PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, memanjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya dapat melaksanakan pentaksiran berterusan ini dengan sempurna. Berkat doa dan usaha gigih saya selama tempoh yang diberikan telah membuahkan hasil kerja seperti yang telah diarahkan. Di samping itu, saya telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah bagi kursus Kokurikulum Unit Uniform PISMP Semester 5 Ambilan Jun 2021/2026 kerana telah memberikan tugasan ini kepada kami untuk kami melaksanakannya dalam tempoh yang diberikan. Tugasan ini saya pikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan serba sedikit dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam menjadi seorang guru di sekolah. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan bantuan dari segi sokongan sepanjang saya menyiapkan pentaksiran berterusan ini dengan sempurna. Merekalah yang telah banyak memberikan saya semangat untuk sentiasa bersabar dalam mencari maklumat. Akhir madah, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam penghasilan pentaksiran berterusan ini termasuk rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya alpa. Terima kasih. “Saya Bangga Menjadi Guru”
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Biodata 6 Maklumat Kumpulan 7 1.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI 8 1.1 Dasar pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin 9 1.2 Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri 10 1.3 Cogan kata dan lambang 11 1.4 Isyarat dan hormat Pandu Puteri 14 1.5 Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri 16 1.6 Isyarat wisel serta isyarat tangan 17 1.7 Lagu Pandu Puteri 19 1.8 Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 20 1.9 Bendera Dunia 20 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI 21 2.1 Sejarah perkembangan 22 2.1.1 Riwayat hidup pengasas 22 2.1.2 World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 23 2.1.3 Asia Pasifik 26 2.1.4 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 27 2.1.5 Hari Peringatan Sedunia 30 2.2 Struktur organisasi 38 2.2.1 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 38 2.2.2 Persatuan Pandu Puteri Cawangan 39 2.2.3 Persatuan Pandu Puteri Kadet 40 2.2.4 Persatuan Pandu Puteri Tunas 41
3.0 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM (SK) 42 3.1 Program Pandu Puteri Tunas (PPT) 43 3.1.1 Prinsip asas PPT 43 3.1.2 Anugerah TOPAZ I, TOPAZ II, TOPAZ III. 44 3.1.3 Skim lencana kecekapan 47 3.1.4 Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya Cawangan 48 3.1.5 Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya 49 4.0 KAWAD DAN ISTIADAT PANDU PUTERI 50 4.1 Kawad asas 51 4.2 Istiadat ladam kuda 52 4.3 Istiadat menaikkan dan menurunkan bendera 53 4.4 Perlantikan Pandu Puteri Kadet 54 4.5 Istiadat Pandu Puteri Tunas 55 4.5.1 Lingkungan Pandu Puteri Tunas 55 4.5.2 Perlantikan 56 4.5.3 Hormat besar 56 4.5.4 Pow Wow 56 4.5.5 Terbang Naik 57 4.5.6 Penutupan mesyuarat pasukan 57 5.0 KESUKARELAWAN 58 5.1 Konsep 59 5.2 Kepentingan 59 5.3 Jenis aktiviti kesukarelawan 59 6.0 KEMAHIRAN ASAS PANDU PUTERI 60 6.1 Simpulan 61 6.1.1 Tali temali 61 6.1.2 Buku sila, simpul manuk, bunga geti, tindih kasih, simpul balak, simpul belit 61
6.2 Ikatan 62 6.2.1 Seraya, serong, lilit kacang, silang tungku, silang gunting 62 6.3 Gajet 63 6.3.1 Tujuan dan kepentingan 63 6.3.2 Jenis dan kegunaan 64 6.4 Masakan Solar 65 6.4.1 Prinsip 65 6.4.2 Peralatan ------ dapur solar 65 6.4.3 Kaedah memasak 66 6.4.4 Menu 66 6.5 Bantu Mula 67 6.5.1 Tujuan dan prinsip 67 6.5.2 Kit bantu mula 67 6.5.3 Anduh dan balutan 67 6.5.4 Merawat luka dan gigitan 68 6.5.5 Melecur, pitam dan patah 69 6.5.6 Keracunan dan terseliuh 69 6.5.7 Pemulihan pernafasan 69 7.0 MAKLUMAT TAMBAHAN 70 8.0 LAPORAN MINGGUAN 78
BIODATA Nama : Nur Azidah Awatif binti Abdul Latif No. kad Pengenalan : 030906-07-0572 Tarikh Lahir : 6 September 2003 Tempat Lahir : Klinik Penawar Permatang Pauh Alamat Tetap : 902, Merbau Kudung Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang Institut Pengajian : IPG Kampus Perlis, 01000 Jalan Behor Pulai, Kangar Perlis Program Pengajian : PISMP JUN 2021/2026 Bahasa Melayu G Nama Patrol : Siantan
MAKLUMAT KUMPULAN SIANTAN “Siantan datang berkawan, berani macam pahlawan” Ahli Kumpulan: Bil Nama Kelas No. Tel Jawatan 1. Ain Sofea binti Mohd Asrull BM A 017-4118403 Ketua 2. Nur Azidah Awatif binti Abdul Latif BM G 018-4748734 Penolong Ketua 3. Nazifa Syahirah binti Mohd Shaffie BM B 011-36655579 Setiausaha 4. Siti Zulaika Abdul Rahman MUZIK C 014-3932415 Naib Setiausaha 5. Nurul Alya Natasha binti Rusli BM D 011-25765220 Ajk Aktiviti 1 6. Nur Qistina binti Azmi BM G 016-2040742 Ajk Aktiviti 2 7. Nur Amira Emylia binti Abdul Rahim BM A 011-28060488 Ajk Dokumentasi 1 8. Siti Zulaikha binti Othman BM I 011-30364461 Ajk Dokumentasi 2 9. Irdina Balqis binti Jasni BM H 011-28522541 Ajk Induk 10. Nur Alya Batrisya binti Mahazir BM C 019-6705265 Ajk Induk 11. Nurul Atikah binti Hasbullah BM H 019-5614805 Ajk Induk 12. Nur Emiza binti Azmi BM D 011-62073574 Ajk Induk
PRINSIP ASAS PANDU PUTERI
1.1 Dasar pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan Amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan Taking the lead in developing the potential of girls and women for change VISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, Kemahiran dan nilai pandu puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa MISI
1.2 Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong setiap masa, dan mematuhi undang-undang pandu puteri. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang PPandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
1.3 Cogan kata dan lambang Lencana Dunia Pandu Puteri SIMBOL MAKSUD Ketiga-tiga kelopak pepina (Trefoil) Tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri Tapak Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri Jalur atau urat menajam ke atas Melambangkan jarum kompas yang sentiasa menjadi pedoman atau petunjuk ke jalan yang benar dalam kepanduan. Dua bintang Melambangkan Persetiaan dan Undang-undang yang menjadi pedoman hidup kita. “Selalu Bersedia” Be Prepared “Selalu Sedia” merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan.
Lencana Trefoil Dunia (World Badge) ialah lambang WAGGGS. Lencana ini hanya boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh yang telah melafazkan ikrar. Di peringkat dunia, lencana ini merupakan simbol perpaduan di kalangan Pandu Puteri sedunia. Warna emas pada lambang ini membawa maksud sinaran matahari yang memancar ke atas semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daun bercabang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri yang asalnya telah diperkenalkan oleh Lord Baden Powell. Bnetuk segi empat bujur ke atas di tengah-tengah daun adalah jarum kompas yang menunjuk ke arah utara, iaitu arah yang menjadi matlamat Pandu Puteri. Manakala dua bintang di sebelah kiri dan kanan menandakan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini. Lencana Pandu Puteri Malaysia Simbol Penerangan Trefoil Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri Bintang pecah empat belas 13 buah negeri di Malaysia. I pecahan lagi menghala ke atas menandakan jarum kompas bermaksud jalan yang benar.
Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS – World Association of Girl Guides and Girl Scouts) pada tahun 1928, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar, sebagai lambang cita-cita Pandu Puteri. Reka bentuk lencana Pandu Puteri Malaysia pada mulanya diperkenalkan pada bulan Januari tahun 1962. Ia dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat. Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut sehelai daun yang jatuh ke tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentuknya. Berikutan satu perbincangan sesama ahli-ahli kadetnya, mereka telah mencapai kata putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya reka bentuk daun tadi digunakan sebagai reka bentuk trefoil. Ini menggantikan lencana trefoil Inggeris yang telah digunakan sebelum tahun 1962. Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetiaan. Cantuman tiga duan ini melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini. Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah-tengah cantuman daun itu bererti wujudnya perpaduan antara 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di negara ini. Ia penting kerana Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahli walaupun terdiri daripada bangsa, agama dan budaya berlainan. Pemimpin akan menyemat lencana ini pada skaf ahli semasa Upacara Pelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Jadi lenacana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan.
1.4 Isyarat dan hormat Pandu Puteri Isyarat • Pada dasarnya, isyarat Pandu Puteri adalah sama seperti Hormat Pandu Puteri, perbezaannya ialah kegunaan dan kedudukan tangan. • Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri memperbaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini Isyarat Pandu Puteri dilakukan. • Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. • Caranya adalah seperti berikut: 1. Pandu Puteri berada kedudukan sedia. 2. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3. Kedudukan jari sama seperti hormat Pandu Puteri. 4. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan.
- Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga sesama ahli Kumpulan. - Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. - Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat • Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3. Upacara mengibarkan bendera. • Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4. Sebaik sahaja hormat dibalas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri boleh beredar.
1.5 Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang yang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam yang lain. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lanta situ Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. v
1.6 Isyarat wisel serta isyarat tangan Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai. SIMBOL Tiupan Panjang Tiupan pendek
1.7 Lagu Pandu Puteri Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high, Is never furled throughout the world, For hope shall never die, We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. LAGU DUNIA TAPS (SIANG) Kami puji, nikmat diberi, Matahari, bintang-bintang, langit biru, Mana pergi hidup kami Tuhan saksi Thanks and praise, for our days, ‘Neath the sun, ‘neath the stars, ‘neath the sky, As we go, this we know God is nigh TAPS (MALAM) Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan Day is done, gone the sun From the sea, from the hills, from the sky All is well, safely rest God is nigh Hey, hey, hey It’s thinking day (2x) All over the world It’s thinking day In Malaysia, it’s thinking day In Singapore, its thinking day In Philippines, it’s thinking day In Mexico, it’s thinking day In Switzerland, its thinking day In Canada, it’s thinking day All over the world It’s thinking day We are guide (2x) We are girl guide through and through Keep our promise, wear out badges, Keep the law in front of you On to guilding here’s to guilding If there’s danger never mind Keeps on trying, keep on smiling That’s the spirit sister guides WE ARE GIRL GUIDES
1.8 Bendera Bendera Pandu Puteri Dunia Bendera Dunia ialah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun itu. Pepina dan Bendera Dunia yang baru ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian PAX LODGE. Tiga petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan. Lencana Dunia berwarna kuning emas dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. Bendera Pandu Puteri Malaysia Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahupun sekolah. Ia juga dikibarkan di Rumah Pandu Puteri atau Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri. Latar belakang keseluruhan bendera ini berwarna biru. Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas diletakkan di tengah-tengahnya. Ia membawa maksud matahari menyinari setiap kanakkanak di dunia. Perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengelilingi lencana tersebut.
SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI
Riwayat hidup pengasas 2.1 Sejarah perkembangan Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan “Girl Guides” dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai “Girl Scouts”. Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau “Girl Guides”. Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau “Chief Guide”. Beliau telah diberi gelaran “World Chief Guide” pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun.
World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap “Scout Rally” pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri dan juga keluarga gadis. Oleh itu, Lord Robert Baden-Powell memilih nama “Girl Guides” atau “Pandu Puteri” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan, Kumpulan Perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. 1909 Agnes Baden-Powell, mengadaptasi buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Lord Robert Baden-Powell yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. 191 Di serata dunia Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa Kumpulan. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. 1912
Sementara Agnes Baden-Powell memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Olave Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert Baden-Powell dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 1918 Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan ntuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia. 1919 Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, Kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. 1920 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai “Our World News. Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri/ Pengakap Puteri di seluruh dunia. 1924
Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan BadenPowell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat Keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Bro Dunia (Wolrd Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, Keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia, Lord dan LadyBaden-Powell serta pengarah Bro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. 1928 Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Olave Baden-Powell menjadi ketua Pandu Chief Guide England dan Ketua Pandu Puteri Sedunia. 1930 Sementara itu, pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta. Pusat Dunia yang pertama dibuka.
Sehingga Hari ini Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Pembukaan Our Cabaa Pembukaan Sangam. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) Bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge) Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja Wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan 1925 Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak Kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan
kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937-1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. 1948- 1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.
1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963 1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktivitiaktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah
kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik Sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semanagt Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ‘98 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8-15 Februari: Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan projek biskut dan penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation for A Better World) 11 negara mengambil bahagian.
20-26 November: Aktiviti Antarabangsa; ‘Bilateral Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia -China) 2001 7-12 September ---- Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April ---- Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia.Tema yang ditetapkan ialah “Kami Membawa Keriangan”. Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanakkanak (pediatrik) Projek “Lids for Limbs” telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Projek Bungkusan Kasih atau “Peace Packs” telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer dan Pemimpin mencipta Sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan “Menuju ke Puncak”. Seramai 49 ahli Berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli AGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) – 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang Upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) Berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai “Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia”. 2005 21-23 Februari – Pada pertama kalinya “GirlGuides’ Summit” diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema “Makanan” turut diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 “Peace Packs” telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16-17 April – Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos – Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos – Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Inkandariah Binti Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang. September ---- Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober – YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM Kembali ke Rahmatullah. 2006 Januari – Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkasa: Nama Lama Nama Baru Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer
Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac – Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1-6 April – Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman- Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April – 1 Mei – Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah penyertaan terbanyak. 9 Jun- Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru “Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kinabalu Julai – Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober – Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari – Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia Januari & Februari – Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif “Scientific Creative Thinking” diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy 19 Januari – Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April – PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3-9 Jun – Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada “9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering”. Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang ahli dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di
acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun – Forum Belia bertajuk “Voice of Girls and Young Women” diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun- Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September – Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober – Lawatan Mesra YB Dato’ Seri Azalina binti Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November – Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke- 90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2008 19 Januari – Pelancaran “Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan” di Sungai Petani, Kedah 6-12 Julai – Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun2011 17-22 Ogos – Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini daihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom
SEHINGGA KINI Untuk mencapai Hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru. Kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, sama ada secara langsung atau pun tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti-aktiviti tempatan dan antarabangsa.
2.2 Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Persatuan Pandu Puteri Cawangan
Pasukan Pandu Puteri Kadet
Pasukan Pandu Puteri Pasukan
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
3.1 Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Prinsip asas Pandu Puteri Tunas Seorang Pandu Puteri Tunas hendaklah: 1. Mengetahui, menghayati dan mengamalkan • Persetiaan • Undang-undang • Cogan kata • Isyarat dan Hormat • Berjabat Tangan 2. Mengetahui dan memahami • Logo, lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia • Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia 3. Mengenal dan mengetahui makna Bnedera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia 4. Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri 5. Memperoleh Lencana Kecekapan kawad dan istiadat 6. Memperoleh Lencana kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas 7. Memperoleh Lencana Sahabat Pandu Puteri Tunas 8. Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita.
Anugerah Topaz I Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencanalencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz I: • Memperoleh Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan; (Elemen 2, No.9) • Memperoleh Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu, (Elemen 5, No.3) • Memperoleh Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan; (Elemen 5, No.8) • Memperoleh satu lencana Sutainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG2, 7, 13, 14 atau 15 dan (Elemen 4) • Memperoleh satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen
Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencanalencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz II. • Lencana kecekapan Pereka Alat Permainan • Lencana Kecekapan Ahli Rumah Tangga • Lencana kecekapan Kesihatan • Lencana kecekapan Gear UP • Sekurang-kurangnya satu lencana WAGGGS daripada pilihan yang berikut: 1 Stop the Violence (STV) 2 Free Being Me (FBM) 3 Action Body Confidence (ABC) 4 Surf Smart Anugerah Topaz II
Anugerah Topaz III Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencanalencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz III. • Lencana kecekapan Patriotisme • Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian • Lencana kecekapan Jurumasak • Satu lencana Sutainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tuna yang belum diperoleh daripada SDG 2,7, 13, 14 atau 15 • Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemeb Cabaran dan Kecergasan; dan • Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains dan Teknologi.
Skin Lencana Kecekapan Lencana-lencana kecekapan yang dikategorikan mengikut lima elemen iaitu; Budaya dan Kreativit Cabaran dan kecergasan Sains dan Teknologi Agen Perubahan Hubungan Keluarga dan Masyarakat
Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya Cawangan SYARAT KELAYAKAN IALAH CALON-CALON: ✓ Perlu berada dalam Tahun 5 ✓ Perlu menganuti agama atau kepercayaan kerohanian ✓ Telah dilantik ✓ Telah memperoleh Anugerah TOPAZ I dan Anugerah TOPAZ II ✓ Telah memperoleh dua lencana kolektif ✓ Telah menyertai sekurang-kurangnya satu perkhemahan Pandu Puteri Tunas anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (pada mana-mana peringkat) ✓ Telah menghantar Buku Log untuk disemak di peringkat cawangan; dan perlu melengkapkan dan menghantar Borang pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan ke Ibu Pejabat Persatun Pandu Puteri Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN IALAH CALON-CALON: ✓ Perlu berada dalam Tahun 5 atau Tahun 6 ✓ Perlu menganuti agama atau kepercayaan kerohanian ✓ Telah memperoleh Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan ✓ Telah menyertai atau membantu dlaam acara Pandu Puteri di peringkat sekolah. ✓ Zon / daerah, cawangan atau kebangsaan ✓ Telah memperoleh Anugerah TOPAZ III ✓ Telah memperoleh lima lencana kolektif ✓ Telah menghantar Buku Log Kemajuan dan Buku Log Peribadi untuk disemak di peringkat kebangsaan dan perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya ke Ibu Pejabat, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya
BUKU LOG PERIBADI Tahap pelibatan sebagai Pandu Puteri Tunas di peringkat: • Sekolah (sekurang-kurangnya empat kali) • Daerah (sekurang-kurangnya dua kali) • Cwangan (sekurang-kurangnya dua kali) • Kebangsaan (sekurang-kurangnya satu kali) • Antarabangsa (sekurang-kurangnya satu kali) dan khidmat khas (bonus). CONTOH