PROSEDUR TETAP OPERASI
TINDAKAN MENGAMBIL ORANG PAPA
BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 [AKTA 183]
1
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
1 KANDUNGAN SURAT
2 HURUF RINGKAS 2-7
8
3 BAB A: PENDAHULUAN 10-14
1. Tujuan 10
2. Skop 10
3. Definisi
10
3.1 Orang Papa 11
11
3.2 Mengemis 11
11
3.3 Kanak-Kanak 11
12
3.4 Orang Kurang Upaya (OKU) 12
Orang Kurang Upaya (OKU) 12
3.5 Warga Emas 12
12
3.6 Ketua Pasukan
3.7 Anggota Terlibat
3.8 Pusat Saringan
3.9 Penguasa
3.10 Pelindung
3.11 Pegawai Kes
2
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
3.12 Warganegara SURAT
3.13 Bukan Warganegara 12
12
3.14 Laporan Sosial 13
13
3.15 Rumah Kebajikan
Desa Bina Diri/ Pusat Sehenti Bina Diri 13
Rumah Seri Kenangan 13
14
3.16 Mengambil Orang Papa Secara Tidak Berjadual/ 14
Tidak Berkala 17-24
17-18
3.17 Mengambil Orang Papa Secara Berjadual/ Berkala 20-21
23-24
3.18 Mengambil Orang Papa Secara Bersama 27-35
27
4 PENGECUALIAN 29
5 BAB B: PROSES KERJA MENGAMBIL ORANG PAPA
B1: Proses Kerja Mengambil Orang Papa Tidak Berjadual/ Tidak
Berkala
B2: Proses Kerja Mengambil Orang Papa Berjadual/ Berkala
B3: Proses Kerja Mengambil Orang Papa Secara Bersama
BAB C: PROSES KERJA DI PERINGKAT PENEMPATAN
C1: Membuat Semakan Setelah Proses Pengambilan Orang Papa
C2: Pengurusan Penempatan Di Bawah Jagaan Pegawai
Kebajikan Masyarakat Subseksyen 3(1) Akta Orang-Orang
Papa 1977 [Akta 183]
3
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
C3: Pengurusan Penempatan Sementara Bawah Subseksyen 3(2) SURAT
Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183]
31
C4: Pelaksanaan Siasatan Bagi Penyediaan Laporan Sosial 33
Bawah Subseksyen 3(3) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta
183] 35
C5: Pengurusan Permohonan Perintah Penempatan Tetap Bawah 38-41
Subseksyen 3(4) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 38
BAB D: PROSES KERJA PERINGKAT PEMBEBASAN 40-41
D1: Pengurusan Pembebasan Penghuni Bawah Subseksyen 3(4) 44
Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 44
D2: Pengurusan Pelanjutan Perintah Bawah Subseksyen 3(4) 46-56
Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] Atau Permohonan 46
Secara Sukarela 47
48
6 BAB E: PROSES KERJA PERINGKAT PENYELIAAN 49
50
E1: Pengurusan Penyeliaan Subseksyen 16, Akta Orang-Orang
Papa 1977 [Akta 183], Pasca Pembebasan Orang Papa Dari
Rumah Kebajikan Di Bawah Mana-Mana Peruntukan Akta
Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183]
7 BAB F: CARTA ALIRAN
F1: Carta Aliran Mengambil Orang Papa Secara Tidak Berjadual/
Tidak Berkala
F2: Carta Aliran Mengambil Orang Papa Secara Berjadual/
Berkala
F3: Carta Aliran Mengambil Orang Papa Secara Bersama
F4: Carta Aliran Membuat Semakan Setelah Proses Pengambilan
Orang Papa
F5: Carta Aliran Pengurusan Penempatan Bawah Jagaan
Pegawai Kebajikan Masyarakat Subseksyen 3(1) Akta Orang-
Orang Papa 1977 [Akta 183]
4
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
F6: Carta Aliran Pengurusan Penempatan Sementara
Subseksyen 3(2) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 51
52
F7: Carta Aliran Pelaksanaan Siasatan Bagi Penyediaan Laporan 53
Sosial Bawah Subseksyen 3(3) Akta Orang-Orang Papa 1977 54
[Akta 183]
55
F8: Carta Aliran Tindakan Mendapatkan Perintah Penempatan
Tetap Bawah Subseksyen 3(4) Akta Orang-Orang Papa [Akta 56
183]
58-90
F9: Carta Aliran Tindakan Perancangan Pembebasan Penghuni
Bawah Subseksyen 3(4) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta
183]
F10: Carta Aliran Tindakan Pelanjutan Perintah Bawah
Subseksyen 3(4) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183]
Atau Permohonan Secara Sukarela
F11: Carta Aliran Pengurusan Penyeliaan Pasca Pembebasan
Orang Papa Dari Rumah Kebajikan Di Bawah Mana-Mana
Peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183]
8 BAB G : LAMPIRAN
Borang Aduan Pelanggan Lampiran 58-59
1 60
61
Memo Serahan Kanak-Kanak Yang Diambil Semasa Tindakan Lampiran 62
Mengambil Orang Papa Di Bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 2 63
[Akta 183] 64
Lampiran
Borang Laporan Siasatan Awal 3
Senarai Semak Keperluan Peralatan Mengambil Lampiran
Orang Papa 4
Senarai Semak Keperluan Dokumen Bagi Pengambilan Orang Lampiran
Papa 5
Surat Memohon Perintah Penempatan Sementara Bawah Lampiran
Subseksyen 3 (2) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 6
5
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
Surat Penempatan Kes Di Bawah Jagaan Pegawai Kebajikan Lampiran
Masyarakat Subseksyen 3(1) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 7 65
183]
Lampiran 66
Borang Akuan Penerimaan 8 67
68
Surat Serahan Orang Papa Kepada Keluarga Lampiran 69
9 70
71
Surat Aku Janji Lampiran 72
10 73
74
Borang Perintah Penempatan Sementara Subseksyen 3(2) Akta Lampiran 75-80
81-82
Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 11 83
84
Daftar Indek Perkhidmatan Orang Papa (DIPOP) Lampiran 85-87
12
Daftar Perkhidmatan Orang Papa (DPOP) Lampiran
13
Surat Semakan Pengenalan Diri Orang Papa Dan Waris Lampiran
14
Pemeriksaan Perubatan Lampiran
15(1)
Laporan Pemeriksaan Perubatan Lampiran
15(2)
Laporan Sosial Lampiran
16
Perintah Penempatan Tetap Subseksyen 3(4) Akta Orang-Orang Lampiran
Papa 1977 [Akta 183] 17
Surat Memohon Perintah Lanjutan Bawah Subseksyen 3(4) Akta Lampiran
Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 18
Borang Perintah Lanjutan Subseksyen 3(4) Akta Orang-Orang Lampiran
Papa 1977 [Akta 183] 19
Borang Penyeliaan Kes Orang Papa Subseksyen 16 Akta Orang- Lampiran
Papa 1977 [Akta 183] 20
6
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
Borang Rekod Penyeliaan Kes Bawah Subseksyen 16 Akta Lampiran
88
Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 21
89
Borang Maklum Balas Penyeliaan Kes Bawah Subseksyen 16 Lampiran
90
Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 21A
Borang Maklum Balas Penyeliaan Kes Bawah Subseksyen 16 Lampiran
Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] 21B
7
HURUF RINGKAS
AADK Agensi Anti Dadah Kebangsaan
DIPOP Daftar Indeks Perkhidmatan Orang Papa
DIOP Daftar Indeks Orang Papa
DPOP Daftar Perkhidmatan Orang Papa
DOP Daftar Orang Papa
JIM Jabatan Imigresen Malaysia
JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
KPKM Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
PbKM Pembantu Kebajikan Masyarakat
PDRM Polis Diraja Malaysia
PejKMD Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
PKM Pegawai Kebajikan Masyarakat
PKMD Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Cawangan
PKMN Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri
PPKM Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
PYB Pegawai Yang Bertanggungjawab
SMS Short Message Service @ Sistem Pesanan Ringkas
UNHCR United Nations High Commissioner for Refugees
8
BAB A:
PENDAHULUAN
9
BAB A: PENDAHULUAN
1. TUJUAN
Prosedur ini bertujuan memastikan proses tindakan mengambil dan
menempatkan orang papa di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
[Akta 183] dijalankan dengan cekap dan berkesan. Prosedur ini juga
dapat membantu menyeragamkan pelaksanaan tindakan selaras
dengan Akta 183.
2. SKOP
Prosedur ini digunapakai dalam mengendalikan pengambilan dan
penempatan orang papa yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri (JKMN)/ Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah
Persekutuan (JKMWP)/ Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
(PejKMD)/ Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PejKMJ)/ Pejabat
Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB).
3. DEFINISI
3.1 Orang Papa
Tafsiran “Orang Papa” sebagaimana seksyen 2 Akta 183 adalah
seperti berikut:
a) seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam
dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin
menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim
mengunjungi tempat itu ataupun hingga menimbulkan kacau
ganggu, atau;
b) seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam,
sama ada atau tidak ia mengemis yang tidak mempunyai
mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang
tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.
10
3.2 Mengemis
Apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian
sedekah, sama ada atau tidak terdapat apa-apa perbuatan pura-
pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk
jualan atau selainnya.
3.3 Kanak-kanak
Tafsiran kanak-kanak berdasarkan subseksyen 2(1) Akta Kanak-
Kanak 2001 [Akta 611], “kanak-kanak” ertinya seseorang yang di
bawah umur 18 tahun.
3.4 Orang Kurang Upaya (OKU)
Tafsiran Orang Kurang Upaya (OKU) berdasarkan seksyen 2
Akta Orang Kurang Upaya [Akta 685] termasuklah mereka yang
mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental,
intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai
halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan
mereka dalam masyarakat.
3.5 Warga Emas
Tafsiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dibuat
di World Assembly On Ageing in 1982 di Vienna, warga emas
ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
3.6 Ketua Pasukan
Ketua Pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat, Gred S29 dan ke atas.
11
3.7 Anggota Terlibat
Terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi kerajaan yang dijemput.
3.8 Pusat Saringan
Tempat yang digunakan untuk membuat saringan orang papa
yang diambil. Pusat saringan adalah seperti JKMN/ PejKMD/
agensi-agensi berkaitan/ institusi/ tempat yang difikirkan sesuai.
3.9 Penguasa
Penguasa ertinya seseorang yang mengurus sesuatu rumah
kebajikan mengikut Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-
Orang Papa 1981.
3.10 Pelindung
Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik di bawah seksyen
8, Akta 611.
3.11 Pegawai kes
Pegawai yang ditugaskan untuk mengendalikan kes orang papa.
3.12 Warganegara
Warganegara Malaysia ertinya individu sepertimana termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia.
3.13 Bukan Warganegara
Individu yang ditakrifkan selain daripada Warganegara Malaysia.
12
3.14 Laporan Sosial
Laporan mengenai orang papa yang diambil ke dalam jagaan
oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat (PKM)/ Penolong Pegawai
Kebajikan Masyarakat (PPKM) untuk dikemukakan kepada
Majistret bagi membantu Majistret membuat keputusan sama
ada orang itu orang papa atau sebaliknya.
3.15 Rumah Kebajikan
Rumah Kebajikan ertinya sesuatu institusi, atau sebahagian
daripadanya, yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Akta 183
untuk menerima, menjaga dan memulihkan orang papa yang
terdiri daripada:
Desa Bina Diri/ Pusat Sehenti Bina Diri
Institusi yang memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan
kepada orang papa bagi mewujudkan individu yang produktif
dan berkemahiran ke arah perubahan sikap yang positif untuk
diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.
Rumah Seri Kenangan
Institusi yang memberi jagaan dan perlindungan kepada
warga emas yang daif demi menjamin kesejahteraan dan
kualiti hidup mereka.
3.16 Pengambilan Orang Papa Secara Tidak Berjadual/ Tidak
Berkala
Pengambilan orang papa dilakukan secara tidak berjadual/ tidak
berkala berdasarkan aduan yang diterima.
3.17 Pengambilan Orang Papa Secara Berjadual/ Berkala
Pengambilan orang papa dilakukan secara berjadual/ berkala
bagi tempat-tempat yang ditentukan.
13
3.18 Pengambilan Orang Papa Secara Bersama
Pengambilan orang papa dilakukan secara bersama yang
dengan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia,
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) dan sebagainya.
4. PENGECUALIAN
Prosedur Tetap Operasi Tindakan Mengambil Orang Papa tidaklah
terpakai bagi:
a. Kes Bukan Warganegara;
b. Kes Pemegang Kad United Nations High Commision for
Refugees (UNHCR);
c. Kes Disyaki Berpenyakit Mental;
d. Kes Disyaki Mempunyai Masalah Kesihatan Kronik/ Penyakit
Berjangkit;
e. Kes Disyaki Penagih Dadah;
f. Kes Menghidu Gam;
g. Kes Ketagihan Alkohol; dan
h. Kes Kutipan Derma Tanpa Kelulusan
14
BAB B:
PROSES KERJA
MENGAMBIL
ORANG PAPA
15
B1 : PROSES KERJA
MENGAMBIL ORANG PAPA
SECARA TIDAK BERJADUAL
/ TIDAK BERKALA
16
B1 : PROSES KERJA MENGAMBIL ORANG PAPA
SECARA TIDAK BERJADUAL / TIDAK BERKALA
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Terima aduan: PYB
a) Isi Borang Aduan Pelanggan PK. JKM Urus 02 (Lampiran 1);
b) Daftar dalam Buku Daftar Aduan;
c) Buka sampul kecil;
d) Failkan Borang Aduan Pelanggan; dan
e) Serahkan sampul kecil kepada PKMN atau PKMD/ J/ B.
2 Minitkan kepada: PKMN/
a) Ketua Bahagian/ Unit Penguatkuasaan (KB/UP); atau PKMD/J/B
b) Pelindung bagi kes kanak-kanak, sekiranya melibatkan kanak-kanak.
3 Lantik Ketua Pasukan dan anggota terlibat. KB/UP
4 Agihkan keperluan peralatan sebelum tindakan mengambil orang papa Ketua Pasukan
seperti:
a) Kit Mengambil Orang Papa (alat penyukat suhu, pensanitasi tangan,
pelitup muka dan sarung tangan getah);
b) Rompi (vest) penguatkuasa;
c) Kamera;
d) Plastik simpanan barangan orang papa yang diambil;
e) Dokumen-dokumen berkaitan; dan
f) Lain-lain peralatan yang diperlukan
5 Bergerak ke lokasi untuk memastikan kesahihan aduan sebelum proses Ketua Pasukan
mengambil orang papa sepertimana tafsiran Akta Orang-orang Papa 1977 dan Anggota
[Akta 183]: Terlibat
a) Bagi aduan yang tidak sahih, beri maklum balas kepada pengadu.
Rekodkan tindakan dalam Buku Daftar Aduan.
b) Bagi aduan sahih, beri maklum balas kepada pengadu dan ambil
orang papa ke pusat saringan. Sekiranya orang papa mempunyai
kanak-kanak bersamanya, kanak-kanak hendaklah diserahkan
kepada Pelindung untuk tindakan selanjutnya (Lampiran 2).
6 Sekiranya orang papa enggan memberi kerjasama atau memberi Ketua Pasukan
tentangan minta bantuan polis. Buat laporan polis bagi tentangan yang
diterima dari orang papa.
17
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
7 Buat saringan dan dapatkan maklumat awal orang papa yang diambil Anggota
menggunakan Borang Siasatan Awal (Lampiran 3). Terlibat
8 Buat laporan polis selepas tindakan mengambil orang papa dijalankan Ketua Pasukan
dengan mencatatkan tarikh, masa, bilangan, nama dan tempat orang papa
diambil untuk tindakan JKM.
18
B2 : PROSES KERJA
MENGAMBIL ORANG PAPA
SECARA BERJADUAL/
BERKALA
19
B2: PROSES KERJA MENGAMBIL ORANG PAPA SECARA
BERJADUAL / BERKALA
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
Pra Pengambilan Orang Papa
1 Laksanakan tinjauan lokasi yang telah dikenalpasti. PKM/ PPKM/
PbKM
2 Sediakan jadual tahunan tindakan mengambil orang papa.
a) Hantar jadual kepada PKMN untuk perakuan. KB/ UP/ PKMD
b) Kembalikan jadual yang telah diperakukan PPN
c) Pantau pelaksanaan tindakan mengambil orang papa.
3 Lantik ketua pasukan dan anggota terlibat. PKMN/PKMD
Ketua Pasukan
4 Sediakan keperluan peralatan mengambil orang papa seperti senarai
semak di Lampiran 4
a) Kit Sanitasi (alat penyukat suhu, pensanitasi tangan, pelitup muka
dan sarung tangan getah);
b) Rompi (vest) penguatkuasa;
c) Kamera;
d) Plastik simpanan barangan orang papa yang diselamatkan; dan
e) Lain-lain peralatan yang diperlukan
5 Sediakan dokumen berikut berdasarkan senarai semak di Lampiran 5 Ketua Pasukan
a) Memo Serahan Kanak-Kanak Yang Diambil Semasa Tindakan
Mengambil Orang Papa Bawah Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta
183] (Lampiran 2);
b) Borang Laporan Siasatan Awal (Lampiran 3);
c) Surat Memohon Perintah Penempatan Sementara Bawah
Subseksyen 3 (2) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran
6);
d) Surat Penempatan Orang Papa Bawah Jagaan Pegawai Kebajikan
Masyarakat Subseksyen 3(1) Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183]
(Lampiran 7);
e) Borang Akuan Penerimaan (Lampiran 8);
f) Surat Serahan Orang Papa Kepada Keluarga (Lampiran 9);
g) Surat Aku Janji (Lampiran 10); dan
h) Borang Perintah Penempatan Sementara Subseksyen 3(2) Akta
Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran 11).
20
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
Semasa Pengambilan Orang Papa
Ketua Pasukan
6 Beri taklimat kepada semua anggota yang terlibat:
a) Tujuan tindakan;
b) Jangka waktu tindakan;
c) Jumlah anggota terlibat;
d) Strategi tindakan;
e) Kawasan terlibat; dan
f) Pusat saringan
7 Agihkan peralatan kepada anggota terlibat. Ketua Pasukan
8 Bergerak ke lokasi mengikut kumpulan dan kawasan yang telah ditetapkan. Ketua Pasukan /
Anggota Terlibat
9 Ambil orang papa dan bawa ke pusat saringan. Sekiranya orang papa Anggota Terlibat
mempunyai kanak-kanak bersamanya, kanak-kanak hendaklah
diserahkan kepada Pelindung untuk tindakan selanjutnya (Lampiran 2).
10 Sekiranya orang papa enggan memberi kerjasama atau memberi Ketua Pasukan
tentangan minta bantuan polis. Buat laporan polis bagi tentangan yang
diterima dari orang papa.
11 Dapatkan maklumat awal orang papa yang diambil menggunakan Borang Anggota Terlibat
Siasatan Awal (Lampiran 6).
12 Buat laporan polis selepas tindakan mengambil orang papa dijalankan Ketua Pasukan
dengan mencatatkan tarikh, masa, bilangan, nama dan tempat orang papa
diambil untuk tindakan JKM.
21
B3 : PROSES KERJA
MENGAMBIL ORANG PAPA
SECARA BERSAMA
22
B3: PROSES KERJA MENGAMBIL ORANG PAPA
SECARA BERSAMA
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Pra Pengambilan Orang Papa
Sediakan dan hantar surat rasmi kepada agensi untuk sesi perbincangan/ PKMN/PKMD/J/B
taklimat inter-agensi berkaitan tindakan mengambil orang papa dan lantik
Ketua Pasukan
2 Adakan perbincangan/ taklimat inter-agensi berkaitan tindakan PKMN/PKMD/J/B
mengambil orang papa merangkumi perkara-perkara berikut:
a) Tujuan pelaksanaan tindakan;
b) Tarikh/ masa;
c) Jumlah pegawai yang terlibat;
d) Pengangkutan/ logistik;
e) Kawasan terlibat;
f) Strategi tindakan; dan
g) Kelengkapan lain.
3 Sediakan keperluan peralatan untuk mengambil orang papa seperti Ketua Pasukan
senarai semak di Lampiran 4:
a) Kit Sanitasi (alat penyukat suhu, pensanitasi tangan, pelitup muka
dan sarung tangan getah);
b) Rompi (vest) penguatkuasa;
c) Kamera;
d) Plastik simpanan barangan orang papa yang diselamatkan;
e) Dokumen-dokumen berkaitan; dan
f) Lain-lain peralatan yang diperlukan.
4 Sediakan dokumen berikut berdasarkan senarai semak di Lampiran 5: Ketua Pasukan
a) Memo Serahan Kanak-Kanak Yang Diambil Semasa Semasa
Tindakan Mengambil Orang Papa Bawah Akta Orang-orang Papa
1977 [Akta 183] (Lampiran 2);
b) Borang Laporan Siasatan Awal (Lampiran 3);
c) Surat Memohon Perintah Penempatan Sementara Bawah
Subseksyen 3 (2) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183]
(Lampiran 6);
d) Surat Penempatan Orang Papa Bawah Jagaan Pegawai Kebajikan
Masyarakat Subseksyen 3(1) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta
183] (Lampiran 7);
e) Borang Akuan Penerimaan (Lampiran 8);
f) Surat Serahan Orang Papa Kepada Keluarga (Lampiran 9);
g) Surat Aku Janji (Lampiran 10); dan
h) Borang Perintah Penempatan Sementara Subseksyen 3(2) Akta
Orang-orang Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran 11).
23
5 Semasa Pengambilan Orang Papa Ketua Pasukan
Beri taklimat kepada semua anggota yang terlibat merangkumi perkara
dan tindakan berikut:
a) Tujuan pelaksanaan tindakan;
b) Jangka waktu;
c) Jumlah anggota terlibat;
d) Strategi tindakan;
e) Kawasan terlibat;
f) Pusat saringan;dan
g) Pembahagian kumpulan.
h) Agihkan keperluan peralatan.
6 Agihkan peralatan kepada anggota terlibat. Ketua Pasukan
7 Bergerak ke lokasi mengikut kumpulan dan kawasan yang telah Ketua Pasukan
ditetapkan. dan Anggota
Terlibat
8 Ambil kes dan bawa ke pusat saringan untuk diambil tindakan mengikut Ketua Pasukan
agensi masing-masing. Sekiranya kes mempunyai kanak-kanak
bersamanya, kanak-kanak hendaklah diserahkan kepada Pelindung
tindakan selanjutnya (Lampiran 2).
9 Sekiranya kes enggan memberi kerjasama atau memberi tentangan, minta Ketua Pasukan
bantuan polis bagi tentangan yang diterima. Buat laporan polis bagi
tentangan yang diterima dari orang papa.
10 Dapatkan maklumat awal orang papa yang diambil menggunakan Borang Anggota Terlibat
Siasatan Awal (Lampiran 3).
11 Buat laporan polis selepas tindakan mengambil orang papa dijalankan Ketua Pasukan
dengan mencatatkan tarikh, masa, bilangan, nama dan tempat orang papa
diambil untuk tindakan JKM.
24
BAB C:
PROSES KERJA
DI PERINGKAT
PENEMPATAN
25
C1 : MEMBUAT SEMAKAN
SETELAH PROSES
PENGAMBILAN ORANG
PAPA
26
C1: MEMBUAT SEMAKAN SETELAH PROSES PENGAMBILAN
ORANG PAPA
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Semak dalam Daftar Indeks Perkhidmatan Orang Papa (DIPOP) dan Daftar
Perkhidmatan Orang Papa (DPOP): PKM/PPKM
a) Bagi kes baru,
i. Daftar dalam Daftar Indeks Perkhidmatan Orang Papa (DIPOP) PKM/PPKM
(Lampiran 12) dan Daftar Perkhidmatan Orang Papa (DPOP)
(Lampiran 13).
ii. Buka fail.
iii. Ambil tindakan mengikut peruntukan Seksyen 3 (2) Akta Orang-
orang Papa 1977 [Akta 183].
b) Bagi kes berulang;
i. Dapatkan fail asal dan semak sama ada perintah masih berkuatkuasa
ataupun telah tamat.
ii. Sekiranya didapati perintah masih berkuatkuasa, semak dengan
rumah kebajikan berkenaan sama ada:
(a) Orang papa melakukan kesalahan dengan meninggalkan rumah
kebajikan tanpa kebenaran sepertimana Seksyen 11(c) Akta
Orang-orang Papa 1977 [Akta 183]; atau
(b) Orang papa tidak kembali ke rumah kebajikan setelah kebenaran
meninggalkan insititusi diberikan sepertimana Seksyen 11(d)
Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183].
buat laporan polis untuk siasatan di bawah Sek. 11 (c) atau 11(d)
Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183]. Minit tindakan oleh pihak
PDRM dalam fail.
iii. Sekiranya kes telah tamat perintah, dapatkan fail asal dan ambil
tindakan mengikut peruntukan Seksyen 3 (2) Akta Orang-orang
Papa 1977 [Akta 183].
27
C2 : PENGURUSAN
PENEMPATAN DI BAWAH
JAGAAN PEGAWAI
KEBAJIKAN MASYARAKAT
SUBSEKSYEN 3(1) AKTA
ORANG-ORANG PAPA
[AKTA 183]
28
C2 : PENGURUSAN PENEMPATAN DI BAWAH JAGAAN PEGAWAI
KEBAJIKAN MASYARAKAT SUBSEKSYEN 3(1) AKTA ORANG-
ORANG PAPA 1977 [AKTA 183]
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Sekiranya orang papa tidak dapat diambil perintah penempatan sementara PKM/PPKM
bawah subseksyen 3(2) pada hari yang sama, sediakan surat Penempatan
Orang Papa Di Bawah Jagaan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Subseksyen 3(1) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran 7)
sama ada di rumah kebajikan atau institusi di bawah kendalian JKM.
Tempoh penjagaan 24 jam bermula dari tempat dan waktu orang papa
diambil tetapi tidak termasuk tempoh perjalanan ke pusat saringan.
2 Rekodkan dokumen, wang dan barangan peribadi milik orang papa yang PKM/PPKM/
diambil, sekiranya ada dalam Borang Akuan Penerimaan (Lampiran 8). PbKM
3 Hantar dan serah orang papa yang diambil ke rumah kebajikan atau PKM/PPKM/
institusi di bawah kendalian JKM bersama Surat Penempatan Orang Papa PbKM
Bawah Seksyen 3(1) Akta 183.
4 Serahkan dokumen, wang dan barangan peribadi milik orang papa yang PKM/PPKM/
diambil sekiranya ada, bersama Borang Akuan Penerimaan (Lampiran 8). PbKM
5 Sekiranya orang papa dikesan mempunyai keluarga, serahkan kepada PKM/PPKM/
keluarga dengan menyertakan Surat Serahan Orang Papa Kepada PbKM
Keluarga (Lampiran 9). Sebelum serahan, orang papa tersebut perlu
menandatangani Surat Aku Janji (Lampiran 10).
6 Jika orang papa tiada keluarga atau keluarga tidak dapat dikesan atau PKM/PPKM
orang papa tidak diterima keluarga teruskan dengan langkah seterusnya di
Proses Kerja C3.
7 Rekodkan dan kemaskini tindakan dalam fail, DIPOP dan DPOP. PPKM/ PbKM
29
C3 : PENGURUSAN
PENEMPATAN SEMENTARA DI
BAWAH SUBSEKSYEN 3(2) AKTA
ORANG-ORANG PAPA 1977
[AKTA 183]
30
C3 : PENGURUSAN PENEMPATAN SEMENTARA DI BAWAH
SUBSEKSYEN 3(2) AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 [AKTA 183]
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Ambil tindakan permohonan Perintah Penempatan Sementara Bawah
Subseksyen 3 (2) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183] iaitu:
a) buat permohonan melalui e-kehakiman dengan memuatnaik: PKM/PPKM/
PbKM
i. Surat Memohon Perintah Penempatan Sementara Bawah
Subseksyen 3(2) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183]
(Lampiran 6); dan
ii. Dokumen lain, jika ada
b) sekiranya tiada sistem e-Kehakiman, buat permohonan secara PKM/PPKM/
manual dengan mengemukakan kepada mahkamah: PbKM
i. Surat Memohon Perintah Penempatan Sementara Bawah
Subseksyen 3(2) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183]
(Lampiran 6); dan
ii. dokumen lain, jika ada.
2 Ambil orang papa di bawah Penempatan Bawah Jagaan Pegawai PKM/PPKM
Kebajikan Masyarakat Subseksyen 3(1) Akta 183 untuk dibawa ke
hadapan Majistret bagi mendapatkan Perintah Penempatan Sementara
Bawah Subseksyen 3(2) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183]
(Lampiran 11).
3 Sekiranya permohonan Perintah Penempatan Sementara Bawah
Subseksyen 3(2) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183] :
a) Dikeluarkan, semak butiran perintah yang dikeluarkan seperti berikut: PKM/PPKM
i. Nama;
ii. Nombor kad pengenalan (jika ada);
iii. Lokasi Rumah Kebajikan; dan
iv. Tempoh perintah.
v. Jika terdapat kesilapan, ambil langkah pembetulan.
b) Tidak dikeluarkan perintah penempatan sementara, lepaskan orang
papa tersebut.
c) Sekiranya orang papa mempunyai keluarga, serah orang papa kepada
keluarga.
4 Hantar dan serahkan orang papa ke Rumah Kebajikan berserta dengan PKM/PPKM
perintah bermetrai di bawah subseksyen 3(2) Akta 183 dan dokumen/
barang peribadi. Dapatkan akuan penerimaan daripada Rumah Kebajikan
(Lampiran 8).
31
C4: PELAKSANAAN SIASATAN
BAGI PENYEDIAAN LAPORAN
SOSIAL BAWAH SUBSEKSYEN
3(3) AKTA ORANG-ORANG PAPA
1977 [AKTA 183]
32
C4: PELAKSANAAN SIASATAN BAGI PENYEDIAAN LAPORAN
SOSIAL BAWAH SUBSEKSYEN 3(3) AKTA ORANG-ORANG PAPA
1977 [AKTA 183]
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Jalankan siasatan terhadap orang papa merangkumi: PKM/PPKM
a) Temu bual terhadap orang papa;
b) Laksanakan intervensi kerja kes termasuk mengenalpasti maklumat
keluarga;
c) Semakan melalui cap jari dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
atau Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengenalpasti identiti
orang papa dan mengesan waris dengan menggunakan Surat
Semakan Pengenalan Diri Orang Papa dan Waris (Lampiran 14);
dan
d) Pengesanan waris melalui siaran akhbar bagi orang papa yang tidak
mempunyai maklumat keluarga.
2 Dapatkan laporan pemeriksaan perubatan (Lampiran 15(1) dan (2)) PKM/PPKM
daripada Penguasa Rumah Kebajikan dimana orang papa ditempatkan.
3 Sediakan Laporan Sosial (Lampiran 16) dalam tempoh satu bulan dari PKM/PPKM
tarikh orang papa dimasukkan ke Rumah Kebajikan sebagaimana yang
dikehendaki di bawah subseksyen 3(3) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta
183].
33
C5: PENGURUSAN
PERMOHONAN PERINTAH
PENEMPATAN TETAP
BAWAH SUBSEKSYEN 3(4)
AKTA ORANG-ORANG PAPA
1977 [AKTA 183]
34
C5: PENGURUSAN PERMOHONAN PERINTAH PENEMPATAN
TETAP BAWAH SUBSEKSYEN 3(4) AKTA ORANG-ORANG PAPA
1977 [AKTA 183]
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Bawa orang papa ke Mahkamah berserta Borang Perintah Penempatan PKM/PPKM
Tetap Subseksyen 3(4) (Lampiran 17), Laporan Sosial (Lampiran 16) PKM/PPKM
dan Laporan Pemeriksaan Perubatan (Lampiran 15(2)) untuk memohon
Perintah Penempatan Tetap bawah Subseksyen 3 (4) Akta 183.
2 Sekiranya permohonan Perintah Penempatan Tetap Bawah Subseksyen
3(4) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183]:
a) dikeluarkan, semak butiran perintah yang dikeluarkan seperti berikut:
i. Nama;
ii. Nombor kad pengenalan (jika ada);
iii. Lokasi Rumah Kebajikan; dan
iv. Tempoh perintah.
jika terdapat kesilapan, ambil langkah pembetulan.
b) tidak dikeluarkan perintah penempatan tetap, lepaskan orang papa
tersebut.
c) sekiranya orang papa mempunyai keluarga, serah orang papa kepada
keluarga.
3 Hantar dan serah orang papa kepada Penguasa/ Pegawai Bertugas PKM/PPKM
Rumah Kebajikan berserta:
a) Perintah Penempatan Tetap Subseksyen 3(4) Akta Orang-orang Papa
1977 [Akta 183] (Lampiran 17);
b) Laporan Sosial (Lampiran 16);
c) Dokumen lain (seperti buku bank, kad temujanji hospital dan lain-lain),
wang tunai; dan
d) Barangan peribadi.
e) Dapatkan akuan penerimaan (Lampiran 8).
4 Rekod dan kemaskini tindakan serta keputusan dalam fail orang papa, PPKM/PbKM
DIPOP dan DPOP.
35
BAB D:
PROSES KERJA
PERINGKAT
PEMBEBASAN
36
D1: PENGURUSAN
PEMBEBASAN PENGHUNI
BAWAH SUBSEKSYEN 3(4)
AKTA AKTA ORANG-ORANG
PAPA 1977 [AKTA 183]
37
D1: PENGURUSAN PEMBEBASAN PENGHUNI BAWAH
SUBSEKSYEN 3(4) AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 [AKTA 183]
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Dapatkan Laporan Kemajuan Penghuni daripada Rumah Kebajikan setiap PKM/PPKM
6 bulan bagi orang papa yang ditempatkan di Rumah Kebajikan untuk
tujuan perancangan integrasi orang papa.
2 Buat perancangan integrasi orang papa untuk persediaan pembebasan PKM/PPKM
merangkumi penerimaan keluarga, sistem sokongan sosial, penempatan
pekerjaan dan geran pelancaran.
3 Sediakan Laporan Sosial (Lampiran 16) merangkumi perancangan PKM/PPKM
integrasi bagi menentukan orang papa sesuai dibebaskan atau tidak
sesuai dibebaskan.
4 Buat pertimbangan pembebasan : PKM/PPKM
a) Jika sesuai dibebaskan, bebaskan orang papa tersebut. Maklumkan
kepada institusi bahawa orang papa berkenaan perlu dibebaskan di
alamat yang ditetapkan untuk tujuan penyeliaan selepas
dibebaskan. Lakukan penyeliaan kes. Rujuk Proses Kerja Bab E.
b) Jika tidak sesuai dibebaskan dan tidak pernah dilanjutkan perintah
tetapi masih memerlukan penjagaan lanjutan, ambil tindakan di
bawah Proses Kerja D2: Pengurusan Pelanjutan Perintah Bawah
Subseksyen 3(4) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183] Atau
Permohonan Secara Sukarela.
c) Jika orang papa yang pernah dilanjutkan perintah tetapi masih
memerlukan penjagaan lanjut, buat permohonan kemasukan
secara sukarela di bawah Proses Kerja D2: Pengurusan Pelanjutan
Perintah Bawah Subseksyen 3(4) Akta Orang-orang Papa 1977
[Akta 183] Atau Permohonan Secara Sukarela.
5 Rekod dan kemaskini tindakan atau keputusan dalam fail orang papa, PPKM/PbKM
DIPOP dan DPOP.
38
D2: PENGURUSAN
PELANJUTAN PERINTAH
BAWAH SUBSEKSYEN 3(4)
AKTA ORANG-ORANG PAPA
1977 [AKTA 183] ATAU
PERMOHONAN SECARA
SUKARELA
39
D2: PENGURUSAN PELANJUTAN PERINTAH BAWAH
SUBSEKSYEN 3(4) AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 [AKTA 183]
ATAU PERMOHONAN SECARA SUKARELA
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Jika Laporan Sosial mendapati orang papa tidak sesuai dibebaskan, PKM/PPKM
perintah boleh dilanjutkan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. PKM/PPKM
Permohonan pelanjutan perintah ini boleh dibuat sekali sahaja.
2 Buat permohonan perintah lanjutan bawah Subseksyen 3(4) Akta 183 di
mahkamah asal atau mahkamah di mana rumah kebajikan itu berada,
tertakluk kepada prosedur mahkamah dengan:
a) Sediakan Surat Memohon Perintah Lanjutan Bawah Subseksyen 3(4)
Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran 18) dan borang
Perintah Lanjutan Subseksyen 3(4) Akta Orang-orang Papa 1977
[Akta 183] (Lampiran 19).
b) buat permohonan lanjutan seperti berikut:
i. memohon melalui e-Kehakiman dengan memuatnaik Surat
Permohonan Perintah Lanjutan mengikut Subseksyen 3(4) Akta
Orang-orang Papa 1977 [Akta 183], Laporan Sosial dan
dokumen lain (jika ada); atau
ii. memohon secara manual kepada mahkamah dengan
mengemukakan Surat Permohonan Perintah Lanjutan mengikut
Subseksyen 3(4) Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183],
Laporan Sosial dan dokumen lain (jika ada)
3 Bawa orang papa ke mahkamah untuk dapatkan Perintah Lanjutan. PKM/PPKM
PKM/PPKM
4 Terima Perintah Lanjutan Subseksyen 3(4) Akta Orang-orang Papa 1977
[Akta 183] yang dikeluarkan oleh majistret. Semak perintah yang PKM/PPKM
dikeluarkan seperti nama, nombor kad pengenalan, lokasi rumah
kebajikan dan tempoh perintah. Jika terdapat kesilapan, ambil langkah
pembetulan.
5 Hantar dan serah orang papa kepada Penguasa/ Pegawai Bertugas
Rumah Kebajikan berserta Perintah Lanjutan Subseksyen 3(4) Akta
Orang-orang Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran 19), Laporan Sosial
(Lampiran 16), dokumen lain (jika ada). Dapatkan akuan penerimaan
(Lampiran 8).
40
6 Orang papa yang pernah dilanjutkan perintah dan masih memerlukan PKM/PPKM
penjagaan, buat permohonan kemasukan secara sukarela ke isntitusi
kebajikan. Bagi permohonan secara sukarela, permohonan diuruskan
oleh Bahagian/ Unit Warga Emas melalui 2 cara iaitu:
a) memohon melalui kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-orang
Papa 1981, bagi orang papa yang berumur bawah 60 tahun; atau
b) memohon melalui Kaedah Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua
1983 bagi orang papa yang berumur 60 tahun ke atas. (semak
dengan Bahagian Warga Emas)
7 Rekod dan kemaskini tindakan atau keputusan dalam fail orang papa, PPKM/PbKM
DIPOP dan DPOP.
41
BAB E:
PROSES KERJA
PERINGKAT
PENYELIAAN
42
E1: PENGURUSAN
PENYELIAAN SUBSEKSYEN
16, AKTA ORANG-ORANG
PAPA 1977 [AKTA 183],
PASCA PEMBEBASAN
ORANG PAPA DARI RUMAH
KEBAJIKAN DI BAWAH
MANA-MANA PERUNTUKAN
AKTA 183
43
E1: PENGURUSAN PENYELIAAN SUBSEKSYEN 16, AKTA ORANG-
ORANG PAPA, PASCA PEMBEBASAN ORANG PAPA DARI RUMAH
KEBAJIKAN DI BAWAH MANA-MANA PERUNTUKAN AKTA 183
BIL TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1 Lakukan seliaan sebagaimana peruntukan Seksyen 16, Akta Orang-orang PKM/PPKM
Papa 1977 [Akta 183] bagi orang papa yang dibebaskan dari Rumah
Kebajikan di bawah Seksyen 8, Seksyen 13 atau mana-mana seksyen lain
yang berkaitan bagi setiap enam (6) bulan dalam tempoh setahun seperti
berikut:
a) bagi orang papa yang dapat dikesan, buat seliaan dan lakukan
intervensi ke atas orang papa. Sediakan laporan penyeliaan dalam
Borang Penyeliaan Kes Orang Papa Seksyen 16, Akta Orang-orang
Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran 20); atau
b) bagi orang papa yang tidak dapat dikesan, lakukan lawatan ke alamat
terakhir sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam tempoh setahun.
Sediakan laporan penyeliaan dalam Borang Penyeliaan Kes Orang
Papa Seksyen 16, Akta Orang-orang Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran
20).
2 Rekodkan penyeliaan menggunakan Borang Rekod Penyeliaan Kes PPKM/PbKM
Bawah Seksyen 16 Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran
21) setiap 6 bulan.
3 Hantar Borang Maklum Balas Penyeliaan Kes Bawah Akta Orang-Orang PKM/PPKM
Papa 1977 [Akta 183] (Lampiran 21A) ke JKMN.
4 Hantar Borang Maklum Balas Penyeliaan Kes Bawah Akta Orang-Orang PKM/PPKM
Papa 1977 [Akta 183] ke Ibu Pejabat JKM (Lampiran 21B) selewat-
lewatnya 15hb Januari tahun berikutnya.
5 Rekodkan dan kemaskini tindakan atau keputusan dalam fail orang papa, PPKM/PbKM
DIPOP dan DPOP.
44
BAB F:
CARTA ALIRAN
45
F1 : CARTA ALIRAN MENGAMBIL ORANG PAPA SECARA TIDAK
BERJADUAL/ TIDAK BERKALA
Mula
Minitkan Aduan Terima aduan
i. Isi borang aduan
ii. Daftar dalam buku daftar aduan
iii. Buka sampul kecil dan serah
kepada PKMN/PKMD/J/B
Jika melibatkan Ketua Bahagian/ Unit
kanak-kanak minit Penguatkuasaan
kepada Pelindung
Lantik Ketua Pasukan dan
Aduah sahih anggota terlibat
Bawa orang papa ke pusat Agihan peralatan mengambil
saringan. Serahkan kanak- orang papa
kanak, jika ada kepada pelindung
Minta bantuan polis bagi polis Bergerak ke lokasi untuk
bagi orang papa yang enggan pastikan kesahihan aduan.
beri kerjasama atau tentangan.
Buat laporan polis bagi Aduah tidak sahih
tentangan yang diterima
Dapat maklumat awal Maklumkan
kepada pengadu
Buat Laporan Polis Selepas dan rekodkan
Tindakan Mengambil Orang Papa dalam buku daftar
Dijalankan aduan
F4
46
F2 : CARTA ALIRAN MENGAMBIL ORANG PAPA SECARA
BERJADUAL/ BERKALA
Mula
Laksanakan tinjauan lokasi
Pra – Sediakan Perancangan Jadual
Pengambilan Tahunan
Lantik Ketua Pasukan dan anggota terlibat
Sediakan keperluan peralatan mengambil
orang papa
Sediakan dokumen berkaitan
Beri taklimat kepada anggota terlibat
Semasa Agih peralatan mengambil orang papa
Pengambilan
Bergerak ke lokasi mengikut kumpulan dan kawasan
Ambil kes dan bawa ke pusat saringan. Serah kes kanak-
kanak jika ada kepada Pelindung jika ada
Minta bantuan polis bagi orang papa yang enggan beri
kerjasama atau tentangan. Buat laporan polis bagi tentangan
yang diterima
Dapatkan maklumat awal
Buat Laporan Polis Selepas Tindakan Mengambil
Orang Papa Dijalankan
F4
47
F3 : CARTA ALIRAN MENGAMBIL ORANG PAPA SECARA
BERSAMA
Mula
Pra- Pengambilan Sediakan dan hantar surat rasmi
kepada agensi berkaitan
Semasa
Pengambilan Adakan taklimat/
perbincangan inter-agensi
Sediakan peralatan mengambil orang papa
Sediakan dokumen berkaitan
Beri taklimat kepada anggota terlibat
Agih peralatan mengambil orang papa
Bergerak ke lokasi mengikut kumpulan
dan kawasan
Ambil kes dan bawa ke pusat saringan. Serah
kanak-kanak, jika ada kepada pelindung
Minta bantuan polis bagi polis bagi orang papa
yang enggan beri kerjasama atau tentangan.
Buat laporan polis bagi tentangan yang diterima
Dapat maklumat awal
Buat Laporan Polis Selepas Tindakan Mengambil
Orang Papa Dijalankan
F4
48
F4 : CARTA ALIRAN MEMBUAT SEMAKAN SETELAH PROSES
PENGAMBILAN ORANG PAPA
F4
Semak DIPOP dan DPOP
Kes Berulang Kes Baru
Perintah masih berkuat kuasa Perintah telah tamat Daftar dalam Daftar
Indeks Perkhidmatan
Dapatkan fail asal Dapatkan fail Orang Papa (DIPOP)
dan semak perintah asal dan Daftar
Perkhidmatan Orang
Semak dengan rumah Papa
kebajikan bagi perintah
yang masih berkuatkuasa Buka fail
Buat laporan polis untuk Ambil tindakan berdasarkan
siasatan bawah Seksyen Seksyen 3(2) Akta 183
11C / Seksyen 11D Akta 183
Minitkan tindakan PDRM
dalam fail
Tamat F5/F6
49
F5 : CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENEMPATAN BAWAH
JAGAAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT SUBSEKSYEN 3(1)
AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 [AKTA 183]
F5
Keluarga tidak dapat dikesan Rekodkan dokumen, wang dan
barang peribadi dalam Borang Akaun
Sediakan Surat Penempatan Penerimaan
Orang Papa Di Bawah
Jagaan Pegawai Kebajikan Ambil tindakan hantar ke rumah
Masyarakat Subseksyen 3(1) kebajikan/ institusi bawah kendalian
JKM atau serah pada keluarga
Hantar dan serah orang papa
ke rumah kebajikan/ institusi Keluarga dapat dikesan
di bawah kendalian JKM
beserta Surat Penempatan Sediakan Surat Serahan
Orang Papa Kepada
Serahkan dokumen/ wang / Keluarga bersama Surat
barang peribadi bersama Aku Janji
Borang Akuan Penerimaan
Serahkan surat aku janji
Rekod dan kemaskini fail untuk ditandatangani oleh
kes, DIPOP dan DPOP orang papa
Serahkan orang papa
berserta Surat Serahan
Orang Papa Kepada
Keluarga, Surat Aku Janji
dan Borang Akuan
Penerimaan
Rekod dan kemaskini fail
kes, DIPOP dan DPOP
F6 Tamat
50