The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan kepada para kaunselor berdaftar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by green98tm, 2018-11-10 22:58:51

Modul Penyeliaan Kaunseling

Modul Latihan kepada para kaunselor berdaftar.

Keywords: Supervision

52

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3D: KAJIAN KES NOTA

Tempoh Masa:30 Minit
Peralatan yang diperlukan:Alat Tulis dan Kertas

Sinopsis:
Setiap seorang daripada pelatih mempunyai kepelbagaian dari segi kemahiran, pengalaman,
latihan dan fleksibiliti untuk menyesuaikan diri mengikut kekuatan dan keperluan latihan
internship.Pelatih pada awalnya telah diberi pendedahan kepada klien Sebagai penyelia, kaedah
mengangani isu mengikut beberapa standard yang menepati prinsip etika adalah amat
dititikberatkan.

Objektif:
 Menyemak isu yang biasa timbul mengikut dilemma etika
 Memberi pendedahan akan isu yang mungkin tidak diberikan perhatian yang wajar sewaktu

latihan penyeliaan dijalankan
 Mengulangkaji keperluan terhadap pegangan etika yang betul
 Menyelaraskan penyelesaian isu supaya tidak berlaku kepincangan kepada proses

pertumbuhan pelatih ke arah profesionalisme.

53

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3D: KAJIAN KES

Langkah-langkah:
1. Peserta diminta untuk memberi respon kepada tiga situasi yang disertakan sepeti di dalam

lampiran di bawah.

Arahan: Peserta diberikan satu lembaran yang mengandungi tiga situasi kes. Peserta diminta
memberikan respon terhadap isu yang timbul dan menyenaraikan pelan tindakan penyelesaian
secara ringkas ke atas kes tersebut

Kes 1:
Situasi satu melibatkan seorang kaunselor pelatih yang menjalankan sesi kaunseling yang
mengendalikan sesi kaunseling individu bersama klien bermasalah sosial.Pada sesi penerokaan,
didapati kaunselor pelatih telah melakukan kesilapan dalam mengangkat isu utama yang dihadapi
klien.Sebagai penyelia, anda telah menegur kefahaman isu yang dikendalikan dan ingin melihat
rekod sesi yang telah dibuat. Bagaimanakah cara penilaian perlu dibuat?

Jawapan

54

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3D: KAJIAN KES

Kes 2:
Jeslina merupakan seorang kaunselor pelatih yang bertugas di sebuah sekolah.Sepanjang
menjalani internship, Jeslina didapati telah bercinta dengan pengetua di sekolah tersebut.Sebagai
penyelia, apakah tindakan yang boleh diambil oleh anda?

Jawapan

Kes 3:
Anda merupakan penyelia kepada seorang kaunselor pelatih bernama Rahmat.Rahmat merupakan
seorang bekas guru yang telah mengajar selama 15 tahun manakala anda pula merupakan seorang
penyelia muda yang baru berkhidmat selama 5 tahun. Sebagai seorang penyelia, anda telah
menegur cara pengendalian sesi oleh kaunselor pelatih, bagai manapun beliau enggan berubah.
Sejauh manakah anda melihat faktor umur memberi pengaruh ke atas proses penyeliaan.

Jawapan

55

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3D: KAJIAN KES

Kes 4:
Anda merupakan seorang penyelia kepada kaunselor pelatih bernama Sarah.Sarah adalah seorang
pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, namun dari segi praktikalnya,
beliau masih belum mahir mengendalikan sesi dan perlu diberi latihan yang secukupnya. Sebagai
seorang penyelia, anda bertanggungjawab untuk melaksanakan proses penyeliaan dan menilai
pencapaian Sarah sebagai kaunselor pelatih. Dalam masa yang sama, anda telah mengenali kakak
Sarah dan bercadang berkahwin pada hujung tahun nanti. Apakah anda terlibat dalam dilemma
etika?Apakah yang seharusnya dilakukan bagi mengatasi isu ini?

Jawapan

56

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3E: ROLE PLAY

Tempoh Masa: 35 Minit
Peralatan Yang Diperlukan:Tanda Nama yang Digunakan Oleh Pelakon

Sinopsis:
Aktiviti role play dapat memberi kesedaran kepada penyelia tentang peranan dan tanggungjawab
semasa penyeliaan. Aktiviti ini dapat dijadikan alat untuk penilaian diri kaunselor yang menjadi
penyelia bagi meningkatkan kecekapan mereka.ia juga secara tidak langsung dapat memberi
peluang penyelia untuk mendalami peranan sebagai kaunselor pelatih.

Objektif:
 Karakter akan dipersembahkan ikut peranan yang tertera
 Melihat hubungan yang terjadi antara penyelia, kaunselor pelatih dan klien
 Menggambar, melakonkan, berimaginasi, berfikir
 Meletakkan diri di tempat orang lain untuk lebih memahami peranan
 Penyelia secara tak langsung dapat membuat penilaian tentang isu yang wujud cth isu etika,

dilema lain
Pelatih

Penyelia Penyeliaan Klien

57

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3F: HERO SAYA

Tempoh Masa:
Peralatan yang diperlukan: Kertas Dan Alat Tulis

Sinopsis:
Penyelia perlu memberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam menilai kecekapan
pelatih.Penyelia juga memainkan peranan penting untuk membantu perkembangan pelatih ke arah
pencapaian yang optimum.Penyelia juga perlu diberi peluang untuk mendalami kehidupan pelatih
dengan cara yang sesuai.

Objektif
 Membantu penyelia ‘relief’ melalui kenangan menjalankan penyeliaan
 Memberi kesedaran terhadap keperluan penyelesaian yang membawa kebaikan kepada

penyelia dan pelatih
 Memberi peluang penyelia membuat pertimbangan akan peranan yang boleh dibuat dalam

menyelia sekiranya berhadapan situasi sama
 Menyedarkan penyelia untuk melihat situasi dari perspektif yang berbeza
 Membayangkan dan mengimaginasi karakter yang diminati menjadi pembantu semasa

penyeliaan dijalankan

58

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3F: HERO SAYA

Arahan:
Membayangkan dan mengimaginasi karakter yang diminati menjadi pembantu semasa penyeliaan
dijalankan

Langkah-langkah:
1. Penyelia memikirkan situasi paling sukar semasa menjalankan penyeliaan (pelatih yang paling

sukar diselia)
2. Sekarang bayangkan seorang hero, karakter atau individu melalui drama di kaca tv atau buku

cerita yang anda minati dan anggap sebagai pembantu dalam situasi tadi
3. Anggap karakter yang pertama difikir adalah pembantu anda dalam menyelia
4. Meminta ‘hero’ yang dipilih untuk membantu jalankan penyeliaan
5. Fikirkan peranan yang perlu dilakukan mengikut situasi yang terjadi dalam penyeliaan

tersebut dan senaraikan penyelesaiannya.

59

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3G: LATIHAN BERDIALOG

Tempoh Masa: 30 minit
Peralatan yang digunakan: kertas dialog dan pen

Sinopsis:
Penyelia digalakkan membuat pendedahan diri bagi membantu pelatih yakin dalam
mengendalikan sesi selain menggalakkan mereka untuk bertindak mengikut piawaian.Namun
adakalanya, terdapat beberapa kepincangan dalam hubungan penyeliaan yang menjejaskan fungsi
penyeliaan.

Objektif:
 Menjadi tempat untuk penyelia meluahkan perasaan berkait perasaan semasa menyelia
 Membantu penyelia menilai konsep penyeliaan yang digunakan
 Membantu penyelia mengenali persepsi yang telah diberikan kepada pelatih
 Memberi kesedaran kepada penyelia berkait peranan yang telah dimainkan semasa penyeliaan

Langkah-langkah:
1. Peserta diberikan kertas dialog dan perlu membaca kertas dialog tersebut dengan teliti
2. Peserta diminta menyelesaikan dialog berdasarkan situasi dalam penyeliaan dengan pelatih

60

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 3G: LATIHAN BERDIALOG

Arahan:
Peserta diminta menyelesaikan dialog berdasarkan situasi dalam penyeliaan dengan pelatih.

Seandainyakamu ikut…
Saya ingin beri kamu…
Saya tak dapat berikan…
Saya tahu kamu berharap saya akan…
Saya tahu suatu hari kamu akan tahu…
Saya ingin menunjukkan bahawa…
Saya andaikan kamu…
Sukar untuk saya bagitahu bahawa …

Saya malu bila…
Harapan saya supaya kamu…
Apabila penyeliaan tamat saya…
Saya benar-benar berharap supaya…

61

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

PROSES PENYELIAAN

Proses penyeliaan menurut Holloway melibatkan tugas-tugas (tasks) dan fungsi-fungsi (functions)
penyeliaan yang mana kedua-dua ini saling berkaitan antara satu samalain.

Tugas Penyeliaan merangkumi:
i. Kemahiran Asas Kaunseling
ii. Konseptualisasi Kes Kaunseling
iii. Peranan Profesional
iv. Kesedaran Emosi Intra dan Interpersonal
v. Penilaian Kendiri

62

SESI 3: PROSES PENYELIAAN NOTA

PROSES PENYELIAAN

Manakala peranan penyelia dalam proses penyeliaan merangkumi:
i. Pelaksanaan pemantauan /penilaian
ii. Menasihat /tunjuk ajar
iii. Model
iv. Perundingan
v. Sokongan

63

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN NOTA

SINOPSIS

Dalam sesi penyeliaan, untuk meningkatkan keyakinan pelatih dalam menjalankan sesi, elemen
pendedahan kendiri yang diguna oleh penyelia dilihat dapat membantu pelatih.Walau
bagaimanapun tidak semua jenis pendedahan kendiri itu baik untuk perkembangan kaunselor
pelatih jadi pemilihan tentang elemen pendedahan yang bertepatan perlu dititik beratkan.Kerelaan
membuat pendedahan kendiri penyelia diperlukan sekiranya dapat membantu meningkatkan
kompetensi dan kemahiran kaunselor pelatih.

McCarthy dan Kelly (2012) mendapati adalah menjadi satu kelaziman apabila wujud pihak
ketiga yang mempersoalkan kredibiliti penyeliaan klinikal dalam memantapkan penyeliaan
kaunseling kerana terdapat klien cenderung memberikan maklum balas tentang kekurangan
kemahiran kaunseling yang diterima.

Fungsi penyeliaan kaunseling adalah untuk memberi sokongan, khidmat konsultasi,
kaunseling dan arahan dan latihan serta penilaian kepada kaunselor pelatih. Kod Etika Kaunselor
(1994), pula menggariskan enam perkara yang menyeluruh mengenai latihan dalam kaunseling
iaitu:

 Kaunselor hendaklah menerangkan kepada pelatih tentang keperluan dan kandungan
program latihan serta peluang pekerjaan yang ada sebelum pelatih mengikuti program
tersebut.

 Kaunselor hendaklah mempunyai polisi yang jelas mengenai latihan praktikum dan
peranan pelatih serata pengajar.

64

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN NOTA

SINOPSIS

 Klien hendaklah diberitahu jika dia diberi khidmat kaunseling oleh pelatih dan juga
diberitahu implikasi ke atas batas kerahsiaan

 Kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang latihan mestilah mahir sebagai pengajar
dan pengamal.

 Kaunselor hendaklah memberi maklumat yang benar tentang kelayakan, kecekapan latihan
dan pengalaman mereka

 Kaunselor mestilah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengajar atau penyelia
pelatih di luar bidang professional atas kepentingan peribadi, perhubungan emosi atau
seksual (PERKAMA).

Ciri utama penyelia adalah penting dalam memberikan panduan kepada pelatih.Keupayaan
penyelia menonjolkan sifat prihatin dapat membina kepercayaan pelatih berkait isu budaya dan
penilaian etika yang berbeza. Barnett dan Molzon (2014) menyatakan bahawa dalam menjamin
keberkesanan hubungan kepenyeliaan pengamal kesihatan mental, penyelia dan pelatih perlu
saling melengkapi antara satu dengan laindan menghadapi dilema etika yang dihadapi secara
bersama. Dapatan kajian menunjukkan kemungkinan untuk seseorang penyelia berhadapan
dengan dilema etika dalam menjalankan latihan penyeliaan antaranya ialah berkait dengan isu
persetujuan termaklum dan kontrak penyeliaan, kecekapan penyelia dan pelatih, tumpuan
terhadap isu multibudaya dan sempadan perhubungan penyeliaan dan lain-lain

65

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN PROSES PENYELIAAN NOTA

SINOPSIS

Kecenderungan peningkatan diri kaunselor akan membantu mengurangkan ancaman
terhadap sesuatu penyeliaan kaunseling, dan pengurangan ini dilihat akan menjadi pengantara
maklum balas positif dalam keadaan maklum balas yang negatif diterima. Hasilnya menunjukkan
kaunselor pelatih yang memberi persepsi menunjukkan peraturan penyeliaan dan maklum balas
sebagai mengancam ego (ego-threatening). Hal ini memberi implikasi penting kepada
perkembangan kaunselor pelatih.

Mereka yang melihat penyeliaan kaunseling sebagai ancaman negatif mungkin mengalami
masalah berkait harga diri dan berasa cemas mengenai sesi penilaian. Kaunselor pelatih disaran
untuk menerima secara positif akan aspek penyeliaan kerana aspek penyeliaan yang tidak
beretika, pemberian markah yang bias, maklum balas negatif semasa sesi penyeliaan secara
langsung semasa sesi adalah agak jarang berlaku.

Kajian Mack (2012) mendapati ikatan kerjasama penyeliaan di mana hubungan penyelia
rakan sebaya dan penyelia utama akan mewujudkan kepada pendedahan dan memberi kesan
positif ke atas tahap keselesaan dalam penyeliaan. Ikatan kerjasama penyeliaan yang baik dapat
mengukuhkan hubungan penyeliaan antara penyelia dan pelatih.

66

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN NOTA

PRA-SESI HUBUNGAN PENYELIAAN

Sebagai permulaan perhubungan penyeliaan, penyelia digalakkan mengikuti langkah penyeliaan
seperti berikut:

1. Memulakan hubungan antara penyelia dan kaunselor pelatih di mana pada permulaan
pertemuan diadakan untuk mengurangkan keraguan di antara penyelia dan pelatih. Ia dapat
menjelaskan peranan serta fungsi hubungan yang diperlukan dengan cara memahami
tujuan dan erti penyeliaan dijalankan.

2. Perbincangan dilakukan secara bersama antara penyelia dan pelatih iaitu dengan
menetapkan objektif, menyenaraikan matlamat penyeliaan yang dikehendaki serta
memberikan gambaran secara kasar tentang penyeliaan yang akan dilaksanakan.

3. Perbincangan dilakukan untuk mendapatkan persetujuan antara penyelia dan kaunselor
pelatih bagi menetapkan strategi pemerhatian yang hendak dijalankan meliputi kegiatan
yang akan difokuskan termasuk amalan teori, etika kerahsiaan, persetujuan termaklum,
pendekatan yang digunakan, kemahiran kaunseling yang diperuntukkan. Langkah ini
meliputi keseluruhan perjalanan sesi kaunselor pelatih bersama klien tidak kira bagi klien
individu mahupun kelompok. Ia juga merupakan perbincangan awal bersama pelatih
tentang bagaimana pemerhatian itu akan direkod dan dinilai.

67

SESI 4: PENILAIAN PENYELIANAN NOTA

AKTIVITI 4A: MATRIK DAN AMALAN PENYELIAAN

Tempoh Masa: 30 minit
Peralatan yang digunakan: Kertas Dialog dan Pen

Sinopsis:
Penyelia memainkan peranan untuk mengenal pasti limitasi dan had persempadanan amalan
penyeliaan sebagai satu sistem bagi mengawal struktur penyeliaan mengikut standard yang
tertentu. Penyelia mempunyai tugas dan fungsi untuk memberikan dorongan dan motivasi kepada
kaunselor pelatih supaya sentiasa mempertingkat mutu dalam perkhidmatan mereka.

Objektif:
 Menjadi tempat untuk kaunselor pelatih meluahkan masalah berkait isu semasa menjalankan

sesi
 Menjadi panduan kepada penyelia untuk mengetahui tentang amalan yang diamalkan
 Memberi kesedaran kepada penyelia berkaitamalan penyeliaan yang ada

Langkah-langkah:
1. Pelaksana perlu merujuk kepada contoh dialog yang telah disertakan.
2. Berdasarkan contoh skrip dialog yang diberi, pelaksana perlu kenalpasti fungsi dan tugas

penyeliaan yg digunakan.
3. Seterusnya, tandakan pada kotak yang telah disertakan.

68

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 4A: MATRIK DAN AMALAN PENYELIAAN

I- Tugas dan Fungsi Penyeliaan
Arahan:
Tandakan (/) tugas dan fungsi penyeliaan yang telah diamalkan.

Wawancara Penyeliaan Tugas Penyeliaan Fungsi Penyeliaan
Penyelia menasihatkan
(Pelatih) Erm…saya mungkin Pelatih pelatih tentang
pendapatnya berkait
menanyakan soalan atau sesuatu yang membentangkan dinamika dalam
hubungan kaunseling
boleh membawa dia ke dalam sesi, persepsinya tentang
 Kemahiran
klien pula kerapkali akan berkata dinamika dalam kaunseling

sesuatu kemudian ulang kata-kata perbualan untuk  Konseptualisai kes
 Peranan profesional
dalam frasa yang lebih ringkas. Saya mengkonsepkan kes  Kecaknaan emosi
 Penilaian kendiri
adakala rasa seperti minit pertama klien

sahaja dia fokus selepas itu, dia akan

melencong kearah lain dan kemudian

balik lagi ke isu yang tadi...

(Penyelia) Jadi, kamu terperangkap Penyelia mula

dalam penceritaan dia yang bagi kamu mengkonsepkan apa

tidak berfokus? yang berlaku dalam

interaksi pelatih

dengan kliennya.

(Pelatih) Erm…ya

69

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 4A: MATRIK DAN AMALAN PENYELIAAN

(Penyelia)Jadi, kamu rasa dia Penyelia Penyelia menasihati

melencongkan cerita supaya tidak menghuraikan pelatih dan memberikan

ditanyakan soalan yang ingin tentang konsep kes pendapatnya.

diteroka? dan kamu juga rasa bahawa dengan melabel

klien sering mengubah cerita sebagai tafsiran pelatih

cara mengelak… tentang mengapa

klien bercerita

(Pelatih) Ya…saya rasa macam Pelatih

tu…saya pun tak pasti sebab apa…tapi mempersoalkan

itulah yang berlaku… sama ada tanggapan

penyelia adalah tepat

dengan situasi klien

(Penyelia) Itulah caranya Penyelia Penyelia menyokong
memberikan pelatih yang
kesedaran terhadap memberikan perhatian
konsepkendiri kepada perasaan klien.
pelatih

70

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 4A: MATRIK DAN AMALAN PENYELIAAN

II- Senarai Semak Amalan Penyelian

Arahan: Tandakan (/) pada amalan penyeliaan yang telah diamalkan.

Bil. Senarai Semak Ya Tidak
1 Saya membuat penilaian berdasarkan pertimbangan yang

sewajarnya
2 Saya menilai cara pelatih melakukan konseptualisasi kes

3 Saya akan melakukan pemantauan sebanyak 3 kali sepanjang
sesi penyeliaan

4 Saya selesa memantau dan menerima maklum balas secara
langsung dari kaunselor pelatih

5 Saya berhak memberikan nasihat kepada kaunselor pelatih

6 Saya akan memberikan arahan secara langsung

7 Saya cenderung memberikan arahan berbentuk tugas sebagai
cara mengajar kaunselor pelatih memberikan reaksi dalam sesi
kaunseling

8 Saya akan menonjolkan ciri yang jelas tentang identiti
profesional sebagai kaunselor

9 Saya berharap supaya kaunselor pelatih dapat mengambil nilai
positif dari amalan penyeliaan yang ditonjolkan

10 Saya sering berbincang dengan pelatih tentang masalah yang
dibangkitkan

11 Saya selesa menjalankan perbincangan secara terbuka dengan
kaunselor pelatih

12 Saya percaya suasana penyeliaan yang mesra dapat mewujudkan
rasa selesa dan selamat dalam diri kaunselor pelatih

71

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 4A: MATRIK DAN AMALAN PENYELIAAN Ya Tidak

Bil. Senarai Semak
13 Saya memberi peneguhan ke atas setiap tindakan kaunselor

pelatih
14 Saya tidak lupa untuk mengingatkan pelatih tentang etika

dalam mengendalikan sesi
15 Saya memberikan teguran yang positif dan membina
16 Saya memberikan cadangan kepada pelatih dalam

menguruskan kes yang dikendalikan

72

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 4B: SENARAI SEMAK PENILAIAN PENYELIAAN

Arahan: Sila tandakan (/) di ruang yang betul.

Bil Senarai Semak Ya Tidak
1.
Saya memastikan kaunselor pelatih mengurus
Pengurusan
dan rekod aktiviti dengan kemas
pentadbiran
Saya memastikan kaunselor pelatih mempunyai
2.
hubungan yang baik dengan pentadbir dan
Sesi
Kaunseling kakitangan di lokasi internship
Individu
Saya menilai pelatih melalui pengurusan system
3.
fail yang teratur
Sesi
Kaunseling Saya melihat secara langsung sesi kaunseling
Kelompok
individu yang dikendalikan oleh kaunselor pelatih

Saya menyemak rekod sesi kaunseling individu

kaunselor pelatih setiap kali penyeliaan dijalankan

Saya memastikan kaunselor pelatih mematuhi etika

kerahsiaan dan menyimpan rekod individu dengan

baik

Saya melihat secara langsung sesi kaunseling

kelompok yang dikendalikan oleh kaunselor pelatih

Saya memastikan kaunselor pelatih mematuhi etika

kerahsiaan dan menyimpan rekod setiap ahli dalam

kelompok dengan baik

Saya menyemak rekod sesi kaunseling kelompok

kaunselor pelatih setiap kali penyeliaan dijalankan

73

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAN NOTA

AKTIVITI 4B: SENARAI SEMAK PENILAIAN PENYELIAAN

Bil Senarai Semak Ya Tidak

4. Ujian Saya memastikan kaunselor pelatih menyediakan 4

Psikometrik/ jenis ujian psikologi

Inventori Saya memastikan kaunselor pelatih tahu etika

pentadbiran ujian psikometrik

Saya menyemak rekod ujian psikometrik kaunselor

pelatih

5. Bimbingan dan Saya memastikan kaunselor pelatih faham dengan

Psychoedu- tujuan dan fokus aktiviti bimbingan

cation Saya menyemak rekod sesi bimbingan yang

dijalankan

Saya membuat penilaian berdasarkan kemahiran

kaunselor pelatih memberi maklumat kepada klien

6. Program Saya memastikan kaunselor pelatih melaksanakan

program mengikut syarat yang ditetapkan

Saya menyemak butiran program yang dianjurkan

kaunselor pelatih dengan terperinci

74

SESI 4: PENILAIAN PENYELIAN NOTA

AKTIVITI 4B: SENARAI SEMAK PENILAIAN PENYELIAAN

Bil Senarai Semak Ya Tidak

7. Identiti Saya menilai identiti profesional berdasarkan

Profesional hubungan pelatih dengan persekitarannya

Saya menilai sama ada perkembangan profesional

kaunselor pelatih berkembang seiring dengan

identiti profesional

8. Konsultasi dan Saya menyemak sesi konsultasi dan rundingan yang

Rujukan dijalankan kaunselor pelatih

Saya memastikan kaunselor pelatih merekodkan

sesi konsultasi

Saya menerima klien yang dirujuk kepada saya

9. Perkembangan Saya memastikan kaunselor pelatih mengikuti

Profesional- seminar sebagai perkembangan profesionalnya

Bengkel/ Saya menyarankan supaya pelatih menyertai
Seminar/ sebarang kursus mengikut keperluan
Kursus

75

SESI 5: KEMAHIRAN DAN TINDAKAN PASCA PENYELIAAN NOTA

SINOPSIS

Penyeliaan memerlukan beberapa proses mempunyai kesukaran tersendiri tidak kira secara
dalaman atau luaran. Menurut Bernard dan Goodyear (2013) hubungan penyeliaan adalah menilai
dan mempunyai tiga tujuan serentak iaitu:

 Meningkatkan pertumbuhan profesional kaunselor pelatih,
 Memantau kualiti profesional perkhidmatan yang ditawarkan kepada klien, dan
 Menilai penyelia yang berkhidmat sebagai pengawal kepada pelatih yang memasuki

profesion tertentu

Dalam proses akhir penyeliaan, penyelia diharapkan dapat memberikan khidmat konsultasi
dan menjadi rujukan kepada pelatih dan pengamal kaunseling profesional. Hubungan yang terjalin
selepas penyeliaan sama ada terus menjadi pembimbing atau tidak. Ianya sedikit sebanyak dilihat
dapat membantu pertumbuhan kaunselor pelatih ke arah perkembangan profesionalisme secara
menyeluruh

76

SESI 5: KEMAHIRAN DAN TINDAKAN PASCA PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 5A: PENILAIAN PASCA PENYELIAAN

Tempoh Masa:30 Minit
Peralatan Yang Diperlukan:Kertas Soalan, Alat Tulis Dan Borang Jawapan

Sinopsis
Penilaian penyeliaan merangkumi pandangan keseluruhan terhadap peranan dan tanggungjawab
penyeliaan.Penilaian ini dilakukan bagi melihat kefungsian penyelia sebagai individu yang
bertanggungjawab dalam memberi pengalaman dan membantu perkembangan diri pelatih dalam
bidang kaunseling.Penyelia perlu mempunyai pengetahuan yang jelas tentang aspek etika,
perundangan, dan peraturan dalam bidang kaunseling.Penyeliaan sesuatu profesion bergantung
kepada kod etika amalan yang digubal oleh persatuan-persatuan profesional bertujuan untuk
mengawal amalan setiap ahli mereka.

Objektif:
 Mengambil kira pandangan penyelia
 Melihat kefungsian penyelia secara kasar
 Mencerap isu-isu biasa yang timbul dalam penyeliaan dan cara menangani secara beretika
 Mencari tahu langkah yang terbaik bagi meningkatkan kepuasan penyeliaan

77

SESI 5: KEMAHIRAN DAN TINDAKAN PASCA PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 5A: PENILAIAN PASCA PENYELIAAN

Arahan:
Penyelia diwajibkan memberi maklum balas secara ringkas dan menjawab soalan di bawah.

1. Berapa kerapkah proses penyeliaan yang anda jalankan?
2. Adakah anda menganggap anda telah mempunyai pengalaman yang cukup sebagai

penyelia.
3. Sila ceritakan secara ringkas tentang penyeliaan dan isu yang dialami sepanjang

menjalankan penyeliaan.
4. Apakah 3 faktor penting dalam penyeliaan menurut pandangan anda?
5. Adakah faktor ini dapat membantu untuk mencapai standard piawaian penyeliaan secara

menyeluruh?
6. Apakah penambahbaikan yang perlu penyelia buat?
7. Apakah cabaran dalam penyeliaan?
8. Apakah persediaan latihan yang diperlukan untuk menyelia kaunselor pelatih?

78

SESI 5: KEMAHIRAN DAN TINDAKAN PASCA PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 5B: REFLEKSI DIRI

Tempoh Masa: 30 Minit
Peralatan Yang Diperlukan: Kertas Jawapan dan Alat Tulis

Sinopsis
Penyelia perlu diberikan ruang untuk memberi maklum balas di atas perkhidmatan yang
dijalankan supaya dapat membaiki kekurangan yang dirasakan sepanjang penyeliaan berlangsung
seterusnya memberi peluang kepada penyelia untuk mencipta idea baru dalam bidang penyeliaan.

Objektif:
 Memberi peluang penyelia menilai diri sendiri
 Menggalakkan perkembangan positif kepada penyelia untuk mencari potensi sebagai penyelia

yang berkesan

Arahan:
Melakukan semakan terhadap tugas penyeliaan yang digunakan untuk mencari kekurangan dan
kelebihan diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penyelia.

79

SESI 5: KEMAHIRAN DAN TINDAKAN PASCA PENYELIAAN NOTA

AKTIVITI 5B: REFLEKSI DIRI

Langkah-Langkah:

1. Penyelia perlu menjawab soalan seperti yang ditunjukkan pada lampiran dibawah.
i. Dalam masa 3 minit, sila senaraikan tanggungjawab-tanggangjawab
fakulti di tempat kerja anda.

ii. Renung dan reflek diri anda. Terangkan secara ringkas tanggungjawab
penyeliaan yang anda tahu.


Click to View FlipBook Version