The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhana.damli, 2021-11-08 00:35:47

Karya Pelajar 2021_Flipbook

Karya Pelajar 2021_Flipbook

i

1

Penasihat
Cikgu Nor Zakiah Arif
Ketua Subjek Bahasa Melayu

Guru-Guru Bahasa Melayu
Cikgu Farhana Damli

Cikgu Nur Syafinah Zainal
Cikgu Nur Hafizah Mohd Rashib
Cikgu Siti Nurulsyafiqah Mohamed Shafii

Hiasan Kulit Buku
Cikgu Nur Syafinah Zainal
Khaira Naifah Binte Mohamad Khair

2

HASIL TULISAN KELAS HALAMAN

NUR MYIESHA NATASHA RESPONSIBILITY 3 1-6
BINTE AZAHARI
7-12
NURUL NASRIYAH BINTI RESPONSIBILITY 5 13-16
MOHAMED AHJMI RESILIENCE 1 17-19
RESILIENCE 1 20-22
NUR ALVEENA BINTE RESILIENCE 4 23-25
MUHAMMAD ADLI RESILIENCE 5 26-28

S YESHODTHARA 29-32
33-36
NUR ALIAH NATASYA
BINTE ABDULLAH

SHARLEEZ ARIANNA
BINTE MOHAMED HASLAM

SURYADI BIN SUWARDI RESILIENCE 5
RESILIENCE 5
DIAN AYESHA BINTE RESILIENCE 6
ZULSAIRI
RADIN MAS AYU BINTI
RADIN MAZLAN

3

HASIL TULISAN KELAS HALAMAN

MOHAMMAD ZAFRAN BIN EXCELLENCE 1 37-39
MOHAMMAD NIZAM EXCELLENCE 1 40-45
EXCELLENCE 4 46-53
LUFTFAFA BIN ANDY 54-56
57-59
RIDAYU ISQASHA BINTE
ISKANDAR HASSAN

SAEF SATOSHI BIN EXCELLENCE 4
SALIHIN

AIREY GRACE ELIZABETH EXCELLENCE 4

JESSICA ELENA LEW EXCELLENCE 5 60-66

IFFAH IRDINA BINTE EXCELLENCE 6 67-69
ISMAIL
70-72
NUR SYIFA INSYIRAH EXCELLENCE 6 73-78
BINTE MOHAMAD ZUKI EXCELLENCE 6

ZAIN MORRISON NEWTON

4

Sikap Bertimbang Rasa

Cuaca pada hari ini panas terik. Adi baru sahaja pulang dari sekolahnya. Dia tidak
sabar untuk menaiki MRT. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam gerabak MRT, Adi
ternampak tiada tempat duduk yang kosong. Dia berasa hampa kerana dia sudah
merancang untuk duduk dan berehat di dalam MRT.

Tiba-tiba, Adi ternampak tempat duduk khas yang kosong. Hatinya melonjak
kegembiraan apabila ada tempat duduk kosong di tempat duduk khas itu. Dia pun duduk
di sebelah seorang wanita hamil yang bernama Puan Siti.

Apabila pintu gerabak itu terbuka, Adi dan Puan Siti ternampak ada seorang lelaki
yang bernama Tuan Zaid. Tangan Tuan Zaid cedera. Dengan cepat, Puan Siti
memberikan tempat duduknya kepada Tuan Zaid.

1

Adi terlihat kejadian itu dan teringat pesanan guru. Gurunya menasihatinya supaya
menunjukkan sikap prihatin terhadap orang lain. Adi terus memanggil Tuan Zaid untuk
duduk di tempat duduknya. Dia pun berkata kepada Puan Siti untuk duduk di tempatnya.
Adi berasa bangga dengan dirinya kerana menunjukkan sikap prihatin kepada Tuan Zaid.

Semua orang yang melihat kejadian itu memuji Adi. Tuan Zaid pun duduk dengan
selesa. Adi berasa lega kerana Tuan Zaid dan Puan Siti mendapat tempat duduk. Dia
tidak sabar untuk menceritakan kepada ibunya tentang perkara yang berlaku di dalam
MRT tadi.

HASIL PENULISAN:
NUR MYIESHA NATASHA BINTE AZAHARI
RESPONSIBILITY 3

2

gerabak GLOSARI
merancang
bahagian kereta api yang dikhaskan untuk
Frasa / Ayat penumpang
Hatinya melonjak mengatur sesuatu lebih dahulu
kegembiraan…
ULASAN

Penerangan
Dengan penggunaan frasa berbunga ini, penulis
dapat menunjukkan keseronokan Adi apabila
mendapat tempat duduk. Frasa berbunga juga dapat
menjadikan karangan lebih menarik.

3

Terperangkap di dalam Lif

Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi. Datuk dan Nenek mahu pulang. Adi dan
Haziq menghantar Datuk dan Nenek hingga ke pintu lif. Mereka berdua menemani Datuk
dan Nenek pergi ke pasar.

“Kita sudah sampai di pintu lif. Saya mahu menekan butang lif,” kata Adi dengan
bersungguh-sungguh.

Haziq tersenyum kerana dia mahu pulang lalu mandi air sejuk untuk berasa segar.
Dia sudah berpeluh-peluh kerana bermain bola keranjang.

Setelah lif sudah tiba, Adi dan Haziq menaiki lif bersama Datuk dan Nenek. Adi
pun menekan butang lif. Datuk dan Nenek tinggal di tingkat tiga belas. Tiba-tiba, lif
berhenti. Semua orang di dalam lif kelihatan cemas. Adi menekan butang lif
beberapa kali. Lif tidak bergerak juga. Keadaan di dalam lif sungguh bahang. Datuk
sudah kelihatan tidak selesa.

Semua orang di dalam lif mula berpeluh-peluh kepanasan. Nenek mengambil
surat khabar dan kipaskan Datuk. Haziq dan Nenek cuba menenangkan Datuk tetapi dia
semakin panik. Adi menekan butang kecemasan untuk mendapatkan pertolongan.

Selepas sepuluh minit, seorang mekanik lif pun tiba. Datuk berasa tenang apabila
melihat pintu lif itu terbuka. Haziq menolong Datuk untuk keluar daripada lif. Nenek dan
Adi mengucapkan terima kasih kepada mekanik lif.

4

Datuk berasa lega kerana sudah tidak terperangkap di dalam lif lagi. Adi dan Zaid
menolong Datuk dan Nenek untuk mengangkat barangan pasar yang telah dibeli. Mereka
berasa senang hati kerana telah selamat pulang ke rumah.

HASIL TULISAN:
NUR MYIESHA NATASHA BINTE AZAHARI
RESPONSIBILITY 3

5

menemani GLOSARI
segar
bahang turut serta, mengiringi
terperangkap nyaman dan sihat (badan)
hawa panas, kehangatan
terkurung

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Tiba-tiba, lif berhenti. Semua Penerangan yang deskriptif dapat membantu
orang di dalam lif kelihatan pembaca membayangkan situasi pada ketika itu.
cemas. Adi menekan butang Cara ini akan dapat menarik minat pembaca untuk
lif beberapa kali. Lif tidak terus membaca kerana ingin tahu kisah seterusnya.
bergerak juga. Keadaan di
dalam lif sungguh bahang.
Datuk sudah kelihatan tidak
selesa.

6

Sikap Bertimbang Rasa

“Sejuknya di dalam MRT ini,” bisik Aiman di dalam hatinya.
Aiman baru pulang dari sekolah. Dia menaiki MRT untuk balik ke rumah. Aiman
duduk dengan selesa di dalam MRT, bersebelahan seorang wanita yang mengandung.
Penumpang duduk di dalam MRT dengan senyap.
Semasa Aiman sedang berehat, tiba-tiba, datang seorang lelaki yang mengalami
kecederaan di tangannya. Aiman terkejut. Dia tidak pernah melihat orang yang cedera
parah. Wanita yang mengandung itu memberikan tempat duduknya kepada lelaki itu
kerana tiada lagi tempat duduk.

7

“Encik, sila duduk di tempat saya,” pelawa wanita yang mengandung itu.
Pada masa yang sama, Aiman teringat pesanan gurunya.
“Kita perlu menunjukkan sikap bertimbang rasa. Terutama sekali kepada
orang-orang yang memerlukan pertolongan kita,” pesan Cikgu Aiman.
Dia berasa sedih melihat lelaki itu kerana harus berdiri lama. Dengan segera,
Aiman berdiri dari tempat duduknya lalu memberikan tempat duduknya kepada lelaki itu.
Semua orang di dalam MRT memuji sikap Aiman yang suka membantu orang lain. Lelaki
itu juga berasa gembira kerana Aiman memberikan tempat duduk itu kepadanya.
Selepas itu, Aiman pun beredar dari tempat itu kerana dia sudah sampai di
destinasinya. Dia tidak sabar untuk menceritakan kejadian tadi kepada keluarganya.

HASIL TULISAN:
NURUL NASRIYAH BINTI MOHAMED AHJMI
RESPONSIBILITY 5

8

mengalami GLOSARI
kecederaan
bertimbang rasa merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa
keadaan cedera (luka, patah tulang dan sebagainya)
perasaan kasihan dan suka menolong orang yang
dalam kesusahan

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

“Kita perlu menunjukkan Karangan ini berjaya berkongsi nilai moral melalui
sikap bertimbang rasa. penggunaan dialog. Karangan ini dapat memberi
Terutama sekali kepada sebuah pengajaran yang baik kepada pembaca.
orang – orang yang
memerlukan pertolongan
kita,” pesan Cikgu Aiman.

9

Sikap Bertimbang Rasa

“Sungguh ramai orang di dalam gerabak ini,” keluh Aiman di dalam hatinya.
Cuaca yang panas pada hari itu membuat Aiman berpeluh dan berasa letih. Dia
sudah merancang untuk duduk dan berehat di dalam gerabak MRT tetapi tidak ada
tempat duduk yang kosong. Aiman berasa hampa. Tiba-tiba, Aiman ternampak
sebuah tempat duduk khas yang kosong. Hatinya melonjak kegembiraan. Dengan
cepat, dia bergegas ke arah tempat duduk khas itu.
Selepas itu, dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia sungguh khusyuk bermain
permainan hingga tidak sedar ada seorang warga emas yang berdiri di hadapannya.
Warga emas itu berasa kecewa dengan sikap Aiman yang tidak bertimbang rasa. Tempat
duduk khas itu sepatutnya diberikan kepada orang yang lebih memerlukan seperti warga
emas itu.

10

Puan Sofia telah terlihat apa yang sedang berlaku. Dia berasa marah dengan
sikap Aiman. Puan Sofia mendekati Aiman lalu memarahinya sambil menuding ke arah
pelekat di belakang Aiman. Aiman tercengang lalu terus berdiri. Dia meminta maaf
kepada warga emas itu dan beredar dari situ.

Puan Sofia menyuruh warga emas itu untuk duduk di tempat duduk khas itu.
Warga emas itu berterima kasih kepada Puan Sofia. Mereka berbual dengan mesra.
Aiman telah belajar dari kesilapannya. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu
lagi.

HASIL TULISAN:
NURUL NASRIYAH BINTI MOHAMED AHJMI
RESPONSIBILITY 5

11

hampa GLOSARI
khusyuk
tercengang kecewa
dengan penuh minat atau sepenuh hati perasaan
terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas
dan mulut ternganga)

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Aiman berasa hampa. Tiba- Karangan ini menunjukkan perkembangan perasaan
tiba, Aiman ternampak watak dengan baik. Pada awalnya, watak berasa
sebuah tempat duduk khas hampa tetapi perasaan itu berubah menjadi gembira
yang kosong. Hatinya setelah ternampak sebuah tempat duduk.
melonjak kegembiraan.

12

Kejujuran

“Selamat tinggal. Jumpa di sekolah esok!” kata Irah kepada Aliya dengan gembira.
Aliya menyambung perjalanannya ke arah Stesen Pengangkutan Gerak Cepat.
Semasa Aliya membayar tambang menggunakan kad tambang, dia terpandang sebuah
beg yang mencurigakan. Aliya hairan kerana beg itu tidak ada pemiliknya.
Aliya pun membuka beg itu dan melihat apa yang terdapat di dalamnya. Di dalam
beg itu, ada dompet dan alat elektronik. Aliya mati akal. Dia melihat kiri dan kanan untuk
mencari pemilik beg itu. Tiba-tiba, Aliya terdengar bunyi wisel. Dia menoleh ke belakang.
Rupa-rupanya, Encik Rafi, salah seorang pegawai di Stesen Pengangkutan Gerak Cepat
itu, yang meniup wisel tersebut. Aliya menjelaskan apa yang terjadi. Kedua-dua muka
mereka kelihatan bingung. Encik Rafi mendapat idea untuk memaklumkan tentang
butir-butir beg itu kepada para penumpang lain melalui alat pembesar suara.

13

Beberapa minit kemudian, ada seorang pemuda bernama Syafik muncul di
hadapan kaunter. Dia cuba membuktikan bahawa beg itu milik kawannya. Namun
demikian, dia tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan Encik Rafi dengan tepat.
Dia mendesak Encik Rafi untuk memberi beg itu kepadanya.

“Itu beg kawan saya! Tolong pulangkan sekarang,” Syafik berkata.

Encik Rafi segera menelefon pegawai keselamatan untuk menghentikan
perbuatan Syafik itu. Syafik hendak mencuri beg itu. Pegawai keselamatan pun tiba di
kaunter. Aliya berasa terkejut kerana dia tidak pernah melihat situasi seperti itu. Matanya
terbeliak.

Tiba-tiba, muncul pula seorang lagi pemuda bernama Aqil. Mukanya kelihatan
panik. Encik Rafi bertanya kepada Aqil sekiranya beg itu miliknya. Aqil mengangguk
kepalanya. Mukanya terus bertukar lega. Sebelum Encik Rafi memulangkan beg itu
kepada Aqil, dia bertanyakan beberapa soalan. Aqil menjawab semua soalan-soalan itu
dengan betul. Mereka tersenyum dan berasa besar hati. Aqil mengucapkan terima kasih
kepada Encik Rafi dan Aliya. Aqil juga memberikan duit kepada Aliya tetapi Aliya
menolaknya kerana dia ikhlas.

Apabila Aliya sampai di rumahnya, ibunya, Puan Naeema, bertanya kepada Aliya
sebab dia pulang lewat. Aliya pun menerangkan kepada Puan Naeema apa yang berlaku.
Puan Naeema tersenyum bangga. Puan Naeema mendakap Aliya. Keesokan harinya,
guru besar sekolahnya mengucapkan tahniah kepadanya. Sebenarnya, Aqil telah
menulis e-mel kepada sekolahnya untuk menyatakan tentang tindakan terpuji Aliya itu.

14

Sejak hari tu, gurunya memberinya tanggungjawab sebagai pengawas
sekolah supaya dia dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain.

HASIL TULISAN
NUR ALVEENA BINTE MUHAMMAD ADLI
RESILIENCE 1

15

bingung GLOSARI
memaklumkan
mendesak tidak tahu apa yang hendak dibuat
terpuji menyatakan, mengumumkan sesuatu
meminta atau menuntut dengan sungguh-sungguh
sangat baik

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Sejak hari tu, gurunya Penutup ini telah merumuskan kejadian-kejadian
memberinya tanggungjawab yang berlaku dalam cerita ini.
sebagai pengawas sekolah
supaya dia dapat menjadi
contoh kepada murid-murid
lain.

16

Akibat Kelalaian

Pada pagi yang bening itu, Cik Fatimah menaiki bas untuk pergi ke perpustakaan.
Setibanya di perpustakaan, Cik Fatimah berasa sangat gembira kerana dia dapat
membaca buku yang baharu.

Cik Fatimah meletakkan begnya di meja lalu pergi ke arah rak-rak buku. Selepas
memilih buku yang menarik perhatiannya, dia duduk lalu meletakkan begnya dia atas
meja. Cik Fatimah asyik membaca buku. Bersinar mata Cik Fatimah semasa membaca.
Tiba-tiba, seorang lelaki dengan senyuman sinis mengangkat beg Cik Fatimah. Cik
Fatimah tidak menyedari perbuatan lelaki itu kerana terlalu asyik membaca buku.

Tiba-tiba, Cik Fatimah mendengar tapak kaki seseorang. Dia menoleh untuk
melihat siapa di belakangnya. Dia tenampak seorang lelaki berlari keluar dari

17

perpustakaan. Alangkah terperanjatnya Cik Fatimah apabila melihat bahawa begnya
sudah hilang. Dia bingung.

Cik Fatimah menjerit meminta tolong sambil menoleh ke belakang untuk mencari
begnya. Dia melihat lelaki yang sama berlari dengan begnya.

Cik Fatimah berlari dan mengekori lelaki itu. Dia berjaya merampas begnya
daripada lelaki itu. Lelaki itu kelihatan sepertinya adik Cik Fatimah. Apabila Cik Fatimah
memerhatikan lelaki itu dengan betul, baru dia menyedari bahawa lelaki itu memang
adiknya.

Sebenarnya, adik Cik Fatimah hanya ingin bergurau dengan kakaknya. Cik
Fatimah sangat marah dengan sikap adiknya itu. Adiknya berjanji untuk tidak melakukan
perkara itu lagi.

Mulai hari itu, Cik Fatimah lebih berhati-hati dan berjanji tidak akan lalai lagi.

HASIL TULISAN:
S YESHODTHARA
RESILIENCE 3

18

bening GLOSARI
sinis
lalai sunyi senyap
bersifat mengejek atau bersifat menyindir
terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak
sedar akan hal-hal lain; leka

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Cik Fatimah tidak menyedari Jika menulis tentang watak yang tidak menyedari
perbuatan lelaki itu kerana tentang sesuatu perkara yang sedang berlaku,
terlalu asyik membaca buku. tuliskan sebab mengapa watak tidak memberikan
perhatian agar jalan cerita lebih jelas.
Penulis menerangkan bahawa Cik Fatimah tidak
menyedari begnya dicuri kerana dia terlalu fokus
membaca buku.

19

Sikap Lurus Akal

Ana dan Laila berada di sekolah pada petang itu. Mereka berjanji akan pulang
bersama-sama.

Semasa berjalan pulang, Ana teringat akan pesanan Cikgu Hamdi yang ingin
dikongsi dengan Laila.

”Laila, Cikgu Hamdi berpesan kepada kita agar jangan mengambil barang yang
bukan milik kita. Ibu bapa saya juga berpesan tentang perkara yang sama. Pasti pemilik
barang itu berasa risau sekiranya barang mereka hilang,” kata Ana.

Laila mengangguk kepala tanda setuju. Laila dan Ana berjalan ke arah perhentian
bas. Mereka berdiri di sana sementara menunggu bas. Mereka berbual-bual dan melihat
seorang wanita membawa banyak beg plastik.

Wanita itu mendapat panggilan telefon. Dia berbual-bual. Wanita itu sibuk dengan
telefonnya dan tidak menyedari bas sudah tiba.

20

Dia mengangkat beg-begnya dan cepat-cepat menaiki bas. Wanita itu tidak
menyedari bahawa telefonnya tercicir. Ana dan Laila terkejut kerana ternampak telefon
di lantai.

Ana mengambil telefon itu lalu bertanya,” Laila, apa yang harus kita lakukan? Ini
bukan milik kita.”

“Ambil sahaja. Saya pun tidak ada telefon bimbit,” kata Laila.

“Tidak boleh. Ini bukan milik kita. Kalau awak yang kehilangan telefon, apa
perasaan awak?” balas Ana.

“Saya minta maaf, Ana. Mari kita bawa telefon bimbit ini ke balai polis,” ajak Laila.

Ana ternampak sebuah balai polis. Mereka berjalan ke sana. Semasa merka
masuk ke dalam balai polis itu, mereka ternampak seorang wanita menangis. Laila dan
Ana berlari ke arah wanita itu. Dia masih ingat wajah wanita yang berada di perhentian
bas tadi.

“Mak Cik, kehilangan telefon bimbit?’ tanya Laila.
Wanita itu menganggukkan kepala. Dia mengucapkan terima kasih kepada Laila
dan Ana kerana telah memulangkan telefon bibitnya. Dia kagum dengan sikap mereka
yang lurus akal.

HASIL TULISAN:
NUR ALIAH NATASYA BINTE ABDULLAH
RESILIENCE 4

21

pesanan GLOSARI
menyedari
kagum sesuatu (seperti perintah, nasihat) yang mesti
dilakukan atau yang mesti disampaikan kepada
orang lain
mengetahui
berasa amat sangat tertarik (melihat sesuatu yg luar
biasa

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

“Ambil sahaja. Saya pun tidak Dialog yang meminta watak untuk membuat refleksi
ada telefon bimbit,” kata Laila. dengan cara meminta rakannya untuk
membayangkan diri di posisi pemilik telefon bimbit itu
“Tidak boleh. Ini bukan sangat menarik.
milik kita. Kalau awak yang
kehilangan telefon, apa
perasaan awak?” balas Ana.

22

Bersikap Jujur

Ring! Ring! Loceng sekolah berbunyi.
Ana dan Laila sedang berbual-bual sambil berjalan ke perhentian bas. Laila sangat
gembira kerana dia boleh bermalam di rumah Ana.
Sementara menunggu bas, ada seorang wanita yang berbual di telefon bimbitnya.
Wanita itu membeli banyak barang keperluan dapur.
Tiba-tiba, wanita itu mengangkat beg-begnya dalam keadaan kelam kabut
kerana bas yang ingin dinaiknya sudah tiba. Dia tidak sedar telefon bimbitnya
terjatuh di lantai.
Laila terkejut dan menunjukkan Ana telefon bimbitnya itu. Laila mengutip telefon
bimbit itu.
“Ana, apa yang harus kita lakukan?” tanya Laila.

23

“Saya fikir kita boleh menyimpan telefon bimbit itu,” jawab Ana.

Dahi Lila berkerut. Dia tidak suka perangai Ana yang tidak jujur.

“Tidak boleh, Ana! Ini bukan telefon bimbit kita. Kita harus menyerahkan telefon
bimbit ini kepada pihak polis,” jawab Laila.

Ana menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan ke balai polis. Balai polis itu
berdekatan dengan perhentian bas.

Sebaik sahaja mereka tiba di balai polis, Laila dan Ana ternampak wanita itu.
Wanita itu kelihatan sangat takut kerana telefon bimbitnya tercicir.

“Cik, ini telefon bimbit awak?” Laila bertanya.

Wanita itu sangat gembira melihat telefon bimbinya. Laila dan Ana menasihatinya
agar lebih berhati-hati dan sentiasa menyimpan telefon bimbitnya di dalam beg.

Wanita itu bersyukur kerana mendapat telefon bimbitnya kembali. Dia
mengucapkan terima kasiih kepada Ana dan Laila kerana telah memulangkan telefon
bimbitnya.

Hasil Tulisan:

SHARLEEZ ARIANNA BINTE MOHAMED HASLAM

RESILIENCE 5

24

berkerut GLOSARI
menyerahkan
tercicir tidak licin atau rata, berkedut
memberikan sesuatu kepada seseorang
jatuh (hilang) di tengah jalan

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

…wanita itu mengangkat beg- Apabila menulis tentang kejadian yang membuat
begnya dalam keadaan kelam watak tidak menyedari sesuatu, perlu berikan
kabut kerana bas yang ingin konteks supaya jalan cerita mempunyai
dinaiknya sudah tiba. Dia tidak kesinambungan.
sedar telefon bimbitnya
terjatuh di lantai.

25

Amanah

“Selamat tinggal,” ucap Laila kepada kawan baiknya Ana.
Laila melambaikan tangannya ke arah Ana kerana mereka akan berpisah untuk
pulang ke rumah masing-masing.
Mentari pada hari itu panas membakar bumi. Dahi Laila sarat dengan peluh.
Laila berjalan menuju ke arah Stesen Pengakutan Gerak Cepat Clementi. Sewaktu Laila
hendak menaiki tangga bergerak, dia terpandang sebuah beg di atas bangku tanpa
pemiliknya. Beg itu berwarna hijau dan ukurannya agak besar.
“Beg siapakah itu? Di mana pemiliknya?” bisik hati kecil Laila.
Laila memberanikan diri untuk menghampiri beg itu. Dia menoleh ke kiri dan kanan
untuk melihat kalau-kalau pemilik beg itu ada di kawasan itu. Namun demikian, hanya dia

26

seorang sahaja yang sedang menunggu kereta api gerak cepat kerana kereta api gerak
cepat yang sebelumnya baru berlalu meninggalkan stesen itu.

Tanpa membuang masa, Laila membuka beg itu untuk mencari sebarang item
yang dapat membantunya mencari pemilik beg itu. Laila berasa terkejut apbila mendapati
beg itu berisi sebuah alat elektronik dan dompet yang penuh dengan wang.

Sejurus kemudian itu, seorang pegawai stesen kereta api datang mendekati Laila.
Muka Laila berubah menjadi pucat seperti mayat. Dia sangat takut pegawai itu
menuduhnya mencuri. Belum sempat pengawai itu menanyakan soalan kepada Laila,
tiba-tiba, muncul seorang lelaki yang berbaju hitam yang mengaku bahawa barang-
barang di dalam beg beg itu adalah miliknya.

Pemilik beg berwarna hijau itu berterima kasih kepada Laila kerana menjumpai
begnya. Pegawai stesen kereta api itu membenarkan Laila pulang sementara beliau
menyiasat perkara itu melalui kamera litar tertutup untuk memastikan lelaki tadi tidak
berbohong.

Apabila Laila sampai di rumah, dia menceritakan kepada ibunya tentang kejadian
yang berlaku di Stesen Kereta Api Gerak Cepat Clementi tadi. Ibu Laila bersyukur Laila
tiba di rumah dengan selamat. Ibu Laila juga rasa bangga kerana Laila bersikap jujur dan
amanah.

HASIL TULISAN:
SURYADI BIN SUWARDI
RESILIENCE 5

27

terpandang GLOSARI
ukuran
menuduh terlihat
saiz
mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yang
melanggar undang-undang,

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Mentari pada hari itu panas Frasa berbunga ini berkait dengan ayat seterusnya;
membakar bumi. Dahi Laila disebabkan cuaca hari itu panas, dahi Laila sarat
sarat dengan peluh. dengan peluh.

pucat seperti mayat Perbandingan semacam ‘pucat seperti mayat’
digunakan dalam konteks yang betul. Penulis
meluaskan penerangannya tentang perasaan Laila
yang dalam ketakutan.

Pemilik beg berwarna hijau Penerangan tentang beg berwarna hijau ini dapat
membantu pembaca untuk menggambarkan sifat beg
tersebut, membuatkan penulisan itu lebih
menarik.

28

Leka

“Murid-murid, kita sudah sampai di Kampung Glam. Silakan turun daripada bas
sekarang,” Cikgu Sarah mengarahkan kelas 3A.

Murid-murid Kelas 3A dibuai kegembiran apabila mendengar pengumuman
Cikgu Sarah itu. Kelas 3A berada di Kampung Glam untuk darmawisata.

“Pastikan kamu sentiasa bersama dengan pasangan kamu dan jangan berpisah
atau leka,” pesan Cikgu Sarah.

Cikgu Sarah memberitahu Kelas 3A bahawa mereka tidak boleh berpisah dengan
pasangan mereka. Kelas 3A mengangguk kepala tanda faham dan mengikut arahan
Cikgu Sarah sepanjang mereka berjalan di Kampung Glam. Rasa gembira bersinar di
mata murid-murid kelas 3A apabila melihat Masjid Sultan.

29

“Wah, besarnya!” kata Laila apabila melihat Masjid Sultan.

Selepas melihat Masjid Sultan, Cikgu Sarah membawa kelas 3A melihat kedai-
kedai di Kampung Glam. Tiba-tiba, Laila terdengar bunyi guli. Laila menjadi hairan dan
tertanya-tanya dari manakah datangnya bunyi tersebut.

Selepas beberapa minit, Laila ternampak permainan congkak di sebuah kedai
yang tidak jauh daripada tempat kelasnya sedang berkumpul. Laila suka bermain
congkak. Dia mula bermain congkak itu dengan asyik sekali. Tiba-tiba, dia tersedar
bahawa kawan-kawannya tidak bersama dengannya. Perasaan takut dan cemas
menyelubungi dirinya.

“Laila! Ada sesiapa ternampak Laila?” tanya Cikgu Sarah kepada Kelas 3A.

“Mengapa Cikgu bertanya soalan itu?” tanya Ahmad kepada Cikgu Sarah.

Cikgu Sarah menyatakan bahawa Laila sudah hilang. Kelas 3A mula panik dan
berpisah untuk mencari Laila yang sudah hilang. Mereka semua menjerit nama Laila
dengan sekuat-kuat hati mereka.

Tidak lama kemudian, Ahmad, ketua darjah Kelas 3A, ternampak Laila di sebuah
kedai, terduduk sambil menangis.

“Cikgu Sarah! Cikgu Sarah! Saya sudah menjumpai Laila!” Ahmad menjerit.

30

Cikgu Sarah menghembuskan nafas lega lalu berlari ke arah Laila dan bertanya
ke manakah dia pergi. Laila menceritakan bahawa dia terdengar bunyi guli dan
berjalan ke arah bunyi itu lalu bermain congkak di gerai itu. Cikgu Sarah memarahi
Laila kerana leka. Laila meminta maaf kepada Cikgu Sarah kerana membuat semua
orang bimbang tentang dirinya. Mujurlah, Laila selamat.

HASIL TULISAN
DIAN AYESHA BINTE ZULSAIRI
RESILIENCE 5

31

pengumuman GLOSARI
terduduk
lega pemberitahuan kepada orang ramai
duduk degan tiba-tiba dan tidak sengaja
(perasaan) aman, senang

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Laila menceritakan bahawa Penulis menerangkan perbuatan Laila dengan
dia terdengar bunyi guli dan meluas; dia menjelaskan apa yang telah
berjalan ke arah bunyi itu lalu membuat Laila leka dan tidak mengikut
bermain congkak di gerai itu. rombongan kelasnya. Bagi setiap kejadian atau
klimaks, perlu ada penjelasan.

32

Hilang

Di suatu pagi yang bening, Kelas 1A bersiap sedia untuk ke Kampung Glam. Cikgu
Hafizah mengingatkan murid-murid untuk memakai tali pinggang keledar ketika di dalam
bas.

Mereka sampai di Kampung Glam tepat jam 10 pagi. Mereka berjalan-jalan di sana
untuk mempelajari tentang sejarah Singapura. Selepas itu, Cikgu Hafizah membawa
murid-murid ke kedai cenderamata sebagai penutup darmawisata pada hari itu.

“Murid-murid, kita akan ke kedai cendera mata,” kata Cikgu Hafizah.

Aisya terdengar bunyi guli terjatuh dari sebuah kedai. Tempatnya terlalu ramai
orang dan riuh. Aisya curiga dan ingin tahu lebih lanjut.

Aisya ke kedai tersebut. Kedai itu penuh dengan permainan tradisional seperti
congkak, gasing dan batu seremban. Aisya mula bermain dengan congkak yang terdapat
di kedai itu.

Ana, pasangan Aisya tersedar bahawa Aisya hilang dan memberitahu Cikgu
Hafizah. Cikgu Hafizah mula panik dan mengarahkan Leeq dan Adi untuk mencari Aisya.

“Kamu berdua ikut Cikgu cari Aisya. Ana, kamu dan murid-murid lain tunggu di sini.
Jangan pergi ke mana-mana,” arah Cikgu Hafizah.

33

Guli yang Aisya pegang terjatuh ke lantai. Dia mengangkat guli itu dan mula
menoleh ke kiri dan kanan. Saat itulah dia tersedar bahawa dia telah berpecah dengan
kelasnya. Matanya mula berair. Fikirannya mula buntu. Dia cuba mengingat kembali di
mana tempat terakhir yang dikunjunginya sebelum ke kedai permainan tradisional itu.

Cikgu Hafizah, Laeeq dan Adi masih mencari Aisya. Cikgu Hafizah bertanya
kepada orang sekeliling jika mereka terserempak dengan seorang budak perempuan
berpakaian seragam sekolah. Malangnya, mereka tidak ada seorang pun yang
berselisih jalan atau terlihat Aisya. Murid-murid Kelas 1A yang lain berasa marah dan
penat. Akibat kejadian ini, mereka semua harus menundakan perjalanan mereka untuk
pulang ke sekolah. Ana cuba menenangkan kawan-kawannya. Fikirannya tidak tenteram
memikirkan tentang keselamatan Aisya.

Tiba-tiba, Laeeq terdengar seseorang menangis. Dia dan Adi mengikut dari mana
datangnya arah suara itu lalu menjumpai Aisya. Laeeq menyuruh Adi untuk memanggil
Cikgu Hafizah.

“Cikgu Hafizah! Laeeq berjaya menjumpai Aisya!” jerit Adi sambil menunjuk ke
arah di mana Aisya berada.

Adi membawa Cikgu Hafizah ke arah Aisya dan Laeeq. Cikgu Hafizah
menghembuskan nafas lega. Aisya selamat. Cikgu Hafizah mendakapnya erat untuk
menenangkan Aisya. Selepas itu, Cikgu Hafizah membawa Aisya, Laeeq dan Adi ke
tempat di mana rakan-rakan lain sedang berkumpul. Tanpa membuang masa, mereka
semua menaiki bas untuk pulang ke sekolah kerana khuatir ibu bapa risau.

34

Di dalam bas, Aisya menceritakan kepada Cikgu Hafizah apa yang terjadi. Dia
menyesal lalu meminta maaf kepada Cikgu Hafizah kerana telah menyusahkannya
dan rakan-rakan lain. Dia sepatutnya tidak leka dan sentiasa bersama dengan
pasangannya iaitu Ana. Aisya berjanji kepada Cikgu Hafizah bahawa dia tidak akan
mengulangi perbuatan yang sama lagi. Cikgu Hafizah hanya tersenyum.

HASIL TULISAN:
RADIN MAS AYU BINTI RADIN MAZLAN
RESILIENCE 6

35

berselisih GLOSARI
tenteram
menghembuskan bertemu di jalan tetapi berlainan hala
menenangkan tidak berasa khuatir atau gelisah
mengeluarkan nafas atau udara
menenteramkan, menjadikan fikiran tenang

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Dia menyesal lalu meminta Penutup karangan yang baik kerana penulis
maaf kepada Cikgu Hafizah menerangkan tentang perasaan Aisya dan mengapa
kerana telah menyusahkannya dia berasa sedemikian serta pengajaran yang telah
dan rakan-rakan lain. Dia diperoleh dari peristiwa itu.
sepatutnya tidak leka dan
sentiasa bersama dengan
pasangannya iaitu Ana. Aisya
berjanji kepada Cikgu Hafizah
bahawa dia tidak akan
mengulangi perbuatan yang
sama lagi.

36

Pencurian di Pusat Penjaja Makanan

“Laparnya,” rungut Adil di dalam hatinya.
Adil baru pulang dari sekolah. Dia tidak makan semasa waktu rehat kerana dia
dimarahi oleh guru. Sambil berjalan, dia ternampak pusat penjaja makanan. Dia ingin
makan di situ.
“Nasi lemak atau mi bebola ikan?” fikir Adil dengan tekun.
Dia sukar membuat keputusan. Fikiran Adil terganggu apabila dia ternampak beg
yang terbiar di atas kerusi. Adil memikirkan sebab beg itu ditinggalkan begitu sahaja.

37

Selepas Adil membeli mi bebola ikan, dia mahu mencari tempat duduk. Sementara
itu, dia ternampak seorang lelaki duduk di tempat itu. Adi keliru tetapi dia pasti beg itu
bukan milik lelaki itu.

Tiba- tiba, lelaki yang mencurigakan itu mula mengambil barang- barang
berharga daripada beg itu. Adil terkejut melihat kejadian itu. Lelaki itu telah mengambil
dompet dan beberapa barang berharga yang lain. Kini Adil sedar yang lelaki itu ialah
seorang pencuri kerana beg itu bukan miliknya.

Setelah itu, pencuri itu dengan cepat beredar dari situ. Adil tidak boleh
membiarkan pencuri itu terlepas. Adil mengambil telefon bimbit dari beg sekolahnya lalu
menelefon polis.

Selepas beberapa minit, polis pun tiba. Adil menerangkan kepada polis pencurian
itu. Adil menunjuk ke arah pencuri itu. Dengan segera, polis menangkap pencuri itu. Polis
pun memulangkan beg dompet itu kepada pemiliknya. Polis menasihati pemilik
dompet itu supaya sentiasa menjaga barang berharga, terutama sekali apabila
berada di tempat awam. Setelah itu, pegawai polis membawa pencuri itu ke balai polis.

HASIL TULISAN:

MOHAMMAD ZAFRAN BIN MOHAMMAD NIZAM

EXCELLENCE 1

38

rungut / merungut GLOSARI

terbiar mengomel, bercakap panjang-panjang dengan tidak
mencurigakan menentu tujuannya
beredar terabai
menimbulkan rasa kurang percaya
berjalan, berlalu, bergerak, berpindah tempat

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

rungut Penggunaan kata ’rungut’ sangat baik. Selain dari
penggunaan yang biasa seperti ‘kata’dan ‘bisik’

Polis menasihati pemilik Pengajaran yang diselitkan dalam penutup
dompet itu supaya sentiasa karangan dapat menjadikan jalan cerita lebih
menjaga barang berharga, bermakna.
terutama sekali apabila
berada di tempat awam.

39

Pencurian di Perhentian Bas

Pada pukul tujuh setengah pagi, Ali sudah bersiap untuk ke sekolah. Dia memakai
kasut dan bersalaman dengan ibunya. . Ali melambaikan tangan ke arah ibunya sambil
tersenyum. Dia berasa girang untuk pergi ke sekolah. Dia berjalan ke perhentian bas
untuk menaiki bas ke sekolahnya. Selepas sepuluh minit, Ali pun tiba di perhentian bas.

Apabila Ali tiba di tempat itu, dia mencari tempat duduk untuk dirinya kerana telah
penat berjalan di bawah terik matahari. Perhentian bas kelihatan sunyi kerana di situ tidak
ada ramai orang. Ada seorang lelaki memakai seluar, baju dan cermin mata
berwarna hitam. Gerak-gerinya sungguh mencurigakan.

Ada seorang wanita di perhentian bas itu sedang membuka dompetnya untuk
mengeluarkan kad bas. Lelaki yang mencurigakan itu, berdiri berdekatan dengannya. Dia
melihat dompet wanita itu dengan teliti. Dia ternampak banyak barang yang berharga
dalam dompet wanita itu.

40

Tiba-tiba, lelaki yang mencurigakan itu, merampas dompet wanita itu daripadanya.
Rupa-rupanya, dia seorang pencuri. Pencuri itu melarikan diri dengan pantas.Wanita itu
menjerit meminta tolong. Semua orang di perhentian bas berasa terkejut dengan kejadian
itu. Ali cemas bercampur takut apabila pencuri itu merampas dompet tersebut. Encik
Hakim pun berada di perhentian bas dan ternampak kejadian itu.

Encik Hakim pun mengejar pencuri itu. Dalam masa yang sama, Encik Hakim
menyuruh orang awam untuk menelefon polis dengan segera. Tidak lama kemudian,
polis pun tiba. Mereka pun mengejar pencuri itu. Akhirnya, mereka berjaya menangkap
pencuri itu. Pihak polis pun mengembalikan dompet kepada wanita di perhentian bas
itu.

“Puan, pencuri itu sudah ditangkap oleh pihak polis. Saya ingin kembalikan
dompet ini. Lain kali, Puan harus lebih berhati- hati,” nasihat seorang pegawai polis
kepada wanita itu.

Wanita itu bersyukur kerana mendapatkan dompetnya kembali. Dia mahu
memberikan wang kepada Encik Hakim sebagai ganjaran kerana telah membantunya
tetapi Encik Hakim tidak mengambil duit itu kerana dia putih hati.

HASIL TULISAN:
LUFTFAFA BIN ANDY
EXCELLENCE 1

41

girang GLOSARI
merampas
riang hati, gembira
bersyukur mengambil sesuatu kepunyaan orang lain degan
ganjaran paksa
berterima kasih
hadiah untuk perbuatan baik, balasan

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Ada seorang lelaki memakai Penerangan tentang watak dapat memadatkan lagi
seluar, baju dan cermin jalan cerita.
mata berwarna hitam.
Gerak-gerinya sungguh
mencurigakan.

Akhirnya, mereka berjaya Dengan menggunakan penanda wacana, ‘Akhirnya’,
menangkap pencuri itu. kesinambungan dari satu peristiwa ke peristiwa
selanjutnya menjadi lebih jelas dan teratur.

42

Hidup Sebatang Kara

“Abang, mari kita membeli aiskrim,”ajak Wani sambil berjalan keluar sekolah.
Cuaca pada petang itu panas terik. Zul dan Wani berpeluh- peluh. Seluruh tubuh mereka
melekit. Mereka berdua baru pulang daripada sekolah. Mereka ingin membeli aiskrim
untuk menyejukkan tubuh mereka yang panas dek terik matahari.

Sejurus sahaja mereka tiba di sebuah kedai runcit, mereka ternampak banyak perisa
aiskrim yang dijual di kedai itu. Zul dan Wani pun memilih perisa yang sama. Setelah
membeli ais krim, mereka berasa lega apabila dapat makan aiskrim yang sejuk itu.
Apabila mereka sedang makan, ada seorang wanita yang kelihatan lemah dan lesu.
Mukanya pucat macam mayat. Beg-beg yang dia sedang mengangkat berat seperti batu!

43

Tiba-tiba, dia hilang kawalan lalu terjatuh. Mukanya tersembam ke lantai dengan
kuat. Zul dan Wani menoleh ke arah wanita itu. Mulut mereka ternganga akibat
terperanjat. Barang-barang pasar yang dibeli pun bertaburan di lantai. Dengan cepat
seperti kilat, Zul bergegas ke arah wanita itu dan mencuba untuk menolongnya. Rupa-
rupanya, wanita itu ialah jiran mereka, Puan Salmah. Zul mengangkat Puan Salmah lalu
mengutip barang- barang pasar. Dia pun meletakkannya ke dalam beg plastik. Zul cekap
dan murah hati apabila menolong jirannya.

Di taman itu, ada juga seorang jururawat yang bernama Puan Amy. Muka Puan
Salmah berdarah akibat tersembam di lantai konkrit yang keras dan kasar itu. Jururawat
itu menggunakan kain dan cecair pembersih untuk menghentikan pendarahan di luka
Puan Salmah. Encik Samad, jiran mereka juga, menelefon anak Puan Salmah. Apabila
sudah menelefon beberapa kali, masih juga tiada sesiapa yang menjawab panggilannya.
Encik Samad berasa hairan.

Zul dan Wani sedang menemani Puan Salmah di bangku taman itu. Mereka
memulakan perbualan sambil mendengar luahan hati Puan Salmah yang kelihatan
sugul itu. Puan Salmah mengatakan bahawa anak-anaknya berada di luar negara dan
tidak mempedulikannya. Sekarang dia hidup sebatang kara di rumahnya. Tiada sesiapa
yang akan menjaganya jika dia jatuh sakit. Dua beradik itu sungguh tersentuh
mendengar nasib Puan Salmah.

Tiba- tiba, kedengaran siren ambulans. Paramedik mengangkat Puan Salmah ke
dalam ambulans. Keesokkan hari, Wani dan Zul menziarahi Puan Salmah di hospital
sambil membawa buah tangan. Bagaikan aur dengan tebing, dua beradik ini
menolong jiran tetangga yang sedang di dalam kesusahan.
HASIL TULISAN:
LUFTFAFA BIN ANDY
EXCELLENCE 1

44

melekit GLOSARI
dek
lesu mudah melekat
tersembam kerana
ternganga lemah, tidak cergas
luahan hati tersungkur, tertiarap
sugul terbuka luas
sebatang kara kata-kata (perasaan) yang dikeluarkan / dikatakan
tersentuh dukacita, susah hati
seorang diri, tidak ada saudara-mara
terganggu (perasaan)

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Bagaikan aur dengan tebing, Penggunaan peribahasa yang sungguh berkesan
dua beradik ini menolong jiran dan bersesuaian dengan pengajaran yang terdapat
tetangga yang sedang di di dalam jalan cerita. Makna ‘bagai aur dengan
dalam kesusahan. tebing’ juga dapat dijadikan satu nasihat dan ajaran
yang baik.

45

Akibat Merayau Sendirian

“Ibu, bolehkah adik membeli baju labuh ini?” tanya Azura kepada ibunya, Puan
Aini.

Ibu mengangguk kepalanya sambil tersenyum. Azura melonjak-lonjak
kegembiraan bersama abangnya, Akid. Mereka pergi ke kaunter pembayaran untuk
membayar pakaian yang telah dipilih.

Setelah membayar, Puan Aini hendak ke tandas. Dia memberitahu Akid supaya
menjaga Azura dan berpesan kepada mereka dengan tegas supaya tidak merayau-
rayau ke tempat lain. Akid mengangguk kepalanya tanda bersetuju. Apabila sedang
menunggu, Azura ternampak kedai mainan yang menjual mainan kegemarannya. Dia
menyuruh abangnya untuk mengikutinya.

46


Click to View FlipBook Version