The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhana.damli, 2021-11-08 00:35:47

Karya Pelajar 2021_Flipbook

Karya Pelajar 2021_Flipbook

Tanpa membuang masa, mereka meluru ke arah kedai yang bernama ‘Kedai
Mainanku’. Akid bergegas ke arah kereta mainan yang telah menarik perhatiannya.
Perhatiannya tertumpu kepada mainan itu hingga tidak sedar bahawa adiknya
sudah merayau ke tempat lain.

Tiba- tiba, wajah adiknya muncul di fikirannya. Dia mula panik apabila tidak jumpa
adiknya di dalam kedai. Akid berlari ke arah ibunya yang baru sahaja keluar dari tandas.
Apabila diberitahu tentang kehilangan Azura, mereka bergegas ke kaunter informasi
untuk mencari Azura. Setibanya di sana, pegawai keselamatan yang murah hati itu
membantu mereka dengan melihat rakaman kamera litar tertutup. Mereka
ternampak Azura sedang merayau di tengah-tengah pusat beli-belah itu. Setelah melihat
itu, mereka bergegas ke arah Azura.

Air mata Azura menitis apabila ternampak ibunya. Puan Ain memeluk anak-
anaknya dan menasihati mereka agar lebih berhati-hati apabila sedang menjaga satu
sama lain. Ibu juga menasihati dua beradik itu supaya tidak merayau-rayau sendirian lagi.

HASIL TULISAN:

RIDAYU ISQASHA BINTE ISKANDAR HASSAN

EXCELLENCE 4

47

merayau-rayau GLOSARI

bergegas pergi ke mana-mana untuk mencari sesuatu,
meluru berkeliaran
bergerak dengan cepat
datang dengan cepat

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan
Ibu mengangguk kepalanya
Frasa ini boleh digunakan untuk menyatakan watak
setuju dengan pertanyaan, cadangan atau soalan.
Frasa ini juga boleh ditulis sebagai balasan.

Akid bergegas ke arah kereta Penulis meluaskan penerangannya tentang adiknya
mainan yang telah menarik yang hilang dengan memberikan sebab mengapa dia
perhatiannya. Perhatiannya tidak memberi tumpuan kepada adiknya.
tertumpu kepada mainan itu
hingga tidak sedar bahawa
adiknya sudah merayau ke
tempat lain

..pegawai keselamatan yang Peribahasa ‘murah hati’ digunakan dalam konteks
murah hati itu membantu yang betul. Penulis meluaskan isi dengan menulis
mereka dengan melihat cara pegawai keselamatan itu menunjukkan sifatnya
rakaman kamera litar tertutup. yang suka membantu.

Air mata Azura menitis Frasa yang berbeza dan menarik untuk
menunjukkan watak sedang menangis.

48

Bagai Aur dengan Tebing

“Amran, ibu dan ayah pergi dahulu ya!” kata ibu Amran, Puan Anita sambil
melambaikan tangannya ke arah Amran. Dia kagum melihat kesungguhan anaknya itu
mengulangkaji pelajarannya.

Pada hari itu, Puan Anita dan Encik Haris harus menziarah datuk dan nenek
Amran. Amran tidak boleh mengikut mereka kerana peperiksaan bakal menjelang tidak
lama lagi. Dia harus mengulang kaji pelajarannya. Dia juga harus menyelesaikan kerja
rumahnya.

Apabila sedang belajar, Amran terasa lapar. Perutnya berkeroncong. Dia juga
teringin hendak makan nasi ayam. Dia membuat keputusan untuk membeli makanan.
Tanpa membuang masa, Amran menyusun buku- buku di atas meja dengan rapi dan
pergi mengambil beg duitnya. Dia memastikan bahawa pintu rumah telah dikunci.

Sejurus sahaja dia tiba di pusat penjaja makanan, dia meluru ke arah gerai nasi
ayam. Setelah membeli makanannya, dia berjalan pulang sambil fikirannya

49

mengelamun. Amran sedang berjalan ke arah pintu rumahnya. Tiba- tiba, lamunannya
terhenti apabila dia terdengar bunyi yang kuat seperti seseorang terjatuh.

Dia menoleh ke arah bunyi itu dan ternampak seorang warga emas terjatuh di
hadapan pintu rumahnya. Dia juga ternampak buah-buahan bertaburan di lantai. Bunga-
bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatinya.

Dengan cepat seperti kilat, Amran berlari ke arah datuk itu dan mengangkatnya ke
dalam rumahnya. Datuk itu pun duduk di atas kusyen yang empuk. Sejurus itu, Amran
mengutip buah-buahan yang bertaburan dan nasi ayamnya yang berada di luar rumah
itu.

“Datuk, boleh saya meminta izin untuk mencuci buah- buahan ini di dapur?” tanya
Amran dengan sopan.

Datuk itu mengangguk kepalanya. Segaris senyuman terukir di bibirnya. Setelah
Amran mencuci buah-buahan itu, dia menyusunnya di atas meja makan datuk itu. Datuk
itu pun mengucapkan terima kasih kepada Amran yang baik budi itu.

Amran pula memberitahu datuk itu bahawa dia harus pergi kerana ada tugasan
yang belum diselesaikannya. Dia mengambil makanannya lalu pulang ke rumahnya.
Apabila Puan Anita dan Encik Haris pulang, Amran menceritakan peristiwa siang tadi.
Puan Anita dan Encik Haris besar hati akan kelakuan anak mereka itu.

HASIL TULISAN:
RIDAYU ISQASHA BINTE ISKANDAR HASSAN
EXCELLENCE 4

50

kesungguhan GLOSARI
menziarah
menjelang ketekunan, membuat sesuatu dengan tekun
berkeroncong melawat
sudah hampir waktunya
berbunyi dalam perut kerana lapar

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Dia kagum melihat Frasa yang berbeza dan menarik untuk
menunjukkan watak bangga akan anaknya yang
kesungguhan anaknya itu rajin belajar.

mengulangkaji pelajarannya. Penggunaan dialog dapat meluaskan isi karangan
secara kreatif.
“Datuk, boleh saya meminta
izin untuk mencuci buah-
buahan ini di dapur?” tanya
Amran dengan sopan.

51

Satu Nasihat yang Telah Mengubah Hidup Saya

Dalam perjalanan pulang, saya ternampak teman sedarjah saya, Sarah. Saya
mendapati bahawa kelakuannya tidak seperti biasa. Walaupun kami jarang berbual,
saya membuat keputusan untuk mendekatinya. Dia cuba melarikan diri. Saya lihat
mukanya pucat macam mayat.

“Sarah, tunggu! Saya mahu bercakap dengan kamu sebentar,” saya memekik.

Dia berhenti dan menoleh ke arah saya. Saya menanya Sarah jika dia perlukan
bantuan. Dia menundukkan kepalanya dan mengangguk. Dia menceritakan tentang
masalah yang dihadapinya. Dia berkata bahawa dia sudah gagal dalam peperiksaanya.
Dia tahu akan sebabnya. Dia selalu sibuk bermain dan tidak pernah terfikir untuk belajar.

Dia menyesal dan sedar bahawa dia akan membahagikan masanya dengan
menyediakan jadual sendiri. Saya setuju dengan apa yang dia katakan itu.

“Saya telah menyedari kesilapan saya. Jadikan kesilapan saya ini sebagai satu
pengajaran,” nasihat Sarah kepada saya.

Nasihat itu telah mengubah hidup saya. Saya akan menyediakan jadual harian
supaya dapat membahagikan masa dengan lebih baik.

HASIL TULISAN:
RIDAYU ISQASHA BINTE ISKANDAR HASSAN
EXCELLENCE 4

52

jarang GLOSARI
menoleh
tidak selalu
mengubah berpaling muka ke kiri, kanan atau belakang untuk
melihat
menukar

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Saya mendapati Penulis memberikan konteks apabila menulis
perbandingan semacam‘pucat macam mayat’.
bahawa kelakuannya tidak Penulis menyedari ada sesuatu yang berbeza
dengan kelakuan Sarah walaupun hubungan mereka
seperti biasa. Walaupun kami tidak rapat. Perbandingan semacam ‘pucat macam
mayat’ telah membuat penerangan ini lebih jelas.
jarang berbual, saya

membuat keputusan untuk

mendekatinya. Dia cuba

melarikan diri. Saya lihat

mukanya pucat macam

mayat.

53

Kenangan yang Terindah

Pada cuti sekolah September yang lepas, kami sekeluarga merancang untuk pergi
bercuti. Pada mulanya, saya ingin ke Legoland, Malaysia tetapi adik saya mahu pergi ke
Universal Studios Singapura.

Saya dan adik mula bertengkar. Suara kami semakin kuat. Ibu terdengar
suara kami lalu menghentikan pertengkaran kami.

“Kita akan pergi ke taman tema, Disneyland Jepun,” ibu saya memberikan
kata putus. Saya dan adik berasa sedih kerana tidak dapat pergi ke destinasi pilihan
kami. Walaubagaimanpun, kami suka sangat dapat pergi ke Jepun.

Keesokan hari, kami menaiki bas ke lapangan terbang Changi. Penerbangan
ke Jepun mengambil masa lapan jam. Sebaik sahaja tiba di Jepun, kami ke Hotel
Disneyland untuk berehat.

“Saya mahu menaiki roller coaster,” kata adik dengan manja.

Selepas makan petang, kami sekeluarga menaiki roller coaster. Seluruh kaki
saya berasa lemah kerana saya takut dan tidak suka menaiki roller coaster. Saya tetap
memberanikan diri. Ibu dan ayah sungguh bangga dengan saya.

Selepas menaiki roller coaster itu, kami mencuba aktiviti tunggangan yang
lain. Setelah seharian bermain di taman tema itu, kami pun pergi makan malam dan tidur
dengan nyenyak.

54

Beberapa hari kemudian, kami pulang ke tanah air, Singapura.

“Inilah kenangan terindah yang tidak akan saya lupakan,” teriak saya kepada
ibu. Saya pun mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah kerana membawa kami
sekeluarga pergi bercuti ke taman tema, Disneyland Jepun.

HASIL TULISAN:
SAEF SATOSHI BIN SALIHIN
EXCELLENCE 4

55

pertengkaran GLOSARI
manja
tanah air pergaduhan, perkelahian
mesra
(negeri / negara) tempat seseorang dilahirkan

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

…ibu saya memberikan kata Peribahasa ‘kata putus’ digunakan dalam konteks
putus yang sesuai- keputusan atau ketentuan terakhir
dibuat untuk meleraikan pertengkaran antara
penulis dan adiknya.

56

Baik Budi

“Budi, kamu mahu pergi membeli aiskrim?” tanya Aini kepada temannya, Budi.

Budi mengangguk kepalanya. Budi mahu aiskrim kerana cuaca hari itu sangat
panas. Peluh membasahi seluruh tubuhnya. Budi dan Aini baru sahaja tamat sekolah dan
sedang berjalan pulang ke rumah. Mereka mengambil keputusan untuk singgah di kedai
sebaneka yang tidak jauh dari sekolah mereka untuk membeli aiskrim.

Apabila mereka sampai di kedai serbaneka itu, Budi dan Aini berlari ke arah peti
sejuk yang mengandungi aiskrim. Ada banyak pilihan di situ tetapi Budi dan Aini sudah
tahu perisa apakah yang mereka mahu. Selepas itu, Budi dan Aini sambung berjalan
pulang ke rumah. Mereka makan aiskrim sambil berjalan. Di luar kedai itu ada ramai
orang.

Tiba-tiba, ada seorang warga emas yang mengangkat banyak beg plastik terjatuh
di belakang mereka. Tanpa membuang masa, Budi dan Aini berlari ke arah warga emas
itu. Aini memegang aiskrim Budi sementara Budi menolong warga emas itu.

“Tolong! Tolong! Ada seorang warga emas yang terjatuh di sini!” pekik Aini.

Ramai orang yang lalu-lalang di tempat kejadian berlari ke arah warga emas
itu untuk menolongnya. Budi menolong warga emas itu dengan membawanya ke
bangku berdekatan tempat kejadian. Ada seorang wanita yang menghulurkan tisu
kepada warga emas itu untuk dia mengelap lukanya.

57

“Saya rasa warga emas ini mengalami penyahhidratan kerana cuaca hari itu
teramat terik,” kata Budi di dalam hati.

Ada seorang lelaki menelefon ambulans menggunakan telefon bimbitnya. Budi
dan Aini berlari ke kedai serbaneka untuk membeli air untuk warga emas itu.

Apabila ambulans sudah sampai, paramedik yang bertugas membawa warga
emas itu ke hospital. Dua minggu selepas kejadian itu, Budi dan Aini ternampak warga
emas itu. Dia sihat dan boleh berjalan semula. Warga emas itu mengucapkan terima
kasih kepada mereka berdua kerana menolongnya. Budi dan Aini besar hati.

HASIL TULISAN:
AIREY GRACE ELIZABETH
EXCELLENCE 4

58

singgah GLOSARI
serbaneka
menghulurkan berhenti sebentar
bermacam jenis
memberikan sesuatu dengan menganjurkan tangan

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Ramai orang yang lalu-lalang Sekiranya ingin memasukkan watak-watak lain dalam
di tempat kejadian berlari ke cerita, perlu berikan penjelasan tentang watak-watak
arah warga emas itu untuk ini.Penulis memberikan sedikit konteks tentang
menolongnya. watak-watak lain dalam cerita ini.Orang-orang yang
berlari ke arah warga emas itu kebetulan sedang lalu-
lalang di tempat kejadian.

59

Satu Nasihat yang Telah Mengubah Hidup Saya

“Ali, awak tidak boleh berkelakuan buruk kepada orang,” kata Adi.

Ali baru mengutuk Adi kerana Adi gagal dalam peperiksaannya. Markah yang
diterima ialah empat puluh manakala markah yang diterima oleh Ali ialah sembilan puluh
lima. Adi berasa malu apabila Ali mengumumkan markahnya kepada seluruh kelas. Ali
selalu tidak menghormati orang lain.

Ali ialah kawan sekelas Adi sejak daripada darjah satu. Ali ialah seorang yang
sombong. Dia jarang membuat kerja rumah kerana dia menganggap bahawa dia lebih
pandai berbanding dengan kawan-kawan sekelasnya. Dia tidak suka mendengar nasihat
ibu, bapa dan gurunya. Mereka selalu menasihatinya untuk berubah untuk menjadi lebih
baik.

Pada suatu hari, Ali sedang berjalan di kantin. Tiba-tiba, dia tergelincir di lantai.
Lutut Ali sakit tetapi tidak ada sesiapa ingin menolongnya. Dia berasa sedih. Adi
ternampak Ali dalam kesakitan lalu dia pergi ke arah Ali untuk membantunya dengan
segera.

“Apakah yang boleh saya bantu?” tanya Adi.

“Lutut saya sakit. Boleh kamu membantu saya?” tanya Ali.

Adi setuju untuk membantu Ali. Mereka berjalan dengan berhati-hati ke pejabat
awam sekolah. Semasa mereka berjalan, Ali bertanya kepada Adi mengapakah dia
sudi membantunya walaupun Ali selalu mengutuknya. Adi membantu Ali kerana

60

dia kasihan melihat Ali dan dia menghormati Ali sebagai kawan. Selepas
mendengar penjelasan Adi itu, Ali menyedari kesilapannya. Dia mesti mengubah
tabiatnya untuk kebaikan dirinya.

Selepas lututnya sembuh, Ali meminta maaf kepada semua orang yang pernah
disakitinya. Ali dan Adi menjadi kawan baik dan selalu menghormati orang lain. Adi, ibu
bapanya serta guru sangat besar hati dengan perubahan Ali.

HASIL TULISAN:
JESSICA ELENA LEW
EXCELLENCE 5

61

mengumumkan GLOSARI
tergelincir
penjelasan memberitahu kepada orang ramai
tabiat tergelunsur, tergeser kerana licin
penerangan yang lebih jelas
perbuatan yang selalu dilakukan

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Ali bertanya kepada Adi Penulis dapat menerangkan sebab perubahan sikap
mengapakah dia sudi Ali dengan meluas. Pengajaran yang ditonjolkan
membantunya walaupun Ali sangat baik; seseorang masih lagi menunjukkan
selalu mengutuknya. Adi kebaikan kepada seseorang yang pernah menyakiti
membantu Ali kerana dia perasaannya.
kasihan melihat Ali dan dia
menghormati Ali sebagai
kawan. Selepas mendengar
penjelasan Adi itu, Ali
menyedari kesilapannya.

62

Menghulurkan Bantuan

“Abang! Cuaca hari ini sangat panas. Bolehkah kita membeli aiskrim dan makan
sambil berjalan pulang?” kata Aini kepada abangnya.

“Boleh adik,” jawab Azif.

Sekolah baru tamat. Azif dan Aini sedang berjalan pulang ke rumah. Mereka
bermandikan peluh dalam matahari yang sangat terik. Mereka pergi ke kedai serbaneka
di sebelah blok mereka untuk membeli aiskrim yang sejuk macam air batu.

Selepas membeli aiskrim, mereka sangat gembira lalu sambung berjalan pulang
ke rumah. Tiba-tiba, seorang warga emas terjatuh di belakang mereka. Aini terkejut. Azif
menolog warga emas itu dengan segera. Aini menjerit meminta bantuan daripada orang
yang lalu-lalang di situ. Seorang lelaki yang duduk di bangku berdekatan tempat kejadian
menghubungi ambulans menggunakan telefon bimbitnya. Ada ramai orang berkumpul di
keliling warga emas itu. Semua barang warga emas itu terjatuh di lantai. Azif
mengandaikan nenek itu pengsan kerana dia tidak mendapatkan makanan dan
minuman yang secukupnya. Tangan dan hidung nenek itu berdarah.

“Saya sangat risau kerana nenek itu sedang kehilangan banyak darah,” kata
seorang dewasa di belakang Aini.

63

Aini berasa risau. Aini terdengar bunyi siren ambulans yang kuat. Paramedik
membawa nenek itu ke dalam ambulans. Aini dan Azif mengikut warga emas itu ke
hospital.

Dee… Kedengaran bunyi dari salah sebuah mesin di dalam ambulans itu.
Paramedik mengatakan bahawa nenek itu mengalami serangan jantung. Air mata
mula mengalir ke pipi Aini. Selepas beberapa minit, paramedik itu menyatakan bahawa
warga emas itu telah meninggal dunia.

“Awak berdua ialah ahli keluarga nenek ini? Kita mesti menghubungi keluarganya
untuk memberitahu mereka tentang kematiannya,” kata paramedik itu dengan suara yang
hiba.

“Kami bukan ahli keluarganya. Kami hanya menolong warga emas ini sahaja,” kata
Aini.

Azif dan Aini menunggu di hospital sehingga keluarga warga emas itu tiba. Anak
warga emas itu berterima kasih kepada mereka berdua kerana mereka baik hati
membantu ibunya.

64

“Membantu orang lain ialah tanggungjawab semua orang. Tidak perlu berterima
kasih,” kata Azif dan Aini sambil memeluk warga emas itu.

HASIL TULISAN:
JESSICA ELENA LEW
EXCELLENCE 5

65

mengandaikan GLOSARI
siren
mengalir menganggap sesuatu peristiwa atau perkara
mungkin berlaku
alat yang dapat mengeluarkan bunyi dengung yang
kuat
bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Paramedik mengatakan Penggunaan frasa berbunga ’Air mata mula
mengalir’ menggambarkan perasaan Aini yang
bahawa nenek itu mengalami sedih. Penulis juga memberikan konteks (Nenek itu
mengalami serangan jantung) yang menunjukkan
serangan jantung.Air mata sebab Aini berasa sedih. Frasa berbunga yang
mendeskripsikan tentang keadaan pada waktu itu
mula mengalir ke pipi Aini. dapat membuat pembaca merasakan emosi yang
sama seperti watak di dalam cerita.

66

Akibat Lalai

Pada hari Rabu, dua setengah petang, Laila ada latihan bola keranjang di sekolah.
Sebaik sahaja dia telah bersiap sedia, dia ternampak dua keping wang lima dolar di atas
meja. Laila menelefon ibunya untuk menanyakan sama ada wang itu disediakan
untuknya.

“Ibu, adakah wang di atas meja untuk Laila?” Laila bertanya kepada ibu.
“Ya, kamu boleh mengambil wang itu,” jawab ibu.
Dengan segera, Laila memasukkan wang itu ke dalam dompetnya lalu berjalan ke
sekolah.
Apabila tiba di sekolah, dia memulakan latihan bola keranjang bersama kawan
baiknya, Amy. Setelah tamat latihan, Amy mengajak Laila untuk pergi ke kedai makan.

67

Sambil berjalan, Laila mengeluarkan tuala daripada begnya. Sejurus kemudian, dia
mengelap peluhnya yang menitis daripada dahinya. Tanpa dia sedari, dompetnya tercicir
apabila dia sedang mengambil tuala daripada begnya.

Amy dan Laila tiba di kedai makan. Laila memesan makanan kegemarannya.
Sewaktu hendak membayar, dia menyedari bahawa dompetnya tiada di dalam beg. Oleh
sebab itu, Laila tidak boleh membayar makanan yang telah dia pesan itu.

Laila berlari untuk kembali ke sekolah. Dia ingin mencari dompetnya.
Laila berasa panik. Dalam perjalanan keluar dari kedai makan itu, seorang kawan Laila,
Haris menerpanya dari belakang.

“Laila, adakah dompet ini awak punya?” tanya Haris.

“Ya, ini dompet saya!” jawab Laila lalu menghela nafas lega.

Dengan segera, Laila mengambil dompetnya dan mengucapkan terima kasih
kepada Haris yang sentiasa putih hati menolong rakan-rakannya. Laila akan lebih berhati-
hati menjaga barang kepunyaannya.

HASIL TULISAN:
IFFAH IRDINA BINTE ISMAIL
EXCELLENCE 6

68

sejurus GLOSARI
menitis
menerpa sekejap, sejenak
jatuh setitik demi setitik
bergerak ke depan atau ke sesuatu arah dengan
pantas atau dengan tiba-tiba

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

“Ya, ini dompet saya!” Penggunaan dialog yang ringkas tetapi ekspresif ini
jawab Laila lalu menghela dapat membuat karangan ini lebih menarik. Dialog ini
nafas lega. dapat menunjukkan perasaan lega Laila dengan
lebih jelas.

69

Kejadian di Taman

“Indahnya cuaca pada hari ini,” bisik Adi di dalam hatinya.
Kicauan burung menceriakan pagi itu. Orang-orang awam sedang berlari-lari
anak di taman. Adi dan rakan-rakannya sedang membuat senaman memanaskan badan
sambil menghirup udara yang segar.
Selepas beberapa minit, Adi dan rakan-rakannya pun mula berlari-lari anak. Di taman,
ada sekumpulan warga emas sedang membuat senamaan taichi. Orang-orang awam
termengah-mengah apabila bersenam.
Tekak Ana terasa kering. Dia pun minum air putih yang dibawa daripada rumah.
Sorak-sorai Adi dan rakan- rakannya kedengaran sungguh riang. Adi mengelap

70

peluh di dahinya. Tubuhnya juga melekit. Sinaran matahari sungguh terik seakan
membakar kulitnya.

“Tolong!” terdengar suara jeritan meminta tolong.

Adi dan rakan-rakannya terperanjat. Mereka melihat ke arah satu sama lain.
Mereka berlari ke arah suara itu dengan cepat seperti kilat. Mereka pun terdengar bunyi
suara tangisan. Seorang warga emas yang bernama, Encik Lim kelihatan terbaring di
atas rumput. Dia memerlukan bantuan paramedik.

Encik Lim kelihatan lemah dan sesak nafas. Adi dengan segera menelefon
ambulans. Selepas beberapa minit, kedengaran bunyi siren ambulans. Paramedik itu pun
membawa Encik Lim ke hospital. Isteri Encik Lim, Puan June, pun mengikut menaiki
ambulans untuk menemani suaminya ke hospital.

Setibanya di hospital, doktor memberi Encik Lim sebotol air putih untuk diminum.
Puan June kelihatan risau. Doktor memberitahu Encik Lim supaya bersenam mengikut
kemampuannya sendiri. Doktor juga mengatakan bahawa penyakit yang dialaminya
tidak serius. Puan June lapang dada mendengar kata-kata doktor. Encik Lim pun
berterima kasih kepada Adi dan kawan-kawannya. Mereka pun tersenyum keriangan
kerana telah membantu Encik Lim. Hidup bermasyarakat harus saling membantu bagai
aur dengan tebing.

HASIL TULISAN:
NUR SYIFA INSYIRAH BINTE MOHAMAD ZUKI
EXCELLENCE 6

71

GLOSARI

menghirup menyedut
termengah-mengah tercungap­cungap, bernafas dengan kencang
paramedik orang yang tugasnya membantu atau melengkapi
kerja-kerja yang ada kaitan dengan bidang perubatan
kemampuan kebolehan, kekuatan

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Kicauan burung menceriakan Frasa berbunga dapat menjadikan hasil karangan
pagi itu. lebih menarik. Penggunaannya di sini juga berkait
dengan ayat sebelumnya.

Tekak Ana terasa kering. Dia Penulis menggunakan deria (rasa, dengar, lihat dan
sentuh) untuk menulis penerangan tentang keadaan
pun minum air putih yang Ana pada ketika itu. Cara ini dapat memberikan
pembaca kesan visual dan audio yang akan menarik
dibawa daripada rumah. perhatian pembaca

Sorak-sorai Adi dan rakan-

rakannya kedengaran

sungguh riang. Adi mengelap

peluh di dahinya. Tubuhnya

juga melekit. Sinaran matahari

sungguh terik seakan

membakar kulitnya.

Doktor juga mengatakan Peribahasa ‘lapang dada’ digunakan dengan betul
bahawa penyakit yang mengikut konteks – Pada awalnya, Puan June
dialaminya tidak serius. Puan berasa risau tetapi setelah doktor mengatakan
June lapang dada mendengar penyakitnya tidak serius, dia berasa lega dan senang
kata-kata doktor (lapang dada).

72

Hadiah yang Ikhlas

“Cuaca hari ini sangat panas,” bisik Abu di dalam hatinya.

Abu sedang berjalan pulang ke rumah dari sekolah. Dia lalu di tepi sebuah kedai
menjual mainan. Tiba-tiba, dia teringat bahawa hari itu merupakan hari lahir adiknya, Adi.
Tanpa membuang masa, Abu memasuki kedai itu. Abu mahu membeli sebuah robot
untuk Adi tetapi robot itu berharga lima puluh dolar.

Abu mengira duit di dalam poketnya. Malangnya, dia cuma ada lima dolar
sahaja. Abu berasa sedih. Dia tidak boleh membeli hadiah itu untuk Adi. Dia sambung
berjalan pulang ke rumah.

“Selamat petang!” jerit Abu setibanya di depan rumahnya.

Tidak ada sesiapa yang menyahut ucapan Abu itu. Bapa Abu ada di rumah
tetapi dia sibuk berbual di telefon bimbitnya. Bapanya sudah hampir tiga bulan bekerja
dari rumah sejak wabak COVID-19 menular di negara ini.

Abu meletakkan kasut sekolahnya di luar rumah. Semasa hendak ke biliknya,
dia terpandang wang lima puluh dolar di atas meja. Tanpa berfikir panjang, Abu
mengambil duit itu. Kemudian, dia berlari ke kedai mainan semula. Dia membeli robot
tadi dan pulang ke rumahnya dengan besar hati.

Apabila dia sampai di rumah, dia menyembunyikan robot itu di biliknya. Selepas
itu, Abu berjalan ke dapur. Dia ternampak ayahnya sedang memarahi Adi. Dia terkejut.

73

“Mengapa kamu mencuri wang, Ayah?” ayahnya menjerit dengan garang
seperti harimau.

Abu berasa sangat bersalah melihat adiknya dimarahi sedangkan dia tidak
bersalah. Dia pun ke dapur dan mengaku tentang perbuatannya.

“Saya yang mencuri wang itu, Ayah. Saya minta maaf,” kata Abu sambil
menundukkan kepalanya penuh penyesalan.

Dia dimarahi ayahnya. Ayahnya membawa Abu ke kedai mainan tadi untuk
memulangkan robot itu. Ayah menerangkan bahawa duit itu adalah untuk membayar
sewa rumah mereka. Abu meminta maaf kepada ayahnya sekali lagi dan berjanji tidak
akan buat lagi.

Di rumah, Abu turut meminta maaf kepada Adi. Dia menghulurkan sekeping
kad ucapan selamat hari lahir kepada Adi. Mereka berdua berpelukan. Adi tahu abangnya
ikhlas menyayanginya.

HASIL TULISAN:
ZAIN MORRISON NEWTON
EXCELLENCE 6

74

malang GLOSARI
menyahut
menular nasib yang tidak baik
mengaku menjawab, membalas
merebak ke merata-rata tempat
membenarkan sesuatu tuduhan

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

“Mengapa kamu Penggunaan perbandingan semacam garang
mencuri wang, Ayah?” seperti harimau dapat menerangkan perasaan Ayah
ayahnya menjerit dengan yang sedang marah dengan lebih jelas lagi.
garang seperti harimau. Perbandingan semacam merupakan salah satu
frasa berbunga yang mudah untuk dituliskan.

75

Satu peristiwa di sekolah yang tidak dapat saya lupakan

Ring! Loceng sekolah berbunyi.

Saya dan Ali segera berlari keluar dari kelas. Saya berasa berasa sangat lapar.
Apabila saya sampai sahaja di kantin, saya duduk di bangku dan membuka kotak bekalan
saya. Saya makan pisang yang ibu saya bekalkan untuk saya. Ali pula berlari ke padang.
Selepas saya sudah selesai makan pisang itu, saya membuang kulitnya di lantai. Saya
malas untuk membuangnya di dalam tong sampah kerana tong sampah terletak sangat
jauh daripada saya.

Selepas penat bermain bola, Ali berlari ke arah saya. Kelihatan peluh membasahi
seluruh tubuhnya dan dia berasa lapar. Dia belum makan.

“Awak tidak boleh makan, waktu rehat akan tamat dalam masa satu minit,” kata
saya kepada Ali sambil menunjukkan waktu di jam tangan saya.

Ali berasa sedih tetapi dia sedar bahawa memang salahnya kerana asyik bermain
sehingga terlupa melihat waktu. Dia pun berlari ke kelas. Ali seorang yang keras kepala.
Dia suka berlari. Sudah berkali-kali, Cikgu Ana menasihatkan Ali untuk berjalan
semasa berada di kantin dan koridor kelas tetapi dia tetap berdegil. Tiba-tiba,
kedengaran jeritan seseorang yang dalam kesakitan. Saya terkejut.

“Aduh!” jerit Ali.

Dia tidak nampak kulit pisang yang saya buang di lantai tadi. Dia pun terjatuh.
Tangannya terasa sakit. Dia tidak boleh bergerak. Saya mencari Cikgu Ana untuk

76

memberitahunya apa yang berlaku. Cikgu Ana membawa Ali ke pejabat awam sekolah.
Di pejabat awam, Cikgu Ana meletakkan ais di tangan Ali. Selepas itu, Cikgu Ana
menelefon ibu bapa Ali. Apabila ibu bapa Ali tiba di sekolah, mereka membawanya
pulang. Cikgu Ana memarahi saya kerana bersikap tidak bertanggungjawab membuang
sampah sembarangan. Saya didenda. Saya harus mengangkat beg Ali sehinggalah Ali
sembuh sepenuhnya.

Saya tidak boleh lupakan hari itu kerana sikap malas dan tidak bertanggungjawab
saya, saya telah menyebabkan kawan saya cedera parah.

HASIL TULISAN:
ZAIN MORRISON NEWTON
EXCELLENCE 6

77

berdegil GLOSARI
sembarangan
parah tidak mahu menurut perintah
dengan begitu sahaja
teruk

ULASAN

Frasa / Ayat Penerangan

Ali seorang yang keras Penggunaan peribahasa ‘keras kepala’ digunakan
kepala. Dia suka berlari. dalam konteks yang betul. Penulis meluaskan
Sudah berkali-kali, Cikgu Ana peribahasa ini dengan menerangkan perbuatan Ali
menasihatkan Ali untuk yang degil.
berjalan semasa berada di
kantin dan koridor kelas tetapi
dia tetap berdegil.

78

79


Click to View FlipBook Version