggaulan antara tanah dan kapur dengan kedalaman 20-25 cm akan memberikan kesan tindakbalas maksimum bagi meningkatkan pH tanah. Panduan umum keperluan kapur semasa penyediaan tanah seperti di Jadual 9. Panduan umum keperluan kapur semasa penyediaan tanah untuk penanaman adalah seperti di Lampiran I. Jadual 9: Kadar Pengapuran seluruh kawasan (Broadcasting) 1Kadar kenaikan pH Tanah (1.0 unit pH) Tanah Pasir Tanah Mineral Tanah Gambut Kadar Kapur (tan/ha) 1.0 2.0 3.0 Kadar Kapur (kg/m2 ) 0.1 0.2 0.3 Nota: Tanah berpasir dengan kandungan pasir 50-70% Pra Kawalan Penyakit dan Perosak III. Sebelum memulakan penanaman, kawasan perlu dibuat kawalan penyakit dan perosak dengan menggunakan racun rumpai yang bersesuaian bagi memusnahkan perumah kulat, bakteria dan serangga perosak yang berada di kawasan tersebut. 5.2.Penyediaan Bahan Tanaman I. Penanaman keledek boleh menggunakan sumber benih dari biji benih, umbisi dan keratan sulur. Walau bagaimanapun penggunaan keratan pucuk adalah amalan yang biasa digunakan penanaman keledek. Keratan pucuk ada Keratan sepanjang 25 - 30 cm diambil dari pucuk pokok yang sihat dan subur. Keratan pucuk utama dari ladang pengeluaran benih keledek yang berumur dua hingga empat bulan adalah terbaik untuk penanaman.Elakkan penggunaan benih dari ladang yang diserang perosak dan penyakit
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 30 Gambar rajah 4: Keratan pucuk utama untuk penyediaan bahan tanaman II. Keratan yang telah dipilih ditanam terus dengan memastikan kerja-kerja penyediaan ladang telah dibuat terlebih dahulu. Selain itu, ia juga boleh disimpan selama 1 - 3 hari di tempat yang teduh dan lembap untuk menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat ladang. Gambar rajah 5: Penyediaan sumber keratan untuk ditanam terus(kir) manakala keratan benih disimpan selama 1-3 hari ditempat teduh dan redup sebelum penanaman (kanan) III. Keratan umbisi juga boleh digunakan sebagai bahan tanaman dengan menggunakan umbisi yang berumur 1- 3 bulan dengan ukuran panjang umbisi 40 – 50 cm. Umbisi yang dipilih mestilah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.Bagi meningkatkan bilangan tunas, keratan umbisi boleh dibahagikan kepada 2 atau 3 bahagian seperti dirajah. 25-30 cm
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 31 Gambar rajah 6 : Penghasilan benih menggunakan keratan umbisi 5.3.Penanaman Di ladang A.Keratan benih ditanam di batas dengan sudut 45 ° sedalam 15 - 20 cm. Jarak tanaman adalah 30 - 45 cm di dalam barisan dan 90 - 120 cm/120-150cm antara barisan, mengikut jenis varieti keledek sama ada dari jenis yang kecil ataupun besar. Keperluan bahan tanaman (sulur/keratan umbisi) bagi penanaman keledek adalah sebanyak 21,000 – 27,000 sehektar.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 32 Gambar rajah 7 : Kerja-kerja penyediaan batas menggunakan mekanisasi traktor Kerja-kerja penyediaan batas sedang dijalankan di atas tanah BRIS (Lokasi:MARDI Bachok) Implemen pembuat batas digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan batas berdasarkan jarak yang telah ditetapkan.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 33 Gambar rajah 8: Panduan dan lakaran jarak penanaman keledek Tinggi batas: 30-45 cm Jarak di antara batas: 90-120 cm Lebar batas: 60-90 cm
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 34 B. Penanaman keledek boleh dilakukan di waktu pagi atau petang. Penyiraman dilakukan selepas setiap penanaman agar pertumbuhannya tidak terencat dan kejayaan penanaman lebih terjamin. Penanaman boleh dilakukan secara manual atau menggunakan jentera penanam. Penanaman secara manual Penanaman secara mekanisasi Gambar rajah 9: Kaedah penanaman keledek secara manual dan menggunakan mekanisasi C. Keledek boleh ditanam secara tanaman tunggal, tanaman giliran dan secara tanaman selingan. Antara contoh tanaman selingan adalah seperti di ladang getah atau kelapa sawit yang baru ditanam. Penanaman secara tunggal Penanaman secara selingan Selingan dengan tanaman kelapa sawit Selingan dengan tanaman tebu Gambar rajah 10 : Contoh sistem penanaman secara tunggal dan selingan
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 35 5.4. Penjagaan Sulur A. Bagi mendapatkan pembentukan ubi keledek yang baik di bahagian pangkal pokok, sulur-sulur keledek hendaklah diangkat dua kali bagi setiap penanaman. Masa yang sesuai dilakukan adalah 30 dan 55 hari selepas tanam. Aktiviti ini hendaklah dilakukan sebelum kerja-kerja pembajaan dan pengawalan rumpai dijalankan. Sekiranya tidak dilakukan, akar sisi akan membesar dan menghasilkan ubi-ubi kecil yang tidak sesuai untuk pasaran. Pembentukan ubi utama di pangkal pokok juga akan terjejas dan kurang sempurna tumbesarannya. Gambar rajah 11: Aktiviti pembalikan sulur yang sedang dijalankan dan pembalikan sulur yang telah selesai. Gambar rajah 12: Kesan kepada tanaman keledek sekiranya aktiviti pembalikan sulur tidak dijalankan. Umbisi kecil akan keluar dari sisi sekiranya pembalikan sulur tidak dibuat.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 36 5.5. Pembajaan A. Pengurusan pembajaan yang efisyen dapat membekalkan nutrien yang cukup pada tanaman untuk pertumbuhan yang baik dan pengeluaran hasil optimum. Bagi memastikan ketersediaan nutrien yang optimum melalui pembajaan yang berkesan, pengetahuan mengenai interaksi antara tanah, tanaman dan persekitaran sangat diperlukan. B. Tanaman keledek memerlukan pembajaan yang mencukupi bagi memastikan pengeluaran yang tinggi dan berkualiti. Konsep pembajaan yang efektif secara amnya mengambil kira faktor jenis baja, kadar, masa dan kaedah pembajaan. Bagi kawasan yang mempunyai status kesuburan tanah yang rendah, penggunaan bahan organik seperti kompos adalah digalakkan bagi memperbaiki sifat fizikal, kimia dan biologi tanah. Bahan organik perlu dibajak ke dalam tanah semasa peringkat pembajakan akhir (basal dressing) pada 7-14 hari sebelum tanam (7-14 HST). Kadar bahan organik yang disyorkan mengikut jenis tanah adalah seperti di Jadual 10. Jadual 10: Kadar Keperluan Bahan Organik Mengikut Jenis Tanah Jenis Tanah Kadar Bahan Organik (mt/ ha) Tanah Lempung/ Mineral 5-10 Tanah Pasir (BRIS/Bekas Lombong) 30-35 Tanah Gambut Tidak perlu penambahan organik Sumber: Asas Matematik Pertanian, Jabatan Pertanian 2015. C. Pengesyoran pembajaan yang tepat bergantung kepada status kesuburan tanah setempat. Secara amnya pembajaan keledek menggunakan baja kimia dan baja organik (yang telah diproses). Baja organik digaul ke dalam batas 7 hari sebelum penanaman (HST). Jadual 11 menunjukkan kadar dan masa yang sesuai untuk pembajaan baja organik dan baja kimia keledek mengikut jenis tanah. Pembajaan alternatif juga boleh dilakukan seperti pengesyoran pada Jadual 12.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 37 Jadual 11: Kadar dan Masa Pembajaan Tanaman Keledek Jenis tanah Pembajaan Jenis baja Kadar Pembajaan (mt/ha/ musim) Masa Cara 1 Tanah pasir (BRIS dan Tanah Bekas lombong) 12:12:17:2MgO + TE 0.3 0.4 0.5 10 HLT 32 HLT 57 HLT Tabur dan timbus sepanjang batas. 2 Tanah Gambut 12:12:17:2MgO + TE 0.3 0.4 0.5 10 HLT 32 HLT 57 HLT Tabur dan timbus sepanjang batas. 3 Tanah Lempung 12:12:17:2MgO + TE 0.3 0.4 0.4 10 HLT 32 HLT 57 HLT Tabur dan timbus sepanjang batas. Nota* HLT : Hari Lepas Tanam Jadual 12: Kadar dan Masa Pembajaan Alternatif Tanaman Keledek Jenis tanah Jenis baja Pembajaan Kadar Pembajaan (mt/ha/musim) Masa Cara 1 Tanah pasir (BRIS dan Tanah Bekas lombong) 15:15:15 13:13:21 13:13:21 0.36 0.32 0.4 10 HLT 32 HLT 57 HLT Tabur dan timbus sepanjang batas. 2 Tanah Gambut 15:15:15 13:13:21 13:13:21 0.36 0.32 0.4 10 HLT 32 HLT 57 HLT Tabur dan timbus sepanjang batas. 3 Tanah Lempung 15:15:15 13:13:21 13:13:21 0.3 0.3 0.3 10 HLT 32 HLT 57 HLT Tabur dan timbus sepanjang batas. Nota HLT : Hari Lepas Tanam
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 38 5.6. Kualiti Air Pertanian A. Air adalah antara sumber asas yang penting bagi sektor pertanian. Air diperolehi daripada pelbagai sumber dengan kualiti berbeza. Sumber air utama adalah air hujan, air tanah, empangan, sungai, tasik, pengairan dan air terawat. Kualiti sumber air yang digunakan untuk pengairan perlu dikenal pasti kerana air yang berkualiti rendah boleh memberi kesan negatif kepada pertumbuhan tanaman, kerosakan pada sistem dan alatan pengairan serta boleh menimbulkan isu kesihatan kepada pekerja dan pengguna hasil pertanian. B. Panduan Kualiti Air Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia dibangunkan hasil adaptasi beberapa parameter dalam dan luar negara mengikut kesesuaian sektor tanaman makanan di Malaysia (Jadual 13). Panduan ini sesuai diguna pakai bagi air permukaan dan air tanah. Jadual 13: Panduan Kualiti Air Pertanian Jabatan Pertanian PARAMETER TANAMAN HAD TOLERANSI pH Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman 5.0-9.0 K e k o n d u k s i a n Elektrik (EC) Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman Sesuai: < 700 µS/cm atau ≤ 0.7 ds/m Sederhana sesuai: 700-3000 µS/cm atau 0.7 - 3 ds/mv Tidak sesuai: ≥ 3000 µS/cm atau ≥ 3 ds/m Tanaman padi atau sayuran berdaun dan semua jenis tanaman pada peringkat awal pertumbuhan sahaja ≥ 2000 µS/cm atau ≥ 2 ds/m (TDS) Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman ≥ 2000 mg/L Merkuri (Hg) Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman ≤ 5.0 ppm Plumbum (Pb) Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman ≤ 0.1 ppm Arsenik (As) Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman ≤ 0.01 ppm Kadmium (Cd) Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman ≤ 0.2 ppm Nikel (Ni) Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman ≤ 1.0 ppm Ferum (Fe) Tanaman sayuran berdaun ≤ 5.0 ppm Semua jenis dan peringkat pertumbuhan tanaman Sumber : Panduan Pengurusan Kualiti Air Pertanian (2020)
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 39 5.7. Sistem Pengairan dan Saliran A. Sistem Pengairan I. Tanaman keledek memerlukan air terutamanya di peringkat dua (2) bulan pertama penanaman. Pada peringkat awal penanaman keperluan air adalah dianggarkan sebanyak 0.3 liter sehari sepokok, dan pada peringkat satu (1) bulan ke atas keperluan air adalah dianggarkan 15-17 liter sehari. Ketika ini pokok sedang membesar dengan cepat dan kekurangan air akan membantutkan pertumbuhan dan seterusnya mengurangkan hasil. Bagi tempoh dua (2) bulan ke atas kadar keperluan pengairan adalah dianggarkan 50-60 liter sehari sepokok. Keperluan ini adalah bergantung kepada jenis tekstur tanah, faktor iklim setempat dan kandungan air tanah. II. Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Dengan menggunakan sistem ini, air dipam dari sumber air seperti sungai, kolam atau telaga tiub dan diagihkan melalui sistem paip serta disembur ke udara melalui perenjis (lubang perenjis) supaya ia pecah menjadi kecil dan jatuh ke tanah dengan seragam. Sistem ini mempunyai kecekapan pengairan sebanyak 65% hingga 75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Gambar rajah 13 dan 14 adalah merupakan lakaran dan contoh sistem pengairan bagi keluasan satu hektar. Gambar rajah 13 : Lakaran sistem pengairan untuk keluasan satu (1) hektar
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 40 Gambar rajah 14 : Sistem pengairan ladang menggunakan perenjis sederhana jenis (PE) III. Di antara produk atau model perenjis yang popular di Malaysia ialah jenis perenjis sederhana jenis (PE) (Gambar rajah 15) yang mempunyai julat tekanan operasi diantara 1.5-5.0 bar, kadar alir perenjis diantara 350-2,000 liter/jam dan diameter siraman diantara 10-30 meter. Selain itu, terdapat juga pelbagai model perenjis sederhana yang biasa digunakan di lapangan. Gambar rajah 15 : Contoh perenjis sederhana jenis (PE) 5.8.Sistem saliran A. Sistem saliran diperlukan bagi menyalirkan air berlebihan ke parit utama untuk pertumbuhan pokok yang baik terutamanya pada musim tengkujuh. Contoh susun atur sistem saliran adalah seperti di Gambar rajah 16.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 41 Gambar Rajah 16: Susun atur sistem saliran ladang B. Parit yang digali adalah berbeza dari segi jarak di antara parit, kecerunan, kedalaman bawah dan lebar parit mengikut kesesuaian berdasarkan jenis tanah seperti dalam Jadual 14. Bagi pembangunan sistem saliran ladang jenis tanah, terdapat tiga (3) spesifikasi parit yang disyorkan dengan saiz struktur berbeza-beza seperti di Jadual 15. Jadual 14: Speksifikasi Sistem Saliran Yang Disyorkan Mengikut Jenis Tanah Jenis Tanah Jarak di antara parit (m) Cerun tebing Kedalaman bawah (m) Lebar parit (m) Kepadatan parit (m/ha) Lom berpasir Lempung dan kelodak Gambut 175 - 200 60 - 80 40 - 60 1:1 0.5:1 0.25:1 0.90 0.75 1.20 1.2 0.5 0.3 50 125 170
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 42 Jadual 15: Spesifikasi Struktur Sistem Saliran Ladang. Infrastruktur Spesifikasi Saiz Struktur Parit Ladang Jenis Tanah Parit Tertier 1.20m x 0.75m x 0.60m 1.20m x 0.90m x 0.60m 1.05m x 0.75mx 0.45m 1.20m x 0.90m x 0.90m Parit Sekunder 2.10m x 1.50m x 0.90m 2.40m x1.50m x 0.90m 1.95m x 1.50m x 0.60m 2.40m x 1.50m x 0.90m Parit Utama 3.60m x 1.80m x 0.90m 3.60m x 2.10m x 0.90m 3.60m x 2.10m x 1.20m 3.60m x 2.40m x 1.50m
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 43 6. PENGURUSAN PEROSAK DAN PENYAKIT 6.1.Kawalan Perosak Dan Penyakit Perosak dan penyakit merupakan satu ancaman kepada tanaman keledek yang boleh menjejaskan kualiti hasil tanaman. Beberapa perosak dan penyakit yang biasa menyerang tanaman keledek dan kawalannya adalah seperti di Jadual 16. Jadual 16: Perosak dan Penyakit Utama Serta Langkah-langkah Kawalan Penyakit/Perosak Kesan Kerosakan Syor pengurusan Kulat 1. Bintik Daun Cercospora Kulat • Bintik bulat kecil berwarna perang pada daun. • Bintik kemudian berkembang dan bercantum, bahagian tengah bintik berwarna kelabu. • Peringkat serangan serius, bintikbintik bercantum menyebabkan nekrosis pada daun. Bintik kecil berwarna coklat dengan tengah bintik berwarna kelabu Bintik-bintik bercantum dan nekrosis Kawalan kultura • Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit. • Pastikan saliran berfungsi dengan baik. • Pastikan sisa tanaman dibuang dan dimusnahkan sebelum memulakan penanaman baharu. • Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). Kawalan kimia Sekiranya serangan penyakit teruk, lakukan semburan racun kulat propineb yang sesuai secara berjadual dari semasa ke semasa.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 44 Penyakit/Perosak Kesan Kerosakan Syor pengurusan 2. Keruping (Scab) Kulat Elsinoe batatas • Bintik-bintik berwarna coklat kemerahan pada daun dan batang. • Bintik kemudian menjadi gabus atau bercantum membentuk keruping. • Daun bergulung, berkerekot dan urat daun berwarna coklat. • Batang dan tangkai berpintal. Daun menjadi kerekot, berpintal dan urat daun menjadi berwarna coklat Lesi berwarna coklat kemerahan pada batang Kawalan kultura • Gunakan bahan tanaman bebas penyakit. • Buang dan musnahkan tanaman yang diserang. • Pastikan saliran berfungsi dengan baik dan elakkan menggunakan sistem pengairan renjis. • Pastikan sisa tanaman dibuang dan dimusnahkan sebelum memulakan penanaman baharu. • Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). Kawalan kimia • Tiada pengesyoran racun perosak berdaftar bagi serangan ini untuk tanaman keledek*.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 45 Penyakit/Perosak Kesan Kerosakan Syor pengurusan 3. Reput Hitam (Black Rot) Kulat • Lesi berbentuk bulat dan kehitaman pada permukaan dan bahagian dalam umbisi. • Pokok menjadi terbantut, layu, daun kekuningan dan gugur sehingga boleh menyebabkan tanaman mati. Tompokan hitam pada permukaan luar umbisi Bahagian dalam umbisi akan kelihatan kehitaman Kawalan kultura • Gunakan bahan tanaman bebas penyakit dan elakkan jangkitan terutama pada bahagian akar. • Pastikan saliran berfungsi dengan baik. • Pastikan sisa tanaman dibuang dan dimusnahkan sebelum memulakan penanaman baharu. • Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). Kawalan kimia • Tiada pengesyoran racun perosak berdaftar bagi serangan ini untuk tanaman keledek*.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 46 Penyakit/Perosak Kesan Kerosakan Syor pengurusan 4. Reput Ubi Kulat • Umbisi mereput dan busuk. • Serangan kulat peringkat lepas tuai. Tompokan coklat kehitaman pada permukaan luar umbisi, biasa bermula pada bahagian hujung Pertumbuhan miselium kulat pada umbisi Kawalan fizikal dan mekanikal • Elakkan kecederaan pada umbisi semasa memungut hasil. • Elakkan menuai semasa musim hujan. • Simpan hasil tuaian pada suhu 13°C dan pada kelembapan 85%. Kawalan kultura • Pastikan sisa tanaman dibuang dan dimusnahkan sebelum memulakan penanaman baharu. Kawalan kimia • Tiada pengesyoran racun perosak • berdaftar bagi serangan ini untuk tanaman keledek*.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 47 Penyakit/Perosak Kesan Kerosakan Syor pengurusan Bakteria 5. Reput Batang dan Akar Bakteria Bakteria • Bintik kecil dan lesi basah (watersoaked) berwarna coklat kehitaman pada bahagian batang dan tangkai daun. • Serangan pada bahagian batang menyebabkan pokok menjadi layu dan kering. Bahagian batang akan menjadi kehitaman, layu, kering dan kemudian mati. Keratan rentas batang menunjukkan tisu berwarna perang kecoklatan Kawalan kultura • Gunakan bahan tanaman bebas penyakit. • Buang dan musnahkan tanaman yang diserang. • Pastikan peralatan ladang bersih dan dibasmi kuman sebelum digunakan. • Pastikan saliran berfungsi dengan baik. • Pastikan sisa tanaman dibuang dan dimusnahkan sebelum memulakan penanaman baharu. • Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). Kawalan kimia • Tiada pengesyoran racun perosak berdaftar bagi serangan ini untuk tanaman keledek*.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 48 Penyakit/Perosak Kesan Kerosakan Syor pengurusan 6. Layu Bakteria Bakteria • Daun muda akan kelihatan layu dan daun tua akan menjadi kekuningan. • Lesi lecuh basah (water-soaked) pada pangkal batang, kemudian berwarna coklat kekuningan dan kehitaman. • Keratan rentas batang akan kelihatan empulur yang berwarna coklat. Lesi lecuh basah berwarna coklat kehitaman pada bahagian batang dan tangkai daun Kawalan kultura • Gunakan bahan tanaman bebas penyakit. • Buang dan musnahkan tanaman yang diserang. • Pastikan peralatan ladang bersih dan dibasmi kuman sebelum digunakan. • Pastikan saliran berfungsi dengan baik. • Pastikan sisa tanaman dibuang dan dimusnahkan sebelum memulakan penanaman baharu. • Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). Kawalan kimia • Tiada pengesyoran racun perosak berdaftar bagi serangan ini untuk tanaman keledek*.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 49 Penyakit/Perosak Kesan Kerosakan Syor pengurusan Virus 1. Sweet Potato Viral Disease (SPVD). 2. Sweet potato feathery mottle virus (SPFMV) 3. Sweet potato chlorotic stunt virus (SPCSV) • Perubahan warna, vein clearing, klorosis pada tisu daun dan urat daun. • Pertumbuhan daun terbantut; daun menjadi rugose, berkerekot dan kecil. • Terdapat mozek keunguan atau kekuningan pada daun dan sepanjang urat daun. • Pertumbuhan tanaman terbantut. • SPFMV disebarkan oleh afid. • SPCSV disebarkan oleh lalat putih Bemisia tabaci (whitefly) Bintik kecil akan bergabung dan menjadi besar membentuk bulatan perang dikelilingi warna keunguan disebabkan oleh SPFMV Simptom perubahan warna dan vein clearing pada daun tua disebabkan oleh serangan SPCSV Kawalan kultura • Gunakan bahan tanaman bebas penyakit. • Pastikan peralatan ladang bersih dan dibasmi kuman sebelum digunakan. • Pastikan saliran berfungsi dengan baik. • Pastikan sisa tanaman dibuang dan dimusnahkan sebelum memulakan penanaman baharu. • Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). • Kawalan populasi vektor seperti afid dan lalat putih menggunakan ‘yellow sticker” selain menggunakan racun perosak. • Kawal rumpai yang berpotensi sebagai perumah sekunder kepada virus dan vektor. Kawalan kimia Tiada pengesyoran racun perosak berdaftar bagi serangan bakteria dan virus untuk tanaman keledek*.
PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN KELEDEK 50 Penyakit/Perosak Kesan Kerosakan Syor pengurusan Perubahan warna, vein clearing serta klorosis pada tisu dan urat daun Pertumbuhan daun terbantut, rugose, berkerekot dan kecil Serangga 1. Kumbang Pengorek Ubi • Terdapat kesan korekan dan kerosakan pada umbisi. Kumbang membiak di dalam umbisi. • Kualiti umbisi terjejas kerana tisu yang rosak menghasilkan toksin terpenes; menyebabkan umbisi berbau dan berasa pahit. • Batang dan sulur keledek dikorekoleh larva kadangkala sehingga ke umbisi. Tanaman menjadi layu dan kekuningan. Kumbang dewasa Kawalan kultura • Amalkan sistem giliran tanaman dan sentiasa menjaga kebersihan plot tanaman. • Pastikan sisa tanaman dibuang sepenuhnya sebelum memulakan penanaman baharu terutamanya bahagian umbisi. Kawalan kimia • Tiada pengesyoran racun perosak berdaftar bagi serangan ini untuk tanaman keledek*.