1 2023 Cikgu Nizamul SMK Elopura 2 Sandakan NASKAH GURU
2 PENGENALAN 1) Soalan bahagian ini terdapat dalam peperiksaan Pengajian Am Semester 2 (900/2) dan calon perlu menjawab satu daripada dua soalan pilihan yang dikemukakan (soalan 5 atau 6). 2) Calon dikehendaki mempersembahkan fakta dan maklumat yang terdapat dalam petikan karangan berbentuk prosa atau naratif kepada bentuk grafik iaitu yang berupa jadual data, graf, carta dan bentuk-bentuk komunikasi teknikal yang lain. 3) Tujuan penilaian ialah: i. Bagi menguji kecekapan para pelajar mengilustrasikan maklumat dalam bentuk prosa kepada bentuk grafik yang sesuai ii. Menguji kebolehan dan kecekapan pelajar membuat pengiraan matematik mudah yang berasaskan nilai mutlak, peratusan, sudut, jejari dan pengiraan lain yang berkaitan 4) Hasil Pembelajaran o Pelajar seharusnya dapat: i. Mengetahui jenis teks bukan linear yang lazim ii. Memindahkan data/ maklumat kepada teks bukan linear 5) Markah untuk bahagian ini adalah 20 markah. WAJIB! Dapat 20/20. MASA 30 minit. 6) Bentuk grafik yang perlu pelajar mahir ialah:- I. Graf Bar i. Graf bar komponen ii. Graf bar kompaun iii. Graf bar memesong iv. Graf bar piramid komponen v. Graf bar piramid kompaun II. Graf Garis i. Graf garis komponen ii. Graf garis kompaun iii. Graf garis memesong III. Graf Gabungan IV. Carta Pai i. Carta pai berbanding ii. Carta pai tong 14 Jenis Teks Bukan Linear ada…
3
4 FORMULA MENCARI SKALA i. Graf Bar & Graf Garis Komponen = Jumlah Terbesar 10 ii. Graf Bar & Graf Garis Kompaun = Nilai Terbesar 10 iii. Graf Bar & Graf Garis Memesong = Nilai Positif Terbesar – (Nilai Negatif Terkecil) 10 iv. Graf Bar Piramid Komponen = Jumlah Terbesar 6 v. Graf Bar Piramid Kompaun = Nilai Terbesar 6 vi. Carta Pai Berbanding = √jumlah terbesar √jumlah terkecil
5 PERMARKAHAN ( 20 markah) 1. PENGKELASAN ANGKUBAH (PA) 6 markah i. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan seperti peratus, orang, RM juta, kg dan sebangainya ii. Paksi X (mendatar), paksi Y (menegak) dan ukuran bulatan carta pai dilukis dengan betul dan tepat. 2. KESUAIAN TEKNIK (KT) 6 markah i. Kedudukan media (graf bar, garis, carta) hendaklah seimbang/ditengah-tengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. ii. Jenis media hendaklah tepat. Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam bahagian ini. iii. Tajuk, Petunjuk, Skala, dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul iv. Menggunakan warna yang sesuai dan kemas 3. KETEPATAN ISI (KI) 6 markah Maklumat berikut mesti dilengkapkan:- i. Tajuk yang lengkap ii. Label Paksi X dan Paksi Y iii. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta iv. Unit Paksi v. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan. vi. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan vii. Skala/nisbah jejari yang tepat viii. Titik asas/asalan (0) dicatat pada persilangan Paksi X dan Paksi Y 4. KEKEMASAN (KM) 2 markah i. Warna rata dan tidak terkeluar dari garisan ii. Garisan lurus iii. Kerja kemas & tidak comot
6 JADUAL DATA 1. Jadual data merupakan satu elemen yang paling penting sebelum kita membuat graf atau carta. 2. Ketepatan dan kekemasan dalam penyediaan jadual data secara langsung akan memudahkan graf atau carta dibuat. 3. Dalam penyediaan jadual data terdapat tiga elemen penting yang perlu dilengkapkan iaitu:- i. Tajuk jadual data ii. Jadual iii. Sumber i. Tajuk Jadual Data – “DOSA BESAR” (-9m) a) Tajuk jadual data yang baik dan lengkap wajib menjawab tiga persoalan iaitu:- -Di mana berlaku (tempat)? -Apa berlaku (perkara)? -Bila berlaku (jangka masa)? Contoh:- Di mana berlaku (tempat)? Apa berlaku (perkara)? MALAYSIA: JUMLAH PESAKIT COVID-19 MENGIKUT NEGERI-NEGERI TERPILIH PADA TAHUN 2019 DAN 2020. Bila berlaku (jangka masa)? ii. Jadual
7 JUMLAH KESELURUHAN JADUAL YANG LENGKAP JUMLAH iii.Sumber a) Menulis sumber adalah penting bagi memberitahu data atau maklumat yang diperolehi. b) Sumber diperolehi dalam petikan soalan c) Kedudukan sumber di sebelah bawah kanan kertas graf PERKARA (Pemboleh ubah per-1) TAHUN/ TEMPOH MASA (Pemboleh ubah ke-2) UNIT Tahun/ Tempoh Jumlah pesakit Covid-19 mengikut negeri-negeri terpilih (Orang) Masa
8 PEMBAHAGIAN KERTAS GRAF 5.1 Latihan 1 1. Pada tahun 2001, jumlah penonton di Studium Nasional Bukit Jalil ialah seramai 350 000 orang. Pada tahun 2002 pula jumlah penonton ini meningkat sebanyak 100 000 orang. Berapakah jumlah penonton di Studium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2002? Jawapan: ________________________________________ 2. Bilangan pelancong dari China yang melawat Malaysia pada tahun 2007 ialah seramai 96 790 orang. Bilangan ini meningkat sebanyak 20 990 orang pada tahun 2008. Berapakah jumlah pelancong dari negara China yang melawat Malaysia? Jawapan: ________________________________________ 3. Kes Kemalangan di Sabah semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2010, kes kemalangan maut yang dicatatkan di negeri Sabah ialah sebanyak 307 kes, manakala pada tahun 2011 jumlah kemalangan maut yang dicatatkan meningkat sebanyak 34 kes. Berapakah jumlah kes kemalangan maut yang dicatatkan di negeri Sabah pada tahun 2011? Jawapan: ________________________________________ 4. Malaysia mengimport sejumlah 580 tan bawang merah dari negara India pada tahun 2009. Jumlah import bawang merah ini terus meningkat sebanyak 200 tan pada tahun 2010. Berapakah jumlah import bawang merah dari negara India pada tahun 2010? Jawapan: ________________________________________ 5. Syifa Ilham banyak memelihara kucing. Pada tahun 2003, jumlah kucing Syifa Ilham ialah sebanyak 23 ekor. Pada tahun 2004 pula, jumlah kucing syifa meningkat sebanyak 43 ekor. Berapakah jumlah kucing Syifa Ilham pada tahun 2004? Jawapan: ________________________________________ Latihan 1 6.0 Latihan Tajuk 2 cm Bentuk Grafik 13 cm Petunjuk Sumber: 7 cm
9 Latihan 1 Objektif Pembelajaran Pelajar dapat; 1) Membezakan antara ‘meningkat kepada...’ dengan ‘meningkat sebanyak...’ dan ‘menurun kepada...’ dengan ‘menurun sebanyak...’ 2) Membuat pengiraan tambah (+), tolak (-), darab (x) dan bahagi (÷) 3) Menukarkan nilai peratus (%) kepada nilai mutlak 4) Menentukan UNIT yang betul bagi setiap jawapan 1. Bilangan pengikut Lionel Messi di Instragram pada tahun 2021 ialah 1 360 366 pengikut. Setelah memenangi Piala Dunia 2022, pengikut Lionel Messi di Instragram telah meningkat sebanyak 1 239 019 pengikut. Berapa pengikut Lionel Messi di Instragram pada tahun 2022? Jawapan: 2 599 385 pengikut 2. Jumlah pasangan dari Negara X yang berkahwin di Thailand pada tahun 2018 ialah 50 pasangan. Pada tahun 2019 jumlah pasangan dari Negara X yang berkahwin di Thailand meningkat kepada 70 pasangan. Berapa pasangan dari Negara X yang berkahwin di Thailand pada tahun 2019? Jawapan: 70 pasangan 3. Pada tahun 2019 Tealive berjaya menjual 10 000 000 cawan di seluruh Malaysia, Pada tahun 2021, Tealive telah berjaya meningkatkan jualan sebanyak 30 000 cawan. Berapa cawan yang berjaya dijual oleh Tealive pada tahun 2021? Jawapan: 10 030 000 cawan 4. Bilangan pesakit Covid-19 di Malaysia pada tahun 2020 ialah 80 500 orang. Dijangka bilangan pesakit penyakit ini meningkat sebanyak 100 000 orang pada tahun 2021. Berapakah jangkaan pesakit Covid-19 di Malaysia pada tahun 2021? Jawapan: 180 500 orang
10 5. Pada tahun 2001, jumlah penonton di Studium Nasional Bukit Jalil ialah seramai 350 000 orang. Pada tahun 2002 pula jumlah penonton ini meningkat sebanyak 100 000 orang. Berapakah jumlah penonton di Studium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2002? Jawapan: 450 000 orang 6. Bilangan pelancong dari China yang melawat Malaysia pada tahun 2007 ialah seramai 96 790 orang. Bilangan ini meningkat sebanyak 20 990 orang pada tahun 2008. Berapakah jumlah pelancong dari negara China yang melawat Malaysia? Jawapan: 117 780 orang 7. Kes Kemalangan di Sabah semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2010, kes kemalangan maut yang dicatatkan di negeri Sabah ialah sebanyak 307 kes, manakala pada tahun 2011 jumlah kemalangan maut yang dicatatkan meningkat sebanyak 34 kes. Berapakah jumlah kes kemalangan maut yang dicatatkan di negeri Sabah pada tahun 2011? Jawapan: 341 kes 8. Syifa Ilham banyak memelihara kucing. Pada tahun 2003, jumlah kucing peliharaan Syifa Ilham ialah sebanyak 23 ekor. Pada tahun 2004 pula, jumlah kucing syifa meningkat sebanyak 43 ekor. Berapakah jumlah kucing Syifa Ilham pada tahun 2004? Jawapan: 66 ekor 9. Usaha memulihara alam sekitar semakin giat dijalankan oleh pihak kerajaan. Hal ini terbukti dengan peningkatan jumlah pokok kayu balak yang ditanam semula. Pada tahun 2007, jumlah pokok kayu balak yang ditanam semula ialah sebanyak 250 ribu batang. Jumlah ini terus meningkat kepada 320 ribu batang pada tahun 2008. Berapakah jumlah pokok kayu balak yang ditanam semula pada tahun 2008? Jawapan: 320 ribu batang 10. Bilangan pendatang asing yang masuk secara haram ke Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2010, seramai 920 ribu pendatang asing yang masuk secara haram ke negara kita. Pada tahun 2011 pula berlaku peningkatan seramai 120 ribu orang berbanding tahun 2010. Berapakah jumlah pendatang asing yang masuk ke Malaysia secara haram pada tahun 2011? Jawapan: 1 040 ribu orang
11 11. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, seramai 25 867 orang pelajar lepasan STPM telah ditawarkan menyambung pengajian ke universiti awam pada tahun 2009. Manakala pada tahun 2010 pula, jumlah ini telah meningkat kepada 26 523 orang. Berapakah jumlah pelajar lepasan STPM yang ditawarkan menyambung pengajian di universiti awam pada tahun 2010? Jawapan: 26 523 orang 12. Mangsa banjir di Kelantan pada tahun 2001 seramai 3 321 orang, jumlah ini berkurangan sebanyak 1 120 orang pada tahun 2002. Berapakah jumlah mangsa banjir di negeri Kelantan pada tahun 2002? Jawapan: 2 201 orang 13. Dengan pelbagai kempen kesedaran yang dijalankan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai medium perhubungan menjadi faktor utama jumlah penurunan perokok di Malaysia. Pada tahun 2005, jumlah perokok di Malaysia ialah sebanyak 23 456 orang dan jumlah ini menurun sebanyak 3 456 orang pada tahun 2006. Berapakah jumlah perokok di Malaysia pada tahun 2006? Jawapan: 20 000 orang 14. Malaysia mendapat pengikhtirafan negara ke 19 di dunia yang selamat untuk dilawati. Hal ini terbukti dengan penurunan kadar jenayah di Malaysia. Pada tahun 2009, kadar jenayah di Malaysia mencatatkan sejumlah 2 123 kes. Manakala pada tahun 2010, jumlah jenayah di Malaysia menurun sebanyak 321 kes. Berapakah jumlah jenayah yang dicatatkan pada tahun 2010 di Malaysia? Jawapan: 1 802 kes 15. Bilangan pengguna Nokia semakin menurun akibat peralihan pengguna kepada jenama Apple dan Samsung. Pada tahun 2006, bilangan pengguna Nokia adalah seramai 9 754 orang. Pada tahun 2007 pula, bilangan pengguna Nokia menurun sebanyak 1 897 orang berbanding tahun 2006. Berapakah bilangan pengguna Nokia pada tahun 2007? Jawapan: 7 857 orang 16. Jumlah duit simpanan Puteri Aura Nur Ermila Amara Auliya Bidadari Nawal Al Zendradi Zetty Bin Ali di Bank Islam pada bulan April adalah sebanyak RM900, tetapi pada bulan
12 Jun jumlah duit simpanan Puteri Aura Nur Ermila Amara Auliya Bidadari Nawal Al Zendradi Zetty Bin Ali telah berkurang menjadi RM 400. Berapa jumlah duit simpanan Puteri Aura Nur Ermila Amara Auliya Bidadari Nawal Al Zendradi Zetty Bin Ali pada bulan Jun? Jawapan: RM400 17. Jumlah hutang negara pada tahun 2009 ialah sebanyak RM1506 bilion. Jumlah hutang negara ini telah berkurang kepada RM1499 bilion pada tahun 2010. Berapakah jumlah hutang negara pada tahun 2010? Jawapan: RM1 499 bilion 18. Zee mempunyai 20 biji guli berwarna biru. Bilangan guli merah melebihi 20 peratus daripada bilangan guli biru. Berapakah bilangan guli merah? Jawapan: 24 biji 19. Bilangan guli hijau Zee berjumlah 50 biji. Bilangan guli hitam melebihi 35 peratus daripada bilangan guli hijau. Berapakah bilangan guli hitam? Jawapan: 68 biji 20. Guli putih melebihi 60 peratus daripada bilangan guli hijau yang berjumlah 50 biji. Berapakah bilangan guli putih? Jawapan: 80 biji 21. Bilangan guli merah jambu ialah 78 biji. Guli coklat kurang 77 peratus daripada bilangan guli merah jambu. Berapakah bilangan guli coklat? Jawapan: 18 biji 22. Guli berwarna oren berjumlah 90 biji. Bilangan guli ungu kurang 57 peratus daripada bilangan guli berwarna oren. Berapakah bilangan guli ungu? Jawapan: 39 biji
13 Objektif Pembelajaran Pelajar dapat; 1) Melengkapkan jadual dengan memenuhi 6 elemen yang perlu ada bagi setiap jadual 2) Menghasilkan jadual yang lengkap daripada penulisan tajuk hingga penulisan sumber Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan pelancong tempatan yang melancong mengikut tujuan pelancongan pada tahun 2019 dan tahun 2020 di Malaysia. MALAYSIA: PERUBAHAN PELANCONG TEMPATAN YANG MELANCONG MENGIKUT TUJUAN PELANCONGAN PADA TAHUN 2019 DAN TAHUN 2020. Melawat saudara mara dan rakan 101.1 42.1 Membeli belah 84.6 28.9 Mendapatkan rawatan perubatan 9.6 5.5 Aktiviti hiburan, majlis keraian dan sukan 9.6 2.2 Pelancongan 21.5 22.3 Lain-lain 12.7 3.9 (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Tinjauan Pelancongan Tempatan, Jabatan Perangkaan Malaysia) 1 3 2 4 5 6 Perubahan pelancong tempatan yang melancong mengikut tujuan pelancongan (juta orang) Tahun Tujuan Pelancongan 2019 2020
14 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kes ancaman jenayah siber mengikut jenis kes dari tahun 2009 hingga tahun 2012 di Malaysia. MALAYSIA: JUMLAH KES ANCAMAN JENAYAH SIBER MENGIKUT JENIS KES DARI TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2012 Kes pencerobohan sistem komputer 766 853 980 1237 Kes penipuan siber 885 991 1045 1198 Kes penggodaman 261 335 401 560 Kes lain-lain 183 243 309 415 JUMLAH 2 095 2 442 2 735 3 410 (Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Statistik PDRM, 2013) 1 3 2 4 5 6 Tahun 2009 2010 2011 2012 Jumlah kes ancaman jenayah siber mengikut jenis kes (kes) Jenis Kes
15 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan Hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian mengikut negeri-negeri terpilih dari tahun 2012 hingga tahun 2015 di Malaysia. MALAYSIA: POLA PERUBAHAN HASIL KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) SEKTOR PERTANIAN NEGERI-NEGERI TERPILIH DARI TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2015 Kelantan 1996 2146 2190 3340 Terengganu 1446 1496 1577 1627 Perlis 871 806.5 1061.5 1042 Kedah 1820 1920 2015 2260 (Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2016) 2013 2014 2015 2012 Tahun Pola perubahan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian negeri-negeri terpilih (RM Juta) Negeri
16 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola jumlah penguasaha produk industri asas tani di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 2011 hingga tahun 2014. MALAYSIA: POLA JUMLAH PENGUASAHA PRODUK INDUSTRI ASAS TANI BIMBINGAN LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) DARI TAHUN 2011 HINGGA TAHUN 2014 Keropok lekor 247 264 142 169 Keropok Keping 206 220 143 147 Ikan kering 126 132 153 164 Belacan 165 176 91 94 Produk-produk lain 82 88 337 380 Jumlah 824 880 866 954 (Sumber: Disesuaikan daripada Perangkaan Agromakanan 2014, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, April 2015) 2012 2011 2013 2014 Tahun Pola jumlah penguasaha produk industry asas tani bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan malaysia (LKIM) (orang) Produk Industri
17 Latihan 2 Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan jadual yang sesuai bagi menunjukkan jumlah ikan yang berjaya ditangkap oleh Boboiboy mengikut jenis pada tahun 2008, 2009 dan 2010 di Malaysia. Boboiboy adalah superhero bumi. Boboiboy mempunyai pelbagai kuasa seperti api, angin, tanah dan ais . Hobi Boboiboy ialah memancing ikan. Boboiboy selalu pergi memancing dengan datuknya iaitu Tok Aba. Pada tahun 2008, Boboiboy berjaya menangkap 30 ekor ikan. Daripada jumlah tersebut, 10 ekor ialah ikan emas, 8 ekor ikan patin dan selebihnya ialah ikan keli. Pada tahun 2009 pula, jumlah ikan yang berjaya ditangkap oleh Boboiboy ialah lebih 10 ekor daripada jumlah yang berjaya ditangkap olehnya pada tahun 2008. Daripada jumlah itu, 30 peratus adalah ikan emas, 15 peratus adalah ikan patin dan 55 peratus adalah ikan keli. Boboiboy juga pergi memancing juga dengan rakan-rakannya iaitu Yaya,Gopal, dan Ying. Boboiboy juga pernah pergi memancing dengan musuhnya iaitu Adu du. Pada tahun 2010, ikan emas yang berjaya ditangkap oleh Boboiboy adalah sebanyak 18 ekor iaitu peningkatan hasil tangkapan sebanyak 6 ekor berbanding tahun sebelumnya. Sementara itu, berbanding tahun 2009, tangkapan ikan patin meningkat kepada 12 ekor dan ikan keli meningkat sebanyak 8 ekor. (Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Sukahati, 2011)
18 MALAYSIA: JUMLAH IKAN YANG BERJAYA DITANGKAP OLEH BOBOIBOY MENGIKUT JENIS PADA TAHUN 2008, 2009 DAN 2010 Jumlah ikan yang berjaya ditangkap oleh Boboiboy mengikut jenis (ekor) 2008 2009 2010 Ikan Emas 10 12 18 Ikan Patin 8 6 12 Ikan Keli 12 22 30 Jumlah 30 40 60 (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Sukahati, 2011) Jenis Ikan Tahun
19 Latihan 3 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan jadual data bagi menunjukkan jumlah duit simpanan anak-anak En Lumazin bagi tempoh masa yang dinyatakan di Malaysia. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, mengambil pengajaran dari pepatah melayu tersebut, En Lumazin yang merupakan ‘ayah muda’ telah mendidik anak-anaknya dari kecil lagi terutamnya dalam soal simpanan kewangan. Ilham Jaya Kesuma, Jelita, Mawar Berduri, dan Sofea Sejati yang merupakan anak-anak kesayangan En Lumazin telah berjaya mengumpul duit simpanan sebanyak RM 385 pada tahun 2009 dan pada tahun 2010 duit simpanan mereka meningkat sebanyak RM 26 menjadi RM 411. Ilham Jaya Kesuma adalah anak lelaki tunggal En Lumazin, Ilham Jaya Kesuma mengumpul duit simpanan sebanyak RM120 pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak RM20 berbanding tahun 2009. Jelita pula seorang anak yang paling jimat, jumlah simpanan Jelita pada tahun 2009 ialah sebanyak RM210 dan pada tahun 2010 meningkat sebanyak 10 peratus.Mawar Berduri pula mampu menyimpan sebanyak RM50 pada tahun 2009, tetapi pada tahun 2010 duit simpanan Mawar Berduri berkurang sebanyak RM10. Sofea Sejati pula anak yang paling boros, selalu menggilakan pakaian berjenama, selera makanan barat dan tidak boleh hidup susah sedikitpun . Akibat dari itu, Sofea Sejati hanya menyimpan RM25 pada tahun 2009. Walaupun jumlah duit simpanan anak-anak En Lumazin tidaklah sebanyak mana tetapi sikit-sikit lama-lama mampu jadi bukit dan gunung. Beringat-ingatlah, ‘sediakan perahu sebelum banjir’. =) (Disesuaikan daripada ‘Fail Sulit’ Keluarga En Lumazin, 2010)
20 MALAYSIA: JUMLAH DUIT SIMPANAN ANAK-ANAK EN LUMAZIN BAGI TAHUN 2009 DAN TAHUN 2010. Jumlah duit simpanan anak-anak En Lumazin (RM) 2009 2010 Ilham Jaya Kesuma 100 120 Jelita 210 231 Mawar Berduri 50 40 Sofea Sejati 25 20 Jumlah 385 411 (Sumber: Disesuaikan daripada ‘Fail Sulit’ Keluarga En Lumazin, 2010) Tahun Anak-anak En Lumazin
21 Latihan 4 Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan jadual data yang menunjukkan jumlah guli yang dikumpul oleh Mark Adam di Malaysia mengikut warna pada tahun 2002, 2003 dan 2004. Hobi merupakan suatu aktiviti yang berfaedah. Dengan adanya hobi kita dapat mengisi masa yang terluang agar tidak terbuang begitu sahaja atau mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti terlibat dengan lumba haram, penyalahgunaan dadah, melepak dan sebagainya. Mark Adam mempunyai hobi mengumpul guli. Pada tahun 2002, Mark Adam mempunyai 130 biji guli. Daripada jumlah itu 30 biji berwarna biru, 20 biji berwarna kuning, 25 biji guli berwarna merah dan 35 biji guli berwarna hijau. Pada tahun 2003, guli Mark Adam yang berwarna merah adalah sebanyak 30 biji daripada jumlah keseluruhan guli Mark Adam sebanyak 155 biji pada tahun tersebut. Sementara itu, guli Mark Adam yang berwarna biru, kuning, dan hijau adalah masing-masing 40 biji, 25 biji dan 30 biji. Pada tahun 2004 pula, jumlah guli Mark Adam telah meningkat sebanyak 75 biji berbanding tahun 2002. Daripada jumlah itu, guli Mark Adam yang berwarna biru adalah sebanyak 50 biji. Bagi jumlah guli yang berwarna kuning adalah sama dengan jumlahnya pada tahun 2003 dan jumlah guli yang berwarna merah dan hijau adalah sama banyak iaitu 40 biji. Sememangnya, mempunyai hobi suatu perkara yang memberi kepuasan walaupun hobi itu pelik dan membosankan bagi sesetengah orang. (Dipetik dan diubahsuaikan dari Kelab Peminat Mark Adam, 2005)
22 MALAYSIA: JUMLAH GULI YANG DIKUMPUL OLEH MARK ADAM MENGIKUT WARNA PADA TAHUN 2002, 2003, DAN 2004 Jumlah guli yang dikumpul oleh Mark Adam mengikut warna (biji) 2002 2003 2004 Biru 30 40 50 Kuning 20 25 25 Merah 25 30 40 Hijau 35 30 40 Lain-Lain 20 30 50 Jumlah 130 155 205 (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan dari Kelab Peminat Mark Adam, 2005) Tahun Warna Guli
23 Latihan 5 Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan jadual yang sesuai bagi menunjukkan jumlah pembuangan bayi di Malaysia mengikut negeri terpilih bagi tahun yang dinyatakan. Jenayah pembuangan bayi merupakan satu perkara yang biadap dan tiada berperikemanusiaan, namun jenayah ini semakin meningkat dan menjadi-jadi. Pada tahun 2016, jumlah kes jenayah pembuangan bayi yang dicatatkan di empat negeri terpilih adalah sebanyak 100 kes. Daripada jumlah itu, 20 kes berlaku di Negeri A , 25 kes berlaku di Negeri B, 25 kes juga berlaku di Negeri C dan 30 kes dicatatkan di Negeri D Pada tahun 2017 telah memperlihatkan peningkatan yang amat menakutkan dalam statistic jenayah pembuangan bayi di empat buah negeri tersebut. Dengan hanya 100 kes sahaja pada tahun 2016, tahun 2017 telah meningkat sebanyak 95 kes menjadi 195 kes. Daripada jumlah itu, 45 kes berlaku di Negeri A, 35 kes berlaku di Negeri B, 40 kes berlaku di Negeri C dan selebihnya berlaku di Negeri D. Semua pihak harus berpimpin tangan dan berganding bahu dalam mengnyahkan jenayah pembuangan bayi ini dari bumi Malaysia yang kita cintai ini. (Dipetik dan diubahsuaikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2018)
24 MALAYSIA: JUMLAH PEMBUANGAN BAYI MENGIKUT NEGERI TERPILIH BAGI TAHUN 1995 DAN TAHUN 1996 Jumlah Pembuangan bayi mengikut negeri terpilih (kes) 2009 2010 A 20 45 B 25 35 C 25 40 D 30 75 Jumlah 100 195 (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2000) Tahun Negeri Terpilih
25 Latihan 6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan jadual data untuk menunjukkan bilangan peserta yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut kem dan kumpulan pada tahun 2009 di Malaysia. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah program yang dapat membentuk jati diri dalam diri kita. Pada tahun 2009, jumlah peserta yang mengikuti program ini ialah 13 204 orang. Daripada jumlah peserta itu, seramai 4 175 orang adalah peserta kumpulan 1, kumpulan 2 pula seramai 4 400 orang manakala kumpulan 3 adalah seramai 4 629 orang. Bagi Kem Princess Haliza, seramai 1 080 orang peserta yang mengikuti program tersebut adalah kumpulan 1 dan jumlah ini meningkat kepada 1 110 orang peserta pada kumpulan 2. Manakala kumpulan 3adalah seramai 1 170 orang peserta dan jumlah ini meningkat daripada kumpulan sebelumnya. Di Kem Bagai Budi Resort pula, bilangan peserta kumpulan 1 program ini adalah seramai 980 orang. Peserta kumpulan 1 program ini kurang penyertaan kerana kem ini baru saja ditubuhkan. Walaubagaimanapun, peserta kumpulan 2 di kem ini telah meningkat sebanyak 20 orang. Bagi kumpulan 3 pula, bilangan peserta terus meningkat menjadikan 1 119 orang. Dalam Kem Jugro Banting pula, seramai 1 015 orang adalah kumpulan 1 program tersebut manakala bilangan peserta kumpulan 2 program tersebut meningkat kepada 1 160 orang. Pada kumpulan 3 pula, bilangan peserta yang mengikuti PLKN di kem tersebut telah menurun sebanyak 20 orang disebabkan peserta-peserta tersebut menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Bagi Kem Kuala Kubu Baru pula, seramai 1 100 orang peserta adalah kumpulan 1 program tersebut. Bilangan ini meningkat kepada 1 130 orang peserta pada kumpulan 2, manakala kumpulan 3 yang mengikuti program tersebut telah meningkat kepada 1 200 orang peserta berbanding kumpulan sebelumnya. (Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Malaysia 2009)
26 MALAYSIA: BILANGAN PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) MENGIKUT KEM DAN KUMPULAN PADA TAHUN 2009 Bilangan peserta yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut kem dan kumpulan (orang) Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kem Princess Halizah 1080 1110 1170 Kem Bagai Budi Resort 980 1000 1119 Kem Jugro Banting 1015 1160 1140 Kem Kuala Kubu Baru 1100 1130 1200 (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Malaysia 2009) Kumpulan Kem
27 Latihan 7 Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu jadual data yang menunjukkan eksport buahbuahan tempatan Malaysia ke luar negara bagi tempoh masa yang dinyatakan. Malaysia negara yang bertuah. Sejarah Malaysia yang 27tandin dan unik seharusnya difahami, dihayati dan dibanggai oleh setiap ‘penghuni’ di negara bertuah ini. Malaysia yang mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun mampu ‘mengeluarkan’ pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang 27tanding keenakannya dengan buah-buahan dari negara yang beriklim sejuk. Buah-buahan tempatan keluaran negara kita mampu bersaing di persada dunia, buktinya pada tahun 2008 Malaysia mengeksport sebanyak 20 juta buah-buahan tempatan ke luar negara. Daripada jumlah itu, 7 juta tan buah belimbing,8 juta tan buah durian dan 3 juta tan buah tarap. Pada tahun 2009 pula, eksport buah-buahan tempatan Malaysia ke luar negara meningkat sebanyak 80 peratus daripada eksport tahun 2008. Bagi buah belimbing meningkat sebanyak 4 juta tan, manakala bagi buah durian yang sentiasa menerima permintaan yang hangat meningkat sebanyak 10 juta tan manakala buah tarap juga meningkat sebanyak 10 peratus. Pada tahun ini, eksport buah-buahan tempatan Malaysia ke luar negara dijangka meningkat sebanyak 14 juta tan menjadi 50 juta tan. Bagi eksport buah tarap meningkat kepada 10 juta tan, buah belimbing meningkat kepada 19 juta tan manakala bagi buah durian pula menurun kepada 10 juta tan. Penurunan eksport durian ini menurun mungkin disebabkan oleh persaingan daripada durian Thailand yang lebih berkualiti dan boleh dikeluarkan sepanjang tahun tanpa menunggu musim seperti di Malaysia. Berbanggalah dengan produk keluaran Malaysia. Kalau bukan kita yang menyokong produk Malaysia siapa lagi…? Produk Malaysia kebanggaan kita. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Pertanian dan Hasil Tani Malaysia, 2010)
28 MALAYSIA: EKSPORT BUAH-BUAHAN TEMPATAN KE LUAR NEGARA BAGI TAHUN 2008 DAN TAHUN 2009 Eksport buah-buahan tempatan ke luar negara (Juta Tan) 2008 2009 2010 Buah Belimbing 7 11 19 Buah Durian 8 8.8 10 Buah Tarap 3 3.3 10 Lain-lain 2 13.7 11 Jumlah 20 36 50 (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Pertanian dan Hasil Tani Malaysia, 2010) Tahun Buahbuahan tempatan
29 GRAF BAR 1. Graf bar merupakan bentuk grafik yang dibina menggunakan pacakan-pacakan bar. 2. Setiap batang bar yang dibina menggambarkan nilai yang diberikan dalam soalan. 3. Terbahagi kepada 5 iaitu graf bar komponen, graf bar kompaun, graf bar memesong, graf bar piramid komponen dan graf bar piramid kompaun. Jenis Bentuk Graf Graf Bar Komponen (Jumlah) Graf Bar Kompaun (Perbandingan) Graf Bar Memesong (positif-negatif) Graf Bar Piramid Komponen (Jumlah) Graf Bar Piramid Kompaun (perbandingan)
30 GRAF BAR KOMPONEN 1. Komponen boleh diertikan sebagai jumlah 2. Graf bar komponen adalah binaan bar daripada hasil pernambahan komponenkomponen yang pada akhirnya akan memperlihatkan jumlah keseluruhan 3. Dalam arahan soalan terdapat perkataan jumlah, kumulatif, komposisi, komponen, diterapkan, nilai keseluruhan. Berhati-hati dengan perkataan jumlah kerana jumlah boleh menggambarkan kompaun dan komponen 4. Biasanya graf bar komponen tidak melibatkan tahun yang banyak 5. Formula:- jumlah terbesar 10 GRAF BAR KOMPAUN 1. Kompaun bererti perbandingan 2. Graf bar kompaun merupakan perbandingan antara satu bar dengan bar yang lain di mana setiap bar mengandungi pelbagai maklumat yang terkandung dalam petikan 3. Klu untuk graf jenis ini ialah di dalam soalan terdapat perkataan kompaun, perbandingan, bilangan, pengeluaran peratus @ kadar. 4. Formula bagi mencari skala:- nilai terbesar dalam data 10 GRAF BAR PIRAMID KOMPONEN/ KOMPAUN 1. Graf bar piramid mempunyai konsep perbandingan. 2. Perbandingan antara jantina, lokasi, tahun, dan sebagainya. 3. Apabila dalam soalan terdapat lebih daripada tiga pembolehubah/ elemen maka graf bar piramid perlu dibuat, contoh soalan; “Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pengguna air mengikut negeri pada tahun 1990, 1993, dan 1995 antara bandar dan luar bandar di Malaysia
31 Dalam soalan di atas terdapat lebih tiga pembolehubah/elemen iaitu :- i. mengikut negeri ii. tahun iii. antara bandar dan luar bandar 4. Graf bar piramid terbahagi kepada dua iaitu graf bar piramid komponen (jumlah) dan graf bar piramid kompaun (perbandingan) 5. Formula mencari skala graf bar piramid komponen (jumlah) jumlah terbesar 8 6. Formula mencari skala graf bar piramid kompaun (perbandingan) nilai terbesar dalam data 8 GRAF BAR MEMESONG 1. Graf ini juga disebut sebagai graf bar songsang atau graf bar cermin 2. Graf ini wujud apabila terdapat nilai positif dan nilai negatif 3. Graf bar memesong sering menggunakan arahan peratus perubahan atau imbangan bayaran perdagangan 4. Graf ini hanya melibatkan dua tempoh atau lebih dan perlu mengira peratus perubahan untuk di plot pada graf. 5. peratus perubahan = nilai tahun baru – nilai tahun lama X 100 nilai tahun lama 6. Imbangan Bayaran Perdagangan = Eksport – Import 7. Formula mencari skala :- Nilai positif terbesar – nilai 31utomoti terkecil 10
32 Latihan 8 (Graf Bar Kompaun) Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kenderaan di atas jalan raya Malaysia mengikut negeri terpilih pada tahun 2013 hingga tahun 2015. Perkembangan 32utomoti 32utomotive telah mendorong pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan Malaysia. Pada tahun 2013, bilangan kenderaan di atas jalan di Selangor adalah sebanyak 1 709 452 buah, meningkat kepada 1 753 950 buah pada tahun 2014 dan terus meningkat sebanyak 29 429 buah pada tahun 2015 berbanding tahun 2014. Bilangan kenderaan di atas jalan raya negeri Sabah pula adalah sebanyak 873 124 buah pada tahun 2014 iaitu peningkatan sebanyak 88 637 buah berbanding tahun 2013. Bilangan kenderaan di atas jalan raya pada tahun 2015 di negeri tersebut adalah 882 278 buah. Di negeri Kedah, bilangan kenderaan di atas jalan raya pada tahun 2013 adalah sebanyak 781 143 buah meningkat kepada 800 867 buah pada tahun 2014 dan meningkat sebanyak 1.83 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 2014. Di negeri Terengganu juga berlaku pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya. Pada tahun 2013, bilangan kenderaan di atas jalan raya negeri Terengganu adalah sebanyak 414 316 buah, meningkat sebanyak 8 855 buah pada tahun 2014. Pada tahun 2015 pula, bilangan kenderaan di atas jalan negeri Terengganu adalah sebanyak 425 996 buah. Bilangan pertambahan kenderaan ini juga menyumbang kepada bilangan kes kemalangan yang tinggi di Malaysia. (Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 2016)
33 MALAYSIA: BILANGAN KENDERAAN DI ATAS JALAN RAYA MENGIKUT NEGERI TERPILIH PADA TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2015 Bilangan kenderaan di atas jalan raya mengikut negeri terpilih (buah) 2013 2014 2015 Selangor 1 709 452 1 753 950 1 783 379 Sabah 784 487 873 124 882 278 Kedah 781 143 800 867 815 523 Terengganu 414 316 423 171 425 996 (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 2016) Tahun Negerinegeri Terpilih
34 Latihan 9 (Graf Bar Komponen) Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti awam terpilih pada tahun 2016 hingga anggaran tahun 2019 di Malaysia. Universiti adalah institusi pendidikan tertinggi dengan memberi ilmu dalam pelbagai displin. Jumlah kemasukkan pelajar ke Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meningkat saban tahun. Jumlah kemasukan pelajar keempat-empat universiti berkenaan adalah seramai 26 424 orang pada tahun 2016, 29 155 orang pada tahun 2017, 30 491 orang pada tahun 2018 dan dianggarkan meningkat sebanyak 1 914 orang pada tahun 2019. UM dan USM berada dalam kategori universiti penyelidikan di Malaysia manakala bagi UPSI berada dalam kategori universiti berfokus dan UMS berada dalam kategori universiti komprehensif. Kemasukan pelajar ke UM pada tahun 2016 adalah seramai 8 631 orang manakala pada tahun yang sama kemasukan pelajar ke USM adalah seramai 6 782 orang. Kemasukan pelajar ke UM terus meningkat pada tahun 2017 dan 2018 iaitu meningkat kepada 9 377 orang dan 11 099 orang. Pada tahun 2019, kemasukan pelajar ke UM dianggarkan meningkat sebanyak 1.36 peratus berbanding kemasukan pelajar ke UM pada tahun 2018. Kemasukan pelajar ke USM pula adalah seramai 8 035 orang pada tahun 2017, 6 680 orang pada tahun 2018 dan dianggarkan seramai 7 500 orang pada tahun 2019. Kemasukan pelajar ke UMS pada tahun 2016 adalah seramai 5 322 orang menurun kepada 5 202 orang pada tahun 2017 dan menurun sebanyak 54 orang pada tahun 2018. Bagi kemasukan pelajar ke UPSI adalah seramai 6 541 orang pada tahun 2017 meningkat kepada 7 564 orang pada tahun 2018 dan dianggarkan meningkat kepada 8 100 orang pada tahun 2019. Bilangan kemasukan pelajar yang ramai ke universiti pada setiap tahun menjadi petanda bahawa Malaysia mempunyai ramai modal insan berkualiti untuk kemajuan masa depan negara. (Dipetik dan diubahsuai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018)
35 MALAYSIA: JUMLAH KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM TERPILIH PADA TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2019 Jumlah Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam Terpilih (orang) 2016 2017 2018 Anggaran 2019 Universiti Malaya (UM) 8631 9377 11099 11250 Universiti Sains Malaysia (USM) 6782 8035 6680 7500 Universiti Malaysia Sabah (UMS) 5322 5202 5148 5555 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 5689 6541 7564 8100 Jumlah 26424 29155 30491 32405 (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018) Tahun Universiti Awam
36 Latihan 10 (Graf Bar Memesong) Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan perdagangan mengikut negeri di Malaysia pada tahun 2019. Eksport Malaysia pada tahun 2019 bernilai RM995.1 bilion, menyusut 0.8 peratus berbanding tahun 2018. Import juga menurun sebanyak 3.5 peratus kepada RM849.4 bilion. Eksport di negeri Sabah adalah sebanyak RM28.2 bilion manakalah import adalah sebanyak RM8.3 bilion. Eksport di negeri Johor, Kedah dan Perlis masing-masing adalah RM201.8 bilion, RM27.2 bilion dan RM1.1 bilion manakala nilai import pula adalah RM176.6 bilion, RM34.7 bilion dan RM1.3 bilion. Tiga eksport utama mengikut kumpulan komoditi adalah litar elektrik bersepadu, barangan elektrik dan elektronik yang lain dan keluaran petroleum bertapis. Nilai eksport di negeri Perak adalah RM28.9 bilion manakala nilai import adalah RM27.3 bilion. Nilai eksport di negeri Selangor, Pahang dan Kelantan masing-masing adalah RM196.8 bilion, RM25.4 bilion dan RM3.3 bilion. Nilai import bagi negeri Selangor, Pahang dan Kelantan masing-masing adalah RM236.5 bilion, RM13.6 bilion dan RM1.6 bilion. Tiga import utama mengikut kumpulan komoditi adalah litar elektrik bersepadu, keluaran petroleum bertapis dan barangan elektrik dan elektronik yang lain. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020)
37 MALAYSIA: PERATUS PERUBAHAN PERDAGANGAN MENGIKUT NEGERI PADA TAHUN 2019 Perdagangan mengikut negeri (RM bilion) Peratus perubahan perdagangan mengikut negeri (%) Eksport Import Sabah 28.2 8.3 -70.57 Johor 201.8 176.6 -12.49 Kedah 27.2 34.7 27.57 Perlis 1.1 1.3 18.18 Perak 28.9 27.3 -5.54 Selangor 196.8 236.5 20.17 Pahang 25.4 13.6 -46.46 Kelantan 3.3 1.6 -51.52 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020) Perdagangan Negeri
38 Latihan 11 (Graf Bar Piramid Kompaun) Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukan bilangan pengguna telefon bimbit antara lelaki dan perempuan mengikut kampung pada tahun 1998, 1999, dan 2000 di Malaysia. Dewasa ini, telefon bimbit bukan lagi barang mewah tetapi merupakan keperluan yang harus dimiliki setiap insan. Penggunaan telefon bimbit sangat penting dan penggunaannya begitu meluas dari bandar – bandar besar sehinggalah ke kampung – kampung yang terpencil. Kampung Maju Jaya yang lebih moden dari kampung – kampung yang lain menerima arus perubahan ini lebih awal. Sejumlah 576 orang penggunaan telefon bimbit di Kampung Maju Jaya pada tahun 1998, daripada jumlah itu seramai 306 orang pengguna adalah kaum lelaki dan seramai 270 orang adalah pengguna perempuan.Manakala pengguna telefon bimbit di Kampung Melayu Raya adalah seramai 478 orang, daripada jumlah ini sebanyak 68 peratus adalah pengguna lelaki manakala selebihnya adalah pengguna perempuan. Pengguna telefon bimbit di Kampung Sepakat Jaya adalah seramai 432 orang. Daripada jumlah ini, seramai 353 orang orang pengguna adalah kaum lelaki manakala selebihnya adalah pengguna perempuan. Pengguna telefon bimbit bagi kaum lelaki di Kampung Sawah adalah seramai 330 orang manakala pengguna perempuan adalah seramai 132 orang. Oleh kerana lebih ramai kaum lelaki yang keluar bekerja berbanding kaum perempuan yang menjadi suri rumah, maka kemampuan lelaki memiliki telefon bimbit adalah lebih tinggi. Pada tahun 1999, pengguna telefon bimbit bagi kaum lelaki di Kampung Maju Jaya telah meningkat seramai 135 orang berbanding tahun sebelumnya. Manakala pengguna telefon bimbit bagi pengguna perempuan hanya meningkat seramai 10 orang. Pada tahun 2000 pula, akibat harga telefon bimbit dan ‘simpcard’ yang semakin murah, maka ramai orang yang mampu untuk memilikinya. Pada tahun ini, seramai 571 orang pengguna telefon bimbit di Kampung Sawah bagi kaum lelaki manakala pengguna kaum perempuan adalah kurang 130 orang daripada kaum lelaki. Bagi pengguna telefon bimbit di Kg Sepakat Jaya pada tahun 1999 meningkat sebanyak 50 orang berbanding tahun sebelumnya dan meningkat sebanyak 30 peratus pada tahun 2000 berbanding dengan tahun 1999.
39 Bagi pengguna telefon bimbit di Kampung Maju Jaya, pada tahun 2000 adalah seramai 530 orang bagi kaum lelaki dan seramai 325 orang bagi pengguna perempuan. Pengguna telefon bimbit bagi kaum lelaki di Kampung Melayu Raya pada tahun 1999 adalah lelaki seramai 330 orang dan jumlah ini terus meningkat kepada 470 orang pada tahun 2000. Pada tahun 1999 dan 2000, pengguna telefon bimbit bagi kaum perempuan di Kampung Melayu Raya dan Kampung Sepakat Jaya juga meningkat, namun peningkatannya adalah kecil jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Pada tahun 1999 pengguna telefon bimbit bagi kaum perempuan di Kampung Melayu Raya adalah seramai 202 orang sementara di Kampung Sepakat Jaya pengguna perempuan adalah lebih daripada 30 orang daripada tahun sebelumnya. Pada tahun 2000 pula, pengguna telefon bimbit bagi perempuan di Kampung Melayu Raya dan Kampung Sepakat Jaya meningkat sebanyak 30 peratus dan 40 peratus berbanding tahun 1999. Sementara itu, pengguna telefon bimbit bagi kaum lelaki dan perempuan pada tahun 1999 di Kampung Sawah adalah masing – masing kurang 50 orang berbanding tahun 2000. Walaupun teknologi telefon bimbit ini penting, namun terdapat banyak keburukannya seperti melalaikan kita, mudah tidak menepati janji, merosakn bahasa melayu, bahasa rojak dan sebagainya. So sebagai pelajar yang wars dan 39rofessional gunakanlah teknologi ini ke jalan yang baik dan di redhai… ( Dipetik dan diubahsuai dari JKKK Kg Maju Jaya, 2001)
40 MALAYSIA: BILANGAN PENGGUNA TELEFON BIMBIT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAMPUNG TERPILIH PADA TAHUN 1998,1999 DAN 2000 Bilangan pengguna telefon bimbit antara lelaki dan perempuan mengikut kampung terpilih (orang) Lelaki Perempuan 1998 1999 2000 1998 1999 2000 Kampung Maju Jaya 306 441 530 270 280 325 Kampung Melayu Raya 325 330 470 153 202 263 Kampung Sepakat Jaya 353 403 524 79 109 153 Kampung Sawah 330 521 571 132 391 441 (Sumber: Dipetik dan diubahsuai dari JKKK Kg Maju Jaya, 2001) Tahun Kampung terpilih
41 Latihan 12 (Graf Bar Piramid Komponen) Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut sektor dan kaum bagi tahun 2002 dan 2006. Guna tenaga di Malaysia merangkumi beberapa sektor iaitu sektor pertanian dan pengeluaran, sektor pengurusan dan pentadbiran, sektor perkhidmatan dan jualan serta sektor professional dan teknik. Jumlah guna tenaga pada tahun 2006 ialah 11 301.9 ribu orang, iaitu bertambah sebanyak 1 684 ribu orang berbanding pada tahun 2002. Pada tahun 2002, sektor pertanian dan pengeluaran menyumbang melebihi separuh daripada jumlah guna tenaga di Malaysia iaitu 4 935.3 ribu orang. Daripada jumlah guna tenaga dalam sektor pertanian dan pengeluaran, 3 234.5 ribu orang merupakan kaum Melayu, 1 198.2 ribu orang terdiri daripada kaum Cina manakala kaum India dan kaum lain ialah 502.6 ribu orang. Pada tahun 2006, sektor pertanian dan pengeluaran masih menjadi tumpuan apabila bilangan guna tenaga daripada kaum Melayu telah meningkat sebanyak 27.89% atau 902 ribu orang berbanding dengan tahun 2002 dan diikuti dengan kaum Cina yang meningkat sebanyak 103.9 ribu orang manakala kaum India dan kaum lain berjumlah 536.1 ribu orang. Bagi sektor pengurusan dan pentadbiran pada tahun 2002 guna tenaga kaum Melayu ialah 698.1 ribu orang iaitu 47.4 ribu orang melebihi guna tenaga kaum Cina manakala guna tenaga kaum India dan kaum lain ialah 101.6 ribu orang. Pada tahun 2006, penglibatan kaum Melayu dalam sektor pengurusan dan pentadbiran masih mengatasi kaum lain dengan bilangan guna tenaga sebanyak 792.1 ribu orang berbanding dengan kaum Cina yang berjumlah 715 ribu orang. Penglibatan kaum India dan kaum lain pula ialah 107.4 ribu orang. Sementara itu, dalam sektor perkhidmatan dan jualan pada tahun 2002, 870.2 ribu orang merupakan guna tenaga kaum Melayu diikuti kaum Cina dengan bilangan guna tenaga sebanyak 745.2 ribu orang. Guna tenaga kaum India dan kaum lain ialah 206.7 ribu orang. Pada tahun 2006, jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dan jualan telah meningkat sebanyak 288.6 ribu orang berbanding dengan tahun 2002. Daripada jumlah ini, 975.6 ribu orang ialah kaum Melayu dan diikuti kaum Cina sebanyak 865 ribu orang, manakala kaum India dan kaum lain ialah 270.1 ribu orang. Sektor professional dan teknik merupakan sektor yang mempunyai bilanngan guna tenaga paling sedikit pada tahun 2002 iaiti 1 410.1 ribu orang. Daripada jumlah tersebut, 880.1 ribu orang ialah kaum Melayu, 415 ribu orang ialah kaum Cina, manakala 114.6 orang terdiri daripada kaum India dan kaum lain. Pada tahun 2006 pula guna tenaga dalam sektor professional dan teknik berjumlah 1 602 ribu orang. Daripada jumlah ini, guna tenaga kaum Melayu ialah 980.3 ribu orang, 498.5 ribu orang ialah kaum Cina manakala 123.2 ribu orang merupakan guna tenaga kaum India dan kaum lain. (Sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku tahunan Perangkaan Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)
42 MALAYSIA: JUMLAH GUNA TENAGA MENGIKUT SEKTOR DAN KAUM BAGI TAHUN 2002 DAN 2006 Jumlah guna tenaga mengikut sektor dan kaum (ribu orang) 2002 2006 Melayu Cina India dan Lain-lain Melayu Cina India dan Lain-lain Pertanian dan Pengeluaran 3234.5 1198.2 502.6 4136.5 1302.1 536.1 Pengurusan dan Pentadbiran 698.1 650.7 101.6 792.1 715 107.4 Perkhidmatan dan Jualan 870.2 745.2 206.7 975.6 865 270.1 Profesional dan Teknik 880.1 415 114.6 980.3 498.5 123.2 Jumlah 5682.9 3009.1 925.5 6884.5 3380.6 1036.8 (Sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku tahunan Perangkaan Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia) Tahun Sektor
43 GRAF GARIS 1. Graf garis merupakan graf yang paling ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan. 2. Graf garis menunjukkan arah aliran, pola ataupun tren sesuatu pembolehubah mengikut jangka masa yang ditetapkan dalam soalan. 3. Terbahagi kepada 3 iaitu graf garis komponen, graf garis kompaun dan graf garis memesong. Jenis Bentuk Graf Graf Garis Komponen (Jumlah) Graf Garis Kompaun (Perbandingan) Graf Garis Memesong (positif-negatif) GRAF GARIS KOMPONEN 1. Graf garis komponen menunjukkan jumlah bagi sesuatu pembolehubah. 2. Graf ini berbentuk lapisan-lapisan yang diwarnai dengan warna yang berbeza. 3. Kaedah pengiraannya adalah bertokok dari satu pembolehubah ke satu pembolehubah yang lain dan pada pembolehubah yang terakhir akan menunjukkan jumlah keseluruhan sesuatu pembolehubah. 4. Jika graf dalam bentuk peratusan maka nilai akhirnya hendaklah sama iaitu 100 peratus. 5. Kata kunci bagi graf ini, dalam soalan terdapat perkataan turun naik, pasang surut, pola, aliran, trend, jumlah, komposisi, komponen dan diterapkan. 6. Formula bagi mencari skala:-
44 jumlah terbesar 10 GRAF GARIS KOMPAUN 1. Graf ini menunjukkan perbandingan antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. 2. Setiap garis yang dilakarkan dalam graf ini mewakali pembolehubah yang berlainan. 3. Warna yang berbeza digunakan untuk membezakan setiap garis. 4. Penggunaan titik-titik, corak atau garis putus-putus untuk membezakan setiap garis tidak dibenarkan. 5. Dalam arahan soalan terdapat perkataan segaris, garisan, turun naik, pasang surut pola, aliran, trend, bilangan, nilai dan kuantiti. 6. Formula bagi mencari skala:- nilai terbesar dalam data 10 GRAF GARIS MEMESONG 1. Graf garis memesong juga disebut graf garis songsang atau graf garis cermin. 2. Graf ini wujud apabila terdapat nilai positif dan nilai negatif. 3. Biasanya graf ini hanya mempunyai satu garis sahaja. 4. Dalam soalan terdapat arahan aliran kadar perubahan indeks (ada nilai negatif) 5. Graf ini digunakan untuk menunjukkan pergerakan harga, eksport dan import, imbangan pembayaran, imbangan perdagangan dan sebagainya. 6. Formula mencari skala :- Nilai positif terbesar – nilai negatif terkecil 10
45 Latihan 13 (Graf Garis Kompaun) Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola bilangan pesakit demam denggi di Malaysia mengikut negeri terpilih dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Demam denggi ialah penyakit tropika bawaan nyamuk yang disebabkan oleh virus denggi. Pesakit demam denggi sekiranya tidak dirawat awal boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Bilangan kes pesakit demam denggi di Malaysia semakin meningkat saban tahun. Hal ini disebabkan banyak faktor antaranya adalah faktor kebersihan dan faktor cuaca. Pesakit demam denggi di negeri Sabah pada tahun 2013 ialah 724 orang, bilangan ini terus meningkat pada tahun 2014 hingga 2017 iaitu masing-masing adalah sebanyak 1456 orang, 2904 orang, 3668 orang dan 2560 orang. Pesakit demam denggi di negeri Johor adalah yang tertinggi dalam kalangan lima buat negeri yang dipilih. Bilangan pesakit demam denggi di negeri Johor pada tahun 2014 adalah sebanyak 6323 orang iaitu peningkatan sebanyak 1495 orang berbanding tahun 2013, namun bilangan pesakit demam denggi di negeri tersebut menurun sebanyak 580 orang pada tahun 2015 berbanding tahun 2014. Bilangan pesakit demam denggi Kembali menigkat pada tahun 2016 dan tahun 2017 iaitu masing-masing meningkat kepada 6210 orang dan 6932 orang. Bilangan pesakit demam denggi di Sarawak dan Kedah pada tahun 2013 adalah sebanyak 1292 orang dan 813 orang. Bilangan pesakit di negeri Sarawak meningkat kepada 2571 orang manakala di negeri Kedah meningkat kepada 1014 orang. Pada tahun 2015 pula, bilangan pesakit di kedua-dua buah negeri menunjukkan bilangan pesakit yang menurun, di Sarawak bilangan pesakit sebanyak 648 orang manakala di negeri Kedah menurun sebanyak 14 kes. Pada tahun 2016 di negeri Sarawak mencatatkan sebanyak 2773 orang pesakit demam denggi dan 994 orang di negeri Kedah. Pada tahun 2017 pula mencacatkan 1430 orang pesakit demam denggi di negeri Kedah dan 952 orang pesakit di negeri Sarawak. (Dipetik dan diubahsuai daripada https://www.data.gov.my/data/ms, 2018)
46 MALAYSIA: POLA BILANGAN PESAKIT DEMAM DENGGI MENGIKUT NEGERI TERPILIH DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2017 Pola bilangan pesakit demam denggi mengikut negeri terpilih (orang) 2013 2014 2015 2016 2017 Sabah 724 1456 2904 3668 2560 Johor 4828 6323 5743 6210 6932 Sarawak 1292 2571 1923 2773 952 Kedah 813 1014 1000 994 1430 (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada https://www.data.gov.my/data/ms, 2018) Tahun Negeri Terpilih
47 Latihan 14 (STPM 2022) (Graf Garis Kompaun) Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan pelaburan langsung asing di Malaysia mengikut sektor dari tahun 2008 hingga tahun 2012. Salah satu usaha tranformasi kerajaan dalam memastikan hidup rakyat lebih baik adalah dengan meningkatkan ekonomi negara sejajar dengan Model Baru Ekonomi. Dalam usaha ini, penglibatan pelabur asing adalah sangat penting dalam menentukan peningkatan pendapatan negara. Sejak tahun 2008 sehingga tahun 2012, perubahan dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perhutanan, dan perikanan, perlombongan dan kuari, perdagangan borong dan runcit, serta insurans atau takaful dapat dilihat berubah-ubah. Bagi sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, nilai pelaburan langsung asing ialah sebanyak RM8791 juta pada tahun 2008. Jumlah pelaburan telah meningkat sebanyak RM420 juta pada tahun berikutnya dan RM148 juta pada tahun seterusnya. Pada tahun 2011, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan merupakan sektor yang menguntungkan dan produktivitinya sentiasa meningkat. Oleh itu, nilai pelaburan langsung asing telah bertambah kepada RM9471 juta pada tahun 2011 dan RM9901 juta pada tahun 2012. Sektor perlombongan dan kuari juga merupakan sektor yang berkembang pesat. Sektor ini menyumbangkan bekalan bahan mentah untuk dieksport. Pelaburan langsung asing bagi sektor ini sentiasa meningkat dari tahun 2008 hingga tahun 2012. Pada tahun 2012, jumlah pelaburan langsung asing ialah RM27551 juta iaitu RM3263 juta lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, jumlah pelaburan langsung asing ialah RM14 670 juta, manakala pada tahun 2010, jumlahnya ialah RM18 364. Pelaburan langsung asing bagi tahun 2009 adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 2010, sebanyak RM1208 juta. Sektor perdagangan borong dan runcit turut menjadi perhatian pelabur asing. Jumlah pelaburan dalam sektor ini ialah RM18 804 juta pada tahun 2008. Pada tahun 2009, sektor perdagangan borong dan runcit menunjukkan pelaburan langsung asing sebanyak RM21 270. Pada tahun 2010, sektor ini menerima pelaburan langsung asing sebanyak RM25 529 juta manakala pada tahun 2011 dan pada tahun 2012 masingmasing ialah RM30 523 juta dan RM33 932 juta. Sektor insurans atau takaful pula menunjukkan pelaburan langsung asing sebanyak RM53 585 juta pada tahun 2008 dan RM64 288 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010 pula, pelaburan langsung asing berjumlah RM73 895 juta dan meningkat kepada RM81 384 juta pada tahun 2011. Pada tahun 2012, jumlah pelaburan langsung asing meningkat sebanyak RM5766 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. (Disesuaikan daripada Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012, Buku Maklumat Perangkaan Malaysia, 2012)
48 MALAYSIA: POLA PERUBAHAN PELABURAN ASING MENGIKUT SEKTOR DARI TAHUN 2008 HINGGA TAHUN 2012 Pola perubahan pelaburan asing mengikut sektor (RM juta) 2008 2009 2010 2011 2012 Pertanian, Perhutanan & Perikanan 8791 9211 9359 9471 9901 Perlombongan & Kuari 14670 17156 18364 24288 27551 Perdagangan borong & runcit 18804 21270 25529 30523 33932 Insurans & Takaful 53585 64288 73895 81384 871500 (Sumber: Disesuaikan daripada Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012, Buku Maklumat Perangkaan Malaysia, 2012) Tahun Sektor
49 Latihan 15 (Graf Garis Komponen) Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah unjuran kadar penduduk perempuan mengikut kumpulan umur di Malaysia dari tahun 2000 hingga anggaran tahun 2040. Jumlah penduduk perempuan di Malaysia pada tahun 2020 adalah seramai 15.9 juta orang. Daripada jumlah tersebut penduduk perempuan yang berumur 0 hingga 14 tahun adalah sebanyak 23.9%, penduduk perempuan yang berumur 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak 68.8% dan penduduk perempuan yang berumur 65 tahun dan ke atas adalah sebanyak 7.3%. Unjuran penduduk perempuan yang berumur 0 hingga 14 tahun menunjukkan tren yang menurun. Kadar penduduk perempuan yang berumur 0 hingga 14 tahun pada tahun adalah 27.5% pada tahun 2010 iaitu penurunan sebanyak 6.2% berbanding tahun 2000. Penduduk perempuan yang berumur 0 hingga 14 tahun pada anggaran tahun 2030 dan anggaran tahun 2040 masingmasing adalah 22.3% dan 19.3%. Unjuran penduduk perempuan yang berumur 15 hingga 64 tahun menunjukkan tren meningkat berterusan berbeza dengan unjuran penduduk perempuan yang berumur 0 hingga 14 tahun. Penduduk perempuan yang berumur 15 hingga 64 tahun pada tahun 2000 adalah 61.9% meningkat kepada 67.2% tahun tahun 2010. Pada anggaran tahun 2030 penduduk perempuan yang berumur 15 hungga 64 tahun adalah sebanyak 67.7%. Unjuran penduduk perempuan yang berumur 64 tahun dan ke atas juga menunjukkan tren meningkat berterusan. Hal ini disebabkan oleh faktor kesedaran tentang penjagaan kesihatan yang tinggi dalam kalangan penduduk perempuan. Penduduk perempuan pada anggaran tahun 2040 adalah 12.7%. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020
50 MALAYSIA: JUMLAH UNJURAN KADAR PENDUDUK PEREMPUAN MENGIKUT KUMPULAN UMUR DARI TAHUN 2000 HINGGA ANGGARAN TAHUN 2040 Jumlah unjuran kadar penduduk perempuan mengikut kumpulan umur dari tahun 2000 hingga anggaran tahun 2040 (juta orang) 2000 2010 2020 Anggaran 2030 Anggaran 2040 0 Hingga 14 33.7 27.5 23.9 22.3 19.3 15 Hungga 64 61.9 67.2 68.8 67.7 68 65 tahun ke atas 4.4 5.3 7.3 10 12.7 Jumlah 100 100 100 100 100 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020) Tahun Kump. umur