PLC
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penulisan RPH
Bersama PK PETANG
8/6/2021 (SELASA)
GOOGLEMEET
Aras Pemikiran Anderson
MENCIPTA HOTS @ KBAT
MENILAI LOTS @ Aras
MENGANALISIS Rendah
MENGAPLIKASI
MEMAHAMI
MENGINGATI
PEMBELAJARAN TERBEZA (Differentiated Learning)
(SKPMg2 – untuk menunjukkan pelbagai aras)
Pembelajaran Terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi
murid. Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta
kemampuan pembelajaran. Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran terbeza ini
berlaku supaya murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran Terbeza mengambil
kira 3 aspek iaitu melalui kandungan, proses dan hasil. Ia dizahirkan melalui RPH sehinggalah
kepada PdPc.
3 aspek dalam pembelajaran terbeza adalah: •
Kandungan
•Proses
•Hasil
Pembelajaran Terbeza ( Differentiated Learning)
Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang diberikan berbeza mengikut
tahap murid. Contohnya.
Kemahiran: Murid boleh mencari isi penting berdasarkan petikan yang diberi.
1. Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata Datuk Lee Chong Wei. Teksnya lebih panjang serta
banyak info yang diberikan (3 perenggan).
2. Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee Chong Wei yang lebih ringkas (2 perenggan).
Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid melakukan aktiviti yang sama tetapi melalui
proses yang berbeza.
1. Murid pandai/sederhana mencari isi penting dengan aktiviti think pair share.
2. Murid lemah pula mencari isi penting dengan menggariskan isi-isi penting.
Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan murid berlainan menghasilkan produk yang
berlainan.
1. Murid pandai/sederhana membuat peta minda atau rumusan untuk menerangkan isi-isi penting.
2. Murid lemah membuat jadual senarai isi penting.
Adalah perlu diingat, pembelajaran terbeza
tidak membezakan kemahiran murid
pandai/sederhana dengan yang lemah.
Kemahiran tetap sama yang berbeza ialah
kandungan, proses ataupun hasil. Untuk
hasil, boleh berada dalam bentuk sesuatu itu
dihasilkan atau pun bilangan. Contohnya, murid
pandai/sederhana hasilkan 5 isi penting
sementara murid lemah cuma 3 isi penting.
Objektif Pembelajaran (OP)
• Objektif pembelajaran ialah pernyataan yang menerangkan
perkara yang ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir
pembelajaran. Kemahiran apa, topik apa, dari bahan apa, berapa
banyak soalan atau latihan yang akan dinilai sebagai kayu ukur dan
cara kemahiran itu dapat dinilai secara zahir.
PRINSIP PENULISAN OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
❑ Boleh diukur (SMART)
❑ Pelbagai aras ( …sekurang-kurangnya…)
Kriteria Kejayaan (KK):
• Langkah untuk murid mencapai OP
• OP - kata kunci / kata tugas seharusnya berada pada aras paling tinggi.
• KK – kata tugas berada pada aras lebih rendah.
• Penulisan KK:
- Saya akan berjaya sekiranya saya dapat:
i.
ii .
iii.
Perlu diingat:
kata tugas yang ada pada Objektif
Pembelajaran @ Hasil Pembelajaran (HP)
BERBEZA dengan Kriteria Kejayaan (KK).
Aktiviti dlm rph.
• Sesuai dgn keadaan semasa
• berpusatkan murid
• berpusatkan bahan.
• Ayat mesti menunjukkan murid yg buat.
GURU ITU PANDAI
GURU YANG LEBIH PANDAI
IALAH
GURU YANG DAPAT MENJADIKAN MEREKA YANG BELUM PANDAI…
MAHU JADI PANDAI…
SEKIAN
DATIN HJH FAIZAH SANUSI
PK PETANG
NKRA – BIDANG
KEBERHASILAN UTAMA
NASIONAL
PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH : NIK NURUL FATEN ATIKAH
PENGENALAN
• NKRA (National Key Result Areas) ialah Bidang Keberhasilan Utama
Nasional.
• Diumumkan pada 11 Jun 2009.
• Dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Najib Tun
Razak.
• NKRA Pendidikan – Meluaskan akses kepada Pendidikan
berkualiti dan berkemampuan.
4 sub-NKRA Pendidikan
1. Prasekolah
2. Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
4. Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah
Prasekolah
• Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun
• Meningkatkan kualiti Pendidikan prasekolah – menjadikan prasekolah swasta dan agensi-
agensi lain sebagai sebahagian daripada system Pendidikan kebangsaan
• 7 teras untuk meluaskan akses kepada Pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah
dan PERMATA KPM
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di Kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Saringan Literasi & Numerasi (LINUS)
• LINUS adalah program pemulihan untuk memastikan murid menguasai
kemahiran asas literasi dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan
Pendidikan rendah.
• Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.
• Disasarkan kepada murid yang bermasalah menguasai 3M (Membaca,
Menulis, Mengira)
• Memastikan murid dapat menguasai 3M pada akhir tahun/darjah 3.
• Maksud LINUS secara asas:
LI (Literasi) – Bahasa
NU (Numerasi) – Nombor atau pengiraan
S (Screening) - Saringan
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
• Mewujudkan SBT yang mempunyai etos,karakter dan identiti
tersendiri.
• SBT dipilih berdasarkan kriteria yang ketat dan mampu berdaya
saing di peringkat antarabangsa.
• SBT ialah sekolah yang mempunyai tradisi budaya kerja yang
cemerlang dan sentiasa Berjaya melahirkan modal insan yang
holistic serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
• Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar
• Juga dikenali sebagai Bai’ah atau New Deal.
• Tawaran ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memberi ganjaran
kepada Pengetua atau Guru Besar yang berupaya meningkatkan
kecemerlangan sekolah berdasarkan satu kontrak perjanjian Bai’ah di
antara Pengetua atau Guru Besar dengan KPM.
• Selain sebagai pengiktirafan, Ia juga sebagai suntikan kepada mereka
yang berjaya untuk terus melakukan perubahan dan penambahbaikan.
• Mereka yang berjaya diberikan insentif dalam bentuk kewangan dan
bukan kewangan.
DISEDIAKAN OLEH :AQILAH BINTI AZIZ
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
KSSM
SURAT PEKELILING IKHTISAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 3 TAHUN 2017
GARIS PANDUAN NILAI DAN ETIKA
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
BAGI GURU DAN MURID
DISEDIAKAN OLEH : PN. FATEN NUR HAMIMIE BINTI MOHD SAID
APAKAH MEDIA SOSIAL ?
• Merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam
talian yang membolehkan pengguna berinteraksi
dengan mudah secara bebas, berkongsi dan
membincangkan maklumat dengan menggunakan
abungan multimedia yang terdiri daripada teks,
gambar, video dan audio.
CONTOH MEDIA SOSIAL :
TUJUAN GARIS PANDUAN :
1.Penyebaran dan perkongsian maklumat adalah terkawal.
2.Maklumat yang dipaparkan tidak menjejaskan kepentingan
perkhidmatan awam dan kedaulatan negara.
3.Isu salah laku dan penyebaran maklumat tidak beretika di
media sosial dapat dielakkan.
4.Maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tepat.
5.Kesejahteraan sistem pendidikan di Malaysia terpelihara.
TATACARA UMUM PEMILIHAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL
UNTUK KEGUNAAN RASMI INSTITUSI PENDIDIKAN :
1. Pengesahan Maklumat
– Maklumat perlu tepat, sahih dan tidak mempunyai unsur fitnah.
2. Muat Naik Bahan
– bahan yang rasmi perlu disemak dan mendapat pengesahan daripada
ketua jabatan
3. Perbincangan awam
- Pemantauan perlu diberi terhadap setiap komen / pernyataan yang
dikongsi untk menjaga imej dan kerahsiaan institusi.
ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
OLEH GURU :
1. Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bagi menambah baik
kualiti sistem pendidikan.
2. Berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan dengan pemegang
taruh untuk memastikan keputusan serta tindakan dapat
dilaksanakan dengan segera.
3. Berhubung dengan kumpulan sasaran secara meluas daripada
pelbagai latar belakang dengan tujuan meningkatkan sistem
penyampaian pendididkan.
LARANGAN DALAM PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL (GURU):
1. Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen sulit /
dokumen terhad kerajaan kepada pihak umum.
2. Memberikan atau berkongsi komen negative tentang isu-isu yang melibatkan
arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, kepimpinan sekolah dan rakan
sekerja.
3. Menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
4. Melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh membawa kepada jenayah sosial
dan seksual.
PENGGUNAAN AKAUN PERIBADI
MEDIA SOSIAL :
• Penggunaan akaun peribadi media sosial dalam kalangan
guru dan murid semasa dan di luar waktu persekolahan
tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa
bagi memastikan penggunaan media ini tidak menjejaskan
perkhidmatan awam, pegawai awam dan keselamatan
murid.
PERATURAN DAN PERUNDANGAN :
1. Akta Rahsia Rasmi 1972
2. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib_ 1993
3. Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
4. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
5. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
6. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 17 Julai 2009 bertajuk “Pelaksanaan Blog bagi agensi Sektor Awam”
7. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 19 November 2009 bertajuk “Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor
Awam”
8. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 8 April 2011 bertajuk “Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial di
Sektor Awam”
9. Surat Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 7 Jun 2013 bertajuk “Tanggungjawab Pegawai Awam dalam
Memelihara Integriti Perkhidmatan Awam Semasa Menggnakan Kemudahan Media Sosial di Internet”
10. Surat Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 15 Julai 2016 bertajuk “Larangan Membuat Pernyataan Awam
oleh Pegawai Awam”.
RUJUKAN :
LAMPIRAN :
P E M B E N TA N G A N P E N IL A IA N K E N D IR I
ETIKA
PEMAKAI AN
P E N J AW AT
AWAM
BY EFFARINA SUEILLIANIE BINTI M I S R A N
Jelaskan kandungan surat
pekeliling tentang etika berpakaian
penjawat awam?
Etika Pemakaian
Pejaw
at
Awamdisebut dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 / 1 9 8 5
Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/Pensyarah di
Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan
Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat
Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran
Negeri dan KPM.