SMK RAJA MUDA MUSA
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2021
NAMA PENYELIDIK:
CIK AINEE TRI FAUZIAH BINTI RIDHONI [900329016598]
PUAN NURUL AZILLAH BINTI HAMZAH [830619105520]
PUAN HASFARIZA BINTI HASSIM [760322026038]
TAJUK KAJIAN:
KATA KUNCI MENGHAFAL FAKTA DALAM
SUBJEK SEJARAH
TAJUK KAJIAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
: KATA KUNCI menghafal fakta dalam subjek Sejarah
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu
Kami merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah bagi menengah rendah
(Tingkatan 1 dan 2) di SMK Raja Muda Musa. Berdasarkan pengalaman kami yang mengajar
murid tingkatan satu dan dua tidak kira murid dari kelas hadapan, tengah atau belakang
mendapati masalah utama kebanyakan murid tidak dapat menghafal banyak fakta yang terdapat
dalam pembelajaran Sejarah. Murid-murid didapati tidak dapat menjawab soalan yang diberikan
kerana kurang membaca susulan terlalu banyak perkara untuk dihafal bagi mata pelajaran
Sejarah. Hal ini dapat dilihat melalui hasil keputusan Ujian Pentaksiran Ogos baru-baru ini. Oleh
yang demikian, kami selaku guru mata pelajaran Sejarah terdetik untuk membuat satu kajian
tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.
Setelah menelusuri satu per satu, kami mendapati kegagalan murid menjawab soalan
berkaitan fakta Sejarah kerana :
i. Kurang fokus semasa sesi pengajaran berlangsung
ii. Murid tidak banyak melakukan latihan
iii. Sikap sambil lewa murid
iv. Tiada usaha untuk membaca buku
Di samping itu, kami selaku guru mata pelajaran Sejarah juga mencerminkan diri dengan
menyenaraikan masalah yang berkemungkinan berpunca daripada kelemahan kami seperti :
i. Kami hanya fokus untuk menghabiskan sukatan mengikut ketetapan.
ii. Tidak mempedulikan tahap kefahaman murid
iii. Mengajar terlalu cepat
iv. Membuat andaian bahawa murid memahami sesi pengajaran
v. Kurang memberi latihan
Hasil daripada isu tersebut, kami sebagai guru perlu membudayakan norma baharu
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian. Dalam hal ini, kami akan
membantu murid dengan memudahkan murid menghafal fakta semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran, Hal ini supaya murid tidak terbeban untuk menghafal banyak fakta pada usia
muda.
2.0 Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan fakta kerana
a) Murid tiada usaha untuk memahami fakta Sejarah
b) Murid tiada inisiatif untuk membaca
c) Murid mudah putus asa
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am: Secara amnya, memudahkan murid untuk mejawab soalan fakta
3.2 Objektif Khusus: Murid dapat menghafal fakta yang terdapat dalam Sejarah
i) Membantu murid memberi keyakinan dalam menjawab kertas peperiksaan Sejarah.
j) Memudahkan dan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi guru.
4.0 Kumpulan Sasaran:
Kajian ini melibatkan 10 orang murid. Responden terdiri daripada 5 orang murid daripada
tingkatan 2 UM dan 5 orang murid dari tingkatan 2 UPSI yang telah dikenal pasti mempunyai
masalah dan kelemahan dalam menghafal fakta Sejarah.
5.0 Pelaksanaan Tindakan
5.1 Tinjauan awal masalah: Satu bentuk tinjauan akan dibuat terhadap masalah yang telah
dikenalpasti sebelum sebarang aktiviti kajian tindakan dijalankan. Hasil tinjauan tersebut akan
dicatat untuk dijadikan refleksi bagi setiap aktiviti semasa pelaksanaan. Tinjauan dilakukan
dengan mengutip data seperti berikut:
a) Latihan soalan Sejarah dalam kelas
Langkah 1 : Guru memberikan beberapa jenis dan bentuk soalan kepada murid.
Kemudian, murid dikehendaki menjawab soalan tersebut di dalam kelas tanpa sebarang
perbincangan.
Langkah 2 : Guru mengambil semula kertas soalan dan menyemak jawapan murid.
b) Pemerhatian
Langkah 1 : Guru bertanyakan soalan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
c) Ujian Pra (Keputusan Ujian Pentaksiran Ogos)
Langkah 1 : Murid menjawab soalan Ujian Pentaksiran Ogos
Langkah 2 : Guru menyemak jawapan murid
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil daripada latihan, pemerhatian dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual di bawah :
a) Latihan soalan Sejarah dalam kelas
Berdasarkan latihan yang diberikan oleh guru, mendapati bahawa murid boleh menjawab
soalan yang diberikan. Murid hanya dapat menjawab latihan apabila merujuk buku teks
sahaja. Terdapat juga hampir 60 % murid tidak menghantar tugasan yang diberikan. Oleh itu,
guru tidak dapat menilai tahap penguasaan murid sepenuhnya.
b) Pemerhatian
Hasil pemerhatian yang dibuat oleh guru mendapati murid dapat menjawab soalan yang
diberikan pada sesi pengajaran. Namun yang demikian, masih terdapat murid gagal
menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Dalam hal ini guru akan memberi bantuan kepada
murid untuk menjawab soalan.
c) Ujian Pra
Hasil daripada Ujian Pentaksiran Ogos bagi kelas 2UM dan 2upsi adalah seperti berikut
Carta 1 : Markah Ujian Pentaksiran Ogos 2 UM
Carta 2 : Markah Ujian Pentaksiran Ogos 2 UPSI
5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan: Tindakan yang dijalankan bagi 10 orang
responden. Kaedah ini digunakan untuk melihat keberkesanan membina kata kunci dalam
menghafal fakta Sejarah.
a) KATA KUNCI
Langkah 1 : Guru menerangkan sesi pengajaran dan pembelajaran
Langkah 2 : Guru memberikan Kata Kunci yang sesuai dalam topik yang diajar
Langkah 3 : Murid dikehendaki menghafal kata kunci tersebut
Langkah 4 : Murid mengulangi kata kunci tersebut
Langkah 5 : Guru menilai murid dengan menanyakan soalan kepada murid
6.0 Bahan yang dicadangkan
Antara bahan yang diperlukan ialah :
a) Kertas
b) Pen
c) Buku latihan
d) Buku kerja murid
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian Tarikh
Bil Aktiviti pelaksanaan
1. Menulis proposal Kajian
2 Ogos 2021
2. Merancang Tindakan 4 Ogos 2021
3. Melaksanakan Tindakan- aktiviti 1 12 Ogos 2021
4. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 20 Ogos 2021
5. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 25 Ogos 2021
6. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 3 September 2021
7. Refleksi kajian 6 September 2021
8. Menulis laporan kajian 10 September
2021
8.0 Kos Kajian Anggaran kos
RM 10.00
Bil. Jenis Bahan RM 25.00
1. Kertas A4 1 rim x RM10.00 RM 20.00
3. kertas warna A4 1 rim 1x RM25.00 RM 15.00
4. Bahan-bahan cetak (anggaran RM20.00) RM 70.00
5. Marker pen 1 set x RM15.00
JUMLAH
9.0 PENUTUP
Kajian Tindakan yang bertajuk “Kata Kunci Menghafal Fakta dalam Subjek Sejarah ” diharap
dapat membantu murid lebih mengingati dan menghafal fakta-fakta yang terdapat dalam setiap
topik matapelajaran Sejarah. Selain itu, ia akan lebih membantu dan memudahkan murid
mengingati isi-isi penting ketika menjawab soalan esei.