Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-kadang
boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum
selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan
menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan
dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari
datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah
menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih
suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga
dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting
ilmu- ilmu agama ditegakkan.
Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau
atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat
tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi
dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri
dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak
petrol dan diesel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua
penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya.
Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah
oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk
perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan
kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid
dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih memberi
tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka
bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah
tanggungjawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah.
Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-
baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang.
Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh
terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik
angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan
mulutnya berdarah. Tiada seorang pun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana
tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam
usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.
Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian
warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada
Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak
berkuasa.
Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh
Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan
balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan
menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang
dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga
Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup
lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan
mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan
datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka
berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-
undang.
Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu
yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung
berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat
dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung
tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah.
Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia
hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq.
Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar
ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan
mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat
dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula
menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah
kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari
keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah
jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.
Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala
Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua
penduduk dan ketua kampung.
Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke
zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya
pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar
China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa
dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan
menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili
akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela
menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.
5 Kekuatan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah novel ini banyak memberi pengajaran kepada kita dengan
nilai- nilai murni yang terdapat dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kemasyarakatan. Selain itu,
terdapat banyak info yang kita dapat pelajari iaitu tentang perubatan tradisional dan juga tentang
kebaikan pisang daripad artikel yang ditulis oleh Danel. Seterusya, novel ini menunjukkan
bahawa kadang kala yang tua harus belajar daripada orang yang muda. Ia menunjukkan bahawa
orang muda juga boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah orang yang lebih tua.
Kemudian, novel ini membuktikan bahawa masalah keluarga dapat meroskkan akhlak anak
mereka. Sebagai contoh, Pak Seman yang sentiasa memukul anaknya menyebabkan anak mereka
mengikut kegiatan yang kurang baik. Akhir sekali, novel ini mengajar kita untuk berani
menyuarakan pendapat seperti Danel yang menerangkan tentang kebaikan perubatan secara
moden dan rawatan secara tradisional kepada datuk dengan sopan santun.
5 Kekurangan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Mengdahap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini
Kelemahan yang pertama ialah penulis tidak mengikut plot yang hendak diceritakan iaitu
tentang jendela menghadap jalan. Penulis seperti tidak ingin kemukakan tentang isu jendela
menghadap jalan itu. Seterusnya, novel ini amat perlahan kerana ia menceritakan tentang sesuatu
perkara yang kurang penting seperti isu kubah yang dibualkan oleh orang kampung dengan
begitu lama sedangkan ia mengambil masa yang singkat sahaja untuk diselesaikan. Selain itu,
pemikiran yang kurang logik kerana remaja berumur 17 tahun pula yang menyelesaikan masalah
orang kampung sedangkan ramai penduduk kampung yang hanya pandai membuat buah mulut
dan saling benci-membenci antara satu sama lain. Kemudian, jalan cerita novel ini sangat pelik.
Bagaimana seseorang yang sudah berumur membawa lari kubah yang sepertinya berat itu
seorang diri? Saya kurang percaya tentang hal tersebut. Akhir sekali, perwatakan Lili yang
sepertinya sangat pasif dan membuatkan para pembaca menjadi mudah bosan.
5 Cadangan penambahbaikan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat dalam novel ini.
Pada pendapat saya, penulis boleh membuat plot yang bersesuaian dengan tajuk yang telah
ditulis. Selain itu, penulis juga boleh mencari idea agar novel tidak membosankan buat para
pembaca. Sebagai contoh, penulis menulis tentang objektif utama novel dan tidak membuat para
pembaca memikirkan tentang isu jendela menghadap jalan itu dengan jangka masa yang panjang.
Kemudian, penulis haruslah menulis sesuatu yang mengikut logik akal walaupun ovel tersebut
hanyalah rekaan semata. Seterusnya, penulis haruslah membuatkan watak utama terserlah
dengan sifat yang lain daripada orang lain. Hal ini kerana sifat pasif watak utama iaitu Lili sangat
membuatkan para pembaca menjadi mudah bosan. Akhir sekali, penulis juga boleh membuat
sesuatu ayat secara ringkas agar tidak membosankan para pembaca dengan ayat yang panjang.
4) Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
a) Cerita secara ringkas tentang novel
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih
b) Biografi penulis
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang
buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10
Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin
kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan
menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris.
Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana. Beliau mula berjinak dengan
dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya
menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan
sajak, cerpen dan novel.
c) Kulit hadapan dan kulit belakang novel
Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang
kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha,
apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang
aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu.
Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-la ha n
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat
hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institus i
tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya
di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik
pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungk in
tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh
doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
b) Sinopsis setiap bab
BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan
hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat
pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa
pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan
yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat
bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan
golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik
mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti doktor idolanya itu. Raiha juga
dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah
terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan
terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar.
Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk
berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya
menjadi golongan profesional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya
adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat
bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha
apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister
Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di
hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang
terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya
membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada
malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan
Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api
di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa
dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam
keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka.
Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut
diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia tidak bertugas
pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu
dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung
dengan Raiha.
BAB 2
Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang
gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun dihantar belajar di
sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-
samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu
tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap
bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa
keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut
berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal
menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui
PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang ada kalanya seperti
memperkecil-kecilkan kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan
yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering
mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat
membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan
pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku
kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada
sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan
menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran
berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak
perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayangi hidupnya. Lamunannya
tersentak apabila ingatannya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang
menyamar di PRPK miliknya.
BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati
serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran
dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan
pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali
cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak
perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh
tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang
punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya
berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan
dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya
berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya
semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu
pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia
menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya
tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya
menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di
sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di
Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat
manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan diri dengan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz
juga menyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh
Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa
adalah barang kemas miliknya hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa
sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana,
gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri
kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di
apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu.
Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandunginya itu kerana kehadirannya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui
fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat.
Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak
membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup.
Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap
selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh
isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran
isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya
juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya,
mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga
keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-
apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali
ganda masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka
mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil
menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak
ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor
Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor
Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu
sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia juga dituduh
sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh
pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu
hanyalah khayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih
BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang,
begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi
pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka mengganggu hasratnya untuk mengaut
keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya
seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah
dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat
pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab
malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak
perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba
kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama
ini. Hal ini seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan.
Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat
panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan
berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di
bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal
dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok
di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar
pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam
perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz
mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa
aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz
bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondominiumnya. Tidak sampai lima minit
kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan
diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke
lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang
untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang
selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk
menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini.
Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan
Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan
panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam
ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa
sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi
tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang memang
sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk
menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat
tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu
dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang
musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya
diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak
hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia
berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas
yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan
peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat
jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah
begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu
menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan
rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba
dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan
mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu
bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya
dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya
dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah
tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong
Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan
tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan
menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex
turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti
itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron
yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan
Berjaya pada kali ini.
BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya
selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak
berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama
apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong
yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya
berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan
ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap
sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan
menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan
penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu
Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan
anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal
keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan
bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan
meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron
menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah
universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester
BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng
memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan
pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga mengimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke
atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia
juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi
dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh
badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Doktor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan
berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu
dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara
kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-
wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya
tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak
enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya.
Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai
doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh
yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya
sesuai menangani kes anak perempuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut
melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum
sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju
dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba
di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang.
Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat
rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan
pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelangan tangan dan lutut kaki
yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak
suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan
menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia
sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan
dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut.
Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
5 kekuatan novel
Novel yang saya kaji di Tingaktan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah jalan cerita novel ini sangat menarik dengan adanya ‘plot
twist’ yang menarik minat para pembaca. Selain itu, novel ini juga memberi tauladan yang baik
kepada para pembaca. Sebagai contoh, Raiha yang menegur Felicia kerana kurang sopan dengan
ibu Unong Siron dan memanggilnya dengan panggilan ‘sapi tua’. Seterusnya, jalan cerita yang
mudah difahami para pembaca dan tidak membosankan. Di samping itu, penulis banyak
menggunakan perkataan dalam bidang perubatan seperti x-ray, clinical year dan surgery. Akhir
sekali, antagonis di dalam novel ini sangat memuaskan.
5 kekurangan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa kekurangan dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah penulis yang menulis atau mengulang ayat yang sama
berulang kali dan dapat menyebabkan para pembaca hilang minat untuk terus membaca.
Seterusnya, perwatakan watak utama yang naif dan sangat baik membuatkan para pembaca
kurang berpuas hati kerana di pengakhiran penceritaan, Raiha meminta maaf walaupun dia
melakukan kebaikan. Kemudian, perwatakan watak sampingan yang begitu kejam iaitu Doktor
Uwang yang membenci anak daripada keterlanjurannya walaupun anaknya itu tidak mempunyai
apa apa kesalahan. Selain itu, jalan cerita ini juga agak rumit untuk difahami kerana terlalu
banyak pergaduhan yang berlaku. Akhir sekali, perwatakan yang sedikit di dalam cerita ini
kurang menarik minat para pembaca.
5 cadangan penambahbaikan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat dalam novel ini.
Pada pendapat saya, penulis boleh mengubah kulit belakang buku Pantai Kasih ini
menjadikan ia lebih menarik kerana kulit belakang buku ini terlalu kosong. Selain itu, penulis
boleh membaiki plot cerita ini dan membuatkan ia lebih tersusun. Seterusnya, penulis digalakkan
untuk mengurangkan pengulangan ayat yang lebih kurang sama dalam novel ini kerana ia dapat
membuatkan para pembaca mudah bosan. Di samping itu, penulis juga boleh mengurangkkan
perkara-perkara negative dalam novel ini kerana bimbang akan mempengaruhi kanak-kanak
yang membaca novel ini. Akhir sekali, penulis boleh menambah watak perwatakan yang lebih
banyak untuk menarik minat pembaca.
5) Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
a) Cerita ringkas tentang novel
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami
masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama
beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya
b) Biografi penulis
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung
Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pada tahun 1969, beliau
mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun
1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga
lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga
1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan
Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
c) Kulit hadapan dan kulit belakang novel
Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya
seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu
Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang
ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya
dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah
tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan
wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya
tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam
keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang
kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering
mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa
saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki /
ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa
mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar
tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu
berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia
bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih
bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah
ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka
dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai
raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap
tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil
perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah
keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula.
Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November),
Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis
pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan
STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan
pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4
tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan
yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya
yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga
akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada
30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai
ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan
lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar
Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk
kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah
menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia
sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi
Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa
menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.
b) Sinopsis setiap bab
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos
nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.
Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya
kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melat i
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah
habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim
untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.Tiba -
tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu
Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi
Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia
mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi
lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa
berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia
kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-
anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung
Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka
adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia
tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung.
Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah.
Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia
walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut
kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau
tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka
hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak
diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya
pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia
doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang
berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan
memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar,
adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah
mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada hari
Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak
rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari
rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu
lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya
dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik
dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang
untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada
petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-
macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital
untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji
Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya
tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya
yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang
dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “orang gila”
yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau
geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberita hu
punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini
mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan
menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke
rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan
tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung
itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu
membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi
malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan
Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-
pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin
kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said
dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan
beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji
keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis
setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong
pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa
pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas
menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan
dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat
demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu.
Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi
mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah
Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton.
Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata
untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasiha ti
Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangka n
kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatka n
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,
Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang
merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan
hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang
pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa
ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup
berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang
diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli.
Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual
dengan harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa
dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salw ani
meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja.
Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin
berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia
daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa
Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok
sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila
Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat
kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan
takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah
Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan
emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu
sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi
kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaima n
dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan
oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu
mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Rid huan
memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-
hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungk ina n
penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia
terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ
baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi
melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai
pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia
pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberita hu
keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat
abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu
adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadap i
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat
tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi
harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke
Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Wala u
bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahka n
keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-
siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di
pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan abahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuaraka n
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar
kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam
dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola
jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta
Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak
ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyur uh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia
terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah
tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu
membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas
di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman,
Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim
berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengala mi
masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.
Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan
pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang
memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong
akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu,
Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ.
Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang
untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaima n
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan
Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-
hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad
dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada
Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia
melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana
di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima
cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih
daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia
mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang
terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa
bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan
cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke
balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar runguta n
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi
menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing- masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan
apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaima n
bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat
terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunanga n
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga
bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk
mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia
dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya
selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Univers iti
Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi,
Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah
telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan
Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan
bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin
risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaima n
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi
oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya
kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari
telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga
menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati
diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
5 kekuatan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah jalan cerita novel yang amat menarik bagi para pembaca
terutamanya golongan remaja. Selain itu, novel ini jugak sedikit membuatkan saya beremosi
kerana ia menceritakan tentang jalan hidup Dahlia sebagai anak sulung yang harus menempuhi
pelbagai cabaran kerana ingin membantu ayahnya. Di samping itu, novel ini mengandungi banyak
nilai murni iaitu pengorbanan seorang kakak yang mementingkan ilmu pendidikan demi masa
hadapan menjaga adik-adiknya kerana keluarga mempunyai masalah kesempitan wang.
Seterusnya, kisah cinta yang terdapat dalam novel ini menarik minat para pembaca golongan
remaja pada zaman kini. Akhir sekali, binaan plot yang tersusun membuatkan para pembaca
mudah fahami jalan cerita novel ini.
5 kekurangan novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Terdapat beberapa kekurangan dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah penduduk kampung yang tidak mempunyai semangat
kemasyarakatan untuk membantu antara satu sama lain berbanding dengan novel . Akan tetapi dia
akhir penceritaan, semua penduduk kampung telah insaf dan membantu keluarga Embong
membina rumah mereka yang telah hanyut akibat banjir yang berlaku. Selain itu, pengakhiran jalan
cerita novel ini kurang memuaskan bagi pendapat saya. Di samping itu, perwatakan ayah Dahlia
iaitu Embong yang kurang memuaskan kerana tidak mengetahui isi hati anaknya dan mengatakan
bahawa Dahlia kuat semangat mengatasi masalah sedangkan anaknya itu kusut memikirka n
masalah yang dihadapinya. Seterusnya, novel ini banyak menonjolkan watak Nek Kiah yang hanya
membenci keluarga mereka dan tidak membantu apa-apa. Akhir sekali, watak antagonisnya yang
tidak mengganggu watak utama dengan kejam dan insaf pada akhir penceritaan.
5 cadangan penambahbaikan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat dalam novel ini.
Pada pendapat saya, watak Nek Jah di dalam novel ini harus dikurangkan kerana ia tidak
memberi apa-apa impak yang besar kepada jalan cerita. Selain itu, penulis juga harus menceritaka n
tentang watak utama yang hidup bahagia bersama pasangannya. Di samping itu, penulis juga boleh
meletakkan watak antagonis yang sedikit jahat untuk membuatkan jalan cerita ini menarik.
Seterusnya, penulis perlu meringkaskan jalan cerita agar tidak membuatkan para pembaca mudah
bosan. Akhir sekali, penulis perlu mengurangkan perkara negative yang terdapat dalam novel ini
kerana bimbang akan mempengaruhi para pembaca.
6) Novel Tirani karya Ben Sabariah
a) Cerita ringkas tentang novel
Tirani mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan
pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung
palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi
cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
b) Biografi penulis
Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah
binti Haji Abang Awet. Beliau lahir di Kampung Hulu, Pusa,
Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7 November 1949.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi dan rencana.
c) Kulit hadapan dan kulit belakang novel
Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah
membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan
rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka
datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan
dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan
prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda
terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya.
Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan
ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari
dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan
chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun,
disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang
hanyalah satu Tirani.
Sinopsis setiap bab
Bab 1 :
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan
keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan
benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong
Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli
masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang
galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak
cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
.
Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka
agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis.