The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizal_psb, 2020-11-01 22:18:54

Buku Bn Home (Cover to Cover)

Buku Bn Home (Cover to Cover)

5. Sistem perpaipan
Sistem perpaipan disediakan untuk memberikan perkhidmatan air
dan elektrikal. Paip PVC digunakan untuk menyediakan bekalan air dalam
sistem sanitari manakala paip conduit digunakan menyediakan system
pendawaian.

5.1 Pemasangan Konduit pendawaian dan Paip
Pemasangan konduit untuk sistem pendawaian boleh mula

dijalankan sebaik sahaja tertulang BRC siap dipasang untuk bahagian
dinding. Semua kerja – kerja pemasangan elektrik yang di lakukan adalah
mengikut pelan skematik yang di sediakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya
Cawangan Elektrik.

Rajah 2: Susunatur suis, kipas dan soket pada kotak acuan
Sebelum memulakan pemasangan kotak suis dan PFA, bahagian
acuan aluminium perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan terdapat beberapa
keping acuan aluminium yang telah dikenalpasti untuk diletakkan kotak
suis, soket dan PFA beserta paip konduit PVC.
Konduit diikat pada BRC dengan menggunakan dawai supaya ia
kekal dikedudukan semasa proses pengkonkritan. Kotak suiz diisi dengan

50

kertas supaya konkrit tidak mengeras di dalam kotak tersebut dan
menyebabkan kesukaran semasa proses pendawaian.

Gambar 5.1: Penandaan pada Acuan
Pembumian juga disediakan. Pembumian ialah suatu sistem
sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan pendawaian
elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah
dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem
perlindungan beroperasi dengan berkesan, bagi menjamin keselamatan
manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus
bocor ke bumi.

51

Gambar 5.2: Proses menebuk lubang pada acuan

Setelah formwork dan lokasi dikenalpasti bagi pemasangan kotak
PFA, suis dan soket. Maka kerja-kerja pemasangan dilakukan. Antara
langkah-langkah yang dilakukan adalah seperti berikut:-

a) Memasang bush (male/female) pada kotak suis, soket dan PFA.
b) Kotak suis, soket dan PFA dibalut dengan plastic bertujuan untuk

mengelakkan konkrit masuk ke dalam kotak suis, soket dan PFA.
c) Lubang ditebuk pada formwork yang telah dikenalpasti bagi

mengikat kotak suis, soket dan PFA. Ia diikat dengan
menggunakan dawai/cable tie.
d) Konduit PVC dipasang pada kotak suis, soket dan PFA dan diikat
pada BRC dan spacer.
e) Semua ikatan pada kotak suis, soket dan PFA dipastikan kemas
dan kuat.

52

Gambar 5.3: Konduit dan kotak suiz yang siap dipasang.
5.2 Pemasangan Acuan Aluminium Lapisan Kedua

Setelah sistem tetulang dan elektrik siap dipasang, acuan
aluminium boleh dipasang bagi melengkapakan proses pemasangan acuan
pada semua bahagian.

Gambar 5.4: Sapuan minyak pada acuan aluminium
53

Acuan yang hendak dipasang perlu disapu dengan minyak supaya
ia mudah dibuka selepas konkrit mengeras. Ia juga akan mengkasilkan
permukaan dinding yang kemas serta licin.

Gambar 5.5: Proses pemasangan acuan
Pada bahagian ini juga, acuan kerangka tingkap dan pintu boleh
mula dipasang. Setiap pin dan wedges perlu dipastikan dalam keadaan
ketat supaya acuan kukuh

Gambar 5.6: Proses pemasangan acuan pada bahagian bawah.
54

Penjarak juga perlu dipasang pada BRC supaya ia tidak
menyentuh permukaan acuan di bahagian luar. Adalah amat penting untuk
memastikan BRC tidak bersentuhan dengan acuan supaya ia tidak
terdedah di permukaan dinding.

Gambar 5.7: Pemasangan penjarak pada BRC

Gambar 5.8: Pemasangan kerangka acuan pada tingkap.
Secara keseluruhan untuk sebiji rumah, kira-kira 600 panel
dipasang dalam masa 3 hari dengan keluasan permukaan dinding sebanyak
359m2.

55

6. Sistem Sokongan Acuan

Kotak bentuk dibina untuk menampung konkrit basah yang baru
dituang bagi membentuknya ke bentuk dan saiz yang dikehendakki. Ia
juga perlu menanggung konkrit semasa kerja-kerja
pemadatan (compaction) dan menahan konkrit sehingga konkrit tersebut
memperolehi kekuatan yang mencukupi untuk berdikari (self-supporting).

Oleh yang demikian kotak bentuk mesti cukup kuat untuk
menampung konkrit basah, mempunyai penyambungan yang kuat, kemas
dan rapat pada bahagian sambungan, tidak telap air, ukuran dan dimensi
yang betul, aras permukaan yang rata serta boleh digunakan semula setelah
kotak bentuk ditanggalkan.

Untuk memastikan mutu setiap struktur konkrit, kotak bentuk
hendaklah tegak untuk menahan lenturan semasa konkrit dituang,
mempunyai kekuatan untuk menampung berat atau tekanan serta getaran
semasa proses pemadatan konkrit, dipasang dengan tepat dan betul
mengikut ukuran dan searas sebagaimana yang telah ditentukan serta
mempunyai sambungan yang rapat dan kemas supaya tidak bocor untuk
mengelakkan kehilangan air konkrit.

Dalam penggunaan acuan aluminium, sistem acuan disokong oleh
beberapa elimen seperti wall bracer pada bahagian atas dan bawah acuan
serta tiang penyokong pada dinding dan bahagian bukaan,

6.1 Pemasangan wall bracer

Setelah acuan aluminium berjaya didirikan sepenuhnya mengikut
pelan, wall bracer dipasang di sepanjang dinding luar bahagian bawah dan
beberapa tempat di panel dinding bahagian atas. Wall bracer merupakan
anggota sementara yang merupakan besi kekunci yang digunakan untuk
memegang semua acuan yang berada dalam kedudukan sebaris.

56

Gambar 6.1: Pemasangan Wall Bracer di bahagian bawah
Pemasangan wall baracer adalah proses terakhir dalam proses
pemasangan acuan aluminium. Ia merupakan sistem untuk sokongan
acuan yang telah dipasang. Ia perlu dipasang ketat pada bahagian atas dan
bawah acuan aluminium.
Tujuan pemasangan wall bracer ini adalah untuk menambah
kekukuhan acuan yang telah didirikan. Selain daripada itu, ia juga
bertujuan untuk mengekalkan bentuk acuan semasa kerja konkrit. Acuan
juga perlulah sejajar dan selari antara setiap dinding yang didirikan.

57

Gambar 6.2: Pemasangan Wall Bracer di bahagian atas
6.2 Pemasangan tiang penyokong

Tiang penyokong juga perlu dipasang pada wall bracer bahagian
atas acuan. Ia bertujuan untuk mengelakkan dinding akan condong semasa
konkrit dituang. Tiang penyokong dipakukan ke asas dan dipastikan ia
kukuh.

Gambar 6.3: Pemasangan tiang penyokong.
58

Pada bahagian bukaan seperti pada pintu dan tingkap serta rasuk,
tiang penyokong perlu dipasang secara pugak. Ia berfungsi untuk
menampung berat konkrit sehingga ia cukup keras. Bahagian atas tiang
dipasang pada acuan kerangka manakala bahagian bawahnya dipakukan
pada asas.

Gambar 6.4: Pemasangan tiang penyokong pada bukaan.

Gambar 6.5: Acuan yang siap dipasang sistem sokongan.
59

7. Kerja Konkrit

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan
dalam pembinaan. Ia merupakan campuran simen dan agregat seperti
pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini dicampur mengikut
nisbah bancuhan berdasarkan tempat penggunaannya.

Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-
bahan mentah yang digunakan, cara bancuhan, cara pengangkutan, dan
cara pemadatan.

Untuk mengubah sifat kokkrit seperti menambah kebolehkerjaan dan
melambatkan proses pengerasan, bahan tambah tertentu boleh
dicampurkan pada kadar yang tertentu.

7.1 Pemeriksaan acuan

Kualiti acuan ditentukan berdasarkan kekukuhan dan kemampuan
ia berada dalam keadaan stabil. Ia perlu kuat dan mempu menanggung
beban terutamanya berat konkrit yang akan dituang. Selain daripada itu,
kedudukannya dan dimensi mestilah betul mengikut rekabentuk yang
ditetapkan.

Selepas memastikan setiap komponen acuan siap dipasang
mengikut pelan, pemeriksaan dengan teliti perlu dilakukan pada setiap
pemasangan pinned dan wedges serta setiap acuan perlu dipastikan berdiri
tegak dan rapat dengan asas bagi mengelakkan konkrit yang masih basah
mengalir keluar dari acuan.

60

Gambar 7.1: Sistem acuan yang sedia dituang konkrit

7.2 Penyediaan konkrit
Konkrit yang digunakan untuk projek ini disediakan di loji

konkrit. Ia dihantar ke tapak dengan menggunakan trak penggaul. Dalam
projek ini, bahan tambah dicampurkan ke dalam konkrit yang dibancuh
untuk memberikan kebolehkerjaan yang tinggi dan kadar pengerasan yang
segera (Rapid Hardening Concrete).

Gambar 7.2: Loji penyediaan konkrit
61

Konkrit yang digunakan dari gred 30 kerana ia jenis dinding yang
akan menanggung beban. Bagi ujian penurunan (slump test) pula,
diameter runtuhan adalah sebanyak sebanyak 185 (+/-25) mm. Adalah
amat penting untuk menggunakan konkrit yang mempunyai kadar
kebolehkerjaan yang amat tinggi kerana ia akan dituang ke dalam acuan
yang sempit. Isipadu konkrit yang diperlukan untuk 1 unit rumah adalah
18m3. Saiz agregat yang digunakan adalah 5mm. Lafarge Concrete (M)
Sdn. Bhd merupakan pembekal konkrit bagi projek ini.

7.3 Proses pengkonkritan
Proses konkrit dijalankan dengan menggunakan kren mudah alih.

Lokasi kren mudah alih dan trak penggaul mestilah pada kedudukan yang
hampir antara satu sama lain supaya konkrit mudah dipindahkan.

Gambar 7.3: Jentera yang digunakan untuk kerja konkrit

Konkrit dituang dari trak dan dimasukkan ke dalam concrete
bucket dengan cermat supaya ia tidak tumpah. Seorang pekerja perlu
berada berhampiran dengan tempat menuang untuk mengawal kuantiti
konkrit yang dituang.

62

Gambar 7.4: Proses penuangan konkrit ke dalam bucket.
Bucket yang telah diisi konkrit diangkat dengan menggunakan
kren mudahalih ke bahagian atas acuan aluminium. Dengan menggunakan
corong khas, konkrit dimasukkan ke dalam acuan dengan berhati-hati.

Gambar 7.5: Penuangan konkrit ke dalam acuan aluminium.
Konkrit yang telah dituang ke dalam acuan perlu dipadatkan. Ia

bertujuan untuk memastikan dinding padat dan memenuhi setiap
bahagian. Alat penggetar digunakan dengan memasukkannya ke dalam
konkrit yang telah dituang. Konkrit yang bergetar akan bergerak sendiri

63

memenuhi ruang di dalam acuan. Oleh kerana kadar kebolehkerjaan
konkrit adalah tinngi, proses pemadatan sepatutnya boleh dijalankan
dengan baik.

Gambar 7.6: Proses penuangan dan pemadatan konkrit
Selepas kerja konkrit selesai dijalankan dalam masa 3 jam dengan
jumlah keseluruhan 60 bucket konkrit (18m3), acuan aluminium perlu
dibersihkan dengan menyembur air dipermukaannya. Semasa proses
penuangan konkrit, mungkin ada konkrit yang tertumpah dan mengenai
acuan. Bagi mengelakkan acuan kotor dengan konkrit, ia perlu
dibersihkan. Proses ini akan meningkatkan jangka hayat acuan supaya
tahan lebih lama.

64

Gambar 7.7: Pembersihan permukaan acuan aluminium.
7.4 Membuka acuan aluminium

Konkrit yang digunakan telah dicampurkan dengan bahan tambah
yang membolehkan ia mengeras dengan cepat. Sehubungan itu, selepas 24
jam proses pengkonkritan selesai dijalankan, acuan aluminium boleh mula
dibuka.

Gambar 7.8: Konkrit yang telah mengeras
65

Wall breases di bahagian atas dan bawah acuan ditanggalkan
terlebih dahulu. Pin dan wedgest pada panel setiap acuan aluminium di
buka dengan penukul dan ia dikumpulkan supaya boleh diguna semula di
tapak lain.

Gambar 7.9: Pin dan wedgest dikumpulkan

Gambar 7.10: Penggunaan wall puller untuk menanggalkan panel
66

Acuan aluminium boleh ditanggalkan dengan menggunakan wall
puller secara berperingkat. Wall Puller dimasukkan ke dalam lubang pin
dan ditekan kebawah dengan berhati-hati. Panel acuan aluminium akan
tertanggal dari permukaan konkrit. Acuan perlu dibukan pada bahagian
atas terlebih dahulu.

Gambar 7.11: Kerja membuka acuan di bahagian atas
Wall ties yang melekat pada konkrit pula ditarik dan ditanggalkan
dengan cermat menggunakan wall tie puller. Sekiranya ia tidak boleh
dibuka mungkin disebabkan wall strip telah rosak seperti terkoyak semasa
proses pengkonkritan. Wall ties yang tidak boleh dibuka akan dipotong
dengan menggunakan mesin grinder.

67

Gambar 7.12: Penggunaan wall tie puller

Gambar 7.13: Struktur dinding rumah yang siap dibina.
68

8. Sistem kerangka bumbung keluli

Sistem kekuda dalam projek ini adalah dengan menggunakan
sistem kelului ringan. Kekuda dipasang di atas tanah terlebih dahulu
sebelum diangkat ke bahagian bumbung. Jenis keluli yang digunakan
adalah keluli tergelek lembut (cold form channel) dengan ketebalan 1mm.
Keluli yang digunakan adalah terdiri daripada c-channel dan batten. Kerja
penyediaan kerangka bumbung melibatkan 4 proses utama iaitu:

i. Pengukuran
ii. Pemotongan
iii. Sambungan
iv. Membuat Salinan

Dalam projek ini, setiap unit rumah menggunakan 44 batang c-channel
dan 28 batang batton.

8.1 Pengukuran

Langkah pertama ialah pengukuran dan penandaan. Semua ukuran
bergantung kepada saiz rumah dan jenis bumbung yang akan dibina. Saiz
kekuda dan kedudukan setiap struktur amat penting dalam menanggung
beban bumbung.

Rajah 3: Bentuk kekuda bumbung

19’ 4 20’
7
Sebatang c-channel dengan panjang antara hingga diukur

dmeennggagnunamkeannggpuennamkaankerp. iPtaeraunkcuanr gadnanyankgembeutduilanp”erlduitadnibduaat dengan
supaya

69

keluli dapat digunakan secara optimum dan tidak berlaku pembaziran
seperti tersalah ukur dan baki yang tidak dapat digunakan pada mana-
mana bahagian lain.

Gambar 8.1 : Proses pengukuran c-channel
8.2 Pemotongan

Selepas selesai proses pengukuran, c-channel boleh dipotong
dengan menggunakan alat pemotong mudah alih dan dilabelkan mengikut
penggunaan atau kedudukan. Pemotongan hendaklah tepat supaya proses
pemasangan menjadi mudah dan lancar mengikut rekabentuk yang
ditetapkan.

70

Gambar 8.2: Proses pemotongan c-channel

Kerja pemotongan menggunakan mesin gergaji boleh
mendatangkan kecederaan. Oleh itu alat keselamatan seperti pelindung
mata, topeng muka, penutup telinga dan sarung tangan wajib dipakai
semasa proses pemotongan. Selain itu mata gergaji perlu selalu diperiksa
dan ditukar apabila telah haus dan nipis bagi mengelakkan mata dari patah
atau pecah.

8.3 Penyambungan

Setelah semua anggota struktur kekuda siap dipotong dan
disediakan secukupnya, proses membuat sambungan pada c-channel boleh
dijalankan Sambungan yang digunakan bagi projek ini ialah sambungan
jenis skru menebuk sendiri (fastener). Skru diikat menggunakan mesin
gerudi yang ditukar matanya kepada mata skru heksagon. Proses mengikat
skru perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak terlebih ikat yang
mengakibatkan ikatan skru longgar. Bilangan skru pada setiap sambungan
adalah antara 3-4 biji skru. Setiap sambungan perlu diperiksa semula bagi
memastikan setiap sambungan telah diikat dengan skru.

71

Gambar 8.3: Proses menyambung c-channel

Gambar 8.4: Kerja penyambungan anggota kekuda
8.4 Membuat Salinan

Set kekuda pertama yang siap disambung akan digunakan sebagai
rujukan untuk penyediaan set kekuda yang lain. Set pertama diletakkan di
bahagian bawah manakala set kedua diletakkan bertindih di atasnya.
Untuk memastikan semua set kekuda selaras, set-set lain perlu menyalin
kedudukan anggota daripada set pertama. Dengan kaedah ini juga akan
mempercepatkan proses penyambungan anggota kekuda dan
mengurangkan kesilapan.

72

Gambar 8.5: Peoses menyaliln penyambungan anggota kekuda

Gambar 8.6: Kekuda bumbung yang telah siap disediakan

8.5 Pemasangan kekuda bumbung
Setiap rumah ditetapkan menggunakan 9 set kekuda dimana set

pertama dan set kesembilan akan berada pada bahagian tebar layar iaitu di
hujung rumah. Jarak antara kedua-dua tebar layar telah dikenalpasti
berdasarkan plan tapak mahupun struktur dinding yang telah siap.

73

Jarak antara kedua-dua tebar layar tersebut dibahagikan kepada 8
bahagian untuk menentukan kedudukan pemasangan kekuda bumbung.
Kedudukan kekuda pada bahagian atas dinding ditanda dan dipasangkan
L-bracket dengan menggunakan wall plug. L-bracket dipasang pada
dinding yang menyentuh kekuda terutama pada dinding luar. Setelah itu,
set kekuda dibawa naik ke bahagian atas rumah secara beransur ansur.

Gambar 8.7: Kekuda bumbung telah dinaikan

Kekuda di bahagian berhampiran tebar layar kiri dan kanan
didirikan terlebih dahulu dan diikat pada L-bracket. Benang diikat pada
kedua-dua puncak tebar layar untuk dijadikan panduan semasa memasang
kekuda. Setelah itu, kekuda yang lain boleh dipasang dengan memastikan
puncak kekuda sentiasa menyentuh benang. Sebatang batten akan
dipasang terlebih dahulu bagi mengelakkan kekuda dari tumbang Kekuda
dipastikan dalam keadaan pugak sebelum bahagian dasar kekuda diikat
pada L-bracket dengan menggunakan skru fastener. Ulang langkah
tersebut sehingga semua kekuda siap dipasang.

74

Gambar 8.8: Kekuda diikat pada dinding

Setelah semua anggota kekuda siap didirikan, lateral braces
dipasang pada bahagian tengah kekuda untuk menyambungkan kesemua
kekuda. Ia bertujuan untuk menambahkan kekuatan kekuda dan
menglakkan ia daripada mengleding dan huyung.

Langkah kedua ialah pemasangan batten. Sebanyak 28 batang
batten digunakan bagi sebuah rumah dimana sebelah sikat rumah
menggunakan 14 batang batten dalam 7 baris. Jarak antara baris ialah
400mm. Bagi mempercepat proses pemasangan batten, satu jig dibuat
pada jarak 400mm. Pekerja tidak lagi perlu mengukur dan membuat
penandaan bagi setiap baris yang baru. Pekerja hanya perlu meletakkan jig
dan memasang batten. Sambungan batten juga menggunakan skru
menebuk sendiri tetapi panjang skru ialah 2 inci.

75

Gambar 8.9: Struktur kerangka bumbung siap dipasang.
76

9. Pemasangan bumbung

Pemilihan jenis bumbung juga banyak dipengaruhi oleh faktor
nilai estetika dimana nilai keindahan semulajadi menentukan jenis
bumbung. Faktor ekonomi terlibat dalam pemilihan jenis bumbung. Kos
pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah
diambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Proses
kerja ini melibatkan 2 proses utama iaitu:

i. Pemasangan papan manis
ii. Pemasangan Penutup Bumbung
iii. Pemasangan Perabung

9.1 Pemasangan Papan Manis

Papan manis adalah papan terakhir yang dipasang pada bahagian
tepi bumbung di sekeliling bangunan. Ia dipasang bagi menambahkan nilai
estatika pada binaan. Ia boleh dipasang sebaik sahaja kerangka kekuda
bumbung siap dipasang.

Dalam proses pemasangan, kekemasan perlu dititikberatkan
terutamanya keadaan yang mesti aras. Sambungan antara papan manis
juga perlu kemas dan kukuh. Proses untuk mengecat juga perlu dilakukan
awal sebelum kerja pemasangan penutup bumbung dimulakan.

Gambar 9.1: Pemasangan papan manis.
77

9.2 Pemasangan Penutup Bumbung
Mengambil kira kos yang terhad, rumah My Beautiful New Home

menggunakan bumbung jenis besi (metal deck) yang lebih murah.
Sebanyak 20 keping penutup bumbung digunakan bagi sebuah rumah.

Gambar 9.2: Penutup bumbung dibawa naik
Menentukan kedudukan penutup bumbung pertama adalah amat
kritikal. Ia akan menentukan keseluruhan penutup bumbung yang akan
dipasang menjadi lurus atau bengkok. Sekiranya bengkok, ia
mengakibatkan kelihatan tidak cantik, menyukarkan proses pemasangan
malah boleh menyebabkan kerugian.
Benang diikatkan pada bahagian hujung kerangka bumbung
dimana selepas kedudukan papan manis. Semasa memasang penutup
bumbung, hujung atap mestilah menyentuh benang sebagai panduan.

Gambar 9.3: Proses pemasangan penutup bumbung
78

Penutup bumbung diikat pada batten dengan menggunakan skru
yang mempunyai getah bagi mengelakkan air mengalir melepasi
bumbung. Skru juga tidak boleh diikat terlalu ketat bagi mengelakkan
lubang skru membesar dan mengakibatkan kebocoran. Peletakkan skru
perlu tepat di atas batten kerana jika tidak kena pada batten maka lubang
yang terhasil akan mengakibatkan kebocoran dan perlu ditampal.

Gambar 9.4: Penutup bumbung diskru pada batten
Penutup bumbung yang disambung perlu ditindih pada jarak
tertentu. Dalam menentukan bilangan penutup bumbung yang diperlukan,
ia boleh ditentukan dengan mengambil kira panjang bangunan secara
melintang kemudian dibagikan kepada 3 disebabkan lebar sekeping petup
bumbung adalah 3 kaki setelah ditolak dengan nilai tindihan.

Gambar 9.5: Proses menskru penutup bumbung
79

9.3 Pemasangan Perabung
Langkah yang terakhir ialah pemasangan perabung. Perabung

adalah penutup bahagian sambungan bumbung di puncak kekuda.
Perabung perlu dipasang selepas semua bumbung siap dipasang dan diikat.
Pemasangan perabung perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak
berlaku kebocoran dan kemik pada bumbung. Selepas selesai pemasangan
perabung, ujian pengaliran air perlu dilakukan bagi mengesan kebocoran
samada pada bumbung atau perabung. Kebocoran awal ini boleh dibaiki
dengan menggunakan silikon atau menukar skru yang baru.

Gambar 9.6: Pemasangan perabung

Gambar 9.7: Bumbung yang siap dipasang
80

10. Kemasan dinding
Kedah pembinaan ini telah menghasilkan permukaan dinding
yang kemas dan tidak memerlukan kerja lepaan. Saiz bukaan pada dinding
untuk pemasangan kerangka pintu dan tingkap juga telah ditetapkan dan
ia mengikut spesifikasi yang betul.
10.1 Pemasangan kerangka pintu dan tingkap
Proses pemasangan kerangka pintu dan tingkap boleh mula
dipasang sebaik sahaja acuan aluminium dibuka. Saiz bukaan pada pintu
dan bukaan tingkap telah direkabentuk agar selari dengan saiz rangka yang
diperlukan. Oleh yang demikian, proses pemasangan menjadi semakin
mudah.

Gambar 10.1: Proses menanda kerangka tingkap

81

Gamabr 10.2: Menebuk lubang pada rangka tingkap

Gambar 10.3: Memasang besi gerigi pada kerangka tingkap
82

Gambar 10.4: Menebuk lubang pada bahagian tebal dinding
Lubang ditebuk pada bahagian tebal dinding dan kerangka secara
selari. Setelah itu, kerangka dipasang dan dipastikan berada dalam
keadaan pugak. Sebatang besi diketuk pada lubang di kerangka dan
dinding. Besi tersebut bertindak seperti paku yang mengikat kerangka
pada dinding. Proses ini dibuat pada sekeliling kerangka supaya ia kuat
dan kukuh.

Gambar 10.5: Pemasangan kerangka pintu yang telah siap.
83

Gambar 10.6: Kerangka pintu dan tingkap yang sedia dipasang

10.2 Lepaan Dinding
Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan

menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada
muka tembok. Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan
tangan serta penumpuan yang tinggi untuk menghasilkan kerja yang
bermutu.

Permukaan dinding yang terhasil daripada kaedah acuan
aluminium merupakan permukaan yang sedia ada licin dan kemas.
Kesemua bahagian dinding padat dan tiada sebarang kecacatan seperti
honeycomb dan kesan pengasingan. Oleh yang demikian, permukaan
dindingnya hanya memerlukan satu lapisan lepaan yang nipis (skim coat).

84

Gambar 10.7: Lepaan nipis pada permukaan dinding
Proses kemasan dinding perlu diakukan dengan kemas agar
memberikan kesan yang menarik pada permukaan. Skim coat ini juga
bertujuan untuk menutup kesan sambungan acuan aluminium pada
permukaan dan memberikan permukaan yang lebih cantik, rata dan licin
serta memberikan alas yang sesuai untuk kerja mengecat.

Gambar 10.8: Proses lepaan pada bahagian luar.
Kemasan licin yang dibuat pada projek ini merupakan lapisan
kemasan akhir yang dengan menggunakan likatan air simen dengan cara
melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah
kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapur.
Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab

85

atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini
agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.

Gambar 10.9: Proses lepaan pada bahagian dalam.

10.3 Kemasan Lantai
Kemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada

lantai konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan
dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos
rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara “monolithic” iaitu dibuat
sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan
kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan
menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.

Dalam menyediakan kemasan lantai, aspek aras perlu
ditikberatkan. Lapisan simen yang diratakan diatas permukaan asas perlu
aras supaya air tidak bertakung pada permukaan ketika lantai dibasuh.
Permukaan yang tidak sekata juga menyebabkan kesukaran pada
pemasangan pintu, perletakkan perabut dan kelengkapan-kelengkapan
lain.

86

Gambar 10.10: Proses meratakan lapisan kemasan lantai
Bancuhan yang digunakan untuk lapisan ini terdiri daripada
cimen, pasir dan air. Permukaan lantai diselesaikan dengan kemasan licin
supaya ia nampak lebih menarik dan selesa ketika dipijak. Ketebalan
kemasan adalah 2”.

Gambar 10.11: Kemasan licin pada lantai
Selain daripada jenis kemasan licin, lantai juga boleh dipasang
dengan Jubin. Sebelum membuat kemasan, pastikan lantai sama rata dan
kemas. Penggunakan nisbah bancuhan yang betul diperlukan supaya
bancuhan tidak terlalu cair atau pekat (1:2)(1 – Simen 2 – Pasir). Setelah
siap bancuhan, susuna jubin dari hujung dinding kanan ke kiri dan atas ke
bawah menjadi satu barisan sebagai ukuran. Untuk melekat jubin, pertama

87

sekali letakkan hujung tali yang bertemu iaitu sebaris tali melintang dan
sebaris tali memanjang.

Kemudian bancuhan simen diambil dan diletakkan pada lantai
seterusnya tarik simen dengan menggunakan “perata simen bergerigi”
untuk meratakan sambil menjadikan simen itu berombak. Kemudian jubin
diletakkan diatas simen berombak dan ketuk dengan menggunakan hulu
tukul bagi meratakan jubin tersebut. Bagi memastikan keseimbangan jubin
tersebut penimbang air digunakan bagi mengetahui kecerunan jubin
tersebut. Kemudian ulang proses yang sama sehingga selesai. Untuk
memastikan jubin bersih dan kemas, kotoran diatas jubin mesti dicuci
dengan air menggunakan span sebelum ia menjadi keras.

Gambar 10.12: Simen disapu pada Jubin.

10.4 Pemasangan siling
Kerja kemasan terdiri daripada kemasan lantai, dinding dan

pemasangan siling. Siling berfungsi untuk menutup bahagian kerangka
bumbung dan memberikan pemandangan yang lebih baik. Selain daripada
itu, ia juga berfungsi untuk menebat haba daripada bahagian bumbung.

Salah satu jenis siling adalah siling gantung (suspended siling).
Untuk memasang siling ini, satu garisan rujukan yang aras dibuat pada

88

dinding. Kerangka siling dipasang di garisan tersebut pada bahagian
dinding dengan menggunakan paku. Setelah itu, kerangkan di bahagian
tengah pula dipasang dan digantung pada kerangka bumbung dengan
menggunakan dawai. Kerangka mestilah kukuh dan kuat untuk
menanggung berat siling.

Setelah kerangka siling siap disediakan, kepingan siling boleh
dipasang dengan meletakkannya di atas kerangka siling.

Gambar 10.13: Pemasangan siling
10.5 Kerja mengecat

Kerja mengecat merupakan satu proses mewarna dinding atau
suatu permukaan dengan mennyapu cat. Cat merupakan sejenis cecair
yang digunakan dalam perusahaan untuk memberi lapisan perlindungan
kepada bahan-bahan seperti konkrit, lepaan, kayu, besi dan sebagainya.

89

Gambar 10.14: Mengecat lapisan asas
Cat berfungsi untuk melindungi bahan-bahan tersebut daripada
kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga,
proses pengoksidaan dan sebagainya. Ia juga akan memberikan
pemandangan yang cantik serta memudahkan kerja-kerja pembersihan
permukaan.

Gambar 10.15: Kerja mengecat bahagian dinding luar
90

Kerja mengecat dijalankan dengan menyediakan permukaan yang
sesuai terlebih dahulu. Permukaan yang hendah dicat mestilah bersih dan
kering. Proses mengecat juga perlu dijalankan dalam keadaan cuaca yang
cerah supaya ia cepat mengering dan melekat pada permukaan.

Gambar 10.16: Penggunaan masking tape untuk membuat garisan
Penyediaan lapisan asas perlu disediakan terlebih dahulu sebagai

lapisan pertama. Lapisan ini akan menutup warna asal konkrit dan
menjadikan warna permukaan menjadi sekata. Cat disapu dengan
menggunakan berus dan penggelek cat.

91

Gambar 10.17: Kerja mengecat rangka tingkap.
Semasa proses mengecat, faktor kekemasan perlu dititikberatkan.
Cat yang disapu perlu rata dan sekata. Bahagian lantai perlu dialas bagi
menjaga kebersihan lantai daripada kesan cat tumpah. Bagi bahagian
sempadan yang berlainan warna, kaedah menampal masking tape boleh
digunakan untuk memberikan kesan cat yang baik dan menarik.

Gambar 10.18: Rangka pintu dan tingkap yang sudah dicat
92

11. Sistem saliran
Perkara yang perlu diambil kira dalam pemasangan longkang ini
ialah kecerunan. Longkang perlu diberi kecerunan yang tepat supaya
pergerakan air tidak menjadi lambat atau tersumbat. Oleh itu, sangat
penting untuk menggunakan teknik-teknik yang betul dalam proses
pemasangan longkang.

Gambar 11.1: Kerja pengorekan longkang keliling
Untuk memasang longkang keliling (paremeter drain), ia
dimulakan dengan kerja pengorekan pada kedalaman dan kelebaran
tertentu berdasarkan diameter longkang. Longkang bawah tanah mesti di
tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya
paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di
atasnya. Bahagian dasar korekan ditaburkan pasir supaya kerja memaras
mudah dijalankan.

93

Gambar 11.2: Pemasangan longkang
Tali atau benang diikat pada bahagian tepi longkang untuk
dijadikan panduan supaya longkang tersebut lurus semasa ia dipasang.
Longkang dipasang dan diparas mengikut kecerunan yang membolehkan
air mengalir.

Gambar 11.3: Pemasangan bata dan penyokong longkang
Batu bata diikat pada sisi longkang untuk memudahkan
pemasangannya dan menyokongnya. Kedudukan longkang akan kekal
serta kuat dan tidak mudah pecah. Longkang disambung antara satu sama

94

lain dengan menggunakan simen. Longkang perlu dibersihkan supaya air
dapat mengalir dengan sempurna.

Gambar 11.4: Kerja kemasan longkang
Air dari longkang keliling dari setiap unit rumah akan disalirkan
ke parit yang lebih besar. Dalam pembinaan longkang, beberapa kaedah
boleh digunakan seperti penggunaan konkrit pratuang, pembentungan
kekotak, sistem perpaipan dan sebagainya. Bagi kawasan pembinaan
prosej ini, kaedah pembinaan yang digunakan adalah konkrit tuang di situ.
Kaedah ini sesuai digunakan pada kawasan yang struktur tanahnya kurang
kuat yang boleh berlakunya mendapan atau runtuhan pada bahagian
tebing. Selain daripada itu, faktor masa dan bekalan juga menjadi
pertimbangan utama kaedah ini dipilih.

95

Gambar 11.5: Proses pengorekkan tanah

Proses pembinaan dimulakan dengan kerja penandaan dan
penentuan kedudukan serta arah saliran air. Setelah iru, kerja penggalian
dengan menggunakan jentera boleh dijalankan. Kedalaman dan kecerunan
perlu ditentukan supaya arah saliran air boleh ditujukan ke kawasan
takungan atau terus ke pembentongan yang lebih besar. Saiz yang sesuai
berdasarkan rekabentuk seperti lebar dan kedalaman juga perlu
dititikberatkan supaya ia mampu menanggung isipadu air yang akan
mengalir.

Lapisan polythene (lapisan kalis lembab) dipasang pada dasar
parit supaya kerja konkrit boleh dijalankan dengan baik. Dengan adanya
lapisan ini, konkrit dan tanah asal dapat dielakkan daripada bercampur.
Setelah itu, kerja konkrit dasar parit boleh dijalankan. Tetulang BRC
dipasang bagi menambahkan kekuatan dan mengelahkan parit pecah.

96

Gambar 11.6: Dasar parit yang telah siap dikonkrit
Bahagian dinding parit didirikan tembok bata. Tembok ini diikat
dengan menggunakan ikatan tebal 1 bata seperti Ikatan Flemish, Ikatan
Inggeris, Ikatan Kepala Bata dan sebagainya. Ikatan ini mampu
menanggung beban secara mendatar. Dalam pembinaan tembok ia perlu
lurus, sejajar dan kukuh.

Gambar 11.7: Kerja pemasangan dinding parit.
97

Gambar 11.8: Sistem saliran.
98

12. Cabaran Dalam Pembinaan

Dalam proses melaksanakan projek ini, beberapa cabaran telah
dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat. Antara cabarang yang dihadapi
adalah :

12.1 Kaedah pembinaan baru
Kaedah pembinaan IBS yang menggunakan acuan aluminium

yang boleh diguna semula seperti di dalam projek ini adalah proses baru
dalam pembinaan. Pemilihan kaedah ini dalam proses pembinaan pada
projek rintis My Beautiful New Home merupakan suatu usaha untuk
memperkenalkan dan meperluaskan penggunaannya dalam bidang
pembinaan terutamanya di kawasan luar bandar.

Oleh yang demikian, cabaran utama yang dihadapi adalah
menyesuaikan diri dengan kaedah kerja pembinaan. Preses pembinaan
yang menggunakan kaedah ini berlainan dengan kaedah konvensional
yang biasa digunakan. Usaha untuk memendekkan masa pembinaan setiap
unit rumah sentiasa diambil dan tidak sama sekali menurunkan kualiti
binaan.

Gambar 12.1: Gambar penulis bersama pihak kontraktor, subkontraktor,
penyelia tapak dan tenaga mahir acuan.

99


Click to View FlipBook Version