minda, peta pemikiran dapat menggalakkan murid-murid untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah dalam pembelajaran. c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK ? Murid-murid di SK Alor Bakat digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran berasaskan TMK. Melalui temubual bersama dengan murid, guru akan membawa murid-murid ke bilik media untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana sekolah ini mempunyai kemudahan ICT yang terhad menyebabkan penggunaan TMK semasa PdP juga terhad. Walaubagaimanapun, guru-guru di sekolah ini berusaha memastikan aktiviti PdP yang dijalankan berasaskan TMK. Murid-murid diberi peluang menggunakan komputer untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai sumber dalam talian. Selain itu, murid-murid juga akan diberikan latihan melalui bahan interaktif seperti kahoot, quizziz dan wordwall untuk meningkatkan kemahiran TMK di samping membantu murid-murid memahami topik pembelajaran d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Secara umumnya, setiap murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah menjadi satu instrumen penilaian bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian setiap murid. Guru-guru perlu mengenalpasti tahap penguasaan murid-murid dan mengatur strategi bagi meningkatkan tahap penguasaan murid-murid yang lemah. Strategi yang dilakukan adalah menggabungkan murid yang lemah dan murid yang pintar dalam satu kumpulan. Hal ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah menguasai pembelajaran di samping membantu guru untuk memantau murid tersebut dengan lebih mudah. Melalui percampuran ini, murid-murid yang pintar dapat membantu murid-murid yang lemah sekali gus meningkatkan keyakinan diri mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran.
ONE STEP BEYOND; SECOND TO NONE! MAKLUMAT SEKOLAH Lencana sekolah MOTO SEKOLAH Visi dan Misi KPM
PIAGAM PELANGGAN Carta Organisasi Jawatankuasa Perancang Sekolah 2023/2024 1. semua murid mendapat Pendidikan yang adil dan menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara 2. Memberi Pendidikan yang menyeluruh kea rah kecemerlangan akademik (3M) dan pembangunan insan dengan penerapan nilai-nilai murni/insaniah. 3. Membimbing murid-murid kea rah pembentukan masyarakat yang seimbang, penyayang, berketerampilan dan berdaya maju 4. Mewujudkan satu suasana persekitaran yang aman, tenteram dan selesa untuk semua 5. Mengambil tindakan susulan yang segera dan sebaik mungkin terhadap sebarang masalah 6. Memberi perkhidmatan dan layanan terbaik yang bersesuaian dengan masyarakat dan agensiagensi lain
MAKLUMAT KURIKULUM Carta Organisasi Unit Pengurusan Kurikulum
Bidang Tugas Unit Kurikulum Dasar Pendidikan 1. Memastikan pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian panitia matapelajaran. 2. Memastikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang diterima serta digunapakai adalah betul dan mengedarkannya kepada semua anggota panitia. 3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian mengikut kurikulum yang terkini 4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan Salinan kepada pengurusan sekolah 5. Mengagihkan pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan ujian dan pentaksiran 6. Merangka takwim tahunan panitia dan mengendalikan mesyuarat panitia 4 kali setahun 7. Menentukan target matapelajaran berdasarkan pencapaian peperiksaan dan pentaksiran akhir tahun 8. Berusaha menambah BBM dan memastikan penggunaan secara optimum bagi mencapai PdPC berkesan 9. Memberi bimbingan kepada guru-guru dan menyebarluas sebarang maklumat kurikulum terkini. 10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia matapelajaran 11. Menyediakan maklumat dan laporan-laporan berkaitan kurikulum dan panitia bagi tujuan semakan dan pemantauan 12. Membantu dalam pengurusan, penyediaan peralatan teknologi dalam pendidikan, Pusat Sumber, Makmal dan bengkel. 13. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah 14. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrument penilai/pentaksir yang berkesan
MAKLUMAT HAL EHWAL MURID Carta Organisasi Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid
Bidang Tugas Hal Ehwal Murid Dasar Pendidikan 1. Menyediakan Buku Pengurusan 2. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat 3. Meningkatkan mutu disiplin dalam kalangan murid 4. Merekod bantuan-bantuan yang telah diterima oleh murid 5. Menyimpan data maklumat murid 6. Menyelesaikan pelbagai masalah murid 7. Bertanggungjawab memantau keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid-murid
MAKLUMAT KOKURIKULUM Carta Organisasi Unit Kokurikulum
Bidang Tugas Kokurikulum Dasar Pendidikan : 1. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Pendek/Panjang) 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun 3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah 4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti 5. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh 6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan. 7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum 8. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga Sekolah, Merentas Desa dan Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain 9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan 10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah 11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan 12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing 13. Memastikan semua tempat dan alatan selamat untuk digunakan oleh pelajar
MAKLUMAT KOMUNITI Carta Organisasi Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)
Aktiviti PIBG BIL AKTIVITI 1 Solat hajat awal persekolahan 2 Mensyuarat AJK Kali Pertama 3 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 4 Aktiviti membina wakaf menunggu murid-murid sekolah 5 Mengecat di hadapan pagar sekolah, pondok jaga 6 Melukis, mewarna mural pada dinding sekolah 7 Menambun tanah dilaluan masuk dan keluar tempat menunggu murid-murid Dasar Pendidikan
Gambar Sesi Temubual
RUJUKAN Ishak Abd Rahman & Ainul Afzan Ramli. (2021). Isu dan Cabaran dalam Pelaksanaan Pendidikan Peringkat Rendah dan Menengah: Pendekatan Malaysia Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9). 1-13. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1043 Jailani Mohd Yusoff & Mohd Izham. (2023). Amalan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru Program Transformasi Sekolah 2025. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2). 21-43 https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.2143 Kementerian Pendidikan Malaysia, (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Firdaus Press Sdn.Bhd. Mohd Yusaini Yaakub & Mohd Izham. (2020). Kepimpinan Distributif Pemimpin Sekolah: Isu dan Cabaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah, 33(1). 10-20. Subban Suvarmani, Nor Asiah Mohamd@Razak, Habibah Ab. Jalil & Ismi Arif Ismail. Pelaksanaan E-Pembelajaran dalam Persekitaran Sosial dan Budaya di Sekolah Transformasi (TS25) di Malaysia. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1). 32- 51. https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/89