The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SMK RAJA MUDA MUSA 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yatmucin, 2021-10-01 01:30:10

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SMK RAJA MUDA MUSA 2021

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SMK RAJA MUDA MUSA 2021

Keywords: PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

PROPOSAL
KAJIAN
TINDAKAN
TAHUN 2021

PENYELARAS:
PUAN NORHAYATI BINTI

MOHAMED NOH

ISI KANDUNGAN

Bil Kajian Tindakan Nama Penyelidik

1 Bengkel “ Chemistry Easy To Memorize”: Puan Rizana Binti Jamil

Meningkatkan Penguasaan Dalam Mengingat Puan Jamilah Binti Yunus
Terminologi Dan Konsep Kimia Tingkatan 4

Menggunakan Teknik Mencipta Akronim, Singkatan

Dan Mencipta Lagu

2 “Rawat Dan Rehat” Puan Norlela Binti Razali

Sistem Pencernaan dalam Kalangan Murid-Murid

Srt Tingkatan 5

3 Hafal Kamus Istilah Dalam Tasawwur Islam Encik Hisamuddin Bin
Mohammad Bibet

4 Kaedah Ihuckup Dalam Kemahiran Menulis Karangan Puan Hasimah Binti Asmari
Secara Kohesi Dan Koheran

Puan Normarlina Binti
Mohamad

5 “Teknik Geng Serupa” Puan Norhafiza Binti Mohd
Hasan

Puan Azubah Binti A.Aziz

Puan Siti Ruhani Binti Mohd
Shah

6 KELAS 1QRO’: Langkah Mengatasi Masalah Tidak Puan Wan Noor Hanan Binti

Mengenal Huruf Hijaiyah Dalam Kalangan Murid Wan Mohamad Nor

Tingkatan 1 Dan 2

Puan Ramzana Binti Ramli

Puan Siti Sumayyah Binti
Hashim

7 Kata Kunci Menghafal Fakta Dalam Subjek Sejarah Cik Ainee Tri Fauziah Binti
Ridhoni

Puan Nurul Azillah Binti
Hamzah

Puan Hasfariza Binti Hassim

SMK RAJA MUDA MUSA
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2021

NAMA PENYELIDIK:
PUAN RIZANA BINTI JAMIL

[720910105908]
PUAN JAMILAH BINTI YUNUS

[650603055436]

TAJUK KAJIAN:

BENGKEL “ CHEMISTRY EASY TO MEMORIZE”:
MENINGKATKAN PENGUASAAN DALAM

MENGINGAT TERMINOLOGI DAN KONSEP KIMIA
TINGKATAN 4 MENGGUNAKAN TEKNIK MENCIPTA

AKRONIM, SINGKATAN DAN MENCIPTA LAGU

TAJUK KAJIAN: BENGKEL “ CHEMISTRY EASY TO MEMORIZE”:
MENINGKATKAN PENGUASAAN DALAM MENGINGAT TERMINOLOGI DAN
KONSEP KIMIA TINGKATAN 4 MENGGUNAKAN TEKNIK MENCIPTA
AKRONIM, SINGKATAN DAN MENCIPTA LAGU

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu

Kami, Rizana binti Jamil dan Jamilah binti Yunus merupakan guru kimia tingkatan 4 UM dan 4
UPSI di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Batang Berjuntai. Murid-murid di
dalam kelas kami terdiri daripada 28 orang pelajar 4 UM dan 28 orang pelajar 4 UPSI. Dari
pengalaman kami mengajar kelas tingkatan 4 ini selama 7 bulan, kami mendapati bahawa murid
kami masih tidak mampu untuk menguasai serta memahami tajuk formula dan persamaan kimia
dengan baik. Kami merasakan ini adalah berpunca daripada kegagalan menguasai serta
memahami konsep yang dipelajari di dalam subjek Kimia tingkatan 4.

Kegagalan murid menguasai konsep serta terminologi kimia kerana:
i) murid mempunyai daya ingatan yang lemah.
ii) kurang fokus di dalam kelas
ii) tidak menggunakan teknik yang berkesan
iv) tidak cuba menggunakan daya kekreatifan mereka untuk menghafal/memahami konsep serta
terminologi dengan cara yang menarik dan mudah.

Berikutan hal ini, saya cuba mencerminkan diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin
berpunca daripada kelemahan saya sendiri seperti:
i) guru kurang memahami situasi pelajar yang agak lemah dalam penguasaan konsep kimia.
ii) guru menganggap semua pelajar dapat memahami konsep dengan baik kerana pelajar tidak
bertanya soalan setiap kali tamat sesi pembelajaran.
iii) Guru kurang menguasai strategi pengajaran bagi menarik minat pelajar menguasai konsep
dengan baik.

Saya bersangka bahawa dengan cara pengajaran saya, murid dapat memahami serta belajar
dengan lebih baik tetapi ia tidak seperti yang diharapkan. Dalan Ujian bulan Ogos, didapati
seramai 22 daripada 55 orang murid Tingkatan 4 memperoleh markah kurang daripada 45 .
Berikutan masalah ini, saya tidak mahu masalah ini terus berlarutan dikalangan murid dan saya
bercadang ingin melaksanakan bengkel “Chemistry Easy To Memorize” sebagai suatu inisiatif
bagi membantu murid untuk memahami serta menghafal terminologi kimia dengan cara yang
mudah dan menarik. Ia juga dapat mencungkil bakat serta kemahiran intelektual dan kreativiti
murid dalam membina akronim, singkatan atau lagu berkaitan terminologi di dalam subjek kimia
tingkatan 4.

2.0 Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas di dapati bahawa murid tidak memahami konsep serta terminologi
kimia kerana:
a. Sebahagian murid mempunyai intelektual yang lemah.
b. Murid hanya menghafal tanpa memahami konsep tersebut.
c. Murid tidak menggunakan cara atau teknik yang menarik untuk memahami dan
menghafal konsep kimia.
Masalah ini sering berlaku di dalam kalangan murid-murid yang lambat iaitu mempunyai tahap
intelektual yang rendah. Selain itu, sikap malas mengulang kaji dan tidak pandai membahagikan
masa juga punca masalah ini berlaku.

Data analisis menunjukkan bahawa terdapat penurunan di dalam keputusan ujian murid sebanyak
23 % dan bilangan murid yang fokus juga berkurangan iaitu di dalam anggaran 40 %. Masalah
ini menjadi ketara apabila murid tidak mampu menjawab soalan yang diberikan kerana mereka
tidak memahami serta menghafal konsep dengan teknik yang betul.

Implikasi masalah ini jika tidak ditangani dengan segera, ia akan menyebabkan murid terus
mengamalkan cara dan teknik yang sama dalam memahami serta menghafal konsep dan
terminologi kimia dalam tempoh masa yang pendek. Ia juga akan menjadikan murid tidak
berminat untuk terus belajar dan akan menyebabkan prestasi murid semakin merosot.

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan membantu dan membimbing murid-
murid untuk memahami dan menghafal terminologi serta konsep kimia dengan teknik yang lebih
mudah, menarik dan berkesan.

3.0 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah:
1. Membantu murid yang mempunyai tahap intelektual yang rendah memahami serta
menghafal konsep dan terminologi kimia dengan teknik yang mudah dan menarik iaitu
menggunakan akronim, singkatan dan lagu.
2. Menarik minat murid untuk belajar kimia dengan lebih berkesan.
3. Murid mampu menyatakan konsep dengan menggunakan pemahaman mereka dan
menggunakan terminologi yang betul.

4.0 Kumpulan Sasaran

Murid yang terlibat adalah murid tingkatan 4 UM seramai 3 orang manakala murid tingkatan 4
UPSI adalah seramai 19 orang. Kelas ini terdiri daripada 28 orang pelajar 4 UM dan 27 orang
pelajar 4 UPSI.

5.0 Pelaksanaan Tindakan

 5.1 Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

a. Praujian
Pengetahuan pelajar dalam penguasaan konsep serta terminologi kimia diuji untuk
mengetahui masalah konsep yang dihadapi walaupun ia telah diajar pada awal tahun.

b. Pemerhatian
Semakan buku tulis dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan pelajar
sebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan.

c. Soal selidik
Pelajar diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan . Pandangan dan respon pelajar
akan menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil Tinjauan mendapati :
a. Praujian
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan konsep dan terminologi kimia
adalah agak lemah. Keputusan pra ujian membuktikan segala yang disangka. Berikut ialah
pencapaian yang diperolehi.

b. Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat didapati pelajar kurang melibatkan diri dalam sesi PdPr yang
dijalankan sepanjang sesi ini berlangsung semasa pandemik Covid-19 ini. Semakan
buku tulis juga agak mengecewakan. Adakalanya hampir 50% pelajar tidak menghantar
kerja rumah dalam satu-satu masa dengan alasan tidak tahu bagaimana untuk
selesaikannya. Tingkahlaku pelajar juga ada masanya menguji kesabaran kami sebagai
guru.

c. Soal selidik
Kami telah mengedarkan soal selidik sebelum rawatan diberi. Soal selidik itu berperanan
untuk mengesan kelemahan murid dalam penguasaan tajuk yang dikaji.
Dapatan menunjukkansebahagian murid tidak faham dengan konsep asas kimia.Kami
akan menggunakan pasca ujian nanti untuk mengukur perubahan dari segi minat pelajar
terhadap mata pelajaran kimia terutamanya skop kajian kami. Pelajar diberi soal selidik
sebelum dan selepas rawatan . Perbezaan pandangan sebelum dan selepas rawatan akan
dapat menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak.

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:

Langkah 1 Murid- murid tingkatan 4 akan menyertai bengkel menggunakan pautan google meet.
Pada slot pertama, murid akan di dedahkan teknik yang betul untuk memahami serta
mengingat konsep kimia dan diberi contoh dan cara membuat akronim, singkatan dan
mencipta lagu mengikut topik di dalam subjek kimia

Langkah 2 Di dalam slot kedua bengkel, setiap murid akan diberikan satu subtopik/tajuk di dalam
subjek kimia tingkatan 4 di dalam bentuk excel.

Langkah 3 Murid-murid diberi masa 30-45 minit dan mereka dikehendaki mencipta akronim,
singkatan atau mencipta lagu mengikut kreativiti masing-masing.

Langkah 4 Lima orang murid secara sukarela akan membentangkan akronim,singkatan atau lagu
ciptaan mereka dan akan mendapat cenderamata selepas bengkel atas keberanian
mereka.

Langkah 5 Guru akan membuat pertandingan di mana murid perlu membuat video menarik
menggunakan hasil akronim,singkatan atau lagu ciptaan murid-murid dan perlu
menyiarkan di instagram dengan menggunakan ‘#bengkelchemistryeasytomemorize’.
Masa penilaian adalah sebanyak tiga hari dan tiga orang murid akan dipilih sebagai
pemenang mengikut jumlah ‘like’ paling banyak.

Langkah 6 Guru akan mengumpul serta menyusun hasil ciptaan murid-murid mengikut
subtopik/topik.

Langkah 7 Guru akan berkongsi hasil ciptaan murid didalam telegram kelas sebagai panduan dan
nota murid.

6.0 Bahan yang dicadangkan

1. Buku modul bengkel
2. Kertas A4
3. Marker pen
4. Kertas warna
5. Buku catatan guru
6. Binding laporan

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian TARIKH CATATAN
CADANGAN
Bil AKTIVITI 20 September 2021
24 September 2021
1 Menulis proposal Kajian 27 September 2021
2 Merancang Tindakan 29 September 2021
3 Melaksanakan Tindakan- aktiviti 1
4 Membincangkan masalah yang timbul dalam 4 Oktober 2021
6 October 2021
tindakan dalam tindakan 1
5 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 11 October 2021
6 Membincangkan masalah yang timbul dalam 13 October 2021

tindakan 2 18 Oktober 2021
7 Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 20 Oktober 2021
9 Membincangkan masalah yang timbul dalam 25 Oktober 2021

tindakan 3
10 Ujian untuk mengesan pencapaian murid
11 Refleksi kajian
12 Menulis laporan Kajian

8.0 Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH KOS
(RM)

1 Kertas A4 RM 10.00 RM10.00 x 1 buku 10.00

2 Marker pen RM15.00 RM15.00 x 1 kotak 15.00

3 Kertas warna RM 4.00 RM 4.00 x 1 buku 4.00

4 Buku catatan guru RM2.50 RM2.50x 2 buah 5.00

5 Binding laporan RM10.00 RM10.00 x 1 10.00

6 Cenderamata RM4.00 RM4.00 x 5 orang 20.00

7 Hadiah pertandingan RM8.00 RM 8.00 x 3 orang 24.00

JUMLAH 88.00

9.0 Penutup

Kajian kami yang bertajuk “ CHEMISTRY EASY TO MEMORIZE”: MENINGKATKAN
PENGUASAAN DALAM MENGINGAT TERMINOLOGI DAN KONSEP KIMIA
TINGKATAN 4 MENGGUNAKAN TEKNIK MENCIPTA AKRONIM, SINGKATAN DAN
MENCIPTA LAGU diharap dapat membantu murid dalam konsep kimia dan terminologi
sekaligus akan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Kimia.

SMK RAJA MUDA MUSA
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
2021

NAMA PENYELIDIK:

NORLELA BINTI RAZALI [650712115282]

TAJUK KAJIAN:

“RAWAT DAN REHAT”
SISTEM PENCERNAAN
DALAM KALANGAN MURID-MURID

SRT TINGKATAN 5

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN : ”RAWAT DAN REHAT”
SISTEM PENCERNAAN DI KALANGAN
MURID-MURID TINGKATAN 5

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran/Isu yang lalu
Sewaktu saya menanda kertas Ujian Selaras Februari yang lalu, saya mendapati bahawa

keseluruhan pelajar tidak dapat menjawab soalan sistem pencernaan. Merangkumi mengingat
nama-nama rembesan dan enzim serta menerangkan proses pencernaan yang berlaku di setiap
bahagian organ pencernaan.

Setelah saya fikirkan, saya patut bertindak memperbaiki kelemahan murid-murid saya.
Jika tidak kelemahan ini akan terus berulang sehinggalah mereka sampai masa peperiksaan SPM.
Ini amat merugikan mereka kerana ia akan meenjejaskan keputusan peperiksaan SPM mereka.

2.0. Fokus Kajian
Kajian yang saya jalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran mengingat nama-nama
rembesan dan enzim pada setiap organ yang terlibat dalam proses pencernaan. Seterusnya murid-
murid dapat menerangkan proses pencernaan yang berlaku di mulut, perut dan usus kecil.

Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dan
cemerlang dalam Kertas 1 SRT dalam peperiksaan SPM dan seterusnya dapat meningkatkan %
kelulusan sekolah.
3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

Membantu meningkatkan kemahiran dalam menerangkan proses pencernaan yang berlaku
pada organ-organ pencernaan.

3.2 Objektif Khusus

a) Meningkatkan kemahiran mengingat nama-nama rembesan dan enzim yang terlibat dalam

proses pencernaan.

b) Membantu murid menerangkan proses pencernaan dengan lebih berkesan.
c) Menggunakan teknik padanan untuk latih tubi memadankan rembesan dan enzim dengan

organ pencernaan yang terlibat.

d) Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru kepada yang lebih berkesan.

4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 11 orang murid daripada pelajar SRT Tingkatan 5 UITM yang telah
dikenal pasti mempunyai masalah dan kelemahan dalam menjawab topik Pencernaan Makanan.

5.0 Tindakan yang Dicadangkan

5.1 Aktiviti 1: Tinjauan Masalah

● Menjalankan ujian pra – untuk mengenalpasti masalah murid
● Latihan mengenalpasti organ pencernaan manusia
● Guru akan menampal gambar organ pencernaan dan meminta murid menulis

nama organ pencernaan.

● Murid menjawab soalan berdasarkan pengetahuan masing-masing

5.2 Aktiviti 2: Mencari makna perkataan rembesan dan enzim.

● Murid akan diberi kata kunci untuk mengingati makna rembesan dan enzim
● Murid akan melengkapkan maksud rembesan dan enzim berdasarkan kata

kunci yang diberi

● Guru akan menampal gambar organ pencernaan dan meminta murid menulis

nama organ pencernaan.

● Murid menjawab soalan berdasarkan pengetahuan masing-masing

5.3 Aktiviti 3:Permainan padanan rembesan dan enzim dengan organ pencernaan yang
betul

● Murid akan memadankan rembesan dan enzim yang terlibat dalam proses

pencernaan

5.4 Aktiviti 4: Menulis persamaan untuk proses pencernaan

● Guru memberi contoh menulis persamaan ringkas pada setiap organ

pencernaan

● Guru membimbing murid akan membuat persamaan ringkas proses

pencernaan

● Guru menyemak hasil kerja murid

5.5 Aktiviti 5: Menulis esei proses pencernaan dengan lengkap. ● Murid
menjawab soalan esei

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
a. Praujian

Pengetahuan murid dalam penguasaan menulis perenggan isi diuji untuk mengetahui
masalah konsep yang dihadapi walaupun ia telah diajar dalam tahun yang sama. Guru
mengadakan praujian dengan memberikan soalan dalam Google Form kepada murid.
Kemudian, murid dikehendaki menjawab soalan tersebut tanpa sebarang perbincangan.
Akhir sekali, murid menghantar jawapan yang telah lengkap dan guru

menyemak
b. Pemerhatian

Semakan latihan dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid dalam
menjawab soalan. Tingkah laku murid sebelum dan selepas rawatan diberikan juga

diperhatikan.

c. Soal selidik
Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan. Pada peringkat awal, murid
menjawab soal selidik 1 sebelum didedahkan . Selepas itu, borang soal selidik 2 diberi
kepada murid, setelah murid mengaplikasikan kaedah ini dalam jawapan mereka.
Perbezaan pandangan dan persepsi mereka tentang kemahiran menulis jawapan dapat
menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak

dengan menggunakan soal selidik.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil Tinjauan mendapati :
a. Praujian
Praujian yang dijalankan pada minggu kedua bulan September menunjukkan sebahagian
murid masih lagi berada pada peringkat pencapaian minimum dan baik

berdasarkan kriteria penskoran pemarkahan SPM Kertas 1 Bahagian B.

PENCAPAIAN MURID

PERINGKAT MARKAH Bil %
Cemerlang 60 – 70 0 0

Kepujian 50-59 0 0

Baik 40-49 8 40 %

Pencapaian 20-39 10 50 %
Minimum

Belum Mencapai 1-19 2 10 %
pencapaian
minimum

b. Pemerhatian

Pemerhatian yang dibuat didapati murid menulis karangan dengan

mencampuradukkan huraian yang tidak kena mengena dengan isi dan kehendak

soalan. Selain itu, huraian yang diberikan hanyalah bersifat umum dan tidak jelas.
Latihan menulis karangan yang diberi oleh guru tidak disiapkan oleh murid dengan
alasan tidak tahu bagaimana untuk menghuraikan isi dan persepsi sesetengah murid
menganggap karangan susah.

c. Soal selidik
Kami telah mengedarkan soal selidik sebelum rawatan diberi. Soal selidik itu berperanan
untuk mengesan penguasaan aspek kohesi dan koheren dalam penulisan jawapan murid-
murid. Dapatan menunjukkan murid masih lagi tidak menguasai aspek tersebut dalam
menghasilkan jawapan yang cemerlang. Saya akan

menggunakan pasca ujian nanti untuk mengukur perubahan peningkatan kemahiran
menulis murid-murid dalam menjawab soalan. Murid diberi soal selidik sebelum dan
selepas rawatan. Perbezaan pandangan dan persepsi murid terhadap menghurai dapat

menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak.

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:
( Aktiviti 1)
Langkah 1 : Guru menerangkan Kaedah mengingat kepada murid.
Langkah 2 : Guru memberikan contoh-contoh soalan yang menggunakan kaedah
tersebut.
Langkah 3 : Murid diajar menggunakan kaedah mengingat.
( Aktiviti 2)
Langkah 4 : Murid dikehendaki menjawab soalan (Pascaujian)
Langkah 5 : Guru menyemak jawapan murid.
( Aktiviti 3)
Langkah 6 : Murid dikehendaki mengisi borang soal selidik 2.
Langkah 7 : Guru membuat kesimpulan berdasarkan data daripada borang soal selidik
2.

6.0 Bahan yang dicadangkan
Bahan yang dicadangkan untuk menjayakan kajian tindakan ini ialah Slaid Powerpoint,
Borang Google Form, Contoh Karangan dalam Bentuk PDF (menggunakan Kaedah) dan
Kertas A4.

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan
1. Menulis proposal Kajian
2. Merancang Tindakan 1-10 September 2021 Praujian
3. Melaksanakan Tindakan- Aktiviti 1
11-19September 2021 Soal Selidik 1
(Tinjauan Masalah)
20-23 September 2021 - Murid diperkenalkan
Kaedah mengingat dan
diajar oleh guru
menggunakan kaedah
tersebut.

4. Membincangkan masalah yang timbul 24-26 September

dalam tindakan dalam tindakan 1 2021

5. Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2 27 September 2021 Pascaujian
Soal Selidk 2
6. Membincangkan masalah yang timbul 28-29 September

dalam tindakan 2 2021

7. Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 30 September hingga
Melaksanakan tindakan -Aktiviti 4 7

Oktober 2021

8. Membincangkan masalah yang timbul 8 Oktober 2021
dalam tindakan 3 & 4

9. Membuat Refleksi kajian 9 Oktober 2021

10. Menulis laporan Kajian 10-25 Oktober 2021
8.0 Kos Kajian

Bil Perkara Harga seunit Jumlah
RM 10.00
1 Kertas A4 1 rim x RM 10.00 RM 20.00
RM 10.00
2 Printer Catridge 1 x RM 20.00 RM 40.00

3 Buku Catatan Guru 2 x RM 5.00

JUMLAH KESELURUHAN :

9.0 Penutup
Kajian Tindakan saya yang bertajuk Rawat dan Rehat-Sistem Pencernaan Manusia

diharapkan dapat membantu murid-murid untuk menjawab dengan cemerlang. Murid-murid juga
dapat dilatih berfikir KBAT dalam membuat jawapan yang terancang dan membuat
pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih idea-idea bernas dan baharu.

Modul Rujukan:
1.https://youtu.be/_bT2ywf5au4
2. Link untuk trailer Cikgu Rosy https://youtu.be/60xL163hDkg
3. Organ Pencernaan Makanan:https://youtu.be/OlWQoLcOclo

SMK RAJA MUDA MUSA
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2021

NAMA PENYELIDIK:

ENCIK HISAMUDDIN BIN MOHAMMAD BIBET
[760718105613]

TAJUK KAJIAN:

HAFAL KAMUS ISTILAH DALAM
TASAWWUR ISLAM

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

MUQADDIMAH
Menguasai istilah dalam subjek Tasawwur Islam adalah satu perkara penting jika ingin

cemerlang dalam subjek ini. Justeru kajian ringkas ini melihat keperluan penguasaan istilah-
istilah khusus dalam silibus Tasawwur Islam di Tingkatan Empat dan Lima . Pada pengamatan
saya bermula dari Mac 2020 saya mula berada di SMK Raja Muda Musa ini dan terus
diamanahkan sebagai KP Tasawwur Islam, saya dapati kebanyakan murid yang mengambil
subjek ini kurang teliti dalam menjawab dan menguasai istilah tertentu dalam subjek ini. Oleh
sebab itu kajian ini akan melihat keberkesanan strategi Hafal Istilah (Kamus Istilah ) sebagai
salah satu alternatif menguasai Isi kandungan subjek Tasawwur Islam.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU
Subjek Tasawwur Islam merupakan subjek elektif yang ada di SMK Raja Muda Musa.

Subjek ini tetap penting khususnya dalam menaikkan GPS sekolah. Kelemahan murid dalam bab
istilah tasawwur Islam ini agak ketara dan ianya terbukti daripada ujian dan latihan dalam kelas.
Kebanyakannya menjawab dengan kurang sempurna dan gagal mendapat markah penuh. Dalam
format peperiksaan pula hampir 20 markah soalan berkaitan dengan istilah-istilah khusus ini,

2.0 FOKUS KAJIAN
Hasil daripada ujian pra, saya dapati seramai 24 orang murid Tingkatan 5 UIAM yang telah

menduduki peperiksaan PERCUBAAN SPM 2020 kurang menguasai istilah-istilah penting
dalam Tasawwur Islam.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am:
Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Tasawwur Islam dan meningkatkan
pencapaian murid dalam SPM 2020.

3.2 Objektif Khusus:
i. Murid dapat menguasai istilah-istilah khusus dalam Tasawwur Islam.
ii. Murid dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan SPM sebenar pada Mac
2021.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua 24 orang murid Tingkatan 5 UIAM dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini .
5.0 Pelaksanaan Tindakan
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Kesukaran murid untuk menguasai istilah khusus dalam subjek SPM Tasawwur Islam
menyukarkan mereka mendapat markah yang baik dalam SPM.
a)Pra ujian –Pengetahuan murid dalam penguasaan istitilah Tasawwur Islam diuji untuk
mengetahui masalah konsep. Ini berdasarkan buku latihan mereka yang telah disemak
b)Pemerhatian- Berdasarkan markah peperiksaan percubaan SPM pada Ogos 2020
c)Soal selidik dijalankan secara lisan sewaktu Pdpr pada penghujung 2020 dan Pdpc bersemuka
mulai Januari 2021

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Keputusan Peperiksaan Percubaan:
A+ = TIADA
A = TIADA
A- = 4 ORANG
B+=3
B=3
C+=1
C=6
D=1
E=4
G=2

5.3 Aktiviti yang akan dijalankan.
Penekanan kepada kaedah hafalan nota istilah (Hafal Kamus Istilah) dititik beratkan

khususnya mulai murid spm 2020 boleh bersemuka pada Januari hingga Februari 2021. Kelas
intensif diadakan dengan fokus kepada :
Aktiviti 1: Hafal Nota istilah (ada lebih 200 istilah dalam sukatan KBSM)
Aktiviti 2 : Ulangkaji Modul Gemilang Selangor (Fokus bahagian istilah Tasawwur Islam)
Aktiviti 3: Latih Tubi Soalan-Soalan Negeri Lain.

6.0 Bahan yang dicadangkan
1)Nota Kamus Istilah
2)Modul Gemilang JPNS

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh
1. Menulis proposal Kajian pelaksanaan
2. Merancang Tindakan 10 Januari 2021
3. Melaksanakan Tindakan- aktiviti 1 12 Januari 2021
4. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 13 Januari 2021
5. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 20 Januari 2021
6. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 21 Januari 2021
7. Refleksi kajian 1 Feb 2021
8. Menulis laporan kajian 16 Jun 2021
4 Sept 2021

8.0 Anggaran Kos Kajian Harga seunit Jumlah
Bil Perkara RM 10.00 RM 10.00
1 Kertas A4 RM2 X 9 RM 18.00
2 FOTOSTAT BAHAN RM 10.00 RM 10.00
3 BINDING LAPORAN .RM38.00

JUMLAH

9.0 PENUTUP

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang sering
dihadapi oleh saya dalam proses Pdpc . Masalah ini sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi
murid-murid saya. Semoga kajian ini mendatangkan manfaat khususnya buat murid yang
mengambil subjek Tasawwur Islam.

Semoga kajian ini juga mendatangkan manfaat khususnya untuk Panitia Tasawwur Islam
SMK Raja Muda Musa..

SMK RAJA MUDA MUSA
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
2021

NAMA PENYELIDIK:

HASIMAH BINTI ASMARI
[690602105856]

NORMARLINA BINTI MOHAMAD
[860827305006]

TAJUK KAJIAN:

KAEDAH IHUCKUP DALAM KEMAHIRAN MENULIS
KARANGAN SECARA KOHESI DAN KOHERAN

TAJUK KAJIAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
: KAEDAH IHUCKUP DALAM KEMAHIRAN MENULIS
KARANGAN SECARA KOHESI DAN KOHERAN

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran/Isu yang lalu :

Kami mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa. Murid-murid di
dalam kelas kami terdiri daripada murid kelas cemerlang iaitu 4 UPSI dan 4 UPM bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kami setelah mengajar
kelas tersebut selama 7 bulan, kami mendapati masalah utama kebanyakan murid ialah tidak
dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik. Murid-murid tidak mahir dalam
pengolahan idea dalam perenggan dan menyebabkan mereka berasa terbeban untuk
menghasilkan sebuah karangan. Secara tidak langsung, karangan yang dihasilkan tidak mencapai
tahap kepujian dan cemerlang serta tiada urutan idea yang berkesan. Malahan, karangan murid
tidak mengikut teknik dan dimensi yang disarankan dalam penulisan karangan yang baik.
Kebanyakan murid hanya menghurai isi tanpa memberi kesan, contoh, dan penyelesaian bagi
setiap isu yang yang dibincangkan.

Kegagalan murid memahami dan menguasai teknik penulisan karangan yang baik kerana:
i. Kurang memahami teknik memulakan perenggan isi.
ii. Kurang memahami kaedah untuk menghurai dan menghubungkaitkan idea yang koheren dan
kohesi. (Perenggan Isi)

Berdasarkan masalah itu, kami sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan
memandangkan murid-murid kami akan menduduki SPM pada tahun 2022. Bagi mengatasi
masalah ini, kami telah memikirkan satu teknik untuk membantu murid-murid menguasai
kemahiran menulis dengan huraian isi yang jelas, susunan idea berkesinambungan dan
memberikan contoh yang relevan supaya penulisan yang dihasilkan menggambarkan murid-

murid benar-benar mahir dalam pengolahan idea dan matang. Murid-murid juga dapat mengolah
idea dengan kreatif dan kritis.

2.0. Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas, didapati murid masih lemah dan tidak cemerlang dalam

penulisan karangan. Kajian terhadap isu kelemahan khususnya dalam penulisan karangan perlu
dilakukan dengan segera. Seandainya mereka tidak menguasai kemahiran menulis karangan
dengan baik kebarangkalian mereka tidak mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu SPM adalah sangat tinggi. Oleh itu, kajian tindakan perlu dilakukan bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan dengan kaedah terancang dan sistematik.

Selain itu, harus ada satu modus operandi yang sesuai untuk pengajaran dan pemudah
caraan menulis karangan. Justeru, bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan, kami
memperkenalkan kaedah IHUCKUP untuk dijalankan dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) di kelas. Kami akan memfokuskan kajian ini kepada masalah penerapan
contoh, kesan, ungkapan menarik dan aspek KBAT dalam perenggan isi karangan Bahagian B.
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid Tingkatan 4 UPSI dan 4 UPM ialah:

1. Menghurai isi atau idea tanpa memberikan contoh, kesan dan langkah penyelesaian yang
sesuai.

2. Menghurai isi tanpa panduan teknik yang betul dan tiada kesinambungan antara ayat
dengan ayat sebelumnya.

3. Huraian idea yang tidak menjurus pada dimensi karangan yang ditetapkan.

Jika perkara ini tidak ditangani segera, masalah ini akan menjadi lebih serius dan murid
akan terus menghasilkan karangan yang tidak menepati arahan soalan dan lemah.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

Meningkatkan nilai PNGK sekolah dengan meningkatkan peratus yang memperoleh A+, A dan
A- dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif Khusus
a) Meningkatkan keupayaan menulis karangan dengan betul berdasarkan kaedah IHUCKUP
yang akan dipelajari.
b) Meningkatkan keupayaan menghuraikan isi karangan yang bertepatan dengan arahan
soalan dan dimensi karangan.
c) Meningkatkan peratus murid yang mendapat markah cemerlang dalam penulisan
karangan.
d) Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan contoh, kesan, ungkapan menarik dan aspek
KBAT dalam penulisan.

4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 20 orang murid daripada tingkatan 4 UPSI dan 4 UPM yang telah dikenal
pasti mempunyai masalah dan kelemahan dalam penulisan karangan.
5.0 Tindakan yang Dicadangkan

5.1 Tinjauan Awal Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
a. Praujian
Pengetahuan murid dalam penguasaan menulis perenggan isi diuji untuk mengetahui
masalah konsep yang dihadapi walaupun ia telah diajar dalam tahun yang sama. Guru
mengadakan praujian dengan memberikan soalan karangan kepada murid. Kemudian,
murid dikehendaki menjawab soalan karangan tersebut tanpa sebarang perbincangan.
Akhir sekali, murid menghantar karangan yang telah lengkap dan guru menyemak
jawapan murid.

b. Pemerhatian
Semakan latihan karangan dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid
dalam menghasilkan perenggan isi yang kohesi dan koheren. Tingkah laku murid
sebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan.

c. Soal selidik
Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan. Pada peringkat awal, murid
menjawab soal selidik 1 sebelum didedahkan dengan kaedah IHUCKUP. Selepas itu,
borang soal selidik 2 diberi kepada murid, setelah murid mengaplikasikan kaedah ini
dalam penulisan karangan mereka. Perbezaan pandangan dan persepsi mereka tentang
kemahiran menulis perenggan isi dapat menjelaskan sama ada rawatan yang diberi
berkesan ataupun tidak dengan menggunakan soal selidik.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil Tinjauan mendapati :

a. Praujian
Praujian yang dijalankan pada minggu kedua bulan September menunjukkan sebahagian
murid masih lagi berada pada peringkat pencapaian minimum dan baik berdasarkan
kriteria penskoran pemarkahan SPM Kertas 1 Bahagian B.

PERINGKAT MARKAH PENCAPAIAN MURID
Bil %
Cemerlang 60 – 70 00
00
Kepujian 50-59 8 40 %
10 50%
Baik 40-49
2 10 %
Pencapaian 20-39
Minimum 1-19

Belum Mencapai
pencapaian
minimum

b. Pemerhatian

Pemerhatian yang dibuat didapati murid menulis karangan dengan mencampuradukkan
huraian yang tidak kena mengena dengan isi dan kehendak soalan. Selain itu, huraian
yang diberikan hanyalah bersifat umum dan tidak jelas. Latihan menulis karangan yang
diberi oleh guru tidak disiapkan oleh murid dengan alasan tidak tahu bagaimana untuk
menghuraikan isi dan persepsi sesetengah murid menganggap karangan susah.

c. Soal selidik
Kami telah mengedarkan soal selidik sebelum rawatan diberi. Soal selidik itu berperanan
untuk mengesan penguasaan aspek kohesi dan koheren dalam penulisan karangan murid-
murid. Dapatan menunjukkan murid masih lagi tidak menguasai aspek tersebut dalam
menghasilkan karangan yang cemerlang. Saya akan menggunakan pasca ujian nanti
untuk mengukur perubahan peningkatan kemahiran menulis murid-murid dalam
menghasilkan karangan. Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan.
Perbezaan pandangan dan persepsi murid terhadap penulisan karangan akan dapat
menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak.

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:

Kaedah IHUCKUP penulisan perenggan isi:
(Aktiviti 1)
Langkah 1 : Guru menerangkan Kaedah IHUCKUP kepada murid.
Langkah 2 : Guru memberikan contoh-contoh karangan yang menggunakan kaedah
tersebut.
Langkah 3 : Murid diajar menggunakan kaedah IHUCKUP.
(Aktiviti 2)
Langkah 4 : Murid dikehendaki menulis karangan berdasarkan kaedah IHUCKUP.
(Pascaujian)
Langkah 5 : Guru menyemak karangan murid.
(Aktiviti 3)
Langkah 6 : Murid dikehendaki mengisi borang soal selidik 2.
Langkah 7 : Guru membuat kesimpulan berdasarkan data daripada borang soal selidik 2.

6.0 Bahan yang dicadangkan
Bahan yang dicadangkan untuk menjayakan kajian tindakan ini ialah Slaid Powerpoint, Borang
Google Form, Contoh Karangan dalam Bentuk PDF (menggunakan Kaedah IHUCKUP) dan
Kertas A4.

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan
1. Menulis proposal Kajian
2. Merancang Tindakan 1-10 September 2021 Praujian
3. Melaksanakan Tindakan- aktiviti 1
11-19September 2021 Soal Selidik 1

20-23 September 2021 - Murid diperkenalkan
Kaedah IHUCKUP dan
diajar oleh guru
menggunakan kaedah
tersebut.

4. Membincangkan masalah yang timbul 24-26 September 2021
dalam tindakan dalam tindakan 1

5. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 27 September 2021 Pascaujian

6. Membincangkan masalah yang timbul 28-29 September 2021
dalam tindakan 2

7. Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 30 September hingga 7
Oktober 2021

8. Membincangkan masalah yang timbul 8 Oktober 2021 Soal Selidk 2
dalam tindakan 3

9. Refleksi kajian 9 Oktober 2021

10. Menulis laporan Kajian 10-25 Oktober 2021

8.0 Kos Kajian

Bil Perkara Harga seunit Jumlah
RM 10.00
1 Kertas A4 1 rim x RM 10.00 RM 20.00
RM 10.00
2 Printer Catridge 1 x RM 20.00 RM 40.00

3 Buku Catatan Guru 2 x RM 5.00

JUMLAH KESELURUHAN :

9.0 Penutup

Kajian Tindakan kami yang bertajuk Kaedah IHUCKUP Dalam Kemahiran Menulis
Karangan Secara Kohesi Dan Koheran diharapkan dapat membantu murid-murid untuk
menghasilkan sebuah karangan yang cemerlang. Murid-murid juga dapat dilatih berfikir KBAT
dalam menghasilkan sebuah karangan yang terancang dan membuat pertimbangan yang
sewajarnya dalam memilih idea-idea bernas dan baharu.

SMK RAJA MUDA MUSA
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
2021

NAMA PENYELIDIK:

NORHAFIZA BINTI MOHD HASAN [850929-14-5980]
AZUBAH BINTI A.AZIZ [850214-11-5382]

SITI RUHANI BINTI MOHD SHAH [850526-10-5706]

TAJUK KAJIAN:

“TEKNIK GENG SERUPA”

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENAMBAHAN DAN
PENOLAKAN ALGEBRA MENGGUNAKAN TEKNIK GENG
SERUPA DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu

Saya mengajar di sekolah SMK Raja Muda Musa. Murid-murid di dalam kelas saya terdiri
daripada 35 orang murid.

Dari pengalaman dan pemerhatian setelah mengajar kelas selama 5 bulan dan setelah
melalui pelbagai aktiviti seperti latihan dan ujian, didapati mereka masih gagal menguasai
kemahiran penambahan dan penolakan ungkapan algebra berpunca daripada kegagalan
menguasai konsep algebra. Kegagalan murid menguasai konsep algebra kerana:

i) murid kurang fokus semasa pdpr
ii) murid cuai ketika menyelesaikan masalah Matematik
iii) murid tidak mengikut kaedah yang telah diajar

Di sebalik itu, saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca
dari kelemahan saya sendiri seperti:

i) Kaedah yang diajar kurang menarik
ii) Saya juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdPR
dilaksanakan.

Berdasarkan dari masalah itu, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan
memandangkan hasil semakan latihan, murid-murid saya banyak melakukan kesilapan. Saya
akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengajar kaedah yang lebih
mudah difahami oleh murid.

Bagi membantu menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran penambahan dan penolakan
algebra saya akan menggunakan Teknik Geng Serupa yang lebih menarik dan lebih mudah
difahami.

2.0 Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan/latihan berkaitan
mempermudahkan algebra kerana:

 Murid tidak dapat mengenal pasti sebutan serupa dan sebutan tak serupa

 Murid cuai ketika menyusun semula sebutan serupa

 Murid keliru untuk melaksanakan penambahan dan penolakan sebutan serupa

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan murid kurang
faham konsep algebra. Keputusan ujian menunjukkan penurunan sebanyak 50% dan bilangan
murid yang fokus juga hanya lebih kurang 50% dari mereka. Murid menjadi lemah dalam
mempermudahkan ungkapan algebra kerana mereka tidak dapat mengenal pasti sebutan serupa
dalam suatu ungkapan algebra dengan baik.

Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid akan terus melakukan kesalahan
yang sama berulang kali. Murid juga akan melepaskan peluang mendapatkan markah penuh bagi
soalan tersebut.

Saya akan cuba mengatasi masalah penguasaan mempermudahkan ungkapan algebra dan
membimbing mereka menggunakan Teknik Geng Serupa.

3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penambahan dan penolakan ungkapan
algebra menggunakan Teknik Geng Serupa dalam kalangan murid tingkatan 1.

3.2 Objektif Khusus:
a) Murid dapat mengenal pasti sebutan serupa.
b) Murid dapat mempermudahkan ungkapan algebra dengan tepat.
c) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 30% berbanding
praujian.

4.0 Kumpulan Sasaran:
Pelajar yang terlibat adalah 10 orang dari kelas 1 UITM. Kelas ini terdiri daripada 35 orang
murid.

5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Tinjauan awal masalah:
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
d. Praujian
Pengetahuan murid dalam penguasaan penambahan dan penolakan ungkapan algebra
diuji untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi walaupun ia telah diajar dalam
tahun yang sama

e. Pemerhatian
Semakan buku tulis dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid
penambahan dan penolakan ungkapan algebra. Tingkahlaku murid sebelum dan selepas
rawatan diberikan juga diperhatikan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil Tinjauan mendapati :

b. Praujian

Keputusan ujian pra menunjukkan bahawa pelajar masih tidak menguasai konsep
mempermudahkan ungkapan algebra. Jadual 1 menunjukkan keputusan analisis ujian pra yang
dijalankan.

Jadual 1 : Analisis ujian pra

Nama Markah /10
3
Ahmad Nur Ikram 4
Aqif Haidar 2
Muhammad Nazmi 2
Huswatun Hasanah 5
Nur Umairah 6
Nur Sufiana Saffiyah 3
Nur Syahira Natasya 3
Nor Atika Alia 4
Airiessa Qiestina 5
Nur Anzalna Batrisya

UJIAN PRA

70% LULUS
30% GAGAL

c. Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat didapati murid kurang faham untuk mempermudahkan
ungkapan algebra. Semakan buku tulis juga mendapati murid banyak melakukan
kesilapan yang sama. Adakalanya hampir 50% murid tidak menghantar kerja rumah
dalam satu-satu masa dengan alasan tidak tahu bagaimana untuk selesaikannya.

5.3 Tindakan (Rawatan) Yang Akan Dijalankan:
i. Aktiviti 1 : Kenal dan Rawat ( K&R )

Langkah 1: Guru memberikan penerangan menggunakan kaedah yang ditunjukkan
dalam buku teks.

Langkah 2: Murid cuba menjawab latihan berdasarkan kaedah yang ditunjukkan dalam
buku teks.

Langkah 3: Guru akan merekod markah yang diperolehi murid.

ii. Aktiviti 2 : Teknik Geng Serupa

Langkah 1: Murid diberikan penerangan dan mempelajari langkah-langkah
menggunakan kaedah yang dipilih oleh guru.

Langkah 2: Murid sedaya upaya untuk menjawab soalan berdasarkan kaedah yang
baru.

iv. Aktiviti 3 : Ujian Tahap Kefahaman
.

Langkah 1: Murid diberikan ujian setelah mempelajari kaedah baru
mempermudahkan ungkapan algebra.

Langkah 2: Markah akan direkodkan oleh guru.

6.0 Bahan yang dicadangkan

TEKNIK GENG SERUPA

Langkah 1 Murid-murid mengenal pasti sebutan serupa dalam suatu
Langkah 2 ungkapan algebra.
Langkah 3 Murid melukis bentuk yang sama bagi sebutan-sebutan
serupa.

Murid melukis bentuk lain bagi sebutan yang lain.

Langkah 4 Murid menambah/menolak sebutan dengan bentuk yang
Langkah 5 sama (sebutan serupa)

Murid menulis sebutan yang telah selesai ditambah/ditolak

Langkah 6 Murid menyemak semula ungkapan algebra yang telah
dipermudahkan

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian Tarikh
pelaksanaan
Bil Aktiviti 8 Jun 2021
1. Menulis proposal Kajian 15 Jun 2021
2. Merancang Tindakan 17 Jun 2021
3. Melaksanakan Tindakan- aktiviti 1 18 Jun 2021
4. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 21 Jun 2021
5. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 24 Jun 2021
6. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 16 Julai 2021
7. Refleksi kajian 4 Sept 2021
8. Menulis laporan kajian

8.0 Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Jumlah Kos (RM)
1. Kertas A4
2. Marker Pen 10.00
3. Kertas warna
6. Buku catatan guru 12.00
7. Binding laporan
4.00

5.00

10.00

JUMLAH 41.00

9.0 PENUTUP

Kajian Tindakan saya yang bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Penambahan Dan Penolakan
Algebra Menggunakan Teknik Geng Serupa Dalam Kalangan Murid Tingkatan 1” diharap dapat
membantu murid dalam topik algebra dan sekaligus akan meningkatkan minat murid terhadap
mata pelajaran Matematik.

SMK RAJA MUDA MUSA
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
2021

NAMA PENYELIDIK:

WAN NOOR HANAN BINTI WAN MOHAMAD NOR
[680229035116]

RAMZANA BINTI RAMLI
[720204105118]

SITI SUMAYYAH BINTI HASHIM
[851020105850]

TAJUK KAJIAN:

KELAS 1QRO’: LANGKAH MENGATASI MASALAH TIDAK
MENGENAL HURUF HIJAIYAH DALAM KALANGAN MURID

TINGKATAN 1 DAN 2

1. TAJUK KAJIAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

: KELAS 1QRO’:
LANGKAH MENGATASI MASALAH TIDAK
MENGENAL HURUF HIJAIYAH DALAM
KALANGAN MURID TINGKATAN 1 DAN 2

2. NAMA PENYELIDIK : 1. Puan Wan Noor Hanan binti Wan Mohamad Nor
2. Puan Ramzana binti Ramli
3. Puan Siti Sumayyah binti Hashim

3. NAMA SEKOLAH : SMK Raja Muda Musa

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran/Isu yang lalu :

Kami mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa. Kami adalah guru-
guru sesi petang dan mengajar tingkatan 1 dan 2. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, terdapat
beberapa kelas yang digabungkan dan ini menyebabkan bilangan murid yang ramai dalam
sesebuah kelas. Kelas yang digabungkan adalah UPM, UMS, UUM, UTM dan USIM. Keadaan
ini menyukarkan kami untuk fokus kepada murid-murid yang lemah membaca al-Quran.

Kami amat sedar sekiranya perkara ini dibiarkan dan tidak diambil tindakan, murid-murid
ini akan mengalami masalah buta al-Quran. Ia sudah pasti turut mempengaruhi penguasaan jawi
dalam kalangan murid-murid. Malah, secara tidak langsung akan menjejaskan penguasaan
murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya semasa tingkatan lima untuk
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jika diperincikan, murid-murid yang lemah membaca al-Quran ini ada beberapa
kelompok. Namun, dalam kajian kali ini, kami hanya fokus kepada murid yang belum dapat
mengenal huruf hijaiyah dengan baik dan membaca huruf bersambung yang mengandungi dua

hingga tiga patah perkataan. Ini kerana mengenal huruf hijaiyah dan dapat membaca huruf
bersambung adalah asas utama dalam menguasai bacaan al-Quran. Walaupun bilangan murid
yang dalam kelompok ini tidak ramai, namun, pengajaran secara berfokus dan berterusan adalah
suatu proses yang memerlukan komitmen masa dan tenaga yang tinggi daripada para guru dan
murid-murid itu sendiri.

Oleh yang demikian, dalam suasana pendidikan norma baharu ini, kami akan sama-sama
berganding bahu membantu murid-murid tersebut menguasai sekurang-kurangnya huruf hijaiyah
dan huruf yang bersambung dua hingga tiga huruf. Walaupun lebih selesa dan mudah
dilaksanakan secara bersemuka, ia bukanlah halangan untuk memastikan usaha ini dapat
dilaksanakan dengan baik dan berhasil dengan jayanya.

Kegagalan murid membaca al-Quran adalah kerana:
i. Tidak mengenal huruf hijaiyah
ii. Sukar membezakan huruf-huruf hijaiyah yang sama bentuk
iii. Tidak dapat mengenal pasti huruf hijaiyah yang bersambung dalam sesebuah perkataan.
iv. Tidak mendapat pendidikan bacaan al-Quran secara khusus dan fokus sejak awal lagi. Hanya
belajar al-Quran semasa kelas Pendidikan Islam di sekolah.

Kami tidak menafikan faktor-faktor yang berpunca daripada guru turut menyebabkan masalah
kegagalan murid menguasai asas bacaan al-Quran ini. Di antaranya ialah:
i. Guru tidak mengasingkan murid yang lemah bacaan al-Quran semasa sesi tasmik di kelas. Ini
menyebabkan guru tidak memberikan fokus kepada murid-murid tersebut.
ii. Perlu menghabiskan sukatan pelajaran pada masa yang ditetapkan menyebabkan kurang
penekanan kepada aspek bacaan al-Quran.
iii. Guru tidak melaksanakan kaedah corporative learning iaitu menggalakkan murid yang telah
menguasai bacaan al-Quran membimbing rakan-rakan yang lemah.

2.0. Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas, fokus kajian kami adalah:
a) Murid yang belum mengenal huruf hijaiyah dan tidak dapat menyebut dengan betul dan
lancar.
b) Murid yang telah tahu huruf hijaiyah namun masih terkeliru dengan huruf yang sama
bentuk.
c) Murid yang telah dapat mengenal huruf hijaiyah namun belum dapat membaca perkataan
yang terdiri daripada dua tiga huruf yang bersambung.
d) Bahan yang digunakan:
i) Buku Iqro’ 1
ii) Buku Iqro’ 2 (sehingga halaman 10 sahaja)
e) Mengadakan kelas Iqro’ secara atas talian samada melalui telefon dengan menghubungi
murid dan panggilan melalui video samada google meet, telegram atau whatsapp.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

Murid boleh membaca Iqro’ 1 dengan lancar, fasih dan betul.

3.2 Objektif Khusus
e) Mengenal pasti setiap huruf hijaiyah dengan betul dan tepat.
f) Membezakan huruf yang hampir sama iaitu ba, ta, sa, jim, ha, kho, sod, to, zo, ain, ghain,
fa dan qof dengan tepat.
g) Membaca setiap baris susunan huruf dengan lancar dan betul.
h) Membaca perkataan yang terdiri daripada dua hingga tiga huruf bersambung dengan
betul.

4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 12 orang murid daripada tingkatan 1 dan 2 yang telah dikenal pasti
mempunyai masalah dalam menguasai asas bacaan al-Quran.

5.0 Tindakan yang Dicadangkan

5.1 Tinjauan Awal Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
f. Sesi tasmik semasa di dalam kelas.
Guru mengenal pasti murid-murid yang tidak dapat membaca al-Quran semasa sesi
tasmik bacaan al-Quran di dalam kelas samada untuk sesi ayat bacaan atau ayat hafazan.
Murid tidak dapat membaca perkataan yang mudah dan hanya dapat membaca setelah
mendengar bacaan guru.
g. Pemerhatian
Melalui latihan mengenal pasti huruf yang diberikan oleh guru, murid tidak dapat
menanda huruf yang disebut guru terutamanya melibatkan huruf yang sama bentuk.
Murid tertukar huruf dan terkeliru di antara satu huruf dengan huruf yang lain.

h. Pra ujian
a) Guru meminta murid menyebut huruf-huruf yang diberikan oleh guru pada Iqro’1

halaman 30.
b) Guru menyemak bacaan murid secara atas talian dan membetulkan kesilapan murid.
c) Murid yang tidak dapat melaksanakan seara atas taian diminta untuk merakam bacaan

melalui voice note pada aplikasi whatsapp atau telegram dan menghantar kepada
guru.
d) Guru menyemak bacaan murid.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Sesi tasmik semasa di dalam kelas.

Secara prestasi mengikut Penilaian Berasaskan Bilik Darjah (PBD), murid-murid ini
hanya mencapai Tahap Penguasaan 1 (TP1) untuk bidang al-Quran.
a. Pemerhatian

Murid tidak dapat membezakan dengan baik uruf-huruf yang sama bentuk. Mereka juga
tidak dapat mengenal pasti bentuk huruf yang bersambung dalam sesuatu perkataan
mudah.

b. Pra ujian

Markah yang diperolehi oleh murid berdasarkan pra ujian yang dijalankan adalah seperti
berikut:

Bil Markah Bilangan murid

1. 20-24 0

2. 15-20 0

3 10-15 4

4 1-10 8

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:

Tindakan yang akan dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak emngenali
huruf hijaiyah ini adalah melaksanakan Kelas Iqro’ Oleh yang demikian, Iqro’ 1 akan digunakan
sepenuhnya dan Iqro’ 2 akan digunakan sehingga ke halaman 10 sahaja kerana ia melibatkan dua
hingga tiga huruf yang bersambung dalam satu perkataan.

Berikut adalah pelaksanaan Kelas Iqro’:

Langkah 1 : Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh

seorang guru.

Langkah 2 : Guru mengajar murid secara individual berdasarkan jadual berikut:

HARI MASA KAEDAH

Isnin 9.00 pagi Atas talian (google meet/

Rabu 9.00 pagi telegram/whatsapp)

Jumaat 9.00 pagi

Langkah 3 : Murid menulis 3 baris huruf-huruf yang dibaca dengan guru dan menghantar
tugasan kepada guru.
Langkah 4 : Murid ke helaian seterusnya sekiranya dapat membaca dengan lancar dan
betul.
Langkah 5 : Guru menilai murid secara lisan dan tulisan.

6.0 Bahan yang dicadangkan

Bahan yang dicadangkan untuk menjayakan kajian tindakan ini ialah Slaid Powerpoint, buku
Iqro’, kad huruf hijaiyah dan video lagu-lagu huruf hijaiyah untuk menambahkan lagi
penguasaan murid-murid.

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan

1. Menulis proposal Kajian 1-10 September 2021 Praujian

2. Merancang Tindakan 11-19September 2021

3. Melaksanakan Tindakan 20-23 September 2021 Langkah 1, 2 dan 3

4. Membincangkan masalah yang timbul 24-26 September 2021
dalam tindakan dalam tindakan 1

5. Melaksanakan tindakan 2 27 September 2021 Langkah 1, 2 dan 3

6. Membincangkan masalah yang timbul 28-29 September 2021
dalam tindakan 2

7. Melaksanakan tindakan 3 30 September hingga 7 Langkah 1, 2 dan 3
Oktober 2021

8. Membincangkan masalah yang timbul 8 Oktober 2021
dalam tindakan 3

9. Refleksi kajian 9 Oktober 2021 Langkah 5

10. Menulis laporan Kajian 10-25 Oktober 2021

8.0 Kos Kajian

Bil Perkara Harga seunit Jumlah
RM 10.00
1 Kertas A4 1 rim x RM 10.00 RM 20.00
RM 50.00
2 Printer Catridge 1 x RM 20.00 RM 80.00

3 Buku Iqro’ 1 dan 2 10 x RM 5.00

JUMLAH KESELURUHAN :

9.0 Penutup
Kami berharap dan sentiasa berdoa semoga Kelas Iqro’ yang kami jalankan ini dapat

membantu murid-murid untuk menguasai asas bacaan al-Quran dengan sekurang-kurangnya
dapat mengenal dan membaca huruf-huruf hijaiyah dan huruf-huruf bersambung yang mudah
dengan lancar. Dengan menguasai asas-asas ini, ia akan memudahkan murid-murid untuk terus
mempelajari al-Quran sehingga lancar dan fasih.


Click to View FlipBook Version