The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisadawiyah0, 2023-07-02 22:30:46

E-PORTFOLIO PBS

TUGASAN PRKA3151

BORANG SEMAKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Nama Pelajar NOR ANIS ADAWIYAH BINTI ARIFFIN No. KP 030718-03-0522 Program IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Kumpulan A1 Ambilan JUN 2022 Bidang Teras BAHASA MELAYU Elektif Teras MATEMATIK Fasa PBS 1 / 2 3 Tempoh PBS 11 JUN - 22 JUN 2023 Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR BAKAT TAHAP PENCAPAIAN: **Tanda jika berkenaan Item Aspek Lengkap Tidak Lengkap Catatan 1. Kehadiran 2. Laporan Perkembangan Pelajar 3. Portfolio individu 4. Kerja Kursus PBS KEPUTUSAN: LENGKAP TIDAK LENGKAP Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS Tandatangan: Nama: Tarikh:


KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Ulasan Penilai: Tandatangan : Tarikh: Nama : Bil Tajuk Item Tandakan □ 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.5 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir


1.1 SURAT PENGENALAN DIRI


NAMA IPGK IPGK BAHASA MELAYU NAMA NOR ANIS ADAWIYAH BINTI ARIFFIN NO KAD PENGENALAN 030718030522 ALAMAT TETAP KAMPUNG SERDANG SURAU, JALAN KOLAM, 16400 MELOR, KELANTAN NO TELEFON DAN E-MEL 01128535964 [email protected] AMBILAN DAN PENGKHUSUSAN PISMP JUN 2022 BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER 3 TARIKH PBS 11 JUN 2023 – 22 JUN 2023


3.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan wajib yang perlu dijalankan oleh semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. PBS ini merupakan pengalaman pertama yang bakal ditempuhi oleh guru pelatih PISMP ambilan Jun 2022. Pelaksanaan PBS bermula pada 11 Jun dan berakhir pada 22 Jun 2023 iaitu selama dua minggu. Oleh itu, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Alor Bakat yang terletak di Bachok, Kelantan bagi menjalani PBS 1. Sekolah ini dipilih kerana terletak berdekatan dengan rumah saya yang hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk sampai ke sekolah ini. Sebelum menjalani PBS, kumpulan kami telah diberikan taklimat sebagai persediaan untuk menjalani PBS oleh Ketua Unit Pratikum di dewan Za’ba. Taklimat tersebut diadakan pada hari selasa bertarikh 6 Jun 2023. Segala arahan dan maklumat berkaitan dengan PBS telah dijelaskan secara terperinci oleh Encik Umar bin Norman. Selain itu, taklimat berkaitan tugasan yang perlu dilaksanakan telah diberikan oleh Dr Zabedah binti Mohamed. Taklimat ini bertujuan untuk membantu guru pelatih memahami kehendak tugasan dengan mudah. Fokus utama PBS dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada bakal guru tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan kerana akan menentukan tahap prestasi di sesebuah sekolah. Selain itu, pengurusan dan pentadbiran yang cekap juga mempengaruhi persekitaran sekolah , tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kesemua perkara ini akan diperoleh melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Dalam pada itu, pelaksanaan PBS ini juga adalah untuk memastikan guru-guru pelatih dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah serta menjalinkan hubungan dengan guruguru lain. Melalui tugasan ini, guru-guru pelatih dapat memahami tugas-tugas guru mengikut unit tertentu dan cara pengurusan sekolah yang teratur. Setiap maklumat diperoleh melalui hasil temubual bersama dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru, murid dan kakitangan sekolah. Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi dan kemahiran berbahasa dapat ditingkatkan dalam diri seseorang guru pelatih. Seterusnya, tujuan PBS dijalankan adalah untuk mengumpul dan membincang segala tugasan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala maklumat dan data telah saya lampirkan di dalam e-porfolio. Perancangan telah saya lakukan melalui pemerhatian, senarai semak dan temu bual berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Segala borang-borang yang penting telah saya kenal pasti dan fahami terlebih dahulu sebelum menjalani PBS bagi memudahkan urusan pelaksanaan tugasan. Selain itu, refleksi perlu dibuat bagi membantu


saya mengukur kekuatan dan kelemahan hasil daripada pelaksanaan PBS ini dan membuat penambahbaikan. Secara dasarnya, perkara yang akan difokuskan semasa PBS ialah mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang merangkumi: i) Kurikulum ii) Hal Ehwal Murid iii) Kokurikulum iv) Komuniti v) Dasar Pendidikan yang berkaitan dengan kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan penglibatan ibu bapa serta komuniti


3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN Bil Tarikh Perkara 1 11/06/2023 - Ahad (pagi sehingga tengah hari) • Berjumpa dengan pengawal keselamatan untuk memberitahu tujuan hadir ke sekolah • Melapor dan memperkenalkan diri sebagai guru pelatih kepada guru besar • Berkenalan dengan guru-guru di sekolah • Melawat kawasan sekolah • Berjumpa dengan guru pembimbing dan mengikuti beliau masuk ke kelas • Berkenalan dengan murid-murid • Diberikan tempat di dalam bilik guru 2 12/06/2023 - Isnin (pagi sehingga tengah hari) • Berkenalan dengan guru Bahasa Melayu dan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid • Melawat Perpustakaan • Melawat Prasekolah • Melawat Makmal Komputer • Berjumpa dengan Penolong Kanan Kokurikulum dan meminta buku pengurusan kokurikulum • Mengawal keadaan kelas ketika guru mesyuarat dan melaksanakan aktiviti di dalam kelas tersebut 3 13/06/2023 - Selasa (pagi sehingga tengah hari) • Berjumpa dengan guru setiausaha perancang untuk mengambil buku pengurusan sekolah • Mengumpul maklumat berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah • Menemubual murid • Melihat murid melakukan ujian segak • Menyertai program pergigian daripada klinik kesihatan 4 14/06/2023 - Rabu (pagi sehingga tengah hari) • Menemu bual guru besar dan guru Penolong Kanan Pentadbiran • Menyertai jamuan bersama guru-guru • Menyertai perjumpaan kelab dan persatuan 5 15/06/2023 - Khamis (pagi sehingga tengah hari) • Menyertai aktiviti bacaan yasin di dewan • Menyertai taklimat yang disampaikan oleh guru besar kepada murid-murid • Menemubual guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid • Melawat bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 6 18/06/2023 - Ahad (pagi sehingga tengah hari) • Melihat keadaan murid ketika program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada waktu pagi • Menemu bual guru Penolong Kanan Kokurikulum


• Mengambil gambar suasana sekolah untuk melengkapkan tugasan portfolio • Memasuki kelas murid Tahun 2 Ibnu Sina bersama dengan guru Bahasa Melayu • Membantu guru untuk persiapan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 7 19/06/2023 - Isnin (pagi sehingga petang) • Membantu guru untuk persiapan pentas bagi Mesyuarat Agung PIBG • Membantu guru menyiapkan teks bagi Mesyuarat Agung PIBG • Menyertai Mesyuarat Agung PIBG 8 20/06/2023 - Selasa (pagi sehingga tengah hari) • Menemu bual guru Bahasa Melayu • Membantu guru melatih murid dalam pertandingan bercerita • Menyertai mesyuarat bersama guru-guru 9 21/06/2023 - Rabu (pagi sehingga tengah hari) • Menyiapkan tugasan PBS di dalam bilik guru • Menyertai perjumpaan sukan dan permainan • Menemubual pengawal keselamatan 10 22/06/2023 - Khamis (pagi sehingga tengah hari) • Bacaan yasin bersama semua guru dan murid • Menyertai program kesihatan pergigian • Menemu bual guru • Berjumpa dengan guru besar untuk mendapatkan borang penilaian PBS • Berjumpa dan berterima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid


4.1 PEMERHATIAN Kaedah pemerhatian merupakan salah satu kaedah utama yang saya gunakan dalam menjalankan tugasan PBS ini. Secara keseluruhannya, hasil pemerhatian saya ialah mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah yang merangkumi kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan komuniti. Segala maklumat dan bahan mengenai tugasan ini telah saya dapati melalui pemerhatian dan penelitian dokumen di sekolah ini. 4.1.1 Pengurusan Sekolah Nama sekolah Bahagian hadapan sekolah Bahagian belakang sekolah Moto sekolah Carta organisasi sekolah Buku pengurusan sekolah Suasana sekolah


4.1.2 Bahagian Kurikulum Program-program di bawah unit Kurikulum Buku pengurusan kurikulum Carta organisasi kurikulum Info kurikulum Tugas-tugas kurikulum Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Program Bantu Baca peringkat SK Alor Bakat Pelaksanaan Program TS25 Fasa 1: Mewujudkan Persekitaran Yang Menyeronokkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


4.1.3 Bahagian Hal Ehwal Murid Program-program di bawah Unit Hal Ehwal Murid Buku pengurusan Hal Ehwal Murid Carta organisasi Hal Ehwal Murid Tugas-tugas Hal Ehwal Murid Info Hal Ehwal Murid Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Program Watikah Pelantikan Badan Pembantu Tadbir Program Kesihatan Pergigian Program Susu 1 Malaysia


4.1.4 Bahagian Kokurikulum Buku Pengurusan Kokurikulum Carta Organisasi Kokurikulum Tugas- tugas Unit Kokurikulum Info Aktiviti Kokurikulum Bilik Kokurikulum


Program-program di bawah Unit Kokurikulum Perjumpaan Kelab dan Persatuan Ujian Segak Aktiviti Sukaneka


4.1.5 Komuniti Mesyuarat Agong PIBG SK Alor Bakat kali ke 51 Carta Organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Buku Mesyuarat Agung PIBG Tugas-tugas PIBG Laporan Aktiviti PIBG


4.2 Senarai Semak Seterusnya, saya juga telah menggunakan instrumen senarai semak untuk mendapatkan data mengenai tugasan ini. Senarai semak yang dihasilkan berdasarkan item-item dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Hal ini bertujuan untuk membantu saya mendapatkan maklumat dengan lebih tersusun dan teratur mengikut jadual yang dihasilkan . BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah 1.1 Pelan Fizikal Sekolah / 1.2 Carta Organisasi Sekolah / 1.3 Peranan pihak pengurusan & guru • Guru Besar / • Guru Penolong Kanan / • Ketua Panitia / • Guru / 1.4 Takwim Sekolah / 2. Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan Sekolah: • Dewan / • Surau / • Kantin / • Bilik-Bilik Khas / • Makmal Komputer / • Perpustakaan / • Padang / • Tandas / • Pondok Keselamatan / • Bilik Gerakan / • Pejabat Sekolah / • Bilik Guru / • Bilik Media / • Koperasi / • Bilik Kesihatan / • Makmal Sains / • Pondok / 2.2 Rukun Negara / 2.3 Visi dan Misi / 2.4 Mural Sekolah / 2.5 Kata-kata Hikmah / 2.6 Bilik Darjah • Papan Kenyataan / • Kipas dan Lampu /


• Kerusi dan Meja (Guru dan Murid) / • Papan Putih / • Jadual Waktu dan Jadual Tugas / • Kemudahan Pdp Abad ke -21 (projector, lcd, komputer) / 2.7 Nilai – nilai murni / 3. Kokurikulum 3.1 Peralatan Sukan / 3.2 Kelengkapan Prasarana Sukan /


4.3 Temubual Kaedah temubual juga telah digunakan dalam menjalankan tugasan ini. Umumnya, soalan yang diajukan adalah untuk mengumpul maklumat secara menyeluruh tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Responden-resonden yang ditemubual terdiri daripada : o Guru besar o Guru Penolong Kanan Pentadbiran o Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid o Guru Penolong Kanan Kokurikulum o Guru o Murid o Pengawal Keselematan o Penjaga Murid Sesi temubual berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh mereka. Segala maklumat dan data berkaitan dengan tugasan ini dapat diperoleh dan dikumpulkan untuk menyelesaikan tugasan ini.


5.0 KOLABORATIF Kolaboratif yang dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut melalui perbincangan dua hala dengan responden. Melalui perbincangan ini, saya dapat mewujudkan interaksi yang positif di antara warga sekolah dan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Kesemua soalan dan gambar mengenai perbincangan ini telah saya lampirkan di hujung tugasan ini sebagai bukti perbincangan telah dilakukan. Oleh hal yang demikian, saya telah merekodkan kesemua perbincangan dalam borang kolaboratif sepanjang pemerolehan data atau maklumat berkaitan dengan SK Alor Bakat. Antara lampiran perbincangan tersebut adalah: 5.1 Perbincangan dengan Guru Besar 5.2 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran 5.3 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 5.4 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum 5.5 Perbincangan dengan Guru Bahasa Melayu 5.6 Perbincangan dengan Guru 5.7 Perbincangan dengan Pengawal Keselamatan Sekolah 5.8 Interaksi dengan Murid 5.9 Perbincangan dengan Penjaga Murid


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14/6/2023 Masa : 9.00 pagi Tajuk / Perkara : STRATEGI PENGURUSAN SEKOLAH Tandatangan : Nama : PUAN HASLINA BINTI ADNAN Jawatan : GURU BESAR SK ALOR BAKAT Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Beliau mula berkhidmat sebagai guru besar SK Alor Bakat pada tahun 2016 • Pengurusan dan pentadbir sekolah memerlukan seseorang bersedia dari aspek fizikal dan mental supaya sekolah dapat diuruskan dengan baik • Pengawalan yang teliti dilakukan dan merangkumi pelbagai bidang terutamanya bidang kemanusiaan • Agihan tugas dilakukan mengikut unit-unit pentadbiran bagi melancarkan urusan sekolah • Pengurusan kewangan sekolah dilakukan dengan teliti berdasarkan peruntukan kewangan yang diberikan • Setiap urusan pentadbiran sekolah dilakukan mengikut panduan yang diberikan oleh Pengawai Pendidikan Daerah • Semua guru perlu bekerjasama dan akur dengan arahan daripada guru besar bagi melicinkan urusan sekolah. • Aktiviti pemantauan perlu sentiasa dilakukan bagi setiap bidang tugas supaya semua guru menjalankan tugas dengan baik • Guru-guru perlu melaporkan isu atau masalah yang dihadapi kepada guru besar bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14/06/2023 Masa : 11.00 pagi Tajuk / Perkara : PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH Tandatangan : Nama : PUAN SITI NOOR BINTI ISMAIL Jawatan : GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Beliau memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran sejak Januari 2022 • Program SKAB Champion atau Sifar Buta Huruf telah dijalankan mengikut dasar TS25 bagi mengatasi masalah buta huruf dalam kalangan murid-murid. Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk memastikan murid-murid aliran perdana dapat membaca dengan betul dan mencapai tahap penguasaan ketiga. • Program Pendidikan Khas Integrasi diwujudkan bagi mengatasi masalah pembelajaran murid berkeperluan khas • Tahap penguasaan murid-murid dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah sebanyak 2 kali setahun • Cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kurikulum ialah kemudahan sekolah yang kurang baik seperti komputer dan lcd. Selain itu, murid-murid kurang bermotivasi untuk belajar. Cadangan yang boleh dilakukan untuk mengatasi isu dalam pengurusan kurikulum ialah : • Guru perlu memastikan kemudahan sekolah sentiasa ditambahbaik bagi menarik minat murid untuk belajar. • Guru perlu menyediakan peruntukan kewangan bagi menambahbaik prasarana sekolah • Guru perlu memberi motivasi kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan tahap pencapaian mereka • Guru perlu bekerjasama untuk melaksanakan pelbagai program yang dapat meransang minat muridmurid untuk belajar


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15/6/2023 Masa : 11.30 pagi Tajuk / Perkara : ISU DISIPLIN MURID Tandatangan : Nama : ENCIK MARIZAM BIN MAMAT Jawatan : GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Beliau berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Alor Bakat • Murid kerap tidak hadir ke sekolah • Terdapat segelintir murid yang ponteng kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung • Murid membuat bising ketika ketiadaan guru di dalam kelas • Murid tidak menepati masa ketika hadir ke sekolah • Guru telah menjalankan program Ziarah Cakna bagi mengetahui alasan murid tidak hadir ke sekolah • Guru memberi motivasi kepada ibu bapa supaya sentiasa peka terhadap masalah disiplin anakanak mereka • Guru memberi pendedahan kepada ibu bapa dan murid tentang Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) supaya murid sentiasa berkelakuan baik • Guru perlu sentiasa memeriksa jadual dan menepati masa untuk masuk ke dalam kelas


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 18/6/2023 Masa : 10.45 pagi Tajuk / Perkara : PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Beliau telah berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SKAB pada 17/`11/2022 • Aktiviti kokurikulum merangkumi unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan dijalankan selama dua jam pada setiap hari rabu. Satu aktiviti dijalankan bagi satu minggu dan dijalankan pada akhir waktu kelas bermula pada pukul 1.15 sehingga 3.15 tengahari • Sukan taekwondo ditubuhkan dan dijalankan oleh pihak luar yang pakar dalam sukan ini pada setiap hari rabu • Terdapat sukan elit iaitu potaque yang telah ditubuhkan oleh pihak sekolah. Pencapaian tertinggi bagi sukan ini ialah pada peringkat kebangsaan • Perancangan aktiviti kokurikulum seterusnya ialah mengadakan aktiviti merentas desa pada bulan Julai akan datang. • Guru menyediakan peralatan sukan yang mencukupi untuk memudahkan urusan pelaksanaan aktiviti kokurikulum • Guru menyediakan kemudahan prasarana yang baik dan memastikan keselamatan dititikberatkan sebelum menjalankan aktiviti kokurikulum • Guru memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai sukan yang mereka minati • Guru melatih murid-murid supaya mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti sukan Tandatangan : Nama : ENCIK FAIZAL BIN ABDUL KADIR Jawatan : GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20/6/2023 Masa : 10.15 pagi Tajuk / Perkara : BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tandatangan : Nama : NORIAH BINTI CHE MAN Jawatan : GURU BAHASA MELAYU Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Beliau mula berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu selama 35 tahun • Buku teks digunakan sebagai rujukan utama dalam merancang aktiviti yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung • Penggunaan lembaran kerja sebagai kerja rumah atau latihan pengukuhan • Penggunaan bahan maujud seperti kad imbas yang berwarnawarni untuk menarik minat muridmurid • Isu yang dihadapi ialah kekurangan kemudahan ICT di dalam sekolah. Hal ini menyebabkan bahan yang digunakan untuk mengajar terhad dan hanya tertumpu kepada bahan maujud sahaja. • Pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan LCD yang lengkap di dalam kelas bagi memudahkan guruguru merancang aktiviti PdP yang menarik. • Sebagai bakal guru, perkara yang boleh saya lakukan sebagai persediaan untuk mengajar ialah: ➢ Saya perlu menggunakan lebih banyak bahan bantu mengajar supaya murid dapat memahami pembelajaran dengan jelas dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna ➢ Saya perlu bersifat kreatif untuk menghidupkan suasana kelas semasa aktiviti PdP berlangsung ➢ Saya perlu mengaplikasikan teknologi maklumat dalam menjalankan aktiviti PdP


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22/6/2023 Masa : 9.15 pagi Tajuk / Perkara : PENGAWALAN BILIK DARJAH Tandatangan : Nama : MOHD NAZRI BIN ABU BAKAR Jawatan : GURU PENOLONG Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Beliau mula berkhidmat di SKAB pada tahun 2015. Subjek major beliau ialah Bahasa Melayu • Sebelum mengajar murid, pastikan guru bersedia dari aspek mental atau fizikal • Pengawalan sesebuah kelas yang mengandungi murid yang ramai memerlukan seseorang guru itu yakin dengan kebolehan diri • Beliau mengatur strategi yang teratur daripada awal proses pembelajaran sehingga akhir proses pembelajaran. Perancangan yang teliti perlu dilakukan supaya murid tidak cepat berasa bosan semasa aktiviti Pdp. • Beliau menetapkan disiplin murid seperti mengarahkan mereka bangun semasa guru datang ke kelas. Melalui cara ini, disiplin murid-murid dapat dibentuk dan mempengaruhi tingkah laku mereka. • Sebahagian kelas susah untuk dikawal kerana terdapat murid yang suka membuat bising dan tidak mendengar kata. Walaubagaimanapun, beliau sentiasa memikirkan cara untuk memastikan kelas dapat dikawal • Sebagai bakal guru, saya perlu mencontohi cara beliau mengawal keadaan kelas. Ilmu yang diberikan oleh beliau sangat berguna untuk saya gunakan semasa proses pembelajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya perlu menerapkan amalan-amalan tersebut seperti : • Sentiasa peka dengan sikap dan kelakuan murid-murid di dalam kelas • Mempunyai sikap tegas mengikut situasi tertentu supaya murid-murid dapat membezakan perkara yang baik dan buruk • Menyemai nilai empati dalam diri supaya dapat memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid • Memahami budaya dan persekitaran sekolah terlebih dahulu sebelum memulakan PdP kerana setiap sekolah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21/6/2023 Masa : 1.15 tengahari Tajuk / Perkara : PENGURUSAN KAWALAN KESELAMATAN SEKOLAH Tandatangan : Nama : ENCIK HASSAN BIN ABDULLAH Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Beliau mula berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di SKAB pada tahun 2016 • Setiap pelawat yang datang ke sekolah sama ada urusan rasmi atau sebaliknya perlu mencatat nama, waktu masuk dan waktu keluar di dalam buku pelawat. Pelawat merangkumi semua pihak luar termasuk tetamu VVIP sekolah • Waktu bekerja bagi setiap orang pengawal berdasarkan waktu penggiliran selama 24 jam • Rondaan dilakukan setiap dua jam sekali di seluruh kawasan sekolah bagi memastikan sekolah dalam keadaan selamat • Laporan keadaan semasa sekolah perlu dilakukan bagi setiap rondaan • Waktu pertukaran giliran ditukarkan kepada 12 jam supaya masa tidak terlalu padat. • Pihak sekolah menambahbaik pos pengawal supaya lebih selesa • Sebanyak dua orang pengawal perlu ditugaskan bagi setiap tempoh penggiliran.


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13/6/2023 Masa : 12.45 tengahari Tajuk / Perkara : KEBERKESANAN AKTIVITI PENGAJARAN Tandatangan : Nama : DINIE SAFIYA BINTI REMEZAL Jawatan : MURID SK ALOR BAKAT Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Murid darjah 6 Ibnu Sina • Murid mudah memahami topik yang diajar oleh guru kerana guru menerangkan dengan terperinci tentang topik yang dipelajari • Guru sentiasa berfikiran terbuka dan memenuhi kehendak murid. Guru yang mengajar sangat baik dan suka berkongsi pengalaman untuk dikaitkan dengan topik yang dipelajari • Guru selalu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran abad ke -21 seperti kerja berkumpulan dan pembentangan. Bahan bantu belajar yang digunakan sangat menarik. • Guru banyak membantu murid dan tidak terlalu garang • Sebagai bakal guru, saya perlu menanamkan sikap yang baik dan positif supaya murid-murid berasa seronok untuk belajar • Saya perlu mengaplikasikan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik bagi memastikan muridmurid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22/6/2023 Masa : 3.00 petang Tajuk / Perkara : SUMBANGAN TERHADAP SEKOLAH Tandatangan : Nama : NIK HASMAYATI BINTI ABU SEMAN Jawatan : IBU KEPADA MURID SKAB Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Beliau merupakan seorang ibu kepada murid di SKAB • Beliau memberi sokongan terhadap program sekolah • Beliau sentiasa cakna dengan persekitaran sekolah • Beliau menghadiri programprogram yang dianjurkan oleh pihak sekolah Sebagai komuniti di SKAB, ibu bapa perlu sentiasa menyokong dan membantu sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi murid-murid dengan adanya kerjasama daripada komuniti setempat


6.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, saya telah memperoleh pengalaman dan ilmu baharu tentang sekolah ini. Saya dapat perhatikan bahawa pengurusan yang teratur dan tersusun akan membawa kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Hal ini dapat dilihat berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan berdasarkan setiap unit pentadbiran. Setiap aktiviti atau program dijalankan berjalan lancar dan mencapai matlamat dengan kerjasama guru-guru yang telah ditugaskan mengikut jawatankuasa dalam unit pentadbiran. Melalui pemerhatian ini, saya mempelajari bahawa kejayaan dan kecemerlangan pelaksanaan sesebuah aktiviti di sekolah bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut. Selain itu, saya juga dapat perhatikan bahawa persekitaran di sekolah ini ceria dan konduksif. Hal ini akan memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah bagi mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, saya dapat menyimpulkan bahawa persekitaran dan suasana yang ceria secara langsung akan memberi kesan kepada murid-murid untuk sentiasa bersemangat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 6.2 SENARAI SEMAK Kaedah senarai semak yang saya gunakan bertujuan untuk memudahkan urusan mengumpul maklumat dengan lebih teratur dan tersusun. Melalui kaedah ini, saya memperoleh ilmu tentang cara menyusun maklumat dengan lebih teratur mengikut bahagianbahagian tertentu. Proses semakan menjadi lebih teratur dan mudah dengan membuat jadual ini. Melalui senarai semak ini, saya dapat mengenalpasti item-item yang telah lengkap atau sebaliknya. Hasil daripada semakan ini, saya mendapati kemudahan dan bilik-bilik khas di sekolah ini hampir lengkap. Namun begitu, saya mendapati bahawa masih terdapat beberapa kemudahan yang masih belum mencukupi sepenuhnya seperti lcd dan komputer untuk menjalankan aktiviti pembelajaran abad ke-21. Walaubagaimanapun, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak sekolah bagi menangani isu tersebut.


6.3 TEMU BUAL Kaedah lain yang turut digunakan ialah kaedah temubual. Saya dapat mengumpul banyak maklumat dan data berkenaan dengan tugasan PBS. Hasil daripada temubual bersama pihak pentadbir, guru, kakitangan sekolah dan murid sekolah, saya dapat mengumpul pelbagai ilmu dan maklumat berkenaan dengan tugasan ini. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mempelajari kemahiran komunikasi yang berkesan dan baik ketika menjalankan temu bual. Soalan-soalan yang ditanyakan dirangka sebelum saya menemubual pihak tersebut supaya sesi temubual dapat berjalan dengan lancar. Melalui temubual bersama dengan pihak pentadbir sekolah, saya telah mempelajari ilmu tentang strategi pengurusan sekolah. Setiap pentadbiran mempunyai tugas tersendiri dalam melancarkan urusan pentabiran sekolah. Misalnya, tugas unit kurikulum ialah memastikan peningkatan pencapaian akademik murid-murid. Pelbagai aktiviti dan program yang akan dilaksanakan sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan kurikulum. Hal yang sama turut dijalankan oleh unit-unit pentadbiran lain untuk meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah. Selain itu, saya juga memperoleh ilmu berkaitan dengan pengurusan bilik darjah yang merangkumi strategi, kaedah dan bahan yang digunakan untuk meningkatkan minat muridmurid. Hasil temubual bersama guru Bahasa Melayu, saya telah diberi pendedahan tentang pengurusan bilik darjah yang efektif dan pengawalan kelas yang berkesan. Ilmu yang diperoleh ini penting kepada saya untuk diaplikasikan semasa bertugas sebagai guru kelak. Dalam pada itu, temubual bersama murid telah memberi pengetahuan kepada saya berkenaan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat muridmurid di dalam kelas. Perkara ini dapat membantu saya untuk menjadi lebih kreatif dalam merancang aktiviti PdP supaya dapat memberi kesan kepada murid-murid.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu /Perkara yang difokuskan: Sesi temubual bersama pihak pentadbir, guru dan murid 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan : • Guru berkomunikasi dengan baik, jelas dan mudah difahami • Guru dan murid memberi kerjasama yang baik semasa sesi temubual berlangsung • Maklumat dapat diperoleh dan dikumpul dengan banyak • Kemahiran komunikasi antara satu sama lain dapat ditingkatkan 2.2 Kelemahan : • Kekangan masa menyebabkan soalan yang ditanya terhad • Pihak pentadbir terlalu sibuk dengan tugas dan kerja mereka • Murid sukar memahami soalan yang telah diajukan • Persekitaran yang bising semasa menemubual murid menyebabkan sesi temubual terganggu 3. Cadangan Penambahbaikan: • Soalan diteliti terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi temubual supaya tidak mengambil masa yang lama • Pihak pentadbir perlu dimaklumkan terlebih dahulu untuk melaksanakan sesi temubual supaya mereka dapat mengatur masa yang sesuai • Pemilihan soalan perlu dibuat mengikut tahap keupayaan dan kefahaman murid-murid. Soalan yang ditanya diterangkan dengan lebih terperinci sehingga murid-murid dapat memahami soalan dengan jelas • Mencari tempat atau bilik-bilik khas yang sesuai untuk menjalankan sesi temubual


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu /Perkara yang difokuskan: Perkara yang difokuskan pada minggu pertama PBS: • Pengurusan dan pentadbiran • Organisasi pentadbiran • Prasarana dan kemudahan sekolah • Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan : • Pengurusan dan pentadbiran sekolah teratur. Setiap pentadbiran mempunyai buku pengurusan tersendiri dalam menguruskan pentadbiran • Bidang-bidang tugas dan aktiviti sekolah dapat diperoleh dan diketahui • Prasarana dan kemudahan sekolah lengkap dan selesa • Mural dan persekitran sekolah sangat ceria 2.2 Kelemahan : • Masih terdapat papan kenyataan yang kosong tanpa sebarang maklumat mengenai sekolah • FPK, misi dan visi sekolah ditampal pada ruang pejabat sahaja dan sukar untuk dilihat 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru yang bertugas perlu memastikan papan kenyataan diletakkan dengan maklumat terbaru mengenai sekolah • Pihak sekolah menyediakan satu ruang khas untuk memaparkan FPK, misi dan visi sekolah supaya mudah dilihat


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu /Perkara yang difokuskan: Program Rancangan Makanan Tambahan 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan : • Guru sentiasa memantau murid semasa program berlangsung • Pihak kantin sekolah menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Setiap hidangan mengandungi buah, sayur-sayuran dan protein yang mencukupi bagi keperluan harian murid-murid • Semua makanan disusun di atas meja sebelum murid-murid datang ke sekolah. Murid-murid tidak perlu berebut dan beratur untuk mengambil makanan pada setiap hari 2.2 Kelemahan : • Murid tidak menepati masa. Terdapat sebahagian murid-murid hadir lewat ke sekolah • Sebahagian murid tidak menghabiskan makanan 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru memberi nasihat kepada ibu bapa supaya menghantar anak-anak mereka awal ke sekolah • Guru menggalakan murid-murid untuk menghabiskan makanan supaya dapat mengelakkan pembaziran


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu /Perkara yang difokuskan: Perjumpaan kelab dan persatuan pada hari rabu selepas selesai aktiviti PdP 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan : • Guru Penolong Kanan Kokurikulum memainkan peranan dengan memantau aktiviti pada hari tersebut • Kesemua guru-guru memberi kerjasama yang baik dengan memberi arahan kepada murid-murid untuk berkumpul mengikut kelab dan persatuan masing-masing. • Aktiviti berjalan dengan lancar. 2.2 Kelemahan : • Sebahagian murid datang lewat ke dewan untuk berkumpul. • Terdapat murid yang memasuki kelab dan persatuan yang salah. • Murid-murid kurang bersemangat untuk menyertai perjumpaan kelab dan persatuan 3. Cadangan Penambahbaikan: • Tindakan dikenakan kepada murid-murid yang hadir lewat tanpa alasan yang kukuh • Guru perlu menampal senarai nama murid-murid mengikut kelab dan persatuan di papan kenyataan untuk memudahkan murid-murid menyemak nama mereka sebelum menyertai perjumpaan. • Guru perlu mempelbagaikan aktiviti untuk menarik minat murid-murid menyertai perjumpaan tersebut • Guru boleh mengadakan aktiviti perjumpaan pada sebelah pagi supaya muridmurid tidak berasa penat


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu /Perkara yang difokuskan: Program SKAB Champion / Program Sifar Buta Huruf. Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan : • Penglibatan dan kerjasama daripada ibubapa dapat melancarkan lagi pelaksanaan program • Murid yang lemah membaca dapat dikenalpasti dan diberikan perhatian sepenuhnya bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca • Seorang guru perlu mengatasi masalah membaca bagi seorang murid. Perkembangan kemahiran membaca bagi seorang murid dapat diteliti dan dianalisis dengan baik 2.2 Kelemahan : • Kekangan masa yang dihadapi oleh guru menyebabkan guru tiada masa untuk melatih murid-murid membaca • Murid-murid kekurangan kelengkapan alat tulis dan bahan bacaan • Murid berasa malu dan kurang motivasi kerana mereka tidak dapat membaca dengan baik. Hal ini menyebabkan mereka sering tidak hadir semasa program berlangsung. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru besar perlu membuat jadual bagi menetapkan masa program dengan sistematik. Contohnya dua kali seminggu. Guru-guru perlu cakna dengan jadual yang telah diberikan. • Pihak sekolah menyediakan peruntukan kewangan untuk memastikan murid-murid mempunyai kelengkapan alat tulis dan bahan bacaan yang mencukupi • Guru perlu sentiasa menasihati dan memberi kata-kata motivasi kepada muridmurid untuk sentiasa bersemangat menyertai program ini • Guru perlu mempelbagai aktiviti dan bahan bacaan yang sesuai untuk menarik perhatian murid-murid


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu /Perkara yang difokuskan: Pelaksanaan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Alor Bakat 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan : • Ibu bapa memberi kerjasama dan respon yang baik semasa mesyuarat berlangsung • Ibu bapa hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan • Murid memberi kerjasama semasa membuat persembahan • Penghargaan diberikan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum 2.2 Kelemahan : • Atur cara majlis kurang teratur kerana terdapat masalah teknikal berlaku semasa program tersebut • Segelintir ibu bapa pulang awal sebelum majlis selesai • Keadaan persekitaran dewan yang kurang selesa 3. Cadangan Penambahbaikan: • Atur cara majlis perlu dirancang dengan teliti supaya majlis berjalan dengan lancar. Peralatan multimedia seperti mikrofon perlu sentiasa diperiksa supaya masalah teknikal dapat dielakkan. • Pihak sekolah memberi motivasi kepada ibu bapa supaya menghormati majlis kecuali berlaku kecemasan • Pihak sekolah merancang aktiviti yang menarik seperti cabutan bertuah untuk menarik minat ibu bapa kekal berada dalam majlis sehingga majlis bersurai • Pihak sekolah hendaklah memastikan persekitaran dewan selesa untuk ibu bapa


Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan pengalaman pertama kepada saya sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan Semester 3. Sekolah Kebangsaan Alor Bakat telah dipilih bagi menjalankan tugasan ini. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar yang mempunyai jumlah murid yang tidak ramai iaitu seramai 287 orang. Murid di sekolah ini hanya terdiri daripada murid Melayu sahaja. Jumlah guru di sekolah ini juga tidak ramai iaitu sebanyak 30 orang yang terdiri daripada 28 orang siswazah dan 2 orang bukan siswazah. Walaubagaimanapun, jumlah guru di sekolah ini adalah cukup bagi matapelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Bahasa Arab tetapi kekurangan bagi guru Bahasa Inggeris dan Matematik. Sepanjang menjalani PBS, saya mendapati bahawa pengurusan dan pentadbiran di Sk Alor Bakat berjalan dengan baik dan teratur. Saya juga telah memperoleh banyak ilmu tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pentadbiran sekolah terbahagi kepada empat bahagian iaitu kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan komuniti. Semasa menjalani PBS, saya mendapati bahawa ilmu berkenaan pengurusan pentadbiran di sekolah merupakan ilmu yang sangat penting bagi memastikan organisasi sekolah berjalan dengan cekap. Guru besar merupakan penggerak utama kepada setiap unit pentadbiran yang ditubuhkan. Sesebuah sekolah akan cemerlang apabila organisasi pentadbiran diuruskan dengan cekap dan baik Melalui pengurusan kurikulum, saya dapat mempelajari tentang matlamat dan objektif yang perlu dicapai dalam bidang ini. Kurikulum merangkumi aspek yang luas dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Hasil daripada penelitian dan pemerhatian, saya mendapati bahawa pengurusan kurikulum di sekolah ini sangat teratur. Semua kemudahan, prasarana dan bilik-bilik khas telah disediakan bagi memudahkan proses PdP. Selain itu, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan dengan baik di bawah unit pentadbiran ini. Misalnya, program SKAB Champion dilaksanakan untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid. Melalui program ini, saya menyedari bahawa setiap guru perlulah berkerjasama dalam menjayakan sesebuah aktiviti di sekolah. Selain itu, pengurusan hal ehwal murid mengajar saya tentang tanggungjawab sebenar seorang guru dalam mendidik murid-murid. Pengurusan dalam bidang ini merangkumi segala hal yang berkaitan dengan murid-murid seperti kebajikan, disiplin dan keharmonian. Semasa menjalani PBS, saya mendapati bahawa kebajikan, kesihatan dan penerapan nilai dalam diri murid sangat dititikberatkan. Perkara ini dapat diperhatikan melalui pelaksanaan program-program di bawah unit ini. Semua guru mempunyai peranan tersendiri dalam menjayakan program ini. Program yang dijalankan adalah untuk mengatasi masalah yang menjejaskan pembelajaran murid. Contohnya, Program Ziarah Cakna dijalankan untuk


meningkatkan kehadiran murid-murid manakala program RMT dan susu 1 Malaysia bertujuan menjaga kesihatan murid. Dalam pada itu, pengurusan kokurikulum adalah untuk memastikan murid-murid terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum. Setiap murid dikehendaki menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Perkara yang dapat pelajari melalui pengurusan ini ialah semua guru terlibat secara aktif dalam memastikan semua murid menyertai aktiviti kokurikulum. Semua guru mempunyai tugas dan jawatankuasa dalam menjayakan aktiviti kokurikulum. Malahan, GPK Kokurikulum turut memantau pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu. Hasil temubual bersama dengan GPK Kokurikulum, saya dapat mengetahui tentang perancangan aktiviti kokurikulum yang akan diadakan pada masa terdekat iaitu kejohanan merentas desa. Perkara ini secara langsung memberi pengetahuan kepada saya dalam membuat perancangan pada masa akan datang. Seterusnya, pengurusan komuniti di sekolah ini juga dirancang dengan teliti. Keberhasilan program yang dijalankan seperti mesyuarat agung PIBG menunjukkan kecekapan pengurusan ini. Semua ibu bapa memberi kerjasama yang baik dengan pihak sekolah semasa menjalankan program. Melalui ini, saya menyedari bahawa hubungan yang baik antara warga sekolah dan komuniti dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah. Oleh itu, sebagai bakal seorang guru, saya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran membina perhubungan supaya saya dapat menyesuaikan diri dengan orang ramai. Setelah meneliti program-program yang dijalankan di sekolah ini, saya mendapati setiap program dilaksanakan berlandaskan kepada dasar pendidikan kini. Misalnya, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan SKAB Champion merupakan program di bawah unit kurikulum yang berteraskan kepada dasar PPKI dan dasar TS25. Selain itu, program HEM seperti RMT dan buku teks untuk semua murid dijalankan mengikut dasar RMT1M dan dasar pinjaman buku teks. Dasar 1 Murid 1 Sukan dirujuk bagi menjalankan aktiviti kokurikulum pada setiap minggu. Mesyuarat Agung PIBG di bawah pengurusan komuniti merujuk kepada dasar Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti. Secara keseluruhannya, pelaksanaan PBS telah banyak mengajar saya tentang pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Bukan itu sahaja, semasa proses mengumpul maklumat ini, saya menyedari terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam diri. Misalnya, kemahiran komunikasi dan kemahiran membina perhubungan dapat saya tingkatkan melalui sesi temubual dan sesi perkenalan dengan guru-guru. Saya juga dapat membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan murid-murid dan khalayak ramai. Oleh itu, segala pengalaman yang telah dilalui ini akan menjadi persediaan kepada saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang.


MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR BAKAT, 16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN 2 No. Telefon Sekolah 011-65734388 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) LUAR BANDAR 5 Nama Pengurus Sekolah PUAN HASLINA BINTI ADNAN 6 Nama PK Pentadbiran PUAN SITI NOOR BINTI ISMAIL 7 Nama PK HEM ENCIK MARIZAM BIN MAMAT 8 Nama PK Kokurikulum ENCIK FAIZAL BIN ABDUL KADIR 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 13 ORANG Perempuan: 17 ORANG 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 28 ORANG Bukan Siswazah: 2 ORANG 13 Bilangan Kelas 17 KELAS 14 Purata Saiz Kelas 20 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain Lelaki 158 - - - Perempuan 129 - - - 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini 1. Persekitaran sekolah bersih dan ceria 2. Hubungan mesra antara warga sekolah dengan komuniti 3. Terdapat program TS25 yang dijalankan 287


2. Murid Dan Alam Belajar a. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut kaedah PdP semasa. Pelan susun atur bilik darjah ini dibina mengikut pembelajaran abad-21. Penyusunan meja diatur secara berkumpulan untuk memudahkan murid-murid melakukan aktiviti perbincangan dan aktiviti berkumpulan dilakukan. Hal ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa kini lebih tertumpu kepada penglibatan aktif murid-murid dalam pembelajaran b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid? Pelbagai jenis bahan dan sumber PdP yang dapat menarik minat murid dan memudahkan sesi pembelajaran dilakukan. Antara bahan dan sumber PdP ialah bahan autentik. Umumnya, murid-murid lebih mudah memahami kandungan pembelajaran apabila belajar melalui deria dan dikaitkan dengan pengalaman sebenar. Penggunaan bahan autentik seperti kad, gambar, bahan sebenar dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap kandungan pembelajaran. Selain itu, bahan teks seperti cerita, dialog dan cerpen memudahkan murid-murid memperoleh ilmu dengan lebih berkesan. Buku teks menjadi rujukan utama dalam merancang proses PdP yang teratur. Seterusnya, penggunaan bahan grafik juga dapat membantu murid-murid memahami pembelajaran dengan lebih berkesan. Bahan grafik yang terdiri daripada peta


Click to View FlipBook Version