The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norahizazd, 2024-04-21 11:51:37

MODUL_BM_1

MODUL_BM_1

101 Kempen kitar semula ini merupakan suatu langkah yang bijak. Kempen ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang cara-cara mengitar semula bahan-bahan buangan. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjayakan kempen ini. Bahan-bahan lama di rumah seperti perabot buruk, bekas makanan dan botol air boleh diguna semula. Bahanbahan ini boleh dijadikan pasu bunga, pembalut hadiah, hiasan antik dan sebagainya. Amalan ini jika dilaksanakan secara berterusan pasti akan membuahkan hasil yang kita harapkan. Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan. Saya berharap agar kempen ini akan berjaya mencapai matlamatnya. Sekian, terima kasih. 1 Mengapakah amalan kitar semula perlu diambil berat oleh setiap orang? A Sesiapa yang tidak mengitar semula akan didenda. B Bahan-bahan kitar semula merupakan bahan yang berharga. C Amalan ini perlu dilakukan untuk menjayakan kempen kitar semula. D Amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. 2 Objektif kempen kitar semula adalah untuk ... A memberi kesedaran dan pengetahuan tentang cara-cara mengitar semula bahan-bahan buangan. B memberi kesedaran bahawa mengitar semula bahan buangan dapat menambahkan pendapatan. C menggalakkan orang ramai menderma barang-barang terpakai. D menggalakkan orang ramai menyertai kempen yang dianjurkan ini. 3 Bahan-bahan berikut dapat dikitar semula, kecuali A gas B kertas C botol kaca D barang plastik 4 Rangkaikata membuahkan hasil bermaksud A mencapai tahap B memberi keburukan C memberikan keyakinan D mendatangkan sesuatu 5 Harapan pengucap pada akhir ucapannya agar kempen kitar semula... A disertai ramai. B berjalan lancar. C diadakan pada setiap tahun. D berjaya mencapai matlamatnya.


102 LATIHAN 7 CATATAN Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pada cuti penggal yang lalu, saya telah dibawa oleh pak cik saya mengunjungi sahabatnya di sebuah perkampungan orang asli. Yang berikut ialah catatan ringkas tentang kunjungan saya itu. Sabtu, 2 November 2008 Pukul 8.30 pagi bertolak dari Petaling Jaya menuju ke bandar Seremban. Bersarapan pagi di perhentian rehat Nilai. Pukul 10.30 pagi bertolak ke Kampung Bukit Berapit. Pukul 1.30 petang sampai di Bukit Berapit. Oleh sebab kampung orang asli itu terlalu jauh dan terpencil, tidak ada kenderaan untuk ke sana. Kami terpaksa berjalan kaki. Waktu itu jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami bermalam di sebuah rumah orang Melayu di situ. Ahad, 3 November 2008 Pukul 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Saya berasa sungguh seronok melalui sebatang lorong yang dikelilingi belukar. Nasib kami malang apabila hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa berteduh di sebuah pondok usang. Hujan masih turun hingga ke petang. Kami bermalam di pondok usang itu. Nasib baik kami ada membawa sedikit bekalan. Isnin, 4 November 2008 Saya diserang demam selesema. Pak cik tidak dapat membuat keputusan sama ada hendak meneruskan perjalanan atau pulang sahaja. Pak cik memberi saya pil demam yang dibawanya. Beberapa jam kemudian, saya berasa segar semula. Pukul 6.00 petang selamat sampai di Kampung Lanjut Manis. Selasa, 5 November 2008 Berada di rumah Encik Ulung, sahabat karib pak cik. Berasa seronok tinggal di kampung yang aman, tenang dan damai itu. Demam saya mulai reda. Khamis, 7 November 2008 Kembali ke Petaling Jaya. 1 Di manakah mereka bermalam pada 2 November 2008 ? A di Kampung Bukit Berapit B di Kampung Lanjut Manis C di rumah orang Melayu D di Nilai


103 2 Berapa lamakah mereka berada di rumah Encik Ulung? A dua hari B empat hari C lima hari D Seminggu 3 Apakah keputusan yang dibuat oleh pak cik pada 4 November 2008 ? A berpatah balik B meneruskan perjalanan C menunggu di tengah hutan rimba itu D tidak dapat membuat sebarang keputusan 4 Mereka tidak kelaparan semasa bermalam di tengah rimba itu kerana... A mereka diberi makan oleh penduduk kampung B mereka ada membawa bekalan makanan C mereka makan pucuk kayu D mereka minum air hujan 5 Apakah yang dimaksudkan dengan reda di dalam petikan di atas? A semakin bertambah B masih di tahap yang sama C Berhenti D Kebah LATIHAN 8 DIALOG Baca dan fahami dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Milah : Selamat petang, Mei Ling. Lama betul kita tak jumpa. Apa Khabar? Mei Ling : Khabar baik, Milah. Ke mana awak menghilang selama ini? Milah : Oh, janganlah berkata begitu! Saya pulang ke kampung datuk saya di Perak. Mei Ling : Patutlah saya tidak nampak awak. Seronokkah awak bercuti di sana? Milah : Seronok. Nenek kirim salam pada awak. Saya banyak bercerita tentang awak kepadanya. Oh, ya Mei Ling! Terlupa pula saya ! Ini ialah buah tangan saya untuk awak.


104 Mei Ling : Wah, cantiknya beg mengkuang ini! Milah. Tentu mahal harganya, Milah : Tidaklah mahal. Nenek saya yang menganyamnya. Mei Ling, awak tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu? Mei Ling : Saya tidak ke mana-mana kerana emak saya baru bersalin? Milah : Wah, seronoknya ! Nanti saya ingin menziarahi ibu dan adik baru awak. Mei Ling : Baiklah. Kita jumpa selepas waktu sekolah nanti. 1 Ke manakah Milah pergi semasa cuti sekolah? A Rumah Milah B Rumah datuk C Rumah tumpangan D Rumah peranginan 2 Apakah kemahiran nenek Milah? A Menangkap ikan B Menganyam beg C Melukis gambar D Memasak 3 Mengapakah Mei Ling tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu? A Ibunya baru melahirkan adiknya B Bapa tidak mahu bercuti C Mei Ling terpaksa menjaga adik 4 Semua pernyataan di bawah adalah benar tentang petikan, kecuali A Milah dan Mei Ling bersahabat baik B Nenek Milah mahir menganyam beg C Mei Ling mendapat adik baru D Ibu Mei Ling pandai memasak 5 Maksud perkataan menziarahi dalam petikan ialah A Mempersilakan B Melihat C Melawat D Mengintai


105 LATIHAN 8 DIALOG Baca dan fahami dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Milah : Selamat petang, Mei Ling. Lama betul kita tak jumpa. Apa Khabar? Mei Ling : Khabar baik, Milah. Ke mana awak menghilang selama ini? Milah : Oh, janganlah berkata begitu! Saya pulang ke kampung datuk saya di Perak. Mei Ling : Patutlah saya tidak nampak awak. Seronokkah awak bercuti di sana? Milah : Seronok. Nenek kirim salam pada awak. Saya banyak bercerita tentang awak kepadanya. Oh, ya Mei Ling! Terlupa pula saya ! Ini ialah buah tangan saya untuk awak. Mei Ling : Wah, cantiknya beg mengkuang ini! Milah. Tentu mahal harganya, Milah : Tidaklah mahal. Nenek saya yang menganyamnya. Mei Ling, awak tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu? Mei Ling : Saya tidak ke mana-mana kerana emak saya baru bersalin? Milah : Wah, seronoknya ! Nanti saya ingin menziarahi ibu dan adik baru awak. Mei Ling : Baiklah. Kita jumpa selepas waktu sekolah nanti. 1 Ke manakah Milah pergi semasa cuti sekolah? A Rumah Milah B Rumah datuk C Rumah tumpangan D Rumah peranginan 2 Apakah kemahiran nenek Milah? A Menangkap ikan B Menganyam beg


106 C Melukis gambar D Memasak 3 Mengapakah Mei Ling tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu? A Ibunya baru melahirkan adiknya B Bapa tidak mahu bercuti C Mei Ling terpaksa menjaga adik 4 Semua pernyataan di bawah adalah benar tentang petikan, kecuali A Milah dan Mei Ling bersahabat baik B Nenek Milah mahir menganyam beg C Mei Ling mendapat adik baru D Ibu Mei Ling pandai memasak 5 Maksud perkataan menziarahi dalam petikan ialah A Mempersilakan B Melihat C Melawat D Mengintai LATIHAN 9 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Perkhemahan Pengakap Pasukan pengakap SJK (T) Tun Sambanthan, Pahang telah menganjurkan perkhemahan pengakap di Taman Negara selama dua hari bermula pada 4 Mei 2009. Perkhemahan ini disertai oleh 80 orang anggota pengakap dan 5 orang guru pengiring. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana perkhemahan, memberi pengalaman hidup di hutan dan menanam sikap kerjasama dalam kalangan anggota-anggota pengakap. Berbagai-bagai acara menarik serta mencabar telah dijalankan. Antaranya termasuklah pertandingan memasak dan mengenal berbagai-bagai kehidupan di hutan. Persembahan setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta turut menyerikan malam penutupan itu. LAPORAN


107 Semua anggota pengakap sangat gembira dapat berkhemah di sini. Segala pengalaman akan terus disimpan dan terpahat dalam hati setiap anggota. Disediakan oleh , 10 MEI 2009. …Mariamah……… ( MARIAMAH A/P VELLU ) Setiausaha , Pasukan Pengakap , SJKT Tun Sambanthan. 1 Perkataan menganjurkan dalam petikan bermaksud ...... A Mengendalikan B Mengadakan C Mengajar D Membuat 2 Bilakah perkhemahan itu berakhir ? A 4 Mei 2009 B 5 Mei 2009 C 6 Mei 2009 D 7 Mei 2009 3 Berapa orangkah yang terlibat dalam perkhemahan ini ? A 75 orang B 80 orang C 84 orang D 85 orang 4 Apakah tujuan utama perkhemahan diadakan ? A Aktiviti tahunan pasukan pengakap. B Mengisi masa lapang semasa cuti sekolah. C Mendedahkan kehidupan di hutan kepada anggota pengakap. D Mendedahkan suasana perkhemahan, memberi pengalaman dan memupuk semangat kerjasama.


108 5 Pernyataan yang berikut adalah salah kecuali ……. A persembahan diadakan pada malam pertama. B perkhemahan itu berlangsung di Taman Templer. C acara menarik yang dijalankan termasuklah pertandingan melukis. D semua anggota pengakap sangat gembira kerana dapat berkelah di situ. LATIHAN 10 RENCANA Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Katak puru merupakan haiwan berdarah sejuk yang tergolong dalam kumpulan amfibia. Katak puru dapat hidup di dua alam, iaitu di air dan di darat. Haiwan ini bernafas melalui paruparu dan kulitnya. Katak puru mempunyai gigi pada bahagian atas di dalam mulutnya. Katak puru mempunyai lidah yang kuat untuk melambung mangsanya terus ke dalam mulut. Haiwan unik ini mampu melompat sejauh dua meter. Katak puru melindungi tempat kediaman mereka dengan pelbagai cara termasuklah dengan mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh dan menyerang dengan cara melompat. Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak di kawasan kediamannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan kira-kira 25,000 biji telur. Telur-telur ini kemudiannya bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan ini akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu hinggalah usianya dua tahun. Saiz katak puru bergantung kepada panjang berudu. Ini bermakna, berudu yang bersaiz panjang akan mempunyai peluang hidup yang lebih besar selepas proses metamorfosis. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba mengeluarkan bunyi semasa berada di kawasan kolam yang menjadi tempat pembiakan bagi haiwan ini. Manakala katak puru betina pula akan menyahut bunyi itu secara agresif dan tanpa henti. 1. Bagaimanakah katak puru bernafas?


109 A melalui insang B melalui paru-paru C melalui kulit D melalui paru-paru dan kulit 2. Berapakah jarak yang mampu dilompat oleh seekor katak puru? A 1.0 meter B 1.5 meter C 2.0 meter D 2.5 meter 3. Mengapakah katak puru betina sangat tertarik dengan kata puru jantan? A kata puru jantan sangat kuat B kata puru jantan lebih besar saiznya C kata puru jantan suka berlumba-lumba mengeluarkan bunyi D katak puru jantan mampu menyediakan makanan yang banyak 4. Yang manakah antara berikut benar tentang katak puru betina? A tidak dapat menghasilkan telur B dapat menghasilkan kira-kira 25 000 biji telur C tidak menyahut apabila terdengar bunyi daripada kata puru jantan D mampu menyediakan banyak makanan di kawasan kediaman 5. Penyataan berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada katak puru, kecuali.. A haiwan ini hidup di air dan di darat. B haiwan ini bernafas melalui paru-paru dan kulit. C gigi katak puru letaknya pada bahagian bawah di dalam mulutnya. D katak puru tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia berdarah sejuk.


110 LATIHAN 11 SYARAHAN Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana,Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang budiman. “Kepentingan Air kepada Tubuh Kita” ialah tajuk syarahan saya pada pagi ini. Hadirin yang dihormati, Setiap hari kita memerlukan makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan. Air merupakan keperluan asas manusia. Ketiga-tiganya saling melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu, air termasuk dalam kumpulan makanan yang sangat penting dalam tubuh kita. Kita boleh hidup tanpa makan tujuh hari, tetapi akan mati jika tidak mendapat air lebih daripada empat hari. Hadirin yang dikasihi, Untuk pengetahuan anda semua, tubuh kita diliputi air sebanyak 50 hingga 70 peratus daripada berat badan. Dehidrasi atau kehilangan air dalam badan berlaku apabila kita berpeluh. Apabila air dalam badan seseorang itu hilang sebanyak satu hingga empat peratus daripada keseluruhan badan, prestasi seseorang itu menurun dengan mendadak. Seseorang akan menemui ajal jika kehilangan air melebihi sepuluh peratus. Hadirin yang dihormati, Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kehilangan air dari tubuh kita, antaranya ialah suhu, cuaca, dan jangka masa latihan bagi ahli sukan. Peluh akan keluar dengan banyak jika latihan berterusan tanpa henti dilakukan. Selain itu, kita akan berpeluh dengan banyak untuk membebaskan tenaga apabila berada dalam suasana cuaca yang panas. Jumlah pengambilan air dapat ditentukan dengan melihat kehilangannya melalui air kencing. Seseorang individu dikatakan mempunyai tahap dehidrasi yang baik akan membuang air kecil lebih kurang satu jam setengah hingga dua jam sekali. Jika seseorang hanya membuang air kecil beberapa kali sehari, dia perlu meningkatkan pengambilan air. Hadirin yang dihormati, Semua atlet sukan akan kehilangan air mencapai hingga sepuluh peratus daripada berat badan mereka. Bagi pemain hoki dan bola sepak pula akan kehilangan air antara dua hingga empat peratus. Justeru mereka perlulah mengambil air dari semasa ke semasa. Maka kita hendaklah minum air sekurang-kurang lapan gelas sehari untuk menjamin kesihatan. “ Rakyat Sihat , Negara Maju “ Sekian, terima kasih.


111 1. Pertandingan syarahan tersebut dijalankan peringkat A. daerah B. negeri C. sekolah D. kelas. 2. Seseorang itu akan menemui ajal jika kehilangan air melebihi A. empat peratus B. dua peratus C. sepuluh peratus D. dua belas peratus. 3. Dehidrasi normal berlaku apabila seseorang itu A. kerap buang air kecil B. buang air kecil satu jam setengah hingga dua jam sekali. C. sentiasa berpeluh dalam cuaca panas. D. buang air kecil beberapa kali sahaja dalam sehari. 4. Perkataan mendadak dalam petikan bermaksud A. dengan segera B. secara tiba-tiba C. melonjak D. banyak 5. Jika kamu merupakan atlet maraton, berapakah kehilangan air yang boleh berlaku. A. enam hingga sepuluh peratus B. dua hingga empat peratus. C. empat hingga enam peratus D. melebihi tujuh puluh peratus.


112 LATIHAN 12 IKLAN Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. PERADUAN MELUKIS SEMPENA HARI ALAM SEKITAR anjuran KEMENTERIAN ALAM SEKITAR dengan kerjasama KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA dan THE NEW STRAITS TIMES PRESS (M) BHD. Jangan lepaskan peluang untuk mengasah bakat anda serta menggondol hadiah-hadiah yang lumayan. Kumpulan A Hadiah Pertama: RM300 Hadiah Kedua: RM200 Hadiah Ketiga: RM100 Lima Hadiah Sagu Hati: Buku bernilai RM50 setiap satu. (Hadiah sumbangan Pustaka Timur) Kumpulan B Hadiah Pertama: RM500 Hadiah Kedua: RM350 Hadiah Ketiga: RM175 Tiga hadiah Sagu Hati: Alat Tulis bernilai RM50 setiap satu. (Hadiah sumbangan Tinta Emas Sdn. Bhd.) Syarat-syarat penyertaan 1. Terbuka kepada semua pelajar di negeri Selangor Darul Ehsan sahaja. 2. Pelajar hendaklah mengisi borang penyertaan yang akan disiarkan dalam akhbar kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. yang akan disiarkan pada hari Selasa 14 Julai 2009. 3. Maklumat dalam borang hendaklah lengkap dan mestilah disahkan oleh ibu bapa serta pihak sekolah. 4. Satu salinan fotokopi surat beranak atau kad pengenalan hendaklah disertakan bersama perdaftaran tersebut. 5. Borang penyertaan hendaklah dihantar oleh pihak sekolah.


113 6. Kumpulan A terbuka kepada pelajar berusia 9 - 12 tahun. Kumpulan B terbuka kepada pelajar 13 - 16 tahun. 7. Tema lukisan ini akan ditentukan kemudian nanti. 8. Tarikh dan tempat pertandingan seperti di bawah: Tempat: Balai Seni Lukis Shah Alam Tarikh: 2 Ogos 2009 Masa: 9.00 pagi. 9. Bahan-bahan untuk melukis tidak perlu dibawa, kecuali kertas lukisan peserta sendiri. 1. Perkataan menggondol dalam petikan bermaksud A. mendapat B. mengangkat C. membawa D. memangkas 2. Berapakah perbezaan hadiah wang yang ditawarkan antara dua kumpulan itu? A. RM725 B. RM425 C. RM350 D. RM325 3. Mengapakah borang itu perlu disahkan oleh ibu bapa dan juga pihak sekolah? A.Untuk menentukan kesahihan maklumat dalam borang itu. B. Untuk menentukan peserta adalah rakyat negeri Selangor. C. Untuk memastikan pelajar itu bersekolah di negeri Selangor. D. Untuk menentukan pelajar itu berbakat dalam lukisan. 4. Semua makluman berikut benar tentang peraduan itu kecuali A. peraduan itu terbuka kepada pelajar di negeri Selangor sahaja. B. peserta diminta membawa bahan-bahan untuk melukis. C. pihak penganjur belum lagi memutuskan tema lukisan. D. sektor swasta turut sama menjayakan peraduan tersebut. 5. Berapakah jumlah wang yang diperolehi Daud jika dia memenangi dua daripada hadiah utama Kumpulan B ? A. RM 175 B. RM 350 C. RM 500 D. RM 675


114 SKEMA JAWAPAN LATIHAN 1 : KATA NAMA AM JAWAPAN 1.A 2. D 3. B 4. C 5.A 6. C 7. D 8. C 9.B 10. D 11. D 12. B 13. B 14. C 15. B 16. B 17. D 18. C 19. A 20. D LATIHAN 2 : KATA NAMA KHAS JAWAPAN 1 C 8. D 15. B 2. C 9. C 16. D 3. B 10. B 17. C 4. A 11. D 18. B 5. D 12. B 19. C 6. C 13. B 20. B 7. B 14. B LATIHAN 3 : KATA GANTI NAMA DIRI JAWAPAN 1 D 2 C 3 D 4 D 5 C 6 B 7 D 8 B 9 B 10 B 11 B 12 C 13 A 14 A 15 C 16 D 17 D 18 C 19 B 20 D LATIHAN 4 : KATA GANTI NAMA PERTANYAAN JAWAPAN 1. C Siapa 11. B Berapa 2. B apa 12 .C siapa 3. A Bilakah 13. A Apa 4. B Mengapakah 14. C apa 5. B Berapakah 15. B mana 6. C apakah 16. A bagaimana 7. A Bilakah 17. C siapa 8. D Bagaimanakah 18. B siapa \9. D berapakah 19. D siapa 10. A Siapa 20. C berapa LATIHAN 5 : KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TUNJUK JAWAPAN 1. A mana 11. D ini 2. B itu 12. C sana 3. B ini 13. C sini 4. C mana – mana 14. B situ 5. C sini 15. A apa – apa 6. A mana – mana 16. C ini 7. A mana – mana 17. B mana – mana 8. A mana 18. B begitu 9. C mana 19. A ini 10. B apa – apa 20. D mana – mana LATIHAN 6: KATA GANTI NAMA TAK TENTU JAWAPAN 1. A 2. B 3. A 4. B 5. A 6. C 7. D 8. B 9. B 10. C 11. A 12. C 13. B 14. A 15. B 16. A 17. A 18. A 19. C 20. D LATIHAN 7 : KATA KERJA JAWAPAN 1. D 2 D 3. B 4. D 5. C 6. B 7. A 8. C 9. D 10. B 11. B 12. A 13. B 14. C 15. D 16. C 17. D 18. A 19. A 20. B LATIHAN 8: KATA ADJEKTIF JAWAPAN 1.D 2. D 3. A 4. B 5.D 6. B 7. D 8. C 9.D 10. B 11. A 12 B 13 C 14 C 15 C 16 A 17 D 18 C 19 A 20 D LATIHAN 9 : KATA SENDI NAMA JAWAPAN 1 A daripada 11 D daripada 2 C kepada 12 C pada 3 B ke 13 B dalam 4 C kepada 14 A untuk 5 D daripada 15 B akan 6 B untuk 16 C sejak 7 D hingga 17 A oleh 8 A terhadap 18 C untuk 9 C akan 19 B kepada 10 B oleh 20 C Antara LATIHAN 10 : KATA HUBUNG JAWAPAN 1. C 2. B 3. C 4. D 5. A 6. C 7. D 8. C 9. A 10. B 11. B 12. D 13. B 14. C 15. A 16. A 17. A 18.D 19. B 20. A LATIHAN 11: KATA TANYA JAWAPAN 1. B 2. C 3. A 4. B 5. B 6. C 7. A 8. D 9. A 10. C 11. D 12. D 13. A 14. B 15. B 16. A 17. C 18. B 19. D 20. A LATIHAN 12 : KATA SERU JAWAPAN 1.D 2. B 3. D 4. D 5.C 6. C 7. A 8. D 9. A 10. D 11. C 12. D 13. D 14. B 15. C 16. A 17. C 18. D 19. B 20. A LATIHAN 13: KATA BANTU JAWAPAN 1 A 2 C 3 D 4 C 5 A 6 A 7 B 8 D 9 C 10 C 11 C 12 C 13 B 14 A 15 A 16 A 17 A 18 D 19 C 20 D


115 LATIHAN 14: KATA NAFI JAWAPAN 1 A 11 B 2 A 12 B 3 C 13 D 4 C 14 C 5 C 15 A 6 A 16 B 7 D 17 B 8 A 18 B 9 D 19B 10 B 20 C LATIHAN 15: KATA PENEGAS JAWAPAN 1B 2A 3C 4A 5D 6D 7C 8B 9A 10C 11B 12A 13C 14A 15D 16C 17C 18A 19A 20D LATIHAN 16 : KATA PEMERI JAWAPAN 1. C 2. B 3. A 4. B 5.C 6. A 7. A 8. C 9. B 10. B 11. A 12. A 13. B 14. C 15. B 16. C 17. A 18. C 19. C 20. A LATIHAN 17 : KATA PENGUAT JAWAPAN 1. A 2. C 3. B 4. A 5. D 6. A 7. A 8. B 9.A 10. D 11. C 12. A 13. D 14. A 15. A 16. A 17. D 18. C 19. C 20. B LATIHAN 18 : KATA BILANGAN JAWAPAN 1. B 2. C 3. B 4. D 5. D 6. A 7. C 8. D 9. C 10. A 11. C 12. D 13. A 14. C 15. A 16. D 17. C 18. A 19. D 20. B LATIHAN 19 : KATA PERINTAH JAWAPAN 1 D 2 B 3 D 4 A 5 C 6 C 7 D 8 C 9 B 10 D 11 C 12 B 13 A 14 C 15 A 16 C 17 A 18 C 19 C 20 D LATIHAN 20 : MEMILIH JAWAPAN JAWAPAN 1B 2C 3C 4A 5D 6A 7B 8D 9D 10A 11B 12A 13B 14C 15A 16C 17B 18C 19B 20D LATIHAN 21 : AYAT AKTIF AYAT PASIF JAWAPAN 1C 2. C 3. B 4. A 5B 6. B 7. A 8. C 9.A 10. A 11. B 12. D 13. C 14. B 15. A 16. B 17. A 18. C 19. B 20. A LATIHAN 22: CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH JAWAPAN 1 B 2A 3C 4C 5D 6D 7C 8A 9D 10B 11C 12C 13C 14A 15D 16B 17A 18C 19B 20C LATIHAN 23 : IMBUHAN JAWAPAN 1 B 2 C 3 C 4 B 5 B 6 C 7 C 8 C 9 B 10 A 11 B 12 C 13 C 14 B 15 C 16 C 17 C 18 C 19 D 20 B LATIHAN 24 : TANDA BACA JAWAPAN 1D 2A 3A 4C 5C 6D 7B 8C 9A 10A 11C 12B 13D 14D 15A 16A 17D 18B 19D 20B LATIHAN 25 : PENANDA WACANA JAWAPAN 1. A 2. C 3. D 4. B 5. C 6. A 7. B 8. A 9. D 10. C 11. B 12. A 13. C 14. B 15. D 16. A 17. B 18. D 19. A 20. B LATIHAN 26: KESALAHAN TATABAHASA JAWAPAN 1. C 2. D 3. C 4. A 5. C 6. C 7. C 8. D 9. C 10. B 11.D 12.D 13.B 14. C 15. C 16. C 17.C 18. D 19. C 20. C LATIHAN 27 : PENJODOH BILANGAN JAWAPAN 1C 2B 3C 4C 5D 6A 7B 8A 9D 10B 11C 12B 13D 14C 15C 16B 17D 18D 19A 20D LATIHAN 28 : PERIBAHASA LATIHAN 28:JAWAPAN 1 A 2 C 3 B 4 C 5 B 6 B 7 C 8 C


116 9 D 10 A 11 A 12 B 13 C 14 D 15 A 16 B 17 C 18 D 19 D 20 C LATIHAN 29 : SINONIM JAWAPAN 1A 2A 3B 4C 5A 6D 7A 8A 9C 10D LATIHAN 30 : ANTONIM JAWAPAN 1C 2B 3D 4D 5A 6C 7D 8A 9C 10C LATIHAN 31 : POLISIM JAWAPAN 1A 2C 3A 4A 5A 6B 7C 8D 9A 10D 11C 12A 13B 14C 15A 16D 17B 18B 19B 20C LATIHAN 32 : IMBUHAN JAWAPAN 1. B 2. B 3. A 4. D 5. A 6. A 7. D 8. A 9. B 10. B 11. B 12. C 13. A 14. D 15. B 16. C 17. A 18. C 19. C 20. B LATIHAN 33 :KATA MAJMUK JAWAPAN 1 A 2 C 3 B 4 A 5 C 6 A 7 A 8 D 9 C 10 A 11 B 12 D 13 C 14 A 15 A 16 A 17 B 18 A 19 B 20 C LATIHAN 34: KATA GANDA JAWAPAN 1 B 2 D 3 B 4 A 5 A 6 A 7 B 8 C 9 C 10 C 11 A 12 D 13 D 14 A 15 B 16 D 17 D 18 B 19 C 20 D LATIHAN 35:.BANDINGAN SEMACAM JAWAPAN 1 A 2 D 3 D 4 A 5 B 6 B 7 B 8 C 9 D 10 B 11 C 12 C 13 B 14 A 15 D 16 C 17 A 18 A 19 C 20 B


117 SET SOALAN TAMBAHAN (5 SET SOALAN) SULIT MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 SET 1 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu.


118 Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak. [Lihat sebelah SULIT Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 ________ mesti menjaga kebersihan kelas agar dapat belajar dalam keadaan selesa. A Kita B Kami C Beliau D Engkau 2 “Maafkan saya kerana menyusahkan ________,” kata Joshua kepada kawan-kawannya. A Anda B Awak C Kamu D Kalian Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah 3 Datuk Doktor Sheikh Muszaphar Shukor ________ sebagai angkasawan pertama Malaysia. A Dikenali B Kenalan C Terkenal D Mengenali 4 Tahap ________ sivik dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita masih rendah. A Tersedar B Kesedaran C Disedarkan D Menyedarkan 5 Albert dan Siew Wei menebang se ________ buluh di belakang rumahnya untuk membuat


119 layang-layang. A ruas B pucuk C berkas D batang 6 Mesyuarat koperasi itu menjadi ________ apabila sebahagian anggotanya bertikam lidah. A Tenat B Kusut C Bising D Hangat 7 Saya mengalami ________ nafas kerana keadaan cuaca yang berjerebu pada petang ini. A Siksa B Sesak C Sebak D Susah Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah 8 Sebuah monorel sedang ________ menuju ke Hentian Jalan Tuanku Abdul Rahman. A Meluru B Melibas C Meluncur D Memusing 9 Kami terpegun melihat pekerja di ladang teh itu ________ daun-daun teh dengan pantas. A Memetik B Menebas C Memotong D Mencantas 10 Adik Manisah tidak tahu sama ada hendak makan kuetiau goreng ________ mi goreng. A Lagipun B Biarpun C Ataupun D Mahupun Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah 11 “________ menyimpan duit tunai di rumah ________ kamu menyimpannya di bank,” nasihat Farish kepada kawannya.


120 A Dari ... lebih baik B Daripada ... lebih baik C Biarpun ... sudah tentu D Sungguhpun ... sudah tentu 12 Laporan itu ________ pencerobohan hutan yang berlaku di Hutan Simpan Rompin. A Akan B Pada C Tentang D Daripada Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah 13 “Kebanyakan kuih tradisional masyarakat Melayu diperbuat ________ tepung beras,” kata Chef Adu. A Dari B Antara C Dengan D Daripada 14 Ibu berasa pening ketika melalui jalan yang ________ dari Tapah ke Cameron Highlands. A licin-licau B lekak-lekuk C lintang-pukang D bengkang-bengkok 15 Semasa kegawatan ekonomi yang melanda dunia, banyak orang yang hilang ________ kerana diberhentikan kerja. A gaji pokok B batu loncatan C mata pencarian D ayam tambatan 16 Walaupun Sufiza tergolong dalam golongan orang kurang upaya tetapi ________nya membuat labu sayung sangat halus. A air tangan B kerja tangan C buah tangan D campur tangan Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah


121 17 Pak Cik Wahid sedang menanam beberapa ________ anak padi di sawahnya. A Gemal B Pokok C Batang D Rumpun 18 Dalam Persatuan Bahasa Melayu, Nurul Nadiah memegang jawatan sebagai ________. A Sukarela B Setiausaha C Suruhanjaya D Warganegara 19 Sekolah Kebangsaan Taman Jaya baru sahaja mengadakan majlis ________ dengan ibu bapa dan penjaga murid. A atur cara B temu ramah C ramah mesra D sidang akhbar 20 Bantuan pakaian dan makanan itu akan disalurkan kepada mangsa ribut di Kuala Perlis. Perkataan seerti bagi disalurkan ialah A Didermakan B Dihantarkan C Disedekahkan D Disumbangkan 21 Nurliyana dan adiknya membantu ibu mereka mengasingkan telur ayam mengikut saiz dan gred yang telah ditentukan. Perkataan berlawan bagi mengasingkan ialah A Menguli B Mengacau C menyisihkan D Menggaulkan Soalan 22 dan Soalan 23 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22 I Para pesawah memetik hasil padi mereka dengan gembira.


122 II Norhan turut memetik kata-kata Sasterawan Negara yang terkenal itu. III Haikal memetik kecapi sambil menyanyikan lagu “Budi Bahasa Amalan Kita”. IV Siti Hamidah memetik minatnya dalam seni lukis semenjak dia di bangku sekolah. A B C D I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja 23 I Mazlan mengikuti kursus faedah pengawetan makanan di Serdang. II Encik Zaim membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman keretanya. III Banyak faedah yang kita peroleh jika kita mengamalkan sikap suka menabung. IV Dia menggunakan faedah yang mudah untuk menyelesaikan masalah Matematik itu. A B C D I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja 24 Sudahkah kamu menyiapkan laporan projek belia kampung kita itu? Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas. A Laporan projek belia kampung kita itu amat sukar disiapkan. B Laporan projek belia kampung kita itu akan saya hantar sebentar lagi. C Ya, saya telah menyiapkan laporan projek belia kampung kita itu petang semalam. D Ya, saya akan menyiapkan laporan projek kampung kita itu kepada persatuan belia. 25 Saya serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak semula. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Di manakah Cikgu Farhana letakkan buku karangan itu? B Bilakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana? C Siapakah yang mengambil buku karangan itu daripada Cikgu Farhana? D Mengapakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana? Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 26 Album baharu artis wanita terkenal itu akan dipasarkan sebelum Disember 2009. A Sebelum Disember 2009, album baharu terkenal artis wanita itu akan dipasarkan. B Sebelum Disember 2009, album artis baharu wanita terkenal itu akan dipasarkan. C Sebelum Disember 2009, album baharu artis wanita terkenal itu akan dipasarkan.


123 D Sebelum Disember 2009, album artis baharu wanita terkenal itu akan dipasarkan. 27 “Jemputlah ke majlis hari lahir saya pada minggu hadapan,” kata Yatie kepada Suzie. A Yatie mempelawa Suzie ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. B Yatie merayu Suzie agar datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. C Yatie meminta Suzie bertandang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. D Yatie mengarahkan Suzie datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 28 A Pemandu bas itu menafikan dia memotong garisan berkembar. B Kami sampai di kawasan rehat dan rawat itu lebih awal dari mereka. C Siapatah yang gemar membuang sampah sarap di dalam sungai tersebut. D Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukan. 29 I Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. II Satu rampasan terbesar minyak disel dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. III Kamus ekabahasa yang baharu itu dijual dengan harga yang sangat berpatutan. IV Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. A B C D I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja 30 I Oleh kerana dia berkelulusan tinggi, dia diterima bekerja di syarikat itu. II Jalan raya itu sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya. III Semua jejentik itu mati bila ayah membubuh racun ke dalam takungan air itu. IV Saya mempunyai banyak kenalan yang tinggal di taman perumahan mewah itu. A B C D I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja


124 Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca ucapan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


125 Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Cikgu Ahmad Kamal, dan rakan seperjuangan sekalian. Mulai minggu hadapan saya akan memulakan persekolahan saya di tempat baharu yang terlalu asing bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya di sini. Saya berasa hiba untuk meninggalkan rakan-rakan yang begitu akrab serta guru-guru yang sangat saya hormati. Hari ini saya faham erti persahabatan yang sebenarnya dan sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Untuk pengetahuan kawan-kawan di sini, keluarga saya akan berpindah ke Pahang pada hujung minggu ini kerana bapa saya perlu melaporkan diri di tempat kerja baharunya pada minggu hadapan. Terlalu berat bagi saya untuk meninggalkan sekolah ini. Andai kata sekolah ini mempunyai kemudahan asrama atau saya masih ada saudara mara di sini, sudah pasti saya akan memilih untuk meneruskan persekolahan saya di sini. Hadirin yang dihormati, Kenangan pahit dan manis bersama-sama rakan dan guru-guru di sini akan sentiasa dalam ingatan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ahmad Kamal kerana segala bimbingan dan nasihat yang diberikannya. Saya menyanjung tinggi ketegasan dan tunjuk ajar beliau serta guru-guru yang lain walaupun kadangkala tindakan mereka itu tidak disenangi oleh pelajar. Saya tahu niat mereka murni untuk membimbing pelajar yang dikasihi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada rakanrakan dalam pelajaran mereka. Akan tetapi, matlamat menginginkan kecemerlangan dalam bidang akademik tidak bermakna kita meninggalkan aktiviti kokurikulum sama sekali. Hadirin yang budiman, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bersusah payah mengadakan majlis yang sangat bermakna untuk diri saya ini. Kepada semua, saya berharap agar kita dapat terus berhubung antara satu sama lain melalui surat ataupun telefon demi kebaikan bersama. Akhir kata, penutup tirai bicara, saya menyusun jari sepuluh untuk memohon ampun dan maaf daripada guru-guru dan rakan-rakan jika ada tutur kata dan tingkah laku saya yang tidak menyenangkan selama ini. Sekian, terima kasih. 31 Mengapakah majlis tersebut diadakan? A Untuk meraikan penulis B Untuk meraikan Cikgu Ahmad Kamal C Untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu


126 D Untuk mengadakan majlis perpisahan kepada penulis 32 Mengapakah penulis berasa sedih pada hari tersebut? A Kerana dia akan berpindah ke tempat baharu B Kerana dia akan berpisah dengan kawan-kawannya C Kerana hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahannya D Kerana dia akan meninggalkan rakan-rakan karib dan guru-guru 33 Apakah maksud penulis apabila dia berkata tempat baharu itu terlalu asing bagi dirinya? A Dia tidak pernah tinggal di Pahang. B Dia belum pernah bersekolah di Pahang. C Dia akan keseorangan di tempat baharu itu. D Dia hanya mengetahui tentang Pahang daripada bahan bacaan. 34 Apakah harapan penulis terhadap rakan-rakan yang akan ditinggalkannya? A Sentiasa berhubung antara satu sama lain B Belajar dengan bersungguh-sungguh agar mereka berjaya C Mengekalkan hubungan baik antara guru dengan para pelajar D Jangan benci akan guru-guru yang banyak membimbing para pelaja. 35 Frasa menyusun jari sepuluh dalam petikan di atas menunjukkan perbuatan A menggenggam kedua-dua belah tapak tangan B menangkupkan kedua-dua belah tapak tangan C meletakkan satu tapak tangan di atas tapak tangan yang lain D mempertemukan tapak tangan kanan dengan tapak tangan kiri Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


127 Sampai sahaja di rumah, Anis menyambut ayahnya di muka pintu. Encik Yusof tersenyum sambil menghulurkan begnya kepada Anis. Encik Yusof meminta segelas air sejuk. Cuaca panas tengah hari itu membuatkan dia berasa begitu haus. Puan Marina menghulurkan segelas air sejuk kepada suaminya. Dia kasihan melihat suaminya berkerja tidak kira siang ataupun malam. Mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan usaha keras suaminya selama ini. Siapa kata hidup bersandarkan kerja melukis dan kreatif tidak mampu hidup senang? Perkara yang amat penting, jika ada kemahuan dan kesungguhan pasti beroleh kejayaan. “Datangkah pembeli lukisan abang itu?” tanya Puan Marina. “Pemandunya sahaja yang datang. Datuk Kamal tidak dapat datang kerana ada mesyuarat penting,” beritahu Encik Yusof kepada isterinya. “Datuk Kamal bayar seperti dijanjikah?” tanya Puan Marina. “Datuk Kamal seorang yang menepati janji. Abang suka berurusan dengannya. Dia tahu menilai kreativiti orang seni seperti kita ini,” kata Encik Yusof kepada isterinya. Encik Yusof membuka dompet duitnya seraya menunjukkan sekeping cek kepada isterinya. Puan Marina tersenyum memandang ke arah cek tersebut. Berbaloi juga penat lelah suaminya selama ini. “Alhamdulilah. Berkat rezeki Tuhan berikan kepada kita sekeluarga,” kata Puan Marina. “Esok abang hendak pergi ke bank. Hendak tunaikan cek tersebut. Sebahagiannya kita simpan, sebahagian lagi kita gunakan untuk keperluan kita sekeluarga. Sambil itu, bolehlah saya hantar awak ke klinik. Sejak kebelakangan ini, awak asyik demam sahaja,” kata Encik Yusof kepada isterinya. “Tidak payahlah. Saya demam biasa sahaja. Telan panadol sihatlah. Bukannya sakit tenat,” kata Puan Marina. “Sebelum tenatlah kita perlu bertindak. Esok kalau dah melarat tiada penawarnya,” kata Encik Yusof lagi. “Jangan buang dan membazir duitlah. Beli ubat di farmasi pun sudah memadai,” kata Puan Marina lagi. “Itu sahajalah alasan awak. Berjimat memang bagus, tetapi biar kena pada tempatnya. Kesihatan adalah harta yang paling berharga. Kalau duit melimpah ruah tetapi kesihatan tergadai tiada gunanya,” kata Encik Yusof lagi. 36 Di manakah Anis menyambut ayahnya yang baru pulang dari tempat kerja? A Di muka pintu B Di muka rumah


128 C Di muka jendela D Di muka tingkap 37 Apakah yang dihulurkan oleh Puan Marina kepada suaminya yang baru pulang kerja? A Segelas air oren B Segelas air sirap C Segelas air sejuk D Segelas air suam 38 Puan Marina mencadangkan supaya suaminya membelikan ubat untuknya di A klinik B farmasi C hospital D restoran 39 Apakah yang diterima oleh Encik Yusof daripada Datuk Kamal pada hari itu? A Cek B Wang C Potret D Hadiah 40 Yang berikut merupakan cerita tentang keluarga Encik Yusof, kecuali A isteri Encik Yusof, Puan Marina kurang sihat B bagi Encik Yusof duit lebih penting daripada kesihatan C anggota keluarga Encik Yusof seramai tiga orang sahaja D hasil pendapatan Encik Yusof bergantung kepada jualan lukisannya - KERTAS SOALAN TAMAT -


129 MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 BAHASA MELAYU 011 - MODEL SATU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 A D A B D D B C A C 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 B C D D C B A B C D 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 D B C C D C A C B B 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 A D C B C A C B A B *Taburan Jawapan : A = 8 B = 11 C = 12 D = 9


130 SET 2 SULIT MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Set 2 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.


131 [Lihat sebelah SULIT Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Dua orang pekerja hospital sedang ________ seorang mangsa kemalangan jalan raya. A memikul B mengandar C mengusung D mengangkut 2 Puan Aina ________ sup ayam di dapur untuk hidangan makan tengah hari keluarganya. A merebus B mereneh C memasak D menjerang Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah 3 Cik Zakiah sedang ________ beberapa biji kelapa untuk membuat rendang daging. A memarut B mengukur C membelah D mengupas 4 Air Sungai Baru menjadi ________ kerana musim kemarau yang berlarutan. A Jernih B deras C Keruh D Dangkal 5 Wajah perempuan tua itu menjadi ________ setelah mengetahui anaknya terperangkap dalam tragedi tanah runtuh di Gua Kerbau. A kelat


132 B Ceria C Pucat D Kebas 6 Singa dan harimau merupakan haiwan karnivor. ________ berdarah panas. A Ia B Ianya C Keduanya D Haiwan ini 7 Mereka tampak ________ gembira kerana dapat bertemu semula pada awal tahun ini. A terlalu amat B benar sekali C terlalu paling D sungguh nian Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah 8 Nur Saadia mengikut ayahnya mencari beberapa ________ rebung buluh di belakang rumahnya. A Ruas B Pucuk C Batang D rumpun 9 ________ hutan di kawasan belukar di Gua Sami itu dipenuhi onak duri. A Lantai B Tapak C Anjung D Halaman 10 “________ semua murid berkumpul di dewan sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat,” kata Guru Besar. A Minta B Tolong C Pelawa D Jangan 11 Para pekerja sedang ________ parit di kawasan itu bagi mengelakkan banjir kilat berlaku menjelang musim tengkujuh bulan hadapan. A Mendalami B Diperdalam


133 C Memperdalam D Memperdalamkan 12 Tuan Haji Maffuz hendak memperbaharui ________ keretanya di pejabat pos. A cukai jalan B cukai pintu C cukai jualan D cukai pendapatan 13 Gejala ________ harus dibenteras dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. A duit kopi B gaji buta C sara hidup D makan suap 14 Wajah warga emas itu nampak ________ setelah keluar dari hospital kerana mengidap penyakit jantung berlubang. A susut B kusam C murung D cengkung 15 Pelukis muda itu berada di pantai ________ subuh ________ dapat melihat matahari terbit di ufuk timur. A apabila ... bagi B tatkala ... untuk C sebelum ... agar D selepas ... supaya Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah 16 Kita hendaklah ________ sikap sombong dan bangga diri terhadap kawan-kawan kita. A jauhkan B menjauhi C berjauhan D menjauhkan 17 Penjual ikan di Pasar Borong Kangar ________ beberapa baldi air ke lantai simen yang kotor itu. A Menimba B Menuang


134 C Menyiram D Menyimbah 18 Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______ pisang emas pula ialah lapan ringgit. A sebiji ... sesisir B sebutir ... sesikat C sesisir ... setandan D sebutir ... setandan 19 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu ________ rumah Mak Cik Siti. A Dipagari B Memagari C Dipagarkan D Memagarkan 20 Sikap rakus semasa menikmati juadah merupakan suatu amalan yang kurang sihat. Perkataan seerti bagi rakus ialah A Kasar B Ganas C Geram D Gelojoh 21 Cik Rathna berasa kekok sedikit semasa memandu kereta baharu yang baru dibelinya itu. Perkataan berlawan bagi kekok ialah A Kalut B Mahir C Tekun D Gugup 22 Berapakah jumlah murid yang akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Lawatan ke Pulau Langkawi itu dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu. B Lawatan ke Pulau Langkawi itu diadakan pada cuti penggal persekolahan. C Semua anggota Kelab Bahasa Melayu menyertai lawatan ke Pulau Langkawi. D Sebanyak empat puluh orang murid akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi. 23 Kertas, plastik dan barangan logam adalah antara barangan yang dapat dikitar semula. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Apakah contoh barangan yang dapat dikitar semula? B Benarkah kertas, plastik dan barangan logam dapat dikitar semula? C Mengapakah kertas, plastik dan barangan logam perlu dikitar semula?


135 D Bagaimanakah cara untuk mengitar semula kertas, plastik dan barangan logam? Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 24 I Kari itu sangat pedas kerana dimasak dengan cili padi. II Kakinya berasa pedas setelah duduk bersila hampir tiga jam. III Tindakan artis itu mendapat kritikan pedas daripada orang ramai. IV Puan Aini amat sedih setelah mendengar kata-kata pedas kawannya. A B C D I dan IV sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja 25 I Hanya anggota askar yang gagah dipilih menyertai pasukan komando itu. II Hang Tuah dan Hang Jebat pahlawan yang gagah pada zaman Kesultanan Melaka. III Puan Huda amat gagah kerana anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. IV Berkat usaha dan gagah pemuda itu menempuhi cabaran, akhirnya dia berjaya juga. A B C D I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 26 Di Malaysia, istana tertua ialah Istana Air Mata di Kota Bharu. A Di Kota Bharu terletaknya Istana Air Mata tertua Malaysia. B Di Kota Bharu Istana Air Mata di Malaysia ialah istana tertua. C Istana tertua di Malaysia, Istana Air Mata terletak di Kota Bharu. D Istana tertua di Kota Bharu terletak di Istana Air Mata di Malaysia. 27 “Saya tidak mampu membeli komputer riba yang mahal itu,” kata Maziah kepada Aini. A Maziah berkata Aini tidak mampu untuk membeli komputer riba yang mahal itu. B Aini berkata Maziah tidak mampu untuk membeli komputer riba yang mahal itu. C Maziah memberitahu Aini, dia tidak mampu membeli komputer riba yang mahal itu. D Aini memberitahu Maziah, dia tidak mampu membeli komputer riba yang mahal itu. Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang betul.


136 28 A Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat. B Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. C Program itu dapat mewujudkan semangat perpaduan di antara kaum. D Dia mengucapkan kepada kami terima kasih atas pertolongan yang dihulurkan. 29 I Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai jenis masakan. II Sektor pertanian merupakan sektor yang penting di negara kita. III Penyakit demam denggi amat berbahaya dan boleh membawa maut. IV Kita haruslah bersopan santun terhadap orang yang lebih tua daripada kita. A B C D I dan III sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja 30 I Datuk duduk di anjung rumah beralaskan tikar mengkuang. II Mini Konsert Astro akan diadakan di Dataran Menara Condong. III Majlis perkahwinan kakak saya diadakan secara besar-besaran. IV Emak membahagikan kek yang dibelinya itu pada enam bahagian. A B C D I dan II sahaja I dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja


137 Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. No 36, Lorong 9, Pekan Baru, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. 4 Ogos 2009. Ke hadapan sahabatku, Effizatul di Rantau Panjang, Kelantan semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah ke Padang, Indonesia. Saya ke sana untuk melawat saudara mara ibu saya yang tinggal di sana. Padang terletak di Sumatera Barat, Indonesia dan merupakan ibu kota wilayah Pantai Barat Semenanjung Barat. Kebanyakan penduduk Padang berketurunan Minang. Saya telah dibawa melawat beberapa tempat menarik di sana. Antaranya saya melawat Pantai Air Manis yang terletak kira-kira tiga puluh minit perjalanan dari Kota Padang. Pantai ini terkenal kerana terdapat sebuah batu yang menyerupai manusia sedang bersujud. Kononnya batu yang unik itu adalah kesan sejarah Malim Kundang atau Tanggang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu. Selain itu, saya juga pergi ke Bukit Tinggi, satu tempat pelancongan yang terkenal di Padang. Di sini saya melihat lurah dalam yang terbentuk hasil hakisan angin. Nama lurah yang saya maksudkan itu ialah Ngarai si Anok. Di samping itu, saya dan keluarga telah pergi membeli-belah di Padang Panjang. Saya berkesempatan menaiki bendi, kereta kuda yang dihias dengan cantik dan digunakan sebagai kenderaan di sini. Umumnya masyarakat di sini hampir sama dengan masyarakat di tempat kita. Mereka menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan. Saya berada di sana selama seminggu sahaja. Walaupun negaranya cantik tetapi saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Sampai di sini sahaja kandungan surat saya untuk kali ini. Sambutlah salam mesra untuk saudari seisi keluarga. Rakanmu yang jauh


138 Suhada 31 Berdasarkan keterangan Suhada, apakah yang menarik di Padang? A Kehidupan dan kebudayaan masyarakatnya B Persekitaran alam semula jadinya yang indah C Mempunyai tempat yang menarik dan sejarah tersendiri D Terdapat batu besar yang disumpah pada zaman dahulu 32 Kata berbangga dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan kata A bersyukur B berhasrat C berlagak D bergaya 33 Apakah maksud penulis apabila dia menyatakan bahawa “masyarakat di sini hampir sama dengan masyarakat di tempat kita”. A Masyarakat Minang hampir sama dengan masyarakat Indonesia. B Orang-orang Minang di Padang mewarisi budaya orang Malaysia. C Budaya masyarakat di Malaysia hampir sama dengan masyarakat di Padang. D Budaya masyarakat Malaysia adalah sebahagian daripada masyarakat Indonesia. 34 Pilih pernyataan yang tidak benar daripada pernyataan di bawah. A Suhada dan keluarganya menaiki bendi ketika melawat ke Padang. B Di Bukit Tinggi terdapat kesan sejarah Malim Kundang atau Tanggang. C Ngarai si Anok ialah lurah yang terbentuk daripada hasil hakisan angin. D Masa Perjalanan hanya setengah jam dari Kota Padang ke Pantai Air Manis. 35 Pada pendapat anda, apakah tujuan utama Suhada menulis surat ini? A Berkongsi pendapat dengan Effizatul


139 B Berkongsi pengalaman dengan Effizatul C Mencari pengalaman baharu dengan Effizatul D Bertukar-tukar idea dan pandangan dengan Effizatul Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Kisahnya bermula di sebuah negeri di bawah angin. Negeri yang bernama Gangga Negara itu amat kaya dengan hasil buminya. Rajanya memerintah dengan adil dan bijaksana. Baginda dibantu oleh seorang bendahara yang bijak bernama Puwirajaya. Pada suatu hari, raja telah memanggil Puwirajaya. “Aduhai bendahara, telah sekian lama bendahara berkhidmat dengan beta. Beta berhajat memberikan ganjaran atas kesetiaan bendahara. Namun begitu, beta tidak mahu menentukan hadiahnya. Katakanlah kepada beta permintaan bendahara,” titah Raja Zarul Syah. Puwirajaya terdiam sambil memikirkan sesuatu. Kemudian, dia mendapat satu akal. “Ampun tuanku, seandainya patik diberi pilihan, sudi apatah kiranya tuanku memberi secupak beras pada hari pertama, dua cupak beras pada hari kedua, empat cupak beras pada hari ketiga dalam gandaan dua selama sepurnama,” kata Puwirajaya. “Oh, alangkah mudahnya permintaan bendahara itu! Baiklah, akan beta tunaikan,” kata Raja Zarul Syah. Setelah sepurnama berlalu, bendahara telah datang semula ke istana dengan membawa karung guni yang banyak. “Wahai bendahara yang bestari, untuk apa karung-karung guni yang banyak ini?” tanya Raja Zarul Syah dalam kehairanan. “Untuk mengangkat beras yang tuanku beri”, jawab Puwirajaya. “Tidakkah beras yang bendahara minta pada hari pertama, dua cupak pada hari kedua dan seterusnya selama sepurnama?” tanya raja. “Memang benar tuanku,” jawab Puwirajaya. “Mengapa pula begitu banyak karung yang bendahara bawa?” tanya Raja Zarul Syah. “Cuba tuanku teliti, dua menjadi empat, empat menjadi lapan, lapan pula menjadi enam belas dan seterusnya, genap sepurnama. Jumlahnya satu billion tujuh juta, tujuh ratus empat puluh satu ribu dan lapan ratus dua puluh empat cupak beras. Beras yang sebegitu banyak memerlukan karung yang banyak,” jelas bendahara. Raja berasa sangat terkejut mendengar penjelasan Puwirajaya. Baginda kagum akan kepintaran bendaharanya itu. “Usahlah khuatir bendahara. Sekarang silalah ambil hadiah yang bendahara minta. Beta gembira kerana mempunyai bendahara yang bestari itu.”


140 36 Merujuk kepada petikan “negeri di bawah angin” bermaksud A Negeri Sabah B Negeri Pahang C Negeri Kelantan D Negeri Sarawak 37 Perkataan adil dalam petikan sinonim dengan A saksama B kompleks C sempurna D dermawan 38 Berapakah jumlah beras yang diterima oleh bendahara pada hari keenam? A 32 cupak B 64 cupak C 128 cupak D 256 cupak 39 Berikut semuanya benar berdasarkan petikan kecuali A Raja Zarul Syah seorang raja yang menepati janji. B Bendahara Puwirajaya ialah Perdana Menteri Gangga Negara. C Bendahara Puwirajaya menerima ganjaran hadiah selama setahun. D Gangga Negara menjadi kaya kerana sumber alamnya yang banyak. 40 Apakah nilai murni yang boleh dicontohi berdasarkan teks? A Kita hendaklah patuh dan taat kepada raja selaku ketua pemerintah. B Rajin dan usaha rahsia kejayaan dan keharmonian sesebuah negara. C Sifat baik hati serta disiplin yang tinggi merupakan amalan setiap rakyat jelata. D Sifat bijaksana dapat menyelesaikan masalah dan menjamin keharmonian negara.


141 - KERTAS SOALAN TAMAT - KERTAS MODEL TUNTAS BAHASA MELAYU 011 - MODEL DUA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 C B B D C D A B A A 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 C A D D D B D C B D 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 B D A D C C C A D B 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 C A C A B A A B C D *Taburan Jawapan : A = 10 B = 9 C = 10 D = 11


142 SET 3 SULIT MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Set 3 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.


143 [Lihat sebelah SULIT Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah 1 Peserta ekspedisi itu menghadapi kesukaran untuk sampai ________ kawasan pedalaman itu kerana tiada jalan raya. A di B ke C dari D kepada 2 Penduduk Kampung Damai telah berusaha mengumpulkan wang bagi ________ masjid. A membesar B dibesarkan C memperbesar D memperbesarkan 3 Adiknya mampu menghabiskan ________ biji tembikai merah yang sederhana besarnya. A setiap B seluruh C setengah D beberapa Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah 4 Pada tahun ini, durian di dusun Pak Cik Yazid ________ lebat buahnya. A nian B betul C benar D paling 5 Haji Mansor memarahi budak itu kerana mereka ________ pokok durian di dusunnya. A Mengelar


144 B Menebang C Mencantas D memangkas 6 “Kereta itu tersadai di bahu jalan kerana ________ petrol,” kata pemuda itu kepada Raiz. A terputus B Keputusan C Pemutusan D Memutuskan Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah 7 Keindahan pemandangan ketika matahari hendak terbenam di pulau itu tidak ________ olehnya. A Tergambar B Digambarkan C Tergambarkan D Menggambarkan 8 Encik Ahmad Idham ________ isterinya sebentuk cincin emas bertatahkan berlian putih. A Dihadiahi B Terhadiah C Menghadiahi D menghadiahkan 9 Haris ________ menyertai lawatan ke Pahang anjuran Persatuan Bahasa Melayu jika mendapat keizinan daripada ibu bapanya. A perlu B Boleh C Dapat D Hendak 10 Penampilan Cikgu Waizi sempena sambutan Hari Guru tahun ini ________ anggun. A paling amat B sangat amat C teramat sangat D sungguh sekali Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah 11 Dengan rasa ________, kami terpaksa meninggalkan rumah nenek untuk pulang semula ke kota. A sakit hati


145 B bulat hati C berat hati D besar hati 12 Mesyuarat Kurikulum di Pejabat Pelajaran Perlis itu dihadiri oleh ________ sahaja. A guru besar B guru-guru besar C guru besar-besar D guru besar-guru besar 13 Ayu hendak pergi ke Seremban, ________ menaiki KTM Komuter dari Stesen Komuter KL Sentral awal pagi lagi. A Dia B Kita C Kami D mereka Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah 14 Puan Rozita menyediakan ________ untuk keluarganya pada tengah hari itu. A Sajian B Tersaji C disajikan D menyajikan 15 Muka adik Amira nampak ________ selepas makan beberapa keping coklat “Cadbury”. A calar-balar B kusut-masai C comot-momot D compang-camping 16 Beberapa buah syarikat telekomunikasi terkemuka negara telah menawarkan ________. A rata kadar rendah B rendah kadar rata C kadar rata rendah D kadar rendah rata 17 Puteri Balqis sedang ________ di dalam kamarnya sambil ditemani oleh beberapa orang inang yang cantik rupawan. A Bersantap


146 B Bersiram C Bertitah D Beradu 18 Kami sekeluarga menikmati panorama indah di Pulau Langkawi ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas. Perkataan sama erti bagi menikmati ialah A mendapati B mengingati C menghayati D menggemari 19 Guru Besar menyampaikan amanat kepada murid-muridnya semasa perhimpunan pagi. Perkataan berlawan bagi amanat ialah A nasihat B teguran C renungan D cadangan 20 Kakak tiada di rumah. Dia baharu sahaja pergi ke Padang Besar bersama-sama ibu. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas. A Kakak kamu dan ibu kamu pergi ke mana? B Bolehkah saya berjumpa dengan kakak kamu? C Benarkah kakak dan ibu kamu pergi ke Teluk Intan? D Sudah lamakah kakak dan ibu kamu pergi ke Teluk Intan? 21 Mengapakah suasana di dalam kelas Enam Inovatif itu riuh-rendah sahaja? Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas. A Murid-murid di dalam kelas itu sungguh nakal. B Begitulah keadaan kelas itu apabila ketiadaan guru. C Guru jarang masuk ke dalam kelas yang riuh-rendah itu. D Suasana di dalam kelas itu riuh-rendah kerana ketiadaan guru. Soalan 22 dan Soalan 23 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 22 Haji Ali berasa gembira akan kejayaan anak-anaknya kerana dapat melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. A Kejayaan anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke universiti kegembiraan Haji Ali. B Kejayaan anak-anak Haji Ali melanjutkan pelajaran ke universiti suatu kegembiraan.


147 C Kejayaan Haji Ali melanjutkan pelajaran ke universiti mengembirakan anak-anaknya. D Kejayaan anak-anak Haji Ali melanjutkan pelajaran ke universiti mengembirakannya. 23 Suhada mengikuti program sukan itu setelah mendapat keizinan daripada bapanya. A Suhada mendapat kebenaran bapanya setelah mengikuti program sukan itu. B Program sukan itu disertai Suhada dan mendapat kebenaran daripada bapanya. C Kebenaran daripada bapanya membolehkan Suhada menyertai program sukan itu. D Selepas mendapat surat kebenaran bapanya, Suhada menyertai program sukan itu. Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih penggunaan kata penguat yang betul. 24 A Bunyi halilintar itu benar kuat dan menakutkan. B Buah-buahan yang dijual di gerai itu betul segar. C Komputer riba model terbaru itu mahal amat harganya. D Nian indah pemandangan sawah yang sedang menguning itu. 25 A Fadhilah sungguh gemar sekali minum air kelapa muda. B Selepas hujan lebat, keadaan jalan raya terlalu licin sekali. C Kasut yang dipakai oleh adik perempuannya itu terlalu besar benar. D Sungai Kinta adalah antara sungai yang paling terpanjang di negeri Perak. Soalan 26 hingga Soalan 28 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26 I Nazim Sirajuddin kena marah kerana mengacau abang yang sedang tidur. II Mereka bergotong royong mengacau bubur lambuk itu di dalam periuk besar. III Ibu sedang mengacau baja pada pokok-pokok bunga yang baru ditanamnya itu. IV Desas-desus tentang keburukan anak lelakinya itu mengacau fikiran Puan Sabariah. A B C D I dan IV sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja 27 I Retak pada dinding bangunan itu semakin merisaukan orang ramai. II Dahan-dahan pohon rambutan yang retak itu dipotong lalu dibakarnya. III “Pinggan-mangkuk yang sudah retak, tidak elok digunakan,” kata emak. IV Hubungan mereka mulai retak, setelah berlakunya perselisihan pendapat. A B I dan III sahaja II dan IV sahaja


148 C D I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja 28 I Pak Long Dollah menyelak kain yang membaluti buah cempedak itu. II Zahora menyelak pintu dan tingkap rumahnya sebelum keluar dari rumah. III Yusran menyelak saku seluarnya untuk mencari beberapa keping wang syiling. IV Rahman masih asyik menyelak surat khabar, membaca tajuk dan melihat gambar. A B C D I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 29 A Abdul Rahim Mukmin adalah ketua pasukan bola sepak sekolah saya. B Menjaga keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama. C Tarian yang sungguh popular dalam suku kaum Iban adalah Tarian Ngajat. D Rumah Terbuka Malaysia adalah sambutan perayaan utama rakyat Malaysia. 30 I Puan Marina segera menyelongkar dapur kabinetnya untuk mencari panadol. II Anis bercita-cita mahu melakar kejayaan dalam bidang penulisan seperti idolanya. III Encik Yunan tersenyum puas bila menerima sekeping cek daripada pelanggannya. IV Hakimi tidak tahan melihat ibunya menjeruk hati disebabkan perangai abangnya itu. A B C D I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja


149 Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tasik Kenyir merupakan empangan jana kuasa elektrik hidro terbesar di Malaysia yang meliputi kawasan seluas 369 kilometer persegi. Empangan ini juga merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik. Kawasan yang suatu ketika dahulu adalah kawasan hutan, kini telah “dibanjirkan” dengan tujuan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tasik Kenyir mempunyai lebih 300 buah pulau yang berasal daripada puncak-puncak bukit yang telah tenggelam. Sebanyak 30 batang sungai mengalir ke Tasik Kenyir. Perkataan “Kenyir” berasal daripada nama sungai Kenyir yang telah hilang daripada pandangan mata. Keunikan alam semula jadi yang dapat kita lihat di tasik ini ialah tunjang-tunjang pokok mati yang berselerakan dapat ditemui di sepanjang perjalanan. Keadaan ini seperti sebuah pengembaraan yang penuh cabaran yang terdapat dalam filem barat. Kayu-kayu balak yang terapung seolah-olah raksasa yang menghuni dasar tasik. Namun, perasaan menyeramkan kini hilang apabila terdengar nyanyian merdu unggas serta enjin bot memecah kesunyian. Memancing ikan air tawar adalah salah satu aktiviti pelancongan yang terkenal di sini. Ikan air tawar yang banyak terdapat di tasik tersebut seperti baung, toman, sebarau, kelah dan kelisa. Spesies ikan air tawar ini menjadi buruan kaki pancing yang datangnya dari seluruh rantau nusantara. “Jungle tracking” di kawasan hutan Tasik Kenyir adalah antara aktiviti yang wajib dilakukan. Malah Tasik Kenyir juga mempunyai 14 buah air terjun yang indah dengan deruan air yang memecah kesunyian hutan. Di sini juga sesuai untuk bermandi-manda, berkelah dan menangkap ikan kelah dengan menggunakan “penembak”. Jangan terperanjat jika para pengunjung terserempak dengan binatang liar lagi buas seperti harimau, seladang dan tapir di sepanjang perjalanan. Bagi peminat burung, di dalam hutan sekitar tasik ini terdapat banyak spesies burung yang sukar dilihat di tempat-tempat lain. Suasana sebegini amat mendamaikan. Keunikan serta keindahan alam flora dan fauna yang diceritakan ini hanyalah dapat dinikmati melalui khidmat perjalanan yang menyediakan kemudahan “rumah dalam bot”. Bot ini akan membawa pelancong menjelajah dan menyusuri keindahan kawasan Tasik Kenyir. Apa ditunggu lagi? Jom, Cuti-cuti Malaysia!


150 31 Tujuan utama Tasik Kenyir diwujudkan ialah A untuk aktiviti pelancongan B sebagai destinasi pelancongan C sebagai empangan elektrik hidro D untuk menghasilkan tenaga elektrik 32 Bagaimanakah pulau-pulau wujud di Tasik Kenyir? A Pulau ini berasal daripada tanah daratan. B Pulau ini berasal daripada bukit yang tenggelam. C Pulau ini berasal daripada daratan yang diairi oleh Tasik Kenyir. D Pulau ini berasal daripada 30 batang sungai yang mengalir ke tasik. 33 Mengapakah perjalanan mengharungi Tasik Kenyir menyeramkan? A Pokok mati ditemui di sepanjang perjalanan B Terdapat raksasa yang menghuni dasar tasik C Terdapat tunjang pokok mati dan kayu balak yang terapung D Perjalanan seperti pengembaraan yang terdapat dalam filem barat 34 Apakah aktiviti pelancongan yang terkenal di Tasik Kenyir? A Memancing ikan air tawar B Menyaksikan pelancong memancing C Menangkap ikan baung, toman, sebarau dan kelah D Menangkap ikan kelah dengan menggunakan penembak 35 Apakah keistimewaan air terjun yang terdapat di kawasan hutan itu? A Air terjun ini memecah kesunyian hutan B Airnya jernih dan sejuk, terdapat banyak ikan C Aktiviti “jungle tracking” boleh dijalankan di situ D Sesuai untuk bermandi-manda, berkelah dan menangkap ikan


Click to View FlipBook Version