2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Kemampuan untuk mendalami ilmu yang ada dalam Al-Quran amatlah penting dalam
mendepani dunia penuh cabaran. (Harun Al Rasyid, 2019). Antara langkah dan usaha
yang boleh dilakukan ialah dengan mendalami serta memperkemaskan diri dengan ilmu
tajwid. Tugas dan tanggungjawab guru adalah untuk mempersiapkan murid-murid yakni
generasi pewaris bangsa dengan pelbagai kemahiran, keupayaan, nilai murni serta
akhlak terpuji dalam usaha untuk membentuk generasi berilmu dan berdaya saing. Oleh
hal yang demikian, penguasaan Al-Quran melalui pemahaman yang khusus akan
membantu murid-murid dalam mendalami ilmu Al-Quran yang akan memandu kehidupan
mereka di masa hadapan. Setelah melakukan pemerhatian melalui sesi pengajaran dan
pemudahcaraan PdPc di dalam kelas, di dapati terdapat murid yang masih keliru tentang
hukum nun sakinah dan tanwin serta pecahannya yang lima. Permasalahan murid
dikenalpasti dari segi ketidakupayaan mereka untuk menghafal huruf-hruuf bagi setiap
hukum tajwid tersebut dan cara bacaan yang betul. Oleh itu, kajian kes ini dilakukan
dengan memilih tajuk MASALAH PENGUASAAN HUKUM TAJWID NUN SAKINAH DAN
TANWIN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada tajuk kajian, maka objektif kajian kes ini ialah untuk:
i. Mengenalpasti kesalahan umum penggunaan hukum nun sakinah dan tanwin apabila
murid membaca AL-Quran.
ii. Menguji keberkesanan teknik Kad Piramid Tajwid dalam meningkatkan kefahaman
murid terhadap hukum nun sakinah dan tanwin
48
4.0 KUMPULAN SASARAN
25 orang murid tahun 3 Anggun, SK Kelebang Jaya, Chemor, Ipoh Perak.
5.0 METADOLOGI KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Masalah telah dieknalpasti melalui beberapa cara iaitu melalui pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan di dalam buku ketika mata
pelajaran Al-Quran dan ketika aktiviti tasmiq yang dilaksanakan di dalam kelas sekali
dalam seminggu. Di dapati murid masih lemah dalam penguasaan hukum tajwid nun
sakinah dan tanwin.
5.1.1 Pemerhatian ketika Pengajaran dan Pembelajaran
Ketika sesi PdPc, murid yang cerdas dan telah menguasai hukum nun
sakinah dan tanwim aktif dalam menajwab soalan-soalan yang dikemukan, sebaliknya
murid dalam kategori lemah hanya pasif dan senyap ketika sesi pengajaran dan
pemudahcaraan berlangsung. Oleh itu, guru mencipta idea penggunaan kad piramid
tajwid dalam usaha menarik minat mereka.
5.1.2 Melalui ujian pre dan post test
Murid diberikan masa untuk menjawab soalan di dalam buku aktiviti Tahun 3,
halaman 36. Mereka diberikan kertas jawapan untuk meletakkan jawapan seperti
rajah di sebelah.
49
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Pemerhatian ketika Pengajaran dan Pembelajaran
Murid tidak dapat mengingat huruf dan hukum nun sakinah dan tanwin
dengan betul. Murid masigh keliru cara bacaan yang tepat.
5.2.2 Melalui ujian pre dan post test
Murid tidak dapat menjawab dengan betul soalan yang dikemukan di dalam
buku aktiviti halaman 36. Kebanyakan murid gagal memperoleh markah penuh 5/5.
Keputusan adalah seperti di bawah:
Buku aktiviti Tahun 3, halaman
. کلوارکن حکوم نون ساکنة دان تنوين دڠن بتول،برڤندوکن سوءالن ددالم بوکو اکتيۏيتي
إدغام بلاغنة إدغام مع الغنة إقلاب إخفاء حقيق إظهر حلق No.
1.
2.
3.
4.
5.
50
KEPUTUSAN UJIAN PRE
Pencapaian Murid (5 Soalan) Bilangan (25 Orang) Peratus (%)
Betul Semua 5 20%
Betul Lebih Daripada 3 8 32%
Betul Kurang Daripada 3 12 48%
Keputusan adalah kurang memberansangkan di mana lebih 50% murid tahun 3 Anggun
gagal menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.
5.3 Tindakan yang dijalankan
5.3.1 Penggunaan Bahan Bnatu Mengajar (Penggunaan Kad Piramid Tajwid)
Murid diperkenalkan dengan kad piramid tajwid. Guru menerangkan fungsi kad
piramid tajwid. Guru menggunakan kad piramid tajwid selama seminggu untuk
menguji keberkesanannya. Selepas seminggu, guru menggunakan set soalan
yang sama untuk menguji murid.
Rajah 1: Kad Piramid Tajwid Nun Sakinah dan Tanwin
5.3.2 Selepas penggunaan kad piramid tajwid
Murid diberikan masa untuk menjawab soalan di dalam buku aktiviti Tahun 3,
halaman 36. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Mereka diberikan kertas
jawapan untuk meletakkan jawapan sama seperti di aktiviti pre test sebelum ini. Murid
turus tidak merujuk kepada kad piramid, akan tetapi murid lemah diberi peluang untuk
merujuk kepada kad piramid tajwid.
51
KEPUTUSAN UJIAN POST (SELEPAS MENGGUNAKAN KAD PIRAMID TAJWID)
Pencapaian Murid (5 soalan) Bilangan (25 orang) Peratus (%)
Betul Semua 10 40%
Betul Lebih Daripada 3 13 52%
Betul Kurang Daripada 3 2 8%
Keputusan melonjak dengan positif di mana hanya 8% murid tahun 3 Anggun yang kurang
faham dengan hukum nun sakinah dan tanwin.
5.4 Cadangan Penambahbaikkan Yang Dilaksanakan Untuk Menangani Isu
5.4.1 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Pelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan
interaktif (Khairiah et al., 2018) bukan hanya kad piramid tajwid yang digunapakai
di atas. Guru juga boleh menghasilkan lagu berkaitan hukum nun sakinah dan
tanwin. Di samping bahan maujud, pembelajaran melalui didik hibur juga memberi
implikasi positif kepada murid seperti nyanyian gerak badan dan sebagainya.
5.4.2 Refleksi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Murid lebih mudah faham dan dapat membezakan setiap hukum nun sakinah dan
tanwin yang lima tersebut. Murid yang lemah, tertarik dengan kad piramid tajwid
yang berwarna warni, ia memberi semangat dan keceriaan buat mereka untuk
menuntut ilmu. Ia menjadi panduan dan sangat membantu mereka untuk
mengenalpasti hukum nun sakinah dan tanwin dengan cemerlang. Murid turus
juga semakin yakin menjawab soalan yang dikemukan oleh guru dan mereka
berjaya aplikasikan ketika membaca Al-Quran. Jika sebelum ini, mereka hanya
menghafal, akan tetapi kini mereka lebih faham dan jelas. Terbuktilah,
penggunaan bahan bantu mengajar sangat penting dan releven dalam
meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran itu.
5.4.3 Perbanyakkan praktikal penggunaan hukum tajwid semasa membaca
Iqra /Al-Quran
52
Tidak dinafikan, pendedahan secara terus melalui pembacaan Iqra dan Al-Quran
membantu murid dalam melazimi bacaan tartil dan bertajwid. Murid akan biasa
berjaya aplikasikan ilmu tajwid yang dipelajarinya di dalam kehidupan seharian
ketika membaca Al-Quran mahupun Iqra. Melalui aktiviti sebegini. Murid akan
lebih cepat faham dan ingat hukum-hukum tajwid berkenaan kerana mereka
sudah praktikkan di dalam kehidupan sebenar, bukan hanya melalui latihan atau
lembaran kerja sahaja.
5.4.4 Refleksi praktikal penggunaan hukum tajwid semasa membaca Iqra/Al-
Quran
Dengan melakukan praktikal bacaan hukum nun sakinah dan tanwin
menggunakan Iqra dan Al-Quran, di dapati murid semakin ingat dan mahir.
Mereka juga berjaya membetulkan bacaan yang selama ini tidak mengikut
hukum tajwid yang betul. Hasil positif ini memberi keyakinan kepada murid dan
juga guru untuk terus melaksanakan pendekatan belajar dan apliksikan dalam
kehidupan seharian secara optimum adalah sangat tepat.
53
5.5 Refleksi keseluruhan kajian
Setelah berjaya menjalankan kajian kes semasa PBS di sekolah, saya telah membuat
kesimpulan dan mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan terhadap
kajian kes yang dilaksanakan ini.
a) Kekuatan
Hasil daripada kajian kes terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti iaitu:
i. Mengetahui dan mengenalpasti punca murid tidak menguasai hukum nun sakinah dan
tanwin.
ii. Terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam meningkatkan
kefahaman murid, contohnya penggunaan BBM, kad piramid tajwid dan lain-lain lagi
yang releven.
iii. Melalui kajian kes ini, dapat juga diketahui bahawa setiap murid berpotensi untuk
memahami sesuatu topik atau isi pelajaran dengan baik sekiranya teknik dan
pendekatan yang digunakan sesuai dan tepat dengan pelbagai kecerdasan murid.
b) Kelemahan
Terdapat juga beberapa kelemahan yang dihaapi apabila melaksanakan kajian kes
ini,antaranya ialah:
i. Murid dalam kategori lemah sering tidak hadir ke sekolah, ini sedikit sebanyak
memberi kesan kepada keberkesanan kajian yang cuba dijalankan.
ii. Keterbatasan waktu yang diperuntukkan dalam seminggu bagi memahamkan murid
tentang penggunaan kad piramid tajwid.
iii. Terdapat kesukaran pada peringkat awal untuk memahamkan murid-murid tentang
hukum nun sakinah dan tanwin menggunakan kad piramid tajwid
iv. Segelintir murid berputus asa dan perlu diberi motivasi berterusan supaya mereka
kekal bersemangat untuk mempelajari hukum tajwid nun sakinah dan tanwin
54
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setelah selesai kajian kes yang saya laksanakan di sekolah berkaitan penguasaan
murid dalam hukum tajwid nun sakinah dan tanwin, terdapat cadangan kajian seterusnya
ialah pada hukum mim sakinah dan tanwin. Apakah idea dan inovasi yang sesuai, yang
boleh digunapakai bagi membezakan hukum mim sakina dan tanwin pula.
Cadangan kedua pula ialah kajian tentang keberkesanan pengajaran melalui didik
hibur iaitu lagu bertemakan hukum tajwid. Di sebabkan pada kajian ini menggunakan bahan
maujud, mungkin penggunaan teknik didik hibur akan memberi impak yang lebih maksima
terhadap penguasaan ilmu tajwid murid-murid.
Cadangan seterusnya pula ialah, kajian diperkembangkan dalam cabang ilmu
pendidikan Islam yang lain misalnya kemahiran jawi. Melalui pemerhatian kajian kes ini,
murid-murid juga masih lemah mengenal huruf iqra dan kaitannya juga dengan pelajaran
jawi. Jadi, cadangan untuk kajian seterusnya ada perihal penguasaan jawi bagi murid-murid
di SK Kelebang Jaya.
Kesimpulannya, kajian kes ini telah menemukan idea kepada beberapa kajian yang
boleh dicadangkan kepada guru-guru Pendidikan Islam khusunya dalam usaha membantu
meningkatkan keupayaan murid-murid beragama Islam dalam menguasai matapelajaran
Pendidikan Islam di sekolah.
55
7.0 RUJUKAN
Azarudin Awang, Azman Che Mat, Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. (2017). Tahap
Pembacaan Al-Quran dalam Kalangan Pelajar di UiTM,Terengganu.
Haji Abdul Kadir Leong. Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn.
Bhd
Harun Al Rasyid. (2019). Kontribusi Ulama Tajwid terhadap Perkembangan Ilmu Bahasa
IAIN Sumatra Utara, Medan Vol. 2, No. 2, 2009
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Buku Aktiviti Pendidikan Islam Tahun 3. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 3. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairiah Binti Razali, Ahmad Johari bin Sihes. (2018) Teknologi E-Quran Dalam
Meningkatkan Penguasaan Ilmu Tajwid Dalam Kalangan Murid Tahun 3
Rashidah Md Hasan, Nik Rosila Nik Yaacob, Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya. (2016).
Kaedah Pembelajaran Serentak Dalam Meningkatkan Pencapaian Kelancaran
Bacaan, Fasohah Dan Hukum Tajwid Murid Sekolah Rendah
Zainora Daud, Shaharuddin Saad, Hayati Hussin. (2018). Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid:
Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor. Journal of Quran Sunnah
Education and Special Needs, Vol. 2 (Special Issue)
Zainora et al. (2017). Sekolah Tahfiz Swasta di Selangor: Satu Kajian Rintis Terhadap
Penguasaan Ilmu Tajwid. Jurnal Pengajian Islam. Bilangan 10, Isu II, Halaman 141-
151
Zulkifli Saari, Mazlan Ibrahim, Ahmad Munawar Ismail dan Yusni Mohamad Yusop (2018).
Kajian Terhadap Kesalahan Lazim Dalam Membaca Al-Quran DiKalangan Guru
Pelatih Di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah
56