2
PENGENALAN NOTA
PENYELIAAN KAUNSELING
Dalam konteks kaunseling, Penyeliaan merujuk kepada proses yang menyediakan perkembangan
profesional untuk orang baharu dalam sesuatu profesion. Ia juga dikenali sebagai seorang yang
memiliki kepakaran dan kemahiran untuk melaksana dan menjalankan proses mengawalselia
seseorang pekerja atau pelajar yang sedang berlatih menjalankan tugas dan pekerjaannya.
Penyelia yang dilantik bertanggungjwab menyelia kaunselor pelatih dan memberikan dorongan
dan semangat yang membina supaya mereka tidak terpesong dari landasan etika dan amalan
profesional dalam memberikan khidmat kepada klien.
American Psychological Association (APA) (2015) menyatakan bahawa penyeliaan di
bawah kesihatan mental terdiri dari pelbagai jenis di mana ia tertakluk kepada beberapa bidang
antaranya penyeliaan penyampaian oleh pelatih, penyeliaan pentadbiran, penyeliaan aktiviti
penyelidikan pelatih, penyeliaan individu berkait etika yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Penyeliaan secara umumnya diaplikasikan bagi menilai dan melihat cara kerja individu
dan dilakukan oleh orang yang lebih pakar (Shipton, 1997). Council for the Accreditation of
Counseling and Related Educational Programs (CACREP) mendefinisikan penyeliaan kaunseling
sebagai satu bentuk tutorial dan pemantauan secara instruksional (Othman Mohamed, 2008).
Tidak seperti kebanyakan bidang profesional yang lain, aspek latihan klinikal dan penyeliaan
adalah merupakan kurikulum utama dalam kaunseling yang berkait bantuan menolong
(Schweiger, Henderson, MCaskill, Clawson dan Collins, 2012).
3
PENGENALAN NOTA
PENYELIAAN KAUNSELING
Pelajar dalam program pendidikan kaunselor, dan juga kaunselor profesional memerlukan
latihan berterusan dan perundingan mengenai amalan etika yang berwibawa. Keperluan etika asas
yang paling adalah bahawa amalan kaunselor hanya dalam sempadan kecekapan mereka
(American Counseling Association, 2005).
Secara ringkasnya penyeliaan juga bermaksud:
i- Suatu proses yang menyediakan perkembangan profesional untuk orang baharu dalam
sesuatu profesion
ii- Penilaian untuk melihat cara kerja individu oleh orang yang lebih pakar
iii- Penyeliaan kaunseling ialah satu bentuk tutorial dan pemantauan secara instruksional
(CACREP)
iv- Memastikan kaunselor pelatih menjalankan sesi yang tidak memberikan mudharat
kepada klien dan berlandaskan prinsip etika kaunseling yang betul
4
PENGENALAN NOTA
MODEL PENYELIAAN BERSISTEM (System Approach to Supervision SAS)
Halloway (1995) telah mengemukakan model Penyeliaan Pendekatan Bersistem atau
Systems Approach to Supervision. Pendekatan ini bertujuan untuk menganalisis konstruk yang
sebenarnya berlaku semasa berlangsungnya proses penyeliaan dalam sesi kaunseling. Sungguhpun
modelnya memberi tumpuan kepada perhubungan penyeliaan kaunseling, model ini masih
mempunyai ciri teras tentang perkembangan yang berlaku keatas kaunselor pelatih (Othman
2008).
Hasil dari penyelidikan empirikal, konseptual dan amalan pengetahuan dalam penyeliaan,
tujuh dimensi telah dikenalpasti dalam model ini. Dimensi-dimensi ini diintegrasikan secara
konseptual kepada SAS sebagai tujuh faktor untuk keseluruhan model (Holloway 1995). Rajah
2.2 menunjukkan tujuh faktor yang diwakili oleh enam bahagian yang dihubungkan kepada teras
penyeliaan – perhubungan.
Rajah 1. Dimensi Model Penyeliaan Pendekatan Bersistem
5
PENGENALAN NOTA
MODEL PENYELIAAN BERSISTEM (System Approach to Supervision SAS)
Perhubungan merupakan teras utama dalam interaksi penyeliaan.Ia digambarkan sebagai asas
kepada Model SAS. Holloway (1995) berpendapat perhubungan ini merupakan suatu pusaran
sesulur yang melibatkan faktor struktur, fasa dan kontrak.Sebagai sebuah sistem, model ini
mencadangkan setiap bahagian boleh berdiri sendiri dan juga boleh dilihat dalam konteks item
tertentu, keseluruhan item atau kedua-duanya. Komponen model juga merupakan proses dinamik
yang mempengaruhi antara satu sama lain dan sangat berkait antara satu sama lain. Proses ini
dipengaruhi oleh setiap faktor dan bertimbal balik iaitu proses itu sendiri yang mempengaruhi
setiap faktor (Holloway 1995).
Bayangkan rajah ini berputar dalam cahaya dan menghasilkan bebayang.Imej yang muncul
mereflek pola idiosinkratik tugas, fungsi, dan faktor kontekstual yang relevan kepada interaksi
dari masa-ke-masa antara penyelia dan kaunselor pelatih. Perincian ini mampu memberikan
maklumat yang diperlukan pada ketika itu tentang (a) sifat tugas, (b) fungsi yang dibawa oleh
penyelia, (c) kriteria perhubungan dan (d) faktor kontekstual yang relevan dengan proses. Model
grafik ini digunakan sebagai titik kestabilan dalam proses yang kompleks untuk memberi galakan
kepada penyelia mencari faktor yang paling menonjol dalam diri kaunselor pelatih.
Selain itu, model ini turut menggambarkan fasa yang berlaku dalam proses penyeliaan.
Fasa boleh dikategorikan kepada tiga;(i) permulaan,(ii) kematangan dan (iii)penamatan (Othman
2008).Fasa permulaan memberi tumpuan kepada penjelasan hubungan serta huraian fungsi dan
tugas.Fasa kematangan merupakan fasa di mana kaunselor pelatih menjadi lebih
6
PENGENALAN NOTA
MODEL PENYELIAAN BERSISTEM (System Approach to Supervision SAS)
yakin dan mula menyerlahkan potensi serta bakat pengaruhnya dalam kaunseling. Pada fasa ini
juga penyelia dan kaunselor pelatih bersedia untuk berhadapandan menangani isu profesional.Fasa
penamatan pula membantu kaunselor pelatih memahami hubungkait antara teori dengan terapan
amalan kaunseling.Selain itu model ini dapat menyediakan kerangka dan bahasa sebagai panduan
pengajaran dan amalan penyeliaan (Haynes et al. 2003).
Menurut Bradley dan rakan-rakan (2003) kekuatan model SAS dilihat kepada perhubungan
kepenyeliaan yang menjadi tunjang dalam proses penyeliaan. Penyeliaan difokuskan kepada
perhubungan yang dinamik.Pengaruh budaya dan ciri-ciri interpersonal dikenalpasti dalam diri
penyelia, kaunselor pelatih dan klien dan pengaruh ini disebatikan dalam hubungan
kepenyeliaan.Model ini turut menyediakan kerangka panduan penyeliaan berasaskan kepada
empirikal, konseptual dan amalan pengetahuan dari bidang kaunseling dan penyeliaan.Sifatnya
membolehkan model ini dipraktiskan oleh penyelia dari pelbagai orientasi teoritikal.
7
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
Modul latihan penyeliaan latihan internship kaunseling ini dibina berasaskan model penyeliaan
pendekatan bersistem yang memberi tumpuan kepada tujuh dimensi empirikal yang berhubung
kait melalui satu proses dan dipengaruhi faktor teras dalam hubungan penyeliaan termasuk tugas
dan fungsi penyeliaan. Holloway (1995) membezakan antara fungsi-fungsi dan tugas penyeliaan
di mana tugas merupakan kawasan yang mengandungi kecekapan asas yang diharapkan daripada
kaunselor pelatih seperti kemahiran kaunseling, konseptualisasi kes, dan identiti profesional.
Fungsi tugas adalah proses yang berorietasikan pemantauan, menilai, menasihati atau
mengarahkan, pemodelan, perundingan dan sokongan atau perkongsian. Rangka kerja ini adalah
sistem pendekatan kepada penyeliaan yang menekankan sifat multidimensi yang berpaksi kepada
hubungan penyeliaan sebagai asas.
Kematangan dalam sesi penyeliaan berlaku apabila hubungan penyeliaan menjadi lebih
interpersonal. Pada awalnya, selepas kali pertama berinteraksi bersama penyelia, hubungan akan
berjalan secara tidak konsisten dengan masing-masing mula mencari cara untuk mengekalkan
momentum hubungan supaya menjadi lebih baik. Dalam pada itu, kaunselor pelatih dan penyelia
akan cuba mengelak dari timbulnya konflik yang boleh mengancam hubungan kepenyeliaan dan
biasanya akan lebih bersedia untuk saling mendedahkan diri dan menerima sebarang risiko.
Holloway (1995) menyatakan juga bahawa kebiasaannya, pada peringkat awal pendedahan diri
secara jujur jarang diberikan perhatian oleh kedua pihak.Penjelasan ini melihat hubungan
penyeliaan sebagai satu terapi yang berfokus untuk pembinaan interpersonal yang lebih selamat
dan menerapkan konsep keterbukaan melalui komunikasi dua hala.
8
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
Seseorang kaunselor pelatih merupakan satu aset yang bernilai kepada tempat mereka
menjalani internship.Intenship dilihat sebagai satu pengalaman yang berharga bagi kaunselor
pelatih dan penyelia.Salah satu kepentingan internship kepada kaunselor pelatih ialah bagi
mengasah kemahiran yang dipelajari di dalam kelas dalam konteks praktikal dan amali dengan
berbantukan penyelia sebagai ketua.Semasa internship, kaunselor pelatih digalakkan untuk
membina hubungan yang baik bersama kakitangan dan masyarakat. Pelatih juga mempunyai
peluang untuk membentuk satu rangkaian kerjasama dengan kaunselor yang terdapat dalam
pelbagai setting.Penyelia pula secara langsungnya menggunakan kaunselor pelatih sebagai medan
untuk menyalurkan segala bentuk maklumat, kemahiran dan menjadikan diri sebagai rujukan
kepada kaunselor pelatih. Justeru, modul ini diperkenalkan bertujuan untuk menjadi panduan
pensyarah penyelia latihan internship di universiti.
Modul latihan penyeliaan internship kaunseling ini mengandungi 5 sesi perjumpaan yang
dilaksanakan secara berkala mengikut peringkat sesi penyeliaan iaitu kemahiran pra penyeliaan,
proses penyeliaan, kemahiran penyeliaan, penilaian penyeliaan dan tindakan pasca penyeliaan.
9
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
Bil Aktiviti Pengisian Objektif
1. Pengenalan
Pengenalan modul, Mengetahui maklumat diri penyelia
latar belakang Mengenali sesama ahli dengan lebih
penyelia mendalam
merangkumi
kelayakan, orientasi Mengetahui personaliti penyelia
teori, dan sesi suai Memberi pendedahan awal tentang
kenal
pengalaman penyeliaan
Membina hubungan dan memberi
kejelekitan untuk mengikuti aktiviti
berkumpulan
2. Kemahiran Pra 2a. Senarai Semak Menjana kefahaman penyelia tentang
Penyeliaan Penggunaan Model model penyeliaan pendekatan
Penyeliaan bersistem.
Memberi pendekatan untuk
menyelesaikan masalah mengikut
teknik penyeliaan bersistem.
Memberi keyakinan supaya penyelia
menggunakan model penyeliaan yang
diketengahkan.
10
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
2b. Model Model Penyeliaan Kendiri
Penyeliaan Kendiri Memberi pendedahan kepada prinsip
asas model penyeliaan pendekatan
bersistem
Menguji pengetahuan penyelia
terhadap konstruk perhubungan
Meninjau pandangan dan pendapat
penyelia berkait faktor penyeliaan
Meninjau idea penyelia
2c. Faktor Faktor Penyeliaan
Penyeliaan Faktor Kontekstual Institutsi
Faktor Kontekstual Penyelia
3. Proses 3a. Proses Bina Faktor Kontekstual Klien
Penyeliaan Hubungan Faktor Kontekstual Kaunselor Pelatih
Berkesan Bina hubungan
Memberikan peluang penyelia
mengenali pelatih dengan lebih dekat
Mewujudkan hubungan mesra
11
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
. antara penyelia dan pelatih.
Membantu penyelia tahu akan
kepentingan proses bina hubungan
sebelum memulakan penyeliaan
Melatih penyelia untuk merangka
rancangan penyeliaan
3b (ii). Penstrukturan Penstrukturan Dalam Penyeliaan
Memberikan peluang penyelia
menyusun strategi dalam menyelia
pelatih
Mewujudkan peluang kepada pelatih
untuk berbincang bersama penyelia
Membantu penyelia sedar akan
kepentingan penstrukturan dalam
penyeliaan
Mengelakkan wujud kebergantungan
dalam penyeliaan
Mempertajam kemahiran pelatih
mengikut standard latihan yang
bersesuaian
12
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
3b (ii). Kemahiran Kemahiran dan teknik
dan Teknik Mengenal pasti pengetahuan penyelia
terhadap kaedah dan teknik dalam
penyeliaan
Melihat taburan penggunaan kaedah
penyeliaan yang digunakan
Memberi pengetahuan kepada
penyelia tentang kaedah yang terdapat
dalam penyeliaan
Ciri-ciri Penyeliaan Berkesan
3c. Ciri-ciri Perbincangan memberikan ruang
Penyeliaan Berkesan untuk penyelia memberi maklum balas
semasa sesi berlangsung
Memberikan peluang penyelia
melatih diri untuk menganalisis video
sewaktu penyeliaan
Menajamkan kemahiran penyeliaan
melalui pemerhatian video
Membantu penyelia sedar kepentingan
memproses isu dengan betul
13
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
3d. Kajian Kes Memberi pendedahan kepada penyelia
3e. Role Play untuk belajar dan mengenal pasti ciri
penyeliaan yang berkesan
Kajian Kes
Menyemak isu yang biasa timbul
mengikut dilema etika
Memberi pendedahan akan isu yang
mungkin tidak diberikan perhatian
yang wajar sewaktu latihan penyeliaan
dijalankan
Mengulangkaji keperluan terhadap
pegangan etika yang betul
Menyelaraskan penyelesaian isu
supaya tidak berlaku kepincangan
kepada proses pertumbuhan pelatih ke
arah profesionalisme.
Role Play
Karakter akan dipersembahkan ikut
peranan yang tertera
14
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
Melihat hubungan yang terjadi antara
penyelia, kaunselor pelatih dan klien
Menggambar, melakonkan,
berimaginasi, berfikir
Meletakkan diri di tempat orang lain
untuk lebih memahami peranan
Penyelia secara tak langsung dapat
membuat penilaian tentang isu yang
wujud cth isu etika, dilema lain
3f. Hero Saya Hero Saya
Membantu penyelia ‘relief’ melalui
kenangan menjalankan penyeliaan
Memberi kesedaran terhadap
keperluan penyelesaian yang
membawa kebaikan kepada penyelia
dan pelatih
Memberi peluang penyelia membuat
pertimbangan akan peranan yang
boleh dibuat dalam menyelia
sekiranya berhadapan situasi sama
15
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
Menyedarkan penyelia untuk
melihat situasi dari perspektif yang
berbeza
Mengajar penyelia untuk
menggunakan pendekatan
penyeliaan mengikut model SAS
3g. Latihan Latihan Berdialog
Berdialog Menjadi tempat untuk penyelia
meluahkan perasaan berkait
perasaan semasa menyelia
Membantu penyelia menilai konsep
penyeliaan yang digunakan
Membantu penyelia mengenali
persepsi yang telah diberikan
kepada pelatih
Memberi kesedaran kepada penyelia
berkait peranan yang telah
dimainkan semasa penyeliaan
16
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
4. Penilaian 4a. Matrik dan Matrik dan Amalan Penyeliaan
penyeliaan Amalan Penyeliaan Menjadi tempat untuk kaunselor
pelatih meluahkan masalah berkait isu
semasa menjalankan sesi
Menjadi panduan kepada penyelia
untuk mengetahui tentang amalan yang
diamalkan
Memberi kesedaran kepada penyelia
berkait amalan penyeliaan yang ada
4b. Senarai Semak Senarai Semak Penilaian Penyeliaan
Penilaian Penyelia Mengenal pasti bentuk penilaian
penyeliaan yang dinilai
Memberi pendedahan kepada penyelia
tentang proses yang terlibat dalam
penyeliaan
17
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
5. Kemahiran dan 5a. Penilaian Pasca Penilaian Pasca Penyeliaan
Tindakan Penyeliaan Mengambil kira pandangan penyelia
Pasca Melihat kefungsian penyelia secara
Penyeliaan kasar
Mencerap isu-isu biasa yang timbul
dalam penyeliaan dan cara menangani
secara beretika
Mencari tahu langkah yang terbaik
bagi meningkatkan kepuasan
penyeliaan
5b-Refleksi Penyelia Refleksi
Memberi peluang penyelia menilai diri
sendiri
Menggalakkan perkembangan positif
kepada penyelia untuk mencari potensi
sebagai penyelia yang berkesan
18
PENGENALAN NOTA
KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERNSHIP KAUNSELING
Pembahagian Modul Mengikut Tempoh Masa
Modul/Sub Modul Aktiviti/ Pengisian Jangka
Masa
Pengenalan 1a. Latar belakang penyelia 1 Jam
Kemahiran Pra Penyeliaan 1b. Aktiviti Sharing Is Caring 2 Jam
2a. Senarai Semak Penggunaan Model
Proses Penyeliaan Penyeliaan 4 Jam
Berkesan 2b. Model Penyeliaan Kendiri
2c. Faktor Penyeliaan 1 Jam
Proses Penyeliaan 3a. Proses Bina Hubungan 2 Jam
Kemahiran dan Tindakan 3b (i). Penstrukturan 10 Jam
Pasca Penyeliaan 3b (ii). Kemahiran dan Teknik
Jumlah Jam 3c. Ciri-ciri Penyeliaan Berkesan
3d. Kajian Kes
3e. Role Play
3f. Hero Saya
3g. Latihan Berdialog
4a. Matrik dan Amalan Penyeliaan
4b. Senarai Semak Penilaian Penyeliaan
5a. Penilaain Pasca Penyeliaan
5b. Refleksi Penyelia
19
SESI 1: PENGENALAN SESI
SINOPSIS
Penyelia bertanggungjawab untuk meningkatkan kecekapan profesional melalui latihan-latihan NOTA
dan bengkel, dan mempunyai pengetahuan khusus dalam aspek penyeliaan bagi menaikkan tahap
profesionalisme sebagai seorang pengajar kepada pelatih amalan kaunseling. Kriteria yang perlu
diambil kira oleh penyelia adalah :
Kursus penyeliaan yang pernah diikuti (sama ada berbentuk kursus/ bengkel/ kursus
jangka pendek di universiti)
Kelayakan yang tertentu
Pengalaman dalam bidang penyeliaan
Jumlah pelajar yang pernah diselia
Peringkat permulaan memerlukan pihak fakulti atau organisasi yang menguruskan
pelantikan penyelia dan memastikan kriteria di atas dipenuhi terlebih dahulu. Kriteria yang
diperlukan ini diharapkan dapat membantu memberikan maklumat kepada pihak yang terlibat
dalam memilih penyelia yang benar-benar layak menjalankan penyeliaan dan memastikan
penyelia yang juga seorang kaunselor dalam latihan kaunselor yang dipilih tidak melanggar
tuntutan sebagaimana yang dikehendaki Kod Etika Kaunselor (1994) iaitu seorang penyelia
latihan kaunselor mestilah:
Menerangkan kepada pelatih tentang keperluan dan kandungan program latihan serta
peluang pekerjaan yang ada sebelum pelatih mengikuti program tersebut
Mempunyai polisi yang jelas mengenai latihan praktikum/internship dan peranan pelatih
serta pengajar
20
SESI 1: PENGENALAN SESI NOTA
SINOPSIS
Klien hendaklah diberitahu jika dia diberi khidmat kaunseling oleh pelatih dan juga
diberitahu implikasi ke atas batas kerahsiaan
Kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang latihan mestilah mahir sebagai pengajar
dan pengamal
Memberi maklumat yang benar tentang kelayakan, kecekapan latihan dan pengalaman
mereka
Tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengajar atau penyelia pelatih di luar
bidang professional atas kepentingan peribadi, perhubungan emosi atau seksual
Manakala berdasarkan Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2016), penyelia
internship terdiri daripada dua kategori iaitu penyelia akademik dan penyelia lapangan.Penyelia
akademik yang dilantik oleh institusi mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam
bidang kaunseling.Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar yang mempunyai Sijil
Perakuan Amalan yang Sah.
Penyelia lapangan pula hendaklah seorang yang telah dilantik bersama oleh institusi dan
organisasi di mana pelajar tersebut menjalankan internship.Penyelia lapangan hendaklah
mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjanamuda dalam bidang kaunseling.Penyelia tersebut
hendaklah kaunselor berdaftar yang mempunyai Sijil Perakuan Amalan yang sah serta mempunyai
Sijil Asas Penyeliaan Latihan Kaunselor yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor.
21
SESI 1: PENGENALAN SESI NOTA
AKTIVITI 1A: LATAR BELAKANG PENYELIA
Sinopsis:
Pada sesi ini, penyelia diminta mengisi borang maklumat diri yang mengandungi latar belakang
diri termasuk kursus penyeliaan yang diambil, kelayakan yang dimiliki, dan pengalaman dalam
aspek penyeliaan. Pada sesi ini juga, fasilitator berpeluang berkenalan dan membina hubungan
dengan para penyelia di samping memberikan taklimat awal pelaksanaan bengkel ini.
Nama Aktiviti :Pengenalan Diri
Tempoh masa : 30 minit
Kaedah penyampaian : Komunikasi antara penyelia dan penceramah serta fasilitator
Peralatan yang diperlukan : Borang maklumat diri dan alat tulis
Objektif:
Mengetahui maklumat diri penyelia
Mengenali sesama ahli dengan lebih mendalam
Memberi pendedahan awal tentang pengalaman penyeliaan
Membina hubungan dan memberikan kejelekitan kepada penyelia untuk meneruskan sesi
bengkel penyeliaan.
22
SESI 1: PENGENALAN SESI NOTA
AKTIVITI 1A: LATAR BELAKANG PENYELIA
Langkah-langkah:
1. Fasilitator akan mengumpulkan para penyelia yang terdiri daripada 5 orang penyelia dalam
satu kumpulan iaitu 6 kumpulan.
2. Para penyelia akan diberi taklimat mengenai tentatif bengkel penyeliaan yang melibatkan 10
jam pertemuan.
3. Penyelia akan didedahkan mengenai tujuan dan matlamat modul penyeliaan ini.
4. Fasilitator akan mengedarkan borang maklumat diri kepada para penyelia.
5. Setelah itu, setiap penyelia akan berkongsi maklumat tersebut di dalam kumpulan masing-
masing.
23
SESI 1: PENGENALAN SESI NOTA
AKTIVITI 1A: LATAR BELAKANG PENYELIA
BORANG MAKLUMAT DIRI
Nama : ______________________________
Jantina : ______________________________
Institusi : ______________________________
Pengalaman Penyeliaan
(Tahun) :_________________________________
Kelayakan :_________________________________
Aktiviti/program/bengkel/latihan yang pernah saya
ikuti:
___________________________________________________
Pegangan Teori : ________________________________
Tanda tangan : ________________________________
24
SESI 1: PENGENALAN SESI NOTA
AKTIVITI 1B: SHARING IS CARING
Tempoh Masa: 30 Minit
Peralatan yang diperlukan: Kad Emoji
Sinopsis:
Pengalaman penyeliaan dalam kalangan penyelia dapat membantu penyelia dalam membuat
penambahbaikan terhadap proses penyeliaan. Ketika menyelia, penyelia terdedah dengan pelbagai
emosi seperti berasa gembira dia atas pencapaian pelatih, tertekan dan kecewa dengan sikap
kaunselor pelatih, penyelia kurang bersedia untuk menyelia dan sebagainya. Perasaan- perasaan
ini perlu dikendalikan ataupun ditangani dengan cara yang sesuai. Pada sesi ini, penyelia perlu
berkongsi pengalaman mereka ketika menyelia.
Objektif:
Membantu penyelia untuk memahami meneroka pengalaman semasa menyelia.
Berkongsi pengalaman menyelia bersama dengan ahli kelompok lain secara terbuka.
Mengetahui dan memahami kepentingan mengendalikan situasi, perasaan, pemikiran dan
tingkahlaku semasa proses penyeliaan.
25
SESI 1: PENGENALAN SESI NOTA
AKTIVITI 1B: SHARING IS CARING
Langkah-langkah:
1. Penyelia diberikan kad emoji secara rawak di dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada
5 orang. Kad emoji tersebut mengandungi sepuluh emosi seperti marah, kecewa, sedih,
gembira, terperanjat, bosan, tenang, teruja, tertekan dan gementar.
2. Setelah itu, penyelia dikehendaki menceritakan pengalaman bersama dengan kaunselor
pelatih ketika proses penyeliaan berdasarkan kad emoji yang diterimanya.
3. Aktiviti ini akan diulang sebanyak 2 kali agar setiap ahli mendapat dua kad emoji yang
berbeza.
26
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
PRA-SESI HUBUNGAN PENYELIAAN
Sebagai permulaan perhubungan penyeliaan, penyelia digalakkan mengikuti langkah penyeliaan
seperti berikut:
1. Memulakan hubungan antara penyelia dan kaunselor pelatih di mana pada permulaan
pertemuan diadakan untuk mengurangkan keraguan di antara penyelia dan pelatih. Ia dapat
menjelaskan peranan serta fungsi hubungan yang diperlukan dengan cara memahami
tujuan dan erti penyeliaan dijalankan.
2. Perbincangan dilakukan secara bersama antara penyelia dan pelatih iaitu dengan
menetapkan objektif, menyenaraikan matlamat penyeliaan yang dikehendaki serta
memberikan gambaran secara kasar tentang penyeliaan yang akan dilaksanakan.
3. Perbincangan dilakukan untuk mendapatkan persetujuan antara penyelia dan kaunselor
pelatih bagi menetapkan strategi pemerhatian yang hendak dijalankan meliputi kegiatan
yang akan difokuskan termasuk amalan teori, etika kerahsiaan, persetujuan termaklum,
pendekatan yang digunakan, kemahiran kaunseling yang diperuntukkan. Langkah ini
meliputi keseluruhan perjalanan sesi kaunselor pelatih bersama klien tidak kira bagi klien
individu mahupun kelompok. Ia juga merupakan perbincangan awal bersama pelatih
tentang bagaimana pemerhatian itu akan direkod dan dinilai.
27
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
PRA-SESI HUBUNGAN PENYELIAAN
Penyelia yang boleh menunjukkan konseptual pengetahuan tentang teknik dan kaedah
penyampaian dan mengaplikasi pengetahuan dalam sesi penyeliaan dapat membantu
meningkatkan perkembangan kaunselor.Penyelia secara jelas faham dan tahu akan aspek
penyeliaan termasuklah dari segi maklumat awal penyeliaan iaitu apabila menjalankan sesi
penyeliaan pertamanya penyelia perlu menjelaskan tujuan dan prosedur yang akan diaplikasikan.
Penyelia juga perlu mendapatkan persetujuan termaklum daripada pelatih untuk terlibat dalam
intervensi penyeliaan yang sesuai seperti role play, modelling, cadangan penasihatan, penyeliaan
secara langsung dan penyeliaan secara tape/audio.
Penyelia perlu mempunyai kesedaran tentang proses perkembangan penyeliaaniaitu :
memahami ciri-ciri perkembangan dalam penyeliaan,
menunjukkan pengetahuan dalam pelbagai model penyeliaan
memahami fungsi dan peranan kaunselor dalam sesi khusus,
mampu memahami keperluan pembelajaran pelatih dan
menggunakankaedah penyeliaan yang sesuai selaras dengan tahap perkembangan
konseptual, latihan dan pengalaman kaunselor.
28
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
PENGENALAN KEPADA MODEL PENYELIAAN
Model penyeliaan dianggap sesuatu yang penting dalam bidang kaunseling kerana:
i. Sebagai satu cara pemantauan yang sistematik yang berasaskan kepada penstrukturan
teknik pengajaran dan pembelajaran. Pemantauan ini penting sebagai jaminan kualiti
yang baik untuk menjalankan amalan kaunseling (Othman Mohamed, 2008).
ii. Mengenalpasti pengetahuan mengenai model penyeliaan adalah asas kepada amalan
yang beretika (Borders, Bernard, Dye, Fong, Henderson & Namce, 1991).
iii. Membantu penyelia menerapkan unsur menilai, menyokong dan mendidik pelatih
dalam mengaplikasikan teori dan teknik kaunseling (Association for Counselor
Education & Supervision, 1993).
iv. Membantu pelatih mengembangkan kemahiran dan pendekatan yang digunakan
melalui pendekatan teori yang diamalkan oleh penyelia (Suradi Salim, 2007).
v. Memberikan meta-perspektif yang berguna mengenai proses penyeliaan,
merangsangkan banyak pemikiran yang berharga mengenai intervensi penyeliaan,
merangsangkan banyak penyelidikan mengenai perkembangan terapi dan penyeliaan
(Watkins, 1997).
29
SESI 2: KEMAHIRAN PRA PENYELIAAN NOTA
PENGENALAN KEPADA MODEL PENYELIAAN
Model yang efektif adalah model yang mudah difahami dan boleh digunakan dalam praktis dan
disesuaikan dengan tuntutan situasi. Model yang sempurna juga melibatkan bagaimana proses
pembelajaran berlaku dan apa yang penyelia dan kaunselor pelatih perolehi dari proses tersebut.
Menurut Haynes et.al. (2003), komponen model penyeliaan yang baik mempunyai beberapa
kriteria penting seperti:
i. Bagaimana pembelajaran dan perkembangan berlaku dalam diri individu. Kebiasaannya ia
bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh penyelia.
ii. Peranan individu dan perbezaan kepelbagaian budaya dalam penyeliaan. Adakah
pendekatan yang digunakan sesuai untuk semua kaunselor pelatih atau perlu disesuaikan
mengikut kesesuaian individu.
iii. Matlamat penyeliaan – adakah berfokuskan untuk membantu kes ketika itu sahaja atau
membantu kaunselor untuk berkembang atau kedua-duanya.
iv. Strategi intervensi yang digunakan oleh penyelia akan digunakan untuk membantu
kaunselor pelatih dalam menyempurnakan matlamat penyeliaan.
v. Peranan penilaian dalam penyeliaan.
30
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 2A: SENARAI SEMAK PENGGUNAANMODEL PENYELIAAN
Tempoh masa: 20 Minit
Peralatan yang diperlukan:Tiada
Sinopsis:
Berikut diberikan maklumat berkenaan model penyeliaan yang biasa diaplikasikan dalam
penyeliaan latihan internship.Maklumat ini dijelaskan dalam bentuk jadual bagi memudahkan
penyelia membuat penilaian berkait penggunaan model dalam sesi penyeliaan mereka.
Objektif:
Memberi maklumat awal tentang kepelbagaian model dalam penyeliaan kepada penyelia
Menjadi teras kepada percambahan idea penyelia terhadap penggunaan model yang khusus
dalam penyeliaan
Membuat semakan awal berkait pengetahuan penyelia
Arahan:
Berdasarkan pengalaman anda menyelia kenal pasti ciri-ciri model penyeliaan yang digunakan
semasa sesi penyeliaan dan tandakan mengikut skala yang ditetapkan iaitu:
1 hingga 4
Kurang Setuju Sangat Setuju
31
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 2A: SENARAI SEMAK PENGGUNAAN MODEL PENYELIAAN
Bil Senarai Semak Skala Catatan
1 Saya menonjolkan ciri ketulenansemasa membina 1 2 3 4
hubungan bersama kaunselor pelatih
2 Saya percaya kaunselor pelatih mempunyai potensi 1 2 3 4
untuk berkembang.
3 Saya sentiasa memudahcara kaunselor pelatih supaya 1 2 3 4
mereka lebih terbuka dengan pengalaman semasa
menjalani internship
4 Proses pembelajaran berlaku hasil kolaboratif antara 1 2 3 4
penyelia dan kaunselor pelatih
5 Bersikap mesra dan toleransi dapat menggalakkan 1 2 3 4
pelatih memberi perkhidmatan yang berkesan
6 Latihan dan penyeliaan membantu kaunselor pelatih 1 2 3 4
mengembangkan dan mempertajam kemahiran
7 Penyeliaan berfokus kepada pembelajaran kaunselor 1 2 3 4
pelatih
8 Pelatih berkembang dan berubah kecuali jika terdedah 1 2 3 4
kepada persekitaran yang merosakkan
9 Metod penyeliaan saya berasaskan kepada prinsip 1 2 3 4
pembelajaran
10 Saya melihat tahap kefungsian kaunselor pelatih melalui 1 2 3 4
kompetensi prestasi peranan dan fungsi kaunselor
11 Saya mengenalpasti salah konsepsi kaunselor pelatih 1 2 3 4
dan pemikiran tidak sesuai yang menyumbang kepada
ketidakberkesanan proses kaunseling.
32
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 2A: SENARAI SEMAK PENGGUNAAN MODEL PENYELIAAN
Bil Senarai Semak Skala Catatan
12 Saya mengenalpasti kognitif kaunselor pelatih yang 1 2 3 4
terpesong dan melakukan penstrukturan semula kognitif
melalui kerja rumah
13. Teknik penyeliaan saya dapat membantu kaunselor
pelatih membuat modifikasi proses pemikiran negatif
14. Perasaan kebimbangan kaunselor pelatih dapat
dikurangkan dengan cara merasionalkan pemikiran
mereka dengan mencabar pemikiran tidak rasional
15 Saya membantu kaunselor pelatih mengubah andaian- 1 2 3 4
andaian tidak munasabah mengenai keupayaan dan
limitasi mereka ketika mengendalikan kes klien
16 Saya menggunakan pendekatan dan kemahiran 1 2 3 4
menyelia sesuai dengan tahap perkembangan kaunselor
pelatih
17 Kaunselor pelatih berupaya berkembang dari satu tahap 1 2 3 4
ke tahap yang lain supaya menjadi lebih kompeten
18 Saya mengubahsuai kaedah penyeliaan saya supaya 1 2 3 4
bersesuaian dengan keperluan kaunselor pelatih
19 Saya melihat perkembangan kaunselor pelatih kepada 1 2 3 4
enam fasa iaitu fasa pembantu awam, fasa pelajar
awalan, fasa pelajar lanjutan, fasa professional awalan,
fasa professional berpengalaman dan fasa professional
senior.
20 Tahap perkembangan kaunselor pelatih dilihat melalui 1 2 3 4
tiga kitaran iaitu pemendapan (stagnation), kekeliruan
(confusion) dan integrasi (intergration)
33
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 2A: SENARAI SEMAK PENGGUNAAN MODEL PENYELIAAN
Bil Senarai Semak Skala Catatan
21 Memberi tumpuan kepada konstruk perhubungan 1 2 3 4
melalui interaksi penyeliaan
22 Faktor penyeliaan melibatkan empat aspek utama iaitu 1 2 3 4
institusi, penyelia, klien dan kaunselor pelatih
23 Ketika menyelia saya menggunakan pelbagai peranan 1 2 3 4
seperti guru, kaunselor, dan perunding bagi
memudahkan proses pembelajaran pelatih
24 Penyeliaan satu proses yang dinamik iaitu setiap faktor 1 2 3 4
saling berkait dan menpengaruhi antara satu sama lain.
25 Fungsi dan tugas penyeliaan memainkan peranan utama 1 2 3 4
dalam interaksi perhubungan antara penyelia dan
kaunselor pelatih
34
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 2B: MODEL PENYELIAAN KENDIRI
Tempoh Masa: 30 Minit
Peralatan : Alat tulis dan Kertas
Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada penyelia tentang model penyeliaan yang pelbagai
2. Menilai ciri-ciri model yang bersesuaian dengan pegangan penyelia.
Langkah-langkah:
1. Peserta dikehendaki mencari pasangan masing-masing untuk aktiviti ini dan diminta untuk
menjawab semua soalan yang dikemukankan
2. Seterusnya, peserta diminta untuk berkongsi dengan pasangan masing-masing jawapan
yang telah ditulis.
3. Setelah itu, peserta diminta untuk bertanyakan kepada pasangan masing soalan dan
membuat perbandingan dan perbezaan jawapan masing-masing.
35
ASKETISVIIT2I:2KB:EMMODAEHLIPREANYNELPIRAAAN-PKEENNDYIREILIAAN NOTA
AKTIVITI 2B: MODEL PENYELIAAN KENDIRI
Arahan:
Peserta dikehendaki untuk menjawab semua soalan yang disertakan berikut:
1. Apakah model yang menarikt perhatian saya?
2. Mengapakah model tersebut menarik?
3. Apakah kepercayaan asas saya tentang:
a. Tujuan penyeliaan
b. Fungsi penyelia
c. Tugas utama kaunselor pelatih
d. Metod yang saya suka gunakan semasa penyeliaan
36
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PPEENNYYEELLIIAAAANN NOTA
MODEL PENDEKATAN PENYELIAAN BERSISTEM
SINOPSIS
Model ini dikenali sebagai System Approach to supervision (SAS).Ia bertujuan untuk
menganalisis konstruk yang sebenarnya berlaku semasa berlangsungnya proses penyeliaan dalam
sesi kaunseling.
Prinsip asas dalam model ini adalah penumpuan terhadap konstruk perhubungan dan
penurunan kuasa antara penyelia dengan kaunselor pelatih yang memberi kepentingan terhadap
pakatan pembelajaran yang berasaskan kepada pelbagai faktor yang saling berkait antara penyelia
dan kaunselor pelatih.
Model ini berfokuskan kepada amalan penyeliaan yang membolehkan kaunselor pelatih itu
mencapai pengupayaan sikap, kemahiran serta pengetahuan berkesan dengan amalan
profesionalnya (Othman, 2008).Model SAS merupakan satu model yang mengkaji faktor-faktor
kontekstual yang memberi kesan terhadap proses dalam hubungan penyeliaan. Aspek yang
diambil kira:
i- Institusi
ii- Penyelia
iii- Klien
iv- Pelatih
37
faSsaESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
MODEL PENDEKATAN PENYELIAAN BERSISTEM
Model ini melihat setiap satu daripada aspek akan mempengaruhi penyeliaan di mana
aspek insitusi melihat struktur organisasi dan iklim institusi akan mempengaruhi amalan
profesional.
Isu berkait dengan kecekapan penyelia, tahap pengalaman dan pengetahuan silang budaya
pula dikatakan akan mempengaruhi kemampuan pelatih dalam memberikan perkhidmatan kepada
pelanggan yang turut memberi kesan kepada kepuasan klien dalam mendapatkan khidmat
kaunseling daripada pelatih. (Simon, Cruise, Huber, Swerdlik dan Newman, 2014).
Rajah 1.1: Model Penyeliaan Pendekatan Bersistem: Tugas, Fungsi dan Faktor Kontekstual
(Sumber, Clinical Supervision, A System Approach)
Objektif:
Menjana kefahaman penyelia tentang model penyeliaan pendekatan bersistem
Memberi pendedahan untuk menyelesaikan masalah mengikut teknik penyeliaan bersistem
Memberi keyakinan supaya penyelia menggunakan model penyeliaan yang diketengahkan
38
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 2C: FAKTOR PENYELIAAN
Tempoh Masa: 30 Minit
Peralatan yang diperlukan:Alat Tulis dan Kertas
Sinopsis:
Othman (2008) menyatakan prinsip asas dalam model ini adalah penumpuan terhadap konstruk
perhubungan dan penurunan kuasa antara penyelia dengan kaunselor pelatih.Ianya memberi
kepentingan terhadap pakatan pembelajaran yang berasaskan kepada pelbagai faktor yang saling
berkait antara penyelia dan kaunselor pelatih.Modelini berfokuskan kepada amalan penyeliaan
yang membolehkan kaunselor pelatih itu mencapai pengupayaan sikap, kemahiran serta
pengetahuan berkesan dengan amalan profesionalnya. Model SAS merupakan satu model yang
mengkaji faktor-faktor kontekstual yang memberi kesan terhadap proses dalam hubungan
penyeliaan.
Aspek yang diambil kira adalah institusi, penyelia, klien, dan pelatih. Model ini melihat
setiap satu daripada aspek akan mempengaruhi penyeliaan di mana aspek insitusi melihat struktur
organisasi dan iklim institusi akan mempengaruhi amalan profesional. Isu berkait dengan
kecekapan penyelia, tahap pengalaman dan pengetahuan silang budaya pula dikatakan akan
mempengaruhi kemampuan pelatih dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
Hubungan ini seterusnya akan memberikan kesan kepada kepuasan klien dalam mendapatkan
khidmat kaunseling daripada pelatih. (Simon, Cruise, Huber, Swerdlik dan Newman, 2014).
39
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 2C: FAKTOR PENYELIAAN
Objektif
Memberi pendedahan kepada prinsip asas model penyeliaan pendekatan bersistem
Menguji pengetahuan penyelia terhadap konstruk perhubungan
Meninjau pandangan dan pendapat penyelia berkait faktor penyeliaan
Meninjau idea penyelia
Langkah-langkah:
1. Peserta perlu memahami prinsip asas model penyeliaan pendekatan bersistem.
2. Seterusnya, peserta diminta untuk menjawab soalan berkaitan dengan faktor penyeliaan.
40
SESI 2: KEMAHIRAN PRA-PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 2C: FAKTOR PENYELIAAN NOTA
Arahan: Sila isikan ruang kosong di bawah tentang peranan penyeliaan menurut pandangan anda.
Institusi
Penyelia
Pelatih
Klien
Tugas
Penyeliaan
Fungsi
Penyeliaan
41
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
SINOPSIS
Proses penyeliaan melibatkan peringkat dan tahap penyeliaan, kemahiran dan teknik, elemen etika
dan multi budaya. Menurut Halloway (1995), proses penyeliaan dapat dilaksanakan secara
sempurna apabila penyelia memberikan penjelasan kepada kaunselor pelatih tentang:
1. Struktur penilaian
2. Matlamat dan ekspektasi penyeliaan kaunseling
3. Kriteria bagi penilaian amalan kaunseling oleh kaunselor pelatih
4. Kekangan dan limitasi kerahsiaan dan maklumat terhad dalam proses penyeliaan
Menurut Model SAS ini, terdapat tiga fasa yang berlaku dalam proses penyeliaan iaitu:
Fasa Fasa Fasa
Permulaan Kematangan Penamatan
Fasa permulaan memberi tumpuan kepada penjelasan hubungan serta huraian fungsi dan
tugas.Fasa kematangan merupakan fasa di mana kaunselor pelatih menjadi lebih yakin dan mula
menyerlahkan potensi serta bakat pengaruhnya dalam kaunseling.Pada fasa ini juga penyelia dan
kaunselor pelatih bersedia untuk berhadapan dan menangani isu profesional.Fasa penamatan pula
membantu kaunselor pelatih memahami hubungkait antara teori dengan terapan amalan
kaunseling.
42
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
SINOPSIS
Disamping itu, proses penyeliaan mempunyai matlamat utama iaitu:
Untuk memastikan penyelia memberikan perhatian kepada kaunselor pelatih di bawah
seliaannya
Menjadi rujukan kepada setiap tindak tanduk kaunselor pelatih
Mengenalpasti keperluan kepada perkembangan dan peningkatan identiti profesional pelatih
Meningkatkan mutu perkhidmatan kaunselor pelatih
Penyeliaan kaunseling melibatkan perhubungan kesalingan di antara penyelia dengan
kaunselor pelatih.Penjelasan tentang perhubungan kaunseling ini wajar disampaikan oleh penyelia
kepada kaunselor pelatihnya bertujuan untuk menentukan matlamat pencapaian pembelajaran
kaunseling. Penyeliaan juga melibatkan satu perhubungan yang berbentuk hirarki kerana seorang
kaunselor pelatih itu akan dinilai prestasi pembelajarannya oleh penyelia yang mempuanyai kuasa
kepakaran dalam bidang kaunseling.
Kekuatan model SAS dilihat kepada perhubungan kepenyeliaan yang menjadi tunjang
dalam proses penyeliaan. Penyeliaan difokuskan kepada perhubungan yang dinamik.Pengaruh
budaya dan ciri-ciri interpersonal dikenalpasti dalam diri penyelia, kaunselor pelatih dan klien dan
pengaruh ini disebatikan dalam hubungan kepenyeliaan.Model ini turut menyediakan kerangka
panduan penyeliaan berasaskan kepada empirikal, konseptual dan amalan pengetahuan dari
bidang kaunseling dan penyeliaan.Sifatnya membolehkan model ini dipraktiskan oleh penyelia
dari pelbagai orientasi teoritikal.
43
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 3A: PROSES BINA HUBUNGAN
Tempoh Masa: 40 Min
Peralatan Yang Digunakan: Alat Tulis Dan Kertas
Sinopsis:
Proses bina hubungan untuk mendapatkan hasil hubungan yang terapeutik antara penyelia dan
pelatih boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah. Ianya juga bergantung kepada teknik yang
digunakan oleh penyelia di mana secara tak langsung membantu pelatih untuk yakin dengan
perkhidmatan penyeliaan yang diterima. Ianya juga dapat membina ikatan kerjasama penyeliaan
yang positif antara keduanya. Dalam konsep ini, penyelia menonjolkan ciri sebagai penyelia yang
dapat memberi impak positif ke atas perkembangan pelatih.
Kemahiran yang perlu diaplikasikan ialah kemahiran mendengar yang merangkumi
kemahiran komunikasi non verbal (beri perhatian,sentuhan, kesenyapan), gunakan cara respon
dengan menonjolkan body language (angguk) apabila pelatih dapat buat dengan baik. Mendengar
dengan sepenuh perhatian kerana ingin membantu pelatih dan memberikan tindak balas.Dalam
keadaan ini penyelia digalakkan memberi kata-kata yang positif dan mengelak dari memberikan
perkataan yang boleh menjatuhkan motivasi pelatih.
44
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 3A: PROSES BINA HUBUNGAN
Objektif:
Memberikan peluang penyelia mengenali pelatih dengan lebih dekat
Mewujudkan hubungan mesra antara penyelia dan pelatih
Membantu penyelia tahu akan kepentingan proses bina hubungan sebelum memulakan
penyeliaan
Melatih penyelia untuk merangka rancangan penyeliaan
45
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
NOTA
AKTIVITI 3A: PROSES BINA HUBUNGAN
Langkah-langkah:
1. Peserta dikehendaki memilih pasangan masing-masing. Seorang berperanan sebagai penyelia
dan seorang berperanan sebagai kaunselor pelatih dan langkah ini dilakukan secara bergilir-
gilir
2. Seterusnya, penyelia perlu memainkan peranan sebagai penyelia ketika membina hubungan
dengan kaunselor pelatih
3. Setelah selesai, bincangkan elemen yang perlu ada semasa proses bina hubungan di antara
penyelia dan kaunselor pelatih
Arahan:
Menurut pandangan anda apakah elemen yang perlu dimasukkan semasaproses bina hubungan di
antara penyelia dan pelatih.
46
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 3B (I): PENSTRUKTURAN
Tempoh Masa: 40 Minit
Peralatan Yang Digunakan: Alat Tulis Dan Kertas
Sinopsis:
Proses penstrukturan diperlukan bagi mewujudkan kefahaman tentang penyeliaan bagi
meningkatkan perhubungan penyelia dan pelatih dan membawa kepada keyakinan dalam
memberikan perkhidmatan yang cekap
Objektif:
Memberikan peluang penyelia menyusun strategi dalam menyelia pelatih
Mewujudkan peluang kepada pelatih untuk berbincang bersama penyelia
Membantu penyelia sedar akan kepentingan penstrukturan dalam penyeliaan
Mengelakkan wujud kebergantungan dalam penyeliaan
Mempertajam kemahiran pelatih mengikut standard latihan yang bersesuaian
Langkah-langkah:
1. Penyelia perlu lukiskan pelan penyeliaan seperti contoh yang diberikan.
47
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 3B (I): PENSTRUKTURAN
Arahan: Lukiskan satu pelan rancangan penyeliaan yang biasa anda lakukan semasa proses
penyeliaan berlangsung. Pelan ini hendaklah mengandungi prosedur dan tatacara yang akan
dijalankan semasa proses penstrukturan
Prosedur/ Pelan Jangkaan
Tatacara Tindakan Hasil Penyeliaan
Pelan Rancangan Penyeliaan
Prosedur dan Tatacara
Pelan Tindakan
Hasil Jangkaan
48
ASKETSIVI I3T:IP3RBO(ISI)E: SKEPMENAHYIERLAINADAANN TEKNIK NOTA
AKTIVITI 3B (I): PENSTRUKTURAN
Tempoh Masa: 40 Minit
Peralatan Yang Digunakan: Alat Tulis Dan Kertas
Sinopsis:
Peranan penyeliaan adalah berbeza mengikut keperluan pelatih. Walau bagaimanapun, dalam
menjalankan proses penyeliaan, penyelia juga perlu berlandaskan kepada kemahiran dan teknik
yang tertentu dan perlu bijak mengendalikan keperluan pelatih.
Objektif:
1. Memberikan peluang penyelia mengenali pelatih dengan lebih dekat
2. Mewujudkan hubungan mesra antara penyelia dan pelatih
3. Membantu penyelia tahu akankepentingan proses bina hubungan sebelum memulakan
penyeliaan
4. Melatih penyelia untuk merangka rancangan penyeliaan
49
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 3B (II): KEMAHIRAN DAN TEKNIK
Langkah-langkah:
1. Penyelia perlu lengkapkan soalan yang diberikan seperti di dalam lampiran dibawah.
1. Apakah yang anda faham tentang kemahiran dan teknik penyeliaan?
2. Senaraikan perbezaan kemahiran penyeliaan secara individu dan
kelompok mengikut kefahaman anda.
3. Bagaimanakah kemahiran dan teknik penyeliaan dapat membantu pelatih
memantapkan kemahiran kaunseling kelompok?
50
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 3C: CIRI-CIRI PENYELIAAN BERKESAN
Tempoh Masa: 40 Minit
Peralatan yang digunakan: Komputer Riba, Video dan kertas A4
Sinopsis:
Analisis video melibatkan perbincangan yang berlaku di antara kaunselor pelatih dan penyelia
berdasarkan video rakaman.Perbincangan memberikan ruang untuk penyelia memberi maklum
balas.Ia secara tak langsung membantu pelatih untuk fokus dan memberikan tumpuan menyeluruh
ke atas kes yang dikendalikan. Dalam konsep ini, penyelia menganalisis dan memberikan
cadangan akan semasa penyeliaan berlangsung.
Objektif:
Perbincangan memberikan ruang untuk penyelia memberi maklum balas semasa sesi
berlangsung
Memberikan peluang penyelia melatih diri untuk menganalisis video sewaktu penyeliaan
Menajamkan kemahiran penyeliaan melalui pemerhatian video
Membantu penyelia sedar akan kepentingan memproses isu dengan betul
Memberi pendedahan kepada penyelia untuk belajar dan mengenal pasti ciri penyeliaan yang
berkesan
51
SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA
AKTIVITI 3C: CIRI-CIRI PENYELIAAN BERKESAN
Langkah-langkah:
Penyelia diberikan satu video dan diminta untuk berada dalam kumpulan kecil (5 orang satu
kumpulan).
Penyelia diminta menyenaraikan isu yang terdapat dalam video dan berbincang bersama ahli
kumpulan tentang proses yang betul sepanjang penyeliaan dijalankan.
Penyelia perlu memberi maklum balas dan saling berkongsi cadangan tentang video tersebut.
Arahan: penyelia menyenaraikan ciri penyeliaan berkesan, tidak berkesan dan mencadangkan
penambahbaikan yang boleh dibuat oleh kaunselor pelatih melalui pemerhatian video yang telah
dijalankan.
Berkesan Tidak Berkesan Penambahbaikan