The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alupuntau, 2022-08-21 22:10:03

bm tahun 6 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)




















SEKOLAH KEBANGSAAN






PENULIS
Amir Hazlin bin Lin
Hasdi bin Daud EDITOR
Aiman bin Hamidon
Norazura binti Abdul Samat
Muhammad Hisyam bin Haliah
Hazimah binti Yusof



PEREKA BENTUK
Jamilatul Salwa binti Shahrul ILUSTRATOR
Nurulainis binti Mohd Rejal Aminurashid bin Yeop Aziz
Hairul Hakim bin Abu Bakar




















Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2021 i
KPM

No. Siri Buku: 0001 PENGHARGAAN
KK 499-221-0102011-49-3275-20101 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
ISBN 978-983-49-3275-6
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima
kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat:
Cetakan Pertama 2021
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 • Jawatankuasa Penyemakan
Pruf Muka Surat,
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Kementerian Pendidikan Malaysia
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan • Jawatankuasa Penyemakan
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk Naskhah Sedia Kamera,
atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
mekanik, penggambaran semula mahupun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan
• Bahagian Pembangunan Kurikulum,
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Kementerian Pendidikan Malaysia
• Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Diterbitkan untuk
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka, • Jawatankuasa Pembaca Luar,
Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka
50460 Kuala Lumpur. • Pakar Rujuk Bahasa,
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah
No. Faksimile: 03-21479643 binti Haji Abdul Karim
Laman Web: http://www.dbp.gov.my • Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia
Reka Letak dan Atur Huruf:
SH Design & Print Sdn. Bhd. • Kementerian Kesihatan Malaysia
• Polis Diraja Malaysia
Muka Taip Teks: Azim • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin • Jabatan Warisan Negara
• Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Dicetak oleh:
Syarikat Percetakan Inderapura Sdn. Bhd., • Muzium Negeri Terengganu
Jalan Tanjong Api, • Semua pihak yang terlibat secara langsung
Off Jalan Teluk Sisek, atau tidak langsung dalam usaha menjayakan
25050 Kuantan, penerbitan buku teks ini.
Pahang Darul Makmur.

KANDUNGAN

PENDAHULUAN iv

TEMA 1 KEKELUARGAAN 1
Unit 1 Saling Menyayangi 2
Unit 2 Ke Sana ke Sini 7
Unit 3 Cerita Pertemuan 13

TEMA 2 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN 23
Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita 24
Unit 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan 31
Unit 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 37

TEMA 3 KESELAMATAN 47
Unit 7 Sentiasa Peka 48
Unit 8 Sentiasa Berhati-hati 55
Unit 9 Waspada Fenomena Alam 63

TEMA 4 PERPADUAN 73
Unit 10 Langkah Perpaduan 74
Unit 11 Gema Perpaduan 81
Unit 12 Semarak Perpaduan 87

TEMA 5 KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA 97
Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara 98
Unit 14 Persada Seni Lambang Jati Diri 103
Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia 109

TEMA 6 SAINS, TEKNOLOGI, DAN INOVASI 119
Unit 16 Indahnya Sains 120
Unit 17 Teknologi Membantu Kita 127
Unit 18 Inovasi Kreatif 133


TEMA 7 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN 143
Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan 144
Unit 20 Rezeki daripada Tanah 151
Unit 21 Dunia Tani dan Ternak 157

TEMA 8 EKONOMI, KEUSAHAWANAN, DAN PENGURUSAN KEWANGAN 167
Unit 22 Sumber Ekonomi 168
Unit 23 Usahawan Berjaya 173
Unit 24 Bijak Mengurus Wang 179


TEMA 9 INTEGRITI 189
Unit 25 Amanah Sejagat 190
Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara 197
Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri 203
iii
KPM

PENDAHULUAN

Penghasilan buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 Sekolah Kebangsaan berasaskan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks
ini terhasil bagi melahirkan murid yang berketerampilan dalam kemahiran berbahasa selaras dengan
aspirasi pendidikan negara yang menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Buku teks
ini mampu membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih dinamik dalam
pelbagai keadaan. Kandungan buku ini mengandungi sembilan tema, iaitu:

Kekeluargaan Sains, Teknologi, dan Inovasi
Kesihatan dan Kebersihan Pertanian dan Penternakan
Keselamatan Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan
Perpaduan Integriti
Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika
Setiap tema dibahagikan kepada tiga unit. Penyusunan Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa, dan Aspek Tatabahasa dalam unit ialah
secara modular. Pada akhir setiap tema pula, adanya aktiviti Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan,
dan Penilaian. Penetapan bahan dan Standard Pembelajaran (SP) secara ansur maju daripada tahap
mudah kepada tahap sukar memudahkan guru untuk membuat pentaksiran berterusan terhadap
perkembangan murid.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) pula diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan
kemahiran murid. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dijelmakan dalam bahan pula dapat
menterjemahkan pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif murid. Selain itu, elemen PAK-21 melalui
penggunaan peta pemikiran dapat menjanakan kemahiran berfikir murid menerusi kerangka idea yang
tercatat.


Peta Bulatan Peta Pelbagai Alir
Proses pemikiran: Proses pemikiran:
mendefinisikan sesuatu menganalisis hubungan
mengikut konteks sebab dan akibat
Peta Buih Peta Dakap
Proses pemikiran: Proses pemikiran:
menerangkan sesuatu menentukan hubungan
dengan kata sifatan bahagian – seluruh

Peta Buih Berganda Peta Pokok
Proses pemikiran: Proses pemikiran:
membanding beza sesuatu mengelaskan sesuatu



Peta Alir Peta Titi
Proses pemikiran: Proses pemikiran:
menganalisis sesuatu secara menentukan faktor
berurutan penghubung


Buku teks ini juga memaparkan pelbagai bahan berunsurkan didik hibur dengan adunan teks dan
grafik dalam pelbagai reka bentuk dan warna. Persembahan buku ini diharapkan dapat memberi murid
pengalaman yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran.


iv iv
KPM
KPM
KPM

Ikon-ikon yang menarik juga digunakan untuk menjelaskan bahagian-bahagian tertentu.






Aktiviti Unit Kemahiran Mendengar
Arahan aktiviti yang dan Bertutur
dirancang untuk mencapai Keupayaan murid berkomunikasi
Standard Pembelajaran (SP). dalam pelbagai situasi dengan lebih
berkesan diuji.



Aktiviti Lisan
Murid perlu memberikan
respons secara lisan.

Kemahiran Membaca
Keupayaan murid Kemahiran Menulis
membaca, memahami, Keupayaan murid
dan menaakul pelbagai mengaplikasikan
bahan diuji.
maklumat dalam
pelbagai bentuk
penulisan bagi
menyampaikan
idea diuji.



Aspek Seni Bahasa
Keupayaan murid
mengungkap, menghayati,
dan menghargai bahasa
yang indah diuji. Kod QR
Imbasan kod bagi
mendapatkan maklumat
tambahan berkaitan dengan
kandungan pembelajaran.


Info
Rujukan yang menerangkan makna
perkataan atau maklumat tambahan
bagi sesuatu konsep yang berkaitan
dengan bahan atau teks.





KBAT
Elemen KBAT merangsang kemahiran Aktiviti Menulis
berfikir murid terhadap pelbagai bahan. Murid perlu memberikan
jawapan secara bertulis.
v
v v
KPM
KPM
KPM

Aspek Tatabahasa
Keupayaan AR
murid menguasai Imbasan teknologi
tatabahasa yang dalam bentuk 2D atau
betul dalam 3D bagi mendapatkan
komunikasi dan maklumat tambahan.
penulisan diuji. Aplikasi AR boleh
dimuat turun melalui:
Nota Guru
Play Store
1.1.1 Nota Guru
(Android) Panduan dan
Munsyi Cilik
Maklumat tatabahasa yang boleh dirujuk. cadangan kepada
App Store guru untuk
(iOS) melaksanakan
aktiviti pengajaran
Aktiviti Nilai Tambah dan pembelajaran.
P
S
A ASPEK E K
N
E
SENI BAHASA A
S
H
A
S
A
I

B
I
T
I
V
K
A
AKTIVITI T I
L
U
M MENULIS I S
E
N
Pemulihan Pengayaan Pengukuhan
C
BACAAN LUAS A S
B
A
A
L
U

A
N
E
H
A
L
P PEMULIHAN N
U
M
I
Penilaian Bacaan Luas
Cadangan Penggunaan Buku Teks
• Buku teks ialah bahan rujukan utama kurikulum yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Bahan dalam buku teks boleh dijadikan panduan bagi
mencapai SP.
• Guru boleh menggunakan mana-mana bahan yang sesuai daripada buku teks tanpa
terikat dengan susunan halamannya.
• Guru disarankan untuk menggunakan dan mengubah suai bahan dalam buku teks
berdasarkan tahap kebolehan dan keupayaan murid.
• Guru boleh memanfaatkan maklumat dalam Nota Guru bagi menjelmakan rancangan
pengajaran yang lebih cekap dan menarik.
Selaras dengan ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, buku teks ini menjadikan
aktiviti pembelajaran bahasa lebih aktif, berpusatkan murid, mencabar kreativiti, serta
menyeronokkan. Yang lebih utama, buku teks ini dapat membantu murid mengaplikasikan
keterampilan berbahasa secara intensif.
Amir Hazlin bin Lin
Hasdi bin Daud
Aiman bin Hamidon
vi
KPM



TEMA
TEMA


1 KEKELUARGAAN































































Bincangkan cara mewujudkan kasih sayang dalam keluarga.



1

UNIT
1 Saling Menyayangi


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Jasa Ibu Tidak Terbalas
Jasa Ibu Tidak Terbalas
Keluarga Irfan menonton televisyen di ruang tamu.


Audio pendengaran
Puan Fazlina luka pada bahagian kaki ketika menyelamatkan
tiga orang anaknya daripada banjir. Beliau telah mengangkat
anak-anaknya ke bumbung rumah semasa paras air semakin
naik. Ketika kejadian, suaminya tiada di rumah kerana bekerja
di luar kawasan.




Berita ini tentang
apa, Irfan?
Orang tua memang prihatin akan anak
mereka. Misalnya, semasa ayah masih
kecil, nenek sangat bimbang sewaktu
ayah demam. Nenek telah membawa
ayah ke klinik dengan segeranya.




Apakah pengalaman
ayah semasa kecil,
Irdina?

















Aktiviti

Dengar ujaran dan cam sebutan. Kemudian, sebut ujaran semula.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar audio dan mengecam sebutan.
1.1.1 • Bimbing murid menyebut ujaran dalam pelbagai situasi.
2 Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang

Membaca


Fauzan Anak yang Cakna
Fauzan Anak yang Cakna
Irfan telah membaca cerita tentang kasih seorang anak tukang kayu terhadap
ayahnya.

“Ayah nampak sungguh sibuk pada pagi ini
walaupun ayah kurang sihat,” kata Fauzan. Dari segi sikap, ayah Fauzan gigih
“Benar, Fauzan. Tempahan Tuan Haji Lukman ini
mesti ayah siapkan pada petang ini juga. Ada sedikit semasa menyiapkan kerjanya.
kerja lagi yang perlu ayah buat,” balas ayahnya
terbatuk-batuk.
Fauzan terdiam sebentar. Dia amat masak akan
sikap ayahnya. Ayahnya akan berusaha untuk
menyiapkan tempahan pelanggan mengikut masa
yang dijanjikan. Fauzan masuk ke dalam biliknya
untuk membuat kerja sekolah.
Dua jam berlalu. Bunyi alat-alat pertukangan
tidak kedengaran lagi. Fauzan tidak sedap hati.
Dia bergegas ke bengkel ayahnya. Pada papan
kenyataan, terdapat sekeping nota.
‘Meja dan kerusi ini masih belum siap
sepenuhnya. Kayunya masih belum bergosok dan
bervarnis. Nampaknya, aku perlu berbuat sesuatu,’
bisik Fauzan dalam hati.
Pada petang itu, Tuan Haji Lukman telah
datang untuk mengambil tempahannya. Fauzan
mempersilakan pelanggan ayahnya itu masuk.
Tidak lama kemudian, ayah Fauzan pulang.
“Eh, Tuan Haji Lukman! Bila sampai?” tiba-tiba
kedengaran suara ayah yang nampak keletihan.
“Saya minta maaf kerana ... .”
“Meja dan kerusi-kerusi ini bagaimana, tuan haji?” Perkara
tiba-tiba Fauzan mencelah. menarik
“Cantik! Kemas sungguh tukangannya. Saya
amat berpuas hati. Ini wang upahnya,” kata Tuan
Haji Lukman.
Dengan terpinga-pinga, ayah Fauzan mengambil
wang upah tersebut. Ayahnya kebingungan. Fauzan
hanya tersenyum apabila ayah menoleh ke arahnya. Tafsirkan

kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran
Nilai Pengajaran
Baca dan fahami teks cerita. Kemudian,
jelaskan tafsiran tentang cerita tersebut

minda aktif
berdasarkan grafik. laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid membaca, memahami, dan mentafsir bahan.
2.1.1 Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Baik hati 3

nota guru laman halaman rangsangan

Menulis


Sayang Ayah
Sayang Ayah

Irfan telah berjaya mencipta lapan rangkap gurindam bersempena dengan
Hari Bapa. Dia menulisnya dalam bentuk tulisan berangkai untuk diberikan
kepada ayahnya.
Gurindam Kasih Ayahanda


Ketika aku sedang berduka,
Ketika aku sedang berduka,
memujuk penuh jenaka.
memujuk penuh jenaka.
Ketika makan duduk bersila,
Ketika makan duduk bersila,
ayah membuka selera.
ayah membuka selera.

Ketika aku menuntut ilmu,
Ketika aku menuntut ilmu,
Selalu maju nasihat ayahku.
Selalu maju nasihat ayahku.
Ketika sepi seorang diri,
Ketika sepi seorang diri,
ayah wajah berseri.
ayah wajah berseri.
Ketika sakit kian mudarat,
Ketika sakit kian mudarat,
sabar gigih merawat.
sabar gigih merawat.

Ketika jalan hidupku sulit,
Ketika jalan hidupku sulit,
ayah senyumlah sedikit.
ayah senyumlah sedikit.
Ketika tidurku tak mampu lena,
Ketika tidurku tak mampu lena,
ayah merdu pesona.
ayah merdu pesona.
Ketika ayah jauh berkelana,
Ketika ayah jauh berkelana,
layar telefon ayah menjelma.
layar telefon ayah menjelma.

Nukilan: Irfan Nabil





Aktiviti

Tulis gurindam semula dalam bentuk kad ucapan dengan menggunakan
tulisan berangkai.

Nota Guru
• Bimbing murid menulis gurindam dengan tulisan berangkai.
3.1.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
4 EMK: Nilai Murni – Kasih sayang PAK-21: Jalan Galeri

Seni Bahasa


Mari Kita Bantu Ayah
Mari Kita Bantu Ayah
Pada hujung minggu, Encik Nabil telah mengajak anak-anaknya, Irfan dan
Irshad, mengemas stor. Encik Nabil berkata … .

Stor kita sudah Kalau berat sama dipikul,
seperti tongkang ringan sama dijinjing,
pecah. Boleh kerja yang susah akan
bantu ayah menjadi senang.
mengemasnya?
Betul, Abang Irshad.
Kalau begitu, usah kita

Tentulah boleh, ayah. membuang masa.
Kami sentiasa ada Ayuh, kita mulakan
masa untuk ayah. kerja sekarang!


Kalau melakukan sesuatu, janganlah bagai melepaskan
batuk di tangga sahaja. Jadi, marilah kita kemas stor ini
dengan sempurnanya.


Baik, ayah. Kita juga
mestilah mengambil
berat tentang Saya bersetuju,
kebersihan stor ini. Abang Irshad,
kerana kebersihan
asas kesihatan.
Berehatlah dahulu
buah hati ibu semua.
Basahkan tekak dengan Bagus, Irshad dan
air bujang ini dahulu. Irfan. Kalian tidak
mengemas stor ini asal
jadi sahaja. Terima kasih
Terima kasih, ibu. kerana ringan tulang
membantu ayah.




Sama-sama, ayah.


Aktiviti

Persembahkan cerita serta dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa
yang santun.

Nota Guru
• Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog dengan menggunakan peribahasa dan
4.1.1 bahasa yang santun.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai 5
EMK: Nilai Murni – Kerjasama

Tatabahasa

Kami Bangga, Tuk Akub
Kami Bangga, Tuk Akub

Tuk Akub telah mendapat anugerah Tokoh Peladang Jaya. Oleh itu, satu majlis
telah diadakan untuk meraikan kejayaan beliau. Majlis tersebut sangat berjaya.


Manakah Ya, kamu letakkannya
hendak kami di situ. Siapakah yang
letakkan dron menghadiahkan dron ini?
ini? Di meja itu?



Pak Ngah Zaki yang
menghadiahkannya untuk
memudahkan Tuk Akub
menyemburkan racun
di ladang.





Nenda yang
disayangi,
Apa khabar, nendaku
Tuk Akub?
Ucapan penghargaan
ini saya tujukan kepada
nenda kerana telah
mengharumkan nama
keluarga kita.
Cucundamu,
Irfan
Taman Seri Permai






Munsyi Cilik

Aktiviti Kata nama am ialah kata yang merujuk manusia,
haiwan, benda, atau perkara-perkara yang umum.
Kata nama khas ialah kata yang merujuk manusia,
Kenal pasti kata nama am, kata nama benda, dan seumpamanya secara khusus.
khas, dan kata ganti nama berdasarkan Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk
bahan. Kemudian, bina ayat. menggantikan nama diri, tanya, dan tunjuk.

Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama
5.1.1 berdasarkan bahan.
6 6 (i)(ii)(iii) • Bimbing murid membina ayat mengikut konteks.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Menghargai

UNIT

2 Ke Sana ke Sini


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Bercuti di Tanah Tinggi
Bercuti di Tanah Tinggi
Situasi 1 Situasi 2

Encik Nabil, ini risalah tentang tempat-tempat
Kita sekarang berada di Tanah menarik di Tanah Tinggi Cameron. Encik Nabil
Tinggi Cameron. Suhu di sini dan keluarga boleh memilih tempat yang
sederhana sejuk, iaitu lebih sesuai untuk dikunjungi.
kurang 20 darjah Celsius.

Sejuknya, ibu. Nasib baik
kita ada membawa baju
sejuk. Pada waktu malam,
suhu di sini tentu lebih sejuk.







Calet Kampung
Taman Sedia


Kita akan menginap
di calet ini selama
dua malam.
Strawberi banyak
ditanam di sini.
Pemilik calet
membenarkan kita
memetiknya.









Aktiviti

Dengar dan fahami maklumat. Kemudian, berikan respons.

Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi.
1.1.2 • Bimbing murid memberikan respons.
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Membuat justifikasi 7
EMK: Nilai Murni – Rasional

Membaca


Seronoknya Bercuti
Seronoknya Bercuti
Irfan selalu bercuti dengan keluarganya. Dia telah membaca rencana tentang
kebaikan bercuti dengan keluarga.


AR
U
A
T PER
CUTIAN KEL
ANF
M
MANFAAT PERCUTIAN KELUARGA
G
A
A
Memperkukuh Hubungan Menjadi Kenangan
1 Kekeluargaan 2 Indah
Percutian merupakan
kegiatan yang menjadi
Percutian membolehkan ahli keluarga kenangan ahli keluarga.
melupakan tugas rutin seketika. Mereka Kenangan ini akan tersimpan
boleh bermandi-manda, merentas dalam ingatan. Antara
hutan, dan bermain di taman tema. kenangan indah tersebut
Kegiatan yang dilakukan dengan termasuklah melawat tempat
ahli keluarga ini dapat mempererat menarik, menikmati keindahan alam,
hubungan kekeluargaan. dan merasai keenakan makanan.

Mendapat Pengalaman Meningkatkan Ilmu
3 Baharu 4 Pengetahuan

Banyak pengetahuan
Semasa bercuti, kita diperoleh semasa
akan mengalami bercuti. Misalnya, ahli
suasana yang berlainan keluarga mengetahui
daripada tempat sendiri. sejarah, kraf tangan,
Sebagai contoh, keluarga yang biasa dan keunikan tempat
tinggal di bandar dapat menikmati yang dikunjungi oleh mereka. Agar
suasana desa. Jika ke luar negara percutian tidak sia-sia, ibu bapa boleh
pula, ahli keluarga akan mengalami meminta anak-anak menulis catatan
keadaan cuaca yang berbeza. tentang ilmu pengetahuan tersebut.


1. Di manakah tempat percutian yang menepati manfaat yang dinyatakan? Jelaskan.
2. Huraikan sebab percutian dengan keluarga memberikan banyak kebaikan.
3. Pada pendapat kamu, apakah manfaat percutian yang paling menarik? Mengapa?
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Baca teks rencana. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membaca dan memahami teks rencana.
Unit
2.1.1 • Bimbing murid mentafsir teks rencana dengan menjawab soalan yang diberikan.
8 Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Rasional
nota guru laman halaman rangsangan

Menulis

Melancong ke Pulau Mabul
Melancong ke Pulau Mabul Video Pulau Mabul
Keluarga Irfan bercadang untuk berkunjung ke Pulau Mabul, Sabah. Irfan telah
merujuk risalah dan video tentang pulau itu. Dia telah menulis pendapatnya
daripada rujukan itu.

02:00/04:55 02:00/04:55




Untuk berkunjung ke Pulau Kritis
Syarikat Pelancongan
Mabul, saya akan memilih Syarikat Pelancongan 012-3456789
a Kencana
Suri
SuriaKencana
pakej B. Saya memilih pakej Suria Kencana SuriaKencana
suriakencana.blogspot.com
tersebut kerana mahu berada
di sana dalam tempoh yang
sesuai dengan kegiatan
keluarga kami. Dalam masa
tiga hari dua malam, kami Kreatif
PAKEJ PELANCONGAN
akan memanfaatkan masa KEL PAK EJ PEL ANC ONGAN
ARGA KE PUL
AU MABUL
U
KELUARGA KE PULAU MABUL
sebaik-baiknya. Kami akan
memastikan semua ahli
keluarga terlibat dalam setiap
aktiviti yang disediakan.
Dengan cara ini, hubungan
kekeluargaan dapat kami PAKEJ A: PAKEJ B: PAKEJ C:
perkukuh. 2 Hari 1 Malam 3 Hari 2 Malam 4 Hari 3 Malam
• 2 – 4 orang: RM749 • 2 – 4 orang: RM949 • 2 – 4 orang: RM1149
• 5 – 8 orang: RM729 • 5 – 8 orang: RM929 • 5 – 8 orang: RM1129
• Lebih 9 orang: RM709 • Lebih 9 orang: RM909 • Lebih 9 orang: RM1109
Info
Bersnorkel di Pulau • Bersnorkel di Pulau Mabul, Pulau Kapalai,
Kritis bermaksud membuat pertimbangan Mabul dan Pulau Pulau Tatagan, Pulau Bohey Dulang, Pulau
Mantabuan, dan Pulau Sibuan
untuk menerima atau menolak sesuatu idea Kapalai • Tambahan aktiviti untuk Pakej C termasuklah
dengan alasan. berkunjung dan bermalam di pekan Tawau
Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan Pakej ini termasuk: Calet berpenyaman udara Makanan dan minuman
untuk mengembangkan sesuatu idea.
Pengangkutan dan Bayaran masuk
pemandu pelancong ke tempat pelancongan
KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI

kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran

Bina dan tulis perenggan untuk menyatakan pendapat tentang risalah
pakej pelancongan dan video secara kritis dan kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis
3.2.1 dan kreatif daripada bahan multimedia.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menilai – Memberikan pendapat 9
EMK: Nilai Murni – Rasional nota guru laman halaman rangsangan

Seni Bahasa



Kisah Sebuah Keluarga
Kisah Sebuah Keluarga
Audio seloka
Inilah kisah sebuah keluarga Ibu bapa hendaklah
Hidup bahagia setiap masa mengambil berat tentang
Meski ibu bapa sibuk bekerja kebajikan anak-anak
Anak-anak tidak dilupa walaupun sibuk bekerja.
Siang malam sibuk sekali
Anak-anak masih terjaga
Peranti pintar selalu ada
Boleh dipantau anak di sana.


Waktu cuti ke sana ke mari
Melancong dengan buah hati
Tak lagi sibuk urusan sendiri
Dengan keluarga masa terisi
Mata terpaku pada peranti
Info terkini hiburan sensasi
Namun tak lupa orang di sisi
Yang bersama masa bercuti.


Kenangan manis terimbau kini
Saat indah dengan keluarga
Doa dipanjat kepada Ilahi
Murah rezeki bercuti lagi.

Nukilan: Alias Derais







Info
Seloka ialah puisi yang mengandungi
sindiran, jenaka, atau gurau senda.



Aktiviti

Lafazkan dan lagukan seloka dengan nada
yang sesuai serta nyatakan pengajarannya.
Nota Guru
• Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai.
4.2.1 • Bimbing murid menyatakan pengajaran yang terkandung dalam seloka.
10 Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Menganalisis – Menerangkan
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang

Tatabahasa


Bercuti di Calet Dusun
Bercuti di Calet Dusun
Selama dua hari satu malam, Irfan sekeluarga menginap di calet dusun Pak
Latif. Sederet calet terletak di dalam dusun buah-buahan itu. Keluarga Irfan
telah menyewa dua buah calet.













































Munsyi Cilik

Penjodoh bilangan ialah perkataan
yang digunakan berpasangan
dengan kata nama untuk
menunjukkan bilangan. Contoh:
sehelai baju
dua bilah gunting
Aktiviti beberapa potong betik

Kenal pasti dan kategorikan penjodoh bilangan dengan menggunakan
Peta Pokok. Kemudian, bina ayat.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami penjodoh bilangan.
5.1.1 • Bimbing murid menulis ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan mengikut konteks.
(iv) Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan 11
EMK: Nilai Murni – Baik hati

Tatabahasa

Kenangan Terindah
Kenangan Terindah
Irfan teringat akan pengalaman sewaktu mengunjungi Korea Selatan. Dia
dan keluarganya telah menikmati pelbagai keunikan di negara tersebut.


Pulau Nami hanbok











menaiki menyaksikan


- – pulau peranginan yang popular

memperagakan memakai


Menara Seoul
– pakaian tradisional Korea
kimci



– pakaian dan cenderamata



termakan membuat terbeli membelikan
– mercu tanda
ibu kota Seoul – makanan tradisional Korea
yang pedas rasanya
Pasar Malam
Myeongdong



melawati merakamkan

Munsyi Cilik
Aktiviti Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima
objek sebagai penyambut. Contoh:
Teliti kata kerja transitif berdasarkan • Mereka melawati bangunan bersejarah.
bahan. Kemudian, bina ayat. • Irfan terbaca buku yang tebal itu.

Nota Guru
• Bimbing murid memahami kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan.
5.1.2 • Bimbing murid menulis ayat dengan menggunakan kata kerja transitif.
12 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi

UNIT

3 Cerita Pertemuan


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Bertemu pada Hari Perayaan
Bertemu pada Hari Perayaan
Pada petang itu, Prasad dan Shu Ying melihat album foto di rumah Irfan. Mereka
tertarik akan foto tentang pertemuan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri.

Lihat foto ini. Wah, gembiranya
ahli keluarga kamu kerana Walaupun tidak dapat
dapat bertemu! Kita tentu sedih bertemu, kita boleh Benar, Irfan. Saya pernah
jika tidak bertemu dengan berhubung dengan mengalaminya semasa
keluarga begitu lama. pelbagai cara lain. negara dilanda pandemik
Antaranya ____. COVID-19. Saya sekeluarga
tidak dapat pulang
Kita boleh berhubung ke kampung kerana
dengan cara lain tetapi kerajaan melaksanakan
kemeriahannya tidak sama. Perintah Kawalan Pergerakan.
Kita tidak dapat ___.
































kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran

Dengar dan tafsir penyataan. Kemudian, berikan respons secara kritis
dan kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan mentafsir penyataan. Unit
1.1.3 • Bimbing murid memberikan respons secara kritis dan kreatif.
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Mentafsir 13
EMK: Nilai Murni – Rasional nota guru laman halaman rangsangan

Membaca



Yang Jauh di Mata
Yang Jauh di Mata
Pada petang itu, Irfan mendengar drama radio.


Muzik pembukaan

Ibu: Lama benar ibu tidak mendengar berita tentang abang kamu, Hana.
Hana: Abang baik-baik sahaja, ibu. Baru pagi tadi, Hana ada meminjam telefon
Kak Suria. Dapatlah Hana menghubungi abang melalui panggilan video.
Ibu: Ibu bersyukur. Abang Idham tidak menghadapi apa-apa masalah
di rantau orang.
Hana: Tidak lama lagi, pulanglah Abang Idham, ibu. Sekarang, abang sedang
sibuk menyiapkan kertas projek tahun akhirnya.
Ibu: (Sayu) Abang kamu itu cekal orangnya. Sewaktu di sekolah menengah,
dia tidak mahu tinggal di asrama kerana mahu membantu ibu di kebun.
Walaupun penat bekerja, dia tidak culas untuk mengulang kaji pelajaran.
Hana: (Bangga) Benar, ibu. Kata abang, nasihat dan kata-kata ibu menjadi
perangsang kepadanya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Ibu: Semasa di England pun, dia tidak mengharapkan biasiswa sahaja. Dia
bekerja secara sambilan di restoran milik orang kita di sana. Pada setiap
bulan, dikirimnya wang kepada kita di kampung.
Hana: Hana bangga, ibu. Hana ada abang yang bertanggungjawab. Kalau
arwah ayah masih hidup, tentu beliau juga bangga akan abang.
Ibu: Nanti kalau Hana berjumpa dengan Kak Suria, beritahu dia ibu hendak
bercakap dengan Abang Idham pula.

Kesan bunyi loceng basikal

Ibu: Eh, Suria datang!
Suria: Saya dengar nama saya diseru mak long tadi.
Tentu ada yang boleh saya bantu.
Hana: Ada-ada sahaja Kak Suria ini.
Suria: Sebenarnya, saya baru sahaja menerima
e-mel daripada Abang Idham.
Ibu: (Teruja) Apa isinya, Suria?











14

zmel idham


Daripada : [email protected]

Kepada : [email protected]

Perkara : Khabar dari Rantau


Ke hadapan sepupuku, Suria, diharap semoga sihat sejahtera selalu
di samping keluarga di tanah air.
Terlebih dahulu, abang ucapkan terima kasih kerana Suria mengambil
berat tentang kebajikan keluarga abang. Suria selalu meminjamkan telefon
kepada Hana dan mak long. Oleh itu, dapatlah kami berhubung walaupun
berjauhan.
Bagaimanapun, abang hanya dapat berbual sebentar dengan Hana
pada pagi tadi. Abang sekarang sedang sibuk menyiapkan kertas projek
tahun akhir. Ada beberapa pembetulan yang perlu abang buat berdasarkan
saranan pensyarah. Tidak lama lagi, siaplah kertas projek tersebut.
Pengajian abang di London akan berakhir pada bulan hadapan. Oleh
itu, abang tidak akan bekerja lagi di restoran Encik Badrul. Sebelum pulang
ke tanah air, abang bercadang untuk mengembara ke seluruh Eropah.
Abang ingin mengambil peluang untuk meninjau budaya orang.
Tentang wang ringgit, janganlah keluarga di sana risau. Abang telah
mengumpulkan wang yang cukup. Walaupun mengembara, abang tetap
akan mengirimkan wang kepada mak long di kampung.
Sampai di sini yang dapat abang tulis. Nantikan kepulangan abang yang
senantiasa merindui keluarga di sana.





Kemiskinan Ikatan kekeluargaan

ISU


Tanggungjawab anak ?




kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran

Baca teks drama dan e-mel dengan telitinya. Kemudian, berikan tafsiran
berdasarkan isu pada grafik.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid membaca dan memahami teks. Unit
2.1.1 • Bimbing murid memberikan tafsiran berdasarkan isu yang diberikan.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mentafsir 15
EMK: Nilai Murni – Kegigihan
nota guru laman halaman rangsangan

Menulis

Merancang Pertemuan Keluarga
Merancang Pertemuan Keluarga

Ibu saudara Irfan menyatakan cadangan agar keluarga besar Haji Yaakub
mengadakan hari keluarga. Mereka berbincang dalam ruang sembang WhatsApp
keluarga.


KELUARGA BESAR HAJI YAAKUB
Pak ngah sedang menaip …


Mak long
Kita akan mengadakan hari keluarga
pada tahun ini lagi. Apakah tempat dan
kegiatan hari keluarga yang menarik?
Cuba berikan cadangan.


Pak usu
Ini cadangan usu. Kita adakan
rombongan anak cucu Haji Yaakub
ke Kuala Lumpur. Kita sewa bas dan
bawa sanak saudara ke sana. Bolehlah
kita melawat tempat-tempat menarik
di bandar raya tersebut. Kemudian, kita
sewa hotel yang dari kolam renangnya
kita boleh lihat langit dan bangunan
Menara Kembar Petronas.



Kak Mawar
Saya mencadangkan hari keluarga
diadakan di calet sawah padi. Di calet
tersebut, kita boleh menikmati suasana
kampung. Selain itu, kita boleh
memancing ikan di kolam, menjalankan
sukaneka di dalam petak sawah, dan
berbasikal mengelilingi kampung. Untuk
ke calet itu, semua ahli keluarga boleh
menggunakan kenderaan sendiri.



Terima kasih, semua. Ada cadangan lain?
Mak long
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid berbincang untuk menghasilkan jawapan.
3.2.2 • Bimbing murid menulis jawapan dengan memberikan cadangan yang kritis dan kreatif.
Unit
16 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Memberikan pendapat
EMK: Nilai Murni – Rasional PAK-21: Meja Bulat
nota guru laman halaman rangsangan

Seni Bahasa


Lembaran Memori
Lembaran Memori
Irfan dan rakan-rakannya hendak membuat persembahan puisi di sekolah.
Mereka memilih sebuah sajak karya penulis negara untuk dipersembahkan.









Kepulangan



Anakku, Anakku,
tugas ibu telah berpenghujung ibu sering mengingatimu dari jauh
pasti nanti ibu akan pulang kerana engkau umpama matahari
dari negara atas angin ke tanah air. yang terbit dalam hati.


Anakku, Anakku,
akan ibu tinggalkan kerja sabarlah menunggu
lantas merentasi benua ibu tidak lama lagi
yang memisahkan kita. akan tiba di rumah kita.


Anakku, Anakku,
akan ibu bawa pulang hitunglah hari-hari
hadiah istimewa kita akan bertemu kembali
dari negara asing merapatkan kasih sayang yang suci.
sebagai cenderamata rindu.
Nukilan: Qurratul ‘Ain



Info

Puisi boleh dipersembahkan dengan pelbagai cara. Antaranya termasuklah:
• dekon – deklamasi dan lakon
• mestamu – melagukan puisi tanpa muzik
• mimos – lakonan yang mementingkan gerakan anggota badan dan ekspresi muka




Aktiviti

Persembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa.

Nota Guru
• Bimbing murid mempersembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa.
4.2.2 Strategi PdP: KP – Kinestetik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 17

Tatabahasa

Manisnya Pertemuan
Manisnya Pertemuan
Pak usu Irfan telah berkahwin di luar negara. Isterinya berasal dari Itali. Mereka
telah pulang ke tanah air. Oleh itu, pak usu membawa mak usu tinggal di kampung.

















berbual-bual beralaskan

datang bersalam















berhidang berterima kasih




ada tertawa



Munsyi Cilik

Kata kerja tak transitif tergolong kepada:
(i) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh: Mereka asyik berbual.
bertandang tertarik
(ii) kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh: Kami tinggal di Kampung Jaya.
Aktiviti
Fahami penggunaan kata kerja tak transitif. Kemudian, bercerita berdasarkan
bahan.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami kata kerja tak transitif.
5.1.2 • Bimbing murid bercerita.
18 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Berusaha

Pemulihan



Berdasarkan gambar, tulis pendapat kamu dalam perenggan tentang kegiatan
yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Kasih Terjalin
Kasih Terjalin

Pada pendapat saya, ibu bapa
mestilah meluangkan masa dengan
keluarga. Mereka dapat melakukannya
dengan makan bersama-sama.
Semasa di meja makan, ibu bapa
wajar bertanyakan khabar
anak-anak. Sekali sekala, ibu bapa
boleh membawa keluarga makan
di restoran atau di gerai makanan.







Masa terluang boleh digunakan untuk
beriadah dengan keluarga. Ayah boleh
mengajak anak-anaknya ______.
Permainan ini dapat merehatkan
fikiran sambil ______. Ibu bapa boleh
mengambil peluang untuk ______.
Dengan cara ini, ______.









Ibu bapa juga boleh
membawa anak-anak ______.
Ahli keluarga dapat menikmati
______. Di samping itu, ahli
keluarga boleh menjalin
kemesraan dengan ______.
Misalnya, ahli keluarga boleh
______.



3.2.1
19

Pengayaan



Lengkapkan teka silang kata.

Teka Silang Kata
Teka Silang Kata
1 2 3
1 2 3
j b

4 5
4 5
m p n
z



6 6
u

7 7
S
8 8 9 9
m d

n



10
10
A
Melintang
1. Kakak menghadiahi emak se___ bunga mawar bersempena dengan Hari Ibu.
5. Ibu bapa memainkan ___ penting untuk membentuk keluarga bahagia.
6. Tuan Haji Amri selalu menasihati cucu ___ agar belajar dengan
bersungguh-sungguh.
8. Puan Alia ___ anak-anaknya kuih talam untuk minum petang.
10. Hari Bapa disambut pada hari ___ minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun.


Menegak
2. Encik Ismail membawa anak-anaknya ___ ke pusara ahli keluarga yang
telah meninggal dunia.
3. Pak Cik Rosdi yang telah lama menghilang tiba-tiba ___ di kampung.
4. Kami ___ kedatangan pak uda yang berkunjung ke rumah kami.
7. ___kah yang bertanggungjawab memastikan keselamatan keluarga?
9. Kereta baharu ___ dibeli oleh ayah untuk keselesaan keluarga kami.



5.1.1
20 5.1.2

Pengukuhan



Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikutnya.

Keluarga Bahagia
Keluarga Bahagia
Selamat pagi dan salam sejahtera, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi.
Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Keluarga Bahagia”.
Hadirin sekalian,
Keluarga bahagia ialah keluarga yang saling memahami serta menerima
kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain. Ahli keluarga tidak mementingkan
diri. Sebaliknya, mereka mengambil berat tentang kebajikan ahli keluarga yang lain.
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membina keluarga bahagia. Mereka
mestilah memberikan kasih sayang yang secukupnya dan melayan anak-anak
bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab untuk
meluangkan masa dengan anak-anak.
Selain itu, anak-anak juga berperanan untuk memupuk keluarga bahagia. Abang
atau kakak perlu membantu ibu bapa untuk meringankan beban mereka. Sebagai
contoh, mereka hendaklah menjaga adik, mengemas rumah, dan membasuh
pakaian. Dengan itu, ibu bapa tidaklah terlalu tertekan apabila pulang ke rumah
setelah penat bekerja.

Hadirin yang saya hormati,
Kesimpulannya, pembentukan keluarga bahagia memerlukan pengorbanan dan
tolak ansur ahli keluarga. Saya berharap semoga keluarga yang bahagia dapat
diwujudkan dalam masyarakat kita. Saya akhiri syarahan ini dengan serangkap
pantun.


Jambu batu di dalam raga,
Dimakan kera tinggal sekerat;
Saling membantu ahli keluarga,
Hubungan mesra terjalin erat.

Sekian, terima kasih.

1. Apakah maksud keluarga bahagia?

2. Bagaimanakah ibu bapa dapat membentuk keluarga bahagia?
kandungan info qr code standard ar code
3. Sebagai anak, jelaskan peranan kamu untuk membentuk keluarga bahagia.
pembelajaran
4. Huraikan maksud pantun di atas.
5. Apakah kesan keluarga bahagia kepada negara? Jelaskannya.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
2.1.1
Unit 21


nota guru laman halaman rangsangan

Penilaian


Baca bahan dengan telitinya.


Poskad untuk Ayah
Poskad untuk Ayah
Molly anak Orang Asli yang tinggal di Hutan Simpan Belum, Perak. Dia perlu menetap
di asrama kerana rumahnya jauh dari sekolah. Walaupun berjauhan, Molly tidak
melupakan keluarganya di kampung. Dia mengirimkan poskad kepada ayahnya.






5 Januari 20


Ayah,
Apa khabar keluarga di sana? Molly telah
selamat tiba di asrama. Kelas telah bermula
pada hari Isnin. Molly ditempatkan di Tahun Kepada:
6 Melur. Suasana di sini agak berbeza tetapi
Molly akan cuba menyesuaikan diri. Ayah dan Itam bin Alik,
ibu juga tidak perlu khuatir. Molly akan belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai Kampung Cantek,
cita-cita. Hutan Simpan Belum,
Sampaikan salam kepada adik-adik. Molly 33300 Banding,
sangat merindui mereka. Perak Darul Ridzuan.


Yang jauh,
Molly







A. Jawab soalan berikut:
1. Mengapakah Molly perlu tinggal di asrama?
2. Jelaskan dua sikap Molly yang wajar dicontohi oleh orang lain.
3. Sebagai rakan, bagaimanakah kamu dapat membantu Molly
menyesuaikan diri? Jelaskan cadangan kamu.
B. Senaraikan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam
petikan. Kemudian, bina ayat.





2.1.1
22 3.2.2
5.1.2

TEMA
TEMA KESIHATAN DAN


2 KEBERSIHAN

































































Bersoal jawab tentang gambar.

23

UNIT Kesihatan Tanggungjawab Kita
4


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Nasihat Pakar Pemakanan
Nasihat Pakar Pemakanan

Izzah dan ibunya, Puan Zurina, sedang menonton rancangan bual bicara
kesihatan. Topiknya tentang masalah obesiti.




Selamat datang, Encik Hisyam.
Bolehkah encik terangkan Terima kasih kerana mengundang saya.
masalah obesiti dalam Untuk makluman penonton, obesiti
kalangan rakyat Malaysia? berlaku disebabkan oleh beberapa punca.
Antaranya termasuklah pemakanan yang
tidak terkawal. Kawalan pemakanan
merupakan cara terbaik untuk mengatasinya.
Pengambilan makanan berzat dan seimbang
akan menghindari kita daripada obesiti.









keturunan
pengaruh emosi Punca
Obesiti

faktor persekitaran kurang bersenam
amalan pemakanan


























24

pengaruh emosi Punca keturunan
Obesiti










faktor persekitaran kurang bersenam




amalan pemakanan



(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)


Puan Zurina: Izzah, obesiti berpunca daripada pelbagai faktor yang tidak
dijangka seperti faktor keturunan dan persekitaran.
Izzah: Ya, ibu. Obesiti juga disebabkan oleh sikap kita yang ____.

Puan Zurina: Oleh itu, obesiti perlu dicegah sejak kanak-kanak lagi.
Izzah: Betul, ibu. Jika tidak, penyakit ini akan berlanjutan sehingga
dewasa. Kita perlu ingat, kesihatan diri ialah tanggungjawab
sendiri. Jika telah mendapat obesiti, kita akan mengalami
pelbagai masalah. Contohnya, ____.










kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan secara bertatasusila.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid mengenal pasti maklumat daripada bahan untuk bertutur.
1.2.1 • Bimbing murid bertutur untuk menyampaikan rumusan dan ramalan secara bertatasusila.
Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai − Meramalkan 25
EMK: Sains dan teknologi nota guru laman halaman rangsangan

Membaca



Rawatan Fisioterapi
Rawatan Fisioterapi
Izzah dan ayahnya, Encik Faizal, menemani datuknya membuat rawatan
fisioterapi di hospital.












Izzah menolak kerusi roda datuknya. Datuknya
akan menjalani proses rehabilitasi untuk
merawat penyakit saraf. Rawatan fisioterapi
ini akan dijalankan oleh jurupulih anggota yang
terlatih.

Datuk Izzah dirawat menggunakan alatan
elektroterapi, iaitu mesin shockwave therapy.
Jurupulih anggota itu membaca manual alatan
sebelum memulakan rawatan. Rawatan itu
mesin shockwave therapy
telah mengurangkan kesakitan datuknya.
Jurupulih anggota juga menggunakan alat
terapi ultrabunyi untuk mengesan tindak balas
saraf datuk Izzah.

Di bilik lain, Izzah melihat beberapa orang
jurupulih anggota memberikan rawatan
senaman terapeutik kepada pesakit. Pesakit
dibantu untuk melakukan pergerakan ringan
dan berintangan. Terdapat juga pesakit yang
alat terapi ultrabunyi diberi rawatan terapi manual seperti terapi
manipulasi tisu lembut. Pesakit yang tidak
mampu bergerak dibantu untuk melakukan
senaman pasif.
















26

Setelah selesai rawatan, Izzah dan
ayahnya membawa datuknya berjumpa
dengan doktor. Doktor tersebut menerangkan
cara rawatan hidroterapi. Menurut beliau,
rawatan itu boleh dilakukan di hospital tertentu
atau pusat perkhidmatan fisioterapi swasta.

Izzah bertuah kerana dapat mengetahui
maklumat tentang rawatan fisioterapi. Dia
sedar bahawa petugas kesihatan mempunyai
tanggungjawab yang besar.



















senaman pasif rawatan hidroterapi




Info

Jurupulih anggota juga
dikenali sebagai Pegawai
Pemulihan Perubatan
Fisioterapi dan Jurupulih
terapi manipulasi tisu lembut
Perubatan Fisioterapi.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Aktiviti

Baca teks. Kemudian, rujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna,
sebutan, ejaan, dan penggunaan perkataan yang berwarna kuning.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca teks.
2.1.2 • Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan,
dan penggunaan perkataan yang tepat. 27
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis − Mengesan
EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab

Menulis


Piramid Makanan Malaysia 2020
Piramid Makanan Malaysia 2020
Izzah merancang menu harian pada hujung minggu untuk memastikan makanan
yang diambilnya seimbang. Dia merujuk Piramid Makanan Malaysia 2020.

Lemak, minyak, gula,
dan garam
• perlu dikurangkan Enam hingga lapan gelas air kosong
Gula
Sumber protein Susu dan
• satu hingga Susu produk tenusu Kumpulan Kuantiti Contoh
dua sajian Soya • dua sajian makanan
Sayur- Dua hingga Lobak
Yogurt
sayuran tiga sajian
Sumber
karbohidrat Buah- ______ ______
• tiga Tepung buahan
hingga lima Sumber
Gandum ______ ______
sajian karbohidrat
Sumber
protein ______ ______
Susu dan
produk ______ ______
tenusu
Sayur-sayuran Buah-buahan Lemak,
• dua hingga tiga sajian • dua sajian minyak, gula, Dikurangkan Kek coklat
dan garam
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Menu Sihat


Waktu Sarapan Minum Makan Minum Makan Makan Lewat
Pagi Tengah Hari Petang Malam Malam
Menu Sebiji pisang,
dua keping roti,
dan secawan ______ ______ ______ ______ ______
teh O





kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Catat maklumat dan rancang menu sihat.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru Unit
• Bimbing murid mengenal pasti maklumat.
3.2.3 • Bimbing murid mencatat maklumat dan menjanakan idea berdasarkan bahan.
28 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggambarkan
laman halaman rangsangan
nota guru
EMK: Nilai Murni – Keprihatinan PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi

Seni Bahasa


Kita Jaga Kita
Kita Jaga Kita
Izzah ingin menyertai pertandingan mencipta pantun. Dia telah menulis serangkap
pantun. Dia telah membaca beberapa bahan untuk mendapatkan ilham bagi
mencipta pantun lain.



Gelap-gelita pasang pelita,
Cahaya terang di tepi tambak;
Marilah kita jaga kita,
Kita sekarang diancam wabak.
Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Cara mencipta pantun: “ Manusia bergerak, manusia
1. Tulis dua baris maksud. berhimpun. Virus tidak berhimpun.
2. Cari perkataan yang berima sama. Virus merebak dan berjangkit
3. Bina dua baris ayat pembayang apabila manusia bergerak
menggunakan perkataan itu. dan berhimpun. Jadi, apabila
kita duduk di rumah, kita telah
4. Pastikan setiap baris mempunyai mengurangkan pergerakan dan ini
rima akhir a/b/a/b. akan membantu kita memutuskan
5. Samakan rima tengahnya. rantaian jangkitan wabak.
#kita jaga kita

AMALKAN NORMA BAHARU
ELAKKAN 3S
AMALKAN NORMA BAHARU ELAKKAN 3S
• Kerap membasuh tangan • Tempat sesak
• Amalkan penjarakan fizikal • Tempat sempit dan tertutup
• Gunakan pelitup muka • Bersembang dekat-dekat
MEMBANTU AHLI KELUARGA SEMASA WABAK
MEMBANTU AHLI KELUARGA SEMASA WABAK






Kerap Galakkan Sentiasa Kongsi kisah Kongsi
bertanyakan mereka berikan mereka yang maklumat
khabar, melakukan sokongan dijangkiti yang tepat,
terutamanya yang aktiviti virus rasmi, dan
terkena jangkitan kegemaran standard ar code sah bagi
info
kandungan
qr code
pembelajaran mengelakkan
Aktiviti kerunsingan
Hasilkan pantun dan persembahkannya.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru Unit
• Bimbing murid mengenal pasti perkataan yang boleh membentuk maksud pantun.
4.3.1 • Bimbing murid menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah serta santun dan
mempersembahkannya. 29
nota guru laman halaman rangsangan
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Membina
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

Tatabahasa

Gajet, Oh, Gajet
Gajet, Oh, Gajet! !
Izzah membaca rencana tentang kesan penggunaan gajet terhadap mata
kanak-kanak. Kemudian, dia menceritakan perkara itu kepada rakan-rakannya.

Kesan Penggunaan Gajet
terhadap Mata Kanak-kanak
Oleh: Doktor Farah Nabila
Penggunaan gajet memberikan kesan Pelihatan Kabur
kepada kesihatan kanak-kanak. Antaranya Penurunan tahap pelihatan yang teruk
termasuklah punca kerosakan saraf mata. akan menyebabkan sakit kepala dan
Hal ini berlaku apabila mata mereka terdedah pelihatan berganda.
kepada skrin gajet terlalu lama. Cahaya biru
dari skrin gajet berupaya untuk menembusi
saraf mata. Peningkatan Rabun Jauh (miopia)
Di samping itu, penggunaan gajet
tanpa kawalan juga boleh menyebabkan Penggunaan gajet juga menyebabkan
regangan bebola mata turut berlaku
kanak-kanak tidur lewat. Mereka leka apabila proses akomodasi berlaku
bermain gajet sehingga membawanya pada masa yang sama.
ke tempat tidur. Rehat yang tidak mencukupi
akan menyebabkan mereka menjadi lesu
dan pengsan.
Kesimpulannya, penggunaan gajet yang
tidak terkawal akan membawa padah.
Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah sentiasa Mata Kering
memantau anak-anak mereka. Mereka perlu Kedudukan kanak-kanak yang tidak
bertegas dan sedar bahawa penggunaan sesuai semasa menggunakan gajet
gajet oleh anak-anak berada dalam kawalan akan menyebabkan masalah mata
mereka. kering, mata penat, dan kesakitan pada
Kawan-kawan, bahu dan leher.
penggunaan gajet
memberikan kesan Kerosakan Saraf Mata
kepada mata
kanak-kanak. Antaranya ... . Pendedahan kepada cahaya biru
terlalu lama berbahaya kerana
cahaya itu dapat menembusi saraf
mata terus berbanding dengan
sinar ultraungu (UV).

Aktiviti
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bercerita tentang bahan dengan menggunakan kata kerja transitif dan kata
kerja tak transitif.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
5.1.2 • Bimbing murid bercerita tentang bahan.
30 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang PAK-21: Main Peranan

UNIT Kebersihan Asas
5 Kesejahteraan


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Trak Makanan BeSS
Trak Makanan BeSS

Izzah dan keluarganya ke bandar untuk membeli-belah. Di sana, mereka
ternampak Trak Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS). Mereka tertarik untuk
mencuba makanan di trak tersebut.












Premis makanan
yang BERSIH,
SELAMAT dan SIHAT
semestinya “BeSS”
Premis Makanan BeSS akan sentiasa:


Nasi lemak 400 kalori
mengekalkan menyediakan menyediakan mempromosikan saiz
premis yang makanan pilihan makanan hidangan makanan
bersih selamat yang lebih sihat yang mengikut
keperluan individu
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)






Izzah: Trak makanan ini menepati standard premis makanan BeSS, ayah.

Encik Faizal: Ayah ____. Bagi ayah, peniaga trak makanan ini ____. Mengapakah
pengiktirafan BeSS ini sangat penting?

Fateh: Pengiktirafan BeSS ini sangat penting ____.

kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Bertutur untuk menghujahkan kepentingan trak makanan BeSS.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid mengenal pasti maklumat tersurat dan tersirat.
1.2.2 • Bimbing murid bertutur untuk menghujahkan sesuatu perkara menggunakan idea yang kritis.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai − Memberikan alasan 31
EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental laman halaman rangsangan
nota guru

Membaca


Penjagaan Diri Remaja
Penjagaan Diri Remaja
Izzah ingin mengetahui panduan penjagaan kebersihan diri. Dia melayari
laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tersebut.




Enam Panduan Penjagaan Kebersihan Diri untuk Remaja
Memelihara Kulit
Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai. Kulit remaja sangat sensitif
dan mudah ditumbuhi jerawat. Kulit yang kering juga akan kelihatan lesu.
Memberus Gigi
Semasa memberus gigi, jangan lupa memberus kawasan lidah untuk
membersihkannya daripada sisa makanan. Kebersihan gigi penting agar
nafas kamu sentiasa segar dan tidak berbau.
Membersihkan Badan
Gosok badan dengan menggunakan berus atau span untuk membuang
sel-sel kulit mati ketika mandi. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit kamu.
Mengawal Bau Badan
Gunakan pewangi badan dan produk antipeluh yang sesuai untuk
menghilangkan bau badan. Perubahan hormon dalam diri remaja
menyebabkan masalah bau badan.

Membersihkan Rambut
Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Rambut yang tidak sihat akan
menghasilkan kelemumur yang menjadi punca keguguran rambut dan
rambut yang berbau.

Membersihkan Kuku
Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek bagi mengelakkan kuman dan
kotoran berkumpul. Berhati-hati semasa mengetip kuku agar kamu tidak
mendapat penyakit cekam.
(Sumber: Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 6, 2015,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
Rumusannya, untuk memastikan
penjagaan kebersihan diri remaja
kandungan info qr code standard ar code
sempurna, mereka perlu ____.
pembelajaran
Aktiviti
Baca teks dan buat rumusan.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia.
2.2.1 • Bimbing murid membuat rumusan.
32 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Menilai
nota guru laman halaman rangsangan
EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab

Menulis

Kempen Kebersihan Tandas
Kempen Kebersihan Tandas
Izzah menulis laporan tentang lawatan ke Majlis Perasmian Kempen Kebersihan
Tandas.



Laporan Lawatan ke Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas

Pada 19 Februari yang lalu, 20 orang ahli serta guru pembimbing Kelab
Doktor Muda telah menghadiri Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas
di Putrajaya.
Lawatan itu untuk mendedahkan isu-isu kebersihan kepada ahli Kelab
Doktor Muda. Selain itu, lawatan itu juga bertujuan untuk mendedahkan
cara-cara terbaik bagi menjaga kebersihan tandas.
Semasa di sana, kami diterangkan penggunaan pencuci antibakteria.
Pencuci ini perlu diletakkan di dalam tangki tandas. Apabila tangki dipam, air
yang bercampur dengan bahan antibakteria dapat menghilangkan kotoran
dan bau busuk pada mangkuk tandas.
Selepas itu, kami mendengar ceramah tentang teknologi flushometer.
Teknologi ini mengurangkan punca pembiakan nyamuk kerana air tidak ditadah
atau disimpan di dalam tangki. Lantai tandas juga akan lebih bersih apabila
tiada air yang bocor atau melimpah dari tangki tandas.
Akhir sekali, kami menonton video tentang penggunaan bidet terkini.
Penggunaan bidet lebih bersih kerana dapat mengurangkan sentuhan pada
mangkuk tandas. Cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Lawatan itu selesai pada pukul 2:00 petang. Kesimpulannya, lawatan itu
telah memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada para peserta untuk
sentiasa menjaga kebersihan.


Laporan disediakan oleh, 21 FEBRUARI 20 .
Izzah

(IZZAH BINTI FAIZAL)
Setiausaha,
Kelab Doktor Muda,
SK Seri Permai.







Aktiviti

Tulis teks laporan yang diimlakkan.

Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan sebutan perkataan yang berwarna merah.
3.2.4 • Bimbing murid menulis teks prosa yang diimlakkan.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Melaksanakan 33
EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental

Seni Bahasa


Kantin Bersih, Murid Selesa
Kantin Bersih, Murid Selesa

Selepas cuti penggal, pengusaha kantin di sekolah Izzah telah membuat
penambahbaikan.




teruja baharu


















tidak terdedah pensanitasi tangan


















tidak berbau bertanggungjawab




















34

PONDOK BAJA KOMPOS


















sisa makanan mesra alam


Pastikan tangan kebersihan asas kesihatan
kamu bersih.
Basuhlah tangan
dengan betulnya.








terjamin bersih

















Amalan
Perkhidmatan Kantin
Terbaik Peringkat
Kebangsaan 20
SK Seri Permai

kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran

Hasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan
bahan. Persembahkannya secara kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan.
4.3.2 • Bimbing murid mempersembahkannya secara kreatif.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mencipta − Menghasilkan 35
EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental laman halaman rangsangan
nota guru

Tatabahasa


Persekitaran Rumahku Sebersih Taman
Persekitaran Rumahku Sebersih Taman

Izzah bercerita tentang cara penduduk di kawasan perumahannya menjaga
kebersihan kediaman mereka.


Kempen “Rumahku Tamanku” dijalankan di kawasan perumahan saya. Sejak
kempen itu diperkenalkan, penduduk setempat sangat ambil berat tentang isu
kebersihan. Mereka ingin menjadikan kawasan rumah mereka bersih apabila
dipandang. Anak-anak yang masih muda remaja membantu ibu bapa
mengeluarkan sampah sarap dari longkang. Daun yang kekuning-kuningan
dikumpulkan lalu dibuang. Tinggallah pokok yang segar-bugar untuk membekalkan
udara bersih. Kini, kawasan perumahan saya sebersih dan seindah taman rekreasi.











tersubur



semerbak
kemas rapat-rapat secantik-cantik
panjang

senang hati
hijau daun




Munsyi Cilik

Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk, iaitu:
• kata adjektif tunggal. Contoh: rendah, kuning, indah
• kata adjektif terbitan. Contoh: terkecil, semerah, serabut
• kata adjektif ganda. Contoh: baik-baik, kecil-kecilan, gelap-gelita
• kata adjektif majmuk. Contoh: manis buah, hitam legam, terang hati

Aktiviti

Bina ayat dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif.

Nota Guru
• Bimbing murid memahami pelbagai bentuk kata adjektif berdasarkan bahan.
5.1.3 • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif
36 berdasarkan bahan.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Menghasilkan
EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab

UNIT Bersih Selalu,
6 Sihat Sentiasa


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Nyamuk Penyelamat
Nyamuk Penyelamat
Dalam perjalanan ke hospital, Izzah menonton berita di dalam kereta ayahnya.


Bekas hitam besar
PROGRAM KAWALAN (release container)
DENGGI MELALUI PROJEK
WOLBACHIA Mengandungi
telur nyamuk
Apakah Wolbachia? bagi
menghasilkan
• Wolbachia ialah bakteria yang hidup nyamuk
dalam sel serangga berkurun-kurun berwolbachia.
tahun dahulu dan diwarisi generasi
seterusnya melalui telur.
Bekas hitam kecil
• Nyamuk berwolbachia tidak (ovitrap container)
berbahaya kepada manusia, Digunakan untuk
haiwan, dan alam sekitar. memantau
kehadiran
• Nyamuk berwolbachia tidak nyamuk
menyebabkan demam denggi.
berwolbachia.
Perhatian: Jangan alihkan bekas-bekas hitam ini.
Bagaimanakah nyamuk berwolbachia mengawal populasi nyamuk Aedes?

Menghasilkan betina jantan Tiada
jentik-jentik Nyamuk Aedes jantan jentik-jentik
berwolbachia Nyamuk Nyamuk Aedes terhasil
Nyamuk berwolbachia mengawan berwolbachia mengawan betina
jantan (Sumber: www.infosihat.gov.my)


Encik Faizal: Izzah, program kawalan denggi dengan nyamuk berwolbachia
ini lebih mesra alam kerana tidak menggunakan sebarang racun
atau bahan kimia.
Izzah: Ya, ayah. Nyamuk berwolbachia tidak berbahaya ____.
Encik Faizal: Bagaimanakah persekitaran yang bersih dapat menjamin kejayaan
pembiakan nyamuk berwolbachia di dalam bekas-bekas hitam itu?
Izzah: ____.



Aktiviti

Bertutur untuk menghujahkan idea kreatif.
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat.
1.2.2 • Bimbing murid bertutur untuk menghujahkan maklumat dengan menggunakan idea kreatif.
Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai – Membahas 37
EMK: Sains dan teknologi

Membaca

Evolusi Ambulans
Evolusi Ambulans

Izzah membaca maklumat dalam Internet tentang evolusi ambulans.

Perkembangan Ambulans di Malaysia
https://sejarahambulans.com.my
Perkembangan Ambulans di Malaysia


Ambulans Pertahanan Awam – 1952 hingga 1960-an
Ambulans ini bersaiz besar dan
hanya berfungsi untuk membawa
pesakit. Ambulans ini mampu
memuatkan lapan orang pesakit
pada satu-satu masa.
[Sumber: Angkatan Pertahanan Awam (APM)]




Ambulans Hospital Universiti Malaya – 1963
Ambulans ini lebih kecil
dan bergerak lebih pantas.
Ruang dalamannya mampu
memuatkan dua orang
pesakit dan seorang petugas.
(Sumber: Universiti Malaya)



Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia – kini
Ambulans spesifikasi tinggi ini dilengkapi alat
pemantau jantung dan alat bantuan pernafasan.
Selain itu, terdapat juga mesin untuk membantu
petugas melancarkan salur pernafasan pesakit.
Ambulans ini turut menyediakan pelbagai jenis
peralatan membawa pesakit mengikut kes yang
diterima.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Bagaimanakah
ciri-ciri ambulans pada
masa hadapan?
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Baca teks dan buat ramalan.

laman kreatif
minda aktif Nota Guru uji minda kbat
• Bimbing murid membaca dan memahami bahan.
2.2.1 Unit
• Bimbing murid menaakul bahan untuk membuat ramalan.
38 Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai − Meramalkan
EMK: Sains dan teknologi
nota guru laman halaman rangsangan

Menulis

Bilik Isolasi
Bilik Isolasi
Audio sajak
Audio sajak
Izzah pernah ditempatkan di dalam bilik isolasi. Dia mencatat pengalamannya
itu dalam sebuah sajak.



Terasing di Kamar

Di kamar ini
tanpa rela kuhadiri
ditemani batuk kecil
mataku berpinar-pinar
kepalaku berdenyut-denyut
tubuhku mula meragam.


Hadirnya aku di sini
mengasing diri keseorangan
berbaring diri dalam keselesaan
bantal bersih menjadi teman
menunggu masa untuk kupulang.

Hadirnya aku di sini Info Bilik Isolasi
sekeliling dapat kuperhati
kamar bersih cantik berseri
habuk dan hama takut hampiri 1. Bilik ini
dengan harapan tidak dijangkiti. menempatkan 2. Bacaan suhu
murid bergejala murid perlu
Kamar ini dan kontak direkod semula
selepas
habis diguna terus dirapi rapat. 15 minit.
dilap dimop disanitasi
esok lusa berguna lagi
terus berkhidmat terus berfungsi. 3. Jika bacaan
suhu murid telah 4. Catatkan
Nukilan: Izzah Faizal kembali waktu masuk
normal, murid dan waktu
dikehendaki keluar murid
balik ke kelas. dalam
buku catatan.
Aktiviti

Tulis teks sajak yang diimlakkan.

Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan sebutan dalam bahan.
3.2.4 • Bimbing murid menulis teks sajak yang diimlakkan.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Melaksanakan 39
EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental

Seni Bahasa


Jagalah Tangan Kita
Jagalah Tangan Kita
Audio lagu
Kelab Doktor Muda telah mengadakan pertandingan menulis seni kata lagu.
Izzah bercadang untuk menulis seni kata lagu tentang cara penjagaan tangan.



3 3 Sapu krim 4 4 Jangan
gunakan bahan
tangan.
antipenuaan.








2 2 Tekap tangan 5 5 Elakkan
bahan yang
pada tuala.
mengandungi
retinol.







1 1 Basuh tangan
dengan cara
yang betul.



Sapu
6 6 vaselin

sebelum
Tangan yang tidak tidur.
dijaga dengan cara
yang betul boleh
menjadi terlalu kering.



kandungan info qr code standard ar code
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
pembelajaran
Aktiviti
Hasilkan seni kata lagu. Kemudian, persembahkannya dengan gaya
yang kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan.
4.3.3 • Bimbing murid mempersembahkan seni kata lagu dengan kreatifnya.
40 Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mencipta – Menggubah
EMK: Kreativiti dan inovasi nota guru laman halaman rangsangan

Tatabahasa

Bilik Selesa, Tidur Berkualiti
Bilik Selesa, Tidur Berkualiti
Kawan Izzah, Amna, berkongsi tentang masalahnya sewaktu tidur.

Amna: Izzah, saya tidak dapat tidur lena kerana bunyi bising.
Izzah: Bunyi apakah yang mengganggu tidur kamu, Amna?
Amna: Bunyi dengkuran kakak saya, Izzah.
Izzah: Oh, begitu! Dia mungkin menghidapi apnea tidur.
Amna: Jadi, apakah yang harus saya lakukan?

Izzah: Nasihatilah dia dengan suara kamu yang selunak buluh perindu. Minta
dia berjumpa dengan doktor.
Amna: Ada-ada sahaja kamu, Izzah. Kadang-kadang, saya juga berasa tidak
selesa sewaktu tidur.
Izzah: Amna, kebersihan diri mesti kita titik beratkan. Sebaik-baiknya, cucilah
muka sebelum tidur supaya kulit muka tidak berminyak.
Amna: Baik, Izzah. Saya juga selalu membuka tingkap untuk menghilangkan
bau hapak.
Izzah: Mungkin bau itu daripada pakaian yang belum betul-betul kering, Amna.
Pakaian yang lembap-lembap menyebabkan kulat membiak pada
fabrik. Situasi ini menyebabkannya berbau.

Amna: Kalau begitu, pengurusan diri akan saya utamakan agar lebih tenteram
semasa tidur. Saya juga akan memastikan bilik tidur sentiasa kemas
dan bersih.
Izzah: Bagus, Amna. Buat sementara waktu, semburkan pewangi agar bilik
kamu harum semerbak. Seperkara lagi, jangan ambil minuman
yang manis-manis sebelum tidur. Jangan buat pekak badak sahaja.
Ingat nasihat saya.
Amna: Baik, Izzah. Terima kasih atas nasihat itu. Info
Izzah: Sama-sama, Amna. Tidur lenalah puteriku.
Apnea tidur ialah keadaan
Amna: Ha, ha, ha! Harap-harap masin mulut pernafasan yang terhenti untuk
kamu, Izzah. sementara waktu semasa tidur.





Aktiviti

Kenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif. Kemudian,
lakonkan dialog.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami pelbagai bentuk kata adjektif.
5.1.3 • Bimbing murid melakonkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Melakonkan 41
EMK: Nilai Murni − Kasih sayang PAK-21: Lakonan


Click to View FlipBook Version