MODUL
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1
❖ NAMA :
❖ KELAS :
❖ GURU
PEMBIMBING : Nuzaimah bt Abdul Samad
Saya mahu menjadi pelajar yang cemerlang. Oleh <by ~ @Nuz2022
itu saya akan pastikan setiap tugasan akan saya
sempurnakan dengan sebaiknya. Saya juga akan
sentiasa berusaha untuk mencapai yang lebih baik dan
terbaik !
P F Biodata Saya.. P
A Nama penuh : A Tempat tinggal :
A Tarikh lahir :
A Umur : Gambar A Buku kegemaran :
A Makanan kegemaran :
A Tempat lahir : A Warna kegemaran : A Cita - cita :
P A Hobi :
DIRI SAYA I
,
Modul BM T1
SENARAI TOPIK BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
CATATAN
TOPIK Nuz2021
‣ KARANGAN RESPON TERBUKA
๏ Karangan Berformat
1. Surat kiriman rasmi
P 2. Surat Kiriman Tidak Rasmi
E 3. Syarahan/Ceramah/Ucapan
4. Perbahasan
N 5. Pidato
U 6. Rencana
7. Laporan
L
8. Dialog/wawancara/temubual
I 9. Berita
S ๏ Karangan Tidak Berformat
1. Keperihalan/cereka/cerita
A 2. Fakta
N 3. Perbincangan/pendapat/pandangan
4. Peribahasa
‣ KARANGAN RESPON TERHAD
‣ ULASAN / MERINGKASKAN KARANGAN /RUMUSAN
NOVEL (PELARI MUDA)
N 1. Sinopsis
2. Tema
O 3. Persoalan
V 4. Plot
5. Teknik plot
E 6. Watak dan perwatakan
L 7. Latar
8. Gaya bahasa
9. Nilai murni
10. Pengajaran
i
PEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS Modul BM T1
a) Puisi Tradisional CATATAN
- Pantun Dua Kerat (Nasihat)
- Syair Pohon Buluh
b) Puisi Moden
K - Kita Umpama Sehelai Daun
O - Ku Ingin Berterima Kasih
- Aku
M
- Kunci Bahasa
S
A c) Prosa Tradisional
- Asal Padi
S
d) Cerpen
- Oren
- Hadiah
- Kuih Bakul Limau Mandarin
e) Drama
- Hadiah
ii
Nuz2021
NOTA PENANDA WACANA
PANDUAN PENANDA WACANA MEN
1) Penanda permulaan karangan 2) Penanda memu
➡ Pada era globalisasi ini,
➡ Pada zaman baharu
pascakemerdekaan ini, ➡ Selain itu,
➡ Dalam meniti arus ➡ Di samping
kemodenan ini, ➡ Sementara
➡ Dewasa ini, ➡ Lebih-lebih
➡ Pada masa ini, ➡ Dalam pada
➡ Kini, ➡ Lain daripad
➡ Dasawarsa ini, ➡ Pada waktu
➡ Dalam meniti kehidupan ➡ Dalam pada
pada marcapada, ➡ Seterusnya,
➡ Sejak sedekad yang lalu,
➡ Sejak negara menikmati
arus kemerdekaan,
➡ Kebelakangan ini,
➡ Belakangan ini,
➡ Sejak akhir-akhir ini,
Modul BM T1
NGIKUT PERENGGAN KARANGAN
ulakan isi 3) Penanda huraian isi karangan
➡ Hal ini demikian kerana
itu, ➡ Hal ini berlaku kerana
itu, ➡ Hal ini terjadi kerana
lagi, ➡ Hal ini disebabkan oleh
a itu, ➡ Hal ini wujud akibat daripada
da itu, ➡ Hal ini bersangkut-paut dengan
u yang sama, ➡ Hal ini berpunca daripada
a itu, ➡ Hal ini tercetus apabila
, ➡ Hal ini timbul apakala
➡ Penanda memberi contoh dalam
karangan
➡ Misalnya,
➡ Contohnya,
➡ Sebagai contoh,
➡ Tamsilnya,
➡ Sebagaimana yang kita sedia
maklum,
➡ Antaranya adalah seperti
by ~ @Nuz2021
NOTA PENANDA WACANA PANDUAN PENANDA WACANA ME
4) Penanda menghuraikan contoh 6) Penanda menu
➡ Hal ini mengakibatkan satu ayat
➡ Hal ini menyebabkan Contoh:
➡ Oleh itu, Masalah sosial y
➡ Maka, masyarakat ini m
➡ Oleh hal yang demikian, kepala(Huraian
➡ Oleh sebab itu, membimbangka
➡ Jelaslah bahawa semua pihak.(Hu
➡ Justifikasinya, ➡ justeru
➡ malah
5) Penanda menutup isi ➡ malahan
➡ Kesannya, ➡ tambahan p
➡ Natijahnya, ➡ sementelaha
➡ Akibatnya, ➡ sekali gus
➡ Akhirnya, ➡ di samping
➡ Dengan itu, ➡ bahkan
➡ Dengan berbuat demikian, ➡ malar-malar
➡ Dengan keadaan sedemikian,
Modul BM T1
ENGIKUT PERENGGAN KARANGAN
ulis dua huraian dalam 7) Penanda memulakan
perenggan penutup
yang dibincangkan oleh ➡ Kesimpulannya,
memang memeningkan ➡ Intihanya,
1) _(x)_ ➡ Secara tuntas,
an ➡ Konklusinya,
uraian 2) ➡ Sebagai penutup wacana,
➡ Sebagai penghias bicara
pula akhir,
an ➡ Sebelum mengakhiri
wacana ini,
➡ Secara keseluruhan,
➡ Secara total,
r
by ~ @Nuz2021
NOTA PENANDA WACANA
PANDUAN PENANDA WACANA MEN
8) Penanda menerangkan
huraian atau pendapat yang
berbeza
➡ Walau bagaimanapun,
➡ Walakin begitu,
➡ Namun demikian,
➡ Daripada perspektif yang
berbeza,
➡ Jika dilihat dari sudut lain,
➡ Dengan kata lain,
➡ Kontradiksinya
➡ Di sebalik itu,
➡ Dalam pada itu,
➡ Dari sudut lain,
Modul BM T1
NGIKUT PERENGGAN KARANGAN
9) Penanda memulakan atau memasukkan
peribahasa
➡ Bak kata peribahasa, .......
➡ Bak kata peribahasa Melayu, ............
➡ Bak kata orang tua-tua, ...........
➡ Bak kata mutiara, .........
➡ Bak peribahasa, ............
➡ Bak kata cendekiawan, .............
➡ Persis kata peribahasa, ............
➡ Persis kata peribahasa Melayu, .............
➡ Persis kata orang tua-tua, ............
➡ Persis kata mutiara, ............
➡ Persis peribahasa, ...............
➡ Persis kata cendekiawan, .............
➡ Hal ini sama dengan peribahasa ..........
➡ Senario ini persis dengan peribahasa
Melayu, yakni .......
➡ Fenomena ini dikatakan
➡ Masalah ini sama dengan
peribahasa ...........
➡ Saya yakin rakyat Malaysia mengenali
peribahasa ........
by ~ @Nuz2021
SURAT KIRIMAN RASMI
Panduan
1. Surat rasmi biasanya ditulis untuk tujuan rasmi, contohnya :
a) surat permohonan
b) surat pesanan barang
c) surat jemputan
d) surat aduan
e) surat perniagaan
f) surat rayuan
2. Bahasa yang digunakan hendaklah jelas, tepat, dan ringkas dengan ejaan serta
tanda baca yang betul.
3. Pengunaan kiasan tidak digalakkan dalam penulisan surat rasmi.
4. Surat rasmi mempunyai suatu format khusus yang mesti diikut.
5. Format surat rasmi itu adalah seperti berikut :
~ Alamat pengirim - ditulis di sudut atas sebelah kiri surat. Pastikan bahawa
tanda koma (,) dan tanda noktah (.) dibubuh.
~ Garis panjang melintang - dibuat selepas menulis alamat pengirim.
~ Nama, jawatan, dan alamat penerima - ditulis di bawah garis melintang, sejajar
dengan alamat pengirim. Baris akhir alamat penerima perlu digarisi.
~ Tarikh - ditulis di sebelah kanan surat, iaitu sebaris dengan baris akhir alamat
penerima. Nama bulan mesti ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan
tanda noktah (.).
~ Panggilan hormat penerima - misalnya Tuan, datuk, datin, Tan Sri, Yang
Berhormat, dan Yang Amat Berhormat - ditulis di bawah alamat penerima.
~ Letak tanda koma selepas panggilan hormat penerima.
~ Perkara - ditulis di tepi dan hendaklah digarisi. Gunakan huruf besar pada
setiap awal kata. Anda tidak perlu membubuh tanda noktah pada akhir kata-
kata tersebut.
~ Perenggan - perenggan pertama dan terakhir dimulakan di tepi surat dan tidak
perlu ditulis nombor. Perenggan kedua dan seterusnya diberikan nombor dan
permulaan ayat dijarakkan dari nombor.
~ Pengakuan penulis - ditulis selepas perenggan terakhir dan perlu dilangkaui
dua atau tiga baris kosong, Bubuhlah tanda koma selepas kata-kata
pengakuan pengirim.
~ Tanda tangan - ditulis di sudut kiri bahagian bawah surat, iaitu selepas
pengakuan penulis.
~ Nama pengirim - ditulis sepenuhnya dengan huruf besar di dalam kurungan.
~ ~ Jika perlu tulis nama jawatan, kelab, dan sebagainya.
1
F
ormat surat rasmi
Alamat Pengirim - ditulis di sebelah kiri hadapan
atas surat
…………………………… Garis Panjang Melintang - dibuat di bawah alamat
…………………………… pengirim
Nama dan ……………………………
Alamat Penerima …………………………… Tarikh - ditulis di sebelah kanan
- ditulis di bawah
garis melintang,
baris akhir alamat
diletakakan garis surat, sebaris dengan baris
Pangggilan …………………………… akhir alamat penerima
……………………………
HPdieobnramew
raiamthaa-ladmitautlis …………………………… …………………
……………………………
penerima dan ……… ,
diletakkan koma(,) ……………………………………………………………………………….
di hujungnya
Perkara - ditulis ……………………………………………………………………………….
selepas panggilan ……………………………………………………………………………….
hormat penerima ……………………………………………………………………………….
dan digarisi. Huruf ……………………………………………………………………………….
besar digunakan 2. …………………………………………………………………..……
pada setip awal ……………………………………………………………………………….
kata dan tiada ……………………………………………………………………………….
noktah (.) ……………………………………………………………………………….
dihujungnya
3. …………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
Isi-Isi - ……………………………………………………………………………….
perenggan ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
pertama dan akhir
tidak diletakkan Sekian,
Pengakuan dan Tanda Tangan Pengirim -
nombor dan ditulis di Bahagian kiri bawah surat
ditulis dari tepi Yang benar,
surat. Hanya …………………..…… Nama dan Jawatan - nama ditulis selepas
perenggan kedua () tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya
dan seterusnya ……………………………………………………. dan ddiletakkan kurungan
ditulis nombor …………………………
dan ditulis jarak
sedikit daripada
nombor
2
Contoh surat rasmi
Jawatankuasa Taman Sri Pinang,
28300 Triang Pahang Darul Makmur.
Yang diPertua, 29 NOVEMBER 2019
Majlis Daerah Temerloh,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
Tuan,
KEROSAKAN DI TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Saya mewakili penduduk Taman Sri Pinang. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk
membuat aduan tentang kerosakan di taman permainan tempat kami tinggal.
2. Untuk makluman tuan, kerosakan berlaku pada alat-alat permainan seperti
buaian, jongkang-jongket, papan gelonsor, dan bangku. Keadaan ini menyebabkan
kanak-kanak tidak dapat bermain di taman itu. Ibu bapa pula tidak membenarkan anak-
anak mereka bermain di situ kerana bimbang akan keselamatan mereka.
3. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
seberapa segera yang mungkin. Kami penduduk di taman ini sedia membantu sekiranya
diperlukan.
Atas kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, saya ucapkan terima kasih. Sekian.
Yang benar,
............................
(HAFIZ BIN SAID)
Pengerusi,
Jawatankuasa Taman Sri Pinang.
3
Latihan menulis surat rasmi 1
Anda tidak dapat hadir ke sekolah bermula esok. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda
untuk memaklumkan tentang perkara itu. Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang
karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
4
5
Latihan menulis surat rasmi 2
Permainan di taman permainan kawasan perumahan anda banyak yang telah rosak dan
membahayakan pengguna terutamanya kanak-kanak. Sebagai wakil penduduk , anda berasa
bertanggungjawab menulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk melaporkan hal
tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah lebih
daripada 180 patah perkataan.
6
7
KARANGAN LAPORAN
Panduan
➡ Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau
dilihat.
➡ Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
➡ Dalam membuat karangan berbentuk laporan , anda hendaklah menggunakan butir -butir
yang munasabah atau logik.
➡ Anda perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan,
➡ sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
➡ Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan,
jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun.
➡ Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
➡ Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan
➡ terhadap pembelajaran.
➡ Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
➡ Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
15
PENULISAN Modul BM T1
Format karangan laporan
Laporan tentang Kegiatan Persatuan Sejarah } A Format Laporan
Pada 12 Januari 2019, Persatuan Sejarah telah A
mengadakan mesyuarat agung. Tujuan mesyuarat ini diadakan
adalah untuk memilih anggota jawatan kuasa bagi sesi 2019. Tajuk Laporan
Semua anggota sebulat suara melantik Umar Al Fateh bin Ditulis dengan huruf besar
Mohammad sebagai pengerusi. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada setiap awal kata kecuali
sepanjang tahun 2019.Aktiviti-aktviti tersebut berbentuk kata sendi, kata hubung, dan
akademik dan bukan akademik. kata sandang dan diberi garis
di bawahnya
Persatuan menganjurkan kuiz Sejarah yang diadakan di B
Dewan sekolah. Kuiz ini terbuka kepada murid Tingkatan Empat
dan Tingkatan Lima. Peserta dari Tingkatan Empat As Syams Isi
menjadi Johan dalam kuiz ini. Selain itu, pertandingan menulis Dimulakan dengan
buku skrap juga diadakan. Pertandingan ini terbuka kepada pendahuluan dan diakhiri
murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.Buku skrap yang dengan penutup.
dihasilkan hendaklah mengikut kreativiti murid-murid. Buku
skrap yang dihasilkan oleh Sarah Nur Iman binti Ahmad dipilih C
sebagai pemenang pertama. Pengakuan Pelapor
B Pada 6 Jun 2019, anggota-angggota persatuan Ditulis di debelah kirilaporan
mengadakan lawatan ke Muzium Taiping, Perak. Rombongan selepas perenggan akhir
kami disertai oleh 30 orang murid dan tiga orang guru penasihat dengan melangkau tiga baris
kosong dan diakhiri tanda
persatuan. Kami diberi penerangan tentang bahan-bahan koma
(, ). Huruf pertama pada kata
pameran di situ. Kami dibawa melawat seluruh kawasan muzium pertama mestilah huruf besar.
itu.
Seterusnya, bengkel tentang peperiksaan telah diadakan D
pada bulan Julai.Bengkel ini diadakan selama dua hari untuk Tarikh
membimbing murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Ditulis di sebelah kanan
SPM. Ceramah ini disampaikan oleh beberapa orang guru yang setentang dengan pengakuan
berpengalaman dalam penyemakan kertas peperiksaan tersebut. pelapor.
Aktiviti terakhir ialah menganjurkan Minggu E
Sejarah.Pelbagai kegiatan diadakan sepanjang minggu tersebut. Tandatangan Pelapor
Antaranya termasuklah pertandingan melukis poster,menulis Ditulis di sudut kiri.
esei, bergotong-royong dan sebagainya.
F
Sebagai kesimpulannya, persatuan telah mengadakan Nama Pelapor
pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada anggota- Ditulis dengan huruf besar di
anggotanya.Banyak lagi kegiatan yang akan dijalankan pada dalam kurungan.
masa depan.
Disediakan oleh, C E D 14 SEPTEMBER 2019 G
Jawatan Pelapor dan Nama
Siti Sofea bt Abdullah Persatuan
Ditulis di sudut kiri bahagian
(SITI SOFEA BT ABDULLAH ) F bawah laporan dan diakhiri
dengan noktah
Setiausaha, G
Persatuan Sejarah
SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah
16 by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Contoh merangka karangan laporan
Menulis Tajuk :
Laporan Laporan Merentas Desa Sekolah
P1 P2 - Isi 1
- Pendahuluan
Pendaftaran - taklimat kepada peserta -
Tarikh - tujuan/objektif -tempat /lokasi pelepasan peserta
acara - penyertaan
P3 - Isi 2 P4 -Isi 3
Laluan yang dlalui oleh peserta- tempat Pelajar yang tidak ikut serta- sebab tidak
pemeriksaan (check-point) ikut serta- membantu guru agihkan air dan
roti
P5 -Isi 4 P6 -Penutup
Tamat-penyampaian hadiah-kategori Kesimpulan-tujuan/objektif tercapai atau
hadiah -siapa yang menyampaikan hadiah tidak
17
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Latihan menulis karangan laporan
Sebagai setiausaha Kelab Kembara, anda telah diminta untuk menyediakan laporan tentang
aktiviti merentas desa yang telah diadakan pada cuti persekolahan yang lalu. Tulis laporan
tersebut selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah
perkataan.
18
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
19
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
20
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Pengenalan
1. Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi merupakan karangan berformat.
2. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Surat ini dituliskan kepada ibu bapa,kaum
keluarga, saudara - mara, rakan-rakan dan sahabat pena.
3. Terdapat beberapa jenis surat kiriman tidak rasmi seperti:
a. surat bertanya khabar.
b. surat tahniah.
c. surat takziah.
d. surat undangan.
4. Penggunaan kata ganti diri penerima sangat penting dalam penulisan surat kiriman tidak
rasmi.Yang berikut ialah senarai kata ganti diri:
➡ Ayah/bapa saudara - ayahanda
➡ Ibu/ibu saudara - ibunda/bonda
➡ Anak - anakanda
➡ Abang/kakak - kakanda
➡ Adik - adinda
➡ Datuk/nenek - nenda/nenenda
➡ Cucu - cucunda
5. Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut :
‣ Alamat pengirim di tulis di sudut atas sebelah kanan surat.
‣ Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dengan meletakkan tanda noktah
(.) di hujungnya.
‣ Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit dengan menyatakandi mana penerima berada,
iaitu tempat,bandar atau negeri.
‣ Pembuka kata surat seperti "Menemui sahabatku.. dengan selamatnya atau semoga
dalam keadaan sihat..."
‣ Kata panggilan seperti ayahanda,bonda,kakanda,adinda,saudara dan saudari ditulis
pada sudut sebelah kiri,iaitu pada bahagian tepi surat.
‣ Pendahuluan surat biasanya bertanya khabar dan menyatakan keadaan diri pengirim
‣ Perenggan isi dimulakan di sebelah dalam sedikit.
‣ Isi-isi penting ditulis dalam perenggan kedua dan seterusnya.
‣ Selepas penutup surat,tulislah "Yang ikhlas" atau "Yang benar" di sebelah kanan sur
at dan diikuti tanda koma (,) selepas itu.
‣ Tandatangan pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat.
Gunakan bahasa yang mudah,baku dan tepat dalam karangan surat kiriman ini.
Selain itu,murid juga boleh menggunakan ungkapan,kiasan atau peribahasa agar isi
surat menjadi lebih menarik.
8
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Format surat tidak rasmi
Alamat ……………………………………………
pengirim ……………………………………………
……………………………………………
Pendahuluan Tarikh ……………………………………………
Kata Menemui ………………………………………………………………………………………
ganti …………………………………………………………………………………………………
nama …………………………………………………………………………………………………
…………….,
1 …………………………………………………………………………..……
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
pe4n
itsini g 2
……………………………………………………………………………..…
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
3 ……………………………………………………………………………..…
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
4 ………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
Penutup Sekian, wassalam.
Yang benar,
Tandatangan
………………,
9 by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Contoh surat tidak rasmi
10
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Latihan 1
Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda yang telah berpindah ke sekolah lain menceritakan
persiapan anda memasuki sekolah menengah baru-baru ini. Tulis sebuah karangan anda
yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
11 by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
12
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Latihan 2
Tulis sepucuk surat kepada kakak /abang anda yang berada di luar negara menceritakan
pengalaman anda tinggal di asrama. Tulis sebuah karangan anda yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.
13 by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
14
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
KARANGAN KEPERIHALAN /
CEREKA / CERITA
Panduan
➡ Karangan jenis ini menggambarkan apa-apa yang dilihat, dirasa, didengar, dialami, dibaca
atau ditonton.
➡ Karangan jenis ini menggambarkan atau memerihalkan seseorang, tempat, peristiwa atau
benda.
➡ Perkara-perkara yang digambarkan ialah perwatakan, pengalaman, pandangan, keadaan,
sifat, sikap atau perasaan seseorang.
➡ Perkara yang digambarkan itu sama ada rekaan, khayalan, atau sesuatu yang benar.
➡ Jika menggambarkan seseorang tokoh yang dikagumi, perlu diceritakan watak seperti
keadaan fizikal, peribadi, latar belakang hidup, sikap dan tabiat serta sumbangan belia
kepada masyarakat atau negara.
➡ Jika memerihalkan peristiwa, perlu dikaitkan dengan apa yang berlaku dan suasana
tempat itu. Pelajar perlu mengingat dan membayangkan peristiwa atau apa-apa yang
hendak diperkatakan itu dengan jelas dan menarik.
➡ Jika memerihalkan sesuatu tempat, selain menceritakan apa-apa yang dapat dilihat,
pelajar perlu juga memerihalkan apa yang pernah didengar dan rasakan serta suasana
ketika itu.
➡ Karangan ini tidak mempunyai format khusus.
➡ Panjang karangan lebih daripada 180 patah perkataan.
➡ Bahasa yang digunakan hendaklah indah, menarik dan berkesan serta sesuai dengan
situasi.
➡ Masukkan peribahasa /slogan yang sesuai ( bonus )
➡ Jika bersesuaian boleh masukkan dialog.
21
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Contoh Karangan keperihalan
Pada hari itu ayah mengajak saya menemaninya ke sebuah bank di Bandar,
iaitu Bank Malayan Banking. Saya tidak melepaskan peluang ini kerana saya amat
A suka memerhatikan proses urusan di kaunter bayaran dan gelagat para pelanggan
bank.ketika ayah berurusan dengan pegawai bank, saya duduk menunggunya di
tempat menunggu. Saya memerhatikan pelanggan bank yang keluar masuk ketika
itu.
Tiba-tiba saya terdengar suara berteriak mengarahkan semua orang diam
dan tidak bergerak. Saya nampak seorang pemuda bertopeng mengacukan
sepucuk pistul ke arah pegawai bank yang bertugas. Dua orang lelaki yang
berpistul mengarahkan kami meniarap dan tidak melawan.
Tidak lama kemudian, perompak itu mengarahkan semua pegawai bank ke
dalam sebuah bilik.Tanpa sepatah kata dan dengan wajah yang cemas mereka
mematuhi arahan itu. Mereka dikurung di dalam bilik tersebut, termasuklah
B pengawal keselamatan yang telah dirampas senapang patahnya.
Sepantas kilat, dua orang lelaki menuju ke peti wang dan menyelongkar laci
simpanan wang.Dalam suasana yang sunyi dan mencemaskan itu,perompak itu
memberi amaran sekali lagi. “Sesiapa yang cuba melawan atau bertindak akan
ditempak”.Suara perompak itu bergema di dalam bank.
Dua orang perompak bertungkus lumus memasukkan wang ke dalam
karung. Seorang daripada mereka mengawal keadaan dengan menghalakan pistul
kepada pelanggan yang sedang meniarap di atas lantai.Tiada seorang pelanggan
pun berani mengangkat kepala.
Sejurus kemudian perompak-perompak itu meluru keluar sambil
C melepaskan tembakan rambang. Nasib baik tembakan itu hanya mengenai dinding
bank. Kesemua perompak itu terus melarikan diri dengan sebuah kereta yang telah
menunggu mereka di luar bank.
Petunjuk :
A Pendahuluan
B Isi
C Penutup
22
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Latihan karangan keperihalan 1
Anda telah menghadiri satu majlis perkahwinan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ceritakan pengalaman anda menghadiri majlis tersebut. Tulis
sebuah karangan anda yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
23
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
24 by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Latihan karangan keperihalan 2
Ayah anda telah membawa anda dan keluarga bercuti ke satu tempat percutian yang sangat
menarik. Ceritakan pengalaman anda itu. Tulis sebuah karangan anda yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.
25
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
26
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
KARANGAN FAKTA
Panduan
➡ Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang sekiranya
bercadang menulis karangan jenis ini.
➡ Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang
cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
➡ K a ra
n✓ga mn ejemnbiseirniki amneamraphuannyadiabnepbeetruanpjaukc
iri iaitu :
✓ menerangkan bagaimana proses sesuatu perkara itu terjadi
✓ menerangkan peranan seseorang
✓ menerangkan peraturan.
➡ Gunakan bahasa yang tepat, mudah dan logik untuk menulis karangan jenis ini.
Kemukakan isi karangan secara tersusun sesuai dengan tajuk yang diberikan.
➡ Carilah isi-isi penting dan pecahkan kepada tiga bahagian, iaitu :
✓
pendahuluan
✓ isi ( 4-5 isi )
✓ penutup
➡ Untuk memperkukuh isi dalam perenggan, huraian serta contoh perlu dimuatkan.
➡ Masukkan peribahasa /slogan yang sesuai ( bonus )
➡ Tidak ada format khusus yang harus anda ikut bagi karangan jenis fakta ini.
➡ Panjang karangan lebih daripada 180 patah perkataan.
Langkah menulis karangan
Contoh tajuk : Faktor-faktor remaja lari dari rumah
Langkah 1
~ Tulis tajuk / kehendak soalan :
Faktor-faktor remaja lari dari rumah
Langkah 2
~ Senaraikan isi-isi penting :
1. Kurang perhatian daripada ibu bapa
2. Pengaruh rakan sebaya
3. Kurang didikan agama
4. Kesempitan hidup
27 by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Panduan menulis perenggan pendahuluan
Ayat 1 Pengenalan tajuk Kes remaja lari dari rumah semakin meningkat.
Ayat 2 Isu semasa yang ada Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan seorang remaja perempuan
kaitan dengan tajuk berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama
rakan-rakannya.
Ayat 3 Tindakan berkaitan Pelbagai pihak telah menjalankan kempen kesedaran dalam kalangan
isu remaja bagi mengatasi masalah tersebut.
Ayat 4 Kesan - positif / Walau bagaimanapun, kes remaja lari dari rumah terus meningkat.
negatif
Ayat 5 Ayat fokus Terdapat beberapa faktor berlakunya masalah remaja lari dari rumah
seperti kurang perhatian ibu bapa, terpengaruh dengan rakan
sebaya,kurang didikan agama dan kesempitan hidup.
✓ Ayat lengkap
Kes remaja lari dari rumah semakin meningkat. Baru-baru ini sebuah akhbar
melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah selepas
keluar bersama rakan-rakannya. Pelbagai pihak telah menjalankan kempen kesedaran dalam
kalangan remaja bagi mengatasi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, kes remaja lari dari
rumah terus meningkat. Terdapat beberapa faktor berlakunya masalah remaja lari dari rumah
seperti kurang perhatian ibu bapa, terpengaruh dengan rakan sebaya,kurang didikan agama
dan kesempitan hidup.
Panduan menulis perenggan isi
Isi Apa
Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada Ibu bapa merupakan
( Ayat topik) punca utama remaja lari daripada rumah
Huraian
Mengapa Ibu bapa yang sibuk bekerja dan mengejar kemewahan serta kejayaan tidak
Kesan dapat meluangkan banyak masa bersama anak-anak mereka.
Akibatnya anak-anak remaja berasa terabai dan mengalami kekosongan jiwa
seperti layang-layang terputus talinya
Bukti Bukti / Ramai remaja bertindak mencari teman di luar sebagai satu cara mengisi
Contoh kekosongan jiwa mereka
Rumusan Ayat Oleh sebab rumah bukan lagi tempat mereka memperoleh belaian kasih
penegas sayang dan perhatian ibu bapa maka mereka bertindak tidak pulang ke
rumah
28
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
✓ Ayat lengkap
Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada Ibu bapa merupakan punca utama
remaja lari daripada rumah. Ibu bapa yang sibuk bekerja dan mengejar kemewahan serta
kejayaan tidak dapat meluangkan banyak masa bersama anak-anak mereka Akibatnya anak-
anak remaja berasa terabai dan mengalami kekosongan jiwa seperti layang-layang terputus
talinya. Ramai remaja bertindak mencari teman di luar sebagai satu cara mengisi kekosongan
jiwa mereka. Oleh sebab rumah bukan lagi tempat mereka memperoleh belaian kasih sayang
dan perhatian ibu bapa maka mereka bertindak tidak pulang ke rumah.
Panduan menulis perenggan penutup
Ayat rumusan Jelaslah kepada kita bahawa terdapat pelbagai punca tercetusnya masalah remaja
lari dari rumah.
Ayat cadangan Oleh yang demikian semua pihak terutamanya ibu bapa haruslah sentiasa peka,
(beri saranan) memantau perkembangan anak-anak dan memberikan kasih sayang secukupnya
kepada anak-anak agar masalah remaja lari dari rumah dapat diatasi.
Ayat harapan Saya berharap semua ibu bapa sedar bahawa anak-anak sangat memerlukan
perhatian daripada ibu bapa dalam menghadapi dunia yang serba mencabar ini.
Ayat pendirian Jika ibu bapa memberi komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak maka
masalah remaja dari rumah tidak akan berlaku lagi dalam masyarakat kita.
✓ Ayat lengkap
Jelaslah kepada kita bahawa terdapat pelbagai punca tercetusnya masalah remaja lari
dari rumah. Oleh yang demikian semua pihak terutamanya ibu bapa haruslah sentiasa peka,
memantau perkembangan anak-anak dan memberikan kasih sayang secukupnya kepada
anak-anak agar masalah remaja lari dari rumah dapat diatasi. Saya berharap semua ibu bapa
sedar bahawa anak-anak sangat memerlukan perhatian daripada ibu bapa dalam menghadapi
dunia yang serba mencabar ini. Jika ibu bapa memberi komitmen yang tinggi dalam mendidik
anak-anak maka masalah remaja dari rumah tidak akan berlaku lagi dalam masyarakat kita.
29
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Latihan karangan fakta 1
Penularan wabak pandemik Covid-19 yang sedang berlaku membimbangkan semua pihak.
Pelbagai usaha telah dlaksanakan oleh pihak yang berkenaan dalam menangani wabak ini.
Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi untuk membendung
penularan wabak ini. Tulis sebuah karangan anda yang panjangnya lebih daripada 180 patah
perkataan.
30
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
31
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
32 by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Latihan karangan fakta 2
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita mencatatkan antara yang tertinggi di dunia. Pelbagai
usaha telah dilakukan namun kadar kemalangan jalan raya terus meningkat. Berikan pendapat
anda apakah faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Tulis sebuah karangan anda yang
panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
33
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
34
by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
35 by ~ @Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
MENULIS RINGKASAN
KARANGAN
Panduan
✓ Tulis isi ringkasan mengikut urutannya dalam petikan
✓ Dapatkan 5/ 6 isi.
✓ Tinggalkan perkara yang merupakan keterangan bagi isi pokok.
✓ Jangan masukkan keterangan dan contoh .
✓ Isi yang telah dikenal pasti mesti digaris dan dinomborkan 1-5/6, supaya pelajar tahu
berapa jumlah isi yang ada.
✓ Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
✓ Jangan mengubah perkataan sesuka hati untuk mengelakkan ringkasan berubah
daripada maksud asal.
✓ INGAT-JANGAN tulis perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan ataupun
memberikan pendapat sendiri dalam ringkasan karangan.
✓ Tulis ringkasan hanya dalam SATU perenggan
✓ Jangan buat pengenalan dan kesimpulan
✓ Jangan menulis lebih daripada 80 patah perkataan
Acuan menulis ringkasan karangan
( ini bukan format tetapi sebagai panduan sahaja )
Antara…………………(tajuk)…………………………… ialah ..…….……(isi 1)…………….
……………………..……. Selain itu, …………….…(isi 2)………………..……………….
………………………………. Seterusnya, ………………….… (isi 3)…………………
Begitu juga,…….…..(isi 4)……….….……………………. Di samping itu, ……………(isi 5)
…………..……. Akhir sekali ,………….……………(Isi 6) ………………………
36
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Menulis ringkasan karangan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan suatu yang luar biasa dalam masyarakat hari
ini. Malah, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong
fenomena ini makin terus berleluasa. ✓1
Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu
bapa mereka, khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil
tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti
menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk
menghiburkan hati. ✓2
Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan
yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang
secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang
tidak dapat dibeli dengan wang. ✓3
Segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang
tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka,
contohnya penceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara
punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang
dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak
senonoh. ✓4
Dalam pada itu, tidak dinafikan juga bahawa kemiskinan keluarga turut menyumbang
kepada kewujudan pelbagai kes remaja ketika ini. Kemiskinan memungkinkan seseorang remaja
itu melakukan pelbagai bentuk jenayah seperti mencuri dan menyamun. Tambahan pula,
✓5 masyarakat di negara kita juga dikatakan kurang memberi perhatian terhadap masalah
sosial remaja hari ini. Hubungan yang kurang erat antara remaja dengan ahli masyarakat
memburukkan keadaan ini lagi
Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru,
misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para pelajar di sekolah.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak
mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterap sejak awal
pagi, iaitu sejak kecil. Tindakan ini dianggap perlu kerana semua agama mengajar penganutnya
supaya berkelakuan baik.
37
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Merangka ringkasan karangan
Isi-isi penting daripada petikan
Tajuk / Fokus punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja
Isi 1 remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka
Isi 2
Isi 3 mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan yang
salah
mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana
hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka
Isi 4 kemiskinan keluarga turut menyumbang kepada kewujudan pelbagai kes
remaja ketika ini
Isi 5 masyarakat di negara kita juga dikatakan kurang memberi perhatian terhadap
masalah sosial remaja hari ini
Menulis ringkasan karangan
Antara punca gejala sosial dalam kalangan remaja ialah remaja kurang diberi perhatian
oleh ibu bapa mereka. Selain itu , mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul
dengan kumpulan yang salah. Seterusnya, mengambil jalan mudah dengan melakukan
perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa
keluarga mereka. Begitu juga, kemiskinan keluarga turut menyumbang kepada kewujudan
pelbagai kes remaja ketika ini. Akhir sekali , masyarakat di negara kita juga dikatakan
kurang memberi perhatian terhadap masalah sosial remaja hari ini
- 79 patah perkataan
38
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Latihan meringkaskan karangan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang cara-cara membendung jenayah dalam kalangan pelajar. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan remaja.
Hal ini telah menggambarkan betapa seriusnya kejadian jenayah dalam kalangan mereka.
Segala jenayah ini dapat dibendung melalui pendekatan yang lebih berkesan, misalnya ibu
bapa sebagai orang yang paling rapat dengan remaja hendaklah memberikan perhatian yang
lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula di rumah. Pendidikan
agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara
yang baik dan yang buruk.
Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana remaja mudah terpengaruh
dengan kawan-kawan mereka, tetapi kini kebanyakan ibu bapa tidak mengambil peduli dengan
siapa anak mereka berkawan. Pengaruh hiburan melalui media massa juga hendaklah
dibendung.
Pihak sekolah pula perlu memantapkan lagi kawalan disiplin sekolah bagi menjamin
kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan. pelajar seperti ponteng sekolah,
merokok, mengambil dadah, atau membuli pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan
kesalahan mereka. Masalah ini sukar dibendung kerana ibu bapa tidak mahu meluangkan masa
datang ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal sebelum masalah anak-
anak mereka menjadi semakin serius. Malahan, ada juga antara ibu bapa yang sanggup
mengambil tindakan undang-undang terhadap guru-guru jika pihak sekolah mengambil
tindakan disiplin terhadap anak mereka.
Masalah ini dapat dibendung jika penguatkuasaan undang-undang hendaklah
diperketat, tamsilannya remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti
bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori sama seperti pesalah dewasa.
Golongan remaja adalah aset negara pada masa depan. Kita tidak mahu mereka yang
mewarisi negara ini terlibat dengan jenayah. Oleh itu, mereka haruslah didedahkan kepada
isu-isu semasa melalui kempen-kempen dan perkhemah motivasi supaya mereka mengetahui
bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.
39
by ~ Nuz2021
PENULISAN Modul BM T1
Merangka ringkasan karangan
Isi-isi penting daripada petikan
Tajuk / Fokus
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Acuan menulis ringkasan karangan
Antara…………………(tajuk)…………………………… ialah ..…….……(isi 1)………..
…………….……………………..……. Selain itu, …………………….…(isi 2)…………..
………………………………. Seterusnya, ………………….… (isi 3)…………………
Begitu juga,…….…..(isi 4)……….….……………………. Di samping itu,………(isi 5)…….
…………..……. Akhir sekali ,………….……………(Isi 6) ………………………
40
by ~ Nuz2021