The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norahizazd, 2024-04-21 11:51:37

MODUL_BM_1

MODUL_BM_1

151 Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pergi sekolah selepas sarapan, Membawa buku mencari ilmu; Wahai kawan dengarlah pesanan. Agar hidup selamat selalu. Wahai kawan dengarlah pesanan, Agar hidup selamat selalu; Ke mana pergi menjadi teladan, Di sanjung orang setiap waktu. Ke mana pergi menjadi teladan, Disanjung orang setiap waktu; Berbudi bahasa menjadi sanjungan, Jadikan hiasan buat dirimu. Berbudi bahasa menjadi sanjungan, Jadikan hiasan buat dirimu; Penuhkan dada dengan bekalan, Carilah ia dari gurumu. Penuhkan dada dengan bekalan, Carilah ia dari gurumu; Peliharalah kesucian dengan berkesan, Banggakan ayah dan juga ibu. Peliharalah kesucian dengan berkesan, Banggakan ayah dan juga ibu; Sekian sahaja pesananku teman, Jadikan panduan ikutan bertalu.


152 36 Puisi di atas berkaitan dengan A pantun jenaka B pantun nasihat C pantun orang tua D pantun kasih sayang 37 Penulis menujukan pantun tersebut kepada A ibu bapanya B adik-adiknya C anak-anaknya D rakan-rakannya 38 Apakah maksud “Jadikan panduan ikutan bertalu” pada baris akhir puisi? A Nasihat yang baik dijadikan amalan B Dengarlah selalu nasihat yang diberikan C Ikutlah segala panduan yang menjadi amalan D Amalkan apa-apa jua nasihat yang telah didengar 39 Selain daripada budi bahasa dan ilmu, apakah lagi yang akan membanggakan ibu bapa? A Menjaga maruah diri B Sentiasa menghias peribadi C Menjadikan kejayaan kebanggaan diri D Mendengar pesanan dan nasihat yang diberi 40 Semua pernyataan di bawah ini adalah maksud keseluruhan pantun di atas kecuali A mencari ilmu adalah tanggungjawab setiap manusia B pesanan dan nasihat yang baik patut dijadikan teladan C kesempurnaan diri kunci utama kebahagiaan seseorang D berbudi bahasa dan bersopan santun menjamin kejayaan


153 - KERTAS SOALAN TAMAT - MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 BAHASA MELAYU 011 - MODEL TIGA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 A C C D A B A C B B 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 C B A A C D D C B B 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 D D C C A D C D B B 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 C B C A D B D A A D *Taburan Jawapan : A = 9 B = 10 C = 11 D = 10


154 SET 4 SULIT MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Set 4 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.


155 [Lihat sebelah SULIT Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 ________ bertiga akan menyertai lawatan sambil belajar ke Bukit Merah minggu hadapan. A Aku B Saya C Beliau D Mereka 2 Azimah diserang demam selesema. ________ dia tidak hadir ke sekolah beberapa hari. A Semenjak itu B Demikian juga C Di samping itu D Oleh sebab itu Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah 3 Mak Cik Mimi sedang ________ kuih seri ayu untuk hidangan berbuka puasa keluarganya. A Merebus B Menanak C Mengukus D Menjerang 4 “________ Raja Muda Perlis mahu kerja membaiki rumah-rumah yang rosak akibat ribut di Simpang Empat itu disegerakan,” lapor sebuah akhbar harian. A Beta B Patik C Tuanku D Baginda 5 Syarikat perladangan itu mengalami kerugian besar kerana ________ pengurusannya yang tidak cekap. A Tatacara B Tataetika C Tatatertib


156 D Tatasusila Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah 6 Beberapa ________ penting dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Pertubuhan Belia 4B(Malaysia) itu. A isu B usul C item D fakta 7 Siti Rohaida ________ apabila melihat cacing yang bergumpal di dalam tempurung itu. A sedu-sedan B geli-geleman C lintang-pukang D terhuyung-hayang 8 Muhammad Adli hampir termuntah apabila meminum ubat demam yang ________ itu. A Kelat B Masin C Maung D Masam 9 Dia masih ________ berkahwin ________ ingin membiayai persekolahan adik-adiknya. A akan … apabila B telah … supaya C mahu … sambil D belum … kerana Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah 10 “Jangan tekan ________ adik itu kerana bahagian itu masih lembut,” kata ibu kepada kakak. A otot-otot B otak-otak C ubun-ubun D sendi-sendi 11 Seruling ________ itu dapat menghasilkan bunyi yang merdu dan bergemeresik jika ditiup dengan cara yang betul. A kayu B Getah C Papan D Bambu


157 12 ________ yang tampan itu sedang menggayakan pakaian tradisional suku kaum Bajau di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. A Pramugari B Pramugara C Peragawan D Peragawati 13 Kasut sekolah Sureh ________ kerana dia ditimpa hujan rintik-rintik semasa pulang dari sekolah pada petang itu. A Luntur B Koyak C Lenjun D Lembap 14 Barangan ________ yang dihasilkan oleh orang kurang upaya sering mendapat sambutan daripada para pelancong. A kraf tangan B seni lukis C reka cipta D daya usaha Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah 15 Dangau yang terletak di ________ sungai itu beratapkan bertam dan berdindingkan buluh. A sisi B tepi C luar D hulu 16 Se ________ pengantin yang baru diijabkabulkan itu diarak ke pelamin oleh se ________ kompang dari kampung tersebut. A orang ... kumpulan B kawan ... angkatan C pasang ... pasukan D rombongan ... pasang 17 Umaira dan kawan-kawannya ________ yakin bahawa pasukan kriket sekolahnya akan menang dalam pertandingan kali ini. A amat B betul C benar


158 D sekali Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah 18 Rambut budak itu menjadi __________ semasa dia mandimanda di tepi pantai itu. A kejur B kesat C kelam D kusam 19 Datuk Malik memilih tanah tinggi untuk mendirikan banglo kerana kawasannya ________. A lebar B Lawas C sayup D Sesak 20 Ramjit berasa amat gembira kerana terpilih ________ perarakan sempena Hari Kebangsaan pada tahun ini. A menjalani B menyertai C memasuki D menghadiri 21 Rumah usang itu senget kerana angin ribut dan hujan lebat yang berlaku petang semalam. Perkataan seerti bagi senget ialah A capik B goyang C condong D tempang 22 Bantuan daripada kerajaan dapat membantu melicinkan pelaksanaan projek pertanian itu. Perkataan berlawan bagi melicinkan ialah A merosakkan B menyukarkan C menlancarkan D membantutkan 23 Setiap hari Isnin murid-murid akan menyanyikan lagu “Malaysia Berjaya” di Anjung Ilmu. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Bilakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan? B Di manakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan? C Bila dan di manakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan? D Bila dan mengapakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?


159 24 Siapakah yang menang dalam pertandingan Kembara Bahasa Melayu itu? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Johan bagi pertandingan Kembara Bahasa Melayu itu ialah Ummi Aida. B Kembara Bahasa Melayu merupakan Ummi Aida pemenang pertandingan itu. C Ummi Aida ialah antara pemenang pertandingan Kembara Bahasa Melayu itu. D Pemenang pertandingan Kembara Bahasa Melayu itu Ummi Aida yang umumkan. Soalan 25 dan Soalan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 25 Jambatan Sungai Kinta itu masih kukuh walaupun usianya sudah hampir satu abad. A Jambatan Sungai Kinta yang kuat itu sudah berusia hampir seratus tahun. B Usia jambatannya sudah hampir seratus tahun namun, Sungai Kinta masih utuh. C Meskipun Sungai Kinta dan jambatannya hampir seratus tahun tetapi masih kukuh. D Walaupun sudah berusia hampir seratus tahun, jambatan Sungai Kinta masih teguh. 26 “Saya berasa seronok sungguh bercuti di Pulau Langkawi, Haniza,” kata Asmadi. A Haniza menanyakan Asmadi seronok bercuti di Pulau Langkawi atau tidak. B Haniza memberitahu Asmadi bahawa dia amat seronok bercuti di Pulau Langkawi. C Asmadi memberitahu Haniza bahawa dia sangat seronok bercuti di Pulau Langkawi. D Asmadi dan Haniza menyatakan bahawa mereka seronok bercuti di Pulau Langkawi. Soalan 27 dan Soalan 28 Pilih ayat-ayat yang betul. 27 I Samsiah suka mendengar lagu-lagu berirama keroncong. II Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini. III Ketiga orang pegawai Bank Bumiputra Commerce itu kawan ayah saya. IV “Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak. A B C D I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja 28 I Pemuda yang berkereta mewah itu berasal dari Seberang Takir. II Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadhan setiap hari. III Gasing ialah satu daripada permainan tradisonal masyarakat Melayu. IV Di waktu malam, suasana di Kampung Rapat Jaya Tambahan sunyi sepi. A B C D I dan II sahaja I dan III sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja


160 Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 29 I Pelajarannya di sekolah pondok itu patah di tengah jalan. II Kereta kancil yang terlibat dalam kemalangan itu patah dua. III Pekerja asing dari Kemboja itu tidak patah bercakap bahasa Melayu. IV Dia sempat menyebut beberapa patah perkataan sebelum meninggal dunia. A B C D I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja 30 I Ahmad Faizal rantai basikalnya pada sebatang tiang besi. II Rumah Siti Nurbaizura terletak kira-kira dua rantai dari jalan raya. III Golongan nelayan masih belum bebas daripada rantai orang tengah. IV “Rantai yang adik pakai itu bukan daripada emas tulen,” jelas Puan Anis. A B C D I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja


161 Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kereta api merupakan pengangkutan moden yang paling awal diperkenalkan di Malaysia. Landasan pertama dibina pada tahun 1869. Landasan ini telah menghubungkan Johor Bahru dengan Gunung Pulai. Namun, landasan kayu ini tidak dapat berfungsi lama kerana landasan tersebut dimusnahkan anai-anai. Landasan besi keluli pertama dibuka pada tanggal 1 Jun 1885 yang menghubungkan Kuala Sepetang dengan Taiping. Kedua-dua bandar ini menjadi stesen kereta api yang pertama di Tanah Melayu pada masa itu. Bandar Kuala Sepetang diberi nama Port Weld sempena nama Gabenor Negeri Selat ketika itu iaitu Sir Frederick Weld. Pada mulanya, kereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah sahaja. Namun, lama-kelamaan perkhidmatan kereta api penumpang telah diperkenalkan kerana mendapat permintaan. Perkhidmatan kereta api penumpang ini, memudahkan penduduk setempat untuk berulang-alik ke bandar. Perkembangan perancangan penggunaan kereta api menjadi terencat apabila negara mengalami masalah ekonomi. Perkembangan pengangkutan jalan raya turut menjadi salah satu penyebab penggunaan kereta api mengalami kemerosotan. Perang Dunia Kedua pada tahun 1940, turut memberikan kesan negatif terhadap sistem perhubungan negara. Banyak landasan kereta api telah dimusnahkan. Selain itu, satu pertiga daripada lokomotif telah dipindahkan oleh tentera Jepun ke negara Thailand dan Myanmar. Apabila pengurusan kereta api diambil alih oleh Pentadbiran Tentera British pada 1 Januari 1946, kerja-kerja pemulihan dan pembaikan giat dijalankan. Kereta api terus bertahan sebagai satu daripada pengangkutan darat yang lebih murah dan berkesan. Pengurusan kereta api sekali lagi mengalami perubahan apabila Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Sendirian Berhad ditubuhkan pada 1 Januari 1948. Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, pengurusan kereta api dikendalikan oleh sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. Agensi tersebut kini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, Keretapi Tanah Melayu (KTM) masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Tambang kereta api juga agak munasabah, namun kelajuan kereta api antarabandar “intercity” yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain. Pada masa sekarang, KTM mengendalikan beberapa perkhidmatan antarabandar di bawah jenama KTM Antarabandar “KTM Intercity”. Kebanyakan perkhidmatan ini beroperasi


162 dari Stesen Kuala Lumpur Sentral. Bagaimanapun, terdapat perkhidmatan kereta api ini yang hanya beroperasi sepanjang laluan Pantai Timur antara Tumpat dan Gemas dan seterusnya menuju ke Singapura. Terdapat satu perkhidmatan kereta api yang istimewa, perkhidmatan ini merentasi sempadan yang beroperasi antara Butterworth dan Bangkok, Thailand. 31 Mengapakah landasan kereta api yang pertama tidak dapat digunakan? A Kereta menunggu kereta api pertama tiba B Kerana landasan kereta api itu tidak dapat disiapkan C Kerana landasan kereta api itu reput dimakan anai-anai D Kerana landasan kereta api itu menuju ke arah pergunungan 32 Tujuan utama kereta api diperkenalkan sebagai pengangkutan darat adalah untuk A menghantar beras B membawa pelancong C kemudahan penduduk D mengangkut bijih timah 33 Siapakah yang bertanggungjawab membangunkan semula perkembangan perkhidmatan kereta api selepas tahun 1940? A Tentera Jepun B Sri Frederick Weld C Pentadbiran Tentera British D Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu 34 Apakah yang menyebabkan bandar Kuala Sepetang ditukar nama kepada Port Weld? A Merupakan tempat tinggal Gabenor Negeri Selat B Sempena nama Gabenor Negeri Selat iaitu Sir Fredick Weld C Ketua Stesen Kereta api Kuala Sepetang bernama Port Weld D Landasan kereta api Kuala Sepetang dibina oleh Gabenor Negeri Selat 35 Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali A Keretapi Tanah Melayu Berhad ditubuhkan kesan pengkorporatan kerajaan. B Perkhidmatan kereta api Pantai Timur melalui Kelatan dan Negeri Sembilan. C Semua perkhidmatan kereta api beroperasi di Stesen Kuala Lumpur Sentral. D Pengurusan Keretapi Tanah Melayu dikendalikan oleh kerajaan persekutuan.


163 Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir pada hari ini. Hadirin sekalian. Ilmu pengetahuan merupakan faktor paling utama yang akan menentukan kemajuan dan pembangunan sesuatu masyarakat. Tanpa ilmu pengetahuan nescaya kehidupan, kemajuan dan pembangunan sesuatu masyarakat tidak akan tercapai. Melalui ilmu, maka lahirlah kemahiran dan teknologi. Manakala darjah dan tahap penguasaan ilmu dan kemahiran teknologi dalam kalangan masyarakat pula menjadi pengukur kepada kemajuan sesebuah negara. Kekayaan hasil bumi semata-mata tidak dapat menjamin kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tanpa adanya kepandaian atau ilmu yang dimiliki oleh masyarakat. Atas kesedaran ini, maka soal ilmu dan pendidikan telah diberi perhatian utama. Pembangunan dalam bidang pendidikan dijadikan asas untuk pembangunan fizikal. Kini negara kita boleh berbangga apabila berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga yang menjadi bukti kejayaan tersebut. Hadirin sekalian. Perpaduan kaum adalah matlamat dan agenda utama dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Persefahaman adalah kunci kejayaan. Persefahaman pula timbul jika masyarakat berilmu tinggi. Ilmu akan menjadikan anggota masyarakat yang berbilang bangsa mengenali dengan lebih dekat antara satu dengan yang lain. Persefahaman yang terjalin mewujudkan negara yang damai dan sejahtera. Pada masa kini, kerajaan sedang berusaha untuk melahirkan generasi yang berfikir secara saintifik. Perkara ini merupakan satu usaha yang berterusan bagi mencapai kecemerlangan bangsa. Berfikir dan mengkaji adalah asas dalam budaya ilmu yang dapat menjadikan sesuatu bangsa lebih cemerlang. Selaku ketua pentadbir di sekolah ini, saya mengharapkan agar guru-guru dan ibu bapa hendaklah sentiasa berusaha memupuk minat membaca dan mengkaji terhadap minat anakanak dan murid-murid di sekolah. Minat membaca dan mengkaji adalah asas utama dalam budaya ilmu yang menekankan konsep pendidikan seumur hidup. Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran dan keterlanjuran bicara


164 dalam ucapan saya sebentar tadi. Sekian, terima kasih. 36 Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut? A Guru Besar B Penolong Kanan C Guru Kaunseling D Yang Dipertua PIBG 37 Antara tujuan menuntut ilmu adalah seperti berikut, kecuali A berfikir dan mengkaji B kemajuan dan pembangunan C perpaduan dan persefahaman D kedamaian dan kesejahteraan 38 Perkataan kunci dalam petikan di atas bermaksud A alat B hasil C asas D sumber 39 Ucapan di atas mempunyai hasrat dan tujuannya yang tersediri. Apakah hasrat dan tujuan ucapan tersebut disampaikan? A Meminta ibu bapa, guru dan murid supaya turut serta menuntut ilmu B Mengingatkan ibu bapa, guru dan murid tentang perlunya menuntut ilmu C Merayu ibu bapa, guru dan murid supaya tidak ketinggalan menuntut ilmu D Menyedarkan ibu bapa, guru dan murid akan peranan orang yang berilmu 40 Ungkapan konsep pendidikan seumur hidup membawa maksud A Belajar selagi nyawa dikandung badan B Belajar sejak dari kecil sehinggga dewasa C Belajar dengan tekun untuk masa hadapan D Belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya


165 - KERTAS SOALAN TAMAT - MODEL PEMBELAJARAN TAHUN 6 BAHASA MELAYU 011 - MODEL EMPAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 D D C D A B B C D C 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 D B D A B C A A B B 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 C D C A D C A B C D 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 C D C B C A A C B A *Taburan Jawapan : A = 9 B = 9 C = 12 D = 10


166 SET 5 SULIT MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Set 5 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.


167 [Lihat sebelah SULIT Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 “Pak Mohsin tidak ada selera makan ________ terlantar di hospital,” kata isterinya. A Lantas B Namun C Supaya D semenjak 2 Puan Raihana merebus dua ________ telur masin di dalam se ________ periuk kecil. A biji ... butir B butir ... biji C biji ... buah D buah ... buah Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah 3 Abang menggunakan se ________ cangkul untuk menanam beberapa ________ sampah sarap. A bilah ... bunjut B buah ... kampit C batang ... buntil D laras ... longgok 4 ________ Nabil mendapat markah tertinggi, ________ dia tetap berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. A Biarpun ... oleh itu B Walaupun ... namun C Sungguhpun ... selain itu D Adapun ... lebih-lebih lagi 5 “Setiap orang perlu berjimat-cermat. ________, dalam kegawatan ekonomi yang dihadapi sekarang,” nasihat Perdana Menteri Malaysia. A Lagipun B Walaupun


168 C Sungguhpun D Lebih-lebih lagi 6 Tun Abdul Razak ialah seorang ________ yang banyak berbakti kepada pembangunan negara Malaysia. A Jutawan B Wartawan C Karyawan D Negarawan Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah 7 Mereka sedang memasukkan barangan keperluan ke dalam ________ kereta sebelum bertolak ke Cameron Highland. A But B Bonet C Kokpit D Bagasi 8 Para pelancong sering ________ ke Pulau Langkawi kerana pemandangannya indah nian. A Dikunjungi B Kunjungan C Berkunjung D Mengunjungi 9 Juragan kapal dagang itu mengarahkan awak-awak kapalnya supaya ________ sauh. A Melabuhkan B Melontarkan C Menurunkan D Mencampakkan 10 “Orang yang ________ sahaja tahan terhadap sikap orang yang ________ itu,” kata Puan Haryana kepada kawan-kawannya. A telinga lintah ... mulut murai B telinga kuali ... panas baran C telinga gajah ... mulut becok D telinga nipis ... panas tangan Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah 11 Amir Irfan memaut dahan pohon rambutan itu ________ supaya dia tidak terjatuh. A erat-erat B ketat-ketat


169 C cepat-cepat D kemas-kemas 12 “Kuiz itu diadakan bagi menguji ________ murid-murid tahap dua dalam mata pelajaran Matematik.” kata Cikgu Ruziah. A Kepintaran B Kecekapan C Kecergasan D Kecemerlangan 13 Sampah sarap ________ di atas kawasan itu setelah selesainya perniagaan pasar malam di taman perumahan tersebut. A Bertaburan B Bertempiaran C Berterbangan D Berlonggokan 14 Kemudahan homestay yang diperkenalkan kepada pelancong dapat ________ sumber pendapatan penduduk desa. A Memperoleh B Memantapkan C Memperkukuh D Mempertingkat 15 Demam Pak Cik Wahid telah ________ setelah makan ubat yang diberikan oleh doktor yang merawatnya di klinik itu. A Turun B Susut C Kebah D Hilang Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah 16 Mak Long Hasnah ________ ikan-ikan cencaru itu sebelum dilumuri garam dan serbuk kunyit. A Mengelar B Mengerat C Menghiris D Menyiang 17 Datin Krisha ________ tetamunya dengan pelbagai jenis kurma dari Timur Tengah semasa majlis berbuka puasa di rumahnya. A dihidangi B hidangkan


170 C menghidangi D menghidangkan 18 Ramli ________ pendapatan yang lumayan hasil usaha gigihnya menternak udang galah. A diperoleh B diperolehi C memperoleh D memperolehi Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah 19 Perlawanan bola baling peringkat negeri itu berakhir apabila wisel ________ dibunyikan. A pemain B penentu C pengadil D penamat 20 Muhammad Zakir mengajak kawan-kawannya memancing di kawasan lombong tinggal itu. Perkataan seerti bagi mengajak ialah A Memohon B Membawa C Mempelawa D mengundang 21 Mahadi menyiapkan kerja itu sambalewa sahaja menyebabkan hasilnya tidak sempurna. Perkataan berlawan bagi sambalewa ialah A Teliti B Tekun C Tegas D Tangkas 22 Pernahkah awak berkunjung ke Pusat Peranginan Bukit Fraser sebelum ini? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Ya, Saya akan ke sana pada bulan hadapan. B Belum, inilah kali pertama saya sampai di sini. C Pasti, tahun hadapan saya akan datang ke sini lagi. D Sudah, kunjungan saya ke sini dirancang setahun yang lalu. 23 “Sudah pasti. Aku yakin kau akan berjaya kerana kau memang berbakat,” kata Azhar. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Bolehkah kau berjaya dalam pertandingan itu? B Adakah kau akan memasuki pertandingan tersebut?


171 C Bagaimanakah aku boleh berjaya dalam pertandingan itu? D Bolehkah aku memenangi pertandingan yang diadakan itu? Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 24 Saya dan ibu saya membawa kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya itu ke balai polis. A Ibu bapa yang kehilangan itu kami bawakan anaknya ke balai polis. B Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya itu kami bawa ke balai polis. C Balai polis kanak-kanak yang hilang itu kami hantar kepada ibu bapanya. D Kanak-kanak yang kehilangan itu dibawa oleh ibu bapanya ke balai polis. 25 Pelbagai isu semasa telah dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. A Pada bulan ini pelbagai isu telah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG. B PIBG telah membincangkan isu semasa dalam mesyuarat bulan kali ini. C Hanya isu semasa yang dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. D Dalam mesyuarat bulanan kali ini, PIBG telah membincangkan pelbagai isu semasa. Soalan 26 hingga Soalan 28 Pilih ayat-ayat yang betul. 26 I Setengah orang tidak mahu mengakui kesilapan sendiri. II Encik Leong memagari kebun sayurnya dengan kawat berduri. III Shahril akan meneruskan kerja-kerja menembuk dinding pejabat itu. IV Ibu muda yang mengandung anak pertama itu teringin akan buah kedondong. A B C D I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja 27 I Berbagai spesies ikan mati berdamparan di dalam sungai itu. II Suzinah berdolak-dalih apabila disoal oleh guru kelasnya kerana takut.


172 III Kemesraan di antara Suzie dengan ayah tirinya sangat disenangi oleh ibunya. IV Dia dimarahi bapanya kerana merodok sarang kerengga pada pokok rambutan itu. A B C D I dan II sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja 28 I Semasa hendak ke kedai, Syahmi kehujanan di pertengahan jalan. II Dia mentafsirkan hutangnya kepada bank tersebut berjumlah lima ribu ringgit. III Cerpen tentang “Langit Masih Cerah” itu telah dikarang oleh saudara Masri Karjah. IV Kebanyakan murid-murid tahun enam menghadiri Kem Pecutan Terakhir UPSR itu. A B C D I dan II sahaja I dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 29 I Musim gugur juga dikenali dengan nama musim luruh. II Banyak pahlawan gugur dalam medan peperangan tersebut. III Kelab bola keranjang itu telah gugur lima pemainnya pada musim ini. IV Tanpa disangka-sangka basikal Rahmat gugur di bawah pokok kelapa. A B C D I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja 30 I Berat hati ibu tua itu untuk melepaskan anaknya pergi ke kota. II Lori itu bergerak perlahan kerana muatan yang dibawanya berat. III Dia belum pernah mendapat ikan pari berat itu selama menjadi nelayan. IV Aisah agak berat untuk meninggalkan kedua-dua ibu bapanya di kampung. A B C D I dan II sahaja I dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja


173 Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. No. 123, Jalan Serindit 3/1B, Taman Ampang Mewah, 68000 Ampang Tambahan, Selangor Darul Ehsan. 29 Ogos 2009. Menemui sahabatku, Wahidah binti Ahmad Sakhri yang berada di Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang dengan selamatnya. Apa khabar saudari sekeluarga sekarang? Saya berharap agar saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Saya meminta maaf kerana terlewat membalas surat saudari tempoh hari. Sebenarnya pada masa itu kami sekeluarga pergi ke Tanah Tinggi Cameron. Kami menginap selama tiga hari dua malam di sebuah rumah tumpangan di sana. Saya berasa amat gembira ketika berada di kawasan tanah tinggi itu. Udara yang segar, kehijauan alam sekitarnya serta bunga yang pelbagai warna begitu menambat hati kami sekeluarga. Tanah Tinggi Cameron terbahagi kepada tiga daerah utama, iaitu Tanah Rata, Ringlet dan Brinchang. Pemandangan di Tanah Rata sangat indah dengan sungai, air terjun dan tasik. Di sini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet, hotel, restoran aneka makanan, bank, pejabat pos dan pusat beli-belah. Kami turut mengambil kesempatan untuk mandi-manda dan berkelah di kawasan Air Terjun Robinson. Ayah telah membawa kami melawat Ringlet dan Berinchang yang terkenal sebagai pusat pengeluaran bunga dan teh. Suhunya yang sejuk membolehkan bunga-bunga tumbuh subur di situ. Tanah Tinggi Cameron sememangnya terkenal dengan penanaman teh terbesar dan terbaik di Malaysia. Di sini tedapat kilang memproses teh yang dibawa terus dari ladang. Teh Boh merupakan satu pengeluaran teh dari Tanah Tinggi Cameron. Kami juga turut melawat beberapa kawasan yang menarik seperti “Rose Garden” dan “Kea Farm”. Saya diberitahu oleh salah seorang peniaga di “Rose Garden” bahawa di situ terdapat 600 jenis bunga ros dengan 200 warna yang menarik. “Kea Farm” pula merupakan sebuah ladang sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti tomato, kubis dan strawberi tumbuh subur di sini kerana cuaca yang dingin dan udaranya pula segar. Sebelum kami pulang kami sempat membeli sayur-sayuran dan beberapa jenis bunga.


174 Bagaimana pula dengan percutian saudari? Pastinya saudari juga telah memanfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah bersama-sama keluarga. Saya berharap agar saudari dapat menceritakan pengalaman bercuti kepada saya dalam surat saudari yang akan datang. Akhir kata sebelum berpisah, terimalah salam daripada saya untuk saudari sekeluarga. Sekian, terima kasih. Sahabatmu yang benar, Rosmaria 31 Mengapakah penulis meminta maaf kepada sahabatnya? A Dia tidak tahu sahabatnya menghantar surat kepadanya. B Dia tidak membalas surat daripada sahabatnya dengan segera. C Dia telah lama tidak menulis surat kepada sahabatnya kerana terlupa. D Dia dan keluarganya melawat Cameron Highlands tanpa pengetahuan sahabatnya. 32 Apakah yang dilakukan oleh penulis dan keluarganya semasa berada di Tanah Rata. A Makan di restoran pelbagai menu yang istemewa B Bermandi-manda dan berkelah di Air Terjun Robinson C Bermalam selama tiga hari dua malam di sebuah chalet D Membeli pelbagai jenis bunga mawar dan sayur-sayuran 33 Perasaan penulis semasa berada di kawasan peranginan tanah tinggi itu adalah A terharu B bangga C bahagia D gembira 34 Apakah maklumat yang dapat diperoleh penulis ketika melawat “Rose Garden”? A Mempunyai 600 jenis bunga dengan 200 jenis warna. B Mempunyai pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. C Keadaan cuaca dan udara yang segar di kawasan peranginan. D Kehijauan alam sekitar peranginan yang menambat hati para pengunjung. 35 Pernyataan berikut adalah benar tentang kawasan peranginan yang dilawati oleh penulis dan keluarganya kecuali A Sayur-sayuran dan buah-buahan tumbuh subur di “Kea Farm”. B “Rose Garden” terkenal dengan tempat pelbagai jenis bungan ros. C Kehijauan ladang teh telah menambat hati penulis dan keluarganya.


175 D Kawasan peranginan itu terletak di negeri tempat tinggal kawan penulis. Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Buah jambu melaka berwarna merah apabila cukup masak. Jambu ini bukan sahaja manis tetapi rangup apabila dikunyah. Kulitnya nipis dan berlilin, manakala isinya pula berwarna putih kemerah-merahan. Buah jambu ini sangat enak sekali dimakan dengan mencecahnya pada gula yang dicampurkan dengan kicap. Tambah enak lagi kalau dicampurkan sedikit cili padi. Pada zaman dahulu, kanak-kanak yang suka mengunyah daun jambu muda kononnya seperti mengunyah sirih. Daun jambu muda rasanya agak kelat dan masam. Daun jambu muda juga enak dibuat ulam bersama-sama sambal belacan. Manakala putik jambu melaka dapat digunakan sebagai peluru senapang buluh atau senapang bambu. Jambu melaka mempunyai banyak nama dalam kalangan masyarakat Melayu seperti jambu bar, jambu bol, jambu bola, dan jambu keling tetapi yang paling popular ialah jambu melaka. Di Thailand jambu ini dikenali sebagai chomphu saraek, di Kemboja sebagai shompuh kraham, dan di Vietnam pula sebagai man hurong tau. Sementara penduduk di Indonesia memanggilnya dengan nama dardana atau jambu tersana. Bagi masyarakat Barat, mereka memakan jambu ini dengan cara memanggangnya. Jambu yang telah dibubuh perasa yang disukai akan dipanggang, kemudian dihidangkan dengan krim sebagai pencuci mulut. Masyarakat Guyaba pula mengasingkan kulit jambu daripada isinya untuk dibuat sirap. Kajian oleh Haiwaii Herbs of Medicinal Valeu mendapati bahawa serat daun jambu ini banyak digunakan sebagai ubat tradisional. Contohnya ubat luka, sembelit dan ubat lidah serta bibir yang pecah-pecah. Akar jambu juga dapat mengubati penyakit gatal-gatal dan meringankan pesakit yang menghidap edema atau bengkak-bengkak pada kulit badan manusia. Walaupun pokok jambu ini mudah didapati di negara ini tetapi khasiat yang ada pada pokok ini amat perlu dihargai kerana banyak memberikan faedah kepada kehidupan manusia. Mungkin suatu hari nanti, jambu ini boleh dikomersialkan sebagai satu lagi hasil pertanian yang bertaraf dunia di negara kita. 36 Bagaimanakah rasa buah jambu melaka apabila telah ranum? A Manis B Payau C Maung


176 D Masam 37 Masyarakat di Negara Barat memakan jambu dengan cara A mengupas kulitnya sebelum memakan isinya B memanggang dan membubuh perasa yang digemari C mencecahnya pada gula yang dicampur dengan kicap D menghancurkan jambu tersebut untuk dibuat jus minuman 38 Mengapakah pokok jambu melaka mempunyai berbagai-bagai nama mengikut sesebuah negara pokok jambu itu ditanam? A Pokok jambu ini tidak serupa saiz buahnya B Pokok jambu mempunyai bentuk yang berbeza C Mengikut kesesuaian bahasa bagi tempat tertentu D Pokok jambu mempunyai buah yang pelbagai rasa 39 Mengapakah kanak-kanak pada masa dahulu mudah mengenali jambu ini? A Mereka suka memakan jambu yang sudah ranum B Bahagian tertentu pokok jambu dapat dijadikan ubat C Buah jambu banyak terdapat di sekeliling rumah mereka D Mereka menggunakan putik jambu sebagai alat permainan 40 Berpandukan petikan, kita perlu menghargai pokok jambu melaka ini kerana A kecantikan pokok dan buahnya B sukar didapati di bandar-bandar besar C kemanisan buah dan kemerahan kulitnya D khasiat dan kegunaannya dalam kehidupan - KERTAS SOALAN TAMAT -


177 MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 BAHASA MELAYU 011 - MODEL LIMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 D B C B D D D C A B 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 A B A D C A C C D C 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 A B D B D D C B A A 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 B B D A C A B C D D *Taburan Jawapan : A = 9 B = 10 C = 9 D = 12


178


Click to View FlipBook Version