2
Sumber:
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Editor Penyelaras:
Kyadizah Abd. Hamid
Siti Nor Khalilah Abdullah Halim
Grafik oleh:
Farisah Ibrahim
Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka
2
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
Mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan
yang kaya dengan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
3
4
1976
KETAHANAN
RAKYAT
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat
yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita
kemakmuran dan keselamatan negara. Tema
“KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung di atas
menjadikan reka bentuk ini bulat dan bertangkup
melambangkan keteguhan negara.
Reka bentuk ini juga berupa rebana ubi menggambarkan
satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi
membendung perkataan ‘31 Ogos’ sebagai Hari
Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga mencerminkan
lima prinsip Rukun Negara yang menjadi landasan kepada
matlamat negara. Warna yang digunakan ialah
warna-warna daripada bendera Malaysia.
Pencipta Logo : Kajian Seni Lukis dan Senireka ITM
5
6
1977
BERSATU MAJU
Logo ini bertema BERSATU MAJU. Lima bahagian yang
naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan
dan semua bahagian ini semakin rapat bagi
membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima
bahagian atau tiang melambangkan lima prinsip Rukun
Negara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling
tinggi) menandakan prinsip pertama iaitu Kepercayaan
Kepada Tuhan.
Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil
daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat
prinsip Rukun Negara yang lain, sementara bentuk hadapan
perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan
nasional yang berasaskan kepada hasil pribumi negara.
Nombor 20 menandakan 20 tahun selepas merdeka.
Empat tiang daripada timah menandakan kemajuan
perdagangan dan perindustrian, tiang yang paling
tinggi tanda keteguhan Malaysia. Kolam dengan air biru
menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan nelayan,
jejambat kecil membayangkan teguh dan sistematiknya
ekonomi pertanian negara ini.
Pencipta Logo : Kajian Seni Lukis dan Senireka ITM
7
8
1978
KEBUDAYAAN
SENDI PERPADUAN
Tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, “KEBUDAYAAN
SENDI PERPADUAN”. Logo ini menggambarkan bulan
sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil
daripada sebahagian daripada lambang bendera
Malaysia dan memberikan makna sebuah negara
(Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang itu
terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran
berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara
dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan
berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum
yang mendedahkan perpaduan rakyat.
Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar
rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan
kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka
‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka.
Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan
bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang
mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai
berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan di samping
berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup
bersatu padu.
Pencipta Logo : Kajian Seni Lukis dan Senireka ITM
9
10
1979
BERSATU
BERDISIPLIN
Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar
melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima
bulatan kecil berwarna biru melambangkan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan juga rakyat Malaysia
yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah
melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat
yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk
memajukan negara.
Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan
yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima
segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan
raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap
pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini,
logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada
berbagai-bagai keturunan dan segenap lapisan
masyarakat bersatu padu dan berdisiplin mematuhi
amalan-amalan prinsip Rukun Negara dan dengan itu
dapat menuju ke arah kemakmuran dan keamanan.
Pencipta Logo : Kajian Seni Lukis dan Senireka ITM
11
12
1980
BEBREDRISBIAPKLITNI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan
Rukun Negara (bentuk lima segi) dalam mencapai
kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang
melindungi di tengah-tengah itu adalah masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa dan sentiasa bersedia
berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang
melingkupi segala bentuk yang ada itu melambangkan
‘bulat manusia kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga
menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
13
14
1981
BERDISIPLIN
BERHARMONI
Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang
telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu
sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah
logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang
sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan
menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang
yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan
prinsip Rukun Negara.
Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan
kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik,
ekonomi dan kemasyarakatan.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
15
16
1982
BERDISIPLIN
GIAT MAJU
Logo berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga
Kebangsaan iaitu Bunga Raya yang melambangkan
ketahanan dan kesegaran. Warna-warna yang digunakan
adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia.
Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima
prinsip Rukun Negara yang membentuk keutuhan negara.
Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian
perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan
warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat
terhadap negara dan percantuman 25 itu melambangkan
perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah
dialami oleh negara. Sepanjang 25 tahun selepas
merdeka, Malaysia sentiasa terus maju dan membangun
dalam pelbagai bidang demi mencapai kestabilan negara.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
17
18
1983
BERSAMA KE ARAH
KEMAJUAN
Anak panah yang memberikan gambaran menuju ke
satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini
melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat
di antara pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai
bidang.
Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang
terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya
mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan
kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada
usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan
golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini
bergiat untuk membangunkan negara ke arah
kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang
melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap
usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
19
20
1984
AMANAH ASAS
KEJAYAAN
Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan
kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi
intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi
oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan
hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam
negara yang berdaulat berserta kerjasama yang
erat antara sektor awam dengan swasta yang akan
membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek.
Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak
panah menunjukkan apa sahaja yang kita usahakan akan
mencapai kejayaan pancaran anak panah yang bermula
dari bulatan putih sebagai asas amanah.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
21
22
1985
NASIONALISME
TERAS PERPADUAN
Logo bagi tema “NASIONALISME TERAS PERPADUAN”
mengambarkan lima bulatan biru yang dikandungi oleh
bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia
berbilang kaum daripada pelbagai rumpun bangsa yang
bersatu padu manakala bentuk-bentuk merah pula
melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi
teras perpaduan tersebut.
Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan
harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan
perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa
rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang
negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan
merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang
penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang
cintakan negara.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
23
24
1986
NBEAGNAGRSAATTEEGGUAHS
Logo melambangkan tema “BANGSA TEGAS NEGARA
TEGUH”. Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan
kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha
memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara
dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat
diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat
Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk
tiga segi berwarna merah itu. Warna Kuning di tengah
melambangkan kedaulatan Raja-raja yang merupakan
satu daripada prinsip Rukun Negara.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
25
26
1987
BESREUTISAABHEARMSAATJUU
Logo mengambarkan bentuk empat segi di atas empat
bulatan sementara bulatan kelima di tengah-tengah.
Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam
bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan
dan perindustrian.
Lima bulatan melambangkan lima bidang kegiatan yang
mendukungi bidang ekonomi iaitu kegiatan penyelidikan,
pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan
keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukun
Negara. Warna kuning dalam bulatan tengah bererti
kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi
dan lima bulatan melambangkan keharmonian dalam
kalangan rakyat jelata yang bersatu padu. Warna merah
pula membawa erti berusaha.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
27
28
1988
BERSATU
Tema “BERSATU” pada logo ini digambarkan oleh
bulatan yang mempunyai tiga kepala dan satu tubuh
dilambangkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu
bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan dalam
kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.
Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian
lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa diamalkan oleh
penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan
konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi
asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan
seharian rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan
sistem Raja Berperlembagaan yang membawa rakyat
bersatu. Bulatan biru latar belakang logo melambangkan
keharmonian dan kestabilan negara.
Pencipta Logo : S.Sundaresan
29
30
1989
BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni
anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi
aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak
berwarna-warni ini ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi
erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa
di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah
dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman
damai berteraskan perpaduan nasional.
Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang
mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur yang membawa
maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama,
menentukan adat resam dan kebudayaan serta
mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam
dan kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita
masyarakat. Petak-petak yang berbentuk empat anak
panah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan
berpandukan semangat setia kawan dan berganding
bahu. Empat bulatan kuning mengambarkan negara
mengamalkan pemerintahan demokrasi.
Pencipta Logo : Zainal Alamin Zainal Alam
31
32
1990
BERJAYA
Logo mengambarkan tiga kepala dan tiga tangan yang
dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia
berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan
perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan
Malaysia seluruhnya.
Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem
pemerintahan Raja Berperlembagaan yang menjamin
keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan
menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang
berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti
kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi
kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya.
Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap
dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran
negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo
melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
Pencipta Logo : Naim Haji Ahmat
33
34
1991
WAWASAN 2020
Logo bertemakan WAWASAN 2020 mengambarkan
anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru,
putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat
Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah
menjadikan negara ini sebuah negara maju.
Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan
sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha
pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan
biru, putih dan merah melambangkan perancangan
dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan
nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai
wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.
Pencipta Logo : Hashim Hassan
35
36
1992
WAWASAN ASAS
KEMAJUAN
Reka bentuk logo berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah.
Huruf ‘W’ merujuk kepada perkataan Wawasan dan
tiga anak panah dalam huruf ‘W’ yang menuju ke atas
melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan
ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan
negara di masa depan.
Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu
warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo
ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum
di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang
merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan
ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju ke
arah matlamat yang dicita-citakan.
Secara keseluruhannya, reka bentuk logo ini membawa
maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
berbilang kaum hidup bersatu padu dan harmoni dalam
sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa
berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara ‘maju’ di masa depan.
Pencipta Logo : Chan Beng Siong
37
38
1993
BERSATU MENUJU
WAWASAN
Bentuk bulatan menggambarkan bersatu padu,
bekerjasama, bersemangat setia kawan, berharmoni
serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.
Merah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan
dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih,
kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk
mencapai wawasan.
Biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat
Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian,
kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan
menerusi wawasan yang dicita-citakan.
Kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang
sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang
diinginkan.
Pencipta Logo : Dimyati Jaafar
39
40
1994
JAYAKANNIWLAAIWMAUSRANNI
Bentuk hati dan anak panah melambangkan nilai murni,
bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fizikal
sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu.
Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia.
Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih
pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan
dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni.
Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’
melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat
Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan
matlamat dan hasrat masyarakat.
Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat
Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
Pencipta Logo : Wan Ahmad Zauti Ahmad
41
42
1995
JATI DIRI
PENGGERAK
WAWASAN
Logo berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga
raya. Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan
sebagai lima prinsip Rukun Negara. Warna-warna
merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut
berasaskan warna-warna bendera Malaysia yang
melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum,
agama dan kebudayaan berusaha membentuk suatu
jati diri tersendiri.
Warna putih pada garisan yang mengelilingi
kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan
nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk
keharmonian rakyat. Warna kuning membawa maksud
kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai.
Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan
ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran
di dalam dan di luar negara. Warna biru membawa
maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini
sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera.
Pencipta Logo : Che Mahadi Sapran
43
44
1996
BUDAYA PENENTU
KECAPAIAN
Reka bentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian
negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian
pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya
yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan
semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi
negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari
setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.
Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan
bergabung tenaga. Warna merah melambangkan
semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa
rakyat. Warna putih melambangkan niat murni rakyat
dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama.
Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak
dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai
kaum.
Pencipta Logo : Zulkeflee Hassan
45
46
1997
AKHLAK MULIA
MASYARAKATJAYA
Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan
harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat
berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan
hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan
kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara.
Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa)
dan kuning melambangkan sifat hormat-menghormati
dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk
mencapai cita-cita dan wawasan negara.
Pencipta Logo : Muhamad Azid Abdul Latiff
47
48
1998
NEGARA KITA
TANGGUNGJAWAB
KITA
Logo ini menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab
rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam
semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga
bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia
berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 negeri
dan wilayah di Malaysia.
Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung
wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih
melambangkan harmoni rakyat manakala merah
mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk
wawasan negara sementara kuning melambangkan
kedaulatan negara.
Pencipta Logo : Kamarul Khazim Sulaiman
49
50