The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xinmin3808, 2021-09-30 05:00:53

buku skrap karangan

buku skrap karangan

Buku skrap
karangan

AHLI KUMPULAN 02

01 TANG XIN HUI

TANG XIN MIN

03 04 05

CHIA SIU HUI ONG YI XUAN TAN YI XIANG

01

PENGANGGURAN

punca-punca dan cara-cara mengatasinya



Kehendak soalan

Isu pengangguran telah menjadi satu isu
sensitif kepada masyarakat terutama dalam
kalangan golongan siswazah. Namun, ada
banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan
sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan
lain juga.
Jadi,apakah punca-punca wujudnya
pengangguran dan apakah cara-cara
mengatasinya?

Pengangguran merupakan sejenis penyakit era globalisasi
yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita
dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutamanya golongan
siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah
dianggap sebagai satu isu yang akan menjelma setiap kali
keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau
konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah
punca-punca yang mendorong isu ini berlaku?

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan
ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan
banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung tikar dan
memecat pekerjanya. Bukan sahaja dibuang kerja tetapi
mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh
yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara.
Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap
ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih
seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang
tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan
konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti.
Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisasi
sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai
kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan
memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan
yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan
komputer.

Di samping itu ,faktor malas menjadi pendorong wujudnya
masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat
menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka
yang berat tulang hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau
sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara
akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah
terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa
dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas
tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan
telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik
lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan
kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka
di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek
mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek
Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singapura dijangka
mampu mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara selain
mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk
memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris
dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara
luar seperti Jerman. Bak kata pepatah ilmu itu pelita hidup.Program ini
mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran
tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang
berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur
asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan
perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak
bank sendiri telah memudahkan urusan untuk
mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia
memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.
Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri
kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan
menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam
tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan
mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka
sebagai ahli perniagaan.

Pendek kata , masalah pengangguran ini bukanlah
sesuatu fenomena baharu . Masyarakat harus berfikiran
positif dan cuba melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran.

02

BADAN KEBAJIKAN

masalah-masalah yang dihadapi

Usaha-usaha murni

Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang

sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang

sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak

seribu dalih”
Badan kebajikan atau sukarela merupakan

satu usaha murni yang dijalankan oleh

segelintir masyarakat. Mereka sedia

membantu sesiapa sahaja yang memerlukan Kehendak
bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih soalan
mengalami pelbagai masalah yang

membantutkan usaha kebajikan mereka.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi

oleh badan kebajikan.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba
membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Negara kita masih
mempunyai banyak pihak yang memerlukan pertolongan seperti golongan
cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif. Kewujudan
badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan
terpinggir ini untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun,
badan kebajikan sendiri mempunyai pelbagai masalah yang mampu
membantutkan usaha murni mereka itu.

Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara
ini tidak suka membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan.
Mereka bersikap bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk
masing-masing.Rakyat negara ini lebih suka melihat atau menganggap
tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat
turut dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu
diberikan oleh badan kebajikan. Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini
dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia dan kekurangan
tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh
dikaitkan dengan imej badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada
pihak menganggap badan kebajikan hanya untuk mereka yang tidak
mempunyai impian besar atau tanggungan keluarga. Malah, ada badan
kebajikan yang dianggap oleh masyarakat sebagai mengambil kesempatan
dengan memperoleh wang tetapi tidak menyalurkannya kepada mereka
yang memerlukan. Jadi, badan kebajikan dianggap kerjaya yang tidak
berstatus tinggi pada mata masyarakat kita.

Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber
kewangan pada masa kini. Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai
dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan wang itu untuk
kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat
yang memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk
menuding jari ke arah kepada semua badan kebajikan merupakan satu
langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya memberi peluang
supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka.

Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai
saluran dan kebenaran sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka.
Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan aktiviti mereka seperti
derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang
peraturan ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku
tetapi pihak berkuasa harus memudahkan urusan badan kebajikan
mereka. Malah, pihak berkuasa seharusnya menyediakan bangunan khas
untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanpa perlu
membayar apa-apa. Namun, semua ini tidak diperoleh oleh badan
kebajikan.

Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi
yang bahaya. Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain
meminta belas kasihan masyarakat untuk turut membantu. Masyarakat
harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk
memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa
badan kebajikan nasib golongan terpinggir ini akan menjadi lebih
menyayatkan.

03

PEMBUANGAN
BAYI

langkah-langkah untuk
menanganinya



Kehendak soalan

Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama dada
akhbar tempatan saban hari. Peningkatan kes pembuangan
bayi perlu dibendung sebelum menjadi ‘trend’ masyarakat
untuk mencari penyelesaian mudah menyelesaikan masalah
kelahiran anak tidak sah taraf terutama dalam kalangan
remaja.

Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang boleh
diambil oleh ibu bapa untuk menangani masalah ini.

Saban hari, terdapat pelbagai berita yang terpapar di dada-dada
akhbar harian tentang jenayah pembuangan bayi. Kadar pembuangan
bayi yang tidak berdosa kian meningkat. Baru-baru ini, kita dikejutkan
dengan berita penemuan seorang mayat bayi yang dimasukkan ke dalam
beg pakaian dan dibuang ke dalam perigi dan juga bayi yang baru lahir
dicampakkan dari tingkat dua di satu kawasan perumahan. Perkara
yang menyedihkan kita jenayah ini melibatkan golongan remaja yang
diharapkan akan mencorak kegemilangan negara kelak. Persoalannya,
di manakah letaknya sikap bertanggungjawab dan belas kasihan serta
perikemanusiaan remaja yang berani membuang bayi mereka begitu
sahaja. Remaja ini seharusnya mengikut akal fikiran yang waras dan
bukannya bertindak mengikut hati dan hawa nafsu serakah
semata-mata, bak kata pepatah, ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’.

Dalam hal ini, ibu bapa adalah golongan yang paling hampir dengan
remaja. Jadi, Ibu bapa perlu menyediakan ruang untuk bermesra dengan
anak-anak serta memberikan kasih sayang secukupnya terutamanya
anak-anak yang sedang bertumbuh. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan
peranan yang besar dalam menangani masalah pembuangan bayi ini. Ibu
bapa perlu bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti
bersama-sama dengan anak-anak. kerana anak remaja sebenarnya
memerlukan perhatian dan layangan yang lebih daripada ibu bapa kerana
mereka akan rasa lebih dihargai. Contohnya, ibu bapa perlu
memperuntukkan masa untuk membawa anak-anak bersiar-siar pada
hujung minggu atau melakukan aktiviti yang melibatkan ahli keluarga
bersama-sama. Selain dapat mengeratkan hubungan antara anak-anak
dengan ibu bapa aktiviti yang dilakukan ini dapat menghalang anak-anak
daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah di luar pengetahuan ibu
bapa.

Dalam melayari kehidupan remaja yang penuh cabaran, remaja sering
mencari model yang boleh dicontohi. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh
teladan yang positif kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi model yang boleh
diikuti dan dicontohi oleh anak-anak. Bak kata peribahasa, ‘bagaimana acuan
begitulah kuihnya’. Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di
peringkat awal, sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik, maka akan baik
dan eloklah akhlak anak itu. Sekiranya hitam corak yang dilakar, maka akan
hitamlah kehidupan anak-anak itu kelak. Mendidik anak biarlah dari kecil,
bukannya bila dah menjadi buluh baru hendak dilentur, akan pecah dan patahlah
buluh tersebut. Begitu juga dengan anak-anak, bila sudah besar amat sukar untuk
dididik seandainya pada asasnya tidak dimulakan, bak kata pepatah Melayu,
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa berperanan besar memastikan
anak-anak tergolong dalam golongan yang berakhlak mulia, lalu tidak sesekali
akan melakukan maksiat yang menyebabkan kesudahan yang mengaibkan dalam
menutup episod hitam yang berlaku. Mereka tidak akan sanggup untuk menconteng
arang ke muka kedua- dua ibu bapa mereka kerana anak yang berakhlak akan
sentiasa menjaga maruah diri mereka dan juga maruah keluarga.

Di samping itu, ibu bapa juga perlu prihatin terhadap kehidupan sosial
anak-anak. Seperti mana yang kita ketahui , rakan merupakan golongan
kedua yang paling hampir dan rapat dengan remaja selain ibu dan
bapa.Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan penjual
minyak wangi, nescaya kita berbau harum, dan sekiranya kita berkawan
dengan pembuat besi, kita juga turut terkena percikan apinya. Ibu bapa tidak
seharusnya membiarkan anak-anak tidak kira apa jantina mengamalkan
pergaulan bebas. Ibu bapa berhak mengetahui dan memastikan dengan siapa
anak mereka berkawan. Hal ini berlaku terutamanya bagi anak-anak gadis
yang berpeluang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi kerana
beranggapan mereka bebas melakukan apa-apa sahaja. Jangan sampai,
‘sudah terhantuk baru terngadah’ dan ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Sesungguhnya, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.

Intihanya, gejala pembuangan bayi yang serius tiada penghujung
sekiranya tidak ada kesedaran dalam kalangan masyarakat sarwajagat
untuk mengubah sikap kerana untuk menangani masalah pembuangan bayi ini
bukan hanya menjadi tanggunggjawab ibu bapa sahaja tetapi memerlukan
kerjasama semua pihak. Langkah-langkah yang diambil sewajarnya akan
menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan agar setiap remaja yang
terdedah kepada gejala negatif ini perlu mempunyai semangat yang kuat
untuk menghadapi cabaran. Gejala tersebut merupakan satu kesalahan yang
amat kejam. Sedangkan haiwan pun tidak berlaku kejam kepada anaknya.
Anak itu satu anugerah daripada Tuhan. Oleh itu, kita mesti menghargainya
dengan baik dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya masih ada ruang untuk
ibu-ibu muda yang mengandung anak luar nikah ini mencari jalan pulang, bak
kata pepatah Melayu, ‘sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan’.
Walaupun di depan jalan amat berliku, namun remaja yang terlibat perlu
menguak halangan untuk mencari sinar kehidupan.

04

PEMBUATAN
KRAF TANGAN

Sebab-sebab usaha penduduk desa sia-sia

Contoh
Produk
Kraf
Tangan

Kehendak soalan

Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan
kraf tangan untuk dijual kepada masyarakat. Namun, masih
ada pihak yang mempertikaikan usaha mereka ini.

Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk
desa ini sia-sia

Penduduk desa sudah mula memberikan perhatian terhadap penghasilan
kraf tangan terutama untuk dijual. Sikap positif mereka ini telah didorong oleh
tindakan kerajaan yang giat memberi galakan supaya mereka menjalankan aktiviti
kraf tangan ini untuk menambah pendapatan mereka. Cuma yang menyedihkan
ialah masih ada suara-suara sumbang yang menganggap tindakan penduduk desa
ini seperti melepaskan batuk di tangga dan tidak akan berjaya. Jadi, apakah
pencetus yang menyebabkan ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha
penduduk desa ini?

Anggapan yang paling mudah ialah golongan ini memandang rendah mutu
kerja penduduk desa. Pada firasat mereka, kualiti yang diperlihatkan selama ini
masih di takuk lama yakni tiada perubahan drastik seperti reka bentuk dan
penggunaan warna produk. Mereka menganggap aktiviti sampingan penduduk
desa yang memang tidak mengutamakan kualiti. Bak kata pepatah, hujan emas di
negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri. Walau
bagaimanapun ,pada mata golongan ini, kualiti barangan luar negara sahaja yang
lebih baik walaupun anggapan mereka itu jauh daripada kebenarannya

Faktor yang kedua sudah pasti aspek pemasaran kraf tangan penduduk
desa itu sendiri. Pihak yang memandang rendah aktiviti ini mengutarakan
ketiadaan usaha-usaha konkrit untuk memasarkan hasil kraf tangan ini terutama
di pasaran antarabangsa. Umum mengetahui bahawa negara kita berhasrat
supaya berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara maju lain. Dengan
demikian ,mereka beranggapan ketiadaan usaha ini atau lebih tepat lagi agensi
khas untuk memasarkan kraf tangan telah membantutkan pasaran kraf tangan
negara. Mereka mahu kerajaan menubuhkan sebuah agensi khas untuk tujuan
pemasaran sahaja.

Selain itu, kekurangan pelancong asing di negara ini turut menjadi alasan
golongan yang menentang usaha membuat kraf tangan ini. Jumlah pelancong
asing yang kecil dan kekurangan minat dalam kalangan pelancong tempatan untuk
membeli hasil kraf tangan pada mereka telah menyebabkan usaha ini tidak perlu
diteruskan atau diberi galakan. Mereka berpendapat jumlah pelancong asing yang
lebih ramai harus disediakan sebelum usaha kraf tangan ini diberi galakan yang
menyeluruh.

Alasan yang agak mengelirukan ialah ketiadaan sokongan kerajaan dalam
usaha meningkatkan industri kraf tangan negara. Golongan ini berpendapat
kerajaan tidak memberi galakan yang secukupnya seperti ketiadaan pelepasan
cukai keuntungan atau memberi bantuan teknikal dalam usaha menembusi pasaran
luar negara. Mungkin golongan ini terlalu bergantung kepada kerajaan tanpa
berdiri di atas kaki sendiri untuk mencari jalan atau rakan niaga di luar negara
dalam usaha mengembangkan pasaran kraf tangan negara.

Konklusinya , agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti KEMAS,
Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan harus memandang serius
tanggapan negatif segelintir masyarakat kita ini. Agensi kerajaan itu haruslah
proaktif dalam membuat perancangan untuk menangani pandangan negatif
mereka ini. Mungkin agensi kerajaan ini harus menggunakan pendekatan yang baru
atau berbeza dalam usaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa kraf tangan
negara sebagai titik peluh penduduk desa memang berpotensi untuk
dikembangkan secara komersial.

05

BARANGAN
BUATAN

MALAYSIA

langkah-langkah untuk
menggalakkan penggunaannya

Kehendak soalan

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan
penting bagi menggalakkan anak-anak
menggunakan barangan buatan Malaysia.

Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil
oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam
menggalakkan penggunaan barangan buatan
Malaysia.

Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah
negara maju menjelang 2020, Malaysia sebenarnya telah banyak
menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk
sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita agar tidak lagi
mengagung-agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan
kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan
sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik.
Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau
menyedari tentang kelebihan dan kualiti sebenar barangan buatan
negara kita, lebih-lebih lagi orang muda-muda yang kononnya
mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kebendaan.
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan
penggunaan barangan buatan Malaysia?

Peranan penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu
bapa perlulah menjadi role model kepada anak-anak mereka kerana
anak-anak akan sentiasa mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa
mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang belum
digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi
berlian yang indah dan bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa
janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan
betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak hilang rasa kagum dan
kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah membeli kereta
buatan Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar, barangan elektrik
seperti Panasonic, Philips dan lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah
menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan menyokong
barangan buatan Malaysia yang berkualiti ini.

Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada
anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Hal ini terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam
sanubari remaja supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia
sebagai tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh menanam minat anak-anak
terhadap barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan
Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik
nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara, dan sanggup
berkorban untuk negara kepada generasi muda kita. Dengan menyahut seruan Tun
Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat malalui
Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang
baik untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke alaf baru. Jika anak-anak
telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan
Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat
dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak
berbelanja. Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita. Hal ini kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk
jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran.

Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa
membawa anak-anak ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa
bolehlah membawa anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara. Karnival
sebegini telah ditetapkan hanya barangan Malaysia yang mempunyai tawaran potongan
harga yang istimewa. Sebagai contoh, kraf tangan dan batik, yang merupakan budaya
yang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan
pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan keunikannya
yang tersendiri. Apabila anak-anak meminta sesuatu benda yang tidak keterlaluan, ibu
bapa haruslah membeli barang tersebut dan barang tersebut mestilah merupakan
barangan buatan Malaysia. Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis
pertandingan. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai
pertandingan-pertandingan seperti menulis esei, melukis poster dan menjawab
soalan-soalan kuiz yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda
anak-anak supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga
berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta.
Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli barangan buatan Malaysia untuk didedahkan
kepada anak-anak generasi baru ini.

Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan
buatan Malaysia kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat mendalami
faedah-faedahnya, menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu
bapa haruslah memberitahu anak-anak tentang kualiti produk-produk Malaysia
yang kini bukan sahaja kualitinya setanding dengan produk-produk luar negara,
malah harganya juga cukup murah untuk dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh
menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti Kempen Beli Barangan
Malaysia kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak sedar dan mengetahui
secara mendalam barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis, memandang
rendah barangan tempatan dari sudut pemikiran juga seharusnya dilontar
jauh-jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada anak-anak mereka,
tetapi, sebaliknya, membinakan semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi,
termasuk soal kualiti dan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting dalam menerangkan manfaat-manfaat barangan buatan
Malaysia kepada anak-anak supaya mereka sedar dan bijak memilih benda yang
baik dan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Sebagai penghias bicara akhir,harapan kerajaan Malaysia supaya negara
kita bukan sahaja mengimport barangan luar negara malah juga mengeksport
barangan buatan Malaysia dapat dicapai. Sedarlah bahawa barangan Malaysia
tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah
mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha daripada
ibu bapa semata-mata adalah tidak mencukupi. Rakyat Malaysia patut
menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana Transformasi
menyemarakkan semangat seisi negara agar seia sekata sebagai satu bangsa
yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan
Malaysia. Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang
tersemat agar kita berbangga dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

06

MINAT MEMBACA
Usaha-usaha menggalakkannya

Kehendak soalan

Minat membaca terutama membaca buku-buku
ilmiah dalam kalangan anak remaja belum
mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa
memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak-anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil
oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan
penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian anak-anak muda pada
era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang ringan
berbanding dengan majalah atau buku yang sarat dengan ilmu
dan pengetahuan. Mereka berpendapat bahawa membaca
karya-karya ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana
memerlukan minda untuk berfikir sedangkan majalah atau
buku-buku yang berunsurkan hiburan. Apa pun yang jelas, buku
yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu
bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak
yang berilmu dan bersahsiah baik. Persoalannya, apakah modus
operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?

Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa
haruslah membawa anak-anak ke pameran buku seperti Pameran Buku
Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa
membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca
buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat memilih pelbagai jenis buku
yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Dalam hal ini, peranan
ibu bapa amat penting untuk membimbimg anak-anak agar dapat memilih
buku yang berkualiti. Misalnya, buku-buku yang berunsurkan keagamaan,
falsafah, motivasi dan sebagainya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
anak-anak. Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke
pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat
anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan
seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada
anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa
hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan
menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat
anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Perbuatan ibu
bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi oleh anak-anak
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Pada zaman ini,
anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh
mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku
ilmiah. Bak kata pepatah, asas pendidikan bermula dari
rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama
anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga
berehat di rumah. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri
teladan yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan
menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana
sahaja mereka.

Di samping itu, ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan
dengan membeli banyak buku atau majalah yang mengandungi ilmu
pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak.
Pepatah menyatakan bahawa, membaca jambatan ilmu. Apabila
anak- anak banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun
akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli
bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah
Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar dan Dewan Siswa selain surat
khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak
akan tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang
mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu
bapa. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca pasti
dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat, dan
berpengetahuan tinggi. Amalan seperti ini akan menyebabkan
anak-anak hidup dalam dunia

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat
membaca bahan-bahan ilmiah dengan membimbing
anak-anak mereka melayari internet. Internet
merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh
semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja
yang yang menyalahgunakan internet seperti melihat
gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu
mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari
judul buku ilmiah yang terkenal. Hal ini dapat
menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah
supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada
bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan
hidup. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam memupuk minat membaca buku-buku
ilmiah.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan
ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak
mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Jika
anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang
pelajaran akan terbentang luas pada masa depan mereka. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan.

673 patah perkataan

07

BUDAYA/
ADAT RESAM

kepentingan

Kehendak soalan

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang
mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang
tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi
satu identiti kepada kaum tersebut.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya
atau adat resam ini kepada masyarakat dan negara
kita?

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakat yang berbilang kaum.
Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang
lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita
mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah,
adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai
dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya
inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini, sesuatu kaum itu akan
kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti
memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika
hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal
budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya
mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu
cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa menghormati generasi tua
daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu
kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka
mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan
rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran
sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai
nilai-nilai murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis
daripada diri remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka
dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi,
pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa
hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu
yang terbilang.

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak
akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri
sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka
menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan
budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak
positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan
mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling
bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua
kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap
hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum
lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap
budaya menguatkan semangat perpaduan kita.


Click to View FlipBook Version