INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
Semester 2 Tahun 1
PRKA2031
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
BIL. NAMA ANGKA GILIRAN NO. KAD
1. NASIHAH BINTI MOHD ALIAS 2021182400044 PENGENALAN
940129085974
KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM (R3)
Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : _______________
Tarikh:6 Dis 2021 Pelajar
Nama Pensyarah Ustaz Mohd Radzi Bin Lebai Mat
Tarikh Serahan
6 Dis 2021 Tarikh Terima
(Diisi oleh Pensyarah)
Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Tandatangan : _______________
Tarikh:6 Dis 2021 Pelajar
KANDUNGAN PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(Diisi oleh Penilai)
Bil Tajuk Item Tanda
1 Maklumat Penempatan
1.1 Surat Pengenalan Diri kan
2.1 Nama IPGK
2.2 Gambar
2.3 Nama Pelajar
2 Biodata 2.4 No. Kad Pengenalan
2.5 Alamat tetap
Pernyataan Profesional / 2.6 No. Telefon dan E-mel
3 Kontrak Aktiviti 2.7 Ambilan dan Pengkhususan
2.8 Tahun dan Semester : Tahun 2021 Semester 2
(Lampiran 1-1) 2.9 Tarikh PBS:
3.1 Pernyataan sebelum PBS
Instrumen Pengumpulan Data
4 Berhubung Tugasan 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus
(pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian
4.2 Senarai semak
5 Kolaboratif 4.3 Temu bual
(Lampiran 1-4) 4.4 Soal selidik
5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah
6 Ilmu /Pengetahuan baru 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain
melalui 5.3 Perbincangan dengan warga sekolah
5.4 Perbincangan dengan wakil komuniti
5.5 Interaksi dengan murid
6.1 Pemerhatian
6.2 Senarai semak
6.3 Temu bual
7 Panduan Penulisan Refleksi
(Lampiran 1-5)
8 Amalan Refleksi
(Lampiran 1-6)
9 Maklumat Umum Sekolah
(Lampiran 1-7)
10 Contoh Format Penyediaan
Tugasan (Lampiran 1-8)
11 Kajian Kes
(Lampiran 1-9)
Ulasan Penilai : ________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Tandatangan: ______________________________
Nama :______________________________
Tarikh :______________________________
1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN
0
REKOD KEHADIRAN SEPANJANG PBS
1
LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR
2
TUGASAN 1
PORTFOLIO
3
2.0 BIODATA ITEM
Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah
BIL. TAJUK
1. Nama IPGK
2. Gambar
3. Nama Pelajar Nasihah binti Mohd Alias
4. No. Kad Pengenalan 940129-08-5974
5. No. telefon dan E-mel 010-3982994 /
[email protected]
6. Ambilan dan Ambilan 2021/2022 / Pendidikan Islam Sekolah
penghkhususan Rendah
Tahun 1 / Semester 2
7. Tahun dan Semester 8-19 November 2021
8. Tarikh PBS
4
3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL
a) Pengenalan
Bagi melengkapkan pengajian semester kedua sebagai pelajar bagi Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), saya Nasihah Binti Mohd Alias, dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Darulaman (IPDA) perlu menjalankan pengalaman berasaskan sekolah (PBS).
Sekolalah yang saya pilih adalah sekolah yang mana saya telah ditempatkan untuk bertugas
iaitu Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya (SKKJ), Chemor, 32100, Ipoh Perak. Sekolah ini
adalah salah sebuah sekolah di bawah Program Transformamsi Sekolah (TS25), cohort 4.
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) memberi peluang kepada pelajar untuk
memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah
melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti
sekolah. Melalui PBS pelajar dapat mengetahui selok belok pengurusan serta budaya
sekolah, pengurusan bilik darjah serta tingkah laku murid. Ringkasnya dengan menjalani
program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid
belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut. Ia juga
membantu saya dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme keguruan saya sebagai
guru baharu.
Justeru itu, berdasarkan hasil kajian ketika menjalankan PBS ini, saya dapat
mengenalpasti serta menambahkan lagi kefahaman saya berkaitan, suasana dan iklim
sekolah serta penyesuaian diri dalam komuniti sekolah, memahami akauntabiliti kerjaya
seorang guru, mengorganisasi maklumat tentang pentadbiran dan pengurusan sekolah,
guru, murid-murid dan kakitangan sekolah, membentuk nilai positif dan motivasi terhadap
profesion keguruan, serta membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang guru
5
b) Tujuan
Tujuan utama penyataan profesional adalah untuk menyatakan halatuju fokus tugasan
yang hendak dilaksanakan supaya jelas. Jadi, pelajar dapat menetapkan tujuan objektif
PBS dengan tetap mengikut kehendak pihak IPG. Penyataan profesional ini juga dapat
membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan
sistematik dan teratur. Melalui PBS ini juga, pelajar dapat melakukan interaksi serta
komunikasi secara dua hala dengan guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah. Hal
ini sekaligus dapat meningkat kemahiran interpersonal dan intrapersonal pelajar sebagai
sebagai persediaan untuk menjadi guru. Tambahan pula, saya dapat mengetahui
peranan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang
terdapat di sekolah.
3.1: Pernyataan Sebelum PBS
Satu taklimat daripada unit praktikum telah dilaksanakan secara Google Meet
sebelum pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dimulakan. Ustaz Mohd Hafni bin Abd
Halim selaku penyelaras PBS bagi pelajar pengkhususan Pendidikan Islam Sekolah Rendah
juga menerangkan secara terperinci tugasan apa yang perlu diselesaikan. Taklimat ini amat
membantu supaya perkara yang perlu dilaksanakan dan difokuskan tercapai. Tambahan dari
itu, saya telah meneliti dan merancang apa yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat
PBS sebelum ke SK Klebang Jaya bagi menjalankan PBS.
a) Mengenal Pasti Fokus Utama Tugasan
Melalui tugasan 1 iaitu portfolio PBS, saya diamanahkan untuk mengenalpasti tiga
perkara utama dalam pengurusan pentadbiran sekolah iaitu dari aspek kurikulum,ko-
kurikulum dan maklumat umum serta prasarana sekolah. Bagi fokus utama yang pertama
iaitu kurikulum, saya akan mengenalpasti maklumat dari segi pengurusan sumber
manusia, pengurusan akademik dan pengurusan hal ehwal murid. Pada fokus yang
kedua pula,iaitu ko-kurikulum, dapatan maklumat dari segi pengurusan kokurikulum,
kelab dan persatuan, unit berunifor,, sukan dan permainan juga adalah intipati penting
untuk saya mencari maklumat secara terperinci. Fokus ketiga bagi tugasan 1 ialah
maklumat umum dan prasarana sekolah. Pada bahagian ini, maklumat brerkaitan
hubungan komuniti luar dengan sekolah turut dikenalpasti dengan cara menemu bual
6
guru besar. Kaedah pemerhatian pula digunakan bagi mengenalpasti prasarana yang
ada di sekolah.
Melalui tugasan 2 iaitu laporan pemerhatian pula, hasil refleksi perlu dibuat dengan
menganalisis pelaksanaan pengurusan komuniti dan budaya sekolah. Di samping itu, saya
juga dikehendaki menganalisis pelaksanaan Peraturan Umum Sekolah dan Pengurusan
Disiplin Pelajar di Sekolah. Maklumat boleh diperoleh juga dengan merujuk kepada buku
peraturan sekolah yang dijual di koperasi dan juga hasil pemerhatian yang dibuat selama
dua minggu di sekolah.
Manakala, bagi tugasan 3, penulisan kajian kes, saya perlu mencari satu isu atau
permaslaahan yang ingin di kaji.Isu yang dikaji akan dijadikan fokus utama dalam
permasalahan kajian dan cadangan penambanhbaikan akan dikemukan dalam usaha untuk
menangani isu berkenaan.
b) Mengenalpasti tujuan tugasan
Tujuan utama tugasan diberikan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS),
adalah untuk menambah kemahiran dan pengetahuan sebagai guru baharu. Melalui tiga
tugasan yang diberikan, secara tidak langsung akan membnatu guru untuk lebih mengenali
sekolah dan juga tanggungjawab dan akautabiliti seorang guru ketika berada di sekolah dan
juga luar. PBS juga dapat membiasakan seseorang guru untuk untuk menjalankan kajian kes
oleh sebab, terdapat juga kajian kes sebagai salah satu tugasan dalam PBS ini.
c) Merancang strategik pelaksanaan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama dua minggu di sekolah
tempat saya berkhidmat. Oleh sebab jangka masa yang singkat, terdapat bebara strategik
atau perancangan yang telah saya susun atur supaya proses pengumpulan maklumat lebih
tersusun dan sistematik. Perancangan yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah:
i. Mengatur sesi temubual bersama Tuan Guru Besar, wakil guru dan juga penolong
kanan petang.
ii. Menyediakan soalan-soalan yang bakal digunakan semasa sesi temubual
iii. Berkenalan dengan semua warga sekolah secara lebih dekat
iv. Mengambil catatan kepada hasil temubual
7
d) Melakukan instrumen kendiri
Tiga instrumen utama yang digunakan untuk melengkapkan tugasan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS), iaitu senarai semak, pemerhatian dan soalan temubual.
Refleksi juga akan dibuat sebagai salah satu instrumen penilaian kendiri untuk PBS ini.
Refleksi juga dijadikan sebagai Laporan Pemerhatian PBS.
3.2: Pernyataan Semasa PBS
Semasa menjalankan PBS saya telah melaksanakan temu bual dan perbincangan
dengan beberapa orang pentadbir dan warga sekolah, antaranya Guru Besar, Penolong
Kanan, beberapa orang guru serta kakitangan sekolah bagi mendapatkan maklumat serta
bahan-bahan mengenai pengurusan, pentadbiran dan juga perkongsian tentang suasana
dan persekitaran sekolah. Saya juga telah mendapatkan buku peraturan sekolah yang dibeli
di koperasi untuk menganalisis peraturan-peraturan yang telah di amalkan di sekolah ini.
Saya juga memperoleh sejarah serta maklumat berkaitan sekolah melalui takwim yang telah
disediakan oleh pihak sekolah.
Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan pengoperasian sekolah turut terkesan,
Sepanjang PBS berlangsung, sesi persekolahan masih dijalankan melalui dalam talian
melalui pelaksanaan Penganjaran dan Pembelajaran di Rumah iaitu singkatannya, PdPr.
Oleh itu, gerak kerja yang tersusun amatlah penting bagi memanfaatkan dua minggu
pelaksanaan PBS yang telah dirancang. Masa yang diperuntukkan itu saya gunakan sehabis
baik untuk menemubual responden dan juga melihat persekitaran sekolah dari segi
prasarana, kemudahan dan juga fasiliti yang terdapat di dalam sekolah.
Tuntasnya, pada hari-hari terakhir PBS, saya 8enyusun dan menyemak semula bahan
serta maklumat yang saya peroleh dan memulakan penulisan laporan saya. Kerjasama yang
mantap dan terbaik yang diberikan amatlah memudahkan urusan saya. Nasihat dan
perkongsian akan saya aplikasikan di dalam kehidupan saya, khususnya sebagai seorang
guru yang baharu serba kurang tentang pelbagai cabang ilmu.
8
3.3: Pernyataan Selepas PBS (refleksi)
Setelah selesai dua minggu pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, saya
telah berjaya mengumpulkan maklumat tentang tugasan yang perlu saya selesaikan serta
perincikan di dalam laporan saya. Saya juga mendapat pengetahuan baru, antaranya
prosedur serta tatacara untuk berkomunikasi dengan barisan pentadbir sekolah untuk ditemu
ramah. Saya juga belajar cara komunikasi berkesan dengan para guru dan warga sekolah
bagi memperoleh maklumat dan mencapai fokus yang telah saya tetapkan sepanjang dua
minggu PBS berlangsung.
Melalui kaedah temu bual dalam mendapatkan maklumat, saya juga belajar untuk
menyedia dan mengemukan soalan yang bernas dan menepati fokus saya. Penyediaan
soalan yang tepat akan menjimatkan masa dan jawapan yang diberikan juga berfokus. Saya
juga mendapat pelbagai nasihat, motivasi dan kata-kata peransang yang menyuntik
semangat say auntuk terus berjuang dalam arena perguruan.
Kaedah pemerhatian saya juga yang melibatkan secara bersemuka dan dalam talian
telah memberi peluang yang berbeza untuk mengetahui cara pelaksanaan sesuatu program
dan gaya pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang
musim pandemik ini adalah menggunakan platform dalam talian. Saya juga berpeluang
menganjurkan kuiz dalam talian yang sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan saya.
Perjalanan sekolah yang hanya melibatkan alam maya juga mempunyai kebaikan dan
kelemahan yang dapat saya rasai sepanjang berlangsung PBS ini. Melalui PBS ini, saya
berasa seronok dan lebih selesa untuk ke sekolah kerana telah membina hubungan baik
dengan warga sekolah yang selama ini saya kurang berinteraksi dengan mereka. Di samping
itu, saya juga lebih memahami organisasi, struktur dan prasarana yang terdapat di sekolah
saya, pada akhirnya akan memberi manfaat kepada saya.
9
3.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus
Seperti yang sedia maklum, PBS telah dilaksanakan selama dua minggu bermula dari tarikh
8 hingga 19 November 2021. Semasa menjalankan PBS, saya telah menjalankan beberapa
aktiviti seperti yang telah dirancang dan dibantu juga dengan senarai semak yang telah
disediakan oleh pihak IPG. Berikut adalah senarai aktiviti dan tindakan yang telah saya
jalankan sepanjang temph PBS di SK Kelebang Jaya, Chemor, Ipoh Perak.
Bil. Tarikh Hari Aktiviti
1. 8 November 2021 Isnin Bertemu dengan Guru Besar, Encik Mohd Kasim
bin Mat Radzi. Tujuannya adalah untuk
memaklumkan tentang program PBS dan melapor
diri untuk hari pertama PBS di sekolah.
Berbincang tentang misi dan visi sekolah.
Berkaitan perjalanan sekolah sepanjang PdPr.
Cabaran dan tanggungjawab seorang guru besar.
Isu dan disiplin yang terdapat di sekolah serta
hubungan sekolah dengan komuniti luar.
2. 9 November 2021 Selasa Perjumpaan bersama PK Petang, En Mohd Rosle
bin Halim membincangkan isu sekolah dan murid.
Mendapatkan takwim sekolah untuk mengetahui
sejarah, carta organisasi, kemudahan serta
matlamat, visi dan misi sekolah.
3. 10 November 2021 Rabu Berjumpa dengan pekerja am sekolah, Puan
Rohani. Menemubual beliau berkaitan iklim dan
suasana sekolah dari segi hubugan pekerja
dengan guru dan staf. Skop kerja serta rutin
harian mereka.
4. 11 November 2021 Khamis Melawat persekitaran sekolah dan menangkap
gambar fasiliti yang terdapat di sekolah. Pada hari
ini saya hanya melawat bilik guru lelaki dan
perempuan, bilik-bilik khas dan juga blok-blok
kelas.
10
5. 12 November 2021 Jumaat Menemu ramah, guru disiplin sesi petang iaitu
Cikgu Syakir. Bertanyakan tetang disiplin serta
6. 15 November 2021 Isnin masalah yang pernah timbul di sekolah SK
16 November 2021 Selasa Kelebang Jaya. Bertanyakan juga tentang buku
17 November 2021 Rabu peraturan sekolah boleh didapati di mana, dan
beliau menyaakan ia boleh didapati di koperasi
sekolah. Sebelum ini saya tidak berpeluang untuk
mendapatkan buku peraturan sekolah, selepas
sesi temuramah ini saya ke koperasi dan membeli
buku peraturan sekolah yang berharga RM 2.80
sahaja.
Meneliti maklumat yang terdapat di dalam takwim
dan juga mengeluarkan info-info serta maklumat
penting yang dikehendaki bagi menyiapkan
laporan PBS ini. Takwim yang diberikan oleh En
Rosle sangat membantu saya dalam memperoleh
maklumat.
Menemu ramah pengawal sekolah, Puan Jamaliah
binti Sulaiman. Antara isu yang ditanyakan adalah
tentang disiplin pelajar ketika datang dan pulang
dari sekolah. Bertanyakan juga tentang
persekitaran sekolah, adakah sekolah sentiasa
dalam keadaan selamat untuk murid, guru dan
juga semua warga sekolah. Cabaran dan isu yang
timbul ketika bertugas juga telah dikongsikan oleh
beliau.
Menemu bual seorang guru Pendidikan Islam,
Puan Cquriah. Bertanyakan tentang cabaran
dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian.
Bertanyakan juga isu tentang ketidakhadiran
murid ketika kelas dalam talian berlangsung. Isi
disiplin dan hubungan sekolah dengan komuniti
luar juga turut ditanyakan.
11
18 November 2021 Khamis Menemubual guru muzik, Puan Wan Faiza
19 November 2021 Jumaat tentang penggunaan bilik-bilik khas. Adaka
diselenggara dengan baik dan bersedia untuk
menerima kehadiran murid. Puan Wan Faiza
merupakan penyelaras bilik muzik. Beliau
berkongsikan kegunaan bilik-bilik khas yang
terdapat di sekolah. Isu disipin dan hubungan
sekolah dengan komuniti luar juga turut
ditanyakan.
Melengkapkan dan menyusun semula data-data
yang diperoleh. Saya juga mengambil kesempatan
ketika sesi Kelas PdPr berlangsung untuk berbual
dan berinteraksi dengan murid saya.
Sememangnya terdapat sedikit keterbatasan
pembelajaran secara alam maya, tapi semestinya
kita perlu membiasakan dengan kehidupan norma
baharu ini. PBS yang dilaksanakan juga sedikit
mencabar, walaupun begitu saya masih
berpeluang untuk hadir ke sekolah dengan
mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KPM. Saya
juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak yang terlibat ketika sesi temu ramah dan
pengumpulan maklumat yang telah saya
laksankan selama dua minggu tersebut.
12
4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA
Instrumen pengumpulan data yang saya gunakan sepanjang melaksanakan PBS ini ialah
pemerhatian, temu bual dan senarai semak. Ketiga-tiga intrumen ini telah memudahkan
proses pengumpulan data dan maklumat yang diperoleh adalah tepat. Kesannya, ia dapat
membantu saya dalam menganalisis dan menyusun fakta serta melancarkan proses PBS
saya selama dua minggu di sekolah.
4.1 Pemerhatian
Sepanjang pelaksanaan PBS di sekolah saya telah menggunkan instrumen
pemerhatian dalam usaha untuk memperoleh maklumat. Berdasarkan pemerhatian dan
tinjauan saya telah mengambil gambar -gambar seperti kantin, bangunan sekolah, dewan.
Pusat sumber, bilik-bilik khas dan lain-lain lagi. Walaupun ketika pelaksanaan PBS ini,
sekolah tidak beroprasi secara keseluruhan, hanya pejabat sahaja yang dibuka, akan tetapi
kawasan sekolah dalam keadaan bersih, ceria dan diselenggara dengan baik. Ini
menunjukkan bahawa pekerja pembersihan sekolah yang bertugas seperti biasa, sangat
komited dan amanah terhadap bidang tugas mereka.
Seterusnya, urus tadbir pelaksanaan kelas dalam talian, iaitu PdPr, hasil pemerhatian
saya, guru sangat bersungguh dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Variasi pendekatan
dalanm talian yang di terokai oleh guru-guru. Pihak sekolah juga membuat inisiatif yang baik
iaitu menganjurkan perkongsiaan ilmu ICT yang dikelolakan oleh guru ICT sekolah bagi
memahirkan guru dalam penggunaan teknologi dan peranti elektronik. Sokongan padu
daripada barisan pentadbir dan juga kesungguhan daripada warga guru wajar di puji.
Cumanya, ada sedikit kemerosotan dari segi penglibatan murid ketika sesi kelas dalam
talian, namun begitu say yakin guru akan berusaha bagi menarik minat murid menyertai
kelas dalam talian. Terdapat juga beberapa faktor penyumbang kepada keadaan ini,
contohnya, berkongsi peranti dengan adik beradik, ibu dan bapa yang bekerja serta tidak
mampu untuk melanggan internet. Disebabkan itu juga, inisiatif guru dan pihak sekolah
dengan mengedarkan modul bagi mengurangkan kebergantungan kepada capaian internet.
13
4.2 Temubual
Saya juga menggunakan kaedah temubual untuk memperoleh maklumat yang sahih
dan tepat daripada sumber primer iaitu warga sekolah SK Kelebang Jaya. Berdasarkan temu
bual yang dijalankan dengan beberapa orang responden seperti Guru Besar, Guru Penolong
Kanan, guru-guru serta murid-murid, dapatlah saya mengumpul maklumat tentang
organisasi, persekitaran sekolah, hubungan sekolah dengan komuniti, peraturan sekolah,
suasana pembelajaran ketika PdPr serta hubungan dan budaya kerja di SK Kelebang Jaya
ini.
Sebelum sesi temubual dilangsungkan, saya telah menyediakan beberapa soalan
antaranya adalah seperti di bawah:
a) Nama
b) Pengalaman bekerja di SK Kelebang Jaya
c) Hubungan antara rakan sekerja
d) Tahap disiplin murid
e) Skop kerja dan tugas
f) Pelaksanaan PdPr, cabaran dan implikasi positifnya
4.3 Senarai semak
Saya telah menggunakan senarai semak di bawah untuk membantu saya sentiasa
fokus kepada tujuan dan matlamat saya. Senarai semak di bawah memudahkan proses
memperoleh, meyusun dan menganalisis maklumat berkaitan sekolah SK Kelebang Jaya.
14
Bil. Perkara Ada Tiada Catatan
1. 1.0 Pengurusan dan organisasi sekolah 15
1.1 Pelan Fizikal
2. 1.2 Carta Organisasi Sekolah
1.3 Takwim Sekolah
2.0 Prasarana Sekolah
2.1 Kemudahan sekolah
i. Dewan
ii. Musalla
iii. Kantin
iv. Makmal Komputer
v. Bilik-bilik khas
vi. Ruang pembelajaran luar kelas
(pondok/ ruang khas)
vii. Padang
viii. Tandas
ix. Pondok keselamtan
x. Bilik Mesyuarat
xi. Pejabat
xii. Bilik guru
xiii. Koperasi
xiv. Bilik Kesihatan
xv. Bilik Kaunseling
xvi. Bilik SPBT
xvii. Makmal Sains
2.2 Mural sekolah
2.3 Kata-kata hikmah/ motivasi
2.4 Rukun Negara
2.5 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.6 Visi, Misi dan lagu sekolah
2.7 Bilik Darjah
i. Ruangan belajar
ii. Paparan:
• Jadual waktu
• Jadual bertugas
• Peraturan
• SOP Covid-19
iii. Kerusi dan meja guru serta murid
iv. Papan Putih
v. Sudut papan kenyataan
vi. Kipas
vii. Rak buky
3.0 Kurikulum
3.1 Sukatan pelajaran
3.2 RPH ( Sistem CIDS)
3.3 Sumber pengajaran dan pembelajaran
• Bahan bantu mengajar
• Sudut bacaan
• Paparan bahan pembelajaran
• Penyimpanan evidens PBD
4.0 Kokurikulum
4.1 Peralatan sukan
4.2 Kelengakapan prasarana sukan
5.0 KOLABORATIF
Kolaboratif yang dijalankan adalah melalui perbincangan dan perkongsian pengalaman.
Oleh itu, saya telah merekod dalam borang kolaborasi sepanjang menjalankan aktiviti
kolaboratid yang disertakan di bahagian lampiran. Antara lampiran tersebut adalah hasil
perbincangan bersama:
5.1 Perbincangan dengan Guru Besar
5.2 Perbincangan dengan guru oenolong kanan
5.3 Perbincangan dengan guru-guru
5.4 Perbincangan dengan warga sekolah
5.5 Perbincangan dengan murid
16
6.0 ILMU/ PENGETAHUAN BARU
6.1 Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan terhadap persekitaran sekolah terdapat
beberapa aspek yang dikenalpasti antaranya:
Ciri-ciri Keterangan
Kebersihan kawasan -Kebersihan pada tahap yang baik. Bersih dan kemas
sekolah
-Kelas juga disapu dan cermin di lap walaupun sekolah tidak
beroperasi sepenuhnya
-Daun-daun kering juga tidak kelihatan dan rumput di padang
terjaga
Keceriaan -Boleh ditambah baik dan diperlbagaikan lagi
-Keceriaan yang ada dalam keadaan baik dan ceria
Disiplin -Ketika PBS berlangsung, tiada murid hadir ke sekolah
Perlaksanaan tugas dan -Warga sekolah bertanggungjawab pada tugas yang
tanggungjawab diamanahkan
-Murid berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan guru
Pergaulan sosial guru -Guru berkomunikasi dengan baik dan mesra
-Tiada jurang antara guru senior dan guru baharu
17
6.2 Temubual
Berdasarkan temu bual yang telah dilaksanakan terdapat pelbagai ilmu baharu yang
saya telah perolehi. Ketika proses temubula berlangsung saya dapat belajar cara
melaksanakan temu bual secara formal dengan barisan pentadbir dan juga warga sekolah.
Skill komunikasi saya juga bertambah baik dengan adanya pengalaman menemu bual warga
sekolah ini.
Seterusnya, saya juga mencedok ilmu berkaitan susun atur serta organisasi sesebuah
sekolah. Dari segi bidang tugasnya, tanggungjawab serta akauntabiliti seseorang guru itu.
Perkongsian amalan terbaik amat membantu saya dalam mendepani cabaran sebagai guru
baharu.
Selanjutnya, ilmu yang saya peroleh juga melalui kaedah ini ialah berkaitan pentingnya
hubungan serta interaksi sosial antara sekolah dengan komuniti luar. Kerjasama yang erat
khususnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sangatlah membantu kepada
penambahbaikkan fungsi serta matlamat sekolah yang bukan hanya memfokuskan kepada
perihal di sekolah, malah terlibat aktif di dalam komuniti luar.
Kesimpulannya, ilmu dan pengetahuan baru yang diperoleh melalui aktiviti ini serba
sedikit menjadi pelengkap kepada diri saya dalam usaha untuk menjadi pendidik yang
mampu menyumbang sesuatu kepada ummah dan masyarakat amnya.
6.3 Senarai semak
Kaedah ini saya gunakan supaya maklumat yang dikumpul itu lebih sistematik dan tersusun.
Saya mengikut senarai semak yang diberikan dan memastikan saya telah melengkapkan
kesemua senarai semak tersebut sebelum tamat PBS selama 2 minggu. Ilmu yang saya
perolehi menggunakan kaedah ini ialah, cara saya melakukan tinjaun yang bermanfaat dan
menyurus kepada fokus utama saya.
18
LAMPIRAN 1
(Maklumat Umum Sekolah)
19
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH
Bil Perkara Catatan / data
1 Nama dan Alamat Sekolah SK Kelebang Jaya, 31200, Chemor, Ipoh Perak
2 No. Telefon Sekolah 05- 2912534
3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] / https://skkj.org/
4 Lokasi (Bandar / Luar Luar Bandar
Bandar)
5 Nama Pengurus Sekolah En. Muhammad Kasim bin Mat Radzi
6 Nama PK Pentadbiran Pn. Emilia Binti Sulaiman
7 Nama PK HEM En. Mohd Kamal bin Japlawi
8 Nama PK Kokurikulum En. Faizul bin Musi
9 Nama Penyelia Petang En. Rosle bin Mohd Ismail
10 Nama YDP PIBG En. Mohd Maheran bin Hamid
11 Gred/Tahap Sekolah B
12 Bilangan Guru Lelaki: 10
Perempuan: 69
13 Bilangan Guru Mengikut Siswazah: 79
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah: -
14 Bilangan Kelas 36
15 Purata Saiz Kelas 40 orang murid
16 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-
lain
1371 Lelaki 534 - 4 -
Perempuan 831 - 2 -
17 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini
Aktif dengan bola baling
sehingga peringkat negeri
20
LAMPIRAN 2
(Makluman Pengurusan
Pentadbiran Sekolah, Hal Ehwal
Murid dan Kokurikulum)
21
Makluman Pengurusan Pentadbiran Sekolah
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SK KELEBANG JAYA
BIL JAWATAN NAMA GRED OPSYEN NO. TEL
1 GURU BESAR MUHAMAD KASIM B. MAT DG44 BM 019-7737594
RADZI (KUP)
2 PK PN. EMILIA BTE SULAIMAN DG44 MT 012-5253114
PENTADBIRAN (KUP)
3 PK HEM EN. MOHD KAMAL BIN DG44 MT 011-
JAPLAWI (KUP) 32731937
4 PK EN. FAIZUL BIN MUSI DG44 MT 012-
KOKURIKULUM (KUP) 6141410
5 PK PETANG EN, ROSLE BIN MOHD ISMAIL DG 34 SN 012-5443814
(KUP)
22
Makluman Hal Ehwal Murid
23
24
25
Makluman Pengurusan Kokurikulum
26
27
28
LAMPIRAN 3
(Rekod Kolaboratif/Interaksi
dan Perbincangan)
29
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 8 November 2021 Masa : 9.30 am – 10.30 am
Tajuk / Perkara : Lapor diri PBS dan perbincangan mengenai pengurusan pentadbiran sekolah
dan komuniti bersama Tuan Guru Besar SK Kelebang Jaya
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1) Berjumpa dengan Guru Besar untuk 1) Guru Besar mengambil maklum tentang
memaklumkan tentang PBS program PBS melalui surat edaran yang
dihantar ke sekolah.
2) Guru besar berkongsi idea dan 2) Guru Besar menerangkan perihal
maklumat berkaitan pengurusan pentadbiran di mana sekolah ini mempunyai
pentadbiran sekolah dan komuniti dua sesi iaitu pagi dan petang. Bilangan
murid pula mencecah 1400 murid dengan
3) Pesanan Guru Besar kepada guru kekuatan guru seramai 84 orang. Komuniti
yang terjalin antara sekolah dan masyarakat
novis/ guru muda dalam usaha luar juga dibina melalui jaringan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sepanjang
meningkatkan profesionalisme pandemik Covid-19 ini, bantuan makanan
dan wang ringgit telah disumbangkan oleh
keguruan dan pembentukkan guru pihak sekolah kepada warga sekolah dan
komuniti setempat yang terjejas.
berkualiti
3) Guru Besar memberi nasihat bahawa guru-
guru muda perlu bijak mengawal emosi dan
tekanan di tempat kerja sama ada bersama
murid atau rakan sekerja. Guru muda juga
perlu ringan tulang membantu dan sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan.
Tandatangan : kasim
Muhammad Kasim bin Mat Radzi
Nama : Guru Besar
Jawatan :
30
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 10 November 2021 Masa : 11.30 am – 1.00 pm
Tajuk / Perkara : Mengulas mengenai isu murid bersama Penolong Kanan Petang
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1) Sesi ramah mesra mengenai 1) Pengalaman yang sangat luas dalam bidang
latar belaakng PK Petang secara pendidikan kerana pernah berkhidmat di sekolah
ringkas rendah sebagai guru biasa, berkhidmat di Pusat
Kegiatan Guru, berkhidmat di Pusat Teknologi
2) Usaha yang dilakukan dalam Maklumat dan akhirnya yang terkini menjadi
mengawal disiplin murid Penolong Kanan Petang di SK Kelebang Jaya.
khususnya murid sesi petang.
2) Menyediakan jadual guru bertugas di laluan ke
3) Cabaran berhadapan dengan kantin, koridor dan di dalam kelas. Kuatkuasakan
karenah dan kelakuan murid kad kebenaran keluar kelas secara optimum.
yang pelbagai
4) Pandangan PK Petang tentang
situasi sekolah sekarang
3) Pembelajaran dalam talian menuntut kerjasama
yang padu antara murid dan guru, Cabaran utama
berkaitan kehadiran murid yang tidak konsisten
sepanjang PdPr berlangsung menjadi isu utama
barisan pentadbir sekolah.
4) Situasi berbeza dimana pembelajaran berlaku
dalam talian. Komunikasi hanya berlaku secara
alam maya. Keseronokkan belajar di dalam kelas
fizikal berlainan berbanding kelas di alam maya.
Tandatangan : roslee
Rosle bin Mohd Ismail
Nama : Penolong Kanan Petang
Jawatan :
31
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 11 November 2021 Masa : 11.30 am – 12.00 pm
Tajuk / Perkara : Pengurusan Peraturan dan masalah disiplin murid bersama guru disiplin
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1) Sesi ramah mesra dan membincangkan 1) Guru yang sudah 5 tahun di SK Kelebang
pandangan berkaitan disiplin murid. Jaya dan menjadi guru disiplin selama tiga
tahun.
2) Usaha mengawal disiplin murid yang 2) Mengadakan kem kepimpinan dan jati diri
cuba dipraktiskan di sekolah. di peringkat sekolah bagi mendidik jati diri
para pengawas agar berjiwa kental dan
3) Pandangan tentang kredibiliti pengawas- mantap dari segala aspek iaitu rohani,
pengawas yang dilantik emosi, fizikal dan mental.
3) Para pengawas perlu diberi lebih
tanggungjawab dan akauntabiliti. Kredibiliti
pengawas perlu ditingkatkan lagi ke tahap
yang lebih baik. Mereka punya potensi
yang cemerlang, jika digilap akan menjadi
pewaris kepada kepimpinan negara suatu
hari nanti.
Tandatangan : Syakir
Mohd Syakir bin MD Rashid
Nama : Penolong Kanan Petang
Jawatan :
32
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 15 November 2021 Masa : 9.30 am – 10.30 am
Tajuk / Perkara : Hubungan pekerja am dengan guru dan komuniti sekolah
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1) Sesi ramah mesra dan 1) Puan Rohani atau lebih mesra di panggil kak ani
membincangkan pandangan telah berkhidmat lebih 8 tahun sejak sekolah ini
berkaitan hubungan pekerja am dibuka pada tahun 2012. Kak Ani menyatkan
dengan guru dan komuniti bahawa hubungan sekerja dan komuniti dalam
dan luar sekolah sangat baik dan harmoni. Tiada
2) Usaha memastikan persekitaran perbezaan dari segi layanan. Menurut Kak Ani,
sekolah dalam keadaan kemas sebelum pandemik Covid-19 ini, sekolah akan
dan bersih mengadakan hari warga SKKJ seperti berkelah
dan jamuan makan petang @ high tea.
3) Cabaran dalam mengekalkan 2) Kak Ani menjelaskan walaupun sekolah ditutup
persekitaran sekolah bersih, oleh sebab pandemik covid-19 ini, pekerja
cantik dan selamat dari sudut pembersihan masih bertugas dan datang seperti
pandang pekerja pembersihan biasa. Ini menjai bukti melalui pemerhatian saya
bahawa walaupun sekolah tidak beroperasi,
keadaan persekitaran sangat bersih dan kemas.
3) Perlukan kerjasama yang erat, contohnya jika
murid membuang sampah di luar tong sampah,
peranan guru dan juga warga sekolah untuk
ingatkan. Murid juga perlu sentiasa dinasihati
untuk menjaga kebersihan sekolah.
Tandatangan : Rohani
Rohani binti Ngah Mat Resat
Nama : Pekerja Pembersihan Sekolah
Jawatan :
33
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 17 November 2021 Masa : 12.30 pm – 1.00 pm
Tajuk / Perkara : Persekitaran dan konsep sekolah selamat dari sudut pandang pengawal
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1) Persekitaran sekolah berada dalam 1) Pengawal melakukan rondaan tiga kali
keadaan selamat dan tenteram
sehari memastikan keselamatan
2) Murid dan warga sekolah memberi
kerjasama yang baik kepada barisan persekitaran dan warga sekolah.
pengawal sekolah yang berperanan
menjaga keselamatan dan antara 2) Menyebarkan salam dan senyum mesra.
tanggungjawab penting dalam mejaga Pematuhan SOP dengan skan mysejahtera
keselamatan sekolah dengan SOP baru dan suhu di pondok pengawal sebelum
sejak pandemik Covid-19. memasuki sekolah untuk sebaramg urusan
perlu dikekalkan dan diperkemas.
Tandatangan : Jamaliah
Jamaliah binti Sulaiman
Nama : Pengawal Sekolah
Jawatan :
34
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Tarikh : 19 November 2021 Masa : 10.30 am – 11.30 am
Tajuk / Perkara : Cabaran mengajar Pendidikan Islam kepada murid
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1) Tahap pencapaian murid adalah 1) Gandakan usaha dengan menyediakan
bervariasi. Terdapat tiga kelompok iaitu pelbagai aktiviti yang bersesuaian.
murid turus, murid sederhana dan murid
lemah. 2) Wujudkan kelas pemulihan khas bagi
murid yang masih lemah bacaan Iqra.
2) Penguasaan iqra bagi keseluruhan murid
di SK Kelebang Jaya juga perlu 3) Adakan pertandingan bagi menarik minat
dipertingkat. murid mendalami subjek pendidikan Islam
seperti pertandingan hafalan bacaan
dalam solat, pertandingan hafazan surah
pendek dan lain-lain.
Tandatangan : Cquriah
Nor Cquriah binti Ahmed
Nama : Guru Pendidikan Islam
Jawatan :
35
LAMPIRAN 4
(Gambar-gambar berkaitan)
36
PRASARANA SK KELEBANG JAYA CHEMOR
Bangunan hadapan dan papan tanda sekolah
Tapak Perhimpunan BloTkappearktapmearh: iBmlopkunWanawsaeskaonlahmenempatkan
pejabat dan tiga bilik guru
Blok ketiga: Blok Intelek, menempatkan dewan Blok kedua: Blok Ukhuwah menempatkan bilik khas
utama dan juga kelas-kelas serta perpustakaan iaitu bilik seni, bilik jqaf, bilik muzik dan bilik
juga bilik kaunseling, makmal komputer, musalla peralatan sukan. Terdapat juga kelas tahun 3 dan 5
dan makmal sains.
37
Pusat Sumber sekolah yang juga berfungsi Bilik khas: Bilik Pendidikan Seni Visual yang
sebagai tempat mensyuarat guru. terletak di tingkat bawah blik Ukhuwah
Bangunan pra sekolah SKKJ
Kantin Sekolah Kerusi dan meja di dalam kelas
38
TUGASAN 2
PEMERHATIAN
39
Laporan Pemerhatian Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Saya Nasihah binti Mohd Alias, pelajar PDPP Pendidikan Islam Rendah dari Institusi
Pendidikan Guru Kampus Darulaman, pelajar semester dua telah melaksanakan PBS di SK
Kelebang Jaya, Chemor pada 8 hingga 19 November 2021.
Sebelum menjalankan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah, kami telah diberi
tugasan untuk melakukan pemerhatian serta menganalisis dua perkara utama iaitu analisis
perlaksanaan pengurusan komuniti dan budaya di sekolah serta analisis pelaksanaan
Peraturan Umum dan Pengurusan Disiplin Pelajar di sekolah. Oleh hal yang demikian, saya
berasa teruja dan timbul perasaan ingin tahu tentang dua perkara yang perlu di fokuskan
oleh saya sepanjang PBS ini. Seperti yang kita sedia maklum, ketika PBS ini dilaksanakan,
negara kita masih terkesan dengan virus Covid-19. Oleh itu, pemerhatian saya berkisar
tentang apa yang saya alami sepanjang tempoh PBS itu berlangsung dan juga pengalaman
saya semasa say aberada di sekolah, oleh sebab tempat PBS dan sekolah saya berkhidmat
adalah sama.
Bagi hasil pemerhatian untuk fokus yang pertama untuk di analisis oleh saya , iaitu
pelaksanaan pengurusan komuniti dan budaya sekolah, dapatlah saya klasifikasikan,
pengurusan komuniti dan budaya sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
adalah pada tahap yang terbaik. Ini dibuktikan dengan usaha dan kerjasama yang mantap
ditonjolkan oleh barisan ibu bapa dan guru dalam usaha untuk membantu murid-murid yang
terjejas dengan pandemik Covid-19 ini. Persatuan Ibu bapa dan Guru telah melakukan
inisiatif yang proaktif iaitu memberi bantuan dari segi makanan kepada ahli keluarga murid
yang terjejas. Sumber kewangan pula adalah kutipan daripada sumbangan ahli PIBG itu
sendiri. Pengerusi PIBG, Encik Maheran sangat prihatin dan bekerja sama denga erat
dengan tuan Guru Besar, Encik Muhammad Kasim dalam usaha untuk menghulurkan
bantuan. Suasana ketika sesi agihan bantuan adalah seperti gambar di bawah.
Makananan yang sudah siap di bungkus, di susun di
perkarangan sekolah untuk agihan kepada ibu bapa
40
Kemudian, makanan diagihkan secara pandu lalu
kepada ibu bapa murid dengan mematuhi SOP yang
ditetapkan
Terdapat juga keadaan di mana pihak sekolah dan wakil
PIBG, pergi ke rumah murid untuk memberikan sumbangan
Jelaslah bahawa perlaksanaan pengurusan komuniti dan budaya di sekolah SK
Klebanh Jaya ini pada tahap terbaik dan wajar di puji. Langkah yang cepat dan proaktif
secara bersama-sama ini secara tidak langsung mewujudkan budaya yang positif dalam
kalangan warga sekolah. Usaha dan kerjasama yang erat antara komuniti luar dan pihak
sekolah pada akhirnya akan memberi manfaat bukan hanya pada warga sekolah malah turut
menyumbang kepada komuniti luar juga.
Selanjutnya, bagi menganalisis pelaksanaan Peraturan Umum dan Pengurusan
Disiplin Pelajar di sekolah pula, buku peraturan sekolah SK Kelebang Jaya telah dijadikan
rujukan dan sumber untuk mendapatkan informasi. Secara umumnya, terdapat 15 perkara
utama yang mendasari peraturan umum dan pengurusan disiplin di SK Kelebang Jaya.
Perkara-perkaranya ialah, kehadiran, tatacara ibu bapa berjumpa murud,
perhimpunan,waktu rehat, pakaian seragam,kebersihah,penggunaan bilik-bilik khas,
keselamatan, gangguan daripada orang luar, barang-barang yang dibawa ke sekolah,
41
penjagaan buku SPBT, penggunaan harta benda sekolah, dan aktiviti kokurikulum. Justeru
itu, inilah peraturan-peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan SK Kelebang Jaya
bagi tujuan mengawal selia tahap disiplin murid.
SK Kelebang Jaya merupakan sekolah yang mempunyai dua sesi, iaitu sesi pagi dan
petang. Bagi pengurusan disiplin pelajar, terdapat dua orang guru disiplin yang ditugaskan
untuk meyelia dan mengurus tadbir disiplin sekolah iaitu Ustaz Khairul (sesi pagi) dan Cikgu
Syakir bagi sesi petang. Di samping itu, guru disiplin juga dibantu dengan barisan pengawas
yang dipilih bersandarkan kepada sahsiah, pencapaian dan juga pembawakan diri yang
berketrampilan. Barisan pengawas mula diberi tanggungjawab bermula dari darjah tiga
hingga enam. Antara tanggungjawab yang diberikan ialah menjaga dewan ketika murid hadir
ke sekolah, menjaga laluan ketika waktu rehat dan mengawal displin murid ketika di dalam
kelas. Meraka juga diberi kepercayaan untuk mengemudi perhimpunan yang sekarang ini
tidak dapat dilaksanakan oleh sebab SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
Bagi peraturan yang diguna pakai di sekolah pula adalah bersandarkan kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976. Dari segi kehadiran murid, bermula dari hari Isnin hingga
Jumaat. Bagi sesi pagi, sesi pengajaran dan pemudahcaraan bermula dari jam 7.30 pagi dan
berakhir pada 1.00 petang kecuali hari Jumaat 12.30 tengah hari. Bagi sesi petang pula,
kelas bermula pada jam 1.15 tengah hari dan berakhir pada jam 6.30 petang kecuali hari
Jumaat pada jam 6.05 petang. Murid dikehendaki hadir awal oleh sebab atas faktor mereka
perlu skan kad QR Code dan suhu semasa hadir ke sekolah sebagai pencegahan penularan
virus Covid 19 di sekolah. Jadi, kehadiran awal ke sekoalh amatlah digalakkan untuk
mengelak kesesakan.
Contoh kad QR code yang diberikan kepada murid untuk
skan kehadiran mereka
42
Selanjutnya, menganalisis pelaksanaan Peraturan Umum dan Pengurusan Disiplin
Pelajar melalui pelaksanaan peraturan di sekolah. Berdasarkan pemerhatian saya, disiplin
murid-murid di SK Kelebang Jaya dalam keadaan baik. Tiada isu-isu berat yang timbul
seperti ponteng kelas, merokok bergaduh dan sebagainya. Murid-murid mempunyai sahsiah
terpuji. Jika ada isu yang timbul hanyalah perkara kecil yang boleh di selesaikan.
Pembentukan akhlak melalui peraturan di sekolah amat jelas dan moto sekolah iaitu
berdedikasi dan berdidiplin menjadi tunjung utama kepada pembentukkan akhlak murid-
murid di SK Kelebang Jaya ini.
Semenjak penularan virus Covid-19 ini, ada beberapa peraturan telah di ubah suai
selari dengan keadaan semasa. Contohnya, jika sebelum ini murid hanya dibernarkan
makan di kantin sahaja, akan tetapi sejak pandemik Covid-19 ini, murid dibenarkan makan di
dalam kelas dengan kawalan para guru yang bertugas menjaga waktu rehat. Ada juga sisi
positifnya, di mana murid mudah di kawal selia apabila mereka makan di dalam kelas. Murid
juga di latih untuk membersihkan meja setelah selesai makan dan minum. Secara tidak
langsung, mendidik mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab dan menjaga
kebersihan sekeliling.
Tuntasnya, pelaksanaan Peraturan Umum dan Pengurusan Disiplin Pelajar di sekolah
ini adalah pada tahap yang baik. Disiplin murid dalam keadaan terkawal. Ini dapat di capai
dengan usaha berterusan dari pihak sekolah di bawah unit Disipilin dan pengawas sekolah
yang membantu melicinkan perjalanan dan mengawal disiplin murid-murid. Di samping itu,
analisis perlaksanaan pengurusan komuniti dan budaya di sekolah juga amat
membanggakan dari kaca mata saya. Saya melihat sendiri keprihatinan pihak sekolah
terhadap warga sekolah yang mengalami kesusahan sepanjang pandemik Covid-19 ini.
Setiap bulan kami mengumpul dana melalui persatuan kebajikan guru dan kakitangan
(KGK), yang mana sumbangan ini di salurkan terus kepada warga sekolah, murid,
kakitangan dan komuniti yang terjejas. Melalui tugasan pemerhatian ini, saya lebih
mengenali sekolah dari pelbagai sudut pandang bukan hanya berfokuskan akademik dan
kokurikulum sahaja.
(1000 patah perkataan)
43
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Terdapat beberapa isu yang dikenalpasti sepanjang pelaksanaan PBS selama dua minggu ini.
ISU PERTAMA: Hubungan Sekolah Dengan Komuniti Luar
Di dapati bahawa terdapat hubungan yang baik dan mesra antara sekolah dengan komuniti
melalui agihan bantuan makanan dan sumbangan kewangan kepada ahli keluarga yang terjejas
akibat daripada pandemik Covid-19. Sebagai penambahbaikkan, selepas reda pandemik Covid-
19 ini, pihak sekolah dengan kerjasama komuniti setempat bolehlah merancang aktiviti untuk
mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman antara keduanya. Sebagai contoh, aktiviti
berkelah, sukaneka, jamuan makan dan sebagainya.
ISU KEDUA: Pengurusan Disipilin dan Undang-undang di sekolah
Pengurusan disiplin di sekolah pada tahap yang baik. Disebabkan sekolah ini ada dua sesi,
guru disiplin atau guru pengawas juga terbahagi kepada dua orang. Justeru itu, pengurusan
disiplin di sekolah menjadi tersusun. Disiplin juga dalam keadaan terkawal. Sejak pandemik
Covid-19 melanda ini, disiplin pelajar diperketatkan seperti pemakaian mask. Pemakaian mask
ke sekolah adalah wajib. Terdapat isu di mana murid mengulang pakai mask selama dua hari.
Ini adalah tidak wajar berlaku. Cadangan penambahbaikkan, dengan inisiatif pihak sekolah,
guru
ISU KETIGA: Penguasaan tajwid dalam kalangan murid tahun 3
Sebagai guru Pendidikan Islam tahun 3, sepanjang PBS berlangsung ini, saya dapati murid
masih lemah dalam hukum tajwid nun sakinah dan tanwin. Murid tidak dapat membezakan huru
dan cara sebutan bagi setiap pecahan hukum nun sakinah dan tanwin yang ada lima tersebut.
Cadangan penambahbaikkan, guru memperkenalkan kad piramid tajwid. Kesannya, murid-
murid semakin faham dan dapat membezakan hukum nun sakinah dan tanwin dengan betul
dan tepat.
44
TUGASAN 3
KAJIAN KES
45
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
47
BIL KANDUNGAN 48
1. Isu yang difokuskan 48
2. Permasalahan kajian 49
3. Objektif kajian
4. Kumpulan sasaran 49-54
5. Metadologi kajian 55
6. Cadangan kajian seterusnya 56
7. Rujukan
46
KAJIAN KES: MASALAH PENGUASAAN HUKUM TAJWID NUN SAKINAH DAN TANWIN
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
NASIHAH BINTI MOHD ALIAS
[email protected]
1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN
Tajwid merupakan salah satu cabang ilmu yang penting dalam usaha untuk
memperbaiki bacaan Al- Quran kita. Terdapat banyak cabang hukum tajwid yang ada,
akan tetapi pada kajian kes ini, hukum tajwid yang di fokuskan ialah hukum nun sakinah
dan tanwin yang merupakan silibus bagi tahun 3 di ssekolah rendah kebangsaan.
Penguasaan hukum tajwid nun sakinah dan tanwin perlu ditingkatkan lagi oleh sebab
pentingnya ilmu tajwid ini seperti yang tertulis di dalam surah Al-Muzammil ayat 4 yang
bemaksud: “Bacalah Al-Quran itu dengan tartil (perlahan-lahan) (Azarudin Awang et al.,
2018). Ini menunjukkan bacaan Al-Quran perlulah bertajwid agar kesucian serta
ketinggian Al-Quran itu sentiasa dipelihara. (Zainora Daud et al., 2018) Oleh itu, saya
sebagai guru Pendidikan Islam berasa tanggungjawab untuk memberi penekanan
terhadap ilmu tajwid kepada murid -murid saya dan fokus kajian saya ini ialah hukum
tajwid nun sakinah dan tanwin yang seperti kita sedia maklum, hukum nun sakinah dan
tanwin ini terbahagi kepada lima cabang utama, iaitu hukum izhar halqi, idgham maal
ghunnah, idgham billaghunnah, iqlab dan ikhfaq hakiki. Kesemua hukum di bawah tajuk
nun sakinah dan tanwin ini akan diberi penekanan serius agar murid-murid ingat dan
faham serta mampu aplikasikan apabila membaca Al-Quran kelak.
47