BULETIN KOLEJ KOMUNITIJASIN 2023 S I R I 0 3 JAWATANKUASA BULETIN KKJS KOLEJ KOMUNITI JASIN KM 24, TAMAN IKS MERLIMAU, JALAN MUAR, 77300 MERLIMAU, MALAKA TEL : 06-263 1616 eISSN : 3009-1985
BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 01 SENARAI KANDUNGAN OKTOBER 2023 KERJA KURSUS LUKISAN TERUKUR BAGI PENILAIAN AMALI PELAJAR 20 KURSUS TRANSFORMATIF DAN PENGURUSAN ORGANISASI 21 MAJLIS HIMPUNAN SETIA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI MELAKA BIL 2/2023 22 KURSUS ADOBE ILLUSTRATOR PROFESSIONAL CERTIFICATE 23 BENGKEL TOT CYBERSECURITY BAGI PROGRAM SSK DAN STM KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2023 24 BENGKEL TOT BASIC MATHEMATICS BAGI PROGRAM SSK DAN STM KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2023 25 KURSUS TRAINNING OF TRAINER (TOT) DIGITAL ENTREPRENEURSHIP - COACHING AND MENTORING 26 BENGKEL TOT MOBILE APPLICATION (STM30253) DAN TECHNOLOGY (SSK30373) BAGI PROGRAM STM DAN SSK KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 27 BUSINESS INNOVATION AND ENTREPRENEURSHIP COMPETITION 2023 ‘INNOPRENEUR 2023’ POLYCC MELAKA & NEGERI SEMBILAN 28 BENGKEL PENGURUSAN RISIKO DAN PELUANG DALAM MS ISO 9001 : 2015 29 KURSUS PENGHASILAN SUPRISE BOUQUET 30 TEAM BUILDING SSK ‘BOWLING CHALLENGE’ 31 KURSUS ASAS LASERCUT 32 KITARECYCLE PROGRAM REDEEM YOUR WASTE (SIRI 2) 33 KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA TVET MELAKA 2023 34 PAMERAN PROMOSI SEMPENA PROGRAM KARNIVAL MERLIP VAGAZA SK MERLIMAU TAHUN 2023 35 TAKLIMAT DAN PERINGATAN DISPLIN KEPADA PELAJAR SESI 1 2023/2024 36 GELLERY AND PRESENTATION WALK DAY 2023 37 GRAND FINAL VARSITY SEPAK TAKRAW LEAGUE 2023 38 NOVEMBER 2023 SYMPOSIUM OF LOGISTICS AND TRANSPORTATION 2023 (SyLAT’ 23) 02 GAME ON! KKJS PAINTBALL TOURNAMENT 2023! 03 PEMBENTANGAN PROJEK CSR IDEA REKABENTUK TEMPAT PENYEMBELIHAN DAN RUANG SIMPANAN ALATAN UNTUK MASJID JAMEK AR RAHIM, MERLIMAU MELAKA 04 PROGRAM KERJAYA BERSAMA PERKESO 05 MELAKA HERITAGE FUN WALK 1.0 POLYCC ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN 06 PENGEMBARAAN VIDEO PdP JPPKK- KAEDAH PENGUKURAN BANGUNAN BAGI KURSUS ASAS LUKISAN TERUKUR 07 AUDIT PEMATUHAN KE 2 ISO 9001:2015 08 KURSUS DISCOVERY SCUBA DIVING PENGARAH2 KOLEJ KOMUNITI NEGERI MELAKA, NEGERI SEMBILAN 09 KURSUS GUNTING RAMBUT 10 LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN (SSK) KE BPO CONTACT CENTRE TELEKOM MALAYSIA DI GRAHA MAJU, MELAKA 11 MAJLIS ANUGERAH AKADEMIA POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (AA PolyCC) TAHUN 2023 12 BENGKEL PEMURNIAN KURIKULUM DAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SIJIL PERKHIDMATAN LOGISTIK KOLEJ KOMUNITI 13 KURSUS PROTOKOL DAN TATACARA DALAM MAJLIS RASMI KERAJAAN 14 AUDIT PENILAIAN KENDIRI ‘SELF REVIEW REPORT’ BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA 15 PROGRAM GREEN THE NATURE ANJURAN PROGRAM MULTIMEDIA KREATIF PENGIKLANAN (SMP) 16 MESYURARAT PENGARAH - PENGARAH POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BIL 2/2023 DAN PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTINE POLYCC 17 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2023 & SAMBUTAN HARI AKADEMIA PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI JASIN (KKJS) 18 Penaung : En. Mohamad Nazri bin Ismail Penasihat 1 : Pn. Roslinda binti Osman Penasihat 2 : Pn. Dian Ainor binti Mizan Ketua Editor : Pn. Nor Azilah binti Azmil Ketua Rekabentuk & Susun Atur : Pn. Muliyani binti Abdullah Penolong Rekabentuk & Susun Atur : Pn. Haniza binti Mohd Din Editor : Pn. Nor Azliza binti Che Ali Pn. Saidatul Azma binti Mohamad Zaki Pn. Rabi’atul Adawiyyah binti Ismail En. Nirwan Syam bin Nordin En. Mohamad Khairul Nizam bin Mohd Anuar Cheng Pn. Wan Nor Rafidah binti Wan Abdullah Pn. Shaheda binti Mohammad Khawari Ketua Jurugambar : En. Syed Muhammad Hafez Al-Idrus bin Syed Mohamed Jurugambar : Pn. Khamerliyanora binti Khalid SIDANG REDAKSI BULETIN EDISI 03 I 2023 BKT Diterbitkan oleh : Kolej Komuniti Jasin KM24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar, 77300 Merlimau, Melaka Emel : [email protected] No. Telefon : 06-2631616 SUKUAN TAHUNAN DIS 2023 KURSUS ASAS AMALI PEMASANGAN FIBER OPTIK 40 PROJEK TANAMAN AEROPONIK KOLEJ KOMUNITI JASIN 41 TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH48 DAN DH44 42 KURSUS JAHITAN JAKET CARDIGEN 43 SESI SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN (BRP) PEGAWAI DAN KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI JASIN 44 SIJIL PENGANUGERAHAN KEDUDUKAN KE 634 DALAM WORLD’S MOST SUSTAINABLE UNIVERSITY IN 2023 UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS 45 MAJLIS ANUGERAH DIGITAL UTLISATION AND TECHNOLOGY AWARD (DUTA) PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2023 46 MAJLIS PRA GRADUAN BERTEMAKAN BOLD, GOLD & GLITER KKJS 2023 47 LAWATAN DARI INDUSTRI ANJUNG TEKNIK 48 MENANDATANGANI SIJIL COC ANTARA KOLEJ KOMUNITI JASIN & INTENSIVE ENERGY SDN BHD 49 PROGRAM 1000 LIGA PETANQUE 50 SSK FINALE 52 KURSUS PENYEDIAAN BOUQUET COKLAT 53 SHOWCASE SARONG SMP BAGI SESI 1 2023/2024 54
BULETINKOLEJ KOMUNITI i dan Salam Sejahtera, Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, keluaran e_Buletin edisi 03 2023 berjaya diterbitkan. Kepada mereka yang mengikuti perkembangan Kolej Komuniti Jasin semestinya dapat melihat dengan jelas pencapaian serta aktiviti yang berjaya dilaksanakan oleh warga KKJS. Syabas diucapkan! Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh KKJS memberi persepsi yang luar biasa oleh masyarakat kepada KKJS sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Selain menjadikan KKJS sebuah destinasi yang selamat untuk belajar dan beriadah, ia juga mampu mencetuskan keceriaan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berkualiti dari segi akademik tetapi juga mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang TVET yang dipilih. Ia seiring dengan transformasi pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama serta menepati keperluan pasaran kerja. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada sidang redaksi yang bertungkus lumus menjayakan penerbitan KKJS Semoga dengan komitmen seluruh warga KKJS dalam merealisasikan hasrat Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi institusi TVET pilihan utama masyarakat akan tercapai hendaknya. InsyaAllah!! Sekian. Terima Kasih. J A S I N2023SIRI 03SECORET BICARA PENGARAH KKJS Mohamad Nazri Bin Ismail Pengarah Kolej Komuniti Jasin BKT
ii dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya, Buletin Kolej Komuniti Jasin dapat dihasilkan untuk Siri 3 2023. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi kerana bersatu hati dalam pengumpulan artikel sebagai wadah untuk dikongsi bersama seluruh warga Kolej Komuniti Jasin. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan buletin kolej ini. Tanpa usaha dan kerjasama semua pihak, buletin ini tidak akan menjadi kenyataan. Penerbitan Buletin Siri 3 2023 ini merekodkan aktiviti-aktiviti serta programprogram yang telah dijalankan dari bulan Oktober hingga Disember 2023. TINTA KETUA EDITOR Nor Azilah Binti Azmil Ketua Editor Mengakhiri wadah saya pada kali ini, saya mewakili sidang redaksi merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang artikel dan seluruh warga Kolej Komuniti Jasin sehingga terhasilnya buletin ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua pembaca. Semoga usaha murni ini akan berterusan sehingga menjadi budaya dalam kalangan warga Kolej Komuniti Jasin secara keseluruhan. Sekian, terima kasih. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 ii
OKTOBER 2023 KOLEJ KOMUNITI JASIN AKTIVITI BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0301
Simposium ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah, pelajar politeknik dan kolej komuniti, komuniti setempat khususnya tentang pengenalan kepada logistik dan potensi bidang logistik kepada pelajar. Simposium ini juga bertujuan untuk mewujudkan hubungan bersama barisan professional logistik dan pengangkutan, yang berkongsi ilmu dan pengalaman kepada semua peserta simposium. Ianya bagi memastikan para pelajar yang mengikuti bidang ini memahami peluang kerjaya yang boleh mereka ceburi selepas tamat pengajian. Pelajar juga berpeluang mendengar dengan lebih jelas maklumatmaklumat yang akan disampaikan oleh pihak industri yang berkaitan dengan bidang logistik dan pengangkutan. Menurut Timbalan Pengarah Program, En Mohd Azuan Bin Ali yang juga merupakan Ketua Program Sijil Perkhidmatan Logistik KKJS, sasaran peserta adalah dalam kalangan pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Sepang, Kolej Komuniti Rantau Panjang, Politeknik Metro Johor Baharu, Politeknik Nilai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sirajuddin. Malahan Symposium ini telah berjaya menarik penyertaan dari institusi Pendidikan yang lain seperti UiTM, UTeM serta beberapa lagi Politeknik dan Kolej Komuniti yang berjumlah seramai 458 orang secara online dan 120 secara bersemuka. PROGRAM SLK : SYMPOSIUM OF LOGISTICS AND TRANSPORTATION 2023 (SyLAT’ 23) 4 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Mohd Azuan bin Ali Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 02
03 UNIT AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR & SUKAN GAME ON! KKJS PAINTBALL TOURNAMENT 2023! Editor: Mohamad Khairul Nizam Bin Mohd Anuar Cheng 5 Oktober 2023 lashpoint Paintball Park, Ayer Keroh, Melaka Oleh : En Mohd Izzaddin bin Abu @ Nawawi Sempena Sambutan Hari Akademia 2023, Bahagian Sukan, Unit Ambilan dan Pembangunan Pelajar, KKJS telah menganjurkan perlawanan paintball untuk aktiviti bonding synergy bagi tahun 2023 pada 05 Oktober 2023 bertempat di Flashpoint Paintball Park, Ayer Keroh, Melaka. Perlawanan ini telah disertai oleh 8 buah pasukan dan perlawanan dijalankan secara perlawanan liga. Terserlah keceriaan diwajah semua peserta walaupun cuaca agak panas. Alhamdulillah objektif penganjuran program adalah tercapai dengan menumpukan kepada peluang serta pendedahan kepada para peserta dalam menceburi aktiviti sukan ekstrim yang mempunyai tahap kawalan keselamatan yang tinggi serta memupuk semangat bekerjasama dalam pasukan. Tahniah kepada semua pemenang. Anda semua memang hebat & layak. Johan- Pasukan Binkies Naib Johan- Pasukan SXT Tempat Ketiga- Pasukan 5 Jejaka Idaman KKJS komited dalam menghasilkan graduan TVET yang berkualiti tinggi serta berciri warga global dengan penganjuran aktiviti-aktiviti sukan dan permainan disamping mengutamakan kecemerlangan akademik. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0303
Pembentangan Projek CSR Idea Rekabentuk Tempat Penyembelihan dan Ruang Simpanan Alatan untuk Masjid jamek Ar Rahim Merlimau, Melaka dengan kerjasama Program Sijil Teknologi Senibina Kolej Komuniti Jasin, Diploma Senibina Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Melaka dan Firma Anjung Teknik Melaka. Pembentangan ini adalah bertujuan mencari satu titik persetujuan, cadangan serta penambahbaikan bagi idea yang telah dibangunkan oleh pelajar dan kakitangan Program Senibina Kolej Komuniti Jasin, Program Senibina Politeknik Merlimau Melaka serta Staf Politeknik Melaka bagi Rekabentuk tempat penyembelihan dan simpanan alatan bagi Masjid Ar Rahim Merlimau Melaka. Segala komen, pandangan serta cadangan telah direkodkan dan diambilkira bagi proses penambahbaikan dan dokumentasi sebelum Idea Rekabentuk ini diserahkan kepada Jawatankuasa Masjid Ar Rahim Merlimau, Melaka. PROGRAM STS: PEMBENTANGAN PROJEK CSR IDEA REKABENTUK TEMPAT PENYEMBELIHAN DAN RUANG SIMPANAN ALATAN UNTUK MASJID JAMEK AR RAHIM, MERLIMAU MELAKA 6 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Faizal Adnan Omar Editor: Pn. Nor Azliza binti Che Ali BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 04
Bengkel kerjaya bersama PERKESO telah dijalankan kepada semua pelajar semester 3 Kolej Komuniti Jasin pada 6 Oktober 2023. Pengisian Bengkel kerjaya pada kali ini adalah sesi ceramah penyediaan resume dan tip tip menghadiri temuduga. Selepas itu, slot perkongsian bersama seorang alumni Program Multimedia Kreatif Pengiklanan KKJS, Muhamad Fakhrullah Farrok yang telah berkhidmat dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diadakan bagi meningkatkan motivasi peserta. Selain itu, 2 syarikat swasta iaitu Akbar Maju dan KPMM telah menjalankan sesi temuduga pekerjaan kepada alumni dan pelajar pelajar semester 3 yang belum mendapat tempat utk menghadiri Latihan Industri. Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT PENGESANAN GRADUAN DAN ALUMNI : PROGRAM KERJAYA BERSAMA PERKESO 6 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Norhana binti Hanafi & Pn. Noor Afida binti Amirdin BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0305
Kira-kira 400 warga dan alumni Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) berpeluang mendalami ilmu keusahawanan di jalanan melalui Program Melaka Heritage Fun Walk 1.0. Melaka Heritage Fun Walk 1.0 POLYCC Zon Melaka & Negeri Sembilan anjuran Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP) , Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah dilaksana di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan telah dirasmikan oleh Datuk Hj Shadan Hj Othman Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Turut hadir Ts. Abdul Razak Sabtu Pengarah Bhg Governan dan Kecemerlangan (BGK), JPPKK. Pengarah Governance dan Kecemerlangan POLYCC, Abdul Razak Sabtu, berkata, aktiviti dilakukan dengan berjalan kaki sambil bersantai di kawasan pelancongan sekitar Banda Hilir, sejauh 1.8 kilometer melihat produk keusahawanan sambil mempromosikan POLYCC. Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT PENGESANAN GRADUAN DAN ALUMNI : MELAKA HERITAGE FUN WALK 1.0 POLYCC ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN 7 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Norhana binti Hanafi BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 06
PROGRAM STS : PENGEMBARAAN VIDEO PdP JPPKK- KAEDAH PENGUKURAN BANGUNAN BAGI KURSUS ASAS LUKISAN TERUKUR 10 Oktober 2023 Blok Senibina, Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Azalan Shah bin Ramli dan Pn. Nuraishahtul Akmar binti Kamaruddin Editor: Pn. Nor Azliza binti Che Alii Tujuan pengembaraan ini adalah bagi penyediaan video PdP Kursus Asas Lukisan Terukur. Kolej Komuniti Jasin telah di pilih sebagai lokasi pengembaraan kursus tersebut. Proses pemgembaraan tersebut telah di bahasilan video PdP ini telah dilakukan di Kolej Komuniti Jasin sebagai lokasi pengembaraan video tersebut. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0307
Audit pematuhan ke 2 ISO 9001:2015 telah berlangsung pada 12-13 Oktober 2023. Pihak pengurusan Kolej Komuniti Jasin ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada auditor dari SIRIM, Pn. Arfa Atirah Binti Arshad dan seluruh staf di atas kerjasama yang diberikan sepanjang audit berlangsung Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT AUDIT DALAM AUDIT PEMATUHAN KE 2 ISO 9001:2015 12 - 13 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Syahira binti Md Desa BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 08
03 Kursus Discovery Scuba Diving Pengarah2 Kolej Komuniti Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Johor Anjuran Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) yang dikelolakan oleh PISPA Kolej Komuniti Jasin pada 15-18 Oktober 2023 di PULAPAS, Kluang, Johor. Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil PISPA KKJS : KURSUS DISCOVERY SCUBA DIVING PENGARAH - PENGARAH KOLEJ KOMUNITI NEGERI MELAKA, NEGERI SEMBILAN DAN NEGERI JOHOR 15 - 18 Oktober 2023 Kluang, Johor Oleh : En. Enamul Shah bin Abdul Halim BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0309
UNIT PSH: KURSUS GUNTING RAMBUT Editor: Pn. Saidatul Azma binti Mohamad Zakii 21 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn Muziah Binti Muhammad Unit PSH telah menganjurkan Kursus Gunting Rambut di bawah Program Madani pada 21 Oktober 2023 bersama Komuniti setempat. Seramai 20 peserta yang menyertai kursus tersebut.Pengajar kursus ini adalah En Kamaluddin bin Ma’amin dan penyelaras yang terlibat adalah Puan Muziah binti Muhammad manakala urusetianya adalah Puan Noorbeha binti Jamaluddin. Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan kepada peserta kaedah dan teknik menggunting rambut (lelaki).Matlamat kursus ini adalah menjadi nilai tambah kepada peserta dan membuka ruang kepada peserta untuk menjadi usahawan. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 10
PROGRAM SSK: LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN (SSK) KE BPO CONTACT CENTRE TELEKOM MALAYSIA DI GRAHA MAJU, MELAKA Editor: Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari 23 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn Shaheda Binti Mohammad Khawari Seramai 16 orang pelajar SSK 2 dan SSK 3 serta 2 orang pensyarah iaitu En Saharudin dan Cik Normadiah telah membuat lawatan akademik ke BPO Contact Centre Telekom Malaysia di Graha Maju, Melaka. Hasil lawatan akademik ini, pelajar dan pensyarah didedahkan dengan: Menunjukkan secara langsung proses Contact Centre TM serta penyelidikan yang telah dibuat oleh Telekom Malaysia (TM). Mewujudkan ruang yang pelbagai bagi pelajar untuk membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerjasama secara efektif sesama pelajar dan individu yang terlibat. Untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar dan pensyarah Program Sistem Komputer & Rangkaian Memperoleh pengalaman bersama pihak TM. 11 BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 03
Majlis Anugerah Akademia Politeknik Dan Kolej Komuniti (AA POLYCC) Tahun 2023 telah diadakan di Grand Ballroom, Aras 2, Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka bermula jam 10.00 pagi. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Melaka Maju Jaya. Majlis turut diserikan dengan ucapan perasmian dari Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohamad Zahari bin Ismail. Kolej Komuniti Jasin turut dijemput sebagai pempamer sempena Majlis AA POLYCC 2023. Majlis ini disambut bagi menghargai sumbangan, pencapaian, jasa keilmuan serta pemikiran terkehadapan para pendidik dari politerknik dan kolej komuniti dalam usaha melonjakkan pendidikan negara ke tahap global selari dengan tema "Akademi Pemacu Malaysia Madani". Sebanyak 11 anugerah disampaikan kepada para akademia melalui pelbagai kategori seperti Anugerah Ikon Sukarelawan, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Mentor Keusahawanan, Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Anugerah Penyelidikan dan Inovasi, Anugerah Penerbitan, Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Anugerah Ikon Kolaborasi, Anugerah Pensyarah Harapan, Anugerah Pensyarah Cemerlang serta Anugerah Tokoh Akademia TVET. UNIT UKK : MAJLIS ANUGERAH AKADEMIA POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (AA PolyCC) TAHUN 2023 Editor: Pn. Rabi‘atul Adawiyyah binti Ismail 24 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn . Rabi‘atul Adawiyyah binti Ismail 12 BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03
Editor: Mohamad Khairul Nizam Bin Mohd Anuar Cheng PROGRAM SLK : BENGKEL PEMURNIAN KURIKULUM DAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SIJIL PERKHIDMATAN LOGISTIK KOLEJ KOMUNITI 23-25 Oktober 2023 H Elite Hotel Kota Baharu Oleh : En. Mohd Azuan Bin Ali Bengkel Pemurnian Kurikulum dan Soalan Peperiksaan Akhir Program Sijil Perkhidmatan Logistik Kolej Komuniti. Pensyarah KKJS yang terlibat adalah, En Mohd Azuan bin Ali, Pn Syahira Md Desa, Pn Siti Norazian Miskam, Cik Nur Husna dan En Muhammad Khairul Nizam. 13 BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 03
14 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil Kursus Protokol Dan Tatacara Dalam Majlis Rasmi Kerajaan yang telah dianjurkan oleh Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi telah berlangsung selama dua hari di Dewan Serbaguna, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kolej Komuniti Jasin diwakili oleh Ketua Komunikasi dan Hubungan Korporat, Puan Nor Azilah binti Azmil. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Encik Kamaludin Bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. UNIT UKK : KURSUS PROTOKOL DAN TATACARA DALAM MAJLIS RASMI KERAJAAN 24 & 25 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Nor Azilah binti Azmil BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03
Audit Penilaian Kendiri bagi Program Sijil Teknologi Senibina KKJS telah berlangsung pada 24 & 25 Oktober 2023. Pelaksanaan Audit penilaian Luar (Penilaian kendiri program) bagi program pengajian adalah salah satu kepatuhan yang perlu ada dalam proses permohonan dan pengekalan akreditasi. Ianya merupakan satu medium terbaik bagi institusi melaksanakan penambahbaikan agar kualiti program STS berada pada landasan yang betul berdasarkan ketetapan dokumen akreditasi yang diperlukan. Objektif program adalah bagi mendapatkan penilaian kendiri, nasihat dan pandangan dari panel luar berkaitan dengan dokumen akreditasi STS yang perlu ditambahbaik, struktur program pengajian yang menepati kehendak akreditasi dan juga fasiliti yang sesuai. Editor: Pn. Nor Azliza binti Che Ali PROGRAM STS : AUDIT PENILAIAN KENDIRI ‘SELF REVIEW REPORT’ BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA 24 & 25 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Nuraishahtul Akmar binti Kamaruddin BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0315
Program Green of The Nature diadakan di Pulau Beşar, Melaka pada 25 Oktober 2023 anjuran Program Multimedia Kreatif Pengiklanan (SMP) dan kerjasama Majlis Pulau-Pulau Melaka, Jabatan Pertanian, MBMB dan lain-lain agensi juga. Program ini melibatkan 14 staf dan pensyarah serta 32 orang pelajar. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya aktiviti Nature Photography, beach cleaning, melawat makam biru Syarifah Rodziah, Gua Yunos, Perigi Tempayan Pecah dan majlis diakhiri dengan majlis penutup. Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil PROGRAM SMP : PROGRAM GREEN THE NATURE ANJURAN PROGRAM MULTIMEDIA KREATIF PENGIKLANAN (SMP) 25 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Enamul Shah bin Abdul Halim BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 16
MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BIL 2/2023 DAN PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTINE POLYCC Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil 25 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Mohamad Nazri bin Ismail BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0317
Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil PROGRAM SSK & UNIT PENTADBIRAN:: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2023 & SAMBUTAN HARI AKADEMIA PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI JASIN (KKJS) 28 Oktober 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Cik Normadiah binti Mohamad Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2023 dan sambutan Hari Akademia Peringkat KKJS dengan tema pakaian Tradisional Klasik. Majlis ini merupakan anjuran Program Sijil Sistem Komputer & Rangkaian dan Unit Pentadbiran. Semasa majlis berlangsung, Pengarah KKJS iaitu En Muhammad Nazri telah menyampaikan info dan amanat beliau. Selari dengan Sambutan Hari Akademia 2023, Unit Kecemerlangan telah menyampaikan beberapa sijil anugerah kepada pensyarah dan staf yang cemerlang. Majlis ini juga disertakan dengan Pelancaran Tabung Palestin Peringkat Kolej Komuniti Jasin. Bagi menyerikan majlis, sebanyak 10 hadiah cabutan bertuah dan 2 hadiah pakaian tercantik disediakan. Penganjur mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan penerima sijil anugerah. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 18
NOVEMBER 2023 KOLEJ KOMUNITI JASIN AKTIVITI BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0319
Program ini merupakan salah satu kehendak dan keperluan silibus STS aiaitu STS 30103 Asas Lukisan terukur, di mana memberikan nilai tambah dan rujukan kepada pelajar dan pensyarah. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pengukuran dan pengumpulan data yang didokumentasikan dalam bentuk lukisan terukur. Tujuan utama lawatan ini adalah bagi menghasilkan satu set lukisan terukur berpandukan lakaran dan maklumat/ data kerja-kerja dilapangan yang dijalankan secara berkumpulan bagi menyiapkan tugasan amali mereka. Editor: Pn. Nor Azliza binti Che Ali PROGRAM STS : KERJA KURSUS LUKISAN TERUKUR BAGI PENILAIAN AMALI PELAJAR. 1 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Nor Azliza binti Che Ali BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 20
Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF : KURSUS TRANSFORMATIF DAN PENGURUSAN ORGANISASI 2 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Noorbeha binti Jamaluddin Kursus Kepimpinan Transformatif & Pengurusan Organisasi telah diadakan pada 2 November 2023 di Kolej Komuniti Jasin. Seramai 41 orang staf telah menghadiri kursus ini. Pihak jabatan telah menjemput Pn. Saidatul Sariyah dan Pn Kamaliati sebagai penceramah jemputan bagi menjaya kursus ini. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan integriti serta mengenalpasti kekuatan dan juga membuka peluang kepada peserta untuk membangunkan sikap kendiri mereka dalam bidang kepimpinan. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0321
Tahniah diucapkan kepada Lt. Muda (PA) Enamul Shah Bin Abdul Halim dan Lt.Muda (PA) Mohd Izzaddin Bin Abu Nawawi diatas Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sempena Majlis Himpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka Bil. 2/2023. Anugerah disampaikan oleh YAS KPj (PA) Datuk Aminurrahim Bin Mohamer, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada staf dan kakitangan lain untuk terus menyumbang bakti masyarakat dan negara. Mereka merupakan penggerak utama bagi Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Jasin selain bergiat aktif sebagai Pegawai Pasukan di Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Jasin, Melaka. Majlis turut dihadiri oleh Lt. Kol Bersekutu (PA) Mohamad Nazri Bin Ismail, Pengarah Kolej Komuniti Jasin merangkap Pengerusi PISPA Kolej Komuniti Negeri Melaka. UNIT AMBILAN & PEMBANGUNAN PELAJAR: Editor: Pn. Rabi‘atul Adawiyyah binti Ismail 2 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Mohd Izzaddin bin Abu Nawawi MAJLIS HIMPUNAN SETIA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI MELAKA BIL. 2/2023 BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 22
UNIT SMP: Editor: Pn. Nor Azliza binti Che Ali 1 - 3 November 2023 Makmal Bahasa, Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn Nithiya a/p Subramaniam Kolej Komuniti Jasin, 1 - 3 November 2023 bertempat di Makmal Bahasa di mana 8 orang Pensyarah Program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan telah mengikuti Kursus Adobe Illustrator Professional Certificate. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan juga meningkatkan lagi tahap pengetahuan sedia ada pensyarah. Selain itu, ianya juga bagi mendapatkan sijil pentauliahan dalam penggunaan software yang terkini terutamanya dalam Adobe Illustrator. KURSUS ADOBE ILLUSTRATOR PROFESSIONAL CERTIFICATE BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0323
Editor: Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari PROGRAM SSK : 1 - 3 November 2023 Kuantan, Pahang Darul Makmur Oleh : Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari Pensyarah SSK iaitu Pn Norhana Safee telah menghadiri Bengkel Training of Trainers (TOT) Cyber Security yang telah berlangsung selama 3 hari di Kuantan. Bengkel TOT ini adalah anjuran Kolej Komuniti Kemaman bagi Program SSK dan STK Kolej Komuniti Malaysia Tahun 2023. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Tamizan Bin Abu Bakar yang merupakan pensyarah dari TATO University College (TATIUS) dan dibantu oleh En Mohd Shah Shafie Bin Idris. Cyber Security merupakan antara kursus yang ditawarkan dalam kurikulum baharu bagi program SSK dan STM. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman para pensyarah dalam memahami isi kandungan, keperluan dan kehendak kurikulum bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran disamping dapat meningkatkan kemahiran pensyarah dalam melaksanakan latihan amali. BENGKEL TOT CYBERSECURITY BAGI PROGRAM SSK DAN STM KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2023 BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 24
Editor: Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari PROGRAM SSK : BENGKEL TOT BASIC MATHEMATICS BAGI PROGRAM SSK DAN STM KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2023 1 - 3 November 2023 Kuantan, Pahang Darul Makmur Oleh : Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari Bengkel Training of Trainers (TOT) Basic Mathematics bagi Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) dan Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) Kolej Komuniti Malaysia Bagi Tahun 2023 telah berlangsung di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Chiang Yoke Yen dan dibantu oleh Puan Hazwani Binti Bachok dan mereka merupakan pensyarah daripada Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail,Pagoh. Peserta bengkel pula terdiri daripada para pensyarah yang mengajar kursus Basic Mathematics di seluruh Kolej Komuniti Malaysia termasuk Kolej Komuniti Jasin yang diwakili oleh Cik Normadiah Binti Mohamad. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pensyarah dalam subjek Basic Mathematics di samping dapat berkongsi pandangan serta idea dalam kalangan mereka berkaitan pelaksanaan kursus ini di institusi masing-masing. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0325
PROGRAM SLK: KURSUS TRAINING OF TRAINER (TOT) DIGITAL ENTREPRENEURSHIP - COACHING AND MENTORING 7 November - 10 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Mohd Azuan Bin Ali Kolej Komuniti Jasin selaku penganjur dan dengan kerjasama peserta dari Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang telah menghadiri Kursus Training Of Trainer (TOT) Digital Entrepreneurship dari 7 November - 10 November 2023 yang diadakan di Makmal Komputer Perkhidmatan Logistik 1, KKJS. Tenaga pengajar adalah pakar dalam bidang pemasaran dan Keusahawanan iaitu Encik Norhisyam bin Razali dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Petaling Jaya, Selangor. Kursus ini adalah sebagai persediaan bagi pensyarah yang akan mengajar subjek Digital Entrepreneurship bagi program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) bermula pada sesi hadapan. Peserta beruntung dapat belajar secara langsung bersama Coach yang turut terkenal di media sosial sebagai Pakcik TikTok, Pakcik Tupperware, Pakcik Gaming, Pakcik Review, Pakcik Petua, dan Pakcik TV yang mempunyai beratus ribu 'Followers' di pelbagai medium media sosial. Diharap kursus selama 4 hari yang cukup bermakna ini dapat memberi manfaat kepada pensyarah dan warga kolej komuniti. Editor: Mohamad Khairul Nizam Bin Mohd Anuar Cheng BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 26
PROGRAM SSK: BENGKEL TOT MOBILE APPLICATION (STM30253) DAN MOBILE APPLICATION & TECHNOLOGY (SSK30373) BAGI PROGRAM STM DAN SSK KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2023 7 - 9 November 2023 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Oleh : Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari Editor: Pn Shaheda Binti Mohammad Khawari Bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur telah diadakan Bengkel TOT Mobile Application (STM30253) dan Mobile Application & Technology (SSK30373). Seramai 14 buah kolej untuk program STM Malaysia dan 17 buah kolej untuk program SSK Malaysia dan jumlah peserta seramai 32 orang. Kolej Komuniti Jasin yang mempunyai program SSK telah diwakili oleh Puan Shaheda Binti Mohammad Khawari selaku pensyarah dan penyelaras kursus SSK30373. Objektif bengkel Perkongsian ilmu daripada industri kepada peserta bengkel mengenai aplikasi dan teknologi mudah alih berdasarkan kurikulum pembelajaran terkini. 1. Memberikan latihan dan kemahiran terkini kepada peserta 2. Mewujudkan platform atau ruang dikalangan peserta untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai aplikasi dan teknologi mudah alih 3. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0327
PROGRAM SSK : BUSINESS INNOVATION AND ENTREPRENEURSHIP COMPETITION 2023 ‘INNOPRENEUR 2023 POLYCC MELAKA & NEGERI SEMBILAN’ 9 November 2023 Kolej Komuniti Rembau Oleh : Pn Shaheda Binti Mohammad Khawari Program Innopreneur 2023 POLYCC Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan telah berlangsung pada 2 Oktober 2023 sehingga 8 November 2023 dan majlis penutup diadakan di Kolej Komuniti Rembau. Kolej Komuniti Jasin telah diwakili oleh empat orang pelajar daripada Program Sistem Rangkaian & Komputer (SSK) iaitu Muhammad Amin Hafizzuddin, Ahmad Khuzairi, Mohammad Danish dan Muhammad Zaid. Tujuan program ini adalah untuk membudayakan keusahawanan dalam diri pelajar selain mempraktikkan kemahiran lain seperti pengurusan masa, komunikasi berkesan dan etika dalam menjalankan perniagaan. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh pensyarah iaitu Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari. Editor: Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 28
UNIT JAMINAN KUALITI: BENGKEL PENGURUSAN RISIKO DAN PELUANG DALAM MS ISO 9001 : 2015 14 & 15 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Cik Normadiah binti Mohamad Unit Jaminan Kualiti telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko dan Peluang dalam MS ISO 9001: 2015 pada 14 hingga 15 November 2023 yang bertujuan untuk: (i) Meningkatkan pemahaman yang lebih baik tentang pengurusan risiko (ii) Mempertingkatkan keupayaan pemilik proses untuk mengenal pasti risiko dan peluang (iii) Meningkatkan keyakinan pemilik proses dalam keputusan pengurusan risiko (iv) Meningkatkan kemahiran penilaian risiko dan peluang. Kursus ini telah dihadiri oleh 30 orang perserta yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Program, Ketua Unit, Pemegang Prosedur dan Pemilik Proses. Editor: Pn. Nor Azliza binti Che Ali BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0329
Editor: Pn. Saidatul Azma binti Mohamad Zaki UNIT PSH: KURSUS PENGHASILAN SUPRISE BOUQUET 18 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Muliyani binti Abdullah Unit PSH menganjurkan Kursus Penghasilan Suprise Bouquet di bawah Program Madani pada 18 November 2023 bersama Komuniti setempat. Seramai 20 peserta yang menyertainya.Pengajar yang terlibat bagi kursus tersebut adalah Puan Saidatul Azma Binti Mohamad Zaki dan Encik Mohamad Sanusi bin Mustafa manakala urusetianya adalah Puan Norhana binti Safee. Diakhir kursus peserta dapat menghasilkan suprise bouquet jenis box mengikut kreativiti masingmasing.Matlamat kursus ini adalah memberi pengetahuan dan teknik penghasilan suprise bouquet kepada peserta disamping perkongsian pengalaman dalam perniagaan suprise bouquet. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 30
31 Editor: Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari PROGRAM SSK: TEAM BUILDING SSK ‘BOWLING CHALLENGE' 20 November 2023 Ampang Superbowl Centre, Mahkota Parade Oleh : Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK), Kolej Komuniti Jasin telah mengadakan Team Building SSK "Bowling Challenge''. Program yang disertai oleh semua pelajar dan pensyarah SSK bertempat di Ampang Superbowl Centre, Mahkota Parade. Objektif program adalah untuk mengeratkan ukhwah pelajar dan pensyarah SSK dan memberikan pendedahan awal berkaitan sukan bowling kepada para pelajar. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 03
UNIT PSH: KURSUS ASAS LASERCUT 22 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Muliyani binti Abdullah Unit PSH menganjurkan Kursus Asas Lasercut di bawah Program Madani pada 22 November 2023 bersama Komuniti setempat. Seramai 38 peserta yang menyertainya.Pengajar yang terlibat bagi kursus tersebut adalah Encik Faizal Adnan Bin Omar dan En Khairul Abidin manakala urusetianya adalah Encik Enamul Shah Bin Abdul Halim. Diakhir kursus peserta dapat menghasilkan cenderahati pelbagai bentuk menggunakan material arcylic.Matlamat kursus ini adalah memberi pengetahuan dan menggalakkan peserta menceburi bidang keusahawan dalam bidang lasercut kepada peserta dalam bidang lasercut. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 32 Editor: En. Nirwan Syam bin Nordin
UNIT SMARTGREEN: Editor: Pn. Wan Nor Rafidah binti Wan Abdullah 23 November 2023 Kolej Komuniti Jasin KITARECYCLE PROGRAM – REDEEM YOUR WASTE (SIRI 2) Kolej Komuniti Jasin telah mengikuti program KITARecycle - Redeem Your Waste. Program ini telah dilancarkan oleh SWM Environment dan ia merentasi tiga negeri selatan di Malaysia iaitu Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Program ini menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula dengan memberi ganjaran Mata Kitar Semula (RP) untuk lebih 30 jenis barangan kitar semula yang termasuk kertas, tin aluminium, plastik dan e-sisa. RP yang dikumpul boleh ditunaikan melalui perbankan dalam talian atau BOOST wang elektronik untuk membeli-belah dengan peniaga yang tersedia di bawah sistem e-pembayaran. Oleh : Pn. Norhana binti Safee Objektif program ini di peringkat kolej ialah; 1. Menggalakkan penglibatan seluruh warga kolej terhadap amalan kitar semula. 2. Mendidik ke arah kaedah kitar semula yang betul. 3. Mendedahkan tempat di mana mereka boleh menyalurkan barangan kitar semula agar dapat dimanfaatkan sebaiknya. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0333
Editor: Pn. Rabi'atul Adawiyyah Binti Ismail UNIT UKK : KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA TVET MELAKA 2023 25 November 2023 Hall A, MITC Oleh : Pn. Rabi'atul Adawiyyah Binti Ismail Pameran sempena Karnival Pendidikan your & Kerjaya TVET Melaka 2023 yang diadakan di Hall A, Malacca Trade International Centre (MITC), Ayer Keroh. Antara aktiviti menarik yang menanti para pengunjung: Karnival Kerjaya MYFutureJobs Pameran IPT TVET Pameran robotik Explorace Pertandingan Kemahiran TVET Simposium Promosi ini bukan sahaja mensasarkan kepada bakal JUARA KKJS, malah diketengahkan juga program pembelajaran sepanjang hayat menerusi kursus pendek dan latihan khas. Melihat kepada keperluan pendidikan yang perlu diperluaskan kepada pelajar lepasan SPM, beberapa pihak sekolah dan institusi kemahiran telah menyatakan minat bagi melaksanakan kerjasama bersama KKJS. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 34
Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT UKK : PAMERAN PROMOSI SEMPENA PROGRAM KARNIVAL MERLIP VAGANZA SK MERLIMAU TAHUN 2023 25 November 2023 SK Merlimau, Merlimau Oleh : Pn. Saidatul Azma binti Mohamad Zaki Sekitar Pameran Promosi Kolej Komuniti Jasin sempena Program Karnival Merlip Vaganza Sekolah Kebangsaan Merlimau Tahun 2023. Team Promosi KKJS yang diwakili oleh Pn. Nor Azliza Binti Che Ali, Pn. Saidatul Azma Binti Mohamad Zaki, Pn.Norhana Binti Safee dan En. Mohamad Sanusi Bin Mustafa telah bertemu dengan para pengunjung bagi memberikan penerangan dan mempromosikan kemasukan program sepenuh masa dan kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti Jasin. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0335
Editor: Pn. Rabi'atul Adawiyyah Binti Ismail UNIT AMBILAN & PEMBANGUNAN PELAJAR: TAKLIMAT DAN PERINGATAN DISPLIN KEPADA PELAJAR SESI 1 2023/2024 27 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Mohd Izaddin bin Abu Nawawi Taklimat dan Peringatan Displin kepada Pelajar Sesi 1 2023/2024 oleh Pegawai Pembangunan Pelajar bersama Pensyarah Penasihat Akademik. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 36
Bertempat di Studio 2, Blok Senibina Kolej Komuniti Jasin telah mengadakan satu program Galley Walk & Presentation Walk Day 2023. Program ini telah dijayakn oleh 3 orang Pensyarah STS Semester 3 iaitu En. Nirwan Syam bin Nordin, Pn. Noor Diana binti Hazali dan Pn. Saidatul Azma binti Mohd Zaki. Objektif Program adalah untuk menunjukkan kemahiran berkomuniikasi secara efektif, bertanggungjawab dalam tugas secara individu atau berpasukan serta boleh memberi panduan kepada masyarakat mengenai bidang senibina yang dipelajari oleh pelajar. Selain daripada itu pelajar juga didedahkan dengan dunia pekerjaan sebenar. PROGRAM STS: GALLERY AND PRESENTATION WALK DAY 2023 Editor: Pn Nor Azliza binti Che Ali 28 & 29 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Noor Diana binti Hazali BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0337
Pada 30 November sehingga 3 Disember 2023 telah berlangsung Grand Final Varsity Sepak Takraw League 2023. Pencapaian yang boleh dibanggakan bagi Regu Kolej Komuniti Malaysia (KK MAS) berjaya meraih tempat ke-3 di dalam pertandingan ini. Tahniah kepada semua pemain KK MAS. Terima kasih kepada pihak pengurusan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM), Kolej Komuniti Jasin dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kerjasama dan kepercayaan yg diberikan. 30 November 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Mohamad Khairul Nizam B. Mohd Anuar Cheng Editor: Pn. Rabi‘atul Adawiyyah binti Ismail UNIT SUKAN : GRAND FINAL VARSITY SEPAK TAKRAW LEAGUE 2023 BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 38
KOLEJ KOMUNITI JASIN AKTIVITI BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0339
PROGRAM SSK: KURSUS ASAS AMALI PEMASANGAN FIBER OPTIK 1 Disember 2023 Kolej Komuniti Masjid Tanah Oleh : Pn Shaheda Binti Mohammad Khawari Kursus Asas Pemasangan Fiber Optik telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Ianya merupakan sesi latihan dan penilaian berdasarkan rubrik penilaian kurikulum Network Technology (SSK20353) yang ditawarkan kepada pelajar semester 2 Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK). Hasil daripada kursus ini pelajar dapat membuat latihan amali pemasangan dan penyambungan kabel fiber optik selain meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman sebenar dalam kerja-kerja penyelenggaraan fiber optik. Editor: Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 40
Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT KEUSAHAWANAN & KOPERASI KKJS : PROJEK TANAMAN AEROPONIK KOLEJ KOMUNITI JASIN 1 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Syahira binti Md Desa Kolej Komuniti Jasin telah menerima sumbangan projek Aeroponik daripda Pejabat Pertanian Merlimau iaitu 2 set aeroponik dan 1 set tanaman berpasu hidroponik. Projek ini akan diusahakan oleh Ahli Lembaga Koperasi Kolej Komuniti Jasin dengan kerjasama Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Jasin. Projek bermula pada 10 Ogos 2023 di mana semua peserta diberikan latihan oleh wakil Pejabat Pertanian Merlimau, Melaka berkaitan kaedah pengurusan cocopeat, pengurusan air dan baja. Seterusnya pada 17 November, pasukan projek kembali meneruskan operasi dengan menguruskan kemasukan air bagi membasahkan cocopeat dan menyusun atur. Pada 24 November, proses menyemai benih mula dilaksanakan pada jam 9.00 pagi di mana Pengarah Kolej Komuniti Jasin; En. Mohamad Nazri bin Ismail turut sama melakukan semaian benih. Tanaman yang dipilih adalah salad merah, salad hijau dan sawi. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0341
Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada warga PPPT Kolej Komuniti Jasin yang telah mendapat kenaikan pangkat ke gred pensyarah DH48 dan DH44. Selamat menjalankan tugas dan semoga amanah yang digalas dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Seluruh warga Kolej Komuniti Jasin melahirkan rasa bangga dengan pencapaian ini dan berharap agar kecemerlangan tersebut diteruskan pada masa yang akan datang. UNIT UKK : TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH48 DAN DH44 1 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Nor Azilah binti Azmil BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 42
22 Editor: Pn. Saidatul Azma Binti Mohamad Zaki UNIT PSH : KURSUS JAHITAN JAKET CARDIGEN 2 Disember 2023 Bilik Jahitan , Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn Muliyani binti Abdullah Unit PSH menganjurkan Kursus Jahitan Jaket Cardigen di bawah Program Madani pada 02 Disember 2023 bersama Komuniti setempat. Seramai 15 peserta yang menyertainya.Pengajar yang terlibat bagi kursus tersebut adalah Encik Mohd Iskandar bin Mohd Yatim dari Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka dan urusetianya adalah Encik Mohamad Sanusi bin Mustafa. Diakhir kursus peserta dapat menghasilkan sehelai jaket cardigen menggunakan material scuba.Matlamat kursus ini adalah memberi pengetahuan kepada peserta dalam bidang jahitan dan teknik bagi menghasilkan jaket cardigen.Aktiviti ini secara tidak langsung dapat menjana pendapatan kepada peserta pada masa akan datang. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0343
Sekitar sesi semakan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) pegawai dan kakitangan Kolej Komuniti Jasin bagi tahun 2023. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) mengambil inisiatif untuk melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan bagi membolehkan pegawai dan kakitangan Kolej Komuniti Jasin menyemak BRP masing-masing agar ianya tepat dan sentiasa dikemaskini. Sesi semakan akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula 04 hingga 06 Disember 2023. Editor: Pn. Haniza binti Mohd. Din UNIT PENTADBIRAN: SESI SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN (BRP) PEGAWAI DAN KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI JASIN 4 - 6 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Roslinah binti Osman Tarikh : 4 hingga 6 Disember 2023 Tempat : Pejabat Pentadbiran Masa : 10.00 pagi hingga 4.30 petang "BUKU REKOD PERKHIDMATAN ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA" Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan KKJS kerana telah hadir melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan bagi tahun 2023. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 44
30 Editor: Pn. Wan Nor Rafidah binti Wan Abdullah UNIT SMARTGREEN: SIJIL PENGANUGERAHAN KEDUDUKAN KE 634 DALAM WORLD'S MOST SUSTAINABLE UNIVERSITY IN 2023 UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS 5 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Sijil Penganugerahan Kedudukan ke 634 dalam World's Most Sustainable University in 2023 UI GreenMetric World University Rankings peningkatan sebanyak 146 kedudukan berbanding ranking 780 pada tahun 2022. Oleh : Pn. Norhana binti Safee Tarikh Pengumuman : 5 Disember 2023 Anjuran : Universitas Indonesia Tema Tahun 2023 : “Innovation, Impacts and Future Direction of Sustainable Universities” TAHNIAH, KOLEJ KOMUNITI JASIN! Objektif Program : 1. Menyumbang kepada wacana akademik mengenai kelestarian dalam pendidikan dan penghijauan kampus; 2. Menggalakkan perubahan sosial yang diterajui universiti bermatlamatkan kemampanan; 3. Menjadi alat untuk penilaian kendiri terhadap kelestarian kampus untuk institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh dunia; 4. Makluman kepada kerajaan, agensi alam sekitar antarabangsa dan tempatan, dan masyarakat tentang program kemampanan di kampus. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0345
UNIT UKK: MAJLIS ANUGERAH DIGITAL UTILISATION AND TECHNOLOGY AWARD (DUTA) PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2023 Terima kasih atas penghargaan kepada Kolej Komuniti Jasin dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN) sempena Majlis Digital Utilisation Technology Award (DUTA). Moga kerjasama ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Kolej Komuniti Jasin dari segi jalinan kolaboratif bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Editor: Pn. Rabi‘atul Adawiyyah Binti Ismail 7 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Nor Azilah binti Azmil BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 46