51 LATIHAN 16 (STPM 2015 – ULANGAN) (Graf Garis Memesong) Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 (ramalan). Perkembangan dalam pembangunan ekonomi Malaysia telah meningkatkan KDNK pada setiap tahun. Perkembangan dalam sektor-sektor terpilih pula menunjukkan bahawa ekonomi negara semakin mantap pada setiap tahun. Daripada tahun 2010 hingga tahun 2012, sektor ini didapati meningkat dan dijangkakan pada tahun 2013 terus meningkat dengan kadar yang lebih tinggi. Pada tahun 2010, jumlah KDNK sebanyak RM287 643 juta dan dijangka meningkat kepada RM319 198 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2010, sektor pertanian menyumbang sebanyak RM51 263 juta dan dijangka meningkat sebanyak RM5651 juta pada tahun 2013. Walaupun sumbangan sektor pertanian kurang berbanding sektor lain, namun KDNK tetap meningkat pada setiap tahun. Pada tahun 2012, jumlahnya lebih tinggi berbanding tahun 2011, iaitu sebanyak RM451 juta. Pada tahun 2012, jumlahnya ialah RM54 750 juta. KDNK sektor perlombongan dan kuari tidak stabil pada tempoh berkenaan. Harga pasaran yang tidak stabil mempengaruhi jumlah berkenaan. Dalam tempoh tersebut, KDNK paling tinggi dijangka pada tahun 2013, iaitu RM66 351 juta berbanding dengan RM66 122 juta pada tahun 2010. Pada tahun 2011, nilainya menurun sebanyak RM3788 juta berbanding dengan tahun 2010. Pada tahun 2012, nilainya meningkat sedikit kepada RM63 220 juta. KDNK sektor perkilangan meningkat agak ketara dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 2010, sektor ini menyumbang sebanyak RM170 258 juta meningkat kepada RM178 333 juta pada tahun berikutnya dan meningkat lagi sebanyak RM8535 juta pada tahun 2012, manakala pada tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM195 933 juta. Sektor perkilangan telah menyumbang pendapatan yang besar kepada negara dengan pembinaan kawasan industri dan pembinaan banyak kilang baharu di seluruh negara. Keseluruhannya, semua sektor menjadi penyumbang yang sentiasa menunjukkan peningkatan kecuali sektor perlombongan dan kuari. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai urus tadbir yang betul ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada suatu hari nanti. (Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2012, Putrajaya, Jabatan Perangkaan Malaysia)
52 MALAYSIA: KADAR PERUBAHAN TAHUNAN KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) MENGIKUT SEKTOR TERPILIH DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2013 (RAMALAN) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih (RM juta) Kadar Perubahan Tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih (%) 2010 2011 2012 2013 2010- 2011 2011- 2012 2012- 2013 Pertanian 51263 54299 54750 56914 5.92 0.83 3.95 Perlombongan dan Kuari 66122 62334 63220 66351 -5.72 1.42 4.95 Perkilangan 170258 178333 186868 195933 4.74 4.79 4.85 (Sumber: Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2012, Putrajaya, Jabatan Perangkaan Malaysia) Tahun Sektor
53 GRAF GABUNGAN 1. Graf gabungan terbentuk hasil gabungan dua buah graf iaitu graf bar dan graf garis. 2. Graf bar boleh dalam bentuk komponen atau kompaun tetapi graf garis mesti dalam bentuk kompaun. 3. Graf gabungan terdapat dua elemen dan dua unit yang berbeza. 4. Graf bar bagi menunjukkan perkara pertama (dalam soalan) manakala graf garis menunjukkan perkara kedua (dalam soalan) 5. Contoh soalan: Berdasarkan kepada maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan pengeluaran kelapa sawit dan getah serta harga bagi kedua-dua komoditi utama ini dari tahun 1995 hingga 1996. Elemen: Perkara pertama (dalam kehendak soalan) 1. Pengeluaran kelapa sawit 2. Pengeluaran getah Nilai: Perkara kedua (dalam kehendak soalan) 1. Harga kelapa sawit 2. Harga getah 6. Graf ini mempunyai dua skala 7. Skala di sebelah kiri ialah skala bagi graf bar 8. Skala di seblah kanan ialah skala bagi graf garis 9. Contoh bentuk graf gabungan:-
54 Bentuk Graf Gabungan 1.Bar kompaun & garis kompaun 2.Bar kompaun & garis komponen 3.Bar komponen & garis kompaun 4.Bar Komponen & garis komponen
55 Latihan 17 (Graf Gabungan – Bar Kompaun + Garis Kompaun) Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan pengeluaran kopi dan lada hitam serta harga bagi kedua-dua komoditi ini dari tahun 2004 hingga 2008. Sektor pertanian tetap diberikan perhatian walaupun tumpuan ekonomi Malaysia berubah ke arah ekonomi yang berasaskan industri dan perkhidmatan terutamanya semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Jumlah pengeluaran kopi dan lada hitam mencatatkan peningkatan yang berterusan dari tahun 2004 hingga 2008. Namun begitu, peningkatan ini tidak menjamin harga yang stabil bagi komoditi kedua-dua komoditi tersebut. Pada tahun 2005, pengeluaran kopi meningkat sebanyak 1 200 tan berbanding tahun 2004 yang mencatatkan 5 000 tan manakala harganya pula menurun daripada RM 1000 setan kepada RM 800 setan pada tahun 2005. Walaupun pengeluaran kopi terus meningkat sebanyak 40 tan pada tahun 2006 berbanding tahun sebelumnya, namun harganya menurun sebanyak RM 80 setan pada tahun 2006 berbanding tahun 2005. Pada tahun 2008, harga kopi meningkat kepada RM 950 setan iaitu pernambahan sebanyak RM 70 setan berbanding tahun 2007. Dari segi pengeluaran pula, kopi terus mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 1 000 tan pada tahun 2007 dan peningkat kepada 7 500 tan pada tahun 2008. Sementara itu, pengeluaran lada hitam pula mencatatkan pengeluaran berjumlah 6 300 tan pada tahun 2004 dan meningkat sebanyak 250 tan pada tahun 2005. Harga lada hitam pula turut menampakkan peningkatan daripada RM 250 setan pada tahun 2004 kepada RM 280 setan pada tahun 2005. Pada tahun 2007, pengeluaran lada hitam berjumlah 7 800 setan iaitu peningkatan sebanyak 1 300 setan berbanding tahun 2006 dan pengurangan sebanyak 110 tan pada tahun 2008. Dari segi harga pula, pada tahun 2006, harga lada hitam ialah RM 410 setan iaitu kurang RM 30 setan berbanding tahun 2007. Pada tahun 2008, harga lada hitam mencatatkan penurunan sebanyak RM 40 setan berbanding tahun 2007. (Sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009)
56 MALAYSIA: PENGELUARAN KOPI DAN LADA HITAM SERTA HARGA BAGI KEDUA-DUA KOMODITI INI DARI TAHUN 2004 HINGGA 2008. Pengeluaran kopi dan lada hitam (tan) 2004 2005 2006 2007 2008 Kopi 5000 6200 6240 7240 7500 Lada hitam 6300 6550 6500 7800 7690 Harga kopi dan lada hitam (RM) 2004 2005 2006 2007 2008 Kopi 1000 800 720 880 950 Lada hitam 250 280 410 440 400 (Sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009) Tahun Pengelu aran Tahun Pengelu aran
57 Latihan 18 (Graf Gabungan – Graf Bar Kompaun + Graf Garis Komponen) Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes saman di jalanraya di bandar-bandar terpilih di Semanjung Malaysia dan jumlah kompaun yang dipungut pada setiap tahun yang dinyatakan. Banyak kes kemalangan jalan raya telah dilaporkan setiap hari di seluruh negara. Malah, ada kemalangan yang membawa maut. Tegasnya jalan raya boleh menjadi pembunuh nombor satu jika tindakan segera yang wajar tidak dirancang dan dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk mengatasi masalah ini. Bagi membendung masalah yang semakin serius ini pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama pihak berkuasa lain telah bertindak menguatkuasakan peraturan yang ada dengan mendenda pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan. Sejak tahun 2002 hingga tahun 2006 banyak saman telah dikeluarkan dan pesalah terbabit terpaksa menjelaskan amaun kompaun yang dikenakan. Pada tahun 2002, 14 000 saman dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di bandar-bandar terpilih. Daripada jumlah 6 100 kes adalah di Johor Bahru, 2 600 kes di Kuala Terengganu manakala Kuantan mencatatkan kurang 800 kes saman berbanding dengan Johor Bahru. Hasinya nilai kompaun yang berjaya dipungut ialah RM501.4 tibu di Johor Bahru, RM78.6 ribu di Kuala Terengganu dan RM498.6 ribu di Kuantan. Sepanjang tahun 2003, amaun kompaun yang telah dipungut ialah RM515.4 ribu di Kuanatn, RM210.5 ribu di Kuala Terengganu dan RM550.2 ribu di Johor Bahru. Hasil kompaun yang meningkat jelas menunjukkan sikap pengguna yang tidak berhemah semasa berada di jalan raya. Di Johor Bahru bilangan kes saman telah meningkat kepada 7 800 kes, 3 900 kes di Kuala Terengganu manakala di Kuantan bilangan kes saman telah meningkat sebanyak 850 kes berbanding dengan tahun sebelumnya. Keadaan tidak banyak berubah pada tahun 2004. Karenah penguna jalan raya, terutamanya di kawasan bandar menguji kewibawaaan pihak JPJ. Di Kuantan RM640.3 ribu kompaun telah dikutip hasil daripada 7 550 saman yang dikenakan terhadap pesalah. RM280.2 ribu untuk 5 300 kes saman di Kuala Terengganu dan RM650.4 ribu untuk 6 800 kes saman di Johor Bahru. Akhir sekali bagi tahun 2005 dan 2006 hanya Kuala Terengganu menunjukkan perkembangan yang positif dari segi bilangan kes saman, manakala keadaan di Johor Bahru dan Kuantan tidak banyak berubah. Di Johor Bahru bilangan saman yang dikenakan terhadap pesalah jalan raya masing-masing ialah 7 900 kes dan 8 700 kes pada tahun 2005 dan 2006. Peningkatan bilangan kes saman ini telah meningkatkan amaun kompaun yang dipungut pada kedua-dua tahun tersebut dengan nilai masing-masing RM405.6 ribu dan RM515.4 ribu.
58 Di Kuantan pula bilangan kes saman pada tahun 2005 menurun kepada 4 400 kes dengan nilai kompaun RM240.5 ribu. Namun pada tahun 2006, bilangan kes saman meningkat semula kepada 6 020 kes dengan nilai kompaun yang dikenakan berjumlah RM430. 6 ribu. Perkembangan yangpositif ditunjukkan di Kuala Terengganu apabila bilangan kes saman menurun pada 2005 dan 2006 iaitu masing-masing dengan 4 300 kes dan 3 900 kes. Hasil kompaun yang dikutip ialah RM410.7 ribu pada tahun 2005 dan RM398.8 ribu pada tahun 2006. Bilangan kes saman dan amaun kompaun yang dinyatakan di atas seharusnya dijadikan pengajaran oleh pengguna jalan raya agar mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab dengan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Pengangkutan Jalan, 2007)
59 SEMENANJUNG MALAYSIA: BILANGAN KES SAMAN DI JALAN RAYA DI BANDAR-BANDAR TERPILIH DAN JUMLAH KOMPAUN YANG DIPUNGUT PADA TAHUN 2002 HINGGA TAHUN 2006 Bilangan kes saman di jalan raya di bandar-bandar terpilih (kes) 2002 2003 2004 2005 2006 Johor Bahru 6100 7800 9800 7900 8700 Kuala Terengganu 2600 3900 5300 4300 3900 Kuantan 5300 6150 7550 4400 6020 Jumlah kes saman di jalan raya di bandar-bandar terpilih (RM juta) 2002 2003 2004 2005 2006 Johor Bahru 501.4 550.2 650.4 405.6 515.4 Kuala Terengganu 78.6 210.5 280.2 410.7 398.8 Kuantan 498.6 515.4 640.3 240.5 430.6 Jumlah 1078.6 1276.1 1570.9 1056.8 1344.8 (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Pengangkutan Jalan, 2007) Tahu n Bandar terpilih Tahu n Bandar terpilih
60 Latihan 19 (Graf Gabungan – Graf Bar Komponen + Graf Garis Kompaun) Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah orang yang bekerja dan menganggur serta kadar pengangguran di Malaysia antara tahun 2001 hingga tahun 2006. Masalah pengangguran akan wujud disebuah negara apabila penawaran tenaga buruh lebih daripada permintaan terhadap tenaga buruh. Di Malaysia tenaga buruh berjumlah 9 899.5 ribu orang pada tahun 2001. Daripada jumlah tersebut bilangan orang yang bekerja ialah 9 221.1 ribu orang manakala bilangan orang yang menganggur ialah 678.4 ribu orang dengan kadar pengangguran 6.85%. Walau bagaimanapun peningkatan bilangan orang yang bekerja pada sesuatu tahun akan mengurangkan kadar pengangguran. Pada tahun 2002 kadar pengangguran menurun sebanyak 0.22% apabila bilangan orang yang bekerja ialah 9 542.1 ribu orang daripada sejumlah 9 886.2 ribu orang tenaga buruh. Pada tahun 2003 pula bilangan orang yang bekerja terus bertambah sebanyak 324.6 ribu orang berbanding dengan tahun sebelumnya. Pertambahan bilangan orang yang bekerja menyebabkan kadar pengangguran masih rendah iaitu 3.64%. Bilangan orang yang menganggur ialah 372.9 ribu orang daripada sejumlah 10 239.6 ribu orang tenaga buruh. Walaupun bilangan orang yang bekerja bertambah sebanyak 3.6% menjadi 10 222 ribu orang pada tahun 2004, namun bilangan penganggur tidak banyak berubah iaitu 365.7 ribu orang. Keadaan ini juga menyebabkan kadar pengangguran menurun dengan agak perlahan kepada 3.45%. Bilangan penganggur yang semakin berkurang dipengaruhi oleh kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan dan peningkatan taraf pendidikan tenaga buruh. Pada tahun 2005, jumlah tenaga buruh ialah 10 926.6 ribu orang dan kemudian meningkat kepada 11 257.7 ribu orang pada tahun 2006. Bilangan orang yang menganggur pada tahun 2005 dan 2006 masing-masing ialah 379.1 ribu orang dan 382.4 ribu orang. Bilangan orang yang bekerja pada tahun 2005 memperlihatkan pertambahan sebanyak 325.5 ribu orang dengan kadar pengangguran 3.47% berbanding dengan tahun 2004. Pada tahun 2006, bilangan orang yang bekerja terus bertambah sementara kadar pengangguran menurun semula disebabkan perkembangan positif dalam pelbagai sector pekerjaan di negara ini. Padatahun tersebut bilangan orang yang bekerja ialah 10 875.3 ribu orang dan kadar pengangguran menurun sebanyak 0.08% berbanding dengan tahun 2005. (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Perangkaan Malaysia, 2005 dan 2006)
61 MALAYSIA: JUMLAH ORANG YANG BEKERJA DAN MENGGANGGUR SERTA KADAR PENGANGGURAN ANTARA TAHUN 2001 HINGGA TAHUN 2006 Jumlah orang yang berkerja dan menganggur (ribu orang) 2001 2002 2003 2004 2005 2006 Orang yang berkerja 9221.1 9542.1 9866.7 9856.3 10547.5 10875.3 Menganggur 678.4 344.1 372.9 365.7 379.1 382.4 Jumlah 9899.5 9886.2 10239.6 10222 10926.6 11257.7 Kadar pengangguran (%) 2001 2002 2003 2004 2005 2006 Kadar Pengangguran 6.85 6.63 3.64 3.45 3.47 3.39 (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Perangkaan Malaysia, 2005 dan 2006) Tahu n Tahu n Kadar Pengangguran
62 Latihan 20 (Graf Gabungan – Graf Bar Kompaun + Graf Garis Komponen) Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pekerja yang menerima pampasan kerana terlibat dalam kemalangan semasa bekerja mengikut sektor dan jumlah pampasan bagi tahun-tahun yang dinyatakan. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertanggungjawab membayar pampasan kepada seseorang pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja. Pada tahun 2003 berjumlah 78 637 orang pekerja telah menerima pampasan kerana terlibat dalam kemalangan semasa bekerja. Angka ini kemudian menurun sebanyak 12.43% kepada 68 861 orang pada tahun 2004. Pada tahun 2005 jumlah pekerja yang terlibat dalam kemalangan semasa bekerja telah meningkat sebanyak 12 086 orang. Pada tahun 2003, 24 041 orang pekerja daripada sektor pertanian dan perhutanan menerima pampasan akibat kecederaan semasa bekerja dengan nilai pampasan sebanyak RM1.90 juta. Pada tahun 2004 pula bilangan pekerja yang mengalami kemalangan dan menerima pampasan merosot hampir 50% kepada 12 860 orang. Walau bagaimanapun pada tahun 2005, bilangan pekerja dalam sektor tersebut yang terlibat kemalangan semasa bekerja dan mendapat pampasan meningkat sebanyak 186 orang. Nilai pampasan yang diterima ialah RM1.97 juta iaitu RM0.15 juta lebih banyak berbanding dengan tahun 2004. Pekerja dalam sektor perkilangan merupakan golongan yang paling banyak menerima pampasan daripada PERKESO. Pada tahun 2003, 37 120 orang pekerja menerima pampasan kerana terlibat dalam kemalangan semasa bekerja dengan nilai RM2.14 juta. Bilangan pekerja yang menerima pampasan kemudian meningkat sedikit iaitu sebanyak 779 orang pada tahun berikutnya dengan nilai pampasan RM2.01 juta. Bilangan pekerja yang mengalami kecederaaan semasa bekerja terus meningkat pada tahun 2005 kepada 42 167 orang dan menerima pampasan bernilai RM2.09 juta. Pekerja dalam sektor pembinaan turut menerima pampasan kerana mengalami kemalangan semasa bekerja. Pada tahun 2003, bilangan pekerja yang ditimpa kemalangan dan menerima pampasan ialah 3 780 orang dengan nilai pampasan RM1.31 juta. Namun pada tahun berikutnya, bilangan pekerja yang menerima pampasan menurun dengan mendadak kepada 997 orang sahaja dengan nilai pampasan RM1.11 juta. Pada tahun 2005, pula bilangan pekerja yang menerima pampasan kerana mengalami kemalangan semasa bekerja meningkat semula sehingga mencecah 4 904 orang dengan nilai pampasan RM1.13 juta. Sejumlah 9 901 orang pekerja daripada sektor perdagangan yang terlibat dalam kemalangan semasa bekerja menerima pampasan bernilai RM1.62 juta pada tahun 2003. Bilangan pekerja yang mengalami kemalangan dan menerima pampasan didapati terus meningkat pada tahun 2004 dan 2005 dengan masing-masing seramai 13 002 orang dan 14 906 orang. Sementara itu nilai pampasan yang diterima pada tahun 2005 ialah RM1.58 juta iaitu lebih banyak RM0.12 juta berbanding dengan nilai pampasan yang diterima pada tahun 2004.
63 Dalam sektor pengangkutan pula 3 795 orang pekerja yang terlibat dalam kemalangan semasa bekerja telah mendapat pampasan sebanyak RM0.52 juta. Pada tahun 2004, bilangan pekerja yang menerima pampasan telah meningkat kepada 4 103 orang dengan nilai pampasan RM0.44 juta. Seterusnya nilai pampasan yang diterima oleh pekerja dalam sektor ini bertambah kepada RM0.49 juta pada tahun 2005 berikutan pertambahan bilangan pekerja yang terlibat dalam kemalangan semasa bekerja iaitu seramai 5 924 orang. (Sumber: Dipetik dan diuabsuaikan daripada Laporan PERKESO, 2006)
64 MALAYSIA: BILANGAN PEKERJA YANG MENERIMA PAMPASAN KERANA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN SEMASA BEKERJA MENGIKUT SEKTOR DAN JUMLAH PAMPASAN BAGI TAHUN 2003, 2004 DAN TAHUN 2005 Bilangan pekerja yang menerima pampasan kerana terlibat dalam kemalangan semeasa bekerja mengikut sektor (orang) 2003 2004 2005 Pertanian dan Perhutanan 24 041 12 860 13 045 Perkilangan 37 120 37 899 42 167 Pembinaan 3 780 997 4 904 Perdagangan 9 901 13 002 14 906 Pengangkutan 3 795 4 103 5 924 Jumlah Pampasan (RM juta) 2003 2004 2005 Pertanian dan Perhutanan 1.9 1.82 1.97 Perkilangan 2.14 2.01 2.09 Pembinaan 1.31 1.11 1.13 Perdagangan 1.62 1.46 1.58 Pengangkutan 0.52 0.44 0.49 Jumlah 7.49 6.84 7.26 (Sumber: Dipetik dan diuabsuaikan daripada Laporan PERKESO, 2006) Tahun Sektor Tahun Sektor
65 CARTA PAI 1. Carta pai merupakan satu bentuk grafik yang mana segala maklumat dipaparkan dalam satu bulatan. 2. Bulatan tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian/pecahan. 3. Setiap bahagian/pecahan tersebut mewakili setiap sektor atau komponen. 4. Setiap bahagian/pecahan mempunyai nilai sudut yang tertentu yang diukur dengan menggunakan nilai darjah (⁰) tetapi dalam carta nilai peratus (%) yang perlu ditulis. 5. Bentuk jadual data bagi carta pai berbeza dengan jadual data bagi graf bar atau graf garis. 6. Jadual data bagi carta pai mempunyai penambahan ruang bagi nilai peratus (%) dan ruang bagi nilai sudut (⁰). 7. Contoh Jadual data bagi carta pai serta cara pengiraannya:- MALAYSIA: PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI PERKHIDMATAN SOSIAL DAN EKONOMI TERPILIH PADA TAHUN 2000. Perkhidmatan 65eritu dan ekonomi Jumlah (RM Juta) Peratus (%) Sudut (⁰) Perdagangan dan perindustrian 3727 14.91 53.67 Pertanian 4830 19.32 69.55 Pembangunan luar bandar 1394 5.58 20.07 Keselamatan 3286 13.14 47.32 Pendidikan 10363 41.45 149.23 Kesihatan 1400 5.60 20.16 JUMLAH KESELURUHAN 25000 100 360 Sumber: Dipetik dan diubahsuiakan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 1999/2000, Kuala Lumpur.
66 Cara Pengiraan Formula bagi mencari nilai 66eritus = Jumlah x 100 Jumlah Keseluruhan Contoh: Mencari nilai peratus perdagangan dan perindustrian = 3727 x 100 25000 = 14.9 % Formula bagi mencari nilai sudut = nilai 66eritus x 3.6⁰ *Oleh sebab 100% = 360⁰ maka 1%= 3.6⁰ Contoh: Mencari nilai sudut bagi perdagangan dan perindustrian = 14.9 x 3.6 = 54⁰ 8. Formula mencari nisbah jejari = √jumlah terbesar √jumlah terkecil 9. Carta pai perbandingan dan carta pai tong yang sering dikemukan dalam soalan STPM.
67 Jenis Bentuk Carta Carta Pai Perbandingan Carta Pai Tong/Bertingkat CARTA PAI PERBANDINGAN 1. Carta pai perbandingan membandingkan dua carta pai. 2. Perbandingan boleh berbentuk perbandingan tahun dan perbandingan bukan tahun. 3. Saiz carta pai adalah berbeza bergantung kepada jumlah keseluruhan yang mana jumlah keseluruhan ini akan mempengaruhi panjang jejari carta pai tersebut. 4. Formula untuk mencari nisbah jejari:- Nisbah Jejari = √Jumlah terbesar √ Jumlah bterkecil 5. Jumlah perkara pertama (dalam soalan) hendaklah berada pada carta pai disebelah kiri manakala jumlah perkara kedua (dalam soalan ) hendaklah berada pada carta pai di sebelah kanan. CARTA PAI TONG/ BERTINGKAT 1. Dalam arahan soalan ada disebut carta. 2. Mempunyai dua maklumat yang berbeza tetapi punya satu perkaitan yang rapat seperti pendapatan negara dan pengagihan pendapatan tersebut atau jumlah kemasukan pelajar ke universiti mengikut kaum dan senarai universiti yang dimasuki. 3. Biasanya hanya terdapat satu tempoh masa sahaja. 4. Lorekan hanya dibuat dalam carta pai dan dilabelkan dalam petunjuk sementara elemen bertingkat dibuat pelabelan langsung. 5. Lazimnya jumlah besar kedua-duanya adalah sama.
68 Latihan 21 (Carta Pai Berbanding) Berdasarkan petikan di bawah, sedikan carta yang menunjukkan perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan yang mengikuti bidang Pengajian Sains dan Teknologi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2012. Bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini merupakan satu fenomena biasa. Keadaan ini membuktikan dengan jumlah pelajar perempuan yang mengikuti bidang Sians dan Teknologi di IPTA pada tahun 2012 ialah sebanyak 28 139 orang. Jumlah ini melebihi sebanyak 5 592 orang berbanding jumlah pelajar lelaki yang mengikuti bidang yang sama pada tahun 2012. Bilangan pelajar lelaki yang mengikuti bidang Sains Matematik dan Komputer adalah sebanyak 5 474 orang. Pelajar perempuan pula sebanyak 10 280 orang melebihi 4 806 orang berbanding dengan pelajar lelaki. Keadaan sebaliknya berlaku dalam bidang bidang kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan Pelajar lelaki masih kekal mengatasi pelajar perempuan. Bilangan pelajar lelaki ialah sebanyak 14 079 orang iaitu melebihi pelajar perempuan sebanyak 2511 orang. Bidang Pertanian dan Veterinar masih diminati pelajar perempuan. Bilangan pelajar perempuan yang mengikuti bidang ini misalnya di Universiti Putera Malaysia ialah sebanyak 1 728 orang atau 6.14% daripada jumlah keseluruhan. Pelajar lelaki hanya sebanyak 1 305 orang atau sebanyak 5.79% daripada jumlah keseluruhan pelajar lelaki. Bidang kesihatan dan Kebajikan juga diminati oleh pelajar perempuan. Bilangan pelajar perempuan ialah sebanyak 4 563 orang pelajar lelaki pula hanya 1 689 orang iaitu kurang sebanyak 2 874 orang jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Kerajaan telah berusaha untuk menyeimbangkan bilangan pelajar lelaki dan perempuan di IPTA. (Disesuaikan daripada Indikator Pengajian Tinggi Malaysia 2011-2012, Kementerian Pendidikan Malaysia)
69 MALAYSIA: PERBEZAAN ANTARA PELAJAR LELAKI DENGAN PELAJAR PEREMPUAN YANG MENGIKUTI BIDANG PENGAJIAN SAINS DAN TEKNOLOGI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) PADA TAHUN 2012 Bidang Pengajian Lelaki Perempuan Bilangan orang (orang) Peratus (%) Sudut ( ) Bilangan orang (orang) Peratus (%) Sudut ( ) Sains Matematik dan Komputer 5474 24.29 87.4 10 280 36.55 131.52 Kejuruteraan Pembuatan dan Pembinaan 14079 62.43 224.79 11 568 41.11 148 Pertanian dan Veterinar 1305 5.79 20.84 1 728 6.13 22.1 Kesihatan dan Kebajikan 1689 7.49 26.97 4 563 16.21 58.38 Jumlah 22547 100 360 28 139 100 360 (Disesuaikan daripada Indikator Pengajian Tinggi Malaysia 2011-2012, Kementerian Pendidikan Malaysia)
70 Latihan 22 (Carta Pai Tong/ Bertingkat) Dengan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai bagi menunjukkan komponen eksport barangan Malaysia dan komponen negara pengimport barangan Malaysia bagi tahun 1993. Walaupun pertumbuhan ekonomi di negara-negara perindustrian utama lembab dan persaingan dalam pasaran antarabangsa semakin hebat, eksport Malaysia meningkat dengan pesat untuk mencatat pertumbuhan dua angka, iaitu sebanyak 16.9 peratus kepada RM121.2 bilion pada tahun 1993. Pertumbuhan yang pesat ini disebabkan terutamanya oleh pertambahan jumlah eksport dan tingkat harga yang lebih tinggi. Singapura, Amerika Syarikat, dan Jepun kekal sebagai tiga pasaran utama bagi eksport Malaysia pada tahun 1993 yang merupakan 55.0 peratus daripada jumlah eksport negara. Amerika Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport barangan Malaysia kedua terbesar dengan jumlah pembelian meningkat dengan kukuh sebanyak 27.8 peratus kepada RM24.6 bilion iaitu sebanyak 20.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Sementara itu, Singapura kekal sebagai pengimport terbesar barangan Malaysia dengan jumlah pembelian meningkat sebanyak 10.3 peratus kepada RM26.3 bilion pada tahun 1993. Eksport ke Jepun pulih semula untuk meningkat kepada 13.0 peratus pada tahun 1993 walaupun ekonomi Jepun berada dalam keadaan kemelesetan disebabkan oleh kesan pemindahan aktiviti pengeluaran syarikat pelbagai negara ke Malaysia. Eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EC) sebagai satu kumpulan meningkat kepada RM17.6 bilion pada tahun 1993. United Kingdom merupakan pembeli utama di kalangan negaranegara EC iaitu sebanyak 4.2 peratus. Prestasi eksport Malaysia yang lebih baik ke EC disebabkan oleh pemulihan ekonomi yang sederhana di United Kingdom dan Belanda. Kabanyakan eksport Malaysia ke EC terdiri daripada barangan perkilangan seperti jentera, perkakas elektrik, komponen elektrik dan tekstil. Eksport Malaysia yang selebihnya adalah ke negara-negara yang lain. Sepanjang tahun 1993, pendapatan eksport yang lebih tinggi telah dicatat bagi hampir kesemua kategori barang perkilangan, terutamanya keluaran kayu, keluaran petroleum, jentera, perkakas elektrik dan barang komponen elektrik. Ini menyebabkan barang perkilangan kekal sebagai barangan utama pendapatan eksport Malaysia. Sumbangannya terus meningkat sebanyak 26.0 peratus kepada RM90.0 bilion. Dalam sektor pertanian, pertumbuhan pendapatan eksport menjadi lebih sederhana iaitu sebanyak 1.6 peratus kepada RM18.6 bilion. Ini mencerminkan penerimaan eskport yang lebih tinggi daripada kayu siap bergergaji dan minyak sawit. Pendapatan yang tinggi ini disebabkan oleh permintaan luar negara yang kukuh, terutamanya dari Asia seperti Korea Selatan dan Taiwan. Prestasi eksport bagi sektor galian seperti timah, petroleum dan gas asli terus merosot sebanyak 11.4 peratus kepada RM11.4 bilion. Kejatuhan pendapatan eksport ini disebabkan oleh
71 perolehan daripada petroleum mentah dan timah adalah lebih rendah. Pendapatan daripada eksport petroleum mentah merosot selama tiga tahun berturut-turut. Ini selaras dengan arah aliran yang menurun bagi harga minyak mentah dunia. Harga minyak mentah antarabangsa yang lebih rendah ini disebabkan oleh pengeluaran yang berlebihan oleh OPEC. Pendapatan eksport selebihnya daripada barangan lain (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Bank Negara, 1993) MALAYSIA: KOMPONEN EKSPORT BARANGAN DAN KOMPONEN NEGARA PENGIMPORT BARANGAN BAGI TAHUN 1993 Komponen Eksport RM Bilion Peratus (%) Sudut ( ) Barang perkilangan 90 74.26 267.33 Sektor pertanian 18.6 15.35 55.25 Sektor galian 11.4 9.4 33.86 Lain-lain 1.2 0.99 3.56 Jumlah 121.2 100 360 Komponen negara pengimport RM Bilion Peratus (%) Sudut ( ) Amerika Syarikat 24.6 20.29 73.07 Singapura 26.3 21.7 78.12 Jepun 15.8 13.04 46.93 Kesatuan Eropah (EU) 17.6 14.52 52.28 Lain-lain 36.9 30.45 109.6 Jumlah 121.2 100 360 (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Bank Negara, 1993)
72 Latihan menentukan jenis graf/ carta yang sesuai No Tahun Soalan Jawapan 1 2013 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aset bank perdagangan di Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan. Graf Bar Komponen Soalan 5 2 2013 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran indeks pengeluaran sektor perindustrian dari tahun 2005 hingga tahun 2009 Graf Garis Kompaun Soalan 6 3 U2013 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan keluasan kawasan tanaman sayur-sayuran mengikut negeri terpilih dari tahun 2006 hingga anggaran tahun 2010 di Malaysia. Graf Bar Kompaun Soalan 5 4 U2013 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sdiakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan hasil Kerajaan Persekutuan antara tahun 2006 dengan 2007 dan dengan anggaran tahun 2008 Graf Bar Memesong Soalan 6 5 2014 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk di Malaysia mengikut kumpulan umur dari tahun 2005 hingga tahun 2009 Graf Bar Komponen Soalan 5 6 2014 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai permohonan bantuan modal yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malasia (SKM) daripada beberapa buah koperasi di negara ini dan nilai permohonan yang diluluskan mengikut jenis projek bagi tahun 2010 dan tahun 2010. Graf bar Piramid Kompaun Soalan 6 7 U2014 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran komoditi perikanan mengikut jenis dan aliran jumlah hasil pengeluaran komoditi perikanan di Malaysia bagi tempoh sepanjang tahun 2006 hingga tahun 2010. Graf Gabungan Soalan 5
73 8 U2014 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan unjuran permintaan komoditi makanan utama terpilih bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun 2020 (anggaran) Graf Garis Kompaun Soalan 6 9 2015 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan penggunaan air bermeter mengikut sektor dan negeri terpilih bagi tempoh tahun 2008 hingg tahun 2010 di Semenanjung Malaysia. Graf Bar Piramid Kompaun Soalan 5 10 2015 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI), mengikut negara asal dan mengikut program penyelesaian menyeluruh pada 16 Disember 2011. Carta Pai Bertingkat/ Tong Soalan 6 11 U2015 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 (ramalan). Graf Bar/ Garis Memesong Soalan 5 12 U2015 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan majikan berdaftar dan penerima faedah perlindungan PERKESO serta aliran kes kemalangan perusahaaan yang telah dilaporkan dan diselesaikan dari tahun 2007 hingga tahun 2009. Graf Gabungan Soalan 6 13 2016 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan pembahagian guna tenaga mengikut industry terpilih pada tahun 2010 dan tahun 2012. Carta Pai Berbanding Soalan 5 14 2016 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan penjawat tempatan dan pelawat luar negara yang mengunjungi taman laut di negeri-negeri terpilih di Malaysia dari tahun 2007 hingga tahun 2009. Graf Bar Piramid Kompaun Soalan 6 15 U2016 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan Graf Bar Komponen
74 Soalan 5 jumlah penggunaan air oleh pelbagai sektor di negeri Sarawak dari tahun 2008 hingga tahun 2011. 16 U2016 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan mengikut negeri terpilih pada tahun 2012 dan tahun 2013 di Malaysia. Graf Bar Piramid Kompaun Soalan 6 17 2017 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan perbelanjaan pembangunan kerajaan Malaysia mengikut sektor bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun 2012. Graf Bar Kompaun Soalan 5 18 2017 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan bilangan kenderaan bermotor yang didaftar dari tahun 2009 hingga tahun 2010. Graf Bar Memesong Soalan 6 19 U2017 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pengusaha produk industry asas tani mengikut kategori produk dan pola jumlah jualan produk industri asas tani di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Graf Gabungan Soalan 5 20 U2017 Berdasarkan petikan di bawah , sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan yang mengikuti bidang Pengajian Sains dan Teknologi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2012. Carta Pai Berbanding Soalan 6 21 2018 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan calon tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari tahun 2012 hingga tahun 2014. Graf Bar Kompaun Soalan 5 22 2018 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan kuantiti buangan terjadual yang diuruskan mengikut negeri terpilih antara tahun 2011 dengan tahun 2012 dan antara tahun 2012 dengan tahun 2013 di Malaysia. Graf Bar Memesong Soalan 6 23 U2018 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan Graf Bar/ Garis Kompaun
75 Soalan 5 pola perubahan peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut jenis aktiviti ekonomi dari suku tahun pertama tahun 2012 hingga suku pertama tahun 2015 di Malaysia. 24 U2018 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengusaha produk industry asas tani di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 2011 hingga tahun 2014 di Malaysia. Graf Bar Komponen Soalan 6 25 2019 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut aktiviti ekonomi bagi tahun 2010, Tahun 2012 dan tahun 2015. Graf Bar/ Garis Komponen Soalan 5 26 2019 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan kaum pada suku ketiga tahun 2012 dan anggaran suku ketiga tahun 2020. Carta Pai Berbanding Soalan 6 27 U2019 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keuntungan bersih bank-bank tempatan terpilih dari suku pertama hingga suku keempat tahun kewangan 2013. Graf Bar Kompaun Soalan 5 28 U2019 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti Rukun Tetangga dari suku pertama hingga suku keempat tahun 2014 di Malaysia. Graf Bar Komponen Soalan 6 29 2020 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan aduan berkaitan dengan perkhidmatan air yang diterima mengikut negeri terpilih dan jenis aduan pada tahun 2015 dan pada tahun 2016 Graf Bar Piramid Kompaun Soalan 5 30 2020 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan permohonan mengikut skim pengeluaran dan jumlah keseluruhan amaun pengeluaran yang diluluskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Malaysia adari tahun 2015 hingga tahun 2017. Graf Gabungan Soalan 6
76 31 U2020 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih antara tahun 2010 hingga tahun 2013. Graf Bar/ Garis Memesong Soalan 5 32 U2020 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah enroimen pelajar di institusi pendidikan guru dan di kolej komuniti mengikut jantina dari tahun 2010 hingga tahun 2013 di Malaysia. Graf Bar Piramid Komponen Soalan 6 33 2021 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kuantiti eksport dan jumlah pendapatan eksport produk berasaskan sawit dari tahun 2015 hingga tahun 2017. Graf Gabungan Soalan 5 34 2021 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan kematian mengikut punca dari tahun 2012 hingga tahun 2016 Graf Bar Kompaun Soalan 6 35 U2021 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan nilai transaksi bagie set dan pembiayaan perbankan Islam mengikut sektor terpilih di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2013. Graf Bar Piramid Kompaun Soalan 5 36 U2021 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keluasan Kawasan tanaman padi dan nilai pengeluaran padi di Malaysia dan tahun 2011 hingga tahun 2013. Graf Gabungan Soalan 6 37 2022 Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan pelaburan langsung asing di Malaysia mengikut sektor dari tahun 2008 gingga tahun 2012 Graf Garis Kompaun Soalan 5 38 2022 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan pengeluaran produk utama terpilih Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2010 Graf Garis Kompaun Soalan 6
77