The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAYANGI MALAYSIAKU KOLEKSI LOGO-LOGO HARI KEBANGSAAN 1976-2018

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ping_sim, 2021-01-03 21:39:25

Sayangi Malaysiaku Koleksi Logo-Logo Hari Kebangsaan 1976-2018

SAYANGI MALAYSIAKU KOLEKSI LOGO-LOGO HARI KEBANGSAAN 1976-2018

1999

KE ALBAEFRBSAARTUU

Logo ini menggambarkan reka bentuk seorang insan yang
membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia
sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara
dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan
mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah
menuju visi negara 2020.
Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri.
Warna biru melambangkan rakyat bersatu padu
membentuk wawasan negara, Warna putih
melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat.
Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati
rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

Pencipta Logo : Rosli Ismail

51

52

2000 - 2006
KERANAMU
MALAYSIA

Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang
budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan
fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran
serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna
biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan
sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana
Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain
bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam
keadaan aman, makmur dan bersatu padu.
Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek
melambangkan tiga kaum utama di Malaysia
(Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama
(Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang
budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran
di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka
bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa
akan datang yang digambarkan melalui pegangan
tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud
vision atau wawasan.

Pencipta Logo : Madeni Minwari

53

54

2007

MAGLEAMYSILIAANKGU

Reka bentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang
berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat
Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat
kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih
digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan
dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan
angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena
ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka
5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang
merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu
diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip
Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke
kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud
kemajuan pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak
50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga
bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu
dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun
usia kemerdekaan. Warna merah dan putih melambangkan
keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud
perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning
adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan
Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi
semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

Pencipta Logo : Nor Azian A.Hasan

55

56

2008

PERPADUAN
TERAS KEJAYAAN

Reka bentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang
saling berganding bahu dan berpadu tenaga dalam
menuju kejayaan ini melambangkan ”Perpaduan Teras
Kejayaan”. 3 figura manusia saling berganding bahu
menunjukkanrakyatyangbekerjasamadiantarasatusama
lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bekerjasama dan
berganding bahu adalah mewakili 3 kaum utama
di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan
mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol
kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru
melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh
kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula
melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan
Agong. Kuning juga membawa maksud warna
kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat
Malaysia.

Pencipta Logo : Anuar Dan

57

RAKYARaTkyDatIDDidAahHuUluLkaUnKAN,
PENCAPePncAapIAaiNanDDiuIUtaTmAakManAKAN

58

2009
1MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN
DIUTAMAKAN

Logo melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan
satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat
cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara
dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara
Bangsa.

Pencipta Logo : Universiti Lim Kok Wing

59

TRAMPeNRnaEckaSypNaatFiaDJnOidDAaihuRutNalumMkAaaknAanSI

60

2010

1MMAELNAJYASNIAA
TRANSFORMASI

Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu
masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat
cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara
dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,
bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.

Pencipta Logo : Universiti Lim Kok Wing

61

TRANSFRaOkyRatMDidAaShuIluBkaEnRJAYA
RAKPeYnAcaTpaiSanEDJiuAtaHmaTkaEnRA

62

2011

1MALAYSIA
TRANSFORMASI
BERJASYEAJARHATKEYRAAT

Pencipta Logo : Universiti Lim Kok Wing

63

64

2012

JANJI DITEPATI

Bendera Malaysia merupakan simbol negara Malaysia
yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara
sejak merdeka. Jalur Gemilang kebanggaan setiap rakyat
Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada
dunia. Nombor 55 melambangkan kedaulatan Institusi
Raja Berpelembagaan dan kedaulatan negara yang
telah dipertahankan sejak 55 tahun.
Huruf ‘M’ melambangkan perpaduan utuh masyarakat
Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan
kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal
kemerdekaan dicapai. ‘Merdeka’ melambangkan
keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para
pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang
dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan
negara.
Perkataan ‘Janji Ditepati’ melambangkan kesungguhan
dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada
rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan,
kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik. 1Malaysia
mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu
Negara Bangsa.

65

66

2013

MALAYSIAKU
BERDAULAT TANAH

TUMPAHNYA
DARAHKU

Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena
sambutan Hari Kemerdekaan ke-56. Imej bewarna merah
diselang-seli jalur putih melambangkan Jalur Gemilang
menyaluti simbol 56 (56 tahun kemerdekaan), mewakili
rakyat Malaysia berbilang kaum, membawa semangat
1Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian. Ia
juga melambangkan rakyat Malaysia yang bersatu padu
menjaga kedaulatan negara dari tahun 1957 sehingga
kini. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.
Secara ringkas, apa yang hendak ditonjolkan pada
logo ini adalah memupuk semangat kecintaan kepada
keamanan dan Malaysia negara berdaulat.

Pencipta Logo : Noor Hishamuddin Omar

67

68

2014

DI SINMI LAALHAYIRSNIAY.A..
SEBUAH CINTA

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah dalam ungkapan
angka 57 bermaksud ulang tahun ke-57 kemerdekaan Malaysia,
sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah
kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang
boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran yang dikecapi secara berterusan. Angka 57 yang
diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat
kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian
dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak
berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan
panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan
muda.
Kibar Jaur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan
kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan
sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat
oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung
menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.
Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan
negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk
terus memelihara dan mengekalkannya. Tema ‘Malaysia....
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ diletakkan pada sudut bersesuaian
dengan reka bentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari
segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

Pencipta Logo : Abdul Mutalib Abd Rahman

69

70

2015 - 2016
MALAYSIA
#SEHATISEJIWA

Bentuk hati perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang
sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.
Bulan adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama
rasmi negara manakala bintang pecah 14 adalah
cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan.
Bentuk peta mengambarkan keakraban semua negeri di
bawah payung negara. Garis berwarna merah di bawah
bentuk hati mengambarkan rakyat Malaysia yang berjiwa
besar dan berani, di samping rentetan warna BIRU,
MERAH, PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi
warna Jalur Gemilang bendera kebanggaan rakyat
Malaysia.

Pencipta Logo : Muhamad Hanafi Bin Ghazali
: Muhamad Eusoffe Naqiuddin
: Nurul Aklma Abdul Wahab

71

72

2017

NEGARAKU
SEHATI SEJIWA

NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan
perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi
penggerak kepada agenda memperkasakan integrasi
nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat
dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan
direka dengan teliti berasaskan ‘keharmonian dalam
kepelbagaian’ ini akan menyemarakkan semangat
patriotisme serta memperluas dan memperkukuh
semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami
dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dan budaya.

73

74

2018

SAYANGI
MALAYSIAKU

Logo ini menggambarkan simbol tiga orang melakukan
gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk
hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.
Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang
terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam
kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan
terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada
negara Malaysia. Penggunaan warna-warna adalah
berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan
kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

Pencipta Logo : Nik Zulkifli Bin Nik Hitam

75

76


Click to View FlipBook Version