Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT PENGESANAN GRADUAN DAN ALUMNI : MAJLIS PRA GRADUAN BERTEMAKAN BOLD, GOLD & GLITTER KKJS 2023 8 Disember 2023 Pondok-Pondok, Kandang Oleh : Pn. Norhana binti Hanafi Telah berlangsung Majlis Pra Graduan bertemakan "Bold, Gold & Glitter" bagi meraikan para pelajar Semester 3 bagi Program SLK, SMP, STS dan SSK yang akan menjalani latihan industri pada masa semester hadapan. Seramai 70 orang pelajar semester 3 yang hadir, beserta kehadiran para pensyarah bagi memeriahkan majlis ini. Semoga majlis ini dapat menjadikan kenangan terindah buat semua pelajar yang hadir. 47 BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 03
Lawatan dr Industri Anjung Teknik, Tn Hj Kamarudin Md Said ke unit STS Kolej Komuniti Jasin serta sesi tandatangan COC antara kedua belah pihak. PROGRAM STS: LAWATAN DARI INDUSTRI ANJUNG TEKNIK 8 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Anuar bin Mohd Ali Editor: En. Faizal Adnan Bin Omar BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 48
22 Editor: Pn. Nor Azilah binti Azmil UNIT KEUSAHAWANAN : MENANDATANGANI SIJIL COC ANTARA KOLEJ KOMUNITI JASIN & INTENSIVE ENERGY SDN BHD 13 Disember 2023 Seri Kembangan Oleh : Pn. Syahira Md Desa Kolej Komuniti Jasin diwakili oleh Pengarah; En. Mohamad Nazri Ismail, Ketua Unit Keusahawanan; Pn. Syahira Md Desa & Pengurus Projek KKJS Marketplace; En. Mohd Aznan Janal telah mengadakan perbincangan Halatuju KKJS Marketplace yang telah dibangunkan bermula Januari 2023 bersama Intensive Energy Sdn Bhd di Seri Kembangan. Selain membincangkan proses selanjutnya yang akan bermula pada Januari 2024, kedua belah pihak turut mengambil kesempatan untuk menandatangani Sijil Kolaborasi yang akan memanfaatkan kedua belah pihak. Semoga usaha kerjasama yang terjalin ini akan dapat memantapkan urusan keusahawanan Kolej Komuniti Jasin dalan memartabatkan keusahawanan dalam kalangan pelajar, alumni dan komuniti setempat. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0349
UNIT AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR: PROGRAM 1000 LIGA PETANQUE 14 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : En. Mohamad Khairul Nizam Bin Mohd Anuar Cheng Unit Ambilan dan Pembangunan Pelajar KKJS telah mengelolakan Program 1000 Liga Petanque, anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin pada 14 Disember 2023 bertempat di Arena Petanque KKJS. Seramai 24 orang kakitangan KKJS telah menyertai kejohanan ini termasuk En. Mohamad Nazri bin Ismail, Pengarah KKJS. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat (warga kerja KKJS) untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menjadikan sukan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional melangkaui batasan agama, bangsa dan politik. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pn. Nurul Haida Binti Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin. Editor: Mohamad Khairul Nizam Bin Mohd Anuar Cheng BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 50
32 UNIT PEPERIKSAAN: TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI I 2023/2024 14 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn. Wan Nor Rafidah binti Wan Abdullah Taklimat Peperiksaan Akhir telah diberikan kepada semua pelajar Program SSK, SLK dan SMP yang akan menduduki peperiksaan pada 18 Disember 2023 hingga 3 Januari 2024. Seramai 171 orang pelajar terlibat dalam sesi taklimat ini. Tururt hadir semasa sesi taklimat ini adalah Timbalan Pengarah (Akademik), Puan Roslinda binti Osman semua pengawas peperiksaan yang dilantik. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Wan Nor Rafidah binti Wan Abdullah, Pegawai Peperiksaan Kolej omuniti Jasin. Diharap semua pelajar telah membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan dan semoga beroleh kejayaan. Editor: Pn. Wan Nor Rafidah binti Wan Abdullah BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0351
Editor: Pn. Shaheda Binti Mohammad Khawari PROGRAM SSK: SSK FINALE 15 Disember 2023 Pantai Puteri, Melaka Oleh : Pn Shaheda Binti Mohammad Khawari Cuaca cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menjadikan Program SSK Finale memberi seribu kenangan manis kepada pelajar semester 3 dan pensyarah SSK yang hadir. Program ini bertujuan untuk meraikan pelajar semester 3 sebelum mereka menjalani Latihan Industri pada semester hadapan. Selain daripada aktiviti makan, banyak acara permainan yang menyeronokkan dan ianya dapat mengeratkan ukhwah. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 52
Editor: Pn. Saidatul Azma Binti Mohamad Zaki UNIT PSH : KURSUS PENYEDIAAN BOUQUET COKLAT 18 Disember 2023 Studio 1 Senibina, Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn Norhana binti Hanafi Unit PSH menganjurkan Program Akaun Amanah iaitu Kursus Penyediaan Bouquet Coklat pada 18 Disember 2023 bersama NGO Sahabat Telekung. Seramai 20 peserta yang menyertainya. Pengajar yang terlibat bagi kursus tersebut adalah Puan Muliyani binti Abdullah dan Puan Saidatul Azma binti Mohamad Zaki.Urusetianya pula adalah Puan Norhana binti Hanafi. Peserta telah menghasilkan 2 jenis bouquet setiap seorang iatu bouquet jenis box dan juga bouquet tangan.Matlamat kursus ini adalah memberi pengetahuan dan teknik kepada peserta bagi menghasilkan bouquet dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan kepada peserta dimasa akan datang. BULETINKOLEJ KOMUNITI J A S I N2023SIRI 0332 53
Editor: Pn. Nor Azliza binti Che Ali PROGRAM SMP : SHOWCASE SARONG SMP BAGI SESI I 2023/2034 19 Disember 2023 Kolej Komuniti Jasin Oleh : Pn Nithiya a/p Subramaniam Program SMP iaitu pelajar semester 3 telah menganjurkan satu Program iaitu Showcase Sarong SMP pada 119 Disember 2023 di Bilik seminar 1, Kolej Komuiti Jasin. Program ini telah melibatkan 24 orang pelajar semester 3 di bawah bimbingan Pensyarah Kursus Pn. Nithiya Subramaniam. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama bersama 18 buah Syarikat IKS dari Halal Hub Melaka. Pelajar telah membentangkan hasil kerja mereka kepada pihak industri jemputan kepada pensyarah kursus yang terlibat. Di antara juri jemputan ialah Puan Wan Zaiyana Mohd Yusof iaitu Pengarah UiTM Gesturz Shah Alam dan Cik Farhana Senior Designer dari Warisan HN. BULETIN KOLEJ KOMUNITI J A S I N 2023 SIRI 03 54
Kolej Komuniti Jasin Km 24, Taman Iks Merlimau, Jalan Muar 77300 Merlimau Melaka 06-2631616