The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizal_psb, 2020-11-01 22:18:54

Buku Bn Home (Cover to Cover)

Buku Bn Home (Cover to Cover)

Pada awal proses pembinaan, perjalan gerak kerja projek agak
perlahan kerana para pekerja masih belum mahir dengan penggunaan
acuan. Mereka perlu memahami proses pembinaan yang perlu dijalankan,
kedudukan dan kaedah pemasangan menanggalkan acuan, serta proses
pengurusan projek secara keseluruhannya.

Tempoh yang diambil untuk menyiapkan seunit rumah adalah 12
hingga 13 hari. Proses ini terdiri daripada penyediaan substruktur sehingga
proses kemasan.

Bagi menghadapi keadaan ini, pihak kontraktor telah mengambil
langkah dengan meminta pihak pembekal acuan iaitu MFE Formwork
Technology Sdn. Bhd. menyediakan dua orang yang pakar dalam proses
pembinaan ini. Beliau telah memberikan latihan kepada pekerja dari segi
pembacaan plan dan sistem kod acuan, proses penandaan, proses
pembinaan, memasang dan menanggalkan acuan serta langkah yang perlu
diambil apabila berlaku perkara-perkara luar jangka.

Gambar 12.2: Penerangan dan latihan pemasangan acuan

Setelah langkah ini diambil, para pekerja didapati mulai faham
dengan proses kerja dan perjalanan kerja pembinaan dilihat mula berjalan
dengan lebih lancar. Tempoh yang diambil untuk menyiapkan seunit
rumah telah dipendekkan kepada 10 hari sahaja.

Bilangan acuan aluminium yang digunakan di tapak adalah
sebanyak 7 set. Walaubagaimanapun, penghantaran acuan yang lewat di
tapak juga mempengaruhi perjalanan projek.

100

Gambar 12.3: Proses menurunkan acuan aluminium

Gambar 12.4: Penempatan acuan aluminium di kawasan projek
12.2 Pekerja yang kurang mahir

Projek rintis My Beautiful New Home merupakan suatu usahasama
startegik yang dijalankan antara Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
yang diwakili oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Majlis Daerah Manjung serta Ascencion Technology SDN. BHD.

Seramai 200 orang pelajar dari Politeknik Sultan Idris Shah, Kolej
Komuniti Sabak Bernam, Kolej Komuniti Tapah dan Kolej Komuniti
Sungai Siput telah terlibat untuk menjayakan projek ini. Dengan
mengikuti projek ini, para pelajar diberi ruang untuk mempelajari kaedah
pembianan terkini, meningkatkan pengalaman dalam dunia sebenar

101

pembinaan, mempraktikkan pengetahuan teori dalam bentuk praktikal
serta memberi peluang untuk menerapkan nilai moral kepada setiap
pelajar.

Kehadiran pelajar yang bukan merupakan pekerja mahir diatur
oleh penyelia tapak mengikut giliran. Setiap kumpulan terdiri daripada 40
orang pelajar termasuk lelaki dan perempuan akan berada di tapak selama
14 hari. Oleh kerana mereka bukanlah merupakan pekerja yang belum
pernah terlibat dengan proses pembinaan, kekuatan mental dan fizikal
mereka agak terhad. Mereka mengambil masa untuk menyesuaikan diri
dengan dunia pekerjaan di tapak bina. Oleh yang demikian, kelancaran
kerja sering terganggu setiap kali kumpulan baru masuk ke tapak untuk
menggantikan kumpulan yang lama. Proses ini berulang sehingga semua
pelajar merasai proses kerja di tapak.

Gambar 12.5: Pelajar yang terlibat dengan projek

Kehadiran para pensyarah yang berada di tapak telah memainkan
peranan untuk menjadi mentor kepada pelajar. Pensyarah memberikan
taklimat, nasihat, bimbingan dan dorongan kepada pelajar agar pelajar
cepat dapat menyesuaikan diri dengan kerja di tapak.

Para pelajar juga telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dan
dicampurkan dengan pekerja-pekerja asal tapak. Ini akan memberi ruang
kepada pelajar untuk mempelajari dengan lebih cepat berkaitan kaedah
pembinaan yang dijalankan. Setiap kumpulan yang dibentuk terdiri
daripada 5 orang pekerja dan 5 orang pelajar.

102

Gambar 12.6: Bimbingan diberikan kepada pelajar

Langkah-langkah yang diambil dilihat telah mampu memberi
dorongan kepada pelajar supaya dapat meningkatkan keyakinan pelajar
dengan kerja tapak. Pelajar dilihat dapat bekerjasama dan berkomunikasi
dengan para pekerja sepanjang latihan dijalankan. Terdapat juga pelajar
yang telah meningkatkan kemahiran dalam bidang yang diminati seperti
pemasangan bumbung dan sebagainya.

Para pekerja yang juga baru dengan sistem binaan ini lama-
kelamaan telah dapat memahami kaedah binaan. Sistem yang lebih ringkas
dan mudah ini boleh dilaksanakan dengan baik walaupun dijalankan oleh
bukan pekerja mahir. Oleh itu, sistem ini merupakan suatu inovasi yang
amat baik dan dapat mempercepatkan serta meringkaskan proses
pembinaan.

12.3 Kehilangan

Dalam menjalankan projek ini, berlaku perkara-perkara luar
jangka yang menggangu kelancaraan proses pembinaan. Pada awal proses
pembinaan di fasa 1 dan 2 yang mana kedudukannya berhampiran dengan
pejabat tapak, semua peralatan dan bahan binaan dapat dijaga dan dikawal
dengan baik. Namun begitu, apabila pembinaan mula memasuki ke fasa 3
lokasinya semakin jauh dengan pejabat tapak.

103

Beberapa bahagian acuan aluminium dan aksesori telah didapati
hilang dari tapak bina. Acuan aluminium yang telah ditanggalkan selepas
selesai proses pengkonkritan dikumpulkan disuatu tempat untuk
dipindahkan ke tapak yang lain. Apabila ia dipasang di tapak yang baru,
didapati bahagian tertentu acuan didapati tidak lengkap.

Perkara ini telah mengganggu perjalanan projek. Kesemua 7 set
acuan tidak dapat dijalankan secara serentak kerana terpaksa digunakan
untuk menampung bahagian yang hilang supaya set yang tersebut boleh
dikonkrit.

Laporan polis telah dibuat di balai polis berdekatan dan kes
penyiasatan diserahkan kepada pihak polis. Untuk mengelakkan perkara
ini daripada berulang, pihak kontraktor telah mengambil beberapa
tindakan dengan mendapatkan bantuan pihak RELA tempatan untuk
membantu menjaga keselamatan setempat.

Selain daripada itu, untuk menjaga keselamatan dan menghalang
kawasan pembinaan dimasuki oleh penduduk setempat atau orang yang
tidak berkenaan, pemasangan pagar adangan sementara (Hoarding
Board).

Gambar 12.7: Pemasangan Hoarding Board

104

12.4 Menerima pelawat
Projek rintis My Beautiful New Home telah menarik minat banyak

pihak untuk melihat perjalanannya. Antara sebab ia mennjadi perhatian
banyak pihak adalah ia menggunakan kaedah pembinaan yang terkini,
keterlibatan banyak pihak seperti dari kerajaan tempatan, Kemeterian
Pendidikan Tinggi dan sebagainya. Ia juga merupakan projek yang
melibatkan wakil rakyat dan penduduk setempat.

Oleh yang demikian, tapak projek sentiasa menerima lawatan dari
pelbagai pihak. Terdapat lawatan yang memerlukan majlis formal,
terdapat juga lawatan mengejut dan tidak kurang juga pelawat yang ingin
mendapatkan maklumat mengenai proses pembinaan. Ada juga segelintir
penduduk yang datang untuk mendapatkan maklumat berkaitan
permohonan memiliki rumah.

Untuk memberi laluan kepada majlis-majlis tertentu, proses kerja
terpaksa ditangguhkan sementara dan ini secara tidak langsung
memperlahankan perjalanan projek. Namun begitu, kehadiran pelawat ini
hanya pada awal perjalan projek.

Gambar 12.8: Lawatan dari Ketua Setiausaha KPT

105

Kesimpulan

Projek telah dimulakan pada 1 Februari 2017 dan 50 biji rumah
dengan menggunakan kaedah IBS (reusable formwork) telah berjaya
disiapkan dalam tempoh 90 hari pada 28 April 2017.

Melalui usahasama dari pelbagai pihak seperti Kerajaan
Tempatan, Industri dan Institusi Pendidikan, projek rintis My Beautiful
New Home dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelbagai pihak dilihat
menerima kesan yang positif atas inisiatif ini.

Sepanjang projek berjalan, dapat dilihat kesungguhan dan iltizam
yang tinggi diberikan oleh semua pihak. Beberapa cabaran berjaya
dihadapi dan diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Para pelajar yang terlibat menunjukkan peningkatan dari aspek
kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pembinaan sebenar. Mereka
dilihat lebih yakin dan bersedia untuk menghadapi cabaran sebenar dunia
pekerjaan selepas tamat pengajian kelak.

Kerja-kerja berbentuk khidmat sosial seperti ini juga telah
memupuk sifat kasih sayang dan rasa tanggungjawab sosial kepada semua.
Ilmu yang dipupuk dapat digunakan bukan sahaja untuk kegunaan sendiri,
malah untuk membangunkan masyarakat setempat secara umum.

Projek-projek seperti ini juga dilihat mampu untuk
mengembangkan lagi industri pembinaan dalam bidang IBS di Malaysia.
IBS merupakan sistem yang boleh mempercepatkan kaedah pembinaan
dan mengurangkan kos sekiranya dirancang dengan baik.

Pada 2 Februari 2019, majlis penyerahan kunci telah
disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin
Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak.

106

Lampiran
107

108

109

110

111

112


Click to View FlipBook Version