The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azidahlatif, 2024-03-12 12:24:48

BM G_NUR AZIDAH AWATIF BINTI ABDU LATIF_TUGASAN 2 (BUKU LOG DIGITAL

PANDU PUTERI KADET IPGMKPs

KAWAD DAN ISTIADAT PANDU PUTERI


4.1 Kawad Asas ▪ Pergerakan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan. ▪ Aspek penting dalam kawad kaki adalah sentiasa mendengar arahan daripada pemimpin ataupun jurukawad. ▪ Pergerakan yang diarahkan perlu dilakukan secara serentak. ▪ Setiap hentakan kaki dan sebutan dapat didengar dalam satu bunyi atau suara. ▪ Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawad kaki statik, kawad kaki dinamik dan kawad kaki formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu (dalam tentera). ▪ Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik, iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan. Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah: 1. Sedia, senang diri dan rehatkan diri 2. Berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang 3. Langkah sebelah 4. Hentak kaki 5. Buka dan tutup barisan 6. Luruskan barisan 7. Hormat Bahasa Hukuman Kawad: 1- Sedia “BARIS..BARIIIIIS SEDIA !” 2- Senang diri “SENAAANG DIRI !”


4.2 Istiadat ladam kuda • Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. Cara pembentukan ladam kuda untuk pasukan kecil (kurang dari 20 ahli) untuk pasukan besar


Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat serta memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda. Kesimpulannya, Ketua Pasukan perlu menentukan 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji, 1 orang Pembaca Doa dan 1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat sebelum Pembentukan Ladam Kuda. Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer. 4.2 Istiadat menaikkan dan menurunkan bendera Seiring dengan Namanya ‘Istiadat’, beberapa perkara perlu dipatuhi: • Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadat menaikkan bendera. • Biasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dalam bentuk ladam kuda. • Semasa perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hingga matahari terbenam. Bila matahari terbenam bendera perlu diturunkan? Bermulanya hari baru, bendera akan dinaikkan semula. • Jika semasa mesyuarat atau perjumpaan, Istiadat menaikkan bendera dilakukan semasa pembentukkan ladam kuda iaitu aktiviti pertama perjumpaan, kemudian diturunkan semula setelah tamat perjumpaan atau kursus.


KESUKARELAWAN


5.1 Konsep 5.2 Kepentingan 5.3 Jenis aktiviti kesukarelawan Sukarelawan Pandu Puteri ialah satu bahagian baru dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2004 melalui Program Signatur Antarabangsa (Signature Programme Volunteerism). Mengelakkan daripada terjebak dengan gejala negatif Kepentingan menyertai kegiatan sukarelawan ialah remaja dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. meningkatkan rasa kepuasan, penghargaan, dan kebahagiaan Memperkukuhkan hubungan sosial dan komuniti yang berkekalan Memberi manfaat kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan Keahlian bahagian ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas. Bahagian ini adalah di bawah kategori Ahli Tidak Aktif dan Persatuan tidak perlu membayar yuran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) untuk Sukarelawan Pandu Puteri. ✓ Perkembangan Kendiri ✓ Perkembangan Belia ✓ Khidmat ✓ Penglibatan dalam acara Pandu Puteri ✓ Penjanaan Dana dan khidmat Sokongan


KEMAHIRAN ASAS PANDU PUTERI


6.1 Simpulan SIMPUL MANUK Digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat ikatan. BUKU SILA Untuk sambung dua utas tali yang sama besar. Suatu simpulan yang tetap dan tidak mudah lucut. Digunakan untuk mengikat benda kecil. SIMPUL BALAK Mengikat kayu balak, tiang kapal atau bungkusan besar supaya mudah ditarik. Permulaan kepada ikatan serong. SIMPUL BELIT Mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal. BUNGA GETI Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya. Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag bendera TINDIH KASIH Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjuk ke keliling badan


6.2 Ikatan Ikatan Seraya Ikatan Serong Ikatan lilit kacang Ikatan Silang Tungku Ikatan Silang Gunting Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, Menara, tiang bendera dan lainlain Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang. Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat lantai sesuatu gajet. Dimulakan dengan ikatan simpul manuka tau lilit balak dahulu Untuk membuat gajet dan menyambung kayu khas bagi mengikat tiga batang kayu/ buluh yang sama besar dan panjangnya. Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manik Digunakan untuk membuat jambatan, Menara, gajet dan menyambung kayu


Gunakan bahan semula jadi dan ikatan yang betul dan kukuh Gajet boleh digunakan atau berfungsi dan bukan untuk pameran Mulakan dengan membuat gajet yang mudah dahulu Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh PRINSIP MEMBUAT GAJET 6.3 Gajet GAJET-GAJET PERKHEMAHAN • Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap. • Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil. • Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan. • Dicantum atau dikukuhkan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah semasa atau di tapak perkhemahan. KEPENTINGAN GAJET Mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan Memahami habitat dan alam semula jadi. Menggalakkan Masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar. Memberi kesedaran kepada Masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri ciptaanNya


JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA gajet kawasan pintu Untuk menulis nama ahli kumpulan atau nombor kumpulan. gajet kawasan dapur Rak pinggan mangkuk (untuk penyimpanan) Meja makan (untuk makan) Rak menyimpan kayu api/ tog gas Camp larder Gajet lubang basah dan kering gajet kawasan tempat membasuh Gajet tempat meletak besen air Gajet tempat menyimpan alat pergigian Gajet tempat menyimpan sabun Gajet menggantung tuala mandi. Gajet tempat basuhan gajet lain: -tiang bendera - pondok - rak kasut TUJUAN • Meniggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. • Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. • Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. • Dalam membina gajet, semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. • Semangat pertandingan yang sihat. • Dapat melahirkan idea-idea yang baru • “Feeling of achievement” serta kejaayan dalam menghasilkan gajet. • Meninggikan mutu perkhemahan. • Mengisi masa terluang semasa perkhemahan dengan membuat gajet yang berfaedah.


6.4 Masakan Solar MASAKAN SOLAR • Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. • Banyak kelebihan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang murah, mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas. • Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. BAHAN PENYEDIAAN DAPUR • 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium. • Panci atau periuk nipis • Pelekat kertas • Foil aluminium • Kotak besar


MENU SOLAR KEK BATIK BAHAN-BAHAN ▪ Biskut 150g (separuh plastik) ▪ Butter 50g ▪ Susu 2/3 sudu besar ▪ Serbuk koko 2 sudu ▪ Milo 4/5 sudu besar ▪ Telur ½ ▪ Air panas 2/3 sudu besar HASIL


JENIS ANDUH anduh kecil anduh menaik anduh pergelangan tangan anduh besar 6.5 Bantu Mula TUJUAN DAN PRINSIP KIT BANTU MULA ANDUH DAN BALUTAN Rawatan sementara waktu yang dibenarkan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan. Termometer Mangkuk Enamel Ubat Cium Aspirin Panadol Ubat Melepuh Kain Pembalut Luka Kain Tekap Gunting Kain Kapas Pin Semat Kapas Kain segitiga Papan Tuap Elastoplast Pembalut Pembebat


Anduh lengan Anduk Kepala Anduh lutut atau siku Anduk pergelangan tangan Anduh tapak kaki JENIS BALUTAN ANDUH


JENIS KAIN PEMBALUT pembalut tiga segi pembalut lebar pembalut kecil pembalut gulung


MAKLUMAT TAMBAHAN


LAPORAN DAN BULETIN MINGGUAN


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 1 TARIKH : 10 Januari 2024 MASA : 8.00 a.m. – 10.00 a.m. TEMPAT : Pulako TAJUK Perhimpunan rasmi, pengenalan Pandu Puteri Kadet (PPK), pelantikan ahli jawatankuasa induk PPK dan pembentukan kumpulan dalam kalangan ahli-ahli PPK. JURULATIH BERTUGAS Puan Mariani Binti Ali Puan Hariatul Hafidzah Binti Mohd Khory Puan Talha binti Taufik Puan Hashira binti Hashim KEHADIRAN 74/74 CATATAN AKTIVITI 1. Ahli-ahli PPK telah diberi pendedahan awal mengenai Kursus MPU3441 pada semester ini melalui nota yang diberikan. 2. Jurulatih juga telah memberikan kerangka AJK Induk untuk dilantik dalam kalangan ahli PPK. 3. Ahli-ahli PPK dibahagikan kepada enam buah kumpulan dan setiap kumpulan diminta untuk melantik ahli jawatankuasa bagi kumpulan masing-masing. 4. Ahli-ahli PPK telah diberi pengenalan tentang lagu yang perlu diketahui oleh PPK yang merangkumi: • Lagu world • Lagu Pandu Puteri Tunas • Lagu kumpulan berenam Pandu Puteri • Lagu taps siang dan malam Pandu Puteri 5. Aktiviti diteruskan dengan mengajukan soalan berkaitan tugasan dan tajuk berkaitan PPK kepada jurulatih. Ahli-ahli telah diberikan tugas untuk menghafal keempatempat buah lagu yang telah diperkenalkan.


REFLEKSI KENDIRI • Saya berasa jelas mengenai kursus PPK pada semester ini. • Saya dapat mengetahui lagu-lagu yang terkandung dalam PPK. BULETIN MINGGU 1


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 2 TARIKH : 17 Januari 2024 MASA : 8.00a.m – 10.00a.m TEMPAT : Pulako TAJUK Perhimpunan rasmi, pendaftaran ahli Pandu Puteri Kadet (PPK) secara dalam talian, pelaksanaan formasi kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. JURULATIH BERTUGAS Puan Mariani Binti Ali Puan Hariatul Hafidzah Binti Mohd Khory Puan Talha Binti Taufik Puan Hashira Binti Hashim KEHADIRAN 74/74 CATATAN AKTIVITI 1. Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan bilangan kehadiran ahli yang penuh. 2. Jurulatih memberi penerangan yang jelas tentang cara mendaftar sebagai ahli baharu dalam pasukan Pandu Puteri Kadet (PPK) di bawah cawangan IPGKPM. Seterusnya, ahli PPK membuat pendaftaran secara dalam talian. 3. Ahli PPK telah didedahkan lagi dengan struktur organisasi pandu puteri Malaysia oleh jurulatih. 4. Ahli PPK berada dalam baris kawad dan diajarkan cara untuk membentuk formasi kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’ oleh jurulatih dengan cara yang betul dan tepat. 5. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai.


REFLEKSI KENDIRI • Saya dapat memahami cara membentuk formasi kawad istiadat PPK yang betul dengan lebih jelas. • Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai persetiaan dan undangundang yang terkandung di dalam pertubuhan PPK. BULETIN MINGGU 2


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 3 TARIKH : 24 Januari 2024 MASA : 8.00 a.m. – 10.00 a.m. TEMPAT : Pulako TAJUK Perhimpunan rasmi, pelaksanaan formasi kawad Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’, latihan kawad kaki asas, pendedahan kepada kandungan kursus bagi minggu tiga dan perancangan program/aktiviti. JURULATIH BERTUGAS Puan Mariani binti Ali Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory Puan Talha binti Taufik Puan Hashira binti Hashim KEHADIRAN 72/74 CATATAN AKTIVITI 1. Ahli-ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan bilangan ahli 72 orang (dua orang tidak hadir bersebab). 2. Ahli-ahli PPK telah melaksanakan formasi kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Ahli-ahli PPK telah melakukan latihan kawad kaki asas dan setiap ahli diberi peluang untuk menjadi komander secara bergilir-gilir dalam kumpulan berenam masingmasing. 4. Ahli-ahli PPK telah diberi penerangan yang lebih mendalam oleh jurulatih tentang kandungan kursus bagi minggu ketiga yang merangkumi: ⚫ Istiadat Pandu Puteri ⚫ Jurnal Progresif ⚫ Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan ⚫ Skim Lencana Kecekapan PP Tunas 5. Semua ahli PPK diberikan masa untuk berbincang dalam kumpulan berenam masing-masing tentang program/aktiviti yang hendak dilaksanakan. 6. Pengerusi PPK membahagikan kumpulan berenam kepada dua kumpulan besar setelah mendapat maklumat program yang dipilih oleh setiap kumpulan untuk


BULETIN MINGGU 3 memudahkan urusan perancangan program. 7. Setiap kumpulan besar melantik beberapa ahli jawatankuasa dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing bagi melancarkan urusan program yang hendak dilaksanakan. 8. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai. • Saya dapat mengetahui cara dan arahan kawad kaki asas yang betul. • Saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang lima elemen dalamlencanalencana kecekapan melalui tajuk Skim Lencana Kecekapan Pandu Puteri Tunas. REFLEKSI KENDIRI


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 4 TARIKH: 31 Januari 2024 MASA: 8.00a.m - 10.00a.m TEMPAT: Pulako TAJUK 1. Perhimpunan rasmi. 2. Pelaksanaan formasi kawad Istiadat PPK ‘Ladam Kuda‘. 3. Aktiviti ikatan manuk, bunga geti, buku sila dan figure of eight. JURULATIH BERTUGAS 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim KEHADIRAN 72/74 1. Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkandengan bilangan kehadiran ahli seramai 72 orang. 2. Ahli PPK telah melaksanakan formasi kawad, Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Ahli-ahli PPK telah melakukan latihan kawad kaki asas iaitu kawad kaki statik dan kawad kaki dinamik serta setiap ahli diberi peluang untuk menjadi komander secara bergilir-gilir dalam kumpulan berenam masing-masing. 4. Ahli PPK mempelajari empat jenis ikatan iaitu ikatan manuk, bunga geti, buku siladan figure of eight 5. Jurulatih membimbing ahli PPK untuk aktiviti ikatan 6. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’sebelum bersurai CATATAN AKTIVITI 1. Saya dapat mengetahui cara dan arahan kawad kaki asas yang betul. 2. Saya dapat mempelajari empat jenis ikatan iaitu ikatan manuk, bunga geti, bukusila dan figure of eight dengan betul dan terperinci. REFLEKSI KENDIRI


BULETIN MINGGU 4


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 5 TARIKH: 7 Februari 2024 MASA: 8.00a.m - 10.00a.m TEMPAT: Pulako TAJUK 1. Perhimpunan rasmi. 2. Pelaksanaan formasi kawad Istiadat PPK ‘Ladam Kuda‘. 3. Aktiviti ikatan dan simpulan serta gajet. 4. Pendedahan berkaitan upacara dan istiadat PPK JURULATIH BERTUGAS 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim KEHADIRAN 74/74 REFLEKSI KENDIRI · Saya dapat mempelajari cara membuat beberapa jenis simpulan dan ikatan misalnya, ikatan seraya, ikatan serong dan lilitan pemati mudah dengan betul danterperinci. · Saya dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk membina gajet mini. • Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkandengan bilangan kehadiran ahli seramai 74 orang. • Ahli PPK telah melaksanakan formasi kawad, Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’ • Ahli PPK mempelajari beberapa jenis ikatan dan simpulan iaitu ikatan seraya,ikatan serong dan lilitan pemati mudah. • Jurulatih membimbing ahli PPK untuk aktiviti ikatan tersebut. • Ahli PKK telah menonton video cara untuk membina gajet menerusi aplikasiYoutube. • PPK diberikan masa untuk berbincang mengenai jenis gajet mini yang akandibina. • Ahli PPK telah menonton video berkaitan upacara dan adat istiadat menerusiaplikasi Youtube. • Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai. CATATAN AKTIVITI


BULETIN MINGGU 5


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 7 TARIKH: 21 Februari MASA: 8.00 - 10.00 am TEMPAT: Pulako IPGK Perlis TAJUK: 1. Perhimpunan rasmi. 2. Pelaksanaan formasi kawad Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Aktiviti mini gajet mengikut kumpulan. JURULATIH BERTUGAS: 1. Puan Mariani binti Ali 2. Puan Hariatul Hafidzah binti Mohd Khory 3. Puan Talha binti Taufik 4. Puan Hashira binti Hashim KEHADIRAN 74/74 Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan bilangan kehadiran ahli seramai 74 orang. Ahli PPK telah melaksanakan formasi kawad, Istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. Ahil PPK telah diberikan masa untuk membuat mini gajet mengikut kumpulan masingmasing. Jurulatih membimbing ahli PPK untuk aktiviti mini gadjet. Ahli PPK diberikan tarikh selanjutnya untuk menyiapkan mini gajet. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai CATATAN AKTIVITI Saya dapat mempelajari cara membuat beberapa jenis simpulan dan ikatan dalam membina mini gajet seperti ikatan manuk, ikatan serong dan sebagainya. Saya dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk membina gajet mini. REFLEKSI KENDIRI


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 7


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 8 TARIKH : 28 Februari 2024 MASA : 8.00a.m – 10.00a.m TEMPAT : Pulako TAJUK Perhimpunan rasmi, pelaksanaan formasi kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’dan penyediaan gajet mini setiap kumpulan kecil. JURULATIH BERTUGAS Puan Mariani Binti Ali Puan Hariatul Hafidzah Binti Mohd Khory Puan Talha Binti Taufik Puan Hashira Binti Hashim KEHADIRAN 73/74 CATATAN AKTIVITI 1. Ahli PPK telah menghadiri perhimpunan rasmi tepat pada waktu yang ditetapkan dengan kehadiran ahli 73 orang dalam baris. 2. Ahli PPK melaksanakan kawad istiadat PPK ‘Ladam Kuda’. 3. Jurulatih membuat ucapan mingguan dan memberi penerangan lanjut tentang penghantaran tugasan gajet mini setiap kumpulan. 4. Ahli PPK menyiapkan gajet mini bagi setiap kumpulan dalam waktu yang ditetapkan. 5. Jurulatih memberi arahan untuk menyiapkan dapur solar di luar waktu kuliah. 6. Ahli PPK menyanyikan lagu ‘Taps Siang’ sebelum bersurai.


REFLEKSI KENDIRI • Saya dapat mengenali dan mempelajari jenis – jenis ikatan dan simpulan yang boleh digunakan dalam penyediaan gajet mini seperti Simpul Manuk dan Ikatan Silang Gunting. • Saya dapat mengaplikasikan jenis – jenis ikatan dan simpulan dalam penyediaan gajet mini kumpulan. BULETIN MINGGU 8


Click to View FlipBook Version