The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Safwandi, 2019-09-25 04:48:14

Pelan Tindakan MIS 2011-2020

Pelan Tindakan MIS 2011-2020

PELAN TINDAKAN MAJLIS ISLAM SARAWAK

2011 – 2020

“UMMAH SEPAKAT TINGGI MARTABAT”

Terbitan Pertama

2011

TUAN YANG TERUTAMA
YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

iii

YANG AMAT BERHORMAT
KETUA MENTERI SARAWAK

iv

AMANAT

YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI SARAWAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan penduduk negeri Sarawak suasana yang
aman damai dan kehidupan yang makmur dan sejahtera. Keadaan ini perlu dipupuk dan dipelihara bagi menjamin
kesejahteraan ini dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan. Sehubungan ini saya ingin mengucap tahniah dan syabas
kepada Majlis Islam Sarawak, khususnya kepada setiap individu yang menyumbang idea, masa dan tenaga menggubal
dan menghasilkan Pelan Tindakan ini. Bagi meneruskan kelangsungan ummah, saya yakin strategi, pendekatan dan
tindakan yang dirangka dalam pelan ini berkemampuan untuk meneruskan suasana yang harmonis yang kita nikmati
selama ini.
Saya menyedari bahawa ummah masa kini amat terdedah kepada pelbagai pengaruh dan cabaran yang datang dari setiap
penjuru melalui pelbagai media. Dalam suasana yang sedemikian, kita perlu menyedari tentang pentingnya perpaduan
antara kaum dan kebebasan beragama terus dipelihara. Dalam kalangan sesama masyarakat Islam pula semangat
persaudaraan seagama dan agenda kelangsungan bersama perlu diberi perhatian utama. Kita perlu beriltizam tinggi untuk
mempertahankan persefahaman, persatuan dan perpaduan serta amalan saling menghormati antara sesama manusia
kerana ia adalah asas kepada keharmonian sosial. Saya yakin Pelan Tindakan ini akan dapat memeta arah dan hala tuju
bagi merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut.

Saya berharap generasi muda hari ini akan dapat belajar daripada sejarah dan menghayati makna perjuangan generasi
sebelumnya, dan menggunakannya sebagai pendorong utama dalam usaha memantapkan kedudukan serta meningkatkan
martabat ummah di Sarawak. Saya ingin menyarankan supaya kita berpegang teguh dengan ajaran-ajaran sebenar yang
terdapat dalam Al-Quran, khususnya prinsip-prinsip asas mengenai perhubungan antara manusia dengan Allah SWT,
perhubungan sesama manusia, dan perhubungan antara manusia dengan alam sekitar.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD)

v

PERUTUSAN

MENTERI MUDA DI PEJABAT KETUA MENTERI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T.,
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan dan
usaha membangunkan Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak
yang julung kali diwujudkan untuk semua agensi di bawah Majlis
Islam Sarawak. Adalah diharapkan semoga usaha murni ini
dapat menjana kejayaan yang lebih besar kepada umat Islam
khususnya di Sarawak dalam usaha pengimarahan dan
pengukuhan pengurusan institusi masjid.
Pelan tindakan ini sewajarnya dapat menambahkan lagi sumber
rujukan kepada maklumat-maklumat yang tepat dalam usaha
menangani pelbagai permasalahan masa kini yang melanda
umat Islam. Dengan kata lain, Pelan Tindakan ini diharap dapat
menjadi rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam
pembangunan ummah bagi memenuhi keperluan umat Islam
dan juga mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.
Akhir kata, dengan wujudnya Pelan Tindakan ini akan dapat
meninggikan martabat Islam dan sekaligus menyatupadukan
usaha-usaha pembangunan ummah secara berterusan.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

(DATUK IR. HAJI DAUD ABDUL RAHMAN)

vi

KATA ALUAN

YANG DIPERTUA MAJLIS ISLAM SARAWAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT. Selawat
dan salam disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad
SAW.
Majlis Islam Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam merangka dan
menggubal Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak demi menjadikan
agensi-agensi Islam sentiasa fokus dan bersungguh-sungguh
dalam melaksana segala kewajipan serta tanggungjawabnya. Pelan
Tindakan ini menunjukkan iltizam kita untuk bertindak selari dan
senada dengan segala pembaharuan dan perubahan semasa dan
manifestasi persediaan bagi menangani cabaran pada masa akan
datang.
Sesungguhnya agenda memperkasakan ummah dalam semua
aspek adalah tanggungjawab setiap individu muslim di negeri ini.
Justeru, kita perlu bersatu hati dalam mengambil sebarang tindakan
demi kepentingan bersama dalam merealisasikan pelan tindakan
ini. Tindakan-tindakan yang diambil perlu berasaskan kepada
keperluan makro ummah di samping memenuhi juga fungsi khusus
setiap agensi supaya kesan dan impaknya menyeluruh serta dirasai
oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah selari dengan kewajipan Majlis Islam Sarawak yang ingin melihat pembangunan
ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat Islam sentiasa berada pada tahap yang tinggi serta bermaruah.
Adalah menjadi harapan Majlis Islam Sarawak, Pelan Tindakan ini dijadikan panduan serta rujukan bagi setiap pihak yang
terlibat dalam pelbagai usaha memaju dan memperkasakan ummah.
Mudah-mudahan segala dan setiap usaha itu mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

(DATU HAJI PUTIT MATZEN)

vii

KANDUNGAN

Amanat Muka Surat
v
Perutusan vi
vii
Kata Aluan
1
Kandungan 2
9
Bab 1 Pengenalan 11
15
1.1 Penubuhan Majlis Islam Sarawak
17
1.2 Kuasa Majlis Islam Sarawak Berasaskan Ordinan 22

1.3 Kedudukan Masjid dalam Pembangunan Ummah di Negeri Sarawak 31
33
1.4 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak
42
1.5 Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan 43

Bab 2 Bidang Pengimarahan Masjid 49
50
2.1 Latar Belakang
57
Bab 3 2.2 Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Pengimarahan 57
Masjid
67
Bidang Pendidikan 69
77
3.1 Latar Belakang 78
84
3.2 Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Pendidikan

Bab 4 Bidang Ekonomi

4.1 Latar Belakang

4.2 Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Ekonomi

Bab 5 Bidang Sosiobudaya

5.1 Latar Belakang

5.2 Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Sosiobudaya

Bab 6 Bidang Dakwah

6.1 Latar Belakang

6.2 Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Dakwah

Bab 7 Bidang Perundangan Islam

7.1 Latar Belakang

7.2 Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Perundangan Islam

Lampiran 1 Kedudukan Institusi Islam di Sarawak

Lampiran 2 Senarai Perakuan Kongres Islam Sarawak 2009

Lampiran 3 Hasil Bengkel Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak 2009

BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENUBUHAN MAJLIS ISLAM SARAWAK

Majlis Islam Sarawak telah ditubuhkan pada 1 Mei 1955, di bawah Majlis Islam Incorporation Ordinance, Bab 105
atas nama Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak. Datu Abang Haji Openg bin Abang Sapi’ee telah dilantik
sebagai Yang Dipertua dan anggota-anggotanya terdiri daripada Haji Abang Bahauddin bin Haji Taha, Haji Busrah
bin Osman, Mohamed Yakub, Haji Bolhassan bin Haji Daud, Che Jol bin Abdul Karim, Haji Seruji bin Ali, dan
Abang Morni bin Abang Haji Latif. Abang Daim bin Haji Abdul Rahim telah dilantik sebagai setiausaha, manakala
Datu Hakim Abang Haji Mohideen dilantik sebagai ahli Ex-Officio. Majlis Islam Sarawak merupakan badan induk
organisasi Islam yang memayungi agensi-agensi Islam dan bertanggungjawab menggubal dasar-dasar berkaitan
dengan hal ehwal Islam di Negeri Sarawak.

Sebelum penubuhan tersebut, telah wujud Majlis Syuyukh yang dipelopori oleh empat (4) orang tokoh, iaitu Mufti
Abang Haji Nawawi, Imam Abang Haji Bahauddin, Abang Haji Julaihi dan Haji Mohammad Salleh Arif di sekitar
tahun 1930-an. Majlis itu digerakkan atas keinginan melihat tertubuhnya satu badan yang lebih utama
kedudukannya dan lebih luas peranan dan ruang lingkup tanggungjawabnya berbanding Mahkamah Datu-Datu
(Datu’s Court). Majlis tersebut berperanan dalam menggerakkan usaha dakwah dan aktiviti kebajikan umat Islam
bagi melengkapi peranan yang dimainkan oleh Mahkamah Datu-Datu.

Setelah kerajaan British mengambilalih pemerintahan Negeri Sarawak daripada Sir Vyner Brooke pada 8 Februari
1946, timbul beberapa penentangan dalam kalangan orang Islam terhadap pemerintahan koloni sehingga
membawa kepada peristiwa pembunuhan Governor Duncan Stewart di Sibu pada 3 Disember 1949. Bagi
mengurangkan keresahan ekoran daripada penyerahan tersebut, Kerajaan British telah menggubal Ordinan Majlis
Islam (Pemerbadanan), Bab 105 pada 17 Disember 1954. Ordinan ini bertujuan untuk membolehkan tertubuhnya
secara rasmi satu badan yang dipanggil “Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak” bagi menjaga hal ehwal
agama Islam dalam negeri.
Bagi memenuhi tujuan utama penubuhan Majlis Islam ini, satu persidangan Ketua-Ketua Kaum Melayu dari
seluruh Sarawak telah diadakan pada 30 hingga 31 Julai 1956. Persidangan tersebut adalah bertujuan
mengemaskini Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak 1915, yang digunapakai ketika itu. Persidangan
tersebut telah membuat beberapa pindaan terhadap Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak dengan
memasukkan fasal tambahan mengenai peraturan Zakat dan Fitrah, pewarisan dan ta’liq. Undang-Undang
Mahkamah Melayu Sarawak itu telah diterimapakai sehinggalah Mahkamah Syariah ditubuhkan pada tahun 1978.

4 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Setelah tertubuhnya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, Datu Abang Haji Openg telah dilantik
sebagai Gabenor Sarawak yang pertama dan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua, Majlis Islam dan Adat Istiadat
Melayu Sarawak telah diambil alih oleh Ustaz Haji Mohamad Mortadza bin Haji Daud. Berdasarkan Seksyen 11,
Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001, anggota-anggota Majlis Islam Sarawak adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong atas syor Yang di-Pertua Negeri dan terdiri daripada seorang Yang Dipertua, seorang Timbalan Yang
Dipertua, dan tidak lebih daripada sepuluh orang anggota lain. Manakala Seksyen 23 Ordinan yang sama
menyatakan Pengarah, Jabatan Agama Islam Sarawak dipertanggungjawab dan berperanan sebagai Setiausaha
Majlis.

1.2 KUASA MAJLIS ISLAM SARAWAK BERASASKAN ORDINAN

Fungsi dan peranan Majlis Islam Sarawak telah berubah melalui beberapa pindaan terhadap Majlis Islam
Incorporation Ordinance (1982, 1985, 1994, 1997 dan akhir sekali 2001). Daripada berperanan selaku badan
penggubal dasar, pentadbir, pengeluar fatwa dan kehakiman, Majlis Islam Sarawak telah menjadi badan
penggubal dasar dan polisi hal ehwal Islam sahaja. Seksyen 4, Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001,
memperuntukkan seperti di bawah:

(1) Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-menurun dan mempunyai
suatu meterai perbadanan, dan meterai perbadanan tersebut boleh dari semasa ke semasa
dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, dan,
sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, meterai Majlis terdahulu bolehlah digunakan
sebagai meterai biasa bagi Majlis.

(2) Majlis boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.

(3) Majlis boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati
segala jenis harta alih dan tak alih dan, tertakluk kepada mana-mana atau lain-lain undang-undang
bertulis yang menyentuhnya, boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan dan
memulangkan, menggadaikan, menggadaijanji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan
hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan tentang, mana-mana harta alih

5 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

atau tak alih yang terletak hak pada Majlis atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh
Majlis dan mengikut Undang-Undang Islam.

(4) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi bagi sesuatu wasiat atau sebagai
pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah bagi mana-mana amanah.

(5) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftarkan institusi dan sekolah agama Islam di dalam
Negeri.

(6) Majlis hendaklah, bagi maksud-maksud Kanun Tanah [Bab 81 (Cetakan 1972)], disifatkan sebagai
bumiputera Sarawak.

Kewajipan Majlis tentang kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat orang Islam diperuntukkan di bawah Seksyen
5, Ordinan Majlis Islam Sarawak, seperti berikut:

(1) Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan
mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial dan kesejahteraan masyarakat Islam di dalam Negeri
selaras dengan Undang-Undang Islam.

(2) Majlis hendaklah mempunyai kuasa, bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen
(1).

Pindaan pertama ke atas Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan) 1954, telah dibuat pada 27 Jun 1966, dengan
memasukkan Undang-Undang Zakat dan Fitrah (diwartakan pada 22 Julai 1966) yang membawa kepada
penubuhan Tabung Zakat dan Fitrah bagi memastikan pemungutan, pengagihan dan penggunaan sumber Zakat
dan Fitrah diurus secara lebih baik dan sistematik. Pindaan-pindaan seterusnya terhadap Ordinan ini adalah
seperti berikut:-

1. Pindaan 1978 – Penubuhan Mahkamah Syariah;

6 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

2. Pindaan 1984 – Penubuhan ‘Baitulmal’ (Tabung Baitulmal Sarawak) bagi memperkukuhkan lagi
peranan Tabung Zakat dan Fitrah;

3. Pindaan 1985 (Januari) – Penubuhan Sekolah Rendah Agama Majlis Islam Sarawak (Madrasah Datuk
Haji Abdul Kadir Hassan) [Seksyen 33(33)(a)(i)];

4. Pindaan 1985 (Mac) – Menguatkuasakan Undang-Undang Mahkamah Syariah Order 1985;

5. Pindaan 1989 – Penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak pada 17 Ogos 1990 selaku sekretariat
kepada Majlis Islam Sarawak dan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak pada 02 Oktober
1990;

6. Pindaan 1991 – Penguatkuasaan enam (6) ordinan iaitu Ordinan Mahkamah Syariah, Ordinan Undang-
Undang Keluarga Islam, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah, Ordinan Acara Jenayah Syariah,
Ordinan Acara Mal Syariah dan Ordinan Keterangan Syariah (diwartakan pada 01 September 1992)
yang menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia yang mempunyai Undang-Undang Syariah yang
lengkap;

7. Pindaan 1994 – Memberi kuasa kepada Majlis Islam Sarawak sebagai pemegang amanah mutlak bagi
semua masjid dan surau, institusi keagamaan dan sekolah-sekolah Agama Islam, bertanggungjawab
ke atas kawalan dan pemantauan hal ehwal dan kegiatan semua pertubuhan Islam dan menyelaras
dakwah Islamiah di negeri Sarawak;

8. Pindaan 1997 – Penubuhan Lembaga Fatwa, Lembaga Baitulmal dan Wakaf, Lembaga Masjid-Masjid
dan Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu serta menentukan pelantikan anggota-anggota Majlis
Islam Sarawak dan Mufti dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas perakuan Yang di-Pertua Negeri;
dan

7 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

9. Pindaan 2001 – Cara pengeluaran fatwa, pengurusan badan-badan dan institusi Islam, kuasa untuk
membeli, memiliki dan memegang harta-harta bagi tujuan ibadah dan dakwah dan pengemaskinian
semua enam (6) Ordinan Syariah.

Sejak penubuhannya peranan dan fungsi Majlis Islam Sarawak telah diperinci dan dimantapkan melalui
penubuhan beberapa institusi berikut:

1. Tabong Zakat & Fitrah (1966) – bertanggungjawab khusus dalam pengurusan zakat dan fitrah;

2. Mahkamah Syariah (1978) – memantapkan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang Islam;

3. Baitulmal (1984) – pengendalian sumbangan wajib dan pemantapan pengurusan zakat, fitrah dan
wakaf;

4. Jabatan Agama Islam Sarawak (1990) – penubuhan JAIS sebagai sekretariat kepada Majlis Islam
Sarawak dan pentadbiran hal ehwal Islam;

5. Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (1990) – pemantapan fungsi kehakiman melalui penubuhan
Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak;

6. Pejabat Mufti Negeri Sarawak (1998) – pemantapan pengurusan hal-ehwal kefatwaan dan penjelasan
hukum;

7. Biro Perkhidmatan Pendidikan (2007) – pemantapan pelaksanaan program pendidikan bagi meningkat
usaha membina keupayaan ummah; dan

8. Pusat Penerangan Islam (2008) – pemantapan pengurusan hal-ehwal penerangan dan penyampaian
maklumat mengenai kefahaman Islam.

8 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

1.3 KEDUDUKAN MASJID DALAM PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGERI SARAWAK

Masjid mempunyai kedudukan yang amat penting dalam sejarah perkembangan Islam. Ia bukan sahaja tempat
untuk menzahirkan pengabdian kepada Allah SWT, bahkan ia menjadi pusat percambahan ilmu dan nilai
kehidupan bagi umat Islam. Oleh itu, usaha memakmurkan masjid merupakan satu perintah Allah SWT dan para
ashabul masjid adalah terdiri daripada kalangan mereka yang dipilih oleh Allah SWT untuk mengimarahkan
rumah-Nya, seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah orang yang benar-benar beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat iaitu mereka yang mendirikan solat dan menunaikan zakat. Mereka tidak
takut kecuali kepada Allah, semoga merekalah orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-Taubah : Ayat
18).

Masjid yang pertama dibina dalam sejarah manusia ialah Masjid Al-Haram yang terletak di Makkah Al-
Mukarramah, berdasarkan maksud firman Allah SWT:

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah
yang terletak di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia” (Surah Ali
Imran : Ayat 96).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar, dikatakan:

Aku telah bertanya : “Wahai Rasulullah apakah masjid yang mula-mula sekali dibina di bumi?” Rasulullah
SAW menjawab : “Al-Masjid Al-Haram”. Aku bertanya lagi : “Selepas itu apa?” Rasulullah SAW menjawab:
“Kemudian Al-Masjid Al-Aqsa”. Aku bertanya lagi: “Berapa jarak antara keduanya?” Rasulullah SAW
menjawab : “40 tahun, dan di mana sahaja sembahyang mendapatimu lalu engkau menunaikannya maka
tempat itu adalah masjid” (Shahih al-Bukhari , Al-Hadith al-Anbiya’ : 3115).

9 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Suatu perkara yang amat menyerlah tentang masjid-masjid sejak awal perkembangan Islam sama ada pada
zaman Rasulullah SAW atau pun era pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin ialah pengaruhnya yang besar dalam
pembentukan peradaban dunia Islam. Dalam memperkukuhkan perkembangan Islam di negeri Sarawak, institusi
masjid yang dipercayai wujud sejak kurun ke-10 Masehi juga telah memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi dan membentuk budaya serta kehidupan masyarakat Islam di Sarawak.

Dalam pelan tindakan ini tiga (3) strategi utama yang dijadikan paksi dalam usaha memperkasakan ummah
melalui institusi masjid adalah: pengupayaan, pemerkasaan dan pengimarahan masjid. Ketiga-tiga strategi utama
ini adalah kritikal dan saling melengkapi. Usaha pengimarahan masjid hanya akan dapat dilakukan sekiranya
institusi masjid itu berkeupayaan dan bersedia untuk berperanan sebagai institusi Islam terpenting dalam
pembentukan ummah.

Rajah 1.1
Strategi Utama
Memperkasakan Ummah Melalui Masjid

Pemerkasaan Pengupayaan
Masjid Masjid

Pengimarahan
Masjid

10 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Usaha untuk mengupayakan masjid perlu memberi tumpuan kepada empat (4) elemen utama berikut:
pengurusan; pegawai; dana; dan kemudahan (Rajah 1.2). Proses pemerkasaan masjid perlu memberi ruang
kepada masjid untuk berperanan serta berfungsi secara cekap dan berkesan sebagai pusat pembangunan rohani,
pusat ilmu dan rujukan agama Islam, pusat aktiviti kemasyarakatan, pusat bimbingan dan khidmat masyarakat,
dan pusat maklumat dan komunikasi (Rajah 1.3).

Rajah 1.2 Rajah 1.3
Pengupayaan Masjid: Pemerkasaan Masjid:
Kepelbagaian Peranan dan Fungsi
4 Elemen Penting

Pengurusan Pusat
Pembangunan
Pusat Pusat Ilmu dan
Maklumat dan Rohani Rujukan

Komunikasi MASJID Agama Islam

Dana MASJID Pegawai

Kemudahan Pusat Pusat Aktiviti
Bimbingan dan Kemasyarakatan

Khidmat
Masyarakat

1.4 PELAN TINDAKAN MAJLIS ISLAM SARAWAK

Usaha untuk menggubal Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak dilakukan atas kesedaran tentang perlunya Majlis
Islam Sarawak mengambil tindakan berhubung dengan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat orang Islam di
Sarawak, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 5, Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001. Seksyen tersebut
memperuntukkan:

11 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(1) Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan
mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial dan kesejahteraan masyarakat Islam di dalam Negeri
selaras dengan Undang-Undang Islam.

(2) MajIis hendaklah mempunyai kuasa, bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen (1),

(a) untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya memajukan perusahaan komersil dan perindustrian,
yang perjalanannya ternyata kepada Majlis adalah perlu, berfaedah atau menyenangkan bagi atau
berkaitan dengan penunaian kewajipan yang sedemikian;

(b) untuk menggalakkan penjalanan apa-apa kegiatan sedemikian oleh badan-badan atau orang-orang
lain, dan bagi maksud itu untuk menubuhkan atau memperkembangkan, atau menggalakkan
penubuhan atau perkembangan, badan-badan lain untuk menjalankan apa-apa kegiatan sedemikian
sama ada di bawah kawalan atau separa kawalan Majlis atau secara bebas, dan untuk memberikan
bantuan kepada badan-badan atau orang-orang lain yang ternyata kepada Majlis mempunyai
kemudahan untuk menjalankan apa-apa kegiatan yang sedemikian, termasuklah pemberian bantuan
kewangan dengan cara pinjaman atau selainnya;

(c) untuk menjalankan apa-apa kegiatan sedemikian bersama badan-badan atau orang-orang lain,
termasuklah jabatan-jabatan atau pihak-pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri,
atau sebagai ejen urusan atau selainnya bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;

(d) untuk melabur dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta
Pemegang Amanah 1949 [Akta 208], dan untuk melupuskan pelaburan itu atas apa-apa terma dan
syarat yang ditentukan oleh Majlis:

(e) untuk menubuhkan, membina, menyenggarakan dan mengawalselia institusi-institusi atau sekolah-
sekolah agama Islam dan institusi-institusi latihan dan penyelidikan Islam;

12 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(f) untuk menubuhkan apa-apa skim bagi pemberian pinjaman atau selainnya daripada Baitulmal
kepada individu-individu beragama Islam bagi pendidikan tinggi; dan

(g) untuk melakukan segala perbuatan lain yang difikirkan oleh Majlis mustahak atau suaimanfaat.

Sesuai dengan amanah tersebut, Majlis Islam Sarawak telah mengambil beberapa inisiatif dalam tahun 2009 dan
2010 untuk mendapat sebanyak mungkin input dari pelbagai lapisan masyarakat Islam di Sarawak. Input tersebut
telah dijadikan asas dalam merangka tindakan-tindakan bagi memperkasakan ummah. Dua aktiviti utama yang
telah dilaksanakan adalah:

1. Kongres Islam Sarawak 1430H/2009M, yang diadakan pada 14–16 Safar 1430H, bersamaan 10–12
Februari 2009; dan

2. Muktamar Masjid-Masjid Sarawak 1430H/2009M, yang diadakan pada 20–22 Syaaban 1430H,
bersamaan 11-13 Ogos 2009M.

Kongres Islam Sarawak 1430H/2009M adalah lanjutan daripada Kongres Islam Malaysia Timur yang telah
diadakan pada 3–5 Mei 1968. Selain melihat semula perakuan yang dikemukakan oleh kongres sebelumnya,
Kongres kali ini bertujuan memeta visi, strategi dan langkah baru ke arah:

1. Meluaskan khidmat kebajikan ummah yang lebih berkesan dan menyeluruh;

2. Membina keupayaan ummah untuk menghadapi cabaran dan ancaman semasa dan masa depan;
dan

3. Menjaga maruah dan meningkat kedudukan ummah dalam konteks masyarakat majmuk.

Kongres Islam Sarawak 1430H yang diisi dengan penyampaian ucaptama, pembentangan kertas-kertas kerja,
majlis perkongsian maklumat dan interaksi, sesi bengkel, dan sidang pleno telah berjaya mengenal pasti
permasalahan dan menghasilkan beberapa cadangan dan usul dalam enam bidang berikut: pendidikan, ekonomi,
sosiobudaya, perundangan Islam, gerakan dakwah, politik dan pentadbiran, untuk tindakan pihak Majlis Islam

13 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Sarawak khasnya, dan masyarakat Islam secara menyeluruh amnya (sila rujuk Lampiran 2).

Muktamar Masjid-Masjid Sarawak 1430H/2009M pula adalah satu persidangan yang menghimpun para pemimpin
dan pengurus masjid bagi tujuan mengenal pasti permasalahan pengurusan dan pengimarahan masjid. Secara
khusus, muktamar ini bertujuan:

1. mencari pendekatan untuk memperkasakan aspek pengurusan dan pentadbiran masjid;

2. menyemarakkan fungsi institusi masjid sebagai pusat ilmu; dan

3. menyuburkan semangat ukhuwwah demi membentuk jaringan kerjasama yang kukuh, efektif dan
efisien dalam pengurusan dan pentadbiran masjid.

Sesuai dengan aspirasi tersebut, satu bengkel yang memberi fokus kepada bidang pengurusan, pentadbiran dan
pengimarahan masjid telah berjaya menghasilkan usul dan cadangan untuk memperkasakan insitusi masjid (sila
rujuk Lampiran 3).

Berpandukan visi, misi dan matlamat Majlis Islam Sarawak serta perakuan Kongres dan Muktamar, Pelan
Tindakan MIS 2011–2020 digubal sebagai rujukan dan panduan untuk memperkasakan ummah melalui institusi
masjid. Pelan Tindakan MIS ini merangkumi bidang-bidang pendidikan, ekonomi, sosiobudaya, perundangan
Islam, dakwah, kepimpinan, dan pengurusan dan pengimarahan masjid.

Pelan Tindakan MIS 2011-2020 menyenaraikan strategi, pendekatan dan tindakan-tindakan yang perlu
dilaksanakan dalam setiap bidang yang telah dikenalpasti. Pelan ini dirangka untuk mempersiapsiagakan ummah
menghadapi serta menangani pelbagai cabaran dalam mengharungi gelombang kedua pembangunan ekonomi
Sarawak menjelang 2030.

14 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

1.5 STRATEGI DAN PENDEKATAN PELAN TINDAKAN

Dalam merangka pelan tindakan bagi setiap bidang upaya ummah yang telah dikenalpasti tiga perkara berikut
telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Majlis Islam Sarawak dalam mesyuaratnya pada 1 April 2010; tema, strategi
dan pendekatan (Rajah 1.4).

Rajah 1.4

Senarai Tema, Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Mengikut Bidang

BIDANG DAN TEMA STRATEGI PENDEKATAN

1 Memperkasa kepimpinan, pengurusan a Mewujudkan barisan kepimpinan yang berwibawa dan komited

dan pentadbiran masjid b Melaksana program pembangunan personel yang berterusan

PENGIMARAHAN c Melaksana program pembangunan berterusan bagi pegawai masjid
MASJID
2 Meningkat keterampilan dan a Melaksana program pembangunan keterampilan naqib
Masjid sebagai Institusi kewibawaan naqib
Pembangunan
Masyarakat 3 Memanfaatkan sepenuhnya kewujudan a Melaksanakan pelbagai aktiviti pengimarahan untuk memenuhi keperluan

masjid semua lapisan masyarakat.

b Mewujudkan jaringan dan rangkaian antara masjid di seluruh negeri dan
negara

c Mewujudkan rangkaian rakan kongsi masjid

PENDIDIKAN 1 Memartabatkan masjid sebagai pusat a Mempelbagai aktiviti pendidikan di masjid
pendidikan
Pendidikan Syumul b Mempertingkat kan kemudahan pendidikan di masjid-masjid
Membina Ummah 2 Melibatkan masyarakat dalam proses
pembentukan generasi muda a Membangun program pendidikan sokongan berasaskan masyarakat
Bertaqwa b Membangun program khas untuk keperluan khusus
3 Meningkatkan keperihatinan golongan
pendidikan tentang agenda a Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan
pembangunan ummah para pendidikan

b Membina jaringan hubungan profesional dalam kalangan para pendidik di
sekolah dengan ahli akademik Islam di IPT

1 Meningkatkan penyertaan dan a Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kewajiban berniaga

menambah bilangan orang Islam dalam sebagai tuntutan fardhu kifayah

bidang perniagaan b Meningkatkan kesedaran peluang-peluang dan kemudahan perniagaan

yang sedia ada

EKONOMI c Menggunakan sepenuhnya semua peluang dan kemudahan perniagaan
yang sedia ada

Ummah yang Ekonominya 2 Memperkukuhkan dan menambah aset a Mengkonsolidasikan sumber dan dana milik orang Islam sebagai satu cara

Kukuh, Dinamik dan yang dimiliki oleh orang Islam untuk memperolehi aset baru
Bersifat Mandiri
b Meningkatkan amalan berwakaf dalam kalangan umat Islam

c Memantapkan dana zakat harta dalam kalangan umat Islam

3 Meningkatkan kesedaran dan a Memupuk semangat kekitaan dan membina jaringan kerjasama dalam
memupuk semangat persaudaraan kalangan para peniaga Islam
seagama dalam perniagaan
b Memupuk semangat kesatuan dan kekitaan seagama dalam kalangan para

pengguna Islam

15 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Rajah 1.4) STRATEGI PENDEKATAN
BIDANG DAN TEMA Memperkukuhkan institusi keluarga dan a Memantap program pembangunan keluarga
1 meningkatkan kecekapan keibubapaan
di kalangan ummah b Mewujud sistem khidmat sokongan
SOSIOBUDAYA 2 Meningkatkan penglibatan belia dalam
3 pelbagai aktiviti masyarakat a Menyedarkan para belia tentang tanggungjawab sosial
Keutuhan Institusi 4 Memanfaatkan sepenuhnya gerakan b Meningkatkan kemahiran sosiobudaya belia
Keluarga Asas dakwah oleh pelbagai agensi a Menyelaras aktiviti dakwah antara agensi
Meningkatkan kualiti dan menambah
Pembentukan Ummah bilangan ummah a Meningkatkan penghayatan dan amalan islami
Sejahtera b Menambah bilangan ahli dalam keluarga muslim
Menambah bilangan pendakwah yang c Meningkatkan bilangan saudara kita
1 berkelayakan dan berwibawa a Mengenal pasti pendakwah sedia ada dan individu yang berminat untuk

DAKWAH 2 Memantapkan program dakwah dan terlibat dalam aktiviti dakwah
3 pelaksanaannya b Menyediakan program latihan dan peningkatan ilmu serta kemahiran dakwah
Gerakan Dakwah yang c Mewujudkan garis panduan perkhidmatan dakwah yang mantap
Syumul dan Takamul Memanfaatkan sepenuhnya gerakan a Menyediakan kurikulum dan garis panduan pelaksanaan dakwah
dakwah oleh pelbagai agensi b Mewujudkan sumber kewangan dan kemudahan untuk berdakwah
4 c Mewujudkan sistem sokongan, pemantauan dan penilaian
Meningkatkan kualiti dan menambah a Menyelaras aktiviti dakwah antara agensi
1 bilangan ummah b Mengembeling sumber dan tenaga serta meningkat kerjasama dalam

PERUNDANGAN ISLAM Memantapkan pelaksanaan undang- kalangan pendakwah dari pelbagai agensi
undang Islam sebagai sistem a Mengukuh aqidah dalam kalangan ummah
Pelaksanaan Undang- perundangan utama ummah b Meningkatkan penghayatan dan amalan islami
Undang Islam Asas c Menambah bilangan ahli dalam keluarga muslim
Keharmonian Ummah Memantapkan institusi perundangan d Meningkatkan bilangan saudara kita
Islam a Memperkemas dan memantapkan undang-undang yang sedang berkuatkuasa
2
selari dengan tuntutan siyasah syar’iyyah
b Meningkatkan kesedaran ummah mengenai undang-undang Islam
c Memantap dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang Islam
d Memantap dan meningkatkan keberkesanan pendakwaan
e Memantap dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan

penguatkuasaan perintah mahkamah
f Meningkatkan profesionalisme peguam syar’ie
a Memperkukuh jabatan kehakiman syariah
b Memperkukuh institusi pendakwaan syariah
c Memperkukuh institusi penguatkuasaan undang-undang Islam

16 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

BAB 2
BIDANG PENGIMARAHAN MASJID

2.1 LATAR BELAKANG

Di Sarawak terdapat 306 buah masjid yang diklasifikasikan kepada lima (5) gred iaitu Masjid Gred Khas, Gred I,
Gred II, Gred III dan Gred IV. Masjid Jamek Negeri Sarawak merupakan Masjid Gred Khas yang tunggal.
Sementara itu, 11 Masjid Bahagian dikategorikan sebagai Masjid Gred I dan 20 buah Masjid Daerah sebagai
Masjid Gred II. Di daerah-daerah kecil pula terdapat 23 buah Masjid Gred III dan di kampung-kampung dan taman
perumahan di seluruh negeri terdapat 251 buah Masjid Gred IV.

Masjid Jamek Negeri Sarawak Masjid Bahagian Kuching Masjid Assyakirin Bintulu Masjid Bandar Sri Aman

Sesuai dengan kedudukannya sebagai institusi yang terpenting dalam menjana pembangunan ummah, Majlis
Islam Sarawak telah berusaha mengimarahkannya dengan memantapkan pengurusan, pentadbiran dan
pembangunan masjid melalui penubuhan Lembaga Masjid-Masjid Negeri Sarawak, Lembaga Amanah Khairat,
Unit Masjid Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid.

a. Lembaga Masjid-Masjid Negeri Sarawak

Kuasa Majlis Islam Sarawak sebagai pemegang amanah tunggal kepada semua masjid di Negeri Sarawak
adalah dijalankan oleh Lembaga Masjid-Masjid yang ditubuhkan di bawah Seksyen 57 (1), Ordinan Majlis Islam
Sarawak, 2001:

17 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

‘Maka hendaklah ditubuhkan, bagi maksud Ordinan ini, suatu Lembaga Masjid-Masjid yang
hendaklah terdiri tidak kurang daripada enam orang anggota, termasuk Pengerusi, tetapi tidak lebih
daripada dua belas orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Yang Dipertua Negeri, atas syor
Majlis, bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan’.

Tanggungjawab Lembaga Masjid-Masjid seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 57 (2) Ordinan Majlis
Islam Sarawak, 2001 adalah seperti berikut:

i. Menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas semua masjid yang ditubuhkan di dalam Negeri
Sarawak;

ii. Memastikan yang wang dan harta masjid diuruskan dengan sewajarnya;
iii. Menjalankan apa-apa aktiviti sama ada di bawah arahan MIS atau secara tersendiri;
iv. Memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana masjid berupa pinjaman atau selainnya; atau
v. Melakukan segala perbuatan yang MIS fikirkan mustahak atau suai manfaat.

b. Lembaga Amanah Khairat

Amanah Khairat (Kebajikan) adalah satu amanah yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat
Islam. Ia merupakan amanah atau endowmen berkenaan dengan harta alih atau tak alih yang dipegang,
ditadbir atau diuruskan untuk memajukan bidang pendidikan, keagamaan dan kebudayaan serta membantu
mereka yang memerlukan sesuai dengan takrif khairat mengikut undang-undang Malaysia. Seksyen 7 (1)
Ordinan Amanah Khairat, 1994 menyatakan bahawa :

“Lembaga boleh, tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang terkandung dalam
perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen 3, bagi maksud atau faedah sesuatu badan amanah
khairat yang ditadbirkan olehnya”

Kuasa-kuasa dan tugas-tugas Lembaga seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen di atas adalah:

i. Menerima, memperolehi, menyetuju-terima, membeli, memegang dan mengurus mana-mana harta, alih
atau tak alih, tertakluk kepada badan amanah khairat itu;

18 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

ii. Membaiki, mengubah, mengubah elokkan, menambahbaik, atau membina semula mana-mana premis
di atas tanah kepunyaan badan amanah khairat;

iii. Melaburkan apa-apa wang dalam apa-apa pelaburan dibenarkan sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga;

iv. Menukar-nukarkan mana-mana pelaburan dibenarkan dengan sesuatu pelaburan dibenarkan yang lain;
v. Memindahhak, menyerah hak, menyerahkan dan menyerahkan kembali, menjual, menyandarkan,

mengadai janji, menggadai, mendemis, menyerah hak semula, memindahkan milik atau selainnya
melupuskan apa-apa harta alih atau tak alih yang kini atau selepas ini menjadi kepunyaan, atau dipegang
untuk faedah, badan amanah khairat yang diuruskan dan ditadbirkan oleh Lembaga atau apa-apa
kepentingan di dalamnya;
vi. Membayar atau membenarkan mana-mana hutang, tuntutan atau keberhutangan badan amanah khairat
berdasarkan apa-apa keterangan tentang hutang, tuntutan atau keberhutangan itu sebagaimana yang
Lembaga fikirkan mencukupi;
vii. Mengkompromi, mengkompaun, menggugurkan, mengemukakan kepada timbang tara atau selainnya
menyelesaikan apa-apa jua pun hutang, akaun, tuntutan, tindakan atau prosiding yang berhubungan
dengan badan amanah khairat itu;
viii. Membenarkan apa-apa perubahan pada alamat berdaftar badan amanah khairat;
ix. Membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk menukar, meminda, mengubah atau mengubahpinda
maksud amanah khairat itu ditubuhkan, sekiranya Lembaga memutuskan bahawa pertukaran, pindaan,
perubahan atau perubah-pindaan itu mendatangkan faedah kepada penyumbang, benefisiari atau
badan amanah khairat secara menyeluruh;
x. Melantik atau mengambil khidmat beberapa orang pengkhidmat, ejen, penasihat professional atau
perunding untuk membantu mereka dalam menunaikan kewajipan mereka sebagai pemegang amanah;
dan

19 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

xi. Melakukan atau menjalankan atau mempunyai apa-apa fungsi, aktiviti atau tugas tertentu sebagaimana
yang diizinkan atau dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Negeri melalui Perintah yang disiarkan dalam
Warta.

c. Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS)

Bahagian Pengurusan Masjid JAIS bertanggungjawab dalam pengurusan, pentadbiran dan pengimarahan
masjid di seluruh Negeri Sarawak. Tugas-tugas utama unit ini adalah:
i. Mengurus dan mengendalikan proses kerja berikut:

a. permohonan membina masjid
b. pendaftaran masjid
c. pelantikan Jawatankuasa Pengurusan Masjid
d. permohonan mendirikan Solat Jumaat
e. pelantikan Pegawai-Pegawai Masjid
f. permohonan naiktaraf surau kepada masjid
g. permohonan masuk ke dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Masjid
h. pelantikan Ahli Lembaga Amanah Khairat
ii. Merancang program MIS untuk dilaksanakan di masjid; dan
iii. Menyelaras program-program pengimarahan masjid.

d. Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau

Seksyen 60 (4), Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001, Majlis Islam Sarawak menyatakan bahawa “Majlis boleh
melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut
untuk mengurus atau menjaga mana-mana masjid dan jawatankuasa itu hendaklah menunaikan fungsi-
fungsinya di bawah arahan Majlis”.

20 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Masjid Besar Limbang Masjid At-Taqwa Miri Masjid Setia Raja Mukah Masjid An-Nur Sibu

Kaedah Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Sarawak dan Prosedur Kewangan Jawatankuasa Pengurusan
Masjid dan Surau Negeri Sarawak 2004 (Pindaan 2008/2009), menetapkan bahawa peranan Jawatankuasa
Pengurusan Masjid dan Surau adalah seperti berikut:
i. Mentadbir dan mengurus masjid secara amanah, telus dan berkesan;
ii. Mengamal, menghayati dan mempertahankan kesucian Islam melalui masjid;
iii. Menyemai perasaan muhibbah di antara ahli kariah dan menyemarakkan semangat

bekerjasama dan gotong-royong dalam hal kebajikan;
iv. Berusaha untuk memaju pendidikan formal dan kefahaman agama Islam, membangun ekonomi

serta meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan ahli
kariah;
v. Bekerjasama dengan Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak swasta, dan pertubuhan-pertubuhan
yang berkaitan melaksanakan aktiviti agama, sosial dan kebajikan;
vi. Menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, ilmu, dakwah, perpaduan, pembangunan, pengurusan
dan kepimpinan; dan
vii. Melaksanakan arahan Majlis Islam Sarawak dari semasa ke semasa.

21 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Rajah 2.1
Carta Aliran Kuasa Pengurusan Masjid di Sarawak

MAJLIS ISLAM SARAWAK

LEMBAGA AMANAH KHAIRAT LEMBAGA MASJID-MASJID NEGERI SARAWAK

JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK

MASJID & SURAU
JAWATANKUASA PENGURUSAN MASJID

PEGAWAI MASJID

2.2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PELAN TINDAKAN BIDANG PENGIMARAHAN MASJID

Untuk membolehkan masjid memainkan peranan sebagai pusat penjana kecemerlangan ummah, institusi ini perlu
diupaya dan diperkasakan. Masjid hendaklah diperlengkapkan dengan kemudahan dan prasarana terkini yang
sesuai. Masjid juga perlu dibantu oleh penguatkuasaan dasar yang meliputi kuatkuasa undang-undang, peraturan-
peraturan dan personel. Selain daripada kemudahan-kemudahan ini, masjid juga perlu diupayakan dengan
pewujudan struktur sumber dana yang kukuh bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti sesuai dengan kepelbagaian
peranannya. Satu daripada sumber dana yang penting adalah tabung amanah masjid-masjid sedia ada.

Masjid perlu mempunyai data dan maklumat yang relevan dan kemaskini tentang ahli kariahnya. Segala maklumat
tentang keupayaan dan kemampuan serta keperluan ahli kariah adalah penting bagi membantu masjid merancang
dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat dengan lebih berkesan di samping membantu
semua peringkat pengurusan dalam menggubal dasar dan membuat keputusan berhubung dengan kebajikan dan
kesejahteraan ummah.

22 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Rangkaian dan jaringan kerjasama antara masjid dengan pelbagai pihak yang berwajib juga perlu diwujudkan
agar sumber dan dana yang dimiliki serta kemudahan dan kepakaran yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Rangkaian sedemikian akan memudahkan usaha untuk meningkatkan keterampilan barisan kepimpinan dan
pegawai masjid.

Selari dengan tema “Masjid sebagai Institut Pembangunan Masyarakat” dalam pelan tindakan bidang
pengimarahan masjid, Majlis Islam Sarawak telah merangka tiga (3) strategi dan tujuh (7) pendekatan seperti
yang digambarkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2
Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Pengimarahan Masjid

MASJID SEBAGAI Strategi 1 Pendekatan 1
INSTITUSI Memperkasa kepimpinan, Mewujudkan barisan kepimpinan yang berwibawa dan komited

PEMBANGUNAN pengurusan dan Pendekatan 2
MASYARAKAT pentadbiran masjid Melaksana program pembangunan personel yang berterusan

Strategi 2 Pendekatan 3
Meningkat keterampilan Melaksana program pembangunan berterusan bagi pegawai masjid
dan kewibawaan naqib
Pendekatan 1
Strategi 3 Melaksana program pembangunan keterampilan naqib
Memanfaatkan
sepenuhnya kewujudan Pendekatan 1
Melaksanakan pelbagai aktiviti pengimarahan untuk memenuhi
masjid
keperluan semua lapisan masyarakat

Pendekatan 2
Mewujudkan jaringan dan rangkaian antara masjid

Pendekatan 3
Mewujudkan rangkaian rakan kongsi masjid

23 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Pengurusan dan pentadbiran masjid di seluruh negeri Sarawak telah menunjukkan perubahan yang positif setelah
beberapa usaha pengukuhan dilakukan. Antara langkah yang telah diambil oleh MIS adalah memperkenalkan
Kaedah Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Sarawak dan Prosedur Kewangan Jawatankuasa Pengurusan
Masjid dan Surau Negeri Sarawak 2004 (Pindaan 2008/2009) dan pewujudan jawatan Pegawai Naqib. Meskipun
demikian, usaha-usaha pengukuhan seperti ini perlu dimantapkan secara berterusan bagi menangani pelbagai
cabaran untuk mengupaya serta memperkasakan institusi masjid.

Masjid Jamek Betong Masjid Al Muttaqin Sarikei Masjid Al-Mutaqin Samarahan Masjid Jabal An-Nur Kapit

Strategi pertama ialah “Memperkasa kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran masjid”. Memantapkan
kepimpinan sangat penting dalam memastikan institusi masjid dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan
berkesan. Oleh yang demikian, tiga (3) pendekatan telah ditetapkan bagi merealisasikannya: mewujudkan barisan
kepimpinan yang berwibawa dan komited; melaksana program pembangunan personel yang berterusan; dan
mengamalkan sistem pengurusan, pentadbiran yang cekap dan berkesan.

Pemilihan barisan kepimpinan yang berwibawa dan berpengalaman serta bersedia memikul tanggungjawab sosial
dalam masyarakatnya adalah penting. Latihan kepimpinan dan pengurusan yang berterusan perlu juga
disediakan. Pada masa yang sama, usaha secara serius hendaklah dilakukan untuk menarik minat golongan
profesional berpengalaman dan para belia menyertai aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid sebagai satu langkah
bagi menyedia kumpulan pemimpin pelapis. Pengurusan masjid juga perlu mesra jemaah dan bersikap terbuka
supaya dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalak penyertaan ahli kariah setempat.

Strategi kedua menekankan tentang pentingnya keterampilan dan kewibawaan naqib dipertingkatkan secara
berterusan bagi mengupayakan mereka membantu pengurusan dan pentadbiran masjid. Antara program latihan

24 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

yang dicadangkan termasuklah pemantapan jati diri, peningkatan kemahiran memimpin dan mengurus,
penguasaan kemahiran berkomunikasi serta kemahiran menyelesai masalah.

Strategi ketiga menegaskan tentang pentingnya kewujudan masjid dimanfaat sepenuhnya untuk merealisasikan
hasrat menjadikannya pusat pembangunan ummah. Tiga (3) pendekatan yang disarankan adalah melaksanakan
pelbagai aktiviti pengimarahan untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat, mewujudkan jaringan serta
rangkaian antara masjid di seluruh negeri, dan rangkaian rakan kongsi masjid.

Secara terperinci tindakan bagi setiap pendekatan dan strategi adalah seperti yang digambarkan dalam Jadual
2.1.

25 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Jadual 2.1
STRATEGI, PENDEKATAN DAN TINDAKAN
BIDANG PENGIMARAHAN MASJID: MASJID SEBAGAI INSTITUSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Strategi 1
Memperkasa kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran masjid

Pendekatan 1
Mewujud barisan kepimpinan yang berwibawa dan komited

Bil Tindakan Sasaran Persediaan Awal Masa & Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan

Pelaksanaan Pelaksana

1 Melantik ahli JKP Golongan a. Menyemak semula dan Sebelum Julai JAIS Setiap JKP Masjid
Masjid dalam kalangan Berpendidikan menambahbaik kaedah 2011 dianggotai oleh kariah yang
ahli kariah yang pelantikan ahli JKP Masjid berwibawa
berwibawa Belia dalam Kaedah
Pengurusan Masjid dan
Ahli Kariah Surau Negeri Sarawak
Tahun 2004 (Pind.
2008/2009)

b. Mengumpul data, profil Mulai 2011 secara JAIS
dan maklumat ahli kariah berterusan JKP Masjid
yang berwibawa

c. Merancang pelantikan ahli Mulai 2013 JAIS
JKP Masjid PAIB

2 Menilai prestasi ahli JKP Masjid Mewujudkan sistem Mulai 2012 JAIS MIS mempunyai maklumat
JKP Masjid secara pemantauan dan penilaian tentang prestasi setiap ahli
berterusan prestasi tahunan JKP JKP Masjid
Masjid

3 Memberi latihan Semua JKP Masjid a. Mengenal pasti keperluan Sebelum Julai BPP-MIS dengan Setiap ahli JKP Masjid
kepimpinan dan 2011 kerjasama berpeluang mengikuti
pengurusan kepada yang telah dilantik latihan untuk pemimpin- JAIS latihan kepimpinan dan
ahli JKP Masjid Sebelum Julai JAKIM pengurusan
secara sah oleh pemimpin Masjid 2012
Biro Tatanegara
Majlis Islam b. Membangunkan program / YADIM
Sarawak aktiviti kepimpinan dan

pengurusan yang akan

dijalankan

c. Mengenal pasti pakar dan Sebelum Julai
melatih fasilitator 2012

d. Merancang pelaksanaan Mulai 2011 secara
program dan aktiviti berterusan
kepimpinan dan
pengurusan

26 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 2.1) Pendekatan 2

Bil Tindakan Mengamal Sistem Pengurusan dan Pentadbiran yang Cekap dan Berkesan

1 Membangun dan Sasaran Persediaan Awal Masa & Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan
melaksanakan sistem
pengurusan dan Pelaksanaan Pelaksana Masjid melaksanakan
pentadbiran yang sistem pengurusan dan
mantap JKP Masjid a. Menilai semula sistem Mulai 2011 JAIS pentadbiran yang
dibangunkan
pengurusan dan secara berterusan

pentadbiran sedia ada

b. Merancang pelaksanaan
sistem pengurusan dan
pentadbiran yang mantap

2 Mewujudkan sistem JKP Masjid a. Mengenal pasti Mulai 2011 secara JAIS JKP Masjid mendapat
khidmat sokongan JKP Masjid khidmat sokongan
pengurusan dan perkhidmatan sokongan berterusan pengurusan dan
pentadbiran masjid TBS pentadbiran daripada JAIS
yang diperlukan LAK dan agensi-agensi yang
berkaitan
b. Mengenal pasti prasarana

dan sumber yang

diperlukan

c. Menyediakan khidmat

sokongan pengurusan dan

pentadbiran kepada JKP

Masjid

d. Membina jaringan

kerjasama antara JKP

Masjid dan JAIS dengan

agensi-agensi kerajaan dan

swasta untuk membantu

dalam penyediaan sistem

khidmat sokongan

pengurusan dan

pentadbiran

27 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 2.1) Pendekatan 3
Melaksana Program Pembangunan Berterusan bagi Pegawai Masjid
Bil Tindakan
Sasaran Persediaan Awal Masa & Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan
1 Mengadakan program Semua masjid
latihan untuk Pelaksanaan Pelaksana mengadakan program
meningkat ilmu latihan untuk pegawai
pengetahuan dan Pegawai Masjid a. Menilai latihan/ kursus Mulai 2011 secara JAIS dengan masjid masing-masing
kemahiran pegawai pegawai masjid sedia ada berterusan kerjasama JKP
masjid Laporan penilaian berkala
b. Membangunkan modul Masjid bagi setiap masjid
2 Memantau dan menilai latihan khas untuk pegawai
pelaksanaan program masjid Indikator Kejayaan
latihan Setiap naqib berpeluang
c. Merancang pelaksanaan mengikuti program latihan
Bil Tindakan program latihan
Laporan penilaian berkala
1 Mengadakan program JKP Masjid a. Menyediakan instrumen Mulai 2011 secara JAIS dengan program latihan yang
latihan untuk penilaian dan pemantauan berterusan kerjasama PAIB dilaksanakan
meningkat ilmu
pengetahuan dan b. Merancang pelaksanaan
kemahiran pegawai penilaian
naqib
Strategi 2
2 Memantau dan menilai Meningkat keterampilan dan kewibawaan naqib
pelaksanaan program
latihan Pendekatan 1
Melaksana program pembangunan keterampilan naqib

Sasaran Persediaan Awal Masa & Tempoh Badan / Agensi

Pelaksanaan Pelaksana

Pegawai Naqib a. Menilai latihan / kursus Mulai 2011 secara JAIS dan
Pegawai Naqib sedia ada berterusan BPP-MIS

b. Membangunkan modul
latihan khas untuk pegawai
naqib

c. Merancang pelaksanaan
program latihan

Pegawai Naqib a. Menyediakan instrumen Mulai 2011 secara JAIS dan
penilaian dan pemantauan berterusan BPP-MIS

b. Merancang pelaksanaan
penilaian

28 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 2.1)

Strategi 3

Memanfaatkan sepenuhnya kewujudan masjid

Pendekatan 1

Melaksana pelbagai aktiviti pengimarahan untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat

Bil Tindakan Sasaran Persediaan Awal Masa & Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan

Pelaksanaan Pelaksana

1 Memantapkan JKP Masjid a. Mengenal pasti bentuk Mulai 2011 secara JKP Masjid Masjid digunakan untuk

kerjasama antara JKP JKKK kerjasama sedia ada yang berterusan dengan kerjasama pelbagai aktiviti

Masjid dengan JKKK Agensi berkaitan melibatkan JKP Masjid dan pejabat residen / masyarakat setempat

dan agensi lain JKKK /.agensi daerah setempat

b. Mengumpul data penduduk

kampung serta profil dan

kepakaran individu

setempat

c. Mengenal pasti keperluan

masyarakat setempat yang

dapat dipenuhi dengan

kerjasama masjid

2 Mengada pelbagai Semua Ahli Kariah a. Mengenalpasti keperluan Mulai 2011 secara JKP Masjid Pelbagai aktiviti

program pendidikan pendidikan dan latihan berterusan dengan pengimarahan masjid yang

untuk pelbagai untuk setiap lapisan kerjasama rakan memenuhi keperluan

peringkat kariah masyarakat setempat kongsi setempat anjuran JKP

b. Mengenal pasti dan Masjid dengan kerjasama

membangunkan pelbagai agensi lain

program/aktiviti pendidikan berjaya dilaksanakan

yang akan dijalankan

c. Mengenalpasti pakar yang

boleh menyumbang atau

menjadi fasilitator

d. Melaksanakan program /

aktiviti pendidikan

e. Mengenal pasti jaringan

kerjasama (smart-

partnership) dalam

pelaksanaan program

29 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 2.1) Pendekatan 2
Mewujud jaringan dan rangkaian antara masjid
Bil Tindakan
Sasaran Persediaan Awal Masa & Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan
1 Membina satu sistem Semua masjid Pelaksanaan Pelaksana
yang menghubungkan Sarawak IIC Wujud satu sistem
semua masjid secara Sasaran a. Menyediakan kemudahan Mulai 2011 secara dengan rangkaian maya antara
maya Rakan Kongsi ICT yang sesuai berterusan masjid yang dapat
kerjasama Unit memperkasakan masjid
Bil Tindakan Masjid b. Mengenal pasti kepakaran Masjid JAIS dan sebagai pusat ilmu dan
tenaga manusia sumber maklumat.
1 Mewujudkan jaringan Rakan Kongsi JKP Masjid
kerjasama rakan Masjid c. Menyediakan latihan Indikator Kejayaan
kongsi untuk setiap pengurusan data dan Badan / Agensi
masjid maklumat Pelaksana Setiap masjid ada
JAIS rangkaian rakan kongsi
2 Meningkatkan d. Merancang pelaksanaan JKP Masjid masing-masing
kesedaran dan sistem di semua masjid
kecekapan rakan JKP Masjid Setiap masjid
kongsi secara Pendekatan 3 dengan melaksanakan program
berterusan Mewujudkan Rangkaian Rakan Kongsi Masjid peningkatan kesedaran
kerjasama JAIS dan kecekapan untuk
Persediaan Awal Masa & Tempoh dan rakan kongsi masing-
Pelaksanaan masing
BPP-MIS
a. Mengenal pasti rakan Mulai 2011
kongsi dan bidang secara berterusan
kepakaran

b. Mewujudkan peluang
kerjasama melalui aktiviti
pengimarahan masjid

a. Mengenal pasti keperluan Mulai 2011
kariah masjid secara berterusan

b. Membangun program khas
untuk meningkat kesedaran
dan kecekapan rakan
kongsi

c. Merancang pelaksanaan
program khas

30 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

BAB 3
BIDANG PENDIDIKAN

2.3 LATAR BELAKANG

Sejak zaman Rasulullah SAW masjid berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu. Kedatangan Islam ke
Sarawak telah membawa bersama tradisi pengembangan ilmu ke dalam masyarakat Melayu melalui kelas-kelas
mengaji al-Quran dan kitab-kitab agama di rumah dan masjid. Tradisi ini seterusnya diperluaskan melalui
penubuhan sekolah-sekolah agama rakyat seperti Madrasah Islamiah Kuching. Kewujudan tradisi ilmu inilah yang
telah membolehkan Sarawak melahirkan ulama-ulama yang terkenal di peringkat negeri dan antarabangsa malah
ada yang pernah menjadi guru di Masjidil Haram. Antara ulama tempatan yang terkemuka ialah Sheikh Othman
Abdul Wahab, Guru Abang Haji Morshidi bin Abang Haji Narudin, Ustaz Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Ustaz
Datuk Haji Mortadza Haji Daud dan Ustaz Datuk Haji Anis Haji Abot.

Sheikh Othman Abang Haji Morshidi bin Ustaz Datuk Haji Ustaz Datuk Haji Ustaz Datuk Haji Anis
Abdul Wahab Abang Haji Narudin Abdul Kadir Hassan Mortadza Haji Daud Haji Abot

Sistem pendidikan barat dalam masyarakat Melayu di Sarawak amnya dan di Kuching khususnya mula
diperkenalkan apabila sebuah kelas dibuka di bawah rumah Abang Kassim di Kampung Jawa. Orang Melayu
kemudiannya meluaskan peluang pendidikan sedemikian melalui penubuhan sekolah rakyat seperti Sekolah
Enche Buyong, Sekolah Rakyat Tupong, Sekolah Rakyat Jalan Haji Bolhassan dan Sekolah Tunku Abdul Rahman
(STAR). Keadaan ini dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Islam Sarawak amat mengutamakan

31 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

pendidikan dan pengembangan budaya ilmu. Meskipun demikian, peluasan sistem pendidikan barat telah
menukar landskap pendidikan masyarakat Islam. Masjid tidak lagi menjadi satu-satunya pusat utama penyebaran
dan pengembangan ilmu. Sebahagian besar daripada peranan ini telah diambilalih oleh institusi pendidikan
formal, termasuklah tanggungjawab mendidik sahsiah dan kerohanian kanak-kanakyang sebelumnya menjadi
tanggungjawab bersama masyarakat.

Sejak mencapai kemerdekaan, dengan tertubuhnya lebih banyak sekolah kerajaan, lebih ramai anak-anak Islam
berpeluang mengikuti pendidikan formal. Sehingga kini, Majlis Islam telah menubuhkan lapan (8) sekolah rendah
agama dan dua (2) sekolah menengah agama bagi memenuhi keperluan dan permintaan pendidikan formal aliran
agama. Namun demikian, sahsiah dan prestasi akademik mereka masih belum mencapai tahap yangdiharapkan.
Sebagai contoh, dalam tempoh beberapa tahun belakangan ini, prestasi anak-anak Islam dalam peperiksaan
awam semakin merosot terutama sekali di peringkat menengah atas. Selain itu pemilihan aliran kursus sama ada
di peringkat sekolah menengah atas atau di peringkat pengajian tinggi lebih cenderung kepada aliran sains sosial.
Sekiranya keadaan ini tidak ditangani dengan segera, maka umat Islam tidak akan dapat memberi sumbangan
bermakna dalam pengisian agenda pembangunan ekonomi gelombang kedua amnya dan pelaksanaan projek
mega SCORE khasnya.

MIS amat menyedari tentang kekurangan ini. Justeru, berpandangan bahawa peranan masyarakat Islam perlu
disemarakkan semula dan institusi masjid diperkasakan bagi tujuan melahirkan modal insan yang berkualiti.

32 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

3.1 STRATEGI DAN PENDEKATAN PELAN TINDAKAN BIDANG PENDIDIKAN
Berasaskan tema “Pendidikan Syumul Membina Ummah Bertakwa”, MIS telah menetapkan tiga (3) strategi
pendidikan yang bertujuan untuk menyemarakkan semula peranan masyarakat dan memperkukuhkan fungsi
masjid bagi melahirkan insan yang kamil. Bagi tujuan tersebut, strategi yang telah ditetapkan adalah:
memartabatkan masjid sebagai pusat pendidikan; melibatkan masyarakat dalam proses pembentukan generasi
muda; dan meningkatkan keprihatinan golongan pendidik tentang agenda pembangunan ummah.
Pembentukan generasi muda merupakan satu proses berterusan yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
Pendidikan awal yang bermula di rumah perlu diperkembangkan oleh guru di sekolah dan seterusnya
diperlengkapkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, masyarakat perlu mengikuti perkembangan yang berlaku
di sekolah dan golongan pendidik pula hendaklah peka dan prihatin terhadap keperluan dan aspirasi masyarakat.
Dalam bidang pendidikan, MIS telah menggariskan beberapa strategi dan pendekatan untuk memperkasa serta
mengupayakan masyarakat, seperti yang digambarkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1
Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Pendidikan
33 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Strategi 1 Pendekatan 1
Mempelbagai aktiviti pendidikan di masjid
Memartabatkan masjid
sebagai pusat pendidikan Pendekatan 2
Mempertingkatkan kemudahan pendidikan di masjid
PENDIDIKAN Strategi 2
SYUMUL Pendekatan 1
Melibatkan masyarakat Membangun program pendidikan sokongan berasaskan masyarakat
MEMBINA UMMAH dalam proses
BERTAKWA Pendekatan 2
pembentukan generasi Membangun program khas untuk keperluan khusus
muda
Pendekatan 1
Strategi 3 Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab sosial di kalangan para pendidik

Meningkatkan Pendekatan 2
keprihatinan golongan Membina jaringan hubungan profesional dalam kalangan para pendidik di sekolah
pendidik tentang agenda
pembangunan ummah dengan ahli akademik Islam di IPT

Sesuai dengan strategi pertama, “Memartabatkan Masjid Sebagai Pusat Pendidikan”, MIS mengambil dua (2)
pendekatan untuk mempelbagaikan aktiviti pendidikan dan mempertingkatkan kemudahan pendidikan di masjid-
masjid. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan serta
membina rangkaian rakan kongsi pendidikan untuk membantu melaksanakan program dan aktiviti; dan
melengkapkan masjid dengan pelbagai kemudahan dan peralatan pendidikan.

Menyedari bahawa pendidikan holistik memerlukan penyertaan semua pihak maka strategi kedua memfokus
kepada usaha untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam proses pendidikan generasi muda.

34 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Sehubungan itu, dua (2) pendekatan telah dikenalpasti iaitu membangunkan program pendidikan sokongan
berasaskan masyarakat, dan membangunkan program khas untuk keperluan khusus.

Dalam melaksanakan pendekatan pertama, pakar rujuk setempat perlu dikenalpasti di samping mewujudkan bank
data dan jaringan pakar. Selain itu, kurikulum dan program pendidikan sosiobudaya berasaskan masyarakat juga
perlu dibangunkan. Di bawah pendekatan kedua dalam strategi ini, program khas untuk memenuhi keperluan
spesifik masyarakat setempat perlu diadakan selain membangun rangkaian kemudahan dan prasarana untuk
tujuan pendidikan dan latihan.

Usaha ke arah pembangunan ummah memerlukan penggemblengan tenaga dan kepakaran setiap lapisan
masyarakat. Sehubungan itu, MIS berusaha untuk membuka lebih banyak ruang kepada golongan pendidik di
semua peringkat untuk terlibat sama agar mereka lebih prihatin dan berperanan aktif. Justeru, MIS merangka
strategi untuk meningkatkan keprihatinan golongan pendidik tentang agenda pembangunan ummah.

Di bawah strategi ketiga, dua (2) pendekatan telah dikenalpasti, iaitu meningkatkan kesedaran dan rasa
tanggungjawab sosial dalam kalangan para pendidik, dan membina jaringan hubungan profesional dalam
kalangan para pendidik di sekolah dengan para akademia di institusi pengajian tinggi.

Untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab sosial, program peningkatan kesedaran dan jati diri akan
dilaksanakan di samping memperbanyakkan peluang penglibatan para pendidik dalam kegiatan kemasyarakatan.
Keprihatinan golongan pendidik tentang pembangunan ummah dapat ditingkatkan apabila wujudnya jaringan
antara para pendidik di sekolah dengan para akademia di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, peluang interaksi
antara kedua-dua golongan ini perlu diperbanyakkan.

Secara rinci, tindakan bagi setiap pendekatan dan strategi adalah seperti yang digambarkan dalam Jadual 3.1.

35 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Jadual 3.1
STRATEGI, PENDEKATAN DAN TINDAKAN
BIDANGPENDIDIKAN: PENDIDIKAN SYUMUL MEMBINA UMMAH BERTAQWA

Strategi 1
Memartabatkan masjid sebagai pusat pendidikan

Pendekatan 1
Mempelbagai aktiviti pendidikan di masjid

Tindakan Sasaran Persediaan Awal Masa dan Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan
Pelaksanaan Pelaksana

Tindakan 1: Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan

1.1 Program Taska Kanak-kanak a. Menubuh Biro Pendidikan Masjid dan Mulai tahun 2011 Jawatan Kuasa Taska masjid dibuka di
Masjid bawah 5 tahun memastikan ia berfungsi Pengurusan (JKP) semua tempat yang
(Pelaksanaan
mengikut keperluan Murid dan b. Mengenal pasti dan melengkapkan data Masjid dengan memerlukan sebelum tahun
/ keupayaan Pelajar kanak-kanak kerjasama BPP- 2016
setempat)
c. Meninjau keperluan penubuhan Taska MIS, Jabatan
1.2 Mengadakan kelas- d. Mengenal pasti guru / pengasuh (rakan Kebajikan Negeri
kelas bimbingan Sarawak (JKNS)
mata pelajaran kongsi) yang boleh membantu serta
melatih mereka dan Jabatan
e. Menyedia kemudahan dan kelengkapan Pelajaran Negeri
f. Merancang dan melaksana program / Sarawak (JPNS)
aktiviti
g. Membuat peraturan / garis panduan Mulai 2011 –secara JKP Masjid Setiap pelajar Islam yang
pelaksanaan aktiviti berterusan dengan kerjasama memerlukan berpeluang
JAIS, Jabatan mendapat bimbingan dalam
a. Tinjauan keperluan untuk kelas Pelajaran Daerah subjek yang berkaitan
bimbingan mengikut mata pelajaran (JPD) dan Sekolah

b. Mengenal pasti guru / pakar (dan rakan
kongsi) yang boleh membantu

c. Merancang dan melaksana program /
aktiviti

d. Membuat peraturan / garis panduan
pelaksanaan aktiviti

1.3 Klinik Kemahiran Murid dan a. Tinjauan keperluan mengikut kawasan Mulai 2011 –secara JKP Masjid Setiap pelajar Islam yang
Belajar (teknik Pelajar b. Mengenal pasti guru / pakar (dan rakan berterusan dengan kerjasama memerlukan berpeluang
belajar yang JPD dan Sekolah mendapat bimbingan
berkesan, teknik kongsi) yang boleh membantu
menjawab kertas c. Merancang program / aktiviti kemahiran belajar
peperiksaan dsb.) d. Membuat peraturan / garis panduan

pelaksanaan aktiviti

36 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 3.1)

Tindakan Sasaran Persediaan Awal Masa dan Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan
Pelaksanaan Pelaksana
a. Mewujudkan biro sukan, permainan
1.4 Aktiviti Sukan, Belia dan dan riadah di masjid Mulai 2011 –secara JKP Masjid Setiap masjid ada
Permainan dan Ibu Bapa berterusan
Riadah b. Mengenal pasti pakar / agensi yang dengan kerjasama mengelolakan aktiviti-
boleh membantu
badan belia aktiviti sukan, permainan
c. Merancang program / aktiviti
setempat, JPD dan riadah untuk belia

dan Sekolah

1.5 Majlis Ilmu a. Mengenal pasti keperluan setempat Mulai 2011 –secara JKP Masjid Setiap masjid ada
b. Mengenal pasti pakar / agensi yang berterusan dengan agensi mengelolakan majlis ilmu
1.6 Aktiviti Kebajikan yang berkaitan untuk belia mengikut
dan Sosiobudaya boleh membantu keperluan
c. Merancang program / aktiviti
1.7 Pendidikan Mulai 2011 – secara JKP Masjid Setiap masjid ada
Keibubapaan a. Mewujudkan Biro Kebajikan dan berterusan mengelolakan aktiviti
Sosiobudaya kebajikan dan sosiobudaya
yang memantapkan jati diri
b. Mengenal pasti keperluan kebajikan belia setempat
dan sosial setempat
Mulai 2011 – secara JKP Masjid Setiap masjid ada
c. Merancang program / aktiviti berterusan dengan kerjasama mengelolakan aktiviti

a. Mengenal pasti pakar / agensi yang BPP-MIS dan pendidikan keibubapaan
boleh membantu agensi yang

b. Membina / mengadaptasi modul berkaitan
c. Merancang program / aktiviti

Tindakan 2: Mewujudkan sekumpulan rakan kongsi dalam kalangan guru dan pakar-pakar serta agensi setempat untuk membantu pelaksanaan program dan
aktiviti pendidikan

2.1 Membentuk Guru, Pakar- a. Mewujudkan pangkalan data individu Mulai 2011 JKP Masjid Setiap masjid mempunyai
kumpulan rakan Pakar Tempatan yang boleh membantu masjid dengan rakan kumpulan rakan kongsi
kongsi
b. Mewujudkan rangkaian antara individu kongsi
dengan masjid

2.2 Mewujudkan Agensi Setempat a. Mengenal pasti agensi yang berkaitan Mulai 2011 JKP Masjid Setiap masjid mempunyai
hubungan dan b. Membina rangkaian kerjasama antara dengan kerjasama rangkaian kerjasama
jaringan dengan masjid dengan agensi yang dikenalpasti agensi berkaitan dengan agensi setempat
agensi berkaitan

37 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 3.1)

Strategi 1
Memartabatkan masjid sebagai pusat pendidikan

Pendekatan 2
Mempertingkatkan kemudahan pendidikan di masjid

Tindakan Sasaran Persediaan Awal Masa dan Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan
Pelaksanaan Pelaksana

Tindakan 1: Melengkapkan masjid dengan pelbagai kemudahan dan peralatan pendidikan

1.1 Mempertingkatkan a. Mewujudkan dasar mengenai Mulai tahun 2011 JAIS dan JKP Menjelang 2015, semua
kemudahan dan kemudahan-kemudahan yang perlu ada Masjid dengan masjid memiliki kemudahan
peralatan di masjid di masjid. kerjasama TBS yang diperlukan

b. Menyenaraikan kemudahan sedia ada
untuk keperluan pendidikan

c. Menyediakan senarai kemudahan dan
kelengkapan asas yang standard
mengikut kategori masjid

d. Menyedia rancangan pelaksanaan

STRATEGI 2
Melibatkan masyarakat dalam proses pembentukan generasi muda

Pendekatan 1
Membangun program pendidikan sokongan berasaskan masyarakat

Tindakan 1: Mengenal pasti pakar rujuk setempat dan membangun bank data dan jaringan pakar

1.1 Membangun bank Pakar Setempat a. Mengenal pasti pakar setempat dalam 2011 BPP-MIS Masjid dapat merujuk
kepada pangkalan data
data pakar pelbagai bidang pakar rujuk setempat di
BPP-MIS
setempat b. Membina sistem pangkalan data

Tindakan 2: Membina kurikulum pendidikan sosiobudaya berasaskan masyarakat

2.1 Membina Pakar Setempat a. Mengenal pasti keperluan pendidikan Kurikulum siap BPP-MIS dengan Kurikulum siap untuk
Kurikulum sosiobudaya berasaskan masyarakat Disember 2011 kerjasama pakar- dilaksanakan
Pendidikan pakar setempat
Sosiobudaya b. Mengenal pasti kumpulan pakar yang dikenalpasti
berkaitan

c. Membina kurikulum berpandukan hasil
tinjauan atau kajian

d. Merintis dan memurnikan kurikulum

Tindakan 3: Melaksana program pendidikan sosiobudaya berasaskan masyarakat

3.1 Melaksanakan Penduduk a. Mengenal pasti keperluan pendidikan Mulai Julai 2012 JKP Masjid Masjid melaksanakan
program / aktiviti Setempat sosiobudaya secara beterusan dengan kerjasama aktiviti pendidikan
sesuai dengan
keperluan b. Mengenal pasti kurikulum pendidikan rakan kongsi sosiobudaya berpandukan
masyarakat sosiobudaya untuk dilaksanakan setempat kurikulum yang telah
setempat disediakan

38 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 3.1)

Pendekatan 2
Membangun program khas untuk keperluan khusus

Tindakan Sasaran Persediaan Awal Masa dan Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan

Pelaksanaan Pelaksana

Tindakan 1: Membina dan melaksanakan program khas untuk memenuhi keperluan spesifik masyarakat setempat

1.1 Mengadakan Masyarakat a. Mengenal pasti isu-isu sosial yang perlu Sepanjang Tahun JAIS Isu-isu sosial ditangani oleh
Program Khas setempat ditangani secara khusus BPP-MIS masyarakat setempat
JKP Masjid melalui pelaksanaan
b. Membina kurikulum khusus untuk program khas
menangani isu tersebut

c. Merancang pelaksanaan program khas
mengikut keperluan setempat

1.2 Melatih kumpulan Rakan kongsi dan a. Mengenal pasti individu yang berpotensi Mulai 2011 secara BPP-MIS Sekumpulan fasilitator
jurulatih / fasilitator Belia berpotensi sebagai fasilitator berterusan dengan kerjasama program khusus di setiap
b. Menyedia modul latihan untuk fasilitator pakar-pakar yang bahagian
bagi program khusus
c. Merancang pelaksanaan latihan utnuk berkaitan
fasilitator program khas

Tindakan 2: Membangun rangkaian kemudahan dan prasarana untuk tujuan pendidikan dan latihan

2.1 Membangun dan Masjid a. Mengenal pasti kemudahan dan Mulai 2011 secara JAIS Masjid mempunyai
menambah prasarana yang sedia ada dan berterusan BPP-MIS kemudahan dan prasarana
kemudahan dan diperlukan di setiap kawasan JKP Masjid pendidikan yang diperlukan
prasarana
pendidikan b. Menyediakan kemudahan dan prasarana
pendidikan mengikut keperluan setempat

2.2 Mewujudkan Masjid a. Mengenal pasti kemudahan dan Mulai 2011 secara JAIS Wujud senarai kemudahan
rangkaian prasarana di masjid-masjid berterusan BPP-MIS dan prasarana pendidikan
kemudahan dan JKP Masjid mengikut bahagian
prasarana antara b. Mengenal pasti kemudahan dan
masjid prasarana pendidikan lain yang
berhampiran dan boleh digunakan

c. Mewujudkan jaringan kerjasama

39 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 3.1)

Strategi 3
Meningkatkan keperihatinan golongan pendidik tentang agenda pembangunan ummah

Pendekatan 1
Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan para pendidik

Tindakan Sasaran Persediaan Awal Masa dan Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan
Pelaksanaan Pelaksana

Tindakan 1: Melaksana program peningkatan kesedaran dan jati diri untuk para pendidik

1.1 Mengadakan Pemimpin a. Mengenal pasti isu dan cabaran utama Mulai 2011 secara BPP-MIS Semua pendidik
majlis ilmu untuk berkala dengan kerjasama berpeluang mendapat
pemimpin Pendidikan dan dalam bidang kepimpinan pendidikan
pendidikan jabatan, agensi pendedahan tentang
Para Pendidik semasa dan IPT yang tanggungjawab sosial

b. Menetapkan isi kandungan majlis ilmu berkaitan masing-masing dalam
merealisasikan agenda
berdasarkan isu dan cabaran yang pembangunan ummah

dikenalpasti

c. Merancang pelaksanaan aktiviti

1.2 Mengadakan Para Pendidik a. Mengenal pasti keperluan pemantapan Mulai 2011 secara BPP-MIS Semua pendidik
program jati diri dalam kalangan pendidik berkala dengan kerjasama berpeluang meningkatkan
pemantapan jati
diri pendidik b. Menyediakan modul pemantapan jati diri jabatan, agensi jati diri dan semangat kerja
pendidik dan IPT yang sepasukan

c. Merancang pelaksanaan program jati diri berkaitan

Tindakan 2: Memperbanyak peluang penglibatan para pendidik dalam kegiatan kemasyarakatan

2.1 Memperluaskan Para Pendidik a. Mengenalpasti program dan Mulai 2011 secara BPP-MIS dengan Setiap pendidik berpeluang
Program Khidmat mempelbagaikan program khidmat berkala kerjasama JKP terlibat dalam kegiatan
Masyarakat masyarakat yang boleh dilibati oleh para Masjid dan agensi kemasyarakatan
pendidik yang berkaitan

b. Menyebarluaskan takwim program dan BPP-MIS Semua guru kaunseling
aktiviti khidmat masyarakat yang ada dengan kerjasama dan kaunselor berpeluang

2.2 Mengadakan Guru Kaunseling a. Mengenal pasti guru kaunseling dan Mulai 2011 sekolah dan memberi khidmat
Program dan Kaunselor kaunselor IPT yang berminat secara berterusan agensi yang bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan Menyediakan prasarana yang sesuai di
Kaunseling b. masjid untuk mengadakan sesi berkaitan dalam masyarakatnya
bimbingan dan kaunseling
c. Merancang pelaksanaan program
bimbingan dan kaunseling

40 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

(Sambungan Jadual 3.1)
Pendekatan 2

Membina jaringan hubungan profesional dalam kalangan para pendidik di sekolah dengan ahli akademik Islam di IPT

Tindakan Sasaran Persediaan Awal Masa dan Tempoh Badan / Agensi Indikator Kejayaan
Pelaksanaan Pelaksana

1 Mewujud Semua a. Mengenalpasti para pendidik dan ahli Mulai 2011 secara BPP-MIS dengan Wujudnya sistem
pangkalan data pendidik akademik Islam di Sarawak berterusan
para pendidik dan beragama kerjasama pangkalan data.
ahli akademik b. Mewujud sistem pangkalan data dan
Islam Sarawak Islam mengenal pasti sumber-sumber data IPT

IPG

JPNS

2 Memperbanyak Para Pendidik a. Merancang majlis wacana profesional Mulai 2011 secara BPP-MIS Setiap pendidik berpeluang
peluang interaksi dan Ahli untuk para pendidik dan ahli akademik berkala dengan kerjasama untuk berinteraksi secara
antara para Akademik Islam
pendidik di b. Mengenalpasti isu-isu profesional yang IPT profesional dengan rakan
sekolah dengan relevan untuk dibincangkan bersama IPG seperjuangan
ahli akademik dari c. Merancang pelaksanaan wacana JPNS
IPT professional

41 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

BAB 4
BIDANG EKONOMI

4.1 LATAR BELAKANG

Islam sentiasa menggalak umatnya berusaha memperbaiki dan memantapkan ekonomi diri, keluarga dan
masyarakat. Ini merupakan satu tuntutan fardhu kifayah. Kekuatan ekonomi penting untuk menjamin
kelangsungan ummah dan seterusnya meningkatkan status umat Islam. Antara aktiviti yang berkesan bagi
memperkukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam adalah perusahaan dan perniagaan.

Sejak kurun ke-10, penduduk tempatan telah mengadakan aktiviti perniagaan dengan peniaga-peniaga
asing.Meskipun demikian impaknya kepada pembangunan ekonomi dalam kalangan masyarakat Islam setempat
tidaklah begitu signifikan. Aktiviti ekonomi sebahagian besar daripada masyarakat Islam masih terbatas kepada
aktiviti saradiri dalam bidang perikanan dan pertanian secara kecil-kecilan.Peluang, persekitaran dan penguasaan
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terhad dalam bidang perniagaan adalah antara sebab keadaan
sedemikian berlaku.Tahap pendidikan masyarakat Islam pada masa tersebut masih rendah dan usaha mencari
ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan secara formal juga kurang diberi penekanan.Sebahagian besar
daripada anak-anak dididik untuk membantu keluarga menyara hidup dan mencari nafkah untuk memenuhi
keperluan seharian.Kalaupun ada yang mendapat pendidikan formal khususnya semasa era koloni, tumpuan lebih
diberi kepada usaha untuk mendapat peluang menjawat jawatan dalam kerajaan.

Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963, peluang untuk membolehkan masyarakat Islammenceburi bidang
perniagaan dan keusahawanan sebagai suatu alternatif mencari rezeki semakin bertambah. Ini wujud hasil
beberapa program pendidikan dan latihan vokasional serta pembangunan kemahiran. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan pewujudan beberapa agensi kerajaan yang menggalakpenyertaan golongan Bumiputera dalam bidang
ekonomi juga turut membantu meningkatkan penyertaan masyarakat Islam di Sarawak dalam perniagaan.

42 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Mengambilkira perkembangan tersebut dan peluang-peluang baru yang terbukaluas dengan pelaksanaan
pembangunan ekonomi kawasan tengah melalui Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), langkah dan
usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam mengenai pentingnya bidang perniagaan
di samping usaha berterusan untuk memantapkan penyertaan yang berkualiti dalam pembangunan ekonomi
adalah wajar diberi keutamaan dalam merealisasikan agenda kelangsungan ummah.

4.2 STRATEGI DAN PENDEKATAN PELAN TINDAKAN BIDANG EKONOMI

Kemakmuran ekonomi adalah antara tunjang utama pembangunan sesebuah negara. Negara yang kukuh
ekonominya mampu menyejahterakan rakyat.Justeru, usaha serta tindakan yang strategik wajar digerakkan
mengikut keupayaan supaya aktiviti ekonomi dapat disemarakkan dalam semualapisan masyarakat Islam
Sarawak. Sehubungan itu, meskipun selama ini MIS lebih berperanan sebagai institusi yang memayungi beberapa
agensi Islam dalam melaksanakan hal ehwal kebajikan dan perpaduan dalam kalangan ummah, namun sesuai
dengan fungsi yang diperuntukkan dalam Ordinan, dalam pelan tindakan ini, MIS juga memberi tumpuan kepada
pembangunan dan penyertaan ummah dalam bidang ekonomi.

Dalam Kongres Islam Sarawak yang diadakan pada tahun 2009, para peserta telah mengusulkan supaya MIS
merangka strategi dan pendekatan bagi mempertingkatkan lagi penyertaan masyarakat Islam dalam pelbagai
aktiviti ekonomi. Oleh yang demikian, MIS telah merangka strategi ekonomi bagi menyahut seruan tersebut.Bagi
tujuan ini, tiga (3) strategi utama dengan lapan (8) pendekatan telah digariskan untuk dilaksanakan seperti dalam
Rajah 4.1.

43 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020

Rajah 4.1
Strategi dan Pendekatan Pelan Tindakan Bidang Ekonomi

UMMAH YANG Strategi 1 Pendekatan 1
KUKUH, DINAMIK Meningkatkan Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kewajipan berniaga sebagai tuntutan fardu
DAN BERSIFAT penyertaan dan
kifayah
MANDIRI menambah
bilangan orang Pendekatan 2
Meningkatkan kesedaran peluang-peluang dan kemudahan perniagaan yang sedia ada
Islam dalam
bidang perniagaan Pendekatan 3
Menggunakan sepenuhnya semua peluang dan kemudahan perniagaan yang sedia ada
Strategi 2
Memperkukuhkan Pendekatan 1
dan menambah Mengkonsolidasikan sumber dan dana milik orang islam sebagai satu cara
aset yang dimiliki
oleh orang Islam untuk meningkatkan keupayaan memperoleh aset baru

Strategi 3 Pendekatan 2
Meningkatkan Meningkatkan amalan berwakaf dalam kalangan umat Islam
kesedaran dan
Pendekatan 3
memupuk Memantapkan dana zakat harta dalam kalangan umat Islam
semangat
persaudaraan Pendekatan 1
seagama dalam Memupuk semangat kekitaan dan membina jaringan kerjasama dalam kalangan para peniaga
perniagaan
Islam

Pendekatan 2
Memupuk semangat kesatuan dan kekitaan seagama dalam kalangan para pengguna Islam

Strategi pertama memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan penyertaan dan menambah bilangan
orang Islam dalam perniagaan. Tiga(3) pendekatan yang ditetapkan adalah:

1. Meningkatkan kesedaran tentang penyertaan dalam bidang ekonomi sebagai fardhu kifayah;
2. Meningkatkan kesedaran tentang peluang-peluang dan kemudahan perniagaan yang sedia ada; dan
3. Menggunakan sepenuhnya semua peluang dan kemudahan perniagaan yang sedia ada.

44 Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020


Click to View FlipBook Version