KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4
DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
NAMA : NOR ALISYA BINTI ABU YAMIN
NO. MAKTAB : PB190022
HOMEROOM : SIR ANUAR
NAMA GURU : ENCIK SHURDI BIN SHUIB
Isi kandungan
1. Penghargaan
2. Pengenalan setiap novel
- Novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib
- Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
- Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
- Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
- Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
- Novel Tirani karya Beb Sabariah
- Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
- Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
3. Sinopsis keseluruhan setiap novel
4. Sinopsis setiap bab setiap novel
5. 5 kekuatan setiap novel
6. 5 kekurangan setiap novel
7. 5 cadangan penambahbaikan setiap novel
8. Rujukan
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Bahasa
Melayu saya iaitu, Encik Shurdi bin Shuib atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya
menyiapkan folio ini. Beliau juga telah memberi arahan yang sangat jelas semasa dalam tempoh
menyiapkan projek ini. Semangat guru saya dalam membantu saya amatlah saya hargai.
Tidak dilupakan juga jasa kedua ibu dan bapa saya yang memantau dan memberi sokongan
kepada saya sehingga saya dapat menyiapkan folio ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih
juga rakan-rakan saya iaitu Nur Irdina Afini binti Hafizi dan Aisha Damia binti Mazri yang telah
membantu saya serba sedikit untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah
sahaja yang dapat membalas budi kalian.
1) Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
a) Cerita ringkas tentang novel
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban.
Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama
42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup
berjuang sehingga ke hujung nyawa.
b) Biografi penulis
Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah
seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia.
Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan
sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai
penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang
ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah
Islam.
c) Kulit hadapan dan kulit belakang novel
Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau dilahirkan
di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada
dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya
sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa
dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah. Adnan
merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan
merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.
Selain itu,dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-
anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang
buruan inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat
patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang
sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu
mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini
dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir
dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak Saidi
banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Keberanian
pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering
menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik
untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan tanah air.
Oleh sebab itu, Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi
sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak
penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperolehi
mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu
menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-
anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad.
Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar
anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris. Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu
belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak
perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih
pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai
pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-
guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan,
beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan
bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih
menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson. Kejayaan Adnan
terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera.
Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan tidak
menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan
membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat
bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan
Sophia, anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun,
Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat
berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang
Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah
berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu
menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935,pasukan
percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan
anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi
232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan,seksyen
semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan
dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan
lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua
batalion. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan
Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan
mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal
tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan
isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada
8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang
pantai.Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang
pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India
yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan
dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu,
Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di
Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara
ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk
menangkis serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.British
juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu
berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze.Berita
tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral
dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal
ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh
askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura,askar
Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152
orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin
Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang
sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki
Singapura setelah berlaku pertempuran hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah kepada
Jepun.
a) Sinopsis setiap bab
Sinopsis Bab 1 : Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa
yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka
kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya
hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 2 : Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.
Sinopsis Bab 3 : Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain
perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika
membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang
kayu pula.
Sinopsis Bab 4 : Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi
yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun
itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan
orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan
buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu
Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol
Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan
baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British
boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan
British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.
Sinopsis Bab 5 : Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat
untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak
Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga
orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan
kehendak Pak Saidi.
Sinopsis Bab 6 : Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak
mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Sinopsis Bab 7 : Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak
Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar
anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil.
Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu
yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah
dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk
Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Sinopsis Bab 8 : Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah,
Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan
terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak
mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar
undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di
sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya
supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British
tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang
perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara
akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian
dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah
Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak
mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi
walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Sinopsis Bab 9 : Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah
walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji
dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila
besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali.
Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang
yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak
Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya mungkin Nordin
salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di
sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap
menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Sinopsis Bab 10 : Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar.
Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila
dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum
selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang
dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Sinopsis Bab 11 : Yakin Boleh
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan
pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang
bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana
syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta
beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama
dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada
Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari
pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua
manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Sinopsis Bab 12 : Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju
dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah
mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka
tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.
Sinopsis Bab 13 : Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang
askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk
menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula
bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.
Sinopsis Bab 14 : Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan
ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin
memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru
mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi,
merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Sinopsis Bab 15 : Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari
Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi
tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Sinopsis Bab 16 : Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental
bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar
ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing- masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama
ditinggalkan.
Sinopsis Bab 17 : Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat
sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Sinopsis Bab 18 : Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir
Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Sinopsis Bab 19 : Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan
hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.
Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera
British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi.
Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.
Sinopsis Bab 20 : Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan
satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu
mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan
Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig.
Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya
dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya
bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah
penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung
berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan
pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan
bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan
India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah
yang harus mempertahankan tanah air.
Sinopsis Bab 21 : Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu
dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka
menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana
Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh
rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah
seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Bab 22 : Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan tentera
di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada
sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix
datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai
Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang
dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit
Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah
memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia
begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23 : Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana
tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera
Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya
sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis Bab 24 : Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra
mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha
pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk
komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan
musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu:
“Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh
kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di
pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan
serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai
kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan
penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai
terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke
hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan
supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Sinopsis Bab 25 : Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk
Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di
situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki
Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen
Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar
pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera
Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya
di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun
pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera
British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.
Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British
itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11
Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan
tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera
Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom
Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah
sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun
bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk
memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion
Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut
tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di
Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert
Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall.
Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak
Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun
memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan
kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang
tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh
mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura
berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan
tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula
menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun
dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura
berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal
terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan
menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-
sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk
bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang
hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia
percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada
musuh.
Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera
Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip
Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu
Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya
mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati
ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan
kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan
menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah
beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula
ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan
Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu
mempertahankan Pasir Panjang.
Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing- masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur
diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu.
Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun
tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun.
Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu
tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun
menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana
dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang
menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Sinopsis Bab 31 : Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba
dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun
menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih
kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana
musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia.
Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan
memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji
Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.
Sinopsis Bab 32 : Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis
Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam
pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-
sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai
yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok
ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris
panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah
pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut
dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Sinopsis Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan
askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Sinopsis Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan
bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera
Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di
tanah Melayu
Sinopsis Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di
sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah
berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka
telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
5 kekuatan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah tentang semangat patriotik yang ditunjunkan dalam novel ini.
Pejuang-pejuang negara yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi menjaga
keselamatan tanah air mereka. Selain itu, cerita ini yang menyayat hati kerana terdapat 6
kematian dalam novel ini. Seterusnya, novel ini memupuk rasa cinta akan negara dalam diri kita
dan membuatkan kita menghargai perjuangan para perwira negara kita. Kemudian, novel ini
dapat menarik minat para pembaca yang menyukai tentang sejarah tanah air kita. Kita dapat
mengetahui ilmu baru dalam diri kita. Akhir sekali, penulis yang rajin mencari maklumat yang
tepat untuk menghasilkan novel ini kerana nombor dan bilangan yang ditulis sangat terperinci
serta tarikh dan tahunnya.
5 kekurangan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah jalan cerita ini agak lama dan mudah membosankan. Selain
itu, pembaca yang minat membaca tentang sejarah dahulu sahaja akan menyukai cerita ini.
Kemudian, gambaran yang diletakkan di dalam novel ini kurang memuaskan. Di samping itu,
bahasa yang digunakan agak moden dan kurang mewujudkan suasana pada zaman dahulu
dengan berbahasa moden. Akhir sekali, kulit novel ini agak membosankan dan tidak dapat
menarik minat para pembaca.
5 cadangan penambahbaikan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat dalam novel
ini.
Pada pendapat saya, penulis boleh mengurangkan atau meringkaskan ayat agar para
pembaca tidak mudah bosan. Penulis juga boleh menggunakan bahasa klasik untuk menimbulkan
suasana zaman dahulu kepada para pembaca. Selain itu, penulis boleh menambah sinopsis di
belakang kulit novel ini supaya menjadi lebih optimis. Di samping itu, penulis boleh
menyertakan gambar yang jelas di dalam novel ini agar pembaca lebih tertarik untuk membaca.
Akhir sekali, kulit buku ini juga boleh diubah menjadikan ia lebih menarik.
2) Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
a) Cerita ringkas tentang novel
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada
awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi
apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu
untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya
dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap
meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan
akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan
oleh Karl iaitu Dinara
b) Biografi penulis
Penulis yang bernama Dayang Noor atau nama sebenarnya
Nor Aziza binti Sulaiman ialah seorang ijazah kejuruteraan
(Elektronik dan Komputer) di UPM. Beliau juga telah
berpengalaman berkerja selama 15 tahun dalam bidang IT.
Beliau dahulu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kerayong,
Triang, Pahang dan Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru (aliran sains).
c) Kulit hadapan dan kulit belakang novel
Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA
gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang
Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama
Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu
dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka.
Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan
Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah
inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman
untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng,
pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha
mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena
serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida
tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida
sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak
berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital,
Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha
dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis
itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan
Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak
balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di
suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya
Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar
dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke
dalam Dinara akan diaktifkan lalu 26 memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam
perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan
kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan
pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang
diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses
seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin
tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai
menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia
kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang
terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin
merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan
virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina /
mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl
ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang
nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di
Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl
masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl
(Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
b) Sinopsis setiap bab
Bab 1
Farisha yang merupakan seorang jurutera keselamatan sistem selesai bermesyuarat di Nusajaya.
Di Lapangan Terbang Senai, dia berkenalan dengan Aqram sepanjang perjalanan ke KLIA.
Farisha terkejut apabila melihat pintu rumahnya dipasang retinal scanner dan terpaksa menunggu
Shida, kawan serumahnya untuk masuk ke dalam apartment mereka. Farisha ingin berehat
kerana keesokan hari, dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Aqram yang
duduk disebelah Farisha berjaya mencuri cawan minuman Farisha semasa si dalam kaapl terbang
dan bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
Bab 2
Keesokannya, Farisha dan pembantunya Rosman menghadiri sebuah simposium. Dia kecewa
Philips Young hanya menyampaikan ucaptama beliau melalui hologram. Farisha bertemu dengan
Aqram tanpa diduga dan Aqram menyatakan keinginan mencari jururunding untuk sebuah projek
mini di makmalnya. Aqram sebenarnya sudah sebulan menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft
Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Bab 3
Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram berikutan tawaran untuk menjadi jururunding
untuk sebuah projek. Aqram bersetuju membincangkan perkara ini di Puchong, iaitu di rumah
Karl. Tetapi sebelum itu, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi
dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka untuk menggodam komputer Soft Lab.
Farisha meminta sedikit waktu sebelum membuat keputusan. Mereka juga melihat Karl yang
terlantar kerana sakit barah sebelum pulang.
Bab 4
Farisha bersetuju untuk berjumpa dengan Aqram di Soft Lab, Cyberjaya. Dia menumpang kereta
Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di tempat sama. Pejabat Soft Lab
yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih mengujakan Farisha sehingga dia
menemui Dinara di Pusat Data. Farisha menjalankan tugasnya untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara sehingga waktu petang dan pulang bersama Shida. Dr. Maxi,
Aqram dan Khairul Anwar berbincang mengenai rancangan mereka. Mereka perlukan Farisha
dan Shida di Soft Lab dan Dr. Maxi memakan ingatan Alia, sebuah cyborg canggih supaya
rancangan mereka tidak diganggu.
Bab 5
Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Aqram menjelaskan kepada Farisha bahawa Karl
yang membangunkan Dinara dan ia kini diancam sebuah virus setelah diceroboh. Pada petang
itu, Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak akan bersamanya kerana mendapat tawaran
yang lebih lumayan di Senawang dan Farisha berasa tugasnya amat berat. Cyborg Alia
bertengkar dengan Dr. Maxi kerana tindakan memadam ingatannya dan cemburu dengan
kehadiran perempuan lain di sisi Karl. Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat
bangun.
Bab 6
Keesokannya, Farisha lewat dan berasa kepalanya berat serta tidak sedar Alia telah memasukkan
cip ke dalam tubuhnya untuk berkomunikai dengan Karl. Karl telah meminta tolong daripada
Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Alia menjadi cemburu dan marah kerana tidak mengesan
butiran perbualan Farisha dan Karl. Selepas beberapa ketika, Farisha sedar dan segar apabila
makan pil yang diberikan oleh Aqram. Shida membincangkan dengan Farisha tentang kehilangan
seorang penyelidik bernama Medina yang bekerja di Soft Lab.
Bab 7
Farisha, Shida dan Rosman berjumpa pada sebelah malam di pejabat Secured Shell untuk
meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Farisha tiba-tiba sakit kepala setelah melihat
sebuah cahaya putih yang memancar ke arahnya. Mereka terus pulang. Dua hari selepas itu,
Farisha diundang untuk makan malam di rumah Abang Azraai bersama keluarganya Kak
Mariah, anak-anaknya Aina dan Dina. Farisha telah mendapat tahu abangnya mengala mi sakit
jantung dan dirinya merupakan anak angkat kepada ibu dan ayahnya.
Bab 8
Keesokannya Farisha pengsan dan dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxi
hairan kerana Farisha tiada latar belakang penyakit yang membimbangkan. Mereka bergegas ke
arkib untuk berjumpa Shida dan bertanyakan hal yang sama.
Bab 9
Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar merancang Plan B iaitu untuk menggantikan Farisha
dengan Shida tetapi mereka berdua amat berbeza. Shida pulang ke rumah untuk mencari bukti
penyakit Farisha namun tidak jumpa tetapi mendapat tahu Shida merupakan anak angkat. Shida
dan Rosman melawat semula Farisha yang kelihatan lemah di hospital. Farid dan Amin datang
ke katil Farisha untuk masuk ke ruang fikiran Farisha yang sebelum ini dilindungi oleh Wall.
Farisha yang lemah telah membuatkan Wall menjadi lemah. Aqram pula mencari amkklumat
pada badan Farisha menggunakan sebuah alat dan menunjukkan kesihatan Farisha pada tahap
yang tidak memuaskan. Dr. Maxi menyarankan Shida akan menggantikan tempat Farisha.
Bab 10
Shida telah dibedah untuk menanam microchip seperti Farisha tanpa sedar oleh Alia. Tetapi
tindak balasnya lebih teruk dan Dr. Maxi berdegil lalu memberhentikan ujikaji selepas lima
minit. Dalam masa yang sama, Farisha berkomunikasi dengan “Mummy” di bawah sedar. Farid
dan Amin berasa hairan melihat seorang perempuan tua yang menyuruh mereka melakukan
perkara tersebut menjerit gembira. Farid menyanggah perbuatan perempuan tersebut kerana
sanggup melakukan ujikaji terhadap anaknya sendiri. Dia tidak peduli asalkan beliau telah
membuktikan dirinya lebih hebat daripada “lelaki itu”. Manakala Shida tetap murung dan tidak
pulang ke rumah, tidak bercakap, makan ataupun minum. Aqram gagal untuk memasuki minda
Shida.
Bab 11
Farisha yang boleh bangun dan berjalan mendapatkan penjelasan daripada Azraai tentang ibu
kandungnya. Azraai berkata Farisha menjadi adik angkatnya kerana ingin menyelamatkannya
daripada dijadikan bahan ujian. Terdapat beberapa orang yang diamanahkan untuk menjaga
keselamatan Farisha. Farisha memberitahu dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azrai berasa
cemas dan membawa Farisha keluar dari hospital. Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk
mempengaruhi otak Shida dan akhirnya Dr. Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl. Karl
mengarahkan untuk membawa Farisha ke situ kerana virus di dalam Dinara bukan sahaja akan
memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Farisha yang dalam perjalanan ke Kulai bersama
Azraai telah diculik oleh orang suruhan ibunya. Di Soft Lab, Karl bercakap melalui Shida
bahawa Khairul anwar merupakan seorang budak pengemis yang telah diganti ingatannya dan
Karl telah memukul seorang wanita sehingga cacat.
Bab 12
Farid dan Amin yang menculik Farisha dalam perjalanan ke Seremban untuk bertemu dengan
ibunya Marilyn. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu wanita cacat
itu adalah dirinya yang dipukul oleh Karl serta nama asalnya adalah Rusmina. Dr. Maxi, Aqram
dan Khairul Anwar yang menyaksikan perbualan tersebut turut berasa sedih. Menurut laporan
daripada Dinara, Dr Maxi memberitahu Aqram dan Khairul Anwar bahawa ujikaji tersebut
pernah dijalankan terhadap Medina. Alat pengesan pintar Rosman mengesan arah Farisha
dilarikan iaitu menuju ke Soft Lab Cyberjaya. Farisha tersedar di dalam kereta bersama Farid
dan Amin dan berasa marah serta ketakutan untuk berjumpa dengan ibunya. Sebaliknya Farisha
mahu dihantar ke abangnya Azraai tetapi tidak dipeduli. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan
Karl dan mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Alia masih berasa
cemburu. Di sebuah stesen minyak, Marilyn berjumpa dengan Farisha tetapi ditempelak dan
memarahi ibunya kerana ingin membunuhnya dahulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan wall
Farisha dihidupkan
Bab 13
Dr Haris yang merawat Karl menyatakan kesihatannya semakin teruk tetapi Dr. Maxi terus cuba
untuk berkomunikasi dengan Karl. Melalui Shida, Karl sedar dan bertindak menggunakan
komputer untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Marilyn akhirnya tiba bersama Farisha,
Farid dan Amin. Rahsia dibongkar iaitu Marilyn / Medina merupakan ibu Farisha dan Karl
bapanya yang sanggup mengeksploitasi anaknya untuk kajian di Soft Lab. Marilyn bermusuh
dengan Karl kerana telah mensabotaj fikirannya, akibat tindakan itu Marilyn menjadi separuh
gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan Aqram menyelamatkan Farisha dan dibawa
kepada keluarga angkatnya.
Bab 14
Karl semakin tenat dan semua kenalannya, bergilir-glir mendekati Karl. Farisha mengucapkan
selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Karl meningga l dunia dan mayatnya
dibakar serta abunya ditabur di Selat Melaka. Shida masih bersikap aneh dan mengajak Aqram
untuk pulang ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram yakin masih terdapat Karl di
dalam Shida.
5 kekuatan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah plot yang tersusun rapi. Selain itu, plot cerita yang saspens
dan membuatkan para pembaca tertanya tanya tentang keadaan Karl yang sudah mati atau ‘masih
hidup’ di dalam badan Shida. Seterusnya, novel yang jarang dijumpai di Malaysia kerana penulis
jarang menulis karya dalam bidang IT. Kemudian, jalan cerita novel ini menarik kerana ia
dipenuhi dengan imaginasi. Akhir sekali, penggunaan perkataan atau istilah yang baru dapat
menambahkan lagi ilmu pengetahuan para pembaca.
5 kekurangan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah jalan cerita yang sukar difahami kerana mereka bertukar
tukar badan. Selain itu, cara penulisan yang seperti kebudak-budakkan. Kemudian, watak
perwatakan dalam novel ini yang agak banyak dan dapat mengelirukan para pembaca.
Seterusnya, penulis yang tidak menceritakan secara terperinci tentang bagaimana Karl boleh
menghidap penyakit barah dan membuatkan pembaca tertanya-tanya. Penulis juga kurang
menceritakan tentang dinara walaupun ia tertulis sebagai tajuk novel tersebut.
5 cadangan penambahbaikan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat dalam novel ini.
Pada pendapat saya, penulis boleh meringkaskan jalan cerita agar para pembaca mudah
memahami jalan cerita yang ingin disampaikan. Selain itu, penulis boleh mengelakkan daripada
menulis perkara yang berunsur negatif supaya para remaja tidak mudah terpengaruh. Seterusnya,
penulis bleh mengurangkan sedikit watak perwatakan yang terdapat dalam novel ini supaya tidak
mengelirukan pembaca. Di samping itu, penulis boleh mengubah cara penulisan supaya nampak
lebih menarik. Penulis juga boleh memberikan glosari pada istilah yang jarang digunakan untuk
memudahkan para pembaca.
3) Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
a) Cerita secara ringkas tentang novel
Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung
datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-
rakan. tetapi demi menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam
perjalanan pulang ke kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas.
Tanpa sedar, mereka berkongsi kisah-kisah kehidupan penduduk kampung kepada Lili.
Datuk Lili enggan menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela
kampungnya. Lili mula tertarik dengan suasana kampung yang bertentangan dengan gaya
hidup di bandar.
b) Biografi penulis
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau
mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat
sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan
di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Menjadi
pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah,
bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan
DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Penikmat
kopi dan pencinta kucing. Beliau juga menyukai tempat-tempat
sunyi dan tenang. Kurang menyukai kebisingan tapi kebisingan sering memberi ilham
kepada proses penulisannya.
c) Kulit hadapan dan kulit belakang novel
Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung
datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan.
tetapi demi menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke
kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka berkongsi
kisah-kisah kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan menjawab pertanyaan
Lili berkenaan corak dan binaan jendela kampungnya. Lili mula tertarik dengan suasana
kampung yang bertentangan dengan gaya hidup di bandar.
Datuk Lili merupakan pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili
dengan Danel dan Geetha. Ibu Geetha dan Bapa Danel telah lama menggunakan khidmat datuk
Lili. Sejak hari pertama tiba di kampung, Lili disambut dengan isu memasang kubah surau dan
pembinaan masjid dalam kalangan penduduk kampung. Lili juga mendengar tentang isu anak-
anak Che Jah yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah serta gemar mencuri. Lili memikirkan
tentang masalah yang dihadapi Kampung Sentosa dan menyuarakannya kepada nenek tetapi
neneknya selalau meminta agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa.
Semasa pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq yang merupakan anak
Che Jah. Lili telah berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah sebaliknya bersimpati
dengan keluarga Che Jah dan sikap keterbukaan Lili berjaya mengubah pendirian datuk dan
neneknya untuk mula mengambil berat denagn keadaan sekeliling. Cuti ini bermakna kepada Lili
kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang-orang kampung yang lebih dewasa untuk
membantu keluarga Che Jah mendapatkan pengadilan dari segi undang-undang dan isu
pemasangan kubah surau.
Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati
suasana matahari terbit. Lili enggan pulang ke rumahnya kerana gembira dengan pengalaman
yang dihadapi. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita tentang jendela menghadap
jalan. Setelah berpisah, Danel menulis surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan
rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.
b) Sinopsis setiap bab
Bab 1.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga
hati ibunya.
Bab 2.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan menyandang
dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala
Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam
bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-
buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuruteraan Awam,
Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka
bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang
pemuda Cina atau kacukan.
Bab 3.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh
pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya
untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang
Rashid untuk pulang.
Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar.
Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung
bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya
isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah
kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz
badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal
di Pekan Sentosa ini. Lili berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya
dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili
tentang ilmu- ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui
bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu- ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk
Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar
negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya.
Sepanjang berada di kampung, Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di
dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan
bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba mempengaruhi penduduk-penduduk
kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional di samping memujuk supaya
menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau
berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu juga,
Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan
tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk
meyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk
menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan
kaedah perubatan moden, kerana semua bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden
supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa
berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum
tentu dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat
menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh diterima
pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya,
tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata
datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan
tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama
ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca
kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan
kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih
tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi
untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa
secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk
dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan
datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-
soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak
ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk
kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang
alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau
lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang
kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah
kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti
bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua
melaung- laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan
pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus
menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
seorang perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk
memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk
menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan
harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-
henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan
ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi
terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan
Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu
tidak berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili
berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan
terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal
berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana
memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabar tersebut. Datuk
masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi
mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk
pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-
akar kayu dan daun-daun hutan.
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti
biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali
pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke
kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya
dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang,
nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang
keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar
beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut
dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut
apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut
kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini
lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang
lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di
Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan
tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah
berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian
perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh
menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa
gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tiba-tiba, Lili yang
ternampak julur ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam
bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah
tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya
sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili.
Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di
pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah
ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai
menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja
sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang
lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering
menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang
dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat
penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-
orang kampung menyumpah-nyumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam
penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek menyambut kepulangan Lili dengan
tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian
yang menimpa Lili.
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga
yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka
dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung
merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan
keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang
diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negatif dan menyedihkan. Oleh itu,
Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus
dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili
memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor
keselamatan.
Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq
teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa
alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah
kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan
budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada
Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah
memaafkannya. Che Jah memuji- muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan
bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.
Bab 23.