The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by celialow76, 2024-02-27 05:37:52

MANUAL PENGURUSAN SMK MEDINI 2024

MANUAL PENGURUSAN SMK MEDINI 2024

SMK MEDINI – TEROKAI UNTUK TERAJUI KOKURIKULUM 17 MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 7.0 Pengurus Pasukan a. Senarai nama pemain dan pegawai diserahkan kepada PK Kokurikulum seminggu sebelum pertandingan. b. Menyediakan keperluan pertandingan dan latihan. c. Memastikan kebajikan murid yang terlibat sepanjang latihan dan pertandingan. d. Menghantar laporan pertandingan bergambar seminggu selepas pertandingan. e. Membuat tuntutan perbelanjaan seminggu sebelum pertandingan. f. Kebenaran ibu bapa( pertandingan dan latihan di luar sekolah). g. Borang M01. h. Berbincang dengan Pengetua tentang keperluan latihan. i. Menyelaraskan pegawai pengiring dan melaporkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk urusan relif. j. Latihan di luar sekolah dan perlawanan persahabatan bersama dengan pasukan luar hendaklah dilaporkan kepada Pengetua. k. Menghantar anggaran perbelanjaan mengurus pasukan untuk menyertai pertandingan kepada PK Kokurikulum sebelum menyertai pertandingan. l. Memastikan pegawai, pemain dan penyokong ( murid ) mematuhi etika pertandingan. m. Menguruskan pasukan penyokong jika perlu. n. Menguruskan keperluan ubat-ubatan dan rawatan jika perlu. o. Menguruskan hal-hal berbangkit dan melaporkan kepada Pengetua. p. Memastikan peralatan yang dipinjam oleh murid dipulangkan semula selepas tamat pertandingan. 8.0 Jurulatih Pasukan a. Membuat sasaran pencapaian . b. Menyediakan jadual latihan . c. Menyediakan laporan latihan . d. Memastikan murid mematuhi peraturan sekolah sepanjang latihan dan pertandingan. e. Menyelaraskan kehadiran murid semasa latihan.( jika perlu - sekiranya murid terlibat dengan latihan atau aktiviti lain ) f. Memastikan jumlah latihan mencukupi sebelum menyertai pertandingan.


Click to View FlipBook Version