The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1287-24-bibinurherleyna, 2021-11-05 03:54:02

BMMB1094 OYEN & BOBO

BMMB1094 OYEN & BOBO

OYEN & BOBO

DITULIS OLEH :
BIBI NUR HERLEYNA BINTI MOHD NAZI KHAIRULNZAM

Oyen masih kecil ketika kali pertama di bawa ke rumah.
Dia membesar bersama-sama Bobo, anak kucing yang
tinggal di rumah ini. Hubungan Oyen dan Bobo tidak mesra

pada awalnya.



Pada suatu hari, Bobo sedang tidur lena di
pintu dapur manakala Oyen pergi bermain

sendirian
di belakang rumah.

Tiba-tiba, datang seekor anjing menyalak padanya. Oyen berasa takut
dan segera memanjat pokok dibelakang rumah.

“Jangan ganggu aku!” jerit Oyen dengan sekuat hati.

“Ah! Ini kawasan aku” balas anjing itu.

Bobo yang terjaga dari tidurnya segera melihat apa
yang berlaku. Bobo memberanikan diri pergi ke arah

anjing itu dengan senyap.



“Aduh! Sakitnya ekorku!” Jerit anjing itu kesakitan kerana ekornya
digigit oleh Bobo.

Anjing itu segera pergi meninggalkan
Oyen yang masih berada di atas pokok.

Akhirnya, Oyen dapat turun dari pokok itu dengan
senang hati.

“Terima kasih Bobo kerana telah selamatkan aku” kata
Oyen dengan wajahnya yang terharu kerana tindakan
Bobo yang berani itu.

Sejak hari itu, hubungan Oyen dan Bobo menjadi
rapat bagai isi dengan kuku. Mereka bersahabat
baik dan saling melindungi antara satu sama lain.

PENGAJARAN :
Kita hendaklah bersikap baik dengan sesiapa sahaja agar

hidup kita akan disenangi oleh semua orang.

-TAMAT-


Click to View FlipBook Version